Sirul Dan Azilah Dah Bebas.Pembunuhnya Tak Dapat Dikesan.


Pembunuhnya tak dapat dikesan.Sebab Althantuya bunuh diri sendiri, mencuri C4 dan meletupkan dirinya sendiri.
Memang rasanya mamat berdua tu scapegoat aje (eloklah kambing hitam dah bebas . kambing putih silakan serah diri ) Kita semua masih berakal, teramat faham semuanya. Yang pasti balasan tetap akan berlaku dan INGAT PADA YG MELAKUKAN DOSA ITU, hidup di dunia ibarat kelipan mata, yang lama terbuka adalah kehidupan di akhirat. Mampu kah kamu dan aku menahan balasan Allah, itu pun jika kamu masih mempunyai IMAN yang percaya bahawa Kiamat adalah Rukun Iman, pasti dan PASTI ianya akan tetap berlaku.

Dimesir semua ketua-ketua ikwanul muslimin diburu .apakah dosa mereka..apakah rakyat takder hak bersuara dinegara sendiri..malaysia tak kurang sama. syukurlah malaysia masih aman.

MENGAPA MAHKAMAH BEBASKAN SUSPEK KES BUNUH MENDIANG ALTANTUYA

PUTRAJAYA 23 Ogos – Mahkamah Rayuan hari ini menggariskan beberapa alasan berhubung keputusan pembebasan Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar daripada sabitan dan hukuman gantung kerana membunuh model sambilan, Altantuya Shaariibuu, tujuh tahun lalu.


Salah seorang ahli panel tiga hakim bersidang, Datuk Tengku Maimun Tuan Mat menyatakan, kuorum itu sebulat suara berpuas hati bahawa hakim bicara tersilap arah dalam pelbagai aspek ketika mencapai keputusan untuk menjatuhkan hukuman mati terhadap kedua-duanya.


Ketika membacakan penghakiman ringkas, Hakim Tengku Maimun menyatakan, hakim berkenaan antaranya gagal menimbang pembelaan alibi iaitu berkaitan diari polis yang mencatatkan Azilah tiada di tempat kejadian, sebaliknya berada di Bukit Aman.


Beliau turut berpendapat, isu bahan letupan C4 dan kawalan terhadapnya yang dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya turut tidak diberi pertimbangan sewajarnya oleh hakim bicara.

Mahkamah turut menyatakan pendirian bahawa hakim bicara tersilap arah ketika memutuskan isu berhubung maklumat yang diterima yang membawa kepada pendedahan Azilah dan Sirul Azhar berhubung tempat kejadian.


Keputusan hari ini bagaimanapun hanya menyentuh isu-isu utama yang dibangkitkan ketika penghujahan yang didengar selama dua hari berturut-turut iaitu pada 24 dan 25 Jun lalu.


Pada sesi penghujahan, peguam bela ada membangkitkan isu kemungkinan hakim bicara telah mengakses bahan-bahan di internet dan mempengaruhinya membuat keputusan tidak memihak terhadap perayu-perayu. – UTUSAN ONLINE



PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan di sini, hari ini, melepas dan membebaskan dua bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) polis yang disabitkan kesalahan membunuh seorang wanita Monggolia, Altantuya Shaariibuu, tujuh tahun lalu.

Koperal Sirul Azhar Omar dan Cif Inspektor Azilah Hadri meraup wajah dan mengucapkan terima kasih kepada panel hakim selepas keputusan itu diumumkan.

Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara membuat keputusan itu.

Mahkamah Tinggi pada 2009 telah mensabitkan dan menjatuhkan hukuman mati ke atas mereka atas kesalahan membunuh Altantuya, yang ketika itu berumur 28 tahun, di Mukim Bukit Raja di Shah Alam antara 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.

Dalam rumusan penghakiman empat muka surat itu, mahkamah memutuskan bahawahakim Mahkamah Tinggi telah tersalah arah dalam mensabitkan mereka.

"Melihat kepada keadaan keseluruhan kes ini, pertimbangan kami ialah kesan kumulatif bukan arahan oleh hakim perbicaraan yang bijaksana itu menjadikan sabitan perayu tidak selamat. Kami sebulat suara membenarkan kedua-dua rayuan ini," kata Hakim Tengku Maimun.

Bekas penganalisis politik Abdul Razak Baginda, 50, yang dituduh bersubahat dengan mereka, dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 31 Oktober 2008 selepas pihak pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie terhadapnya.


PUTRAJAYA - Doa Cif Inspektor Azilah Hadri untuk menjalani kehidupan di luar penjara setelah menghuninya selama tujuh tahun akhirnya dimakbulkan setelah Mahkamah Rayuan membebas dan melepaskannya daripada hukuman serta sabitan membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Azilah, 37, yang ditemui Bernama sebelum hakim membuat keputusan sempat menyatakan bahawa walaupun fizikalnya tidak berubah sejak didakwa atas pertuduhan itu, namun jiwanya terlalu 'kecil' dan amat berharap akan berada di rumah.

Beliau yang diiringi pegawai penjara sepanjang prosiding, kelihatan terkejut apabila keputusan panel tiga hakim yang diketuai Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Seri Mohd Apandi Ali itu dibacakan.

Koperal Sirul Azhar Umar, yang dituduh bersama-samanya, pula sempat menyatakan "Terima Kasih Yang Arif" sebelum kedua-duanya dibawa keluar dari kandang tertuduh.

Azilah berkata beliau amat bersyukur kerana Allah SWT memperkenankan doanya dan berkata dengan nada suara gementar: "Saya masih lagi berdebar-debar".

"Saya perlu kembali ke Penjara Kajang untuk mengucapkan terima kasih kepada mereka yang bertugas menjaga saya di sana...mereka menjaga saya dengan baik, saya ingin menunaikan solat Jumaat dan urusan lain akan dibuat selepas itu," katanya.

Pada 2009, Mahkamah Tinggi Shah Alam mensabit kesalahan dan menjatuhi hukuman mati terhadap Azilah dan Sirul Azhar yang merupakan anggota Unit Tindakan Khas (UTK) atas tuduhan membunuh Altantuya, 28, di Mukim Bukit Raja, Shah Alam antara 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi, 20 Okt 2006.

Tunang Azilah, Nor Azila Baharuddin, 35, pula dilihat mengalirkan air mata apabila mendengar keputusan itu.

Beliau menyatakan doanya dan anggota keluarga supaya Azilah dibebaskan telah dimakbulkan Allah SWT.

Katanya sejak mereka bertunang pada 2006, beliau tidak pernah berputus asa dan sering melawat Azilah di penjara seminggu sekali.

"Saya gementar selepas keputusan dibuat, saya seperti tidak percaya. Saya amat gembira kerana inilah saat yang saya tunggu sekian lama. Syawal kali ini amat indah," katanya.

Sejak didakwa pada 2006 dan melalui proses perbicaraan, Azilah dan Sirul Azhar sentiasa menutup wajah mereka ketika berada di luar mahkamah dan kain yang menutup muka hanya dibuka selepas berada di dalam mahkamah.

Pada kebiasaannya, wajah Sirul Azhar kelihatan serius dan lebih banyak menyendiri berbanding Azilah yang ramah dengan mereka yang berada sekelilingnya.

Namun, selepas keputusan mahkamah itu, Sirul Azhar mempamerkan wajah berbeza dengan melemparkan senyuman ke arah anggota keluarganya yang berada di belakangnya.

Ketika ditanya pemberita Bernama sebelum beliau dan Azilah dibawa semula ke penjara untuk proses pembebasan, Sirul Azhar menunjukkan keramahannya sambil menyatakan kesyukuran.

"Bersyukur kepada Allah, semuanya telah selesai. Saya berterima kasih kepada barisan peguam yang membela saya dan ahli keluarga terutama ibu saya yang tidak putus mendoakan.

Terima kasih kepada pihak penjara yang menjaga saya dengan baik. Saya berhasrat menjalani kehidupan seperti biasa selepas ini," katanya.

Anak lelaki Sirul Azhar yang berusia 13 tahun, turut kelihatan amat gembira dengan pembebasan ayahnya dan dia yang diiringi dua anggota keluarga terdekat sempat menyatakan amat merindui bapanya.

Bapa saudara Sirul Azhar, Mustapha Samat dari Ipoh berkata sejak Sirul Azhar didakwa, beliau hanya sempat hadir ke mahkamah sebanyak tiga kali dan tidak putus-putus berdoa supaya dia dibebaskan.

Mustapha yang tiba di Kuala Lumpur semalam dilihat menghubungi anggota keluarga untuk memberitahu keputusan mahkamah itu. - Bernama




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Pertengkaran antara pemandu bas dengan pemandu teksi dipercayai menjadi punca kemalangan yang belaku di Genting Highlands













KUALA LUMPUR – Pertengkaran antara pemandu bas dengan pemandu teksi dipercayai menjadi punca kemalangan yang belaku di Genting Highlands semalam lapor New Straits Times.

Mussammat Sirajum, 35, sepupu kepada mangsa yang maut, Rafiq Ali, 55, berkata bahawa Rafiq telah pergi ke Genting Highlands untuk bercuti.

“Walaupun sepupu saya adalah dari Bangladesh, beliau merupakan rakyat Kanada dan telah datang ke Malaysia bersama isteri dan dua anak lelaki beliau untuk bercuti pada awal bulan ini.

“Beliau maut ketika kejadian manakala isteri beliau, Rashidah Buia, 50, dan kedua-dua anak lelaki mereka, Ronok Arefin,14, dan Reduan Buia, 22, mengalami kecederaan,” kata Mussammat.

Tambah Mussammat, Rashidah menceritakan kepada beliau bahawa pemandu bas tersebut mula menjerit dengan kata-kata sesat kepada seorang pemandu teksi yang bertindak memotong bas berkenaan dalam keadaan yang merbahaya.


“Pemandu bas itu kemudian memotong teksi itu semula dan terus memandu laju sebelum melanggar tembok penghalang dan terhumban.

“Kakak ipar saya dan anak-anaknya berada dalam keadaan sedar ketika kemalangan tersebut belaku dan apabila beliau sedar bahawa suami beliau sudah meninggal, beliau meminta Reduan supaya menjaga mayat suami beliau sementara beliau mencari pertolongan,” tambah Mussammat.

Kedutaan Bangladesh dan Kanada telah dimaklumkan tentang perkara ini dan mayat Rafiq akan diterbangkan ke Bangladesh untuk dikebumikan.

Sebuah bas yang membawa 53 orang penumpang telah terhumban ke dalam gaung sejauh 200 kaki semalam, menyebabkan 37 maut.

Semua mayat telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur sementara yang cedera dihantar ke Hospital Selayang, Sungai Buloh dan Hospital Bentong.


Berikut senarai yang menerima rawatan di HKL:

1. Wong Teraphong, 63 – Thailand
2. Ali Haider Syed Haider , 46 – Bangladesh
3. Saidah, 19 – Malaysia
4. Razif, 26 – Malaysia
5. Tan Ming Shing, 26 – Malaysia

Berikut nama mangsa yang cedera dan dirawat di Hospital Selayang
1. Raawnok Arefin, 14 – Bangladesh
2. Nu Syamimi Ja’afar, 25 – Malaysia
3. Nur Fathiah Ja’afar, 21 – Malaysia
4. Rashidah Buyah, 50 – Bangladesh
5. Andri Purwadi, 25 – Indonesia
6. Nurul Quraitul Aini, 19 – Malaysia
7. Rezyan Arefin, 24 – Bangladesh
8. Nur Fridil Gusman, 23 – Indonesia

– BERNAMA

takziah kepada keluarga mangsa.

Bila Allah nak ambil hambaNya, tiada yg dapat halang. Sekali ramai.



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Mengharap Pemimpin Malaysia Mengucapkan Kata-kata Sekeras Begini,Ia Umpama Bermimpi Di Siang Hari.


Entah kenapa, ayat quran ini yang dibaca 2 3 hari lalu terngiang ngiang di kepala. menjadi the best quote sebagai kesimpulan untuk situasi mesir, bagi saya.

"Engkau tidak akan dapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, tergamak berkasih-mesra dengan orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, sekalipun orang-orang yang menentang itu ialah bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka atau saudara-saudara mereka ataupun keluarga mereka.

Mereka (yang setia) itu, Allah telah menetapkan iman dalam hati mereka dan telah menguatkan mereka dengan semangat pertolongan daripadaNya dan Dia akan memasukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka tetap kekal di dalamnya.

Allah reda akan mereka dan mereka reda (serta bersyukur) akan nikmat pemberianNya. Merekalah penyokong-penyokong (agama) Allah. Ketahuilah! Sesungguhnya penyokong-penyokong (agama) Allah itu ialah orang-orang yang berjaya."

al mujadilah: 22



Sedih bila fikir kat mana dr mursi.
Mesti dia sedih kalau dia tau rakyat dia ramai yang syahid.

ya Allah,jaga kan dia untuk kami.kerana kami lemah.jangan Kau biarkan dia disakiti pihak musuh.kuatkan dia ya Allah,kerana kami terlalu sayangkan dia keranaMu




Lantang habis!

“There are currently two paths in Egypt: Those who follow the Pharaoh, and those who follow Moses"
- Ada dua jalan yang diikuti oleh warga Mesir kini; yakni mereka yang mengikut jalan Firaun dan mereka yang mengikut jalan (Nabi) Musa -

(Recep Tayyip Erdogan, Perdana Menteri Turki, 17 Ogos 2013)

Mengharap pemimpin Malaysia mengucapkan kata-kata sekeras begini,ia umpama bermimpi di siang hari.

*kuatkan jua Erdogan,agar dia tak pernah merasa sendiri menegakkan yang hak.dan beri petunjuk buat pimpinan kami,agar nampak apa yang hak,sebelum terlambat.


menyatakan sokongan dan ditarik jawatan.

Dr. Torik Suwaidan telah dilucutkan jawatannya di stesyen tv alrisalah atas arahan keluarga saud (raja saudi) sebentar tadi kerana menyatakan sokongan kepada perjuangan rakyat mesir

Sumber: fb فلسطين الآن.


"Anggota pasukan keselamatan diserang,diseksa dan dibunuh.itulah realiti yang berlaku di Mesir sekarang."

Tulis berita tu macam dia nampak depan mata benda terjadi.
Cerita yang dibawa dari mulut-mulut orang seperti ni,ditulis oleh orang begini,sikit pun aku tak redha.
Pandai-pandai la jawab bila ditanya kelak!

Kita hidup di zaman tekanan.

Semalam sepanjang dalam kereta berborak dengan Solehah Haji Amin, tentang banyak isu, antaranya kes jenayah di bumi Malaysia tercinta. Pernah saya terbaca bahawa 1 dari 4 rakyat Malaysia disahkan sakit mental.

Sakit mental bukan gila. Tapi kemurungan, depresi, jiwa kacau dan akhirnya akal tak mampu menjadi penilai. Yang dewasa ditekanan dengan ekonomi, trafik melampau. Juga tol yang boleh mencecah RM300 setiap bulan tanpa sedar. Rumah kecil, tingkat tinggi, tiada tanah utk menjadi manusia alami. Pelajar sekecil sekolah rendah didesak dengan markah-markah. Guru-guru dengan lambakan kerja pengkeranian tak sudah.

Dan, Malaysia panas, serta tak ada kehijauan yang membantu menyejukkan hati. Kami rindu padang hijau luas di luar negara di sepanjang jalan raya.

Maka tak hairan jenayah makin menggila, sebab semuanya sudah caca merba. Kes ibu mencuri milo, tepung dan makanan dan akhirnya dipenjarakan, sangat menjerut perasaan. Kes anak-anak hilang, hingga saya tertanya; apakah ibu bapa hilang keupayaan?

Dan disebalik penderitaan dalaman ini, ada rakyat yg tidak sedar. Lebih parah, ada pemimpin yg sedap berfoya-foya.

Bala. Ya Allah, rahmati bumi ini..

notasiku-Dan terkilan dengan diri sendiri,sebab hakikatnya masalah ini kecil nak dibandingkan dengan saudara kita yang kena buat pilihan sama ada syahid atau tunggu kemenangan.tapi mereka tanpa fikir panjang,memilih untuk syahid.

ya Allah,jangan sedikit pun Kau campakkan perasaan menyesal dalam hati kami kerana kami tahu segala yang Kau susun itu adalah yang terbaik.

Alfatihah.
Terus doa.

Allahummansur ikhwanana fi misr!

LA yakalifullahhu nafsan ILLA us'aha.
(Tidaklah Allah menguji melainkan apa yang mampu kamu tanggung)


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


VIDEO DAN GAMBAR:USTAZ AZHAR IDRUS TERLIBAT DALAM KEMALANGAN.









Alhamdulillah..semuanya selamat.
Berhati-hati di jalanraya.

notasiku- dengan sedikit sebanyak informasi tentang keadaan semasa di Mesir.
Kita tak mampu bersama secara fizikal dengan mereka di Mesir. Kita boleh mendoakan, kita boleh bantu wujudkan kesedaran. insyaAllah.

Media arus perdana Malaysia langsung tak boleh diharapkan!

*****

Alhamdulillah, petang semalam sempat kongsi sedikit sebanyak dengan seorang adik sepupu tentang Mesir, siapa Morsi, siapa as-Sisi, tentang Arab Spring, dan siapa kita patut sokong.

Dia kemudiannya berkongsi pula kepada yang lain di dalam kereta malam tadi. Alhamdulillah.

Persoalan yang terpacul di mulut yang mendengar menunjukkan apa yang diberitakan di TV dan surat khabar tidak membantu melahirkan empati malahan ada kebingungan pada apa yang sebenarnya berlaku.

Sebarkan, walau sepotong ayat!

(kalau tak tahu/tak pasti nak cerita apa, Google ada - semua di hujung jari)



Dato' Seri Anwar Ibrahim bersama Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan di Istanbul, Turki.

Now I'm confused, who is actually the Prime Minister of Malaysia?

*respek kedua-dua pemimpin ini. semoga Allah memberkati mereka*

saja nak share.
okbai.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.