Don't let Her Leave Islam.


For some weird reason, why does Muslim communities see it so negative for women whom are not married?

So weird.

my maksu- dia chinese masuk Islam, in the beginning year, she had an arrange marriage with my paksu. Allhamdulillah, my paksu understand her, and teaches her slowly, and is very kind. Diorang dah ada 5 orang anak. Jadi sebenarnya terpulang pada lelaki tulah kan nak bimbing isterinya. But most cases some people just ambil peluang nak kahwin je.



Teringat kisah benar yang pernah ditulis oleh Ustazah Fatimah Syarha tentang seorang converted chinese muslim yang ketika beliau baru di awal tahun memeluk Islam, disusun perkahwinan dengan seorang lelaki muslim tanpa sempat bertaaruf dan tanpa kehendaknya dengan alasan untuk menjaga agama. Malah lebih teruk, dari awal-awal lagi, telah ditekankan kepadanya bahawa lelaki dalam Islam boleh berpoligami dan beliau mesti menerima hukum tersebut. Akhirnya gadis itu mengalami tekanan jiwa kerana banyak persoalannya tidak dijawab dan diarah untuk berhenti menyoal dan 'hanya mesti mengimani'.

Gejala murtad memang sesuatu yang berat. Tetapi lebih berat adalah untuk mereka yang menyumbang kepada kemurtadan.

Allahumma innaka 3affuwwun Kareem tuhibbu 3affwa fa3fu annna ya Kareem.


Tentang video adik manis ni yang inshaAllah bakal jadi solehah..

Ramai yang kutuk, sindir dalam komen, gambar dan sebagainya..

Memang perkara yang adik ni buat agak kurang sopan tapi adakah masalah selesai dengan perkara -perkara kita buat tadi?

Ingat tak masa kecik-kecik kalau kita nakal, emak kata apa?

--> "anak menyusahkan!" atau "tak cerdik punya anak"
--> "bertuah punya anak" "besar2 jadi cerdik ni"

Dan kalau kita, nak mak kita cakap yg macam mana kat kita? benda yang baik atau benda yang buruk?
Kita sendiri ada common sense terhadap perkara ni. Bukankah kata-kata adalah doa..?

Jadi apa salahnya kita berdoa untuk sahabat-sahabat kita di luar sana.
Mungkin mereka berada dalam jahiliyah yang lebih pekat dari kita.
Mungkin sekarang mereka sedang susah payah untuk berubah ke arah yang lebih baik. Jika kita di tempat mereka, mampukan kita?

Pilihlah perilaku yang membawa manfaat untuk diri dan orang lain bukan hanya mengikut rasa dan suasana. Jika kita kata dakwah adalah cinta, di mana letaknya caci maki terhadap pelaku dosa? Bukankah semua bani adam itu sentiasa dalam keadaan berdosa?

*Harapnya cukuplah sebar video tersebut jika hanya untuk dimain-mainkan. Kita semua manusia. Berkongsi perasaan yang sama..

selamat bersahur!


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Saya Hanya Nak Buat Kelakar Kata Alvin Tan.


” Saya Hanya Nak Buat Kelakar…,” Kata Alvin Tan
Baca Selanjutnya Di :http://socialmediabar.com/httpmynewshubmyp175826

Penulis blog berunsur seks, Alvin Tan dan Vivian Lee sekali lagi mencipta kontroversi dengan memuat naik gambar ‘Selamat Berbuka Puasa’ di akaun Facebook milik mereka berdua malam Khamis.

Gambar berkenaan memaparkan mereka sedang makan ‘bak kut teh’ yang digambarkan sebagai makanan yang wangi, enak dan menyelerakan.

Mereka mengesahkan posting berkenaan dibuat tanpa ada apa-apa niat disebaliknya. “Ia hanya bahan jenaka. Saya rasa.”

Bagaimanapun, posting berkenaan mendapat lebih daripada 500 komen yang mengecam tindakan pasangan berkenaan yang didakwa tidak mempunyai sensitiviti terhadap masyarakat berbilang kaum.

Seorang pelawat memberi ulasan: “Anda bebas membuat apa jua posting yang anda ingin muat naik. Tapi yang ini benar-benar bukan kebebasan. Saya tidak mempunyai masalah dengan aksi erotik anda tapi kali ini anda benar-benar melampau.”

Seorang lagi mengatakan aksi tersebut adalah mengaibkan dan sengaja mencari publisti murahan sementara yang lain agak hairan sama ada mereka ini tahu sejarah peristiwa 13 Mei.

Ketika ditanya sama dia menyesal dengan membuat posting sedemikian, Tan berkata, “belum lagi…”

“Mungkin, selepas ini. Saya tidak pasti. Saya tidak sabar untuk melihat bagaimana menerima isu ini. Nampaknya tidak semua orang mempunyai pemikiran yang sama seperti kami.

“Ia hanyalah satu lawak menyedihkan. Ini adalah satu percubaan kami untuk melihat bagaimana masyarakat menerimanya. Saya hanya mencuba untuk membuat kelakar dalam perkara seperti ini,” katanya dalam satu perbualan telefon bersama The Star Online.


Bagi dia, oleh kerana sambutan yang tidak menggalakkan menunjukkan ‘orang tidak nampak unsur humor yang cuba ditonjolkan, kebanyakan orang marah dan kecewa dalam isu ini’.

Ditanya sama ada dia akan memadamkan posting berkenaan, Tan berkata dia mugkin akan berbuat demikian namun pada ketika ini ramai yang telah berkongsi gambar tersebut di akaun Facebook masing-masing.

Sehingga berita ini ditulis, lebih 140 penggunan akaun Facebook telah berkongsi posting berkenaan. – Mstar.com.my

BACA: MCA BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP BLOGGER S3KS ALVIN DAN VIVIAN


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Lafaz niat Puasa Dan Doa Berbuka Puasa Yang Sahih.



Niat puasa esok hari:



[Sebutan dalam rumi] Nawaitu souma ghodin 'an adaa'i, fardhi syahri ramadhaana hadzihissanati lillahi ta'ala

Maksud: Sahaja aku puasa esok hari fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta'ala.

Doa berbuka puasa:

Hadits ini diriwayatkan oleh Abu Daud dalam Sunan-nya (2358), Adz Dzahabi dalam Al Muhadzab (4/1616), Ibnu Katsir dalam Irsyadul Faqih (289/1), Ibnul Mulaqqin dalam Badrul Munir (5/710)

Ibnu Hajar Al Asqalani berkata di Al Futuhat Ar Rabbaniyyah (4/341) : “Hadits ini gharib, dan sanadnya lemah sekali”. Hadits ini juga didhaifkan oleh Asy Syaukani dalam Nailul Authar (4/301), juga oleh Al Albani di Dhaif Al Jami’ (4350). Dan doa dengan lafadz yang semisal, semua berkisar antara hadits lemah dan munkar.

Sedangkan doa berbuka puasa yang tersebar dimasyarakat dengan lafadz:

اللهم لك صمت و بك امنت و على رزقك افطرت برحمتك يا ارحم الراحمين

“Ya Allah, untuk-Mu aku berpuasa, kepada-Mu aku beriman, atas rezeki-Mu aku berbuka, aku memohon Rahmat-Mu wahai Dzat yang Maha Penyayang.”

Hadits ini tidak terdapat di kitab hadits manapun. Atau dengan kata lain, ini adalah hadits palsu. 

Sebagaimana dikatakan oleh Al Mulla Ali Al Qaari dalam kitab Mirqatul Mafatih Syarh Misykatul Mashabih: 

“Adapun doa yang tersebar di masyarakat dengan tambahan ‘wabika aamantu’ sama sekali tidak ada asalnya, walau secara makna memang benar.”

Yang benar, doa berbuka puasa yang dicontohkan oleh Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam terdapat dalam hadits:

كان رسول الله صلى الله عليه وسلم إذا أفطر قال ذهب الظمأ وابتلت العروق وثبت الأجر إن شاء الله

“Biasanya Rasulullah Shallallahu’alaihi Wasallam ketika berbuka puasa membaca doa:

ذهب الظمأ وابتلت العروق وثبت الأجر إن شاء الله

/Dzahabaz zhamaa-u wabtalatil ‘uruqu wa tsabatal ajru insyaa Allah/

(‘Rasa haus telah hilang, kerongkongan telah basah, semoga pahala didapatkan. Insya Allah’)”

Hadits ini diriwayatkan oleh Abu Daud (2357), Ad Daruquthni (2/401), dan dihasankan oleh Ibnu Hajar Al Asqalani di Hidayatur Ruwah, 2/232 juga oleh Al Albani di Shahih Sunan Abi Daud.


Dari artikel '12 Hadits Lemah dan Palsu Seputar Ramadhan — Muslim.Or.Id'

wallahualam.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


MCA BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP BLOGGER S3KS ALVIN DAN VIVIAN.





MCA Negeri Sembilan membuat laporan polis berhubung dua blogger Alvin Tan dan Vivian Lee selepas kedua-dua mereka didakwa memaparkan ucapan ‘Selamat Berbuka Puasa’ dengan gambar mereka sedang menikmati bak kut teh di Facebook.

Pengerusi MCA negeri, Datuk Dr Yeow Chai Tiam berkata, kedua-dua individu itu amat tidak sensitif terhadap perasaan orang Islam dan apa yang mereka lakukan telah mencetuskan masalah yang besar.

“Apa yang mereka lakukan tidak sepatutnya berlaku dan bukan untuk jenaka.

“Ini merupakan negara berbilang agama dan kita perlu menghormati kepercayaan agama juga budaya dan tradisi semua rakyat Malaysia,” katanya kepada para pemberita selepas membuat laporan polis di sini.

Dr Yeow, tindakan tegas perlu dikenakan terhadap pasangan itu sebagai memberi pengajaran kepada orang lain.

“Mereka merupakan graduan universiti dan mereka sepatutnya tahu tindakan itu tidak boleh diterima.

“Mereka perlu tahu apakah yang dikatakan sebagai jenaka dan apakah yang tidak boleh,” katanya. -mStar


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


PERMOHONAN KEMASUKAN PROGRAM MATRIKULASI SESI 2014/2015.


Permohonan untuk kemasukan ke program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia sesi 2014/2015 telah dibuka mulai 1 Julai 2013 sehingga 10 Oktober 2013 menurut pemberitahuan daripada portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia



Calon, khususnya pelajar Tingkatan 5 tahun ini yang akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 boleh mengemukakan permohonan untuk masuk ke Program Matrikulasi KPM secara atas talian (online )

Untuk maklumat seperti syarat program dan kelayakan minimum sila klik pada pautan url http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/permohonan/Latar_o.cfm

Cara buat permohonan

Permohonan adalah melalui internet dan boleh dibuat menerusi portal aplikasi permohonan Matrikulasi (PMI), klik pada pautan url http://apps.moe.gov.my/matrikulasi/permohonan/index.cfm

Dalam laman aplikasi tersebut calon boleh mengetahui setiap langkah yang “harus” dilakukan semasa mengemukakan permohonan dengan maklumat menerusi menu yang disediakan antaranya

  • Manual permohonan melalui internet (PMI)
  • Syarat program dan Kelayakan Minimum
  • Panduan mengisi borang
  • Borang permohonan melalui internet (PMI)
  • Semakan Permohonan

Di samping itu, calon dinasihatkan membaca terma dan syarat-syarat permohonan dengan teliti sebelum memohon. Sebarang pertanyaan dan masalah boleh hubungi Bahagian Matrikulasi (BMKPM) di talian 03-88844083



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


VIDEO 7 HARI KAPEL: PUTERI AWANI MOHON MAAF.



Assalamualaikum , Mesti tengah panas dengan verita video Puteri kan ? Hmm , sebenarnya video tu di uploadkan lama dh tapi di privatekan dan video tu takdak sapa yg view. Memang niat taknak publickan tapi masa hangout last week ramai pulak yang nk view , Mulanya kami *saya dengan ery* terima komen yang baikbaik daripada anda semua. Kami ingat benda ni akan okay, Puteri ada mintak nk private balik vid tu tapi ery tak kasi sbb dia kata semua orang suka dan dia nk download masuk note II dia. So tak jadik lah nk privatekan semula.

Puteri tahu ini semua salah Puteri buat vid mcm tu . Puteri nak mintak maaf kalau ada buat koqang rasa sakit mata ka sakit telinga ka apa. Allah uji Puteri ni bersebab. Mungkin atas apa yg dah Puteri buat selama ni. Mmg dari dulu lagi Puteri ramai haters, tapi selepas buat vid ni lagi bertambah lah kan? Malah seluruh malaysia mugkin seluruh dunia.


Allah maha mengetahui apa yg akan berlaku disebalik semua ini. Mungkin Allah rindukan doa daripada hambanya yang bernama Syazwani :') Allah rindukan solat taubat dari hambanya. Dia lebih tahu daripada segalanya. Puteri hanya mampu berdoa dan melihat. Korang ramai namun ? Puteri seorang diri , Nasib ada kawankawan yang sangat baik dan selalu sokong wani dari belakang .

Puteri mohon , orang yg upload vid puteri kt youtube, tlg lah delete. Puteri baru tahu saat dan ketika ini siapa yang bergelar kawan dan bergelar musuh . Mungkin verita ini akan terus tersebar tapi, Puteri redha dengan dugaan Allah malah Puteri bersyukur diatas apa yg berlaku ini mengakibatkan Puteri selalu mendekatkan diri dengan Allah.

SubhanaAllah, Semalam lepas tengok apa yg terjadi , Hati gelisah sangat sangat. Walaupun kawankwan, family dah ckp sabar semua tapi ttp tak okay . Lepas buat solat solat semua, baca alquran , rasa betapa tenangnya hati ni. Allah maha berkuasa .

Mungkin setakat ini sahaja post saya buat kali ni. Tapi ini mungkin post terakhir dari saya. Assalamualaikum :')
Sumber : http://puteriawaniahmad.blogspot.com/

Hidayah itu bukan milik saya
Bukan juga milik kamu,
Bukan Milik sesiapa pun.
Ia Milik Allah.
kita boleh minta, kita boleh mohon banyak kali pun tak apa, setiap Hari pun tak apa..
Mendapat Nur dan Petunjuk dari ALLAH anugerah terbesar dalam hidup manusia.Terus dan Teruslah mencari RedhoNya..

Lack of Tarbiyyah gonna lead people to unawareness of sinful act. Let's u-turn, may Allah lead us to the right path.

Ihdinas sirotol mustaqim ; Tunjukilah kami jalan yang lurus.
(Alfatihah :6)

Dengan ( Al-Quran) itu Allah menunjukkan jalan-jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredhoaanNya
dan Tuhan keluarkan mereka dari gelap gelita (kufur)
kepada cahaya iman yang terang benderang,
dengan izinNya dan Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus
(Surah Al-Maidah :16)

Notahati-Dikesempatan ini saya mohon kemaafan atas segala salah silap,
Moga Ramadhan kali  ini lebih baik.

Maaf Zahir Batin
Moga Allah izinkan lulus dengan cemerlang dalam Universiti Ramadhan.
Keep calm and welcome Ramadhan




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


VIDEO: Tau Tak. Dah seminggu kita kapel.




Tak tahannya, umur baru setahun jagung, tapi minda dah penuh dengan perkara-perkara yang tak patut.. bukan tak boleh merancang masa depan, cuma minta berpada. Bagaimana nak wujudkan bait muslim kalau fardu muslim pun masih gagal ??!! moga ALLAH sentiasa bimbing kita kearah muslimah solehah..

Anak muda zaman sekarang mungkin kekurangan kasih sayang, hingga segala program asyik dibuat dalam kerangka cinta, kawin, etc etc. Bagaimana rejim nak jatuh kalau anak mudanya terkulai dengan cinta?

Bersamalah kita berdo'a... Allahumma ya Allah... ampunilah segala dosa-dosa kami diatas segala kelalaian dan kealpaan kami. semoga kematangan kita bertambah seiring usia kita dan apapun kita hendaklah bersabar kerana kita semua dalam proses tarbiah dan teruslah bermu'ayashah dengan mad'u-mad'u kita agar sama-sama kita dapat menuju Redho Allah.

notakaki- Bila bab Kahwin...kita mula Cair..Kita mula lupa.Siapakah pengatur kita, 
siapakah pengurus hidup kita..
Kita mengaku tauhid Rubbubiyyah..
dia yg mengurus ...Dia yg mentadbir...Dia yg mengatur Alam ini termasuk kita...
Namun mengapakah bila bab kahwin seolah olahnya kita paksa Allah ...aku nak jodoh sekarang juga.....

Bukankah kita hanya HambaNya..
kita ni, hamba je. Dicipta drpd lumpur lepas tu jadi hamba pulak.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


DIANA DANIELLE KONGSI GAMBAR ANAK DI INSTAGRAM.



Baca kisah sepenuhnya DI SINI

semoga membesar sebagai hamba Allah yang taat, anak yang soleh dan muslim yang bermanfaat insya Allah.




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


VIDEO Konvokesyen Nur Amalina Che Bakri di United Kingdom.




EDINBURGH: Pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2007 Nur Amalina Che Bakri sedia berkhidmat di tanah air selepas mengumpul pengalaman di luar negara.

Dia yang menamatkan pengajian perubatan di Universiti of Edinburgh memaklumkan akan berusaha menjadi doktor pakar sebaik tamat tempoh percubaan.

Bagi tujuan berkenaan Amalina menjangka akan mengambil masa sekurang-kurangnya 6 tahun sebelum bergelar doktor pakar.



"Selepas ini Amalina akan ke Cambridge University Hospital yang mana Amalina akan menjadi seorang doktor junior di sana selama 2 tahun. Dalam masa yang sama Amalina akan melakukan penyelidikan dalam bidang kanser ovari. InsyaAllah, Amalina akan meneruskan pengajian lebih kurang dalam enam hingga tujuh tahun untuk menjadi seorang doktor pakar dalam bidang obsesnekologi." jelasnya sewaktu ditemubual oleh Astro AWANI sejurus selesai majlis graduasi.

Amalina yang pernah mencetuskan kontroversi di mana dikatakan gagal menamatkan pengajian menjelaskan tuduhan yang dilemparkan tidak akan menjejaskan prestasinya.

Sebelum ini Amalina pernah menulis dalam sebuah buku berjudul 'Obstetrics and Gynaecology'.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Jangan Salahkan Islam atas kegagalan demokrasi Mesir- Noah Feldman



Kebangkitan Arab asalnya bermula di Tunisia hanya mengambil masa beberapa minggu sahaja sebelum ianya merebak ke negara jirannya,Mesir.Kini,setelah 2 tahun setengah,Tunisia nampaknya menunjukkan isyarat positif ke arah mengiktiraf perlembagaan demokratik yang mendapat sokongan lebih daripada dua pertiga ahli di dalam Majlis perwakilan Rakyat(Constituent Assembly).Manakala Mesir pula, seperti yang dunia sudah ketahui,kini di ambang satu kudeta tentera yang telah merampas kuasa daripada seorang pemimpin yang dipilih secara demokratik.Persoalan yang penting dan nyata yang perlu dibangkitkan ialah :Apakah perbezaannya(di antara Tunisia dan Mesir)?Mengapa instiutsi demokrasi berfungsi dengan baik di sebuah negara Arab Afrika Utara dan hancur dan musnah di dalam negara sekitarnya yang lain?Dan apakah yang dapat kita fahami dari situasi ini dalam meramal masa depan demokrasi in dunia Arab,dari Libya hingga ke Syria serta selebihnya?

Anda mungkin merasakan jawapannya ada perkaitan dengan Islam.Namun perkaitan itu adalah amat kurang tepat.Pilihanraya di dalam kedua-dua buah negara,Mesir dan Tunisia,sememangnya menzahirkan sokongan pluralitas terhadap Islam yang sangat kuat.Gerakan Islam Ennahda,juga parti yang memenangi pilihanraya di Tunisia mempunyai pendekatan ideological yang mirip dengan Ikhwanul Muslimin serta mempunyai pertalian umum dengan Ikhwan di peringkat antarabangsa.Kedua-duanya juga percaya assimilasi antara prinsip Islam dan praktis Demokrasi.Malah kedua-duanya juga mengiktiraf peranan wanita di dalam arena politik dan kesamarataan dalam hak berwarganegara bagi orang bukan Islam, walaupun secara praktisnya mereka sedikit konservatif dalam gerak sosial dan masih mendambakan proses islamisasi ke atas masyarakat secara perlahan-lahan dan berperingkat.

Perbezaan Pendekatan

Namun perbezaan yang sangat ketara dari segi personaliti dan gaya pemimpin mereka telah menyebabkan Ennahda dan Ikhwan menjalankan pendekatan yang berbeza bila berunding soal agama dengan kelompok sekularis di negara masing-masing. Pemimpin spiritual gerakan Islam Tunisia,Rachid Ghannouchi,telah tampil sebagai Nelson mandela versi Islam.Ketika saat berada dalam keadaan buangan,Ghannouchi telah menulis dengan banyak soal keserasian antara Islam dan demokrasi serta membina satu visi yang agak liberal dalam memposisikan sikap islam dalam berinteraksi dengan negara.

Kelompok skeptik ,serta sebahagian sekularis Tunisia hari ini pula telah mendakwa bahawa pandangan Ghannouchi sebenarnya merupakan satu muslihat bagi melindungi agenda yang lebih radikal.Namun bukti terkini menunjukkan keadaan yang sebaliknya.Ketika kelompok Islamis mencadangkan untuk memasukkan perkataan Sharia di dalam perlembagaan-yang selalunya menjadi sine qua non(kemestian/agenda utama) buat mana-mana parti politik Islam-Ghannouchi telah mengambil kira dengan serius akan tentangan dari kelompom sekularis.Malah ketika pertelingkahan beliau dengan kepimpina parti beliau sendiri dalam hal ini,beliau dikatakan bersedia untuk letak jawatan sekiranya partinya meneruskan agenda(meletakkan perkataan Shariah) itu.

Kemungkinan besar ini telah menjadi titik tolak yang baru buat proses perangkaan perlembagan di Tunisia.Pandangan Ghanouchi dalam hal ini sangat jelas-beliau mahukan masyarakat Tunisia menerima pakai nilai-nila Islam namun bukan secara paksaan yang sebenarnya menghilangkan makna keimanan seseorang.Beliau percaya bahawa Islam mampu untuk meyakinkan manusia akan kebenarannya lebih effektif tanpa memaksakan ajarannya kepada orang lain.

Pengkritik tegar Ghannouchi pula menyatakan bahawa kesediaan untuk mengugurkan perkataan “Shariah” dalam draf perlembagaan hanyalah satu langkah taktikal,bukan satu ekspresi ideologi.Namun,andai pun mereka benar,ada sebab lain juga yang menyumbang kelancaran proses perangkaan perlembagaan: (iaitu)pemimpin-pemimpin mereka telah menunjukkan kesedian untuk berkompromi walaupun dalam soal pertembungan ideologi.

Berbeza ketika Mohammad Mursi menjadi presiden beliau terbukti sangat tegas untuk tidak mengadakan rundingan ketika tempoh masa proses mengdrafkan perlembagaan berjalan.Ikhwan sebenarnya mempunyai peluang untuk mendapatkan kepercayaan dengan mengambil pendekatan sederhana dalam cubaan merealisasikan peruntukan islam yang mereka inginkan.Mereka tidak semstinya perlu menanggalkan perkataan “shariah” di dalam perlembagaan kerana ungkapan tersebut telah pun wujud sebelum revolusi mesir berlangsung.Namun,Ikhwan memlilih untuk pergi lebih jauh daripada yang ada dengan memberikan autoriti interpretasi perlembagaan kepada ulama-ulama Azhar.Benar kompromi sahaja tidak cukup untuk menghalang daripada protes yang membawa kejatuham Mursi.Namun ianya cukup untuk menghantar isyarat sebagai tanda kesediaan Ikhwan untuk memerintah bagi pihak kesemua lapisan masyarakat,dan bukan sahaja untuk penyokong mereka sahaja.

Perkongsian Kuasa

Kesediaan untuk berkongsi kuasa pemerintahan mungkin antara factor terpenting yang membezakan kejayaan Tunisian dan kegagalan di Mesir.Ennahda memerintah atas kapasiti sebagai sebahagian daripada entity gabungan dengan parti-parti sekular yang ahlinya diberikan jawatan sebagai presiden dan speaker dewan bersama Perdana Menteri dari kalangan ahli Ennahda sendiri.

Kepelbagaian parti(troika of parties) ini sememangnya menyebabkan kebuntuan fungsi dan kesukaran untuk medapatkan kata putus tentang isu ekonomi yang menjadi isu nasional yang terpenting dan dorongan tertinggi dalam kebangkitan Arab.Namun kekuatan gabungan mereka menjadi simbol kuasa yang membantu kekecewaan akibat pertumbuhan ekonomi yang perlahan itu ditujukan kepada kerajaan secara umumnya,dan bukan sahaja kepada Ennahda.Berbeza pula dengan Mursi yang gagal untuk melantik kabinet yang terdiri daripada satu pakatan politik yang bemakna.Akhirnya kekecewaan rakyat dan kemarahan akibat kegagalan ekonomi ditujukan kepada beliau seorang beserta parti beliau sahaja.

Ini bukanlah masalah yang baru.Kerajaan autokratik sudah menjadi sumpahan buat negara-negara Arab sejaka era dekolonisasi.kebanyakan masyarakat Arab masih belum biasa dengan budaya politik yang lahir daripada perkongsia kuasa yang demokratik.

Budaya yang memberi ruang kuasa Presiden yang tidak bisa dicabar menjadi penjelasan utama akan kenapa Mursi cuba memerintah tanpa mengadakan sebarang kompromi dan juga respons kelompok yang memprotes yang melihat Mursi sebagai diktator yang wajar dijatuhkan sunggupuh dilantik secara demokratik.Kedua-dua pihak membayangkan bahawa jawatan presiden adalah seperti jawatan yang bukan dilantik melalui pilihanraya:yakni jawatan ini mempunyai kuasa yang mutlak,tanggungjawab yang penuh serta menjadi fokus tenaga politik yang positif atau negatif.

Namun demokrasi tidaklah beroperasi sedemikian rupa terutamanya di dalam masyarakat yang berpecah belah di atas perbezaan politik.Demokrasi meruntun setiap parti untuk belajar bekerjasama antara satu sama lain dan saling mengambil kira kepentingan masing-masing.Malah mereka yang tidak memegang tampuk kuasa juga percaya bahawa mereka juga suatu hari nanti akan dilantik rakyat,maka pihak kerajaan juga perlu tahu bahawa mereka juga boleh disingkirkan.Pemahaman ini sewajarnya memberi insentif untuk kerajaan melayan pihak pembangkang dengan rasa hormat dan pertimbangan politik yang matang.

Setelah pengesahan perlembagaan baru Tunisia akan menjalani pilihanraya Presiden.Malangnya draf perlembagaan yang dibuat memberikan kuasa yang yang lebih besar kepada jawatan presiden daripada apa lebih ideal-yakni kuasa Presiden yang lemah akan menyebabkan kebergantungan yang lebih kepada rakan kongsi serta menjadikan fungsi parlimen lebih efektif.Namun apa yang diharapkan ialah Tunisia tidak lupa akan pengajaran yang diperolehnya melalui kerjasama/pakatan politik mereka.Mesir pula hanya akan mendapat kestabilan demokrasi apabila kuasa dikongsi—yakni perlembagaan akan datang diharap meletakkan rakyat lebih uatam daripada kuasa tentera dan mengagihkan kuasa kepada seluruh wakil rakyat dan bukannya pemusatan kuasa pada mana-mana individu tunggal sahaja.

Noah Feldman merupakan seorang profesor undang-undang di universiti harvard dan merupakan penulis buku: “Cool War: The Future of Global Competition,”.

Ini merupakan artikel terjemahan yang diambil dari pautan ini:

notakaki- setuju , ada perkara yang perlu kita belajar.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.