JOM BANTU SENIWATI AZEAN IRDAWATY KINI KRITIKAL.BARAH MEREBAK.


Azean-Irdawaty-Kritikal-Barah-Merebak
Selepas lama tidak mendengar berita tentang seniwati Azean Irdawaty, 56, perkhabaran terbaru melaporkan Azean berada dalam keadaan kritikal apabila doktor mendapati barah tumornya sudah merebak ke kawasan vaskular lain tubuh beliau. Azean sepatutnya menjalani pembedahan semalam (Khamis) bagi mengeluarkan tumor daripada selaput perlindungan otak namun atas sebab-sebab tertentu, pembedahan Azean telah dijadualkan semula pada Isnin, 22 April ini.

Menerusi laman Facebook anak bongsunya, Inessa Irdayanty, Inessa merayu orang ramai yang mengenali ibunya mendoakan agar pembedahan ibunya selamat tanpa komplikasi dan tenaga ibunya itu kembali pulih. Kepada yang ingin menyumbang kepada kos pembedahan Azean, sumbangan boleh disalurkan terus ke akaun Azean Irdawaty Yusoef 16240100009490 (RHB Bank).

JOM BANTU SENIWATI AZEAN IRDAWATY KINI KRITIKAL.

Seniwati Azean Irdawaty, 56, kini sedang berada dalam keadaan kritikal apabila doktor pakar mendapati barah tumornya sudah merebak ke kawasan vaskular tubuh beliau.

Kawasan vaskular terkandung banyak urat-urat pengaliran darah. Ada kemungkinan, kehilangan darah yang banyak memerlukan darah tambahan. Antara risiko yang mungkin Azean hadapi ialah jantungnya boleh berhenti berdenyut.

Seorang doktor dari Hospital Sungai Buloh di mana Azean akan dibedah memaklumkan kepada keluarganya bahawa komplikasi-komplikasi lain memberikan risiko satu hingga lima peratus.

Azean sepatutnya dibedah semalam, Khamis 18 April 2013 tetapi terdapat insiden kemalangan maut mangsa lain yang lebih memerlukan pembedahan dengan segera. Untuk itu, pembedahan Azean telah dijadualkan semula pada Isnin, 22 April 2013.

Berdasarkan pengemaskinian laman Facebook anak bongsunya, Inessa Irdayanty, pembedahan tersebut perlu dijalankan dengan teliti kerana tumor tersebut perlu dikeluarkan daripada selaput perlindungan otak ibunya.

Justeru, pembedahan ini nanti akan memakan masa yang panjang. Pihak hospital juga kini tidak membenarkan pelawat bermula Khamis hinggalah beliau dibawa ke Unit Rawatan Rapi (ICU) selepas pembedahan nanti.

Inessa merayu orang ramai yang mengenali ibunya mendoakan agar pembedahan ibunya selamat tanpa komplikasi dan tenaga ibunya itu kembali pulih.

Bagi mereka yang ingin menyumbang kepada kos pembedahan Azean, mereka boleh menghulurkan terus ke akaun:
Azean Irdawaty Yusoef 16240100009490 (RHB Bank).

Laporan Asal: Seniwati Azean Irdawaty Kritikal, Penyakit Barah Merebak | D’stories
Dipersilakan share asalkan link-kan ke blog Daxxstories semula :)
Follow us: @ThaqifAziz on Twitter | Kepala.Kau.Otak on Facebook


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Kerja Kosong Pengambilan Jawatan SPA Bulan April 2013.


kerajaan malaysia spa

Pengambilan Jawatan bagi Kakitangan Awam di Jabatan Kerajaan peringkat Persekutuan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) – Bulan April 2013

JAWATAN:
1. Pembantu Penyedia Makanan N17 – 50 kekosongan
2. Juruteknik Perubatan U19 – 4 Kekosongan
3. Pembantu Hidupan Liar G17 – 23 Kekosongan
4. Juruteknik (Awam) J17 – 3 Kekosongan

CARA MEMOHON:
Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang Permohonan SPA8i di:http://www.spa.gov.my

Tarikh Tutup : 21 April 2013


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


#FEMEN - Sorry femini, I don't need to be saved.


Pelbagai imej buruk terhadap Islam turut dilaporkan dan disebarkan ke seluruh dunia bagi meracuni mentaliti masyarakat dunia terhadap fahaman kebencian mereka terhadap Islam.

Inilah yang diistilah sebagai Islamofobia.

Fanpage di Facebook yang diberi nama Muslim Women Against FEMEN, yang dibentuk oleh sekelompok Muslimah untuk menentang FEMEN.


`Badan saya milik saya’.

Seorang aktivis FEMEN berusia 19 tahun dari Tunisia, Amina yang juga anggota kumpulan FEMEN, iaitu pergerakan aktivis wanita telah memuat naik gambarnya yang mendedahkan payu dara sambil menghisap rokok.Akibatnya dia dikecam hebat dan di gesa oleh ulamak di Tunisia agar di beri hukuman direjam dengan batu  supaya gejala ini tidak menular di negara itu.


“International Topless Jihad Day” adalah rasis dan menghina wanita Muslim.


FEMEN does not represent me I a Muslim Female and proud.


Mungkin suatu ketika dahulu, semasa masih di usia anak-anak dan membesar dalam masyarakat yang jahil, saya teringat suatu ketika, pernah seorang jiran jauh, datang kepada ummi dan takut-takut mengadu bahawa dia selalu dipukul teruk oleh suaminya yang baran. Dan jelas masih berbekas luka dan kesan. Ummi cuba menghulurkan bantuan dengan mencadangkan untuk dibawa pengaduan ke mahkamah, tetapi lekas ditegah makcik tersebut dengan jawapan, "eh, taknak! ustaz kata haram isteri meminta cerai dari suami. Nanti bergegar arrasy Allah!".

Ummi yang cuma bekas pelajar ijazah jurusan perancang bandar, diam. Tidak berani berkeras menidakkan, kerana istilah ustaz digunakan.

Juga ketika itu, ancaman, "isteri haram menidakkan poligami kerana itu tanda kufur", "kalau nak payung syurga, benarkan suami kamu berpoligami", dan sebagainya sangat sinonim di telinga, jujurnya ketika itu saya pernah terfikir, apakah keistimewaan mencapai kebahagiaan pada apa yang kita pilih untuk bahagia itu tidak ada bagi seorang wanita dalam Islam?

Tetapi tidak kini. Alhamdulillah, I'm proud to be a muslimah. Islam mengangkat, meninggikan, dan memuliakan wanita semaksimanya.

Dan saya tidak memerlukan golongan sekular untuk menceritakan kepada saya apa itu kebebasan seorang wanita, kerana Islam dan perlaksanaannya yang adil telah lama memberi saya kebebasan.



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


PRU – 13 Sekarang zaman sudah berubah. Kaum cina lebih memahami PAS dan membenci MCA.




Keceluparan mulut mereka ini mungkin hasil tarbiah dari bekas PM mereka dahulu yang sewenang-wenangnya mengatakan, 'hukum hudud adalah primitif', 'hudud adalah ciptaan ahli fekah', 'pelaksanaan hukum hudud boleh menyebabkan umat Islam mundur.' Teruskan memuja bekas PM anda biarpun dia menghina agama.


Antara sebab kenapa umat Islam sekarang gagal bersatu ialah kerana mereka bersatu di atas perkara yang salah. Bersatu dengan kezaliman tidak akan dapat mendaulatkan apa-apa, baik agama atau bangsa.


Dan janganlah kamu ikuti setiap orang yang banyak bersumpah lagi hina, yang banyak mencela, yang kian ke mari menghambur fitnah, yang banyak menghalangi perbuatan baik, yang melampaui batas lagi banyak dosa, yang kaku kasar, selain dari itu, yang terkenal kejahatannya, karena dia mempunyai (banyak) harta dan anak. [al Qalam 68:10-14]



Tahaluf siyasi - salah satu wasilah dakwah.

Di Lunas ada deretan rumah cina berkibar-kibar bendera PAS berbanding DAP., Seronok tengok suasana ni.

"Sekarang zaman sudah berubah. Kaum cina lebih memahami PAS dan membenci MCA" - kata seorang Cina.
Semoga PAS terus meluaskan sayap dakwah dalam kalangan non-muslim .

Semoga Allah memberi hidayah kepada mereka.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


PRU – 13 senarai penuh nama calon PKR, calon PAS & calon BN pilihan Raya Umum 2013 .



BN pertaruh Dr Mazlan lawan Anwar di Permatang Pauh



Umum ternanti-nanti calon manakah yang akan dipilih untuk mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR)yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke 13 pada 5 Mei ini

Mungkin ada dari calon sesetengahnya tidur tak lena kerana memikirkan akan terpilih atau tidak berdasarkan keputusan muktamad dan pengumuman secara rasmi dilakukan oleh pucuk pimpinan parti

Pilihan Raya Umum Ke-13 bukannya medan untuk survival politik mana-mana individu tidak kira apa juga jawatannya di peringkat pusat, bahagian mahupun negeri

Kalau kajian menunjukkan pencalonannya boleh mengundang kekalahan atau bencana kepada parti maka terima sahaja dengan terbuka keputusan pucuk pimpinan

Bagi mengikuti pekembangan semasa penyenaraian calon-calon PKR di seluruh negeri Malaysia yang telah dimuktamatkan klik pada tajuk pautan di bawah.


PRU – 13 senarai penuh nama calon PAS pilihan Raya Umum 2013


Keputusan muktamad dan pengumuman secara rasmi dilakukan oleh pucuk pimpinan parti,debaran semakin kencang terutamanya Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

Secara keseluruhan pada PRU-13 kali ini Pas dijangka bertanding di 76 kerusi Parlimen dan 230 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN)

Bagi mengikuti perkembangan semasa mengenai senarai pemilihan calon yang telah dimuktamadkan klik pada tajuk pautan di bawah.

Senarai Calon Pas Pilihan Raya Umum ke -13

PRU-13: Senarai penuh calon BN Pulau Pinang
ERA REFORMASI '98 - VIDEO EZAM MOHD NOOR TERMAKAN SUMPAH


dahulu ramai kata Ezam adalah warisan DSAI. kini segalanya berubah

Tidak lama dahulu.. Sewaktu itu ana masih di bangku sekolah rendah.. Pernah ditegur oleh guru disiplin kerana menulis 'UMNO - Undur Mahathir Negara OK' di papan hitam kelas.. Kat dalam kelas pun masa tu suka tiru lukisan kartun Zunar dalam Harakah. Kami anak-anak era Reformasi '98 memang tak boleh nak lupa zaman tu. Masa tu lah baru nak kenal apa itu perjuangan, apa itu ulama.

Pidato Saudara Sumpah ini selalu ana putarkan di kala ana ingin menonton bagaimana pidatonya Anwar pada zaman mudanya.. Sungguh bersemangat. Apakan daya. Itulah dia putaran politik. Suatu seni yang sukar dijangka dan ditilik. Yang dahulunya berkawan, tiba masanya mereka berubah menjadi lawan. Begitu juga sebaliknya, yang dulunya lawan, tiba masanya mereka boleh menjadi kawan..

Moga Allah lindungi kita semua selamanya daripada kemunafikan.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Sesungguhnya kematian itu sangat dekat.


Hari ini perasaan bercampur baur. Ada beberapa urusan yang saya cuba selesaikan pada hari ini. Tiba-tiba apabila pulang ke rumah, dikhabarkan berita pemergian seorang sahabat . Saya tidak mengenalinya rapat tetapi ada perkara yang menyuntik hiba di hati saya.

Tahun lalu saya dan keluarga berkesempatan membuat kenduri kesyukuran dan doa selamat. Di antara sahabat yang hadir adalah dia menemani seorang lagi sahabat saya... Dan kedua-dua mereka telah pergi menghadap Allah kerana kemalangan jalan raya.

Allahyarham Afez kemalangan semasa perjalanan ke masjid menunaikan solat subuh pada 11 Ramadhan.

Dan hari ini seorang lagi. Allahyarham Hakim Kemalangan dalam perjalanan pulang ke Melaka.

Sesungguhnya kematian itu sangat dekat. Memang sudah ramai sahabat-sahabat saya yang telah kembali kepada Allah. Semoga Allah menempatkan mereka dalam kalangan hambaNya yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah....



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


TERSEBAR: LAGI VIDEO BULI DI SEKOLAH TEKNIK DI MIRI.




kita di beri pendidikan oleh ibu dan bapa untuk menjadikan kita manusia yang hebat-hebat dan bermanfaat bukan menyuruh berlaku samseng sebegini.

Baik remaja lelaki atau perempuan,rata-rata kaki membuli.. lagi kes buli dan gaduh  di sini dan sini

notakaki- kes buli paling saya benci.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Sebarkan! Facebooks Fanpage Palsu Khairul Fahmi Che Mat.





Memang sedih tengok video Ketua Tingkatan kena buli... Walaubagaimanapun, lebih sedih lagi membaca komen-komen the so-called "adults" on his facebook page yang masih lagi dengan style maki hamun dan mengeluarkan kata-kata kesat.

This is what we call cyber bullying. Kita marah tengok budak sekolah buat, tapi kita pun sama membuli di alam maya. Cikgu kencing berdiri, anak murid kencing berlari, kan?

Let's pray no Malaysian school kids end up committing suicide due to cyber bullying. And I pray for new education system and a society that nurtures better future leaders.



Gambar 1: Post dari sebuah laman FB menggunakan nama Apex.

Gambar 2: Penafian dari Apek dan juga isterinya, Leuniey di Instagram admin.

nak create fan page pemain bola kegemaran tidak salah. Tp janganlah post di status seolah2 orang yang post tu empunya badan yang SEBENAR. Kesian kat penyokong yang TERTIPU menyangka post/komen itu dilakukan oleh pemain tu sendiri.

sumber

 facebooks palsu https://www.facebook.com/KhairulFahmiTRW.

Kajilah, bacalah dan tanyalah, dah cukup bahan boleh kita suarakan pendapat... Tapi jangan waktu kita emosi, marahkan pembuat / perbuatan laju kita menaip status/komen yang boleh buat orang keliru..

Just my two cents.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


OPS DAULAT KISAH SERAM KETIKA PENGGANAS SULU DIBAWA KELUAR.



Ketua Pengarah Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (ESSCOM) Datuk Mohammad Mentek (kanan) bersama Ketua Setiausaha Negeri Sabah Tan Sri Sukarti Wakiman (tiga dari kanan) melakukan lawatan ke FELDA Sahabat yang musnah terbakar akibat kumpulan pengganas di Lahad Datu, semalam.

Kuala Lumpur: Sistem brek bas tidak berfungsi ketika membawa keluar pengganas Sulu yang ditahan di kawasan pertempuran di Kampung Tanduo serta menyaksikan pengganas yang tidak mati walaupun ditembak bertalu-talu adalah antara pengalaman yang sukar dilupakan pasukan keselamatan dalam Ops Daulat.

Berkongsi pengalaman dan kisah pelik dengan media, pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) yang lebih sebulan terbabit dalam Ops Daulat di Pantai Timur Sabah berkata, bas berkenaan disahkan sempurna bahagian teknikal Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum membawa naik pengganas berkenaan.

Masalah mula dikesan selepas pengganas dibawa keluar menuju ke Balai Polis Cenderawasih, FELDA Sahabat kira-kira 30 kilometer dari Kampung Tanduo.

Seorang anggota JSJ yang enggan dikenali memberitahu dia mengesan perlakuan pelik beberapa pengganas terutama yang berumur lewat 60-an ketika membawa mereka ke balai polis sehingga pemandu bas sukar mengawal stereng selain bas menghadapi beberapa masalah teknikal.

Berasa pelik

“Saya berasa pelik melihat mulut mereka terkumat-kamit seolah-olah membaca sesuatu sambil meludah ke lantai manakala sebahagian lagi menghantukkan kepala ke dinding berulang-kali dengan perlahan sambil menyanyikan sesuatu yang tidak kami fahami.

“Tidak lama selepas itu bas kami gagal dikawal seolah-olah ada satu kuasa ghaib yang mengendalikannya sehingga sistem brek bas gagal berfungsi dan memaksa pemandu merapatkan bas ke kiri jalan kawasan berbukit bagi mengelak kami terjunam ke kawasan gaung di kanan jalan,” katanya ditemui pada Majlis Menyambut Kepulangan Wira Negara, di sini, kelmarin.
Tukar kenderaan

Masalah brek berterusan walaupun kami menukar bas dan keadaan hanya kembali pulih apabila semua tahanan kemudian dibawa menaiki lori ke Balai Polis Cenderawasih.

Bagi Superintendan Fadil Marsus, yang juga antara ketua operasi JSJ dalam Op Daulat berkata, pengalaman memastikan kelancaran perjalanan siasatan kes dalam Op Daulat sangat berbeza dengan tugasan membanteras penjenayah seperti sebelum ini.

Beliau yang kini memegang jawatan Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya berkata, tugas setiap pegawai dan anggota JSJ adalah sebagai pasukan sokongan untuk memastikan keadaan selamat ketika mengiringi tahanan pengganas Sulu ke mana-mana lokasi selain memastikan kelancaran operasi pemeriksaan pasukan forensik.

Bagi Sarjan Zumet Ibok, yang bertugas di Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Bukit Aman, tugas mengiringi beberapa pemimpin tertinggi PDRM juga dianggap sebagai satu tugas mencabar sepanjang Op Daulat.

“Ini kerana semua orang-orang penting pasukan PDRM sentiasa menjadi sasaran musuh (pengganas Sulu) untuk dijadikan tebusan,” katanya. – BH


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


TGNA MENGALAMI KEKEJANGAN KAKI SEMASA BERUCAP.ALHAMDULILLAH TOK GURU DALAM KEADAAN SIHAT.


Alhamdulilah Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dilaporkan terjatuh dan mengalami kecederaan semasa berada di Batu Pahat tidak membimbangkan. Banyak laporan liar kini disiarkan di blog dan media sosial pro kerajaan memberi gambaran keadaan MB Kelantan itu teruk.

Baru sekejap saya menghubungi dengan pengawal peribadi Tokguru, Wan Zulkefli dan beliau menjelaskan apa yang berlaku.

"Tokguru hanya tergelecah semasa hendak naik kereta kerana kakinya kebas akibat lama berdiri, keadaan Tokguru tidak ada apa-apa, beliau sihat," jelas Wan zul.

Bagaimana pun kata Wan Zul majlis Tokguru di Segamat malam ini dibatalkan dan kini Tokguru dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. [wm.kl.9:25 pm 14/04/13]

Menuju politik matang dan berwibawa. Tolak politik lucah dan caci-maki.


Ketepikan soal politik...andai berita ni betul...semoga cepat sembuh...doa saudara muslim. Amin



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Entah di mana silapnya Malaysia.



Vietnam adalah negara kafir. Barangkali pemerintah negara ini kegemarannya adalah makan daging babi masak kicap (orang Vietnam suka makan pork/ham). Tetapi pramugarinya sungguh bersopan dan beradab. Entah di mana silapnya Malaysia yang dilabel negara Islam. Pramugarinya berpakaian seksi. Menyakitkan mata dan hati.

Cantik dan bersopan. Bayangkan kalau pramugari ini Islam dan mengenakan tudung bidang 60. Pramugari MAS pula asyik pakai baju kebaya terbelah kain . Allahu rabbi. sakit hati dan sakit mata.

Bila ada yang kata negara kafir lebih Islamik, melenting dan marah betul masyarakat kita. Padahal itulah hakikat. Kita patut muhasabah balik sejauh mana pegangan agama kita.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


TOLAK POLITIK LUCAH DAN CACI MAKI :VIDEO LIHAT BAGAIMANA STEVE BRIDGES BOLEH MENIRU GAYA PRESIDEN BUSH


Saya menolak politik lucah atau apa sahaja tindakan menyelak kain dan aib individu. Lebih-lebih lagi tuduhan tanpa bukti kukuh, atau sekadar dengan qarinah.

dato_mustafa_ali_ditangkap

Hotel tidak selamat untuk didiami. Di mana-mana saja ada kamera tersembunyi untuk menelanjangkan individu. 
Rasuah berpuluh-puluh tahun dalam kalangan menteri dan bekas menteri pula selamat.
 menteri dah sampai maqam 'maksum'. Itu sebab tak boleh didakwa.

Tanpa menggunakan digital editing pun, dengan hanya bantuan teknologi make up, seseorang boleh menyerupai dan meniru gaya orang lain. Lihat bagaimana Steve Bridges boleh meniru gaya Presiden Bush.


dan yang ni.


Adapun perbuatan mendedahkan kesalahan melibatkan kepentingan dan hak umum, ketirisan harta negara, korupsi, falyatafaddhal ma'jooran masykoora, seharusnya didedahkan.

Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian) (al-Nur[24:19]

Dan juga tidak ditimpa musibah keatas seseorang itu kalau bukan dari hasil tangannya sendiri.Kenapa yang dituduh tidak mengambil contoh dari kisah Nabi Harun a.s..bila Nabi Musa cekak leher baju dia bila Nabi Musa a.s nampak semasa peninggallannya..kaumnya sudah kembali melakukan syirik..dia marah sebab dia cakap Harun a.s tidak berbuat apa..namun jawapan harun a.s..dia khuatir kalau dia cakap dengan kaum tu..mereka menjadi bertambah berpecah..Sekarang pemimpin yang ada..baik yang kata memperjuangkan Islam atau tidak 2X5....yang penting nak menang pilihanraya..apa yang terjadi dikalangan masyarakat pun lantaklah..

Setahu saya yg tak berapa cerdik ni..dalam hukum hudud kalau tiada bukti. .kena ada saksi..saksi yang memang mengaku orangtu melakukan..Anyway..undang-undang kat malaysia ni dah jdi carca marba..apa parti politik pun corrupted..so nanti undi yang less corrupt..yang menjaminkan keamanan untuk beribadah..

Alhamdulillah Ala kulli hal


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.