dapat jadi pemenang bagi SEGMEN FIRST GIVEAWAY BY ATIRAH


alhamdulillah ...


selesai majlis tahlil...


Pulang ke rumah malam tadi. Kepenatan sampai tak tahu pun pukul berapa sebenarnya sampai rumah. huhu..


alhamdulillah..


dapat jadi pemenang bagi SEGMEN FIRST GIVEAWAY BY ATIRAH


syukran ukhty.. (senyumm sampai telinga okeh!)

ilalliqa'~


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Segmen : Pencarian Blogger Follower Bawah 500



miss Z berceloteh


fellowers : 412

nak join?? klik the banner

okebai








Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Palestin, maafkan aku. Bangsa aku masih lena







Palestin, maafkan aku. Bangsa aku masih lena


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Dasar suka berblog !



Terbaca lalu Terkena...
Dasar suka berblog. Terjumpa, terbaca, lalu ana pun tertag....

Jom dengar! dan Share!


http://sipipimerah.says.com/my/news/ustaz-azhar-idrus
(opss! tadi silap letak link! maaf seratus kali..)


nota :ana tak nak memaksa sesapa.. takde makna... (huu...)


 kbai



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Ne wakaru dessho?


bismillahirrahmanirrahim.....

Ne wakaru dessho?
(I think you know what I mean..)
Andai saat ini anti baca entri ana, bukalah 
e-mail.
Mungkin warkah ana sudah sampai di pintu inbox anti.


Ne wakaru dessho?
ana rasa kan....
banyak sangat kurnian ALLAH pada ana...

TAPI...
ana selalu sia-siakan....


jahilnya!~
teruknya~
kesiannya diri ana ni....

ada aqal malas nak fikir....
ada hati susah nak merasa....
ada banyak ni'mat ALLAH beri tapi selalu persia....


mungkinkah?

mungkinkah hati ana ni gelap sangat sampai ni'mat ALLAH pun
selalu ana lupakan datangnya daripadaNYA....

mungkinkah?

...

" rabbana zolamna anfusana wa inlam taghfirlana wa tarhamna lanakunanna minal hosirin.."

amiin~


-si pipi merah-
4:31 am



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


MIMPI


here i am again.. talking to myself probably.. in front of my pc.. erm.. agak penat arini.. penat tak buat pape.. . tolak tepi jap segala tugasan yg perlu diselesaikan.. walaupun tau i am running out of time.. another 10 days more . another 10 days nak abeh semester ni.. lepas nie will be my final semester.. ermm begitu cepat masa berlalu..

alhamdulillah dapat menulis dengan waras tika ini..
dengan keadaan kesihatan yang belum memuaskan..
alhamdulillah been better than yesterday..
gelas berganti gelas air suam kosong.. panas di dalam sukar dikeluarkan..
keadaan cuaca melambatkan lagi proses penyembuhan..
hampir dua kali demam dalam bulan ni.. sistem pertahanan badan sangat lemah..

semoga esok hari keadaan bertambah baik..

hari nie genap dah 2 minggu ..pemergian arwah abi... AL-fatihah... besok akan diadakan tahlil buat arwah abi selepas solat maghrib di dua tempat yang berlainan secara serentak.. 


"Ya Allah sayangilah abi ...jauhkanlah dia dari siksaan kubur ya allah.. lindungilah dia dari fitnah kubur dan adzab neraka, kerana Engkau Dzat yang memenuhi janji dan Pemilik segala puji; Ya Allah maka ampunilah dan berilah dia rahmat kerana Engkau adalah Dzat yang Maha Pengampun lagi Penyayang..... 

amin yarabbal alamin...


-------------------------------------------------

ermm..

smlm dikejutkan dengan satu istilah baru habit yang dikenali sbg infantilism dan tertarik to know more.. but i figure out it is only disgusting manners as an adult human.. pada ana ia melibatkan keseronokan semata-mata.. i cannot understand and accept it right now.. how about you? tapi kene banyak kaji dr pelbagai sudut jugak sbb even pakar motivasi atau ustaz takleh nak wat kesimpulan about this.. kata sorang sahabat tu la..

then bgn awal sebab mimpi yg mengejutkan jugakk... tapi it seems real.. and my mind distract memikirkan hal tu.. ermm.. one of my friend told about her dream kisah pasal ular.. org kate kalau mimpi ular maksudnyer ade org nak dtg meminnag.. tak lame pas tuh ayah die bergurau ttg ade org merisik die.. ermm.. should i believe this?

masya allah..sakit otak kiri nih.. mulela rase nak cengeng jek ni.. dabel the tensen.. dable the vision.. dabel super dable mcm dabel chesse bege mcD...sebab..tinggal lagi chapter 1, 2 3 thesis paper.. .... ya allah permudahkanlah............................. 

assalammualaikum..................


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


PANDANGAN ULAMA - Memandang Wanita yang Hendak Dilamar




PANDANGAN ULAMA

Disebut dalam kitab التعامل المشروع للمرأة مع الرجل الجنبي (hubungan lelaki dan perempuan bukan mahram yang dibenar oleh syara') ada menyebut:

"Disunatkan seorang lelaki memandang kepada wanita yang hendak dinikahinya sebelum pertunangan."

Ibnu Quddamah (ulama mazhab Hambali) berkata:

"Kami tidak mengetahui ada perselisihan para ulama pada pengharusan memandang perempuan yang hendak dikahwininya."

Imam Nawawi (ulama mazhab Syafie) dalam kitabnya منهاج الطالبين :

"Apabila ingin menikahi seorang wanita disunatkan memandang wanita tersebut sebelum melamarnya."

DALILNYA

Abu Hurairah ra berkata:

كنت عند النبي صلى الله عليه وسلم فأتاه رجل فأخبره أنه تزوج امرأة من الأنصار فقال له رسول الله صلى الله عليه وسلم : أنظرت إليها؟
قال : لا . قال : فَاذْهَبْ فَانْظُرْ إِلَيْهَا فَإِنَّ فِي أَعْيُنِ الْأَنْصَارِ شَيْئًا

Aku bersama Nabi saw, lalu datang seorang lelaki memberitahu bahawa dia ingin mengahwini seorang wanita Ansar. Lalu baginda saw bertanya: Adakah kamu sudah melihatnya? lelaki itu menjawab: Belum. Baginda saw bersabda : Pergilah engkau melihatnya. Sesungguhnya pada mata wanita ansar terdapat sesuatu." (HR Muslim - sahih)

Ulama berselisih pendapat apakah yang ada pada mata wanita ansar. Ada yang mengatakan mata yang kecil dan ada yang mengatakan kebiruan matanya.

Rasulullah saw bersabda:

إِذَا خَطَبَ أَحَدُكُمْ الْمَرْأَةَ فَقَدَرَ عَلَى أَنْ يَرَى مِنْهَا مَا يُعْجِبُهُ فَلْيَفْعَلْ

"Apabila salah seorang kamu hendak melamar seorang wanita dan dia mampu untuk melihat wanita tersebut untuk menambahkan minatnya terhadap wanita tersebut maka hendaklah dia lakukannya." (HR Hakim - hasan)

TUJUANNYA

Seperti hadis lepas, tujuannya untuk menambah minat dan bertambah kasih selain dari untuk mengenal paras rupanya. Nabi saw bersabda:

انظر إليها فإنه أحرى أن يؤدم بينكما المودة والألفة

"Lihatlah dia kerana sesungguhnya ia akan lebih mengekalkan kasih sayang dan keserasian." (HR Tirmizi)

ADAKAH DISYARATKAN IZIN WANITA TERSEBUT?

Imam Nawawi berkata:

Mazhab kami (Syafie), mazhab Malik, Ahmad dan kebanyakan para ulama tidak mensyaratkan persetujuan wanita itu untuk mengharuskan memandangnya. Malahan boleh melihatnya ketika dia tidak sedar bahawa dia sedang diperhatikan.

Dalilnya adalah Rasulullah menyuruh perempuan itu dilihat tanpa mensyaratkan kepada keizinan perempuan tersebut. Ditambah lagi apa yang dilakukan oleh perawi hadis itu iaitu Jabir ra seperti mana yang dinyatakan oleh beliau:

"Sesungguhnya aku ingin meminang seorang wanita dari kalangan bani salamah,. Lalu aku telah bersembunyi disebalik batang pohon kurma dan aku telah melihat sebahgian anggota wanita tersebut yang menyebabkan aku menyukainya. Kemudian aku melamarnya dan aku berkahwin dengannya." (HR Hakim -hasan)

Terdapat dalil yang jelas yang untuk tidak perlu meminta izin wanita tersebut. Ia adalah hadis dari Abu Humaid ra, Rasulullah saw bersabda:

إذا خطب أحدكم المرأة فلا جناح عليه أن ينظر إليها إذا كان إنما ينظر إليها لخطبته وإن كانت لا تعلم

"Apabila sesorang dikalangan kamu hendak melamar tidak salah untuk dia melihat wanita tersebut, sekiranya tujuan dia melihat hanyalah untuk melamar. Ia dibenarkan sekalipun tanpa pengetahuan wanita tersebut." (Hr Ahmad - sahih)

ANGGOTA YANG BOLEH DILIHAT

Para ulama berselisih pendapat terhadap anggota yang boleh dilihat selain muka. Ibnu Quddamah berkata:

"Tidak ada perselisihan pendapat pada pengharusan melihat wajah wanita yang ingin dilamar, ini kerana ia adalah pusat kecantikan."

Adapun anggota yang lain adalah seperti berikut:-

1. Mazhab Syafie dan Maliki: Muka dan tapak tangan. Imam Nawawi berkata:

"Ini kerana muka menunjukkan kepada kecantikan atau tidak. Manakala tapak tangan menunjukkan kepada badan yang berisi atau tidak."

2. Mazhab Hanafi: Muka, tapak tangan dan kaki (bawah buku lali).

3. Mazhab Hambali: Anggota yang dilihat semasa wanita berkerja iaitu ada enam 1. muka 2. leher 3. tangan 4. kaki (bawah buku lali) 5. kepala. 6. betis.

ADAKAH BOLEH MELIHAT DENGAN SYAHWAT?

Ulama mazhab Hanafi, Maliki dan Syafie tidak mensyaratkan disyariatkan untuk melihat wanita yang hendak dilamar perlu selamat dari fitnah atau tanpa syahwat ketika melihatnya. Oleh itu boleh melihat dalam keadaan ada syahwat atau boleh menimbulkan fitnah.

BANYAK MANA BOLEH LIHAT?

Dalam kitab مغني المحتاج (kitab yang menjadi antara rujukan utama dalam mazhab Syafie) karangan Syeik Khotib as-Syarbini ada menyebut:

"Lelaki yang hendak melamar boleh melihat berulang kali wanita tersebut sekiranya ia perlu sehinggalah jelas paras paras rupa perempuan tersebut supaya dia tidak menyesal selepas mengahwininya."

Imam Zarkasyi (ulama mazhab syafie berkata):

Para ulama tidak menyebut tentang berapa kali boleh tengok. Kemungkinan ditetapkan 3 kali kerana biasanya ia sudah cukup untuk mengetahui paras rupanya secara jelas. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah ra, Nabi saw bersabda:

أريتك في ثلاث ليال

"Aku bermimpi melihatmu (Aisyah) dalam mimpi selama tiga malam." (HR Muslim - sahih)

Pendapat yang lebih diterima adalah ialah tidak ditetapkan berapa kali dan bergantung keperluan.

PEREMPUAN MELIHAT LELAKI YANG INGIN DIKAHWINI

Seperti dibenarkan lelaki untuk melihat wanita yang ingin dikahwini, begitu juga perempuan dibenarkan untuk melihat lelaki yang ingin dikahwininya.

Perhatian: Kebenaran hanya pada melihat tanpa ada berkhalwat, memegang dan seterusnya. Ini jelas perkara yang haram walaupun sudah bertunang.

MELIHAT GAMBAR

Ini semua adalah hukum melihat rupa paras yang sebenar. Melihat gambar lebih dibenarkan. Seperti disebut oleh Ibnu hajar dalam kitabnya فتح الباري sebuah hadis riwayat al-Ajiri dari Aisyah:

لقد نزل جبريل بصورتي في راحته حين أمر رسول الله صلى الله عليه وسلم أن يتزوجني

"Sesungguhnya Jibril as telah turun dengan gambarku yang berada di tapak tangannya, ketika baginda diperintahkan untuk mengahwiniku."

KESIMPULAN: Ini adalah untuk mengetahui rupa paras yang zahir. Perkara utama dalam memilih pasangan adalah agama dan akhlak. Ia diketahui dengan cara merisik.

Rujukan: Mughnil Muhtaj oleh Syarbini, Fathul Bari oleh Ibnu Hajar Asqalani, Mausuah Feqhiah oleh ulama Kuwait, Ta'amul Masyru' oleh Nabilah Zaid dan Mausu'ah Ahkamur Marah al-Muslimah.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Saya Mahu Follower Tegar !


klik banner okeh!
tarikh tamat 22 jun 2012
sekian ..


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


' Mega Tech Giveaway By MizzsNinie, CikMun And DrFara '.





Pemenang dipilih 100% berdasarkan ' TOP REFFERAL 

easier done kan..


jemput join.. hadiah? aiwa..sangat best!


ana tag








selamat bersegmen..walla!


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Kisah Benar Seorang Pelajar Yang Sabar


Benarlah kata ulama' bahawa surah al Fatihah adalah ayat ruqyah/syifa'. Alhamdulillahi rabbil a'lamin pun sudah memberi makna yang sangat besar. Rabb bermaksud yang menguasai, memelihara, mengurus hingga sempurna (the Lord that created, bring to completion and sustain the universe, atoms, plants and souls). Bahkan Tuhan juga menguasai jiwa dan hati manusia. Kata Ibnu Qayyim, 'Allah menguruskan urusan orang-orang soleh/solehah.' Tenangkan diri kerana Tuhan yang menciptakan jiwa pasti akan mengurusnya dengan amat baik. Hasbunallahu wani' mal wakil (Cukuplah Allah sebagai penolong dan pelindung kami)


*hati ini resah 


Renungan malam ini, sabar (be patient in action)...



A must watch and listen.


selamat malam... moga tidur dalam iman..




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Akukah ranting kecil itu?'


Seorang budak menangis melihat unggun api terbakar. Apabila khalifah Harun ar Rasyid bertanya kenapa dia menangis, budak itu menjawab, 'aku takutkan api neraka.' Khalifah itu memujuk, 'anak sekecilmu tidak akan dimasukkan ke dalam api neraka.' Lalu budak itu menjawab, 'aku melihat ketika orang menyalakan api, mereka memasukkan ranting-ranting kecil dahulu. Setelah ranting kecil terbakar, barulah dimasukkan kayu-kayu yang besar. Aku takut hal yang sama berlaku padaku di neraka kelak.
Akukah ranting kecil itu?'


Mendengar jawapan itu, khalifah turut sama menangis.

U_U


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


segmen 'Cik Lynn : Jom Main Teka2!!'



jawapannya : RM 51.55 SEN


siyess tak tanya sape2 pun..
nak tanya tok nujum fb PA dia kata beliau cuti
harap2 tepat la eyh ..
*korang cepat join klik link kat ataih. 
okebai

p/s-setiap pemenang akan dapat salah satu brooch Sabah...
mana tau korang boleh bergaya time raya nanti...kata tuan punye belog


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Kanak-kanak Haulah beberapa jam sebelum mereka disembelih.



Kanak-kanak Haulah beberapa jam sebelum mereka disembelih dan dibunuh oleh rejim Basyar dalam tragedi yang berlaku di Haulah Jumaat yang lalu.

Pada waktu paginya, kanak-kanak ini bersama-sama dengan rakyat Syria yang lain berkumpul menyatakan protes mereka terhadap kezaliman rejim Basyar. 

Menurut sumber, jam 2 petang selepas itu, tentera rejim Basyar menyerbu rumah-rumah di Haulah dan menyembelih kanak-kanak dan masyarakat awam yang tidak berdosa.

Sekarang, wajah-wajah ini telah menjadi penghuni nun syurga di sana yang kekal abadi. 
Al-Fatihah.

wanita Mereka


Ketika para pemuda Syria keluar berjihad dan berjuang bersama Tentera Bebas Syria di medan menentang kezaliman rejim, para wanita Syria pula menyiapkan bendera-bendera dan sepanduk untuk digunakan oleh rakyat Syria di medan.

Gambar ini diambil di sebuah rumah di wilayah Al-Qasair, Syria yang menunjukkan sebahagian wanita Syria sedang menyiapkan bendera Revolusi Syria dan juga sepanduk.

Semoga Allah mengurniakan kejayaan kepada mereka.

DAN, WANITA KITA??

KITA?




Berikut jawapan kepada tiga persoalan yang dikemukakan insan ini:

1) Pembunuhan yang berlaku antaranya dirakam oleh talibarut dan tentera rejim Basyar sendiri. Mereka amat berbangga dengan jenayah yang mereka lakukan. Terdapat video dalam Youtube perkataan "diseludup" (ditulis dalam Bahasa Arab) bermaksud ianya dicuri oleh tentera yang berpaling tadah dan disebarkan kepada umum bagi melahirkan rasa sensitif dunia.

2) Si pembunuh memang berbangga kerana motif mereka bertujuan menakut-nakutkan rakyat Syria di mana-mana mereka berada dan memperlekeh usaha yang dilakukan oleh dunia. Dalam situasi terkini Syria dihadiri oleh wakil pemantau PBB dan sebelumnya dari Liga Arab. Mengapa penyembelihan masih berlaku? Bahkan sepanjang hampir 2 bulan pemerhati Liga Arab berada di Syria, dua kali letupan bom berlaku di bandar Damsyik. Jawabnya kerana rejim Syria mahu menghina dan memperkecilkan usaha badan dunia tersebut.

3) Untuk makluman insan ini dan rakan-rakan semua, sejak revolusi Mac 2011 hingga Januari 2012, Basyar sudah berucap di hadapan khalayak ramai sebanyak 3 kali dan semua ucapan Basyar ditolak oleh rakyat. Janjinya semuanya kosong dan tiada apa-apa yang diharapkan oleh rakyat Syria dari ketiga-tiga ucapan Basyar ini. Berkaitan ucapan Basyar, admin nasihati supaya kita memahami sedikit sebanyak Bahasa Arab supaya mudah memahami mesej yang disampaikan oleh Basyar. 

Kepada mereka yang masih terkeliru dalam memahami isu Syria, ana nasihati : 

1) Luangkan masa sedikit untuk belajar Bahasa Arab kerana banyak video dan bahan berita adalah dalam Bahasa Arab.

2) Luangkan sedikit masa bagi mengkaji sejarah pemerintahan Hafeezz Al-Asad dan anaknya.

3) Jangan cuba kelirukan umat dengan soalan kebudak-budakan dan tidak masuk akal.

4) Kalau perlu, admin nasihati agar bertemu dengan rombongan rakyat Malaysia yang baru pulang dari Syria antaranya saudara Ustaz Dasuki Abdul Rani dan saudara Ustaz Ridhuan Mohd Noor. 

Semoga Allah merahmati kita semua.



FAHAMILAH

TIADA KERAGUAN DALAM KEBENARAN!!


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


"Kenapa mahu berdakwah?"



Saya sendiri masih bertarung, selagi
nyawa dikandung tubuh.

Tetapi saya percaya, saya berdakwah
bukan untuk menerima, tetapi kerana
mahu
memberi. Dan pada memberi itu, saya
meng'erti'kan hidup, 
demi erti hidup yang pada MEMBERI.

Kerana itulah saya masih terus
bertahan,
walaupun dalam seribu kepayahan.
PAYAH ITU BERBAU SYURGA ..

"Kenapa mahu berdakwah?", tanyalah
kepada diri.


---------------------------------


Tolong ingatkan saya

andainya saya terlupakan Tuhan
dalam kelapangan dan kesibukan
dalam kesenangan dan kesusahan.

Tolong ingatkan saya

Jangan jadi anak derhaka
Mak ayah dilupakan jangan
Usah diluka hati dan perasaan


Tolong ingatkan saya

Supaya ingat pesan guru
bukan sekadar peringatan
Tapi tarbiyah berpanjangan

Tolong ingatkan saya

Dengarlah dan bacalah al-Quran
tika radio penuh hiburan
tika televisyen penuh Hindustan

Tolong ingatkan saya

Di mana Islamnya zahirku
Jika aurat didedahkan
Disingkat,diketatkan dan dijarangkan

Tolong ingatkan saya

Jadilah sahabat yang baik
Sentiasa memberi Peringatan
Sentiasa menerima teguran

Tolong ingatkan saya

kalau bercinta biarlah kerana-Nya
dalam memilih utamakan iman
kelak ikatan dihindar syaitan.


Tolong ingatkan saya

Hidup ini satu kembara
Kutiplah mutiara dalam perjalanan
Moga di sana menjadi bekalan


Tolong ingatkan saya

Diri ini milik Kuasa
Kepada-Nya jiwa diserahkan
Segalanya Dialah tumpuan...




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


apa yang kau tahu....


Bacalah...sebutlah dengan nama
Tuhan yang menciptakan
Segala kejadian di dunia

Bacalah...tulislah dengan pena
Wahyu yang diutuskan
Risalah kebenaran untuk insan

Seluruh kasihnya telah dia curahkan
Tulus suci mengisi ruang hati
Bagai dalam dingin
Rindu berdakapan
Dengan kata syahdu
Kasih mesra bersatu
Apa yang kau tahu

Bacalah...lihatlah dengan mata
Selami sanubari
Putaran panorama hidup ini

Bacalah...tipuan mata hati
Bisikan penuh mimpi
Melamar kelalaian tidak henti

Suruhan larangan telah dia sampaikan
Jangan pilih haluan dimurka
Kelak rebah diri
Duka menangisi
Tanpa belas kasih
Disiksa saban waktu
Apa yang kau tahu

Gua hira menggamit kisah silam
Satu peristiwa nabi bersendiri
Iqra diturunkan muhammad ditabalkan
Tersuratlah sudah kalam dari Tuhan

Sekian kalinya detik waktu berlalu
Apa terus berbakti untuk dia
Membalas kasih
Syukur dengan nikmat

Amal yang bertambah
Hikmahnya kan ketemu

Apa yang kau tahu...



Rabbani


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


kahwin.. alaaa takpaa!..sekali aje seumur hidup. (mana tahu sekali?)



 

Saya baru melangsungkan perkahwinan, dlm 5 bulan lepas.Duit hantaran 6k. Habis dalam 15-18K. Habis gitu jeeek jadi angin. Termasuklah belanja kawin, hantaran, barang2 asas dalam rumah cth peti sejuk dan mesin basuh dan belanja pergi rumah perempuan. Itu pun barang2 asas kat rumah yang simple aje. Low budget. Nasib baik ada bank untuk rakyat, dapat le duit loan. itu pun lepas lawin ni terasa jugak tercekiknya kena potong gaji. Bagi saya yang baru kerja 4 tahun, nak simpan +/- 400 sebulan untuk simpan duit bukannya senang. Betul tak? dengan duit keta dan lain-lain lagi...... itu pun hujung bulan dah makan burger aje. Rokok pun tak mampu nak beli. Mintak kat member aje.

Pada pendapat saya adat istiadat melayu dan cara hidup masyarakat melayu mempengaruhi terlalu banyak pemikiran masyarakat melayu. Banyak perkara remeh yang lebih diutamakan. Untuk hantaran perkahwinan ala kadar aje dah mencapai lebih kurang 1K. Yang mahalnya bukan barang tapi bunga dan rendanya. Nak cari renda dengan bunga punya le susah, tak sesuailah, tak sama warna lah. Nak tempah jangan harap le. Lagi le mahal. Nak antor 9 dulang aje katanya sikit sangat. Malu lah nanti orang tengok. Kata dek orang. Kenalah anto 11 dulang. Semuanya kena nak isi. Katalah purata sedulang isinya RM50, totalnya dah RM650.00. Bunga telur plak yang paling murah dan elok le sket rupanya harganya RM1.20, itu pun kena cari dekat Nilai 3. Kenalah beli lebih kurang 50 batang. Habis lagi RM 60. Tapi kalau kite ceritakan perkara ni pada orang perempuan mereka akan kata ala... Sekali aje seumur hidup!

Lagi satu, pihak keluarga perempuan. Belanja kawin 6K sepenuhnya digunakan untuk buat kenduri. Pada pendapat saya kalau budget untuk kenduri tu sikit kenapa nak juga buat kenduri besar? ada karaoke lagi? Dan gunakan duit hantaran dari pihak lelaki plak tu. Alangkah baiknya kalau duit tu digunakan untuk kehidupan anak perempuan lepas kahwin. Setidak2nya ringanlah sikit beban. Mana lebih berbaloi gembira 1 hari dari gembira berhari-hari atau berduka sehari dari berduka berhari hari . Nasib saya baik. Belanja kenduri di rumah saya ayah yang tanggung. Buat kecil kecilan aje, tak de pelamin, tak de karaoke, Cuma pakai baju pengantin aje sambut tetamu. Meriah jugak, ramai jugak orang datang. Tetapi saudara mara akan kata alaaa...!sekali aje seumur hidup, apa salahnya.

Baju pengantinnya plak paling kurang pun kena sediakan RM500. Itu pun dapat sepasang baju pengantin dengan sorang mak andam yang andamannya kononnya menjadikan lebih cantik dari biasa. Betukker? Masa tu sibukla orang pempuan kata ada seri lah. Kalau tak de seri, mak andam dipersalahkan katanya mak andam ‘amik’ seri? Sampai sekarang saya sendiri tak tau seri pengantin tu macam mana J . Kalau yang sewa photographer dan posing ala-ala model tu, kalau tak de 1K keatas jangan mimpilah. Saya pada mulanya tak mau sanding menyanding ni. tapi pihak pempuan cakap, alaaaa! sekali aje seumur hidup, kami nak tengok..Nasib baik sewa baju dengan mak andam aje tak yang lain.

Bertunang plak, kena sediakan belanja untuk hantaran dan cincin. Biasanya majlis ni dibuat berasingan dengan majlis kawin. 2 kali kena kuar duit. Saya bernasib baik majlis tu dijalankan pada hari yang sama, jadi selamat duit hantaran sket. Tapi duit cincin kena jugak. Kena beli cincin kawin dengan cincin tunang, Terbang jugak la RM650. Itu pun beli kat kedah Ah Seng. Kalau kat Habib atau Poh Kong, maunya 2 kali ganda. Kalau beli satu cincin aje tak boleh ke? Tapi orang pempuan kata alaaa! sekali aje seumur hidup, itu pun nak berkira ke?...

Nasihat saya kepada bakal pengantin dan lelaki bujang, janganlah rasa takut untuk berkahwin. Seronok berkahwin ni. Ia akan mematangkan anda. Dari kesunyian seorang diri, anda akan berteman. Bertemankan saorang isteri yang baik dan jujur anda akan rasa sungguh bahagia. Hati anda akan tenteram. Lain rasanya dari bertemankan rakan-rakan kita. Alhamdulillah saya dikurniakan isteri yang baik dan menghormati suami. Kepada bapa2 ketua keluarga dan ibu2 bakal mendapat menantu janganlah membebankan anak dan bakal memantu kita dengan perbelanjaan yang melebihi had kemampuan mereka. Keputusan ditangan anda. Bantu dan bimbingilah mereka membina rumahtangga bahagia bukannya menambahkan lagi beban mereka. Kepada bapa2 juga, tengok2kan lah anak kita semasa menyarung baju pengantin, takut2 yang lelakinya diapakaikan rantai emas, yang perempuannya hilang tah kemana tudung kepala. Berbaloikah anak perempuan kita yang hari biasa memakai tudung litup, tapi dihari perkahwinannya aurat dipertontonkan kepada orang ramai. Wahai isteri kesiankanlah kepada si suami, selepas mendapat pahala menikah, kena pula menanggung dosa aurat isteri. Jangan sampaikan ada yang berkata alaaa takpaa!..sekali aje seumur hidup. Raja sehari kenalah macam tu.

ada bangkangan?

pengalaman seorang hamba Allah (dari forward e-mail)


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Segmen Klik Churp-Churp & Nuffnang



tuan punya belog nie rajin n ..why rajin??..nak tahu klik je banner


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Segmen:Aku Blogger Bertuah




saya join..kamu pun join sekali k
pemenang berdasarkan CABUTAN BERTUAH!
kbai



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


" Bloglist Jun 2012 Blog SukaGelak "



salam petang..meh join bloglist nie
klik banner okeh..
Tarikh tutup : 01 Jun 2012 jam 1200hrs. 




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Surah Al-Fil


Alhamdulillah, kita jauh dari peperangan yang melanda di Asia Barat.

Tetapi, hati meronta-ronta mengenangkan saudara-saudara kita di sana.
Mungkin ada yang berkata “Kalau lah aku ada sebuah jet pejuang, akan ku bedil kafirun Yahudi”.
Mungkin ada yang berkata “Kalaulah aku ada magik, akan ku hapuskan rejim zionis satu persatu”

Dan bermacam-macam lagi, ramai yang mengharapkan kemenangan Islam.

PELIK TAPI BENAR!!!!!!



Dengan izin Allah dan dengan penuh keyakinan dan keimanan, ana mohon sahabat-sahabat berdoa kepada Allah memohon bantuan.

RAHSIA MUKJIZAT AL QURAN
Mari kita bertafakur, Dengan penuh keyakinan, fahami terjemahan dan maksud surah Al-Fil.
Bacakan surah tersebut dibibir dengan hati mengingati peristiwa kehancuran
tentera Bergajah.

KEMUDIAN BERDOALAH BEGINI:-

“Ya Allah!! Sebagaimana Engkau Pernah menghantar burung-burung ababil menghancurkan tentera bergajah Musyrikin, maka kami memohon kepada mu Ya Allah…….. turunkan lah bantuan mu kali ini kepada orang orang Islam di Lubnan, hancurkanlah rejim zionis……… amin….”
(kemudian dibaca surah Al Fil sambil membayangkan kehancuran tentera Yahudi – dihancurkan dengan Izin Allah)

Sesungguhnya Allah maha pemurah lagi mengasihani, mendengar doa kita.

surah al fil
————–
A’lam tara kayfa fa’ala rabbuka bi as-hab al-fil
A’lam ya’jal kaydahum fi tadlil
Wa arsala alayhim tayran ababil
Tarmihim bi hijaratin min sijjil
Fa ja’ala hum ka asfin ma’kul



Amiin Yarabbal Alamin..


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Suara Hati Anak Palestine




Ayah…kata mereka (Yahudi) engkau seorang penjahat
Padahal sebenarnya engkau bukan seorang penjahat
Ayah…!! Mengapa mereka menjauhkan Engkau dariku
Mereka menangkapmu tanpa memberi kesempatan
Untuk menciumku walaupun hanya untuk sekali saja
Atau untuk mengusap air mata ibu
Ibu…!! Aku melihat air mata di kelopak matamu di setiap pagi,
Apakah Palestina tidak berhak diberi pengorbanan…?
Setiap hari aku bertanya pada Matahari
Ibu.., Apakah Ayah akan kembali pada suatu hari
Ataukah dia akan pergi selamanya sampai hari kiamat
Atau dia akan mengusap air mata ibu yang terus menetes setiap hari..?
Wahai ayah dimanakah engkau..?
Ooohh bayi-bayi yang dijajah..
Kini telah datang hari raya baru menggantikan hari raya tahun lalu
Dan bayi baru pun terlahir setelah bayi yang itu,
Dan para Syuhada berguguran setelah gugurnya Syahid yang lalu
Sedang ayah masih disembunyikan dibalik jeruji besi
Dalam sel yang mengerikan yang tidak layak dihuni oleh manusia
Mana hari kemenangan dan kehancuran penjara-penjara besi itu..?,
Malulah kalian……
Malulah kalian……
Malulah kalian……
Aku ingin Ayah pulang.
Aku ingin Ayah pulang.
Aku ingin Ayah pulang.

Semoga Allah senantiasa mempertemukan mereka di surgaNya nanti, dengan gelar mereka sebagai para syuhada..

subhanallah.. indah 


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Sungguh, kami takut akan (adzab) Tuhan!


Bismillahirrahmanirrahim..

AL-FATIHAH..
dah 11 hari ...
abi pergi menyahut panggilan illahi ..dan pada waktu ini juga masa ana banyak dihabiskan di rumah. sejak awal kesedaran, ana selalu mematrikan dalam diri ana untuk menjadi seorang yang rajin menghafal alqur'an, merancang hari-hari kosong dengan dzikir al qur'an dan menghafalnya. selalu. percayalah. namun man jadda wa jada, juga innallaha laa yughayyiru maa bi qaumin hatta yughayyiruu maa bi anfusihim. maka kun fayakun, jadilah ana manusia masih ana jahil, dhaif, dzhalim terhadap diri ana sendiri wa bil khusus pada hati ana ini. astaghfirullah.bukan jarang, ana selaku manusia yang sering kali khilaf, bertaubat untuk bermaksiat lagi dan bertaubat lagi. ana pun paham mengapa ana susah sekali memahami pelajaran. bukankah seluruh ilmu bersumber dari apa yang telah Allah wahyukan(alqur'an)? alqur'an adalah nur hidayah, bagaimana bisa masuk ke dalam hati ana yang sering kali melaghakan diri dengan benda yang tak berfaedahkan.., apa daya, hati ini dah jadi kotor balik..
akhirnya, minggu-minggu cuti ana selama 3 minggu ini ana memperbaiki diri, bukan dari cara belajar, tapi dari cara ana menghormati alqur'an... *sile tampar diri kuat2..

arwah abi ada berpesan.. iaitu waktu yang ahsan untuk menghafal qur'an ialah ba'da subuh dan ba'da maghrib. .. 

bismillah. ana mulai membaca alqur'an lagi untuk hafalan yang diawali dengan muroja'ah suratul insan. subhanallah. kau bacalah sahabat, erti surah itu. sedih, bahagia, malu, , takut... bercampur aduk.


yang berbunyi, 

Inna nakhaafu mirrabbinaa yauman'abuusan qamtharira
Sungguh, kami takut akan (adzab) Tuhan pada hari (ketika) orang2 berwajah masam penuh kesulitan.
fa waqa humullah syarru dzaalikal yaumi wa laqqahum nadhratan wa sururaa..

Maka Allah melindungi mereka dari kesusahan hari itu, dan memberikan kepada mereka, keceriaan dan kegembiraan....
(al insan, 10-11)


subhanallah.. Allah maha baik bukan? semalam , naqibah ana telah membahas tafsir suratul'abasa. tentang Abdullah bin ummi maktum? ya.. tapi yang dibahas adalah ayat ke 17-23 nya. wahai sahabat, sangat jelas bahwa segala apa segala yang Allah berikan kepada kita. KEHIDUPAN, KEMUDAHAN, KEMATIAN....
kehidupan meliputi segala komponen, ceria, senang, bahagia dalam kehidupan di dunia ini. kemudahan melakukan segala hal. kematian, memutuskan segala amalan kita...

ingat 5 perkara sebelum 5 perkara...

sebenarnya ini mampu mematikan kekufuran kita.


begitu pula pada firman Allah ayat ke 11 suratul insan.

sebak, malu, sedih, bercampur baur ...  kerana? 

baca nie..

sesungguhnya  bahwa Allah akan melindungi kita dari pada segala kesedihan, dan menggantinya, bukan dengan kesedihan , tetapi Allah ganti, dengan KECERIAN dan KEGEMBIRAAN. Subahanallah.. Laa hawlaa wa laa quwwata illa billah.. bayangkan sahabat. bahkan untuk hanya mengucapkan salam, menebar senyum kepada setiap orang yang kita temui, rasanya malas bukan? when you smile, purify your intention, smile as ibadah and don't expect people will always smile back at you.
Ikhlas dalam senyum ialah tidak panas bila orang tak senyum balik pada kita lepas kita senyum pada dia. Ibadah kan lillahitaala.. :-)

apalagi nak istiqomah .. nak mengerjakan solat sunnah rawatib? shaum sunnah isnin.. khamis, mampu kah? astaghfirullah. jadi teringat ceramah ust arifin ilham, "sunnah menjadi wajib baginya, makruh menjadi haram, muba menjadi berkah.." ingin rasanya begitu... T_T 

hebat sungguh mereka-mereka ini..
Umar bin Khaththab ra yang sudah dijanjikan surga saja oleh Allah, masih berkata, "seandainya saja aku menjadi sehelai bulu di dada abu bakar (ra)"


sebenarnya, -dalam suratul insan- kuncinya,
"wa jazaa hun bimaa shabaruu jannatan wa hariiraa"


dan Dia memberi balasan kepada mereka krn kesabarannya (berupa) SYURGA dan pakaian SUTERA..
Allahu Akbar, walillahil hamd...


maka di ayat lainnya, ana kembali tertunduk,


"fashbir li hukmi rabbika wa laa tuthi' minhum aa tsiman aw kafuura"


maka bersabarlah, untuk (melaksanakan) ketetapan Tuhanmu, dan janganlah engkau ikuti orang yang berdosa dan orang kafir di antara mereka.


wadzkurisma rabbika bukratan wa ashiila


dan sebutlah nama Tuhanmu pada (waktu) pagi dan petang...


--bersemangat(lah) menjadi penjaga alqur'an, sebelum benar-benar tak ada kesempatan lagi-
Selamat Malam..
Amin Ya Mujibasiilin...


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


wahai wanita Inilah DIRIMU Dari Dahulu Hingga Sekarang..!




Wanita adalah seindah ciptaan Allahi,
Yang diciptakan buat insan bernama lelaki,
Alangkah indahnya wanita seindah mawar berduri,
Mengembang wangi terpelihara suci,

Malumu perisai diri,
Melindungi diri dari fitnah duniawi,
Terkadang malumu jadi pemikat hati,
Memikat si pencari cinta sejati,

Indahnya wanita memelihara diri,
Menarik mata si lelaki imani,
Memenuhi laman jiwa insani,
Itulah wanita contoh mithali;

Berdirilah wanita sebagai pembentuk ummah muhammadi,
Moga tersemi Ad-deen Islami di alam ini,
Menjadi peneguh hati para pejuang jihadi,
Itulah wanita dahulu hingga kini.

~Rosi Al-Ya'kubiyy~
...

:::Fakta Wanita Sebelum Kedatangan Islam::

1. Zaman Fir'aun.

Wanita di zaman Fir'aun berbeza masalahnya dengan wanita di zaman kuno yang lain. Di zaman ini mereka mendapat hak yang sama dengan kaum lelaki bahkan kadang kala mereka terima melebihi lelaki. Ini terjadi kerana bangsa Mesir kuno anggap kaum wanita lebih sempurna dari kaum lelaki. Contohnya Ratu Hatsyebsut – memerintah Mesir selama 22 tahun. Di kalangan raja dan pembesar pula, mereka mengamalkan poligami tetapi tidak mengamalkan pemberian hak yang sama pada isteri-isteri mereka. Ini merosakkan hubungan antara lelaki dan wanita.

2. Zaman Yunani.

Bangsa Athena Kuno sangat memandang rendah pada wanita. Wanita seperti barang perhiasan yang boleh dijual beli di pasar. Pada mereka, kaum wanita adalah jelmaan syaitan yang jahat dan kotor. Kaum suami mempunyai hak sepenuhnya ke atas isteri.

3. Zaman Romawi.

Zaman ini lebih teruk dari zaman Yunani di mana kaum lelaki menyusun suatu undang-undang menyatakan kaum wanita tidak memiliki jiwa kemanusiaan, oleh itu wanita tidak dibangkitkan di hari akhirat. Selain dari itu, kaum wanita dilarang makan daging, ketawa malah kadang kala dilarang berbicara. Pada mulut wanita dipasang kunci "muzelir" agar tidak berbicara. Kekejaman mereka melebihi batas sehingga ada tradisi yang memberi hak kepada suami untuk membunuh isteri. Undang-undang ini diberi nama "Noema" di mana suami boleh membunuh isteri dan menyerahkan isteri kepada orang lain.

4. Negeri China.

Pada zaman dahulu hingga abad ke-15, isteri para kaiser akan turut dikuburkan bersama suami yang mati, malah ramai wanita dipaksa membunuh diri. Tradisi ini juga dipakai oleh bangsa Skandinavia pada abad-abad pertengahan.

5. Negeri India.

Pada pertengahan abad ke-20, janda dilarang berkahwin. Dalam adat suku kaum Tuda, pengantin perempuan mesti merangkak sampai ke tempat suaminya. Upacara ini berakhir setelah suami meletakkan kakinya di atas kepala mempelai wanita.

6. Farsi.

Menurut agama Majusi, kedudukan wanita sangat hina. Wanita dianggap sebagai pangkal kejahatan dan kemurkaan dewa.

Sebelum kedatangan Rasulullah SAW, wanita tiada nilai sama sekali. Pada masa dua abad sebelum Islam, di Perancis, sebahagian masyarakat mempersoalkan, apakah wanita itu haiwan atau syaitan? Namun dengan kedatangan Rasulullah SAW, Islam telah berjaya menyelamatkan kaum wanita dari kezaliman. AlhamduliLLAH.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Segmen : Up followers blog dan twitter



belog : ohgadisitu (375 followers)


twitter : lynnsipipimerah (41 followers)


di tag






okebai


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Mengapa PAS sertai BERSIH


Mereka terus mendesak, mengapa PAS terima DAP yang menentang penubuhan negara Islam yang menjadi cita-cita tertinggi PAS.

Mari kita layan, kerana jawaban ini berguna untuk yang insaf dan terbuka, walaupun tertutup rapat buat yang degil dan enggan:

1) Tahukah anda maksud tahaluf siasi atau persefahaman politik? Jika tahu, bagaimana (sebagai contoh) kita boleh menolak tahaluf siasi al Rasul dengan Yahudi Madinah ketika menentang musyrikin Mekah dalam perang Ahzab? Bukankah Yahudi itu lebih teruk dari kafir Mekah dalam tipu dayanya terhadap baginda?

Maksudnya, tahaluf siasi dalam pilihanraya menentang musuh dalam pilihanraya adalah merujuk kepada sirah al Rasul yang jelas. Jika anda kata, umno itu Islam, manakala quraisy Mekah itu kafir. Mana sama?

Saya jawab, ya. Kita bukan menentang Islam dan orang Islam, tetapi kita menentang kezaliman oleh umno BN. Bukankah perang Madinah-Mekah itu kerana kezaliman Quraisy menyekat al Rasul daripada membebaskan Mekah daripada syirik?

2) Dalam Islam, sesuatu hukum lahir daripada buah fikir para ulama berdasarkan nas ugama. Ia menjadi semakin gagah apabila hukum itu lahir secara jamaie oleh syura ulama yang berbahas panjang mengenainya. Ia lagilah semakin kukuh dan berwibawa apabila syura tersebut dikenali kepakarannya di dalam bidang dan persoalan yang dibincangkan.

Di Malaysia, syura ulama yang paling pakar dan berwibawa di dalam medan siasah syar'ieyah (politik Islam) adalah syura PAS. Ini kerana mereka terdiri daripada pelbagai kepakaran ugama dan terlibat secara langsung dalam dunia politik tanah air.

Syura inilah yang memfatwakan kewajaran tahaluf siasi dalam Pakatan Rakyat, termasuk dengan DAP.

Jika anda terus membantah, bawakan kepada saya syura ulama yang lebih hebat dan berwibawa. Jika tidak, jangan kata 'saya masih tak boleh terima.' Nanti kena belasah aa..

Mahu lagi jawaban?

dari us Nik Mohamad Abduh (laman tarbawi)


Mengapa PAS sertai BERSIH
Memilih pemimpin negara adalah amanah besar dalam Islam, yang disebut Ulil Amri. Al-Quran mengesahkan semua rasul menentang sekeras-kerasnya ajaran yang memartabatkan pemimpin kerajaan sehingga dianggap Maha Suci daripada segala kesalahan. Di zaman keemasan umat Islam menjadi kuasa besar dunia, setiap Uli al-Amri yang dinamakan Khalifah diharamkan bersikap Maha Suci seperti Tuhan Yang Maha Esa (Allah S.W.T)

Rasulullah S.A.W bersabda : “Ketaatan terhadap pemimpin hanya dalam perkara yang baik “. Ucapan ini adalah menafsirkan perintah Allah yang dihayati di masa baginda sendiri menjadi ketua negara dan wajib diikuti oleh umatnya.

Ucapan Abu Bakar R.A apabila dipilih menjadi ketua negara selepas wafatnya Rasulullah S.A.W : “Wahai tuan-tuan ! saya telah dipilih menjadi pemimpin kamu, padahal saya bukannya orang yang terbaik di kalangan kamu. Sekiranya saya dalam keadaan yang baik tolonglah saya, sekiranya saya dalam keadaan yang buruk perbetulkan saya. Benar adalah amanah, bohong adalah khianat ......”. Beginilah juga ucapan setiap pemimpin yang dilantik selepasnya.

Amalan sistem pemerintahan Islam yang dibukukan dan dicatit oleh para ulama Islam daripada semua mazhab menjadi kajian para orentalis. Kitab-kitab seperti Muqaddimah Ibn Khaldun, Ahkam Sultaniyyah, Adab al-Wazir dan lain-lain diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa Eropah mempengaruhi perkembangan Demokrasi Moden yang diamalkan oleh negara Barat. Walaupun mereka menerima dengan fahaman sekularisme yang dianut, memisahkan politik daripada agama, namun pengaruh inilah yang mewujudkan sistem pilihanraya yang adil dengan memberi hak kepada rakyat menjadi hakim terhadap kerajaan dan para pemimpin kerajaan yang boleh dijatuhkan sekiranya berlaku kesilapan atau kelemahan dalam mentadbir negara, rakyat pula diberi hak dalam urusan pemerintahan secara beradab. Sistem yang adil ini menggantikan revolusi rakyat secara berdarah yang banyak berlaku seperti di England, Perancis dan lain-lain. Akhirnya terciptalah demokrasi moden dengan mewujudkan pilihanraya yang adil.

Bagi mewujudkan penghakiman yang adil oleh rakyat melalui pilihan raya, maka rakyat diberi kefahaman yang benar berkenaan pilihanraya. Mereka benar-benar memahami hak mereka dengan larangan tegas secara undang-undang terhadap ugutan, sogokan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Pihak media diletakkan sebagai saksi yang melaporkan semua pihak kepada rakyat yang menjadi hakim, samada pihak kerajaan yang dituduh atau pihak pembangkang yang menuduh. Pihak Suruhanjaya Pilihanraya adalah badan yang bebas bagi mengendalikan urusan pilihanraya mengikut sistem pemisahan kuasa di antara badan kehakiman, perundangan dan pentadbiran yang diamalkan oleh Rasulullah S.A.W ketika menegakkan negara contoh di Madinah.

Sistem ini diterima oleh semua parti Islam di seluruh dunia termasuk PAS, yang ditubuhkan daripada gerakan tajdid dan islah kerana demokrasi moden menjadi medan politik paling sesuai dengan Islam yang mengutamakan secara damai. Keseluruhan negara Barat dan termasuk negara komunis sekarang telah berubah, menerima sistem demokrasi pilihanraya yang adil, sehingga tidak ada parti dan pemimpin kerajaan boleh mendabik dada bahawa mereka Maha Suci daripada segala sifat kekurangan dan tidak ada kesilapan langsung.

Sistem demokrasi moden ini menjadikan parti kerajaan dan pemimpinnya sentiasa berwaspada dan sedia ditolak dan dihukum oleh rakyat, maka berlakulah perlumbaan yang sihat bagi melakukan yang baik dan menolak yang munkar, menjadikan riadah yang menjadikan hak rakyat dan kerajaan sentiasa sihat, kerana silih berganti apabila berlaku setiap kelemahan dan para pemimpin sangat berhati-hati menunaikan amanah.

Di Amerika pernah dibatalkan kemenangan seorang presiden dalam peristiwa yang terkenal dengan nama skandal Water Gate. Di England pula menjatuhkan kerajaan kerana skandal salah seorang menteri kabinetnya dengan pelacur yang berkait dengan perisikan negara asing. Di India membatalkan kemenangan seorang perdana menteri kerana menyalahgunakan jentera kerajaan dan banyak lagi. Di zaman kini banyak negara yang dibelenggu dengah sistem dictatorship terpaksa berubah kepada sistem demokrasi pilihanraya yang adil.

Negara kita Malaysia yang tercinta ini mengalami sistem demokrasi menuju ke arah yang lebih buruk dan memalukan. Surahanjaya Pilihanraya yang tidak bermaya untuk melakukan reformasi demokrasi yang sebenar kerana tidak diberi kuasa yang sebenar mengikut takrif demokrasi dan tidak berlaku pemisahan kuasa yang sebenar. Kedudukannya berada di bawah siapa parti yang memerintah mengikut arahan secara nyata dan sulit bagi mengekalkan sistem satu parti seperti negara komunis, secara agenda yang diatur begitu rupa. Media arus perdana sebelah pihak yang menutup minda rakyat mengetahui segala kelemahan kerajaan, seolah-olah menjadikan kerajaan itu Maha Suci sepanjang hayat seolah-olah tidak ada ajal dan tidak ada hari kiamat. Daftar pengundi yang tidak masuk akal, seperti jumlah isi rumah laksana sebuah kampung dan penduduk kampung yang ramai laksana satu daerah kerana terlalu gelojoh mangambil pengundi bagi menjamin kemenangan parti yang sedang memerintah walaupun sudah banyak senarai penyelewengan sehingga dilupai yang telah berlaku sebelumnya tanpa tindakan yag adil. Politik wang yang membarah ke dalam parti kerajaan dan masuk pula ke dalam rakyat, ke lapangan pilihanraya umum.

Semua yang berlaku adalah kemunkaran yang mencalarkan imej Islam yang menjadi agama negara mengikut perlembagaan dan banyak kemunkaran yang wajib dicegah dan kezaliman yang wajib disanggah.

PAS wajib menyampaikan risalah Islam kepada seluruh manusia dengan memberi kefahaman yang betul kepada penganut Islam dan memperkenalkan Islam kepada bukan Islam, bagi mengajak kepada makruf dan mencegah kemunkaran kerana Rasulullah S.A.W mewajibkan kepada setiap orang Islam menyampaikan mesej sebenar, menyatakan yang benar dan mencegah kemunkaran mengikut kemampuan masing-masing dengan tangan, lidah dan perasaan benci dalam hati. Demonstrasi aman yang menjadi salah satu daripada amalan demokrasi moden adalah salah satu cara menunjukkan kebencian dalam hati.

Rasulullah S.A.W mengizinkan para sahabatnya keluar beramai-ramai daripada persembunyian mereka di Makkah selepas Islamnya Hamzah dan Umar R.A bagi menunjukkan sikap mereka terhadap pamimpin Makkah yang zalim secara terbuka dan aman tanpa senjata.

Ketika berada di Madinah dan telah wujud negara yang berkuasa, tiba-tiba Rasulullah S.A.W bersabda kepada para sahabatnya, menyebut peristiwa lama berlaku sebelum dilantik manjadi Rasul: ”Aku pernah dibawa oleh bapa-bapa saudaraku ke rumah Abdullah bin Judaan bagi mengadakan Halaf Fudul (persefahaman dan kerjasama) bagi membela mereka yang dizalimi dan menentang mereka yang zalim secara bersama. Sekiranya perkara ini dibawa kepadaku sekarang nescaya aku menyertainya “.

Rasulullah menerima secara positif segala sifat yang baik secara fitrah yang ada dalam diri manusia termasuk bukan Islam, sehingga menghargai keluarga Hatim al-Toei seorang pemimpin kabilah yang suka menolong dan meraikan tamu di zaman jahiliyyah dan banyak lagi contoh yang lain.

Bersih adalah gabungan kerjasama NGO berbagai agama dan parti-parti politik pelbagai ideologi yang menganjurkan demonstrasi aman bagi membantah pilihanraya yang mengotorkan amalan Demokrasi di Malaysia, ramai kalangan mereka tidak terlibat secara langsung dalam pilihanraya, tetapi sifat fitrah manusia yang bencikan zalim, tipu dan lain-lain.

PAS berpendapat bahawa BN telah banyak menyeleweng daripada konsep demokrasi yang adil. UMNO sendiri telah lama merosakkan imej Islam. Ajaran Islam meletakkan politik adalah amanah besar yang diamalkan para Rasul seluruhnya, tiba-tiba dikotori dengan banyak perkara yang memalukan, seperti menyalahgunakan kuasa secara penipuan dan zalim bukannya bertahan dengan akhlak yang mulia. Amanah politik dijadikan peluang mengumpul harta dan menaikkan pangkat, bukannya amanah yang wajib ditunaikan. Harta dan kuasa dijadikan senjata mengugut rakyat, laksana dajjal yang zahir di akhir zaman, menawarkan kesenangan untuk pengikutnya sahaja, sesiapa yang tidak mengikutnya menerima padah.

Akhirnya PAS wajib mencegah kemungkaran besar yang sedang berlaku ini, hujah lebih kuat lagi apabila membaca amanat Rasulullah S.A.W: “Sama ada kamu menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran atau berdiam diri, nescaya orang-orang yang jahat memerintah kamu, lalu orang-orang yang baik berdoa, tiba-tiba doanya tidak diperkenankan oleh Allah“. Sabdanya lagi: ” Menyatakan yang benar kepada kerajaan yang zalim adalah jihad paling afdal “.

PAS tidak membenarkan para ulamanya menjadi syaitan bisu yang berdiam diri terhadap kebenaran di hadapan mata yang wajib ditegakkan dan kemunkaran nyata yang wajib ditegah, PAS tidak mengizinkan para ulamanya menjadi burung kakak tua yang bercakap hanya mengikut apa yang diajar oleh tuannya sahaja dan tidak mampu menilai sendiri.

Adapun alasan berlakunya kekacauan selepas itu, adalah disebabkan salah laku kerajaan terhadap perhimpunan aman, seperti melarang berhimpun di padang dataran merdeka yang menjadi tempat berhimpun dan provokasi pihak yang diadakan sendiri atau diizin oleh kerajaan sendiri. Sikap tidak adil melantik kumpulan penyiasat yang ditunjukkan oleh satu pihak kerajaan sahaja adalah cara yang tidak bermoral untuk menegakkan keadilan yang sebenar. Lebih tidak adil lagi apabila adanya tangkapan selepas bersurai dan menyeksa mereka yang ditangkap, dimaki hamun dan sebagainya. Ini bukan cara yang bijak untuk mempertahankan kerajaan, bahkan cara menggali lubang sendiri untuk jatuh dengan cara memalukan. Bukan sahaja menjadi sunnah alam dan nas al-Quran dan hadith, serta doa mereka yang dizalimi pasti diperkenan Allah walaupun daripada seorang yang bukan Islam.

Akhirnya, kalau bangsa Melayu masih bersama UMNO yang tidak menegakkan Islam yang sebenar, berlakulah amaran Allah:

وَإِنْ تَتَوَلَّوْا يَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ ثُمَّ لَا يَكُونُوا أَمْثَالَكُمْ ( 38

Maksudnya: Sekiranya kamu berpaling (tidak mahu menegakkan agama kamu) nescaya Allah menukarkan kaum lain, kemudian mereka tidaklah seperti kamu. 
(Surah Muhammad: 38)

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Wordless Wednesday #6




Wordless Wednesday #6




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Tahun Depan Ada Lagi Tak??


setahun lalu ana pernah berkata sesuatu.. setahun selepas itu ana teringat ana pernah berkata sesuatu.. lagi setahun ana akan ingat yang ana pernah berkata tentang sesuatu pada hari ini.. mungkinkah sesuatu itu akan berlaku?

lagu dua tahun abis belajar.. lagi setahun leh keje dah.. lagi setahun boleh bekeluarga.. lagi setahun.. mungkinkah ada tahun-tahun yang akan mendatang?

*actually pagi2 tadi dengan rajinyer ana menaip blog.. tibe2 klik post.. server down.. @*!@^%(!@#!@!.. hehe so malas le nak taip arini.. cam bese jek.. cume demam2 sket laa ni..


okebai..


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


kenapa syaitan menolong orang buta itu yang ke 3 kali




Ada seorang buta yang rajin dan tekun solat berjemaah di masjid . sehingga siap ada tali bagai yang di buat untuk menghubungkan rumahnya dan masjid. Antara rumah dan masjid ada satu lubang yang berair. Suatu hari, dia terjatuh kedalam lubang tersebut dan beliau berpatah balik, untuk salin baju yang bersih. Kali kedua, dia terjatuh lagi dan balik semula untuk bersalin baju. Kali ketiga, di rasa nak terjatuh lagi tetapi tiba-tiba ada orang yang menyambut untuk menahannya dari jatuh dan memimpinnya hingga sampai ke masjid.


Beliau bertanya kepada orang tersebut, siapakah dia. Orang itu menjawab "Aku adalah syaitan."


Orang buta itu terkejut lalu bertanya, kenapa dia menolongnya dari jatuh ke dalam lubang tersebut. 

Syaitan menjawab "Aku menolong sebab aku takut dosa orang-orang Islam lain terampun. Ini kerana semasa engkau terjatuh kali pertama, dosamu Allah ampunkan, semasa engkau jatuh kali kedua, seluruh dosa ahli keluargamu diampunkan, dan jika aku biarkan engkau jatuh kali ketiga maka seluruh dosa umat Islam akan terampun. Sebab itu aku menolongmu."


Ce Lihat.. dan fikirkanlah.. kalau tak boleh jugak ce tampar laju2 sikit pipi yang gebus tu..
penat lah pk.. takleh tak pk.. kene pk gak.. Ya Allah permudahkanlah segala urusan kami... dan katakan bahawa betapa besarnya pahala orang yang melangkah ke masjid atau surau, itu belum ditambah dengan pahala mengerjakan solat berjemaah. kalau solat subuh masya allah! besar pahalanya..

Orang yang butapun sanggup bersusah payah untuk solat berjemaah di masjid, inikan pula kita yang sihat walafiat tanpa ada sebarang halangan kecuali halangan nafsu yang sering memujuk kita untuk terus malas dalam menambah pahala untuk bekalan ke akhirat, kehidupan yang lebih kekal... 

~wallahualam~

anda..?? ye laa anda yang membaca termasuk dengan penulis nie sekali ..

pulak bagaimana ye?

*moga tidak tercampak  jauh...selamat malam ..tidur dalam iman...

amiin..yarabbal alamin..



~wallahualam~


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.