TERKINI LAHAD DATU: PENGGANAS MULA MENCURI MAKANAN KERANA KELAPARAN




Bagan Datoh, 16 Mac - Kerajaan akan berbincang dengan pihak berkuasa bagi membenarkan diplomat Filipina di negara ini melawat suspek pengganas Sulu yang ditahan, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Katanya beliau akan berbincang dengan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan Polis Diraja Malaysia bagi tujuan itu.

Diplomat Filipina termasuk dutanya di Kuala Lumpur mungkin dibenar melawat selepas urusan soal siasat oleh pihak keselamatan ke atas suspek selesai sepenuhnya.

Pada masa yang sama Ahmad Zahid juga menyangkal laporan portal berita Philippine Daily Inquirer bahawa Malaysia menyekat pasukan kemanusiaan dan media Filipina daripada berjumpa dengan rakyat negara itu yang ditahan di pusat pemindahan di Lahad Datu.

Menurut Ahmad Zahid semua media asing termasuk dari Filipina bukan sahaja dibenar berada di pusat media di Felda Sahabat tetapi juga dibawa ke kawasan Operasi Daulat bagi mendapat gambaran sebenar, susulan ada dakwaan pihak keselamatan negara ini bertindak zalim dan mengetepikan hak asasi manusia.

Mengulas perkembangan terkini di Lahad Datu, Ahmad Zahid berkata saki-baki kumpulan pengganas itu semakin terdesak akibat ketiadaan bekalan makanan dan minuman kerana dikepung pihak keselamatan di kawasan kecil.

"Ketuanya telah meninggalkan mereka, moral mereka terlalu rendah sekarang dan masyarakat di Sabah tidak menyokong tindakan mereka, ertinya mereka tidak dapat bantuan maklumat dan juga sokongan moral keturunan Sulu di negeri Sabah," katanya.

Beliau berkata ada antara pengganas terbabit dilapor mencuri makanan di rumah kongsi dan kedai makan.

"Kita harap masyarakat setempat dapat lebih berhati-hati kerana mereka lapar dan tindakan mereka lebih agresif," katanya. - BERNAMA


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Terkini! 6 Tokoh Imam Muda sertai PAS.



Terkini! 6 Tokoh Imam Muda sertai PAS

1. Ust Mohd Fakhrurrazi b.Hussin (IM Fakhrul)
2. Ust Khairul Azhar b.Ghazali (IM Azhar)
3. Ust Abdul Fattah b. Riddzwan (IM Fatah)
4. Ust Syed Faris b.Syed Roslan(IM Faris).
5.Ust Megat Mohd Zahid b.Megat Azmuddin(IM Megat)
6.Ust Fakhrulrazi b.Ibrahim ( IM Ar Razi)

Selepas ini , kerajaan, Astro atau TV al Hijrah pasti berkira-kira untuk menghentikan program rancangan Imam Muda dan meneruskan program Artis Cilik (Kecil). Negara Islam Hadhari yang wasatiyah lah katakan


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


UPDATED INSIDEN LAHAD DATU[VIDEO] :Azzumudie Berjaya Lolos, Tinggalkan Kumpulan Pengganas Bersendirian.


Visual Dua Bot Pengganas Kiram Ditahan Oleh Pasukan Keselamatan Filipina



LAHAD DATU: Agbimuddin Kiram yang mengetuai pengganas Sulu dipercayai masih bersembunyi bersama anak buahnya di sekitar Tanjung Batu dan beberapa kampung sekitar FELDA Sahabat 18, dekat sini.



Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, berkata Agbimuddin dipercayai berusaha melepasi kepungan pasukan keselamatan tetapi diyakini tidak akan mampu berbuat demikian berikutan kepungan ketat di darat dan laut oleh pasukan keselamatan. Beliau berkata demikian pada sidang media, di FELDA Sahabat 16, sebentar tadi


Kiram Masih Bersembunyi Dengan Kumpulan Pengganas

LAHAD DATU – Pasukan keselamatan yakin ketua kumpulan militan yang menceroboh Lahad Datu, Azzimudie Kiram masih berada dengan kumpulan itu yang kini berkubu di Kampung Tanjung Batu, 130 kilometer dari bandar Lahad Datu.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib yakin Azzimudie tidak pernah keluar dari kawasan berkenaan sejak pencerobohan pada 12 Feb lepas.

“Sebagai ketua dia tidak akan lari. Kami masih yakin dia bersama kumpulan itu,” katanya pada sidang akhbar bersama Panglima Satu Divisyen Infantri Tentera Darat Mej Jen Datuk Ahmad Zaki Mokhtar di markas operasi Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.


Hamza berkata keyakinan itu bersandarkan kawalan ketat pasukan keselamatan di kawasan zon merah Operasi Daulat termasuk melalui laut kerana kawalan di laut adalah amat kukuh dan pemantauan sentiasa dijalankan.

Selepas sembilan hari Operasi Daulat, pasukan keselamatan menembak mati 56 musuh dan 25 daripada mayat penceroboh militan itu telah dibawa keluar dari zon merah.

Seramai 156 orang ditahan kerana berada di zon merah operasi manakala 97 individu ditahan untuk siasatan kerana disyaki terlibat dengan pengganas mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 dan dibaca bersama Seksyen 130 (c) Kanun Keseksaan, kata Hamza.

Sehingga kini 10 anggota pasukan keselamatan terkorban iaitu lapan anggota polis dan dua tentera. Seorang daripada anggota tentera itu terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Km 37 Jalan Lahad Datu-Kampung Tungku.

Hamza berkata tiada pertempuran dilapor sejak malam tadi hingga pukul 10 pagi ini dan operasi kini diperluas ke Sungai Nyamuk berhampiran Tanjung Batu.
Ditanya bila penduduk Kampung Tanduo akan pulang ke kampung mereka, beliau berkata perkara itu belum diputuskan kerana terdapat beberapa faktor perlu diteliti.

“Hanya ada 10 rumah di situ. Banyak aspek perlu dipertimbangkan termasuk sama ada tanah mereka duduki adalah milik mereka atau tidak dan taraf kerakyatan mereka.

“Pewujudan Kawasan Keselamatan Khas Sabah (ESSCOM) juga (menyebabkan) kami harus melihat secara lebih menyeluruh bagaimana untuk menyelesaikan masalah itu,” katanya.

Mengenai kemalangan yang menyebabkan seorang anggota tentera terbunuh, Hamza berkata kenderaan tentera tiga tan itu yang menyertai konvoi dari Kota Kinabalu ke Lahad Datu untuk Operasi Daulat terbabas di Km 37 Jalan Lahad Datu-Kampung Tungku pada 7.30 pagi, semalam.

Kejadian menyebabkan pengiring kenderaan iaitu Kpl Ahmad Farhan Ruslan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu kenderaan itu cedera. – Bernama / SH


Terkini!! Azzumudie Berjaya Lolos, Tinggalkan Kumpulan Pengganas Bersendirian

Ketua pengganas Sulu yang melancarkan serangan bersenjata di Lahad Datu dan Semporna, Azzumudie Kiram disahkan telah melarikan diri ke selatan Filipina dan meninggalkan kumpulannya bersendirian.


Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd. Zain ketika mengesahkan perkara itu berkata, pasukan keselamatan negara mendapat maklumat mengenai status ketua pengganas berkenaan daripada pelbagai sumber risikan.


"Azzumudie telah meninggalkan kumpulannya bersendirian dan melarikan diri ke negaranya," katanya dalam sidang akhbar bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar di sini malam ini.


Sementara itu, Ismail berkata, maklum balas yang diterima daripada pasukan keselamatan dalam Ops Daulat juga menunjukkan Azzumudie tidak lagi bersama kumpulannya.


Bagaimanapun, ditanya lebih lanjut bagaimana ketua pengganas itu berjaya meloloskan diri daripada kepungan pasukan keselamatan, Zulkifeli dan Ismail enggan mengulas lanjut mengenai perkara tersebut



Pihak berkuasa keselamatan negara yakin telah melumpuhkan kumpulan penceroboh pengganas Sulu di Lahad Datu, Sabah, dengan ketua kumpulan itu dipercayai melarikan diri ke Filipina.


Gerakan ofensif pasukan keselamatan negara terhadap kawasan kubu pengganas di Kampung Tanduo sejak 11 hari lepas menyebabkan ketua kumpulan penceroboh itu, Azzumudie Kiram, yang turut dikenali sebagai Agbimuddin Kiram, meninggalkan pengikutnya di Lahad Datu.


Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, di Kota Kinabalu, Sabah, malam ini.


Semalam seramai 11 lagi individu ditahan dalam operasi memburu dan mengesan penceroboh yang kini dipercayai bergerak dalam kumpulan kecil di beberapa
kampung berdekatan dengan Kampung Tanduo.


Seramai lapan lelaki rakyat asing berusia 17 dan 29 tahun yang menaiki bot laju dari Filipina ditahan pada 12.15 malam ketika memasuki Sungai Bilis, Lahad
Datu dan dua lagi lelaki rakyat asing yang dipercayai tali barut militan itu ditahan dalam operasi di Semporna.


Dalam tangkapan di Sungai Bilis, polis turut menemui wang tunai peso berjumlah PHP369,000 (RM28,375) dan satu tong kosong, kata Pesuruhjaya Polis
Sabah Datuk Hamza Taib.


Sehingga petang ini, pasukan keselamatan menahan 97 orang mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 dan 233 orang lagi ditahan kerana memasuki zon larangan Op Daulat.


Seramai 61 musuh pula ditembak mati dan 27 daripada mayat penceroboh militan itu dibawa keluar dari kawasan operasi untuk bedah siasat.


"Kami percaya terdapat 10 lagi mayat pengganas belum dibawa keluar dari Kampung Tanjung Batu," katanya yang turut mengesahkan bahawa pasukan keselamatan menemui tiga kubur dan 15 mayat di Kampung Tanduo.


Malaysia memberi tempoh tiga hari untuk Filipina menuntut mayat rakyatnya yang ditembak dalam Operasi Daulat itu dan jika tiada jawapan dalam tempoh itu,
kesemua mayat berkenaan akan dikebumi mengikut cara yang sesuai.


Malaysia juga tidak bersendirian dalam menyelesaikan krisis di pantai timur Sabah itu apabila mendapat kerjasama erat dari Filipina.


Komitmen dan pendirian Filipina jelas apabila tentera laut Filipina menahan 35 pengganas Sulu yang cuba keluar dari Sabah dan kesemua mereka akan dihadapkan di mahkamah negara itu.


Pasukan keselamatan melancarkan serangan ofensif terhadap kumpulan militan dari Sulu pada 5 Mac selepas beberapa siri rundingan dengan kumpulan yang
menceroboh persisir pantai Lahad Datu sejak 12 Feb lepas gagal.


Dua hari lepas, Panglima Angkatan Tentera mengumumkan penambahan aset ketenteraan dalam usaha menggempur habis-habisan bagi menamatkan krisis
pencerobohan militan Sulu itu.


Dalam tempoh pencerobohan itu, seramai 10 anggota pasukan keselamatan terkorban iaitu lapan anggota polis dan dua anggota tentera, manakala sembilan
anggota pasukan keselamatan cedera. - Bernama




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


VIDEO Analisis Sejarah Tuntutan Terhadap Sabah: Puteri Jacel Kiram Tunjuk Bukti Tuntutan Kiram Ke Atas Sabah Adalah Tidak Sah





Tanpa disedari Puteri Jacel Kiram telah menunjukkan bukti tuntutan keluarga Kiram tidak sah..Pada surat perjanjian diantara Sultan Mohammad Kiram dan North Borneo yang ditandatangani pada tahun 22 Januari 1878 menyatakan :-


"GRANT BY THE SULTAN OF SULU OF A PERMANENT LEASE COVERING HIS LANDS AND TERRITORIES ON THE ISLAND OF BORNEO DATED JANUARY 22, 1878"

Di atas surat perjanjian itu tertera perkataan PERMANENT LEASE..pajakan selama-lamanya..Bukankah itu bermaksud Sabah milik Malaysia selagi ada bulan dan bintang...



Isu tuntutan Suluk ke atas Sabah mengikut perspektif Brunei (Sumber: ms 193-197 & ms 254-254, Buku "Tarsilah Brunei II- Zaman Kegemilangan dan Kemasyhuran" oleh Pehin Jami Al-Sufri, 1997)menyatakan Kesultanan Brunei telah memajakkan wilayah Sabah pada abad ke-19 kepada Baron Von Overbeck. 


Kuasa mentadbir Timur Sabah berada di tangan Baron von Overbeck pada 1877.


Menyedari pihak Sulu juga menuntut wilayah timur Sabah, Baron telah membuat perjanjian dengan Raja Suluk bagi mengelak masalah-masalah di kemudian hari.


Duit pajakan wilayah Sabah yang dibayar oleh Baron von Overbeck kepada Sultan Brunei $12,000 setahun dan $3,000 kepada Temenggong pada 1877, manakala duit yang dibayar kepada Sultan Sulu hanya $5,000 setahun mengikut perjanjian Baron von Overbeck dengan Sultan Sulu pada 1878. 


Daripada jumlah duit pajakan yang dibayar sudah JELAS menunjukkan siapa yang sebenarnya berkuasa/ berhak di Sabah pada masa itu. 



Baron von Overbeck kemudian menjual haknya kepada Alfred Dent, pengasas British North Borneo Company, yang mentadbir Sabah (North Borneo) dari tahun 1882-1946, yang kemudian menjualnya kepada Kerajaan British. 


Pada awal 1960an, rakyat Sabah telah memilih menyertai negara baru Malaysia (Setelah dapatan Suruhanjaya Cobbolt 1963) mendapati bahawa majoriti rakyat Sabah mahu merdeka dalam Malaysia- dan pilihan ini dihormati oleh Kerajaan dan Rakyat Brunei


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Please Follow MeTwitter 'puteri' Sulu @JacelKiram.





Anak gadis 'Sultan' Sulu Jamalul Kiram III, yang sering menjadi jurucakap keluarga sebelum ini sejak krisis Sabah meletus kini menjejakkan kaki ke alam Twitter dan dengan mencetuskan pelbagai reaksi segera warga maya.

'Puteri' Jacel Kiram (kanan) mula menggunakan akaun Twitter @jacelkiram semalam dan setakat artikel ini ditulis sudah menarik perhatian 3,586 orang sebagai pengikutnya.

Tweet pertamanya berbunyi: "Salam! Ini akaun Twitter rasmi saya" dan "Daulat Kesultanan Sulu".

InterAksyon melaporkan, tulisan itu dengan serta-merta mendapat reaksi pengguna Twitter sama ada yang mengalu-alukannya atau menyerangnya.

@geminianeyes: Sejujurnya Cik @JacelKiram, adakah kamu harap kami akan alu-alukan kamu dengan tangan terbuka bila kami mendarat di pantai kami dengan senjata?

Jacel: @geminianeyes Maafkan saya... baca sejarah ia tak pernah jadi milik kamu! Malaysia tak pernah memiliki Sabah. Mereka masih membayar sewa.

@kinkywildcat: Salam @jacelkiram tolong beritahu abang kamu supaya balik ke Filipina. Terima kasih.
Jacel: @kinkywildcat Tolong beritahu kerajaan kamu supaya beri balik tanah kami.






Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Guru Hina Polis Di Facebook Sudah Ditahan


Kota Bharu, 14 Mac - Polis Kelantan kini giat mengesan seorang

Suspek

tenaga pengajar yang menghina dan mencaci pasukan keselamatan, terutama Polis Diraja Malaysia di laman sosial Facebook sejak 2 Feb lepas.

Ketua Polis Kelantan Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata hasil siasatan pihaknya telah mengenal pasti suspek, penjawat awam berusia 37 tahun berasal dari Pasir Puteh.

"Saya rasa sudah sampai masa pihak polis mengambil tindakan terhadap akaun Facebook ini mengikut Sekyen 41 (A) Akta Hasutan 1948.

"Kalau benci sekalipun dengan polis jangan sampai ditulis dalam Facebook yang boleh dibaca oleh masyarakat Malaysia. Dia (suspek) nak menghasut masyarakat dan meracuni pemikiran anak muda yang melayari Facebook," katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan sebuah kursus di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Bandar Baharu Tunjong di sini hari ini.

Pada majlis itu, 96 anggota polis dari seluruh daerah di negeri ini diberi sijil penghargaan selepas menamatkan kursus bantuan awal menangani perusuh sebelum Polis Simpanan Persekutuan (FRU) tiba di lokasi.

'Print screen' yang ditunjukkan Jalaluddin kepada pemberita jelas menyatakan tenaga pengajar itu menghina anggota keselamatan yang berjuang menentang penceroboh di Lahad Datu dengan penggunaan perkataan seperti 'anjing', 'mati katak' dan 'doggie'.

Jalaluddin berkata beliau hairan dengan suspek yang berpendidikan tinggi, namun masih berfikiran sempit sehingga sanggup mengeluarkan kata-kata sedemikian terhadap pasukan keselamatan yang menjaga kedaulatan negara.

"Kami turut terima laporan polis yang dibuat oleh seorang penjawat awam pada 5 petang semalam berhubung perkara itu dan kami percaya suspek sedang bersembunyi di negeri ini," katanya. - BERNAMA




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


SEBARKAN VIDEO INI [INSIDEN LAHAD DATU] VIDEO TALIBARUT PENGGANAS KIRAM TERBONGKAR.



Penduduk Terkejut "Imam Rashid" Adalah Seorang Pengganas #PrayForSabah


ASRAMA pekerja Felda Sahabat 17 yang terletak berhampiran jalan ke Kampung Tanduo.

Semporna: Pengganas yang mati dibelasah penduduk selepas kejadian tembak-menembak di Kampung Simunul dan Sri Jaya mengakibatkan enam polis terbunuh 2 Mac lalu, berselindung di sebalik imej warak kerana sering menjadi imam ketika kenduri serta menguruskan jenazah, terutama dalam kalangan orang Suluk di perkampungan itu.


Penduduk Kampung Simunul menganggap lelaki dikenali sebagai Imam Rashid itu sebagai berpengetahuan agama, tetapi kini ramai menganggap Rashid bersama rakan pengganasnya sebagai ‘syaitan’ kerana keganasan mereka membunuh anggota polis dengan kejam.


Sepanjang wartawan Harian Metro berada di daerah ini, rata-rata penduduk yang mengaku mengenalinya terkejut apabila mendapat tahu lelaki itu adalah pengganas yang terbabit dalam kejadian 2 Mac itu.


Dalam kalangan masyarakat Suluk di kampung itu, Rashid dianggap orang penting dalam pelbagai urusan berkaitan keagamaan, tetapi hanya dalam kalangan masyarakat itu.

Seorang penduduk yang mahu dikenali sebagai Utoh, 35, berkata, Rashid sering menjadi imam kenduri dan menguruskan jenazah orang Suluk - Harian Metro


Video Talibarut Pengganas Kiram Terbongkar



Berikut adalah perbulaan yang dirakam adalah telefon kepunyaan salah seorang pengganas yang telah pun terbunuh. 

Di awal perbualan...

Komander Musa : "Bang kamu awn pustu/pusu?" 
kalau kamu ada pusu 

(Nota : Pusu adalah sejenis pengangkutan laut yang boleh mampu menampung 20-30 orang)

Talibarut : Manjari kumandan = boleh pinjam? . 

Komander Musa yang menanggalkan topinya.

Komander Musa : "Kita tak boleh ke Lahad Datu, buat je la panggilan suruh mereka ke Lahad Datu di sana PUSU kita".

Video di bawah ini adalah selama 25 saat. Menunjukkan bagaimana Komander Musa bercakap dengan seorang yang dipercayai talibarut pengganas. Rakaman ini dipercayai dibuat sebelum kejadian pada 1 Mac 2013 di Lahad Datu.

Sebarkan video ini. Kita bersama sama membantu anggota keselamatan kita mencari pengganas dan talibarut ini sampai dapat.


Anggota Tentera Bedil Saki Baki Pengganas Di Sungai Nyamuk





TUNGKU (LAHAD DATU), 14 Mac -- Anggota tentera darat Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang memberi tembakan perlindungan kepada pasukan keselamatan yang terlibat mengesan saki baki pengganas bersenjata dari Selatan Filipina dalam Op Daulat di Sungai Nyamuk di sini, hari ini.





Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


TERKINI! GAMBAR SNIPER PENGGANAS KIRAM KENA TEMBAK DI KEPALA & GEMPUR TERAKHIR DALAM 48 JAM DI OPS DAULAT!



OP DAULAT: SIDANG MEDIA SEMASA 14 MAC 2013 JAM 5.00 PM


GEMPUR Terakhir Dalam 48 Jam Di Ops Daulat.


Penambahan kekuatan dan aset perang dalam Ops Daulat oleh Angkatan Tentera DiRaja Malaysia (ATM) memberi petunjuk bahawa itu mungkin gempuran terakhir dalam tempoh 48 jam ini bagi menamatkan terus krisis pencerobohan kumpulan pengganas Sulu di kawasan Lahad Datu, Sabah.

Konflik Lahad Datu perlu dihabiskan segera bagi membuka laluan untuk kerajaan menumpukan pula kepada isu Pilihan Raya Umum Ke-13.



Menurut maklumat (SUMBER) yang diterima, adalah difahamkan pembubaran Parlimen terpaksa dibawa ke bulan hadapan berikutan isu Lahad Datu menuntut kerajaan berkuasa penuh menanganinya dan bukan kerajaan ‘caretaker’.


Seperti yang kita tahu, semalam ATM telah pun mengumumkan ia akan menambah aset dan anggota untuk menggempur pengganas yang menceroboh negara di Kampung Tanjung Batu dan Sungai Nyamuk, 130 kilometer dari bandar Lahad Datu, sejak 12 Feb lepas.

Malah, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin memberi gambaran operasi daulat yang memasuki hari kesembilan (semalam), berada di penghujungnya dengan tumpuan menjejaki saki-baki pengganas yang kini bergerak dalam kumpulan kecil.


Beliau berkata 12 kereta kebal perisai berantai, beberapa helikopter Pasukan Udara Tentera Darat dan kapal perang Tentera Laut Diraja Malaysia akan tiba hari ini di sini secara berperingkat.

Mynewshub difahamkan, helikopter berkenaan yang sedia dimuatkan dengan machine gun sudah pun mula terbang di kawasan Lahad Datu.

Zulkifeli berkata, langkah menguatkan pertahanan dan kawalan itu bertujuan menutup terus laluan kepada musuh daripada menceroboh ke negara ini sama ada di laut dan di darat.


Sementara itu, Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman memberitahu Radio 24 bahawa Malaysia tidak akan menerima sebarang rundingan buat masa sekarang, termasuk rundingan yang dibuat oleh pihak ketiga seperti kerajaan Filipina.

Ini bererti hanya tindakan ketenteraan sahaja sebagai jalan penyelesaian terhadap krisis pencerobohan di Lahad Datu yang bermula sejak Februari lalu.

Hari ini, Op Daulat memasuki hari kesepuluh. Ketika gempuran pertama dibuat, sebanyak 8 jet pejuang termasuk jenis F18 dan hawk telah digunakan.


Walaupun pengganas Sulu yang merupakan pengikut Jamalul Kiram III ramai yang mati dalam serangan itu, namun sebahagian berjaya melarikan diri.

Kumpulan berkenaan yang sudah berpuluh tahun memiliki kemahiran perang gerila menyebabkan Op Daulat berlanjutan apabila pasukan komando terpaksa digerakan masuk ke zon merah bagi mengesan saki-baki pengganas.

Pada masa ini, Mynewshub difahamkan hanya tinggal kumpulan yang terlalu kecil pada waktu ini tetapi masih berdegil.


Gambar Sniper Pengganas Kiram Kena Tembak Di Kepala.



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


INSIDEN LAHAD DATU :RESPON KEMENTERIAN PELAJARAN BERHUBUNG KEBIADAPAN SEORANG GURU



cerita selanjutnya di sini


Sumber Buasirotak


RESPON KEMENTERIAN PELAJARAN BERHUBUNG KEBIADAPAN SEORANG GURU




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


[VIDEO]INSIDEN LAHAD DATU AMARAN DARI PIHAK BERKUASA: POLIS AKAN JEJAKI SIAPA YANG MEMPERLEKEH ANGGOTA KESELAMATAN NEGARA.


Polis Akan Jejaki Siapa Yang Memperlekeh Anggota Keselamatan Negara


Video Bukti Kekuatan Pasukan Pertahanan Negara, Usah Pertikai & Perlekehkan





Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


UPDATED[LAHAD DATU]OP DAULAT : SIDANG MEDIA SEMASA (13 MAC 2013 JAM 5.30PM) & Video Eksklusif Pertempuran Tiga Jam Di Sungai Nyamuk.


OP DAULAT : SIDANG MEDIA SEMASA (13 MAC 2013 JAM 5.30PM)





Video Eksklusif Pertempuran Tiga Jam Di Sungai Nyamuk.




Al Fatihah : Gambar Jenazah Perwira Negara Disemadikan Di Kelantan






Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


UPDATED LAHAD DATU[VIDEO] KETIBAAN JENAZAH PERWIRA NEGARA DI SUBANG DAN GAMBAR JENAZAH DUA PERWIRA NEGARA SELAMAT TIBA DI KELANTAN.


Video Dato Seri NajibRazak Sambut Ketibaan Jenazah Perwira Negara di Subang






Najib Razak Sambut Ketibaan Jenazah Perwira Negara di Subang


Jenazah dua perwira negara, Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24 dan Ahmad Farhan Roslan, 21 tiba di Pangkalan TUDM Subang kira-kira jam 8 pagi tadi untuk istiadat penghormatan terakhir.


Gambar Gambar Jenazah Dua Perwira Negara Selamat Tiba Di Kelantan





SUBANG, 13 Mac -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengaminkan bacaan doa ketika memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Prebet Ahmad Hurairah Ismail dan Prebet Ahmad Farhan Roslan yang tiba di Pangkalan Tentera Udara Malaysia (TUDM) di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Pertahanan Datuk Seri Zahid Hamidi (kanan), Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin (tiga, kanan) dan Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar (kiri).

--fotoBERNAMA









Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


UPDATED SIDANG MEDIA OPS DAULAT DI SABAH [VIDEO]Kampung Tanduo Berjaya Ditawan & Dibersihkan #PrayForSabah


Rakyat Yang Terlibat Dengan Krisis di Sabah Diberi RM1,000



Pencerobohan Lahad Datu Permulaan Awal Kucar Kacirkan Negara



Bekas Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Seri Zaini Mohd. Said mendakwa pencerobohan ke atas Lahad Datu, Sabah merupakan permulaan untuk mengucar-kacirkan negara, yang cuba dicetuskan pihak tertentu demi kepentingan tertentu.



Sehubungan itu kata beliau, perkembangan terbaru ini akan memberi impak kepada politik, ekonomi, sosial dan aspek keselamatan jika pihak berkuasa tidak menangani dengan segera dan leka.


Beliau juga berkata, perkembangan di Sabah itu memberi gambaran akan ada perkara lebih besar, yang cuba digerakkan oleh pihak tertentu untuk menggugat negara, seakan peristiwa Al-Maunah lebih satu dekad lalu.


"Ini adalah permulaan untuk mengucar-kacirkan negara dan memberi impak kepada ekonomi, politik, sosial dan sudah semestinya keamanan negara.


"Dari segi politiknya, mesti ada orang belakang di sebalik penceroboh ini, kita tengok mereka memang tidak mampu untuk bergerak sendiri, Sultan Kiram yang didakwanya juga mengakui miskin. jadi bagaimana mampu mereka bergerak sendiri," kata beliau pada sidang media selepas menyampaikan ceramah bertajuk Dalang Pengganas Lahad Datu Ancaman Keselamatan Negara, di sini malam tadi.


Difahamkan, kemungkinan dalang tersebut adalah kuasa ketiga yang ingin merampas negara atau dipergunakan untuk kepentingan tertentu.


Sebelum ini, beberapa pihak mengaitkan pemimpin Pakatan Rakyat dengan insiden tersebut.


Sehubungan itu, kemungkinan dalangnya juga mungkin berada dalam negara demi kepentingan politik.


Dalam pada itu, Presiden Jaringan Cina Malaysia, Ng Lam Yong mendakwa sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), yang menjadi perhatian negara tahun lalu, membiayai AS$2 juta (RM6 juta) kepada kumpulan penceroboh dari Sulu bagi menceroboh Sabah.


Menurutnya lagi, bantuan kewangan daripada NGO kepada kumpulan penceroboh dari Filipina itu disahkan oleh rakannya dari Manila.


"Saya terima e-mel dari rakan saya yang berada di Manila hari ini, isi kandungan e-mel itu memberi tahu bahawa kejadian di Lahad Datu itu dibiayai oleh sebuah NGO dari Malaysia dan telah menyalurkan AS$2 juta untuk tujuan pencerobohan," kata beliau pada ceramah tersebut.


Oleh itu kata Lam Yong, yang juga antara bekas pengasas PKR, tidak mustahil pihak pembangkang menjadi dalang di pihak di sebalik apa yang berlaku di Sabah.


Lam Yong turut menyatakan bahawa sanggup disaman mana-mana pihak kerana apa yang beliau katakan mengenai isu tersebut adalah benar. - Sinar Harian

Sidang Media Ops Daulat Di Sabah #PrayForSabah


Sidang Media Ops Daulat (12 Mac 2013) 8.15 malam


Kampung Tanduo Berjaya Ditawan & Dibersihkan #PrayForSabah

Pasukan keselamatan berjaya menawan Kampung Tanduo dengan menegakkan Jalur Gemilang, setelah kesemua pengganas militan dari Selatan Filipina dibanteras.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


SEMPORNA 12 MAC 2013 [LAHAD DATU] GAMBAR : Enam Suspek Pengganas Kiram Berjaya Ditahan Di Kampung Bangau Bangau







SEMPORNA, 12 Mac -- Penghuni sebuah rumah berada di rumah yang diserbu pihak polis bagi mengesan saki baki pengganas Sulu di Kampung Bangau-Bangau di sini, hari ini.
Polis berjaya menahan enam suspek yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pengganas Sulu itu pada pukul 6 pagi tadi. - BERNAMA


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


INSIDEN LAHAD DATU [GAMBAR] :AL-FATIHAH BUAT AHMAD HURAIRAH ISMAIL.SMS AHMAD HURAIRAH YANG TERAKHIR UNTUK AYAH.


Semoga pemeliharaan Allah ke atasmu lebih baik 

Al Fatihah Buat Ahmad Hurairah Ismail



Allahyarham Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24 dari Tujuh Rejimen Askar Melayu Diraja berpangkalan di Tawau yang terkorban dalam pertempuran di Sg Nyamuk Tg Batu Pagi Tadi... Al-Fatihah.



ISMAIL Hussin, 55, menunjukkan sms terakhir yang dihantar anaknya, prebet Ahmad Hurairah, 24, (gambar kecil) yang terkorban dalam Ops Daulat di Sungai Nyamuk, Lahad Datu, Sabah, hari ini. Jenazah Hurairah dijangka tiba di Pangkalan Tentera Udara di Subang pagi esok


Berikut senarai anggota keselamatan yang terkorban dalam pertempuran dengan penceroboh militan di Lahad Datu dan Semporna, Sabah:

1 Mac 2013 - ASP Zulkifli Mamat, 29, dari Pasukan Polis Komando VAT 69
1 Mac 2013 - Sjn Sabaruddin Daud, 46, dari Pasukan Komando VAT 69
2 Mac 2013 - ACP Ibrahim Lebar, 52, dari Cawangan Khas Bukit Aman.
2 Mac 2013 - ASP Michael Padel, 36, dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Semporna.
2 Mac 2013 - Sjn Abdul Azis Sarikon, 48, dari Pasukan Gerakan Am Tawau.
2 Mac 2013 - L/Kpl Mohd Azrul Tukiran, 27, dari Pasukan Gerakan Am Tawau.
2 Mac 2013 - Sjn Detektif Baharin Hamit, 49, dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sabah.
2 Mac 2013 - Kpl Salam Tugiran, 42, dari Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau.
12 Mac 2013 - Prebet Ahmad Hurairah Ismail, 24, dari Batalion 7 RAMD Tawau.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


LAGI KOMEN UGUT BUNUH PEMBANGKANG DI FACEBOOK.



Setiap daripada anda mencerminkan parti anda...rakyat boleh menilai....

Photo: Ingat tu yer...

Keburukan tidak boleh dirawat dengan keburukan. Dan kesalahan tidak boleh dirawat dengan kesalahan

baca sini


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Al Fatihah : Seorang Anggota Tentera Maut Ditembak Pengganas Kiram #PrayForSabah



TERKINI : Lahad Datu: Seorang lagi anggota keselamatan terbunuh


LAHAD DATU: Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin hari ini mengesahkan seorang anggota keselamatan terkorban manakala tiga pengganas mati dalam pertempuran di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu di sini, pagi tadi.

Jenazah Prebet 1163468 Ahmad Hurairah Ismail, anggota tentera yang terkorban di Sungai Nyamuk, Lahad Datu pagi tadi akan dibawa pulang ke kampungnya di Bayu Lalang, Pasir Mas, Kelantan -Jenazah akan diterbangkan dari Lapangan terbang Tawau 4 pagi Esok dan Dijangka di Di Lapangan Terbang Pengkalan Chepa Jam 8 Pagi- Ahmad Zahid Hamidi


Isu Lahad Datu masih berdarah. Doakan perajurit negara agar dikuatkan iman dan taqwa kepada Allah.


PERHATIAN : Gambar yang disertakan menunjukkan seorang tentera yang tercedera ketika membaiki senapang sendiri. Ianya bukan gambar anggota yang terkorban.

Setakat ini Seorang Anggota Tentera Kita Meninggal Di Serang Hendap sekitar jam 10-11 Pagi Tadi. Sidang Media akan diadakan Jam 5.30 Petang ini.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.