Iman yang terluka.....





Salam kasih sayang buat semua pembaca yang dirahmati ALLAH sekalian,
        Alhamdulillah, syukur kepada ALLAH, dengan rahmatNya dapat juga ku menulis dalam blog ini. Sebenarnya, tika ini, ku risau untuk menulis apa-apa pun tajuk kerana ku khuatir apa yang ku tulis, apa yang ku dakwahkan tidak ku laksanakan. Namun, sekarang ini ku ingin luah apa yang ku rasa tika ini, moga-moga pembaca sekalian mendapat iktibar daripadanya. Insyaallah.

        Semakin lama ku rasakan ada tidak kena dengan sikapku. Ku cepat mengalah, sedih, keliru, dan seolah-olah ku terawang-awang dengan semua masalahku, padahal semua orang ada masalah. Di mana diri ana yang dulu???Jika dulu, apabila ku ditimpa masalah, akan kubisikkan kepada diri ini “ sabarlah wahai diri..kerana ujian yang datang kepada dirimu mengikut kadar keimananmu”.

        Tika ini juga ku sering tertewas dengan bisikan-bisikan syaitan yang tidak pernah jemu menarik manusia untuk bersama-samanya masuk ke neraka. Di mana mujahadahku???Apabila ku bertaubat, ia hanya tahan sebentar, dan ku akan mengulangi kesilapanku lagi. Allahuakbar!!!  Limaza??? Taubatku tidak sempurna..

        Bila ku semakin mengejar cinta ALLAH, semakin banyak pula cinta Adam yang mengejarku. Sehinggakan semalam, masih ada lagi kaum ada yang bertanya..” anti, sudikan anti menjadi zaujah ana?” Allahuakbar!!! Dugaan apakah ini ya Allah? Padahal sebelum ini ku terpaksa menolak lamaran yang lain. Apa yang ada pada diriku? Hinanya ku rasa diri ini. Banyak lagi tanggungjawabku yang belum selesai.

Kemuncak terjaga dari alpa
        Lama ku terdiam memikirkan apa yang tidak kena dengan diriku. Ku memejam mata sambil fikiranku ligat berfikir apa yang berlaku dengan diriku. Akhirnya, hatiku berbisik kepadaku,..”humaira...imanmu lemah..imanmu sudah terluka..”

        Ku tersentak. Perlahan-lahan ku membuka mata dan akhirnya ada air yang mengalir di pipiku. Ku teresak-esak menangis penyesalan. Jika sebelum ini, telingaku berdarah..cepat-cepat ku sapukan ubat untuknya. Sekarang ini, imanku luka..apa yang harus ku lakukan??? Langkahku terlalu rapuh dalam perjuangan ini. Ku khuatir cintaku tidak sempurna kepadaNya, tetapi jauh dari sudut hatiku ku ingin KAU yang bertakhta di di hatiku.

        Ku akan segera merawat imanku ini. Jika tidak ia semakin parah dan mungkin kritikal. Ku ta ingin melihat imanku masuk ICU. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya ku sedar imanku terluka dan perlu segera dirawat. Bagaimana pula iman anda? Marilah kita menyucikan hati kita agar iman kita semakin mantap.

Rasulullah bersabda maksudnya :
“ Kesucian hati daripada sifat keji itu adalah setengah daripada iman. Untuk membersihkan hati, kita perlulah menjauhi segala penyakit-penyakit hati”
( Hadis Riwayat Al-Imam Muslim )

        Jadi, jelaslah kepada kita bahawa iman yang sempurna itu adalah menyucikan hati daripada sifat keji dan menanamkan dalam hati segala sifat terpuji. Akhir kalam, ku ingin memohon maaf andai ada kekhilafan sepanjang menulis tajuk ini. Tajuk ini khas ku tujukan untuk diriku agar lebih dekat kepadaNYa dan menggapai redhaNya. Tidak ada manusia yang tidak pernah membuat silap dan kita perlu bertaubat. Ku harap moga hati kalian tersentuh dengan luahan hati ini dan cubalah berfikir tentang iman anda. Moga kita semua sentiasa dlm kasih sayangNya.

Wassalam.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Ek eleh....nak tunjuk baik lah tu.........


بسم الله الرحمن الرحيم



Selalu terdetik dalam hati kita,
"Eleh, derma tu sebab nak tunjuk dia banyak duit lah tu"



Tetapi kita sendiri terlupa, bahawa kita masih belum pernah menderma.


Apakah yang selalu kita fikirkan sekiranya kita ternampak ada
orang yang memasukkan duit ke dalam tabung ini?




Selalu terdetik dalam hati kita,
"Eleh, pakai tudung labuh tu sebab nak tunjuk dia sekolah agama lah tu"

Tetapi kita sendiri terlupa, bahawa aurat kita sendiri masih belum terjaga.



Apakah yang selalu kita fikirkan apabila kita ternampak
orang yang bertudung labuh sebegini?




Selalu terdetik dalam hati kita,
"Eleh, dia pergi masjid tiap hari tu sebab nak tunjuk dia alim lah tu"

Tetapi kita sendiri terlupa, bahawa solat kita sendiri pun masih belum sempurna 5 waktunya.


Apakah yang akan kita fikirkan sekiranya kita ternampak mereka
berjemaah di masjid?




Selalu terdetik dalam hati kita,
"Eleh, dia tak nak cakap dengan lelaki sebab nak bajet mahal lah tu"

Tetapi kita sendiri terlupa, bahawa Allah murka dengan perbuatan kita yang bertepuk tampar dengan orang yang boleh berkahwin dengan kita.


Apakah yang akan kita fikirkan apabila kita ternampak mereka
tidak mengamalkan pergaulan bebas?




Selalu terdetik dalam hati kita,
"Dia share benda benda agama kat facebook ni sebab nak dapat banyak like lah tu"

Tetapi kita sendiri terlupa, bahawa Rasulullah s.a.w berpesan,
"Sampaikanlah dariku walau satu ayat".



Apakah yang terdetik dalam hati kita sekiranya kita ternampak
ada orang yang share benda begini di facebook?




Sampai bila kita mahu terus berburuk sangka dengan orang?
Sampai bila pula kita mahu terus 'terlupa' ?

"Dari Abi Hurairah berkata: Bersabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam: Aku peringatkan kamu dari prasangka sesungguhnya prasangka itu adalah bisikan yang paling bohong. Dan janganlah kamu mencari-cari rahsia (kelemahan, keaiban dan keburukan saudaranya), janganlah merasa-rasakan (yang bukan-bukan), janganlah kamu melakukan pertengkaranjangan berhasad (dengki), jangan berbenci-bencian, janganlahmembelakangkan (saudaramu seagama). Dan jadilah kamu hamba Allah yang bersaudara". H/R al-Bukhari.





p.s: Moga Allah ampuni kita, termasuk sekali diri penulis ini yang tidak terlepas dari berburuk sangka.






Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


saya nak jadi pemaaf...





Assalamualaikum...


alhamdulillah..baru sampai rumah..... nak buat enrty luahan perasaan hari ini.... kejadian ni berlaku satu kebetulan yang saya rasa saya sangat bersyukur..mesti semua org tertanya2kan? curios nak tahu kan?? kan?? jangan tak ngaku.. sekali tgok mata2 hangpa semua ni saya da tau da..kompem curios..^_^


ramai yang kenal saya tahu saya mcm mana.. tahu bila saya gembira saya react mcm mana..bila saya marah saya react mcm mana..and bila saya ngantuk saya tido..


saya pendiam..pemalu (huhu) . and saya tak pandai sgt nak tunjukkan kemarahan...


kalau saya rasa saya teraniaya..saya pendam je..saya diam je.. dan kadang2 saya tak rasa org yang saya marah tu tahu saya marah kat die.. sifat ni da jadi habit saya..bila marah...diam! nak nangis pun nangis depan almari baju (ape significant die? ...ntah!) tapi... air yang tenang jangan disangka tiada buaya.. org kata org yang selalu pendam ni sekali die meletops...haaaa...takleh nk diselamatkan da.. (mintak la saya tak meletup2...biar jadi gunung berapi senyap)


hari ini sebenarnye saya baru je marahkan seseorang..seseorang yang dekat dengan hati saya.. saya marah sebab saya rasa perasaan saya tak dihargai.. hati saya tak dijaga.. saya marah dia sebab saya kecewa dengan dia.. saya betul2 marah..sampai saya diam je...saya pilih utk tanak bercakap dengan dia..walaupun saya tahu apa yang dia lakukan itu bila dipikir2kan balik tak la sebesar mana salahnya..cuma hati saya yang memberontak..saya nak dia tahu yang saya juga mampu marah.. saya juga boleh buat die sakit hati dan saya rasa nak balas dendam..biar dia resah, rasa gelisah, rasa sakit hati macam mana saya rasa...


then..
pagi tadi.. saya diminta utk tulis sesuatu sempena kempen WARM (we Are Real Muslim)...
tajuknye...




TOLERANSI DAN PEMAAF




bila saya baca tajuk ni..terus rasa macam


"er...... baru je tadi dia minta maaf aku senyaap je.. "
"Kebetulan apakah ini...."




tema WARM kali ni "sampaikan dariku walau sepotong ayat" (HR Tirmidzi)


so jom kita tengok pemaaf tu macam mana.. pemaaf tu of koz semua org tau kan..memaafkan org lain.. tak kisah sama ada die minta maaf atau pun tidak..sebab pemaaf tu mesti la datang dari dalam hati kite.. takkan la.... "da die pun tak minta maaf macam mana aku nak maaf kan?"


Satu contoh yang paling dekat dengan kita adalah sifat maha pengampun ALLAH pada hambanya


Daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu telah berkata : Aku mendengar Rassulullah S.A.W bersabda : Sesungguhnya Allah berfirman (maksud) : Wahai anak Adam! Apabila engkau memohon dan mengharapkan pertolonganKu maka Aku akan mengampunimu dan Aku tidak menganggap bahawa ia suatu yang bebanan. Wahai anak Adam! Sekalipun dosa kamu seperti awan meliputi langit kemudian kamu memohon keampunanKu, nescaya Aku akan mengampuninya. Wahai anak Adam! Jika kamu menemuiku(selepas mati) dengan kesalahan sebesar bumi, kemudiannya kamu menemuiKu dalam keadaan tidak syirik kepadaKu dengan sesuatu nescaya Aku akan datang kepadamu dengan pengampunan terhadap dosa sebesar bumi itu.
- Riwayat imam Tarmizi


Kita hambanya selalu lupakan selalu lalai utk mengingati ALLAH.. tapi bila kita ditimpa musibah baru kita nak dekat balik dengan ALLAH.. tapi ALLAH tak pernah lupakan kita kan.. bila kita buat dosa.. kita tak pikir pun yang apa yang kita buat tu adalah sesuatu yang ALLAH larang.. tapi pintu taubat sentiasa ALLAH buka untuk kita.. sebab ALLAH sayangkan kita..Sebab ALLAH itu maha pengampun




kita pulak..
bila org buat salah kat kita senang tak kita nak maaf kan???
boleh tak kita maafkan dan kita lupakan..?
boleh tak air yang keruh jernih semula...?




Ya... sifat pemaaf itu bukanlah satu perbuatan mudah dilakukan. Firman Allah yang bermaksud:“Tetapi, sesiapa yang sabar dan suka memaafkan, sesungguhnya termasuk pekerjaan yang berat ditanggung.” (Surah asy-Syura, ayat 43).


macam mana ya nak maafkan orang??
die da buat salah kat saya..
die da lukakan hati saya...
luka lama berdarah kembali..ecece..tak2... main2 je..


banyak kan cara nak maafkan orang..
antaranya...


1
kita kenangkan balik kebaikan yang dia da buat kat kita.. apalah sangat kesalahan yang satu jika nak dibandingkan dengan kebaikan yang beribu.. takkan sikit salah habis hancur lebur sebua budi baik die kat kita.


2
kite bincang baik2 ngan die..mungkin hanya salah paham..bila da bincang2 ntah2 dua2 pihak pun ade wat kesalahan so kita bertoleransi la kat sini..kire 0-0 la


3
tak selamanya kita tak buat salah..satu hari nanti or esok lusa..mesti kita akan buat salah gak..and kita akan mintak maaf kat org yang kita wat salah..and kita mesti harapkan org tu maaf kan kita..kan?? so give and take la.. arini kita maafkan orang.. esok lusa bila turn kita..org maafkan kita plak...


4
duduk bersila... pasti tunduk..tutup mata..then...
1,2,3...
maafkan kami!
teng teng teng teng
maafkan kami!
teng teng teng teng!


eh
salah! ni minta maaf ..bukan maafkan..


er..tu je yang saya boleh pikirkan sekarang..


apapun..kite mesti sentiasa tanam dalam diri kite sifat pemaaf.. supaya hati kita pun sentiasa tenang..tak la resah gelisah sakit hati kat orang




Allah berfirman bermaksud: “Dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain, Allah menyintai orang yang berbuat kebajikan.” (Surah Ali Imran, ayat 132).


dan tak best rasanya kalau saya cakap panjang berjela pasal sifat pemaaf tapi saya sendiri tak buat kan..
(sedang diperbaiki bi iznillah)




buat awak yang jauh dimata dan dekat dihati
saya da maafkan awak..
dan saya minta maaf sebab saya marah awak tadi...
harap awak maafkan saya






terima kasih ALLAH atas kebetulan ini...


p/s -dah zohor jom2 .... terima kasih kerana membaca.... ^_^

Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Sudikah awak jadi Ali buat saya??


 Memang cinta itu fitrah tetapi jangan sekali-kali jadikan fitrah itu menjadi fitnah.

Over sangat tak kalau saya nak kata saya nak jadi Fatimah? Hmmm kamu nak jadi Ali buat saya tak ??

Siapa yang tak kenal Ali bin Abi Thalib? Pemuda yang antara yang terawal memeluk agama Islam. Mendapat gelaran Karramallhuwajhah dan pemuda yang berani sehingga ketika umur beliau baru 12 tahun, beliau sanggup tidur di tempat Rasulullah pada ketika pihak kafir Quraisy ingin membunuh baginda. Subhanallah.

Siapa pula yang tidak kenal Fatimah? Puteri kesayangan Rasulullah yang menjaga Rasulullah selepas kewafatan ibunda tercinta Siti Khadijah. Fatimah lah yang sentiasa berada di sisi ayahandanya ketika orang kafir Quraisy menyakiti Rasulullah. Dia lah yang membersihkan tahi2 unta yang dilemparkan ke atas ayahandanya. Fatimah sangat cantik dan pemalu sehingga ada hadith Rasulullah yang bermaksud: Semua makhluk akan tunduk dan berpaling pandangan mereka dari Fatimah melintasi titian sirat. MashaAllah.

Kedua-dua insan mulia ini saling mencintai dalam diam. Ali, pemuda yang sangat disegani pada ketika itu langsung tidak sombong dengan kedudukannya disisi Rasulullah jauh sekali mengambil kesempatan. Pada saat Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar telah datang melamar puteri Rasulullah, Ali merasa sangat hina kerana kedudukan kedua sahabat Rasulullah itu dan merasakan dirinya tidak layak mendampingi Fatimah.

Rasulullah mengetahui cinta antara puteri baginda dan Ali kerana itu baginda menolak lamaran Abu Bakar dan Umar. Rasulullah pernah berkata kepada Ali yang bermaksud :

"Hai Ali engkau wajib bergembira sebab Allah sebenarnya sudah lebih dahulu menikahkan engkau di langit sebelum aku menikahkan engkau di bumi!"

Lihat betapa hebatnya kedua insan yang dicintai Rasulullah ini menjaga maruah dan cinta mereka. Walaupun ada cinta dihati mereka tidak pernah keluar berdua-duaan, menaiki unta bersama-sama, berbalas surat cinta apalagi menjadikan diri mereka untuk diangau angaukan sehingga tiada siapa yang mengetahui gejolak perasaan mereka.

Adakah Ali berani menikahi Fatimah sebelum menyiapkan diri menjadi pemuda yang terbaik buat Fatimah?
Sesungguhnya cinta yang berlandaskan syariat itu lebih indah.

Kata-kata Ali buat Fatimah
"Dia ibarat bunga dari syurga, yang datang dan telah pergi tetapi harumnya tetap terpahat sampai bila-bila"
sweet kannnnn? Subhanallah.Inilah nikmatnya cinta kalau Allah berkati :)

InshaAllah sama-samalah kita berusaha mengejar cinta agungNya dulu. Perjalanan masih jauh. Dia Maha Tahu jodoh kita. InshaAllah kalau suka sama suka mintalah bantuan orang tengah. Alahai apa class guna orang tengah. Tak macho la. Bukan sebab "tak macho" tapi sebab Islam yang mengajar kita sedemikian. 
Ingat ! Islam is the way of life :)

Wallahua'lam.
Moga-moga bertemu jodoh yang soleh dan solehah. 
Amiin ya rabbal alamin....


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Sayang Tak Berbalas........


Bismillah walhamdulillah...

(Bunyi macam cinta sepasang kekasih ja..Oh, jangan salah faham. Bukan itu maksud saya. Sila baca sampai habis ya..^^)


Dalam bersahabat pernah tak kita rasa seolah-olah sayang kita kepada sahabat itu seakan tak berbalas ? (Macam mana tu??) Maksudnya, kita rasa sayang pada sahabat kita tu lebih tapi sahabat kita macam biasa saja, tak nampak pun macam dia sayang kita. Kita yang ambil berat tentang dia, tapi dia macam biasa saja. Bila bersama-sama teman-teman lain, kita seolah-olah macam tak wujud di mata dia.  Pernah tak rasa macam tu?? Saya pernah (mengaku dengan ikhlas...)

Namun, bila difikir-fikir kembali perasaan ni TAK seHARUSnya dan TAK sePATUTnya bermain di hati  KALAU kita benar-benar MENYAYANGI SAHABAT kita KERANA ALLAH (betul kan?)

Jika benar kita sayang dia kerana Allah, kita tak akan kecewa kalau rasa sayang itu seakan tak berbalas kerana kita yakin balasan itu dari Allah dan hanya berharap dari-Nya. 

Sahabat, andai rasa itu (rasa sayang tak berbalas) tumbuh dalam hati kita, cepatlah cantas sebelum ia membesar. Kerana apa? Kerana rasa itu mampu manjauhkan jarak antara kita, menghilangkan kemesraan antara hati-hati kita (bila kita rasa dia tak sayang kita, kita mula jauhkan diri). Sanggupkah kita gadaikan ukhwah ini semata-mata kerana perasaan yang tak pasti? (mungkin kita saja rasa dia tak sayang tapi sebenarnya dia sayang kita cuma tak tunjuk saja..Kan ada orang macam tu..)

Berlapang Dada


Selemah-lemah ukhwah adalah berlapang dada. Namun kesannya hebat pada sebuah ukhwah.

 

Justeru mari sama-sama bajai hati dengan سلامة الصدر (berlapang dada). Moga bunga-bunga ukhwah kita berkembang sihat. Positifkan hati kita dalam berukhwah dan sentiasa berdoa kepada Allah agar Dia jaga hati-hati kita dari prasangka buruk atau سوء الظن .


Peliharalah bunga-bunga ukhwah itu. Perjuangan akan terasa indah dengan kehadiran bunga-bunga ukhwah.


Elakkan diri dari bersangka buruk.
Wallahu'alam..Jumpa lagi sahabat! ^^


note :  - Kadang-kadang rasa ni akan datang, jadi kita kena pujuk hati. Kalau hati tak 
             'makan saman' dengan pujukan sendiri, minta Allah yang pujuk hati kita.
          - Mari zahirkan sayang kita pada sahabat..^^
          - Kalau orang lain suka ros, saya sangat suka bunga matahari (tak pasti kenapa..) 
             Ada sapa-sapa nak bagi hadiah bunga matahari tak kat saya? 




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


bila nak kahwin nie??




‎>>>ALHAMDULILLAH<<<
beransur pulih...xsampai 1hr...semangat mau kuat!!!
takbirrr..ALLAHUAKHBAR!!!


Gadis 'Pemalu' A: Macam mana ye? Ada ker orang yang akan suka kat aku? Ramai yang datang sebelum ni. Tapi aku dah tolak, sekarang aku dah takda siapapun.

Gadis Pasrah B: Ayah aku dah sibuk bertanya, dah ada calon ke belum? Haih.. macam mana aku nak jawab ni? Hm, terima sahajalah sesiapa pun.

Gadis Teringin C: 'Jealous'lah tengok orang yang ber couple. Balik ada orang hantar, buat 'assignmen't pon sama-sama. Tapi aku?

Gadis Rela D: Aku tak kisahlah boyfriend yang macam mana pun. Yang penting ada orang sayang aku. Aku terima jer dia macam mana sekali pun.

Gadis Terlebih concern E: Aku tak nak makanlah. Nak diet.. mungkin sebab aku gemuklah tak ada orang yang suka kat aku.

 Assalammualaikum...ana bukan sesiapa, ana seorang gadis biasa, yang cuba untuk berjalan di bumi Allah dalam langkah yang padu agar dapat menuju kasih-Nya yang abadi. Ana sama seperti kebanyakan anda semua yang masih belajar dan belajar nilai kehidupan dan cuba belajar untuk menjadi matang. Mungkin ramai antara saudara dan saudari yang sama macam ana, masih menunggu dan khuatir tentang cinta dan jodoh. Dengan siapa aku akan berkahwin? Ada ke lelaki yang benar-benar mencintai aku? Kalau tak jumpa jodoh lepas umur 30 tahun macam mana? Risaunya...>>> Mungkin itu adalah antara contoh soalan yang kerap berlegar-legar di dalam minda anda yang masih belum jelas tentang jodoh. ..

Malah ada juga yang mungkin berfikiran:
"Aku tak nak kahwinlah.. mak cik aku okey jer tak kahwin." Nauzubillah...

Apa pendapat anda semua? Ana pasti ada antara kita pernah berfikiran begini. Malah mungkin ramai yang terfikir tentang hal ini walaupun masih di tahun satu atau tahun kedua di IPTA atau IPTS.
Malang nya kita jika menganggap jodoh dan cinta itu hanya urusan antara kita dan hati kita sahaja. Kita mudah terlupa dalam hati itu masih ada pemilik hati yang Maha Hebat ialah Allah SWT dan kita juga terlupa dalam cinta itu masih ada pemilik cinta yang Maha Agung iaitu Allah SWT.

Oleh itu sentiasalah berdoa kepada Allah tanpa jemu dan putus asa. Jika anda rasa sangat sukar untuk menemui jodoh yang anda inginkan mintalah kepada Allah kerana seorang hamba Allah tidak akan mudah berputus asa kecuali orang-orang yang tidak beriman. 
soal hati dan jodoh bukanlah benda yang senang. Bukan hak kita menentukan siapa jodoh kita sehingga rela mengambil jalan singkat menerima kehadiran mana-mana sahaja kaum adam atau kaum hawa tanpa menilai agama dan budi pekerti terlebih dahulu. 
 Yakinlah, kebahagian dan ketenangan dalam kehidupan ialah apabila mengingati Allah dan mendapat keredhaannya.

Terdapat empat perkara yang memberikan kebahagian kepada manusia berdasarkan hadis sahih riwayat Ibnu Hibban-:

1.      Isteri yang solehah
2.      Rumah yang selesa
3.      Kenderaan yang baik
4.      Jiran tetangga yang baik.

Jika dilihat, salah satu kebahagian manusia ialah Isteri yang solehah. Fikirkanlah betapa beruntungnya wanita-wanita diluar sana kerana telah dilahirkan sebagai wanita dan menjadi salah satu punca kebahagian manusia.
Akhir kata, selamat bermujahadah dalam kehidupan..insyaAllah  jodoh pasti tiba di muka pintu dengan bantuan Allah. Jagalah dirimu laksana hadiah.. masih dilitupi pembalut akhlak dan iman, bukan laksana bunga yang layu menyembah bumi. Wallahualam.








Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


apa yang penting...


sebelum kuliah maghrib tadi ... terserempak dgn ustaz... "awai kamu hari nie..." sape ustaz.... senyum je laa.. ta taw nak kata apa..tetiba soalan ni muncul..."ustaz ,saya nak tanya apa maksudnya mutaabah...." senyum....tp siyes...
ape itu mutabaah.ustaz??? jawab ustaz..."actually mutabaah tu...ibadah seharian kita,,tidak kira la WAJIB ataupun SUNAT yang dilakukn scara rutin...kira jadi rutin harian kita ler contohnya seperti mandi,makan,minum dan tido..... 
kesimpulannya di sini.......
mutabaah sgt bgus untuk diamalkn bg khidupan seorang hamba di muka bumi....kite kn HAMBA Allah...t0lg muhasabah dri antuna....sudah bape kli antuna khatam al-Quran dlm sebulan berbanding khatam magazine yg lagh0o...???? Zikir pd Allah dh cuk0p 500 seminggu....????Bagaimane dgn s0lat tahajud dan s0lat dhuha...???Dah bape byk antuna infak di jalan Allah berbnding berbelanja di Sh0pping c0mplex..????Ana m'ingtkan dri ana dan antuna .....kita tak lame hidup di muka bumi..Diri kita milik Allah..bila2 mase Dia boleh ambil barang Dia...untuk prmulaan,,ana suggest beberapa amalan harian yg dpt dilakukan secara istiqamah..tambahan pula tak lama lagi dah tiba bulan ramadhan...kita perlu upgrade diri untuk memasuki madrasah ramadhan ...wa balighna  ya ramadhan....
insyaALLAH

                    Mathurat-subuh & asar setiap hari
                    Tilawah al-Quran-2juz seminggu
                     Tahajud-2x seminggu
                     Zikir-100 seminggu
                     Dhuha-2x seminggu

Dgn niat yg ikhlas....smata-mata mncari keredhaan Ilahi....insyaALLAH,dgn berkat mutabaah ini,kita dapat study gn lebih mudah dan hidup kta diberkati.....AMIN.....^__^


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.