Isu di Mesir : Adly Mansour presiden mesir yang merampas kuasa dari Morsi.


Saat saudara-saudara kita sibuk menggembleng tenaga dan iman dalam memelihara deen,jiwa dan negara, kita masih sibuk menganyam rindu dan cinta pada dunia dan seisinya.

Berempuk-empuk di atas sofa lembut,
berenak-enak menyantap juadah warna warni lauk pauk,kuih muih,
sambil jari bermain-main dengan gajet,
dunia bagai tiada apa-apa yang berlaku...

Saat ini juga tanyakan sama hati dan iman, benarkah muslim sesama muslim itu seperti satu jasad...??



Adly Mansour

Mesir sebuah negara yang ramai melahirkan kalangan anbiya' dan para ulamak. Kemana suara rakyat untuk menghalang pelantikan presiden baru ni ?
Isu negara sendiri, kekalahan PRU ke-13 yang masih dibahaskan sesetengah pihak.
Isu di Palestin, memang sudah zaman-berzaman semenjak keruntuhan khilafah 1924.
Isu di Syria, sedang bergempur hebat di antara Sunni dan Syiah..sehingga rakyat merempat menjadi pelarian.
Isu di Turki, kita dimomokkan tentang propaganda yang berkaitan dengan Sekularis, Islamis..tak ketinggalan semestinya nama Erdogan turut ada.

Sempadan Rafah kini kembali ditutup, kezaliman ke atas penduduk Gaza Palestin. Sudah nyata siapa zalim siapa bukan sekarang.

Isu di Mesir..bikin hati sayu dan pilu..

Kiri kanan, depan belakang, atas bawah, dari segenap ceruk ummah diserang dengan begitu dahsyat. Fitnah akhir zaman semakin menjadi-jadi. Semoga Allah selamatkan iman kita di akhir zaman.

Hanya kepada Allah kita kembalikan segala urusan..

Dan semoga Allah membantu pemimpin-pemimpin kita yang dimomok sebagai ‘diktator’.

Presiden sah Mesir, Dr. Muhammad al-Morsi.
Perdana Menteri Turki, Recep Tayyib Erdogan.
Kedua-duanya sedang berjuang di medan yang amat tegang, semoga Allah menyelamatkan lidah kita daripada kecelaan lisan yang jahil dan tergesa-gesa.



Notakaki-Jangan lupa menembak doa untuk muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Kita mungkin tak mampu untuk turun berjuang bersama mereka, tapi sekurang-kurangnya kita ada usaha untuk mendoakan mereka.Berat sungguh ujian saudara-saudara kita di Mesir, Syria, Palestin, Mynmar dan lain-lain tempat yang berkonflik. Datang bulan Ramadhan menambahkan lagi darjat mereka.

Saya nak kontrol makan pun bukan main rasa berat. Rasa berat yang berkadaran dengan lemahnya iman.

‎#WeAreAllDrMorsi

Egypt In Crisis

• Watch live; http://aje.me/live 
• Live blog; http://aje.me/egyptliveblog
• Spotlight; http://aje.me/egyptspotlight


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Morsi diturunkan dalam seminggu bertamunya Ramadhan.


"Mengapa kita boleh bersabar dengan Mubarak selama 30 tahun tetapi tidak boleh bersabar dengan Morsi selama setahun?" - Shaykh Yusuf Al- Qaradawi


Hampir setiap Ramadhan darah ummat Islam ditumpahkan. Allah tetap menguatkan dan memuliakan ummat Islam dengan keberkatan Ramadhan.

Rupanya perit kita rasa 5 Mei dulu, perit lagi Mesir rasa hari ini.Mesir adalah pintu pembebasan Palestin. Pagarnya tak terbuka luas, tapi muat menyeberangkan bantuan. US sendiri meminta Morsi mendengar pemintaan rakyat (yang memprotes).

Rakyat Mesir yang protes meminta Mursi turun atas sebab Mursi gagal melaksanakan janjinya. Nilaian begitu tidak adil kerana beliau baru mentadbir setahun.

"Pemerintah baik yang tak mahir memerintah adalah lebih baik dari pemerintah jahat yang reti memerintah".

Sebak menerima khabar Mursi digulingkan dan dinafi sebagai presiden yang sah.

Namun teringat semula, AKP yang kita kagumi dan menjadi ikon kepimpinan muslim yang bijaksana hari ini adalah hasil proses pembelajaran yang diambil oleh Erdogandari murobbinya Erbakan selepas 8 kali pengharaman parti politik yang ditubuh dan juga pernah digulingkan oleh pihak tentera.

Allah yang memenangkan Badar alKubra, tetap adalah Allah yang sama ketika tentera Mongul menyerang Baghdad. Allah yang membantu pembukaan alFateh juga adalah Allah yang sama ketika kejatuhan khilafah.

Teruskan menyakini dan mengimani, juga teruskan bekerja dan mempelajari dari kesilapan.


Ini,
Namanya isteri cerdik yang solehah.

Penyejuk mata.
Penajam fikiran.
Pelapang dada.

Hasbunallah wa ni'mal wakil!

"Mereka merancang, Allah juga merancang dan Allah adalah sebaik-baik perancang"

(Al-Quran, 3 : 54)

Lagikan khulafa' ar-Rasyidin yang hebat dapat penentangan, apatah lagi kita. Ini sunnah perjuangan. Jangan pernah kita kecewa dan berputus asa!


“Sembilan puluh lima ribu nyawa rakyatnya hilang; tapi Basyar Al Assad dipertahankan. Tak setetes darahpun ditumpahkan Mursi; dia dijatuhkan.”— Salim A. Fillah

notahati- "Barangsiapa tak mengambil tahu bab keadaan umat Islam di dunia, dia bukan dari kalangan aku" - Rasulullah SAW


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Gadis berumur 14 tahun mati selepas di dapati berzina.


Sejak bila pula dalam Islam, kes rogol disamaratakan dengan hukuman zina?

jelas tulis dalam ayat "azzaniyatu" (penzina-penzina wanita).

Rosak dunia apabila ada orang yang mengaku pengamal syariah tetapi tidak memiliki aqal untuk melihat maqasid syariah.


Girl,14, lashed to death after being convicted of 

adultery


Hena Akhter 
By: Sarah Weiss
A little girl was arrested, charged and convicted of adultery, according to court proceedings in Bangladesh.

Hena Akhter was only 14-years-old, the youngest of five siblings, who lived in Shariatpur, Bangladesh. Her problems began when her married cousin, Mahbub Khan, who was three times her age, returned to her village and became fond of Hena.

Khan started following and harassing her on the way to and from school, where she was in the 7th grade. So the father of Hena filed a petition to the elders of the village in order to put a stop to his behavior. Khan was fined $1,000 payable to the Hena's family and was ordered to leave her alone.

He did not. Months later, he seemed to be waiting for her to come to his house. Hena went outside to use the bathroom. That's when Khan jumped behind her, gagged her with cloth, forced her behind some bushes, beating her and raping her.

Khan's wife heard Hena's screams and found her husband raping the girl. His wife then dragged Hena away, while beating and stomping her.

When the family went to a local court, the judge ruled that Hena Akhter committed adultery.
She was sentenced to 101 lashes. Khan was sentenced to 201.
At the of the punishment, Khan managed to escape after only a few lashes.

Hena Akhter only got to 70 lashes before falling unconscious. She died a week later in the hospital. 
http://www.yourjewishnews.com/2013/02/25951.html

KEJAM.




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


INILAH GAMBAR WAJAH ANAK FARID KAMIL DAN DIANA DANIELLE YANG SEBENAR.


Gambar ini dimuat naik menerusi akaun Instagram milik Farid kira-kira pukul 6.30 petang Selasa.

Pelakon Farid Kamil mendapat anak lelaki selepas isterinya pelakon Diana Danielle Danny Beeson, 22, bersalin di Australia pada Selasa.

Berita itu turut disahkan oleh penerbit filem David Teo yang juga Pengarah Urusan syarikat produksi Metrowealth International Group (MIG) kepada mStar Online pada petang Selasa.

“Farid menghantar mesej dari Australia dengan memberitahu sayalah orang pertama yang mendapat berita isterinya iaitu Diana Danielle selamat bersalin anak lelaki,” katanya kepada mStar Online.

David berkata, Farid telah memaklumkan Diana sepatutnya bersalin pada 15 Julai ini tetapi proses kelahiran berlaku lebih awal.

Bayi berkenaan lahir kira-kira pukul 4.30 petang waktu Malaysia.

“Apa-apa pun proses kelahiran berjalan dengan baik. Bayi selamat, ibu pun selamat dan sihat,” katanya.

Terdahulu Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari, 32, memuat naik gambar bayi berkenaan kira-kira pukul 6.30 petang Selasa melalui laman sosial Instagram miliknya dengan kenyataan; welcome to the world my son (selamat datang ke dunia, anak lelaki ku).

Dalam Instagram itu juga Farid turut menulis berat bayi tersebut ialah 9.7 paun (4.3 kilogram)

Sebelum ini industri hiburan dikejutkan apabila Farid memuat naik gambar dia mengucup seorang bayi sehingga menimbulkan salah faham kononnya Diana Danielle telah melahirkan anak sebelum genap sembilan bulan usia perkahwinan mereka.

Bagaimanapun gambar itu telah dinafikan oleh adik Farid iaitu Fadzil Zahari yang mendakwa bayi itu adalah anak saudara mereka yang lahir pada 11 Mei lalu.

Farid dan Diana bernikah pada 3 November 2012 dalam satu majlis yang diadakan di Hotel Flamingo by the Lake dekat sini.

Selepas beberapa bulan berumah tangga, Diana berhijrah sementara ke Sydney, Australia untuk melanjutkan pelajaran di negara itu.

mStar


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Datuk Siti Nurhaliza ambil anak angkat dari Gaza.



Siti Nurhaliza


KUALA LUMPUR: Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza Tarudin bercadang untuk mengambil dua orang anak angkat dari Palestin dalam usaha meringgankan beban penduduk negara Islam yang ditindas rejim Israel itu.

Siti, 34, berkata, pengambilan anak angkat itu adalah dari segi penyaraan kos pembiayaan sara hidup mereka sehingga dewasa.

"Ya... saya telah dimaklumkan proses bagaimana untuk membantu mereka, iaitu salah satunya adalah dengan mengambil anak angkat.

"Namun, kita tidak boleh membawa mereka keluar dari negara tersebut kecuali membiayai kos sara hidup mereka di sana," katanya ketika ditemui pada Majlis Jamuan Amal Rebuild Gaza For A Nation, di sini, Sabtu.

Tambah Siti, bagaimanapun perkara tersebut akan dibincangkan secara mendalam dengan bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

Siti Nurhaliza dan Kumpulan Rabbani

"Saya baru diberitahu tadi tentang proses tersebut, Insyaallah nanti saya akan berbincang dengan suami tentang perkara itu," ujarnya.

Dalam pada itu, Siti berkata, dia dan keluarga memasang impian untuk menjejakkan kaki dan melihat sendiri keadaan kehidupan masyarakat di Gaza.

"Saya banga ramai rakan artis dah menjejakkan kaki di sana, Insyaallah saya sendiri memang bercita-cita untuk ke Masjid Al-Aqsa dan seterusnya ke bumi Gaza.

"Saya selalu mendengar cerita bahawa berada di sana lebih tenang dan tidak seperti digambarkan di dada-dada akhbar," katanya.

Pada Majlis tersebut, Siti turut menerima Anugerah Kemanusiaan daripada Majis Perundingan Islam Malaysia (Mapim) sebagai tanda sokongan kepada usaha yang dilakukan organisasi tersebut dalam membantu masyarakat Palestin.

"Saya bersyukur kerana diberi penghormatan biarpun sumbangan saya yang sedikit kepada penduduk Gaza berbanding apa yang telah Mapim lakukan.

"Namun saya berharap ramai lagi rakan artis dan orang ramai lebih perihatin dengan kesusahan rakyat di negara itu," katanya.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, Presiden Mapim, Mohd Azmi Abdul Halim dan kumpulan Rabbani.



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Allahumma Balighna Ramadhan.



"It is a training for the heart,
and when the heart getting stronger,
the taqwa will develop.."

3 important things :)
*Fasting-taqwa
*Ramadhan-be grateful
*Duaa- for guidance

2:183-186

Bila kita tahu apa disebalik Ramadhan, 
sungguh kita tak sabar-sabar menantikannya.

Selamat Menonton.
Serius tak rugi.

Allahumma balighna Ramadhan.
Amiin.



notakaki- Persiapan penting sebelum Ramadhan, bersihkan hati.

Ya Allah, ihdina...


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


SEGMEN MENANG WANG TUNAI RM100.




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.