Mimpi Sidek Dick di jemput melawat Neraka lalu jumpa Mat Sabu.




dashyat 13 betul punya mimpi.

tanya pada diri sama ada kita ini bersifat membantu, atau mencelakan diri orang lain.
Moga di beri hidayah!


notakaki- Jom do'a agar Allah matikan kita sebelum fitnah menimpa  :)



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


100 KATA-KATA HIKMAH UNTUK RENUNGAN BERSAMA



Bismillah
Surah Al Baqarah 2:201
"Our Lord, give us in this world [that which is] good and in the Hereafter [that which is] good and protect us from the punishment of the Fire." 
-Aameen-


1. Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.

2. Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yang belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

3. Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.

4. Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

5. Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

6. Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

7. Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

8. Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.

9. Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

10. Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.

11. Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.

12. Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.

13. Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

14. Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

15. Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan
kebahagiaan.

16. Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong.

17. Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.

18. Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.

19. Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.

20. Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.

21. Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

22. Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

23. Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.

24. Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.

25. Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan.

26. Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.

27. Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.

28. Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

29. Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi.

30. Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

31. Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu dari segala ketenangan jiwa.

32. Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati…

33. “Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa”

34. “Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup”

35. Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.

36. Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji.”

37. “Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair”

38. “Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan”

39. “Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan”

40. “Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.

41. Hadiah Terbaik :
Kepada kawan – Kesetiaan
Kepada musuh – Kemaafan
Kepada ketua – Khidmat
Kepada yang muda – Contoh terbaik
Kepada yang tua – Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan – Cinta dan ketaatan
Kepada manusia – Kebebasan

42. “Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan”

43. “Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain.”

44. “Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat”

45. “Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan”.

46. “Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari”

47. “Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang”

48. “Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak ber teman..”

49. “Lidahmu adalah bentengmu, jika anda menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika anda membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu”

50. “Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri”

51. “Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan.”

52. “Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya.”

53. “Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang ora ng lain ada.”

54. “Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya.”

55. “Fikirkan hal-hal yang paling hebat, Dan anda akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan anda akan mencapai yang tertinggi.”

56. “Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang..”

57. “Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang.Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi.”

58. “Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma..”

59. “Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.”

60. “Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul.”

61. “Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik.”

62. “Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan.

63.kitα berkenαlαn → Allαh yg rαncαng. Kitα rαsα sukα → Allαh yg beri. Kitα bersαmα → Allαh yg αtur. Kitα berbαhαgiα → Allαh yg detikkαn

64.Orang yang bersih hati, ada tanda di wajahnya.

65. Addeenu nasihah..dan nasihat itu kasih.begitu kasih hingga mahu sama-sama dikasihi yang Maha Pengasih.

66.Sejahil mana pun manusia, mereka akan kembali mencari Tuhan dan kebaikan.

67. Apa perasaan kita apabila kita tahu tuhan memanggil kita 'wahai sayang'?

68. Jangan tunggu orang yang sempurna untuk nasihatkan kita sebab takda manusia yg sempurna di muka bumi ALLAH ini..hanya ALLAH yang Maha Sempurna :)

69. " Hai anak muda,jangan sangka matimu tua! "

70. Hidup dalam fitnah akhir zaman, jalan ke neraka 'lebih lurus' berbanding jalan ke syurga.

71. "... Kami melakukan dosa yang sepatutnya Engkau wajar mengazab kami, namun Kau ilhamkan taubat kepada kami"

72. cantik nye susun atur allah. iktibar itu dimana-mana. hari ni pelangi, esok lusa salji..

73. Tak de orang melihat air mata kita Tapi Allah tahu setiap titisan yang jatuh ke bumi

74. Berapa ramai manusia yg masih hidup dalam kelalaian sedangkan kain kafannya sedang ditenun. ~ Imam asy Syafi'e

75. Allah mendidik/mentarbiyyah manusia dengan cara berbeza.Tuhan,jangan bebankan kami,yang tidak kami terdaya.

76."Jangan hanya inginkan lelaki yang baik selagi kita tidak menjadi baik, tetapi jadilah wanita yang baik sehingga kita diinginkan oleh lelaki yang baik."

77. Manusia itu belajar dari kesilapan.

78. Mereka yang berubah kerana terpaksa, mereka itulah mangsa. Mereka yang memaksa diri untuk berubah, mereka itulah yang berjaya. [Abu Saif, Rindu Bau Pohon Tin]

79. Allah itu dekat.

80. Hatta seribu tahun dan sejuta mimpi pun, kalau Allah tak izin, tak jadi juga.

81. Belajar kerana Allah... inshaAllah akhlak akan berubah...

82. Tanda kita belum baik ialah apabila kita selalu merasakan kita lebih baik dari orang lain.

83. Maksiat lawannya taat.

84. "Untuk mendapat yang dicintai bersabarlah menempuh yang dibenci."

85. "Ya Allah, jadikan kami hamba yang sihat & taat"

86. Kalau kita ketuk pintu rumah orang pukul 3,4 pagi, mesti orang marah giler. Tapi kalau waktu sebegitu kita ketuk pintu Tuhan, Tuhan sangat gembira dan suka menerima hambanya...

87. "Sungguh, Aku benar-benar mengadu akan susah dan sedihku hanya kepada Allah.." (Surah Yusuf: 86)

88. mulakan hari mu dengan memuji Allah....

89. Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walau ada segalanya. Apa yang tiada dalam syurga? Namun adam tetap rindukan hawa. ..

90. Mengingati Allah itu satu keperluan melebihi dari perlunya kita kepada oksigen. Kita tidak kan mampu menghirup kebaikan yg ada sepanjang perjalanan kehidupan tanpa hidayah dan taufik dari Allah swt~ :)

91. jadikan dunia ladang untuk kita nikmati hasilnya di akhirat kelak.

92. Tunjukilah kami jalan yang lurus.

93. "Hakikat tanpa syariat itu fasik, Syariat tanpa hakikat itu sia-sia, Syariat beserta dengan hakikat itulah sempurna"

94. cukuplah mati sebagai satu peringatan.

95. Matang bukan syarat nikah. Sama macam tua bukan syarat mati. Yang muda pun ramai mati, yang tak matang pun ramai menikah.

96. "cabut kemuncup sambil berjalan. jangan sampai ralit hingga berhenti berjalan" (mafhum)

97. *even burung kecik tu pun berusaha untuk padamkan api kerana takut disoal, tapi kita?

98. Mahu suami soleh & isteri solehah?Mahu anak-anak yang soleh solehah?Psss, tanya diri dulu. 'Diri' kita itu sudah menjadi soleh solehah untuk ibu bapa kita tak?

99. Apa yang keluar dari mulut kita ialah do'a. Kalau yang keluar itu carutan, maka kita mencarut kepada diri sendiri. Berfikir sebelum berkata-kata.

100. Org yang ada Allah.. Ada segala galanya - Prof muhaya.



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


English Vinglish vs Barfi


Oh ha!otak dah tepu asyik cetadi aje kan.

ok meh layan citer ni kejap.

A must watch Hindustan's movie after 3 Idiots. Cerita yang membawa kelainan dari yang lain.

download Barfi!




Another one hindustan's movie must watch..menceritakan tentang semangat seorang housewife yang nak belajar cakap 'omputih'. Filem ni juga merupakan filem yang mewakili India ke festival filem-filem luar negara.
Pada yang still 'gugu-gaga' lagi nak bercakap ARAB or apa-apa bahasa sekalipun, filem ni merupakan 'penawar' terbaik :)

English Vinglish

nak cari yang full version takde pulak. 

Tahu tak sebenarnya aku kena study tapi aku tak paham kenapa duk buat cerita-cerita hindustan ni ? sebab saja nak mengisi masa? Okay dah . Dah Dah. Pergi ambil pen and buku nota.

p/s- masa study microbiology ni, dia ada cakap pasal orang guna pathogen microorganism untuk buat orang sakit, buat orang rasa takut, dan buat orang mati.

this what we call Bioterrorism Agents/ Biological Warfare Agents

dan rasa nak bagi je pathogen ni kat yahudi zionis Israel yang dok mengganas menyerang orang islam!

Allahuakbar.
Lindungi kami seluruh umat islam dan  palestinians!

Amiin..
Okayy. Babai! Wassalam.









Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Seluruh Dunia Marah Melihat Foto ini!



Gambar dibawah banyak beredar di Blog atau Forum-forum Pecinta Haiwan. Kita bisa Melihat betapa Biadabnya seorang Manusia Terhadap Makhluk yang lemah.



Orang ini Mengikatkan rantai motor pada leher seekor anjing Lalu menyeretnya, ini merupakan perbuatan kumpulan anti haiwan di cina kabarnya di bandar guangzhou, kumpulan ini dinamakan "tidak berperikemanusiaan"-dalam bahasa harfiah dan pengambilaan imej di Fuzhou, sebuah forum dari kumpulan fotografi, mengenakan seragam menunggang motosikal, mngikatkan rantai pada belakang motor, dan besi hujung rantai ditetapkan pada leher anjing, dan menyeretnya dalam kelajuan 50km/jam dan anjing itu terlihat meringis kesakitan. dan beberapa orang mengatakan ketika diseret anjing itu berteriak, melolong, dan menangis. tapi itu tidak membuat pengendara biadab itu melambat, malah mempercepatkan kelajuan motor. foto2 dibawah memperlihatkan keadaan anjing yang diseret tadi, terlihat sangat cedera parah. 




Hargailah semua makhluk disekitar kita,Kita dan mereka juga diciptakan oleh Pencipta yang sama.



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Lagi dipecat kerana dengar ceramah Pakatan


Rejim diktator akan memusnahkan hidup rakyat yang tidak menyokong mereka. Perangai macam Israel terkutuk. Manusia yang mempunyai akal yang waras dan hati nurani yang suci tidak akan mengundi langsung UMNO/BN pada pilihanraya akan datang.


LABUAN: Kerana menghadiri ceramah Pakatan Rakyat, seorang kakitangan sementara Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Qatrun Nada Latfi (gambar), yang bertugas sebagai guru sementara di Labuan telah menerima notis pemecatan sebulan.

Beliau menghadiri ceramah Pakatan Rakyat yang disampaikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 15 September 2012.

Qatrun Nada telah disiasat dan menerima notis pemecatan yang akan berkuatkusa pada 1 Disember ini.

Walau bagaimanapun, notis yang diterima beliau pada 24 Oktober itu tidak menyatakan sebab-sebab pemecatan secara terperinci.

Sebelum pemecatan tersebut, Qatrun Nada menerima panggilan daripada individu yang memperkenalkan diri sebagai orang kuat UMNO Labuan pada 9 Oktober 2012.

Dalam panggilan itu, individu berkenaan memberi amaran kepada Qatrun Nada agar tidak terlibat dengan kegiatan politik pembangkang.

Tidak lama selepas panggilan itu, Qatrun Nada dipanggil ke pejabat JAWI Labuan untuk disiasat mengenai kegiatan luar beliau pada 22 Oktober 2012.

Sehubungan itu, NGO Inisiatif Selamatkan Insan Tertindas (INSAN) menentang sekeras-kerasnya campur tangan politik dalam pengurusan Jabatan Agama Islam Wilayah Pesekutuan.

Sebagai sebuah agensi awam, JAWI sepatutnya bersifat neutral dan profesional dalam tatakelola pengurusan, kata Koordinatornya, Mohd Faris Abdullah.

Bagi beliau, campur tangan ini hanya mencemarkan imej JAWI sebagai sebuah badan kerajaan yang berteraskan Islam.

Katanya, kegagalan JAWI memberikan sebab yang munasabah di atas pemecatan ini menguatkan dakwaan bahawa JAWI telah dipengaruhi oleh kepentingan Politik UMNO sehingga sanggup menzalimi kakitangan sendiri.

Perkara ini jelas bertentangan dengan Visi JAWI sendiri yang ingin menjadi badan peneraju dalam memartabatkan Hal Ehwal Islam, tambah beliau.

"INSAN juga mengecam tindakan UMNO yang menggunakan agensi kerajaan bagi mengekang kemaraan politik parti lawan.

"UMNO sebagai sebuah parti politik sepatutnya lebih faham bahawa hak untuk berpolitk adalah hak setiap rakyat Malaysia yang dijamin Perlembagaan Persekutuan," katanya.

Sehubungan dengan itu, INSAN akan menghantar satu memorandum kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, YBhg Datuk Hj Che Mat Bin Che Ali pada 29 November 2012 bagi mendesak beliau membebaskan JAWI daripada sebarang campur tangan politik sempit.

INSAN juga akan mengadakan sidang media bagi mendedahkan penglibatan UMNO dalam isu ini.

"INSAN memiliki bukti kukuh yang akan menunjukkan penglibatan UMNO sebagai dalang yang menzalimi rakyat hanya kerana kepentingan politik," katanya.

Qatrun Nada binti Mohd Latfi merupakan seorang guru yang bertugas di Sekolah Rendah Agama Islam Rancha-rancha, Wilayah Persekutuan Labuan.




Beliau dilantik sebagai guru sementara di bawah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Beliau merupakan bekas penuntut di Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan.

Beliau juga merupakan bekas Ahli Majlis Perwakilan Pelajar yang terlibat dalam demonstrasi menuntut Air bersih di UMS Labuan pada tahun 2009.



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Sila Benci Saya juga,tapi ..





masa nak dekat bulan ramadhan masa budak-budak dulu 

ingat tak ummi atau mak kita suka  cakap  "puasa penuh,dapat hadiah"
kan?kan?

sama juga Allah bagi motivasi kat kita untuk buat baik

For me,
Nothing wrong to hate people
because it is the prove that human is not perfect.
Hating for reason and with Iman.

How?
macam mane nak benci-benci pun dgn Iman? -,-

oh! ha macam ni:

benci perbuatan salah dan dosa,bukan benci pada pelakunya.
dan dengan Iman,dengan cinta,kita akan tolong dia. Tolong dia jadi orang yang disayangi Allah,bukan dimurkai Allah.

dan orang yang Allah sayang, of course makhluk sekeliling pun akan sayang, dari homo sapien ke staphylococcus.

Melainkan orang yang ada sampah dalam hati,nak kena vacuum tu.berhabuk. oh sangat-sangat,

So,percayalah,saya benci awak kapel,tak tutup aurat,abaikan solat,buat jahat kat makhluk,langgar suruhan Allah,tinggal larangannNya. ish3.

so,sila benci saya juga, tapi dengan reason,Iman dan Cinta.

Barulah kuat tali kita. kan? 
:)

Dari Ibnu Abbas ra Rasulullah saw bersabda:

ﺃَﻭْﺛَﻖُ ﻋُﺮَﻯ ﺍﻟْﺈِﻳﻤَﺎﻥِ ﺍﻟْﻤُﻮَﺍﻟَﺎﺓُ ﻓِﻲ ﺍﻟﻠﻪِ ﻭَﺍﻟْﻤُﻌَﺎﺩَﺍﺓُ ﻓِﻲ ﺍﻟﻠﻪِ ﻭَﺍﻟْﺤُﺐُّ ﻓِﻲ ﺍﻟﻠﻪِ ﻭَﺍﻟْﺒُﻐْﺾُ ﻓِﻲ ﺍﻟﻠﻪِ
“Tali iman yang terkuat adalah muwalah (berkasih sayang) karena Allah dan mu’adah (bermusuhan) karena Allah ,Cinta karena Allah, benci pun karena Allah ”

(cinta+Benci ) x kerana Allah= Tali Iman Kuat :D

Allah cerita tentang syurga,tentang nikmat,bidadari,makanan dan macam-macam.

tapi kita masih susah nak buat baik,kan?
sebab kita tak nampak. tak rasa. 

tapi cukuplah dengan kita yakin.dengan IMAN.

Rabiatul Adawiyah beribadah tanpa mengharapkan syurga Allah.

Kita?

impikan syurga pun masih tak beramal.

dush 44 kali!!

Allahurabbi!

Allah bagi kita cukup dan apa yang kita perlu. keep on striving! :D and dont forget to ask fron Him. any thing can happen wlaupun kita rasa imposibble.kan. sebab Allah boleh buat apa sajer..

Moga Allah sentiasa memelihara dan merahmati kalian.

ilaliqa-



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


KUNOICHI


Hebat ! Para Pasukan Ninja Wanita Iran (Kunoichi)

Masyarakat Iran telah mempersiapkan segala kemungkinan terjadinya serangan dunia barat dan Israel terhadap negara mereka. Salah satu persiapan itu adalah melatih perempuan Iran bela diri ala ninja (kunoichi).



Sekitar 3.5oo perempuan Iran, bergabung dalam sekolah bela diri bak ninja dari Jepun. Di sekolah itu, mereka dilatih bela diri kung-fu dan menggunakan senjata tajam untuk mempertahankan negaranya.
Sekolah bela diri yang ditubuhkan sejak tahu 1989 lalu, sekolah itu memang berniat untuk membentuk siswa-siswanya menjadi kunoichi (ninja perempuan). Fatima Muamer yang menjadi instruktur beladiri itu mengatakan, para perempuan Iran sangat tertarik denganninjutsu karena beladiri itu dapat menyeimbangkan kekuatan dan pikiran.


“Salah satu pelajaran penting di ninjutsu adalah penghormatan dan kerendahan hati. Para siswa dilatih untuk menghormati drinya sendiri. Dengan menghormati eksistensinya, mereka akan menguasai seluruh kebudayaan dari ninjutsu,” ujar Muamer.


Kunoichi Iran itu dipastikan akan menjadi salah satu kekuatan yang berguna untuk mendukung tentara reguler Iran. Senjata-senjata yang digunakan para kunoichi itu adalah panah, pedang, tongkat berantai, dan bintang ninja.


Beladiri ninjutsu di Iran juga sudah muncul 22 tahun yang lalu dan diprakarsai oleh seorang lelakia bernama Sensei Akbar Faraji. Hingga saat ini, sebanyak 24 ribu warga Iran bergabung dalam perguruan ninjutsu.
“Menjadi seorang ninja memerlukan kesabaran, toleransi, dan ketabahan. Ninjutsu dapat diibaratkan sebagai bisa ular, yang mematikan, namun juga tampil sebagai ubat mujarab,” ujar Faraji.
Seperti diketahui, ninjutsu sendiri merupakan beladiri mematikan yang berasal dari Jepun. Beladiri tersebut umumnya dikuasai oleh agen-agen rahasia atau tentara bayaran di Jepun pada tahun 1185 silam


Video Latihan Para Ninja Wanita Iran




ohsem kan!



p/s-sahabat-sahabat jaga diri ye elakkan keluar malam,setiap kali nak keluar, pastikan simpan barang elok2,
pakai-pakaian yang elok-elok dan jangan lupa, paling penting, baca doa dan minta perlindungan dari Allah.

Moga Allah sentiasa memelihara dan merahmati kalian.



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Panduan untuk subur




entri khas buat pada bakal mama-mama yang bertanya.
insha allah.

Doakan..Doakan...
Kalau menghadapi masalah ketidak suburan iaitu sukar hamil walaupun telah mencuba antara 6 bulan hingga setahun, sila buat pemeriksaan dan buat ujian kesuburan kedua2 suami dan isteri. Ikuti panduan ini untuk meningkatkan kesuburan anda.

Langkah pertama ialah berdoa kepada Allah SWT untuk dapat zuriat. jangan putus harapan, Allah yang mencipta segala2nya, Kita perlu mohon dan berusaha untuk mendapatkan rawatan dari berbagai punca asalkan tidak syirik. Ada waktu2 dan tempat yang mana doa mujarab dan mudah dimakbulkan Allah SWT

Tempat terbaik didepan kaabah di Makkah..

Pergi jumpa pakar sakitpuan untuk pemeriksaan , buat vaginal scanning , buat ujian kesuburan dan seterusnya mendapat rawatan yang sesuai bergantung dengan punca ketidak suburan. Jika ujian benih suami normal dan xray HSG menunjukkan saluran fallopian tidak sumbat, 30 - 40% akan hamil dalam tempoh 3-4 bulan.

Berbagai2 jenis rawatan untuk hamil ada disediakan dalam blog ini, lihat dan cari dalam Archive.

Makan untuk subur
Carta BBT kesan waktu subur
Ubat subur
Mengatasi Stress untuk subur

Sumber: Dr Hamid Arshat (klik sini, banyak info yang menarik)

********

notahati-lynn di sini doakan moga ALLAH tambahkan rezeki lagi dan kurniakan anak-anak yang comel bagi setiap pasangan yang belum dikurniakan cahayamata penyejuk hati.Amiin..- even  tuan belog(status bujang)

Selamat memegang amanah mendidik seorang manusia untuk menjadi muslim mukmin yang membesar dalam ketaatanNya ya.

Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu mengatakan bahwa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Setiap anak dilahirkan di atas fitrah maka kedua orang tuanyalah yang menjadikannya Yahudi Nasrani atau Majusi. Sebagaimana binatang ternak akan melahirkan binatang ternak yang sempurna. Apakah engkau lihat ada binatang yng lahir dalam keadaan telah terpotong telinganya?”


Hadis ini sepertimana yang pernah dikongsikan dalam Halaqah tempoh hari , apa yang dimaksudkan Yahudi ialah golongan yang mengurangi urusan agama dan bersambil lewa dengannya, Nasrani pula ialah golongan yang menokok tambah dalam urusan beragama dan bermaksud untuk memperbanyakkan cabang dalam urusan agamanya manakala Majusi pula ialah golongan yang mereka-reka sesuatu yang sesat dalam hal agama seperti mana yang pernah dibincangkan oleh ulama’ fikriy kontemporari.


Semoga Allah menjauhkan kita dari sifat-sifat sedemikian.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


MUHAMMAD adalah Nabi yang Ditunggu-tunggu Penganut Hindu.



Tulisan ini saya terbitkan khusus sempena Forum Jom Cerita Islam Kepada India Malaysia anjuran HALUAN Malaysia dan JAKIM.. 

semoga bermanfaat.

Seorang professor bahasa dari ALAHABAD UNIVERSITY INDIA dalam salah satu buku terakhirnya berjudul “KALKY AUTAR” (Petunjuk Yang Maha Agung) yang baru diterbitkan memuat sebuah pernyataan yang sangat mengejutkan kalangan intelektual Hindu. Professor tersebut secara terbuka dan dengan alasan-alasan ilmiah, mengajak para penganut Hindu untuk segera memeluk agama Islam dan sekaligus mengimani risalah yang dibawa oleh Rasulullah SAW, kerana menurutnya, sebenarnya Muhammad Rasulullah SAW adalah sosok yang dinanti-nantikan sebagai sosok pembaharu spiritual.





Prof. WAID BARKASH (penulis buku) yang masih berstatus pendeta besar kaum Brahmana mengatakan bahawa ia telah menyerahkan hasil kajiannya kepada lapan pendeta besar kaum Hindu dan mereka semuanya menyetujui kesimpulan dan ajakan yang telah dinyatakan di dalam buku. Semua kriteria yang disebutkan dalam buku suci kaum Hindu (Wedha) tentang ciri-ciri “KALKY AUTAR” sama persis dengan ciri-ciri yang dimiliki oleh Rasulullah SAW.

Dalam ajaran Hindu disebutkan mengenai ciri KALKY AUTAR diantaranya, bahawa dia akan dilahirkan di tanah arab, bapanya bernama SYANUYIHKAT dan ibunya bernama SUMANEB. Dalam bahasa sansekerta kata SYANUYIHKAT adalah paduan dua kata yaitu SYANU artinya ALLAH sedangkan YAHKAT ertinya anak lelaki atau hamba yang dalam bahasa Arab disebut ABDUN. Dengan demikian kata SYANUYIHKAT ertinya “ABDULLAH”. Demikian juga kata SUMANEB yang dalam bahasa sansekerta artinya AMANA atau AMAAN yang terjemahan bahasa Arabnya “AMINAH”. Sementara semua orang tahu bahawa nama bapa Rasulullah SAW adalah ABDULLAH dan nama ibunya AMINAH.

Dalam kitab Wedha juga disebutkan bahawa Tuhan akan mengirim utusan-Nya ke dalam sebuah gua untuk mengajarkan KALKY AUTAR (Petunjuk Yang Maha Agung). Cerita yang disebut dalam kitab Wedha ini mengingatkan akan kejadian di Gua Hira saat Rasulullah didatangi malaikat Jibril untuk mengajarkan kepadanya wahyu tentang Islam.

Bukti lain yang dikemukakan oleh Prof Barkash bahawa kitab Wedha juga menceritakan bahawa Tuhan akan memberikan Kalky Autar seekor kuda yang larinya sangat cepat yang membawa kalky Autar mengelilingi tujuh lapis langit. Ini merupakan isyarat langsung kejadian Isra’ Mi’raj dimana Rasullah mengendarai Buroq.

Dikutip buletin Kebenaran Dunia Islam no 58/II Bulan III/Februari 1998
Lihat: Pundit verifies Messenger was foretold

sekadar pengkongsian.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Video- Sambutan hari jadik Sultan Pahang di UK!


Selamat hari lahir Sultan Pahang walaupun saya bukan orang Pahang.





Panas hati tengok babak tuang wain dekat gelas..

Jangan lepas ni keluar ayat-ayat skrip mcm artis-artis sudahla.

"Eh, ai tak minum pun mabuk-mabuk ni. Ai cuma lepak-lepak just having fun"

pedih rasa hati..rakyat hidup ikat perut, dorang sesedap rasa menghabiskan harta rakyat..

memang akan kutuntut satu-satu dekat akhirat!!

notakaki- ummi orang pahang .arwah abi orang penang.
okbai.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Bila Kena Senggugut.






Sakit ketika datang haid atau senggugut adalah satu masalah yang biasa dialami oleh banyak wanita dan lazimnya dialami oleh gadis yang baru meningkat remaja. Untuk anak remaja keadaan ini digelar ‘primary spasmodic dysmenorrhea’ dan tidak semestinya menandakan sesuatu penyakit. Di dalam beberapa tahun pertama selepas akil baliq, pusingan haid seseorang gadis masih belum teratur lagi. Haid mungkin akan datang tiga atau empat bulan sekali. Senggugut biasanya mula dirasai 2-3 tahun kemudian. 

KLIK SINI

Rasa sakit sewaktu datang haid ini adalah disebabkan oleh kuncupan rahim yang begitu kuat sekali untuk mengeluarkan ketulan darah haid yang bercampur sedikit tisu daripada selaput endometrium . Darah haid ini perlu keluar menerusi saluran pangkal rahim yang biasanya masih sempit di kalangan gadis remaja.Kuncupan rahim yang kuat ini adalah disebabkan oleh sejenis hormon yang digelar dengan nama “Prostaglandin”. Kesakitan ini berbeza di antara seorang wanita dengan yang lain. Ada yang mungkin rasa sakitnya ringan sementara yang lainnya akan mengalami sakit yang teruk. Jangka waktu sakit juga berbeza, ada yang mengalami sehari, ada pula yang mengalaminya setiap kali datang haid.






Ramai di kalangan wanita yang risau samada senggugut boleh menyebabkan kemandulan. Ini tidak benar dan senggugut biasanya akan hilang setelah gadis berumahtangga dan mendapat anak. Kehamilan dan kelahiran dapat mengatasi masalah kesempitan pada saluran rahim yang menjadi punca pada senggugut. Walau demikian sebahagian kecil dari mereka akan menghadapi masalah ketidaksuburan dan mudah gugur kandungan jika senggugut itu berterusan selepas kahwin. Mereka ini mungkin mengidap penyakit ‘endometriosis’.Ini menyebabkan sakit seperti sengugut tetapi apa yang menyebabkan ia terjadi tidaklah sama seperti sebab sakit senggugut yang biasa


ENDOMETRIOSIS DAN ADENOMYOSIS










pada yang  mengalami senggugut boleh mengambil ubat penawar sakit/analgesic seperti Panadol, Aspirin, Ponstan, Synflex dan lain lain. Tetapi dalam kes-kes yang lebih teruk, doktor akan memberi ubat penawar sakit yang mengandungi hormon ‘ 'Norethisterone’.





Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Jom jaga si Raja ni nanti kalau tak jaga, kucar kacir rakyat jelata.


Jom jaga si Raja ni,

nanti kalau tak jaga, kucar kacir rakyat jelata

Dari Abi Wabishah bin Ma'bad r.a : " Bahawa aku datang kepada Rasulullah SAW lalu baginda bertanya : ' Engkau datang bertanyakan erti kebajikan ? '

Aku menjawab : ' Ya '.

Sabda Rasulullah SAW lagi : ' Tanyalah hati engkau. Kebajikan itu ialah apa yang mententeramkan diri engkau kepadanya serta mententeramkan hati.

Manakala dosa pula ialah apa yang mengganggu jiwa dan meragui dalam dada.


Hati ibarat raja,
Mata, lisan,perasaan dan perbuatan adalah tenteranya,
Perilaku, reaksi tentera-tentera ini cerminan kepada raja,

Baik rajanya, baiklah tenteranya...

Allahuakbar.
Lindungi kami.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Boycott Israeli Goods?


hari-hari buka facebook...

Palestine--Boikot McD
Palestine--Boikot McD
Palestien--Boikot McD

Setiap kali lalu depan McD sebelum pergi kelas,
nampak macam kubu Israel pun ada jugak..

Cane tu ? 


tu dia list barangan israel. senang sikit nak ingat...*ikut alphabetical order* 

rasa-rasanya kena tambah lagi kat ruangan huruf ' U ' tu.

agak-agak apa eh?








Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


BUASIR OTAK CONTEST GILA #2:ENTRY KEGEMARAN.





5 x 8GB Thumb Drive jenama PenDrive; dan
1 x 16GB Thumb Drive jenama PenDrive + 1 illustrasi kartun daripada pihak SPONSOR iaitu Nazha Anua untuk HADIAH UTAMA

Atas tu banner. Bawah banner tu hadiah-hadiah untuk CONTEST GILA #2:ENTRY KEGEMARAN.
NAK JOIN? KLIK SINI

tarikh tamat pada 1 Disember 2012 TEPAT JAM 11:59 pm

oh ha! ini entry kegemaran saya.


sebab musabab adalah kerana terasa diri ini dihargai ..

tak percaya???

tengok sini
v
v
v
v

ada peringatan di situ!

kipidap! kipidap! Bro Prince NOOB & TEAM FOOLS SYNDICATE  

kita menulis dan Malaikat juga menulis,berhati-hati dengan apa yang kita tulis- untuk anon

okbai.


notajarijemari-tak ohsem,tak kreatif,tak karut ,tak gila.
cuma dari hati. :D


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Menarik tentang Rakyat Gaza.



Mouin Rabbani and Harry Fear, I salute both of you.

wishing one day, i'll have a chance to be as smart as u're guys to speak the truth. =')


***

Terbaca satu status Activist around the world for Palestine berkenaan perbualan benar yang berlaku dalam hari-hari rakyat Gaza.
........

My other cousin(3 years old) asked: "Hana, these Airplanes are higher than clouds?"
I said: "yes, they are so high."
He: "So, they can see whatever we do?"
I: "hmm.., not always! "
He: "Ok, and where is Allah?"
I: "above, so high! "
He: " in this sky we see? Near the warplanes?"
I: "Nope dear, above seven skies "
He: "So, we should not worry! Allah sees us and sees these plans.He knows the good people, the owners of this land and he will never leave us in pain !"
Hugged him and felt like to cry..
.......


Terdiam dan menitik air mata.


Sungguh. Mustahil bicara sedemikian mampu terbit dari bibir biasa melainkan bibir-bibir yang dimiliki oleh pemilik hati-hati yang bersih.


Kita selalu membicarakan soal mereka, ketakutan mereka, jeritan mereka, darah mereka, luka-luka mereka, runtuhan bangunan-bangunan mereka, terputusnya bekalan eletrik mereka, simpanan makanan mereka dan sebagainya, tetapi dalam masa yang sama kita selalu terlupa bahawa jahiliyyah yang pekat dalam diri kita sehingga menjauhkan kita dengan Allah itu lebih bahaya.


Mereka syahid terjamin syurga tetapi kita?

Semoga Allah tidak mencampak kita jauh.


nota kaki:
- Akhir-akhir ini terutamanya selepas menonton '5 days of war', saya sangat teruja dengan satu bidang baru iaitu journalist. =)

Dan icon journalist saya setakat ini ialah Harry Fear.

Menarik tentang Gaza:

1. Nisbah kelahiran bayi & kematian di sana adalah 15:1
2. Dalam tempoh 4 bulan, jumlah kelahiran baru adalah seramai 14280 orang bayi
3. Wanita Gaza adalah yang paling subur di dunia
4. Ini bererti 155 kelahiran berlaku setiap hari & cuma 10 kematian sehari
5. Laporan UNICEF (2009) Gaza dihuni oleh majoriti anak muda iaitu seramai 793520 orang belia.
6. Manakala Israel (laknatullah) menderita kerana penduduknya adalah di kalangan mereka yang berusia tua.

Allahuakbar! dari satu sudut, Palestin nampak lemah, tapi ALLAH beri banyak kelebihan dari sudut yang lain. Kita pula jangan berhenti membantu mereka!

ila liqa'




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Jangan kerana kita, hati pemuda tercalit titik hitam.




Wahai bakal bidadari syurga sekalian, 

peliharalah dirimu, 
jangan kerana kita,
hati pemuda tercalit titik hitam
Jangan kerana kita, 

ayah/suami kita terpaksa memikul beban dosa.

Cakap pada diri setiap kali nak berpakaian, 

"Kalau saya pakai macam ni hari ni, Allah suka tak? "

Jom checklist pakaian kita !

:)

Ingatkan diri sendiri 

"Ya Allah, kau telah menciptakan kami dengan cantik, maka hiasilah kami dengan akhlak yang indah..."

Senyum tu sedekah kan?

tapi kadang-kadang ada hari mood kita tak elok
berkerut muka seharian .
dan sebenarnya ada banyak sebab.

Nak share one of the reason~

Bad mood trigger: 

Your bedside lamp

If you regularly fall asleep reading or watching TV, this can have repercussions on your mood the next day. Research has shown that night time light can suppress the production of melatonin; a mood-regulating hormone which is only produced during darkness. So, try investing in some heavy curtains and make sure you turn off all lights at night to give yourself a happiness boost.

#HealthTips :D

Btw we can talk about whatever we want.

but with Iman
Just talk what you should.

keep silent for the useless and harmful words.

Dari Abu Hurairah radhiallahuanhu, sesungguhnya Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda: Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia berkata baik atau diam, siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir hendaklah dia menghormati tetangganya dan barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir maka hendaklah dia memuliakan tamunya 

(Riwayat Bukhori dan Muslim)




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Kosmo di dakwa sebarkan berita palsu dan aibkan arwah.


Tadi pagi saya ada post tentang ini MINTA TOLONG REPORT FACEBOOK ARWAH.
 ada seorang blogger memberi komen yang menyatakan bahawa cerita ini hanya fitnah dan tidak betul tentang kematian arwah yang disiarkan di suratkhabar.

saya mula tertanya-tanya dan buat susulan tentang ini..

Dalam masa saya tengah blogwalking dan jumpa artikel ni di http://milosuam.blogspot.com/

saya share di sini.

Bagaimanapun seorang sahabat baik arwah gadis tersebut meluahkan rasa kecewa beliau terhadap laporan Kosmo itu yang didakwa sebagai satu fitnah dan cuba mengaibkan arwah sahabatnya itu.

Beliau meluahkan perkara itu di halaman twitter miliknya dan turut menyifatkan dua wartawan yang melaporkan berita itu, NASRUL FAIZ ABU AZAL dan KHAIRIYAH HANAFI sebagai tidak guna.

Gara-gara berita yang disiarkan Kosmo yang juga merupakan anak syarikat Utusan Malaysia, arwah menjadi bahan kutukan dan umpatan orang ramai yang percaya dengan berita tersebut.




Sumber yang ReJaM© terima memaklumkan sebenarnya wartawan daripada Kosmo ini tidak dapat masuk ke rumah didiami arwah untuk menemuramah keluarganya. Namun mereka membuat kesimpulan sendiri tentang kematian Siti Khadijah Binti Muhammad.

sumber


p/s-Kosmo  anak syarikat Utusan Malaysia? baru tahu.. 


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Minta Tolong Report Facebook Arwah.






KUALA LUMPUR – Hajat seorang gadis keluar dari rumah tanpa pengetahuan keluarga bagi bertemu kekasihnya mengundang padah apabila dia maut selepas terjatuh dari tingkat tujuh sebuah apartmen kuarters kerajaan di Desa Pandan di sini semalam.

Sebelum kejadian pada pukul 8 pagi, mangsa, Siti Khadijah Muhammad, 16, mengurung diri di dalam bilik di rumahnya selepas dipercayai memberontak kerana dihalang keluarga untuk bertemu kekasihnya.

Bagaimanapun, selepas terdesak untuk berjumpa kekasihnya, mangsa cuba keluar dari tingkap di bilik rumahnya.

Khadijah dikatakan menyambung lima helai selendang yang setiap satu sepanjang kira-kira satu meter setengah dengan niat dapat sampai ke bawah dan berjumpa kekasihnya.

Semasa kejadian, ibu gadis itu dan empat adik mangsa berada di rumah sementara bapa mangsa berada di pejabat.

Bagaimanapun, hajat Khadijah bertemu buah hatinya tidak kesampaian apabila kain selendang yang disambungnya itu terputus sebaik mangsa bergantung pada kain tersebut.

Mangsa ditemui terbaring berlumuran darah dalam keadaan sudah tidak bernyawa oleh penduduk di apartmen sembilan tingkat itu.

******

CARA-CARA TOLONG REPORT FACEBOOK ARWAH.


Nama: Khadijah Sheab
Email: Loser.gila96@yahoo.com


AL-FATIHAH.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mungkin disokong syaitan, kata Dr Mahathir


Menuduh orang lain disokong oleh syaitan adalah fitnah yang terlampau besar dan sangat dangkal. Lebih baik tutup mulut. Banyak sangat bercakap nanti kita nampak bodoh.



Bagaimana rakyat boleh tahu bahawa pembangkang tidak disokong oleh syaitan, tanya bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau juga mempersoalkan bagaimana Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang (bawah) boleh tahu yang BN disokong oleh syaitan. Dan, Mahathir seterusnya membayangkan yang pemimpin parti Islam itu sendiri mungkin disokong oleh syaitan.


"Beliau (Hadi) dan pembangkang mungkin disokong oleh syaitan sendiri. Beliau sendiri bersama dengan syaitan. Itulah syaitan yang saya tahu.

"Dia sendiri bersama dengan syaitan itu," ulang Mahathir lagi.

Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai komen Hadi, semasa muktamar PAS baru-baru ini di Kota Bharu, bahawa parti yang disokong oleh syaitan tidak mampu menegakkan kebajikan yang "adil terhadap semua".

Walaupun presiden PAS itu tidak menamakan parti tersebut, tetapi ramai percaya beliau merujuk kepada BN dan Umno, terutamanya selepas tulisan di blog Mahathir yang menyentuh mengenai perkara itu.

Dalam tulisan itu Ogos beliau, Mahathir telah mencadangkan adalah lebih baik bagi rakyat memilih syaitan yang mereka tahu, daripada malaikat yang rakyat mungkin tidak tahu.

Diminta mengulas syor supaya Abdul Hadi untuk menjadi perdana menteri jika pembangkang memenangi pilihan raya umum akan datang, Dr Mahathir berkata presiden PAS itu bebas menjadi PM jika beliau dan mereka boleh menang.

"Beliau (Abdul Hadi) lebih layak daripada (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim), kerana beliau tidak membawa beban sejarah. Tetapi beliau perlu menang dulu, "katanya.

Mengenai sama ada kemenangan Abdul Hadi akan mendapat sokongan orang Melayu, Dr Mahathir menyindir Karpal Singh, dengan mengatakan jika pengerusi DAP itu memakai turban, beliau juga akan berkelayakan sebagaimana Nik Aziz (Nik Mat, mursyidul am PAS).

"Sama serban pun ada, janggut pun ada, apa lagi yang kita mahu?" katanya berseloroh.

Mahathir berkata demikian kepada pemberita di akhir Persidangan Antarabangsa mengenai Kanak-kanak Mangsa Perang anjuran Yayasan Keamanan Global Perdana.

notakaki- Inilah padahnya apabila PAS terikut-ikut menjadi sarkastik dengan bermain nama syaitan. Akhirnya semua orang terikut-ikut untuk bermain dengan syaitan.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Ameng Spring Juarai Pertandingan Nasyid Dalam Penjara.


Dihukum penjara bukan alasan untuk berputus asa. Itulah semangat yang ditunjukkan oleh penyanyi, Ameng Spring yang kini sedang menghabiskan hukuman penjara selama 8 tahun 10 sebatan di Penjara Kluang sejak April 2011 akibat kesalahan dadah.



Menurut laporan Kosmo! hari ini, Ameng dan kumpulan nasyidnya, “Voices Of Prison” berjaya merangkul tempat pertama dalam Pertandingan Nasyid Ke-6 Peringkat Penghuni Jabatan Penjara Malaysia 2012 yang berlangsung di Penjara Pengkalan Chepa.


Ameng ketika ditemubual memberitahu tidak menyangka bahawa mereka mampu menjuarai pertandingan kerana tahun lepas penjara yang dihuninya hanya memegang tempat ketiga.


“Tahun lalu, Penjara Kluang hanya meraih tempat ketiga, sasaran kami untuk kali ini ialah naib juara. Namun nasib menyebelahi kami apabila dinobatkan selaku juara dan ini merupakan kali pertama Penjara Kluang mengungguli pertandingan nasyid.”


Untuk pengetahuan, tempat kedua pertandingan ini dipegang oleh Penjara Kajang, Selangor. Manakala tempat ketiga pula dimenangi oleh kumpulan nasyid dari Sekolah Henry Gurney, Melaka.

*ok faing,8 tahun dihukum penjara kerana dadah , merogol hanya dengan berkelakuan baik dan bayar denda. oh!malaysiaku.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Korang Nak Sewa rumah ni??



 Rumah ditengah lebuhraya di negara China.



Luo Baogen dan isterinya berkeras untuk tinggal di rumah mereka yang terletak di tengah laluan lebuhraya di bandar Wenling, di wilayah Zhejiang, China kerana mereka percaya bahawa penempatan semula dan pampasan yang ditawarkan oleh kerajaan tidak mencukupi. Untuk memastikan keselamatan pasangan itu, bilik-bilik yang bersebelahan di dalam bangunan telah dikekalkan tetapi semua jiran-jiran mereka telah berpindah keluar. Jalan ini merupakan laluan untuk ke stesen keretapi Wenling dari kampung Xiazhang dan jalan ini masih tidak dibuka secara rasmi lagi. Pasangan ini kini tinggal di tingkat 5 dan bercadang untuk mengusahakan perniagaan yang sesuai di tingkat paling bawah.







Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.