Berhentilah romanticism terhadap ahli-ahli sains Islam dahulu kala. Ibnu Sina, Jabir ibnu Hayyan, Ibnu al Haytam dan al Khawarizmi sudah memberi sumbangan besar di era mereka dan zaman mereka sudah berlalu. Tetapi kita hari ini masih lagi berkhayal dengan mereka, sibuk dengan hujah Islamisasi sains tanpa memberi apa-apa sumbangan dan ciptaan pada masyarakat. Laptop pun buatan Jepun, handphone pun buatan Korea, yang tahu sibuk berhujah di depan facebook dan blog. Ibnu Sina sudah mencipta jarum, hangpa cipta apa? Berkhayal macam nak kahwin dengan Puteri Gunung Ledang, tapi tak masuk meminang.
Poyo sungguh.
Tak rugi buat status bermanfaat dalam fb tu pun mahupun blog.
Biarlah manusia tak like, nak kata poyo ke apa.
tapi malaikat catat pahala kebaikan, sebab berdakwah.
Tak terkesan pada ramai orang, tapi at least ada jugak saham akhirat.
Yang penting niat.
Bila kerana Allah, semuanya jadi ibadah.
Tinggalkan yang baik-baik shj di muka buku, yang tak elok, kita hapuskan.
Mohon maaf atas kesilapan, kalau selama ini muncul di muka buku atau blog hanya membuang masa kalian.
InsyaAllah, sentiasa perbaiki diri,moga esok dihidupkan menjadi lebih baik.
kena selalu ingatkan diri, kenapa wujud dimuka buku dan blog.
Ingat akhirat selalu, analoginya macam esok hari exam. cuba bayangkan esok hari akhirat.
mana bekalan?
sebaik-baik bekal; Taqwa.
Astaghfirullah.
jadilah solehah Lynn saham untuk mereka yg saya sayang.
AL-FATIHAH.