Untunglah Ada Abang!




hoh! mcm beetul je !

Buat Adinda dan seluruh anak-anak perempuan seluruh dunia. PRO dan KONTRA memiliki abang-abang kandung (adik lelaki kandung juga):

1. Dia akan pastikan aurat adik-adiknya terjaga.
2. Lelaki yang miang-miang buluh tak boleh mendekati adiknya.
3. Maka beraturlah wanita-wanita untuk berbaik dengan kita, kalau abang-abang kita hot stuff & soleh.
4. Dia akan mengeluarkan dompetnya untuk membayar duit makan dekat kedai.
5. Menjadi pemandu berhemah ketika membawa adiknya. (jaga bonggol)
6. Meminpin tangan adiknya (walapun dah besar) masa berjalan.
7. Mereka sanggup meneman ke kedai meskipun hanya 200m dari rumah.
8. Akan jadi imam solat kalau ayah tak ada kat rumah
9. Paling penting, mereka akan jaga keselamatan kita.
10. Akan bagi nasihat menggunung tinggi bila adiknya dah mula bergelar gadis atau wanita


Tambahan: MEROTAN jika malas sembahyang!.. 

itulah peranan lelaki, abang, suami & ayah... 

akhwat sekalian...jgn nakal2 tau! dgr nasihat abang , smentara abang-abang kamu ni masih 'kosong' lg..nanti bile masing2 da 'berpunya', ana dan adik-adik perempuan kena berdikari la plak ye..


Nota hatiku: asa aman je hidup andai insan yg brgelar WANITA..kalau punya abg, adik lelaki, ayah dn suami yg hot setuff/ soleh dan ckp prihatin cmnie..;)


itulah hebatnya sillaturrahim..

 okebai


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


2perkara kena ingat..2perkara kena lupa..


ya razzak~
bersyukur atas segala rezeki dan nikmat..

;-)

mereka suka buat ana tersenyum..
jom mencari hati yang dekatttt dgn Dia..
2perkara kena ingat..2perkara kena lupa..

2 perkara kena ingat :

1) kebaikan orang pada kitaa
2) kesalahan kita pada orang

2 perkara kena lupa :

1) kebaikan kita pada orang
2) kesalahan orang pada kita..

;-)

bukan semua benda yang kita kena hadapi ni besttt sentiasa..bukan sume benda best blh maintain best..maka positif dan optimis lah dengan aturan Allah.. Dia sebaik2 perancang

*mujahadah untuk ihsan dalam semua amalan*


ps - sejuknyee hujan..petang2 gini ;-) hamdan lillahhhh. .

Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Layak ke nak kejar syurga?


ALLAH saja CUKUP. 


cdt to freshie :)

Orang yang tidak punya rasa malu, mereka mudah membuat kesalahan demi kesalahan...

Melihat kesalahan dan kelemahan orang lain, teringat kesalahan dan kelemahan sendiri. Melihat kelebihan orang lain, terasa kerdil diri ini. Tidak dapat menyelam hati sendiri, rasa sangat kasihan pada diri ini... 

Kita ini adalah manusia yang sering melakukan kesalahan, nerakalah yang layak buat kita. Tetapi, itukah tujuan kita hidup?

 Setelah kita puas hidup dengan nikmat yang telah Allah berikan pada kita.. Kita lupa pada Allah... Layak ke nak kejar syurga? 

Astaghfirullahhal'azim... 


*Hanya untuk yang ada akal dan mahu berfikir sahaja


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


"Bagaimana keadaanmu wahai Abu abdillah(gelaran imam syafiie)?"




Imam Al-Muzani r.a. menziarahi Imam As-Syafi'ie r.a. ketika beliau sakit hendak nazak, maka imam Muzani bertanya,

"Bagaimana keadaanmu wahai Abu abdillah(gelaran imam syafiie)?"

Maka berkata Imam Syafiie,"Aku akan berangkat dari dunia, berpisah dari saudara mara, berjumpa dengan amalan durja, cawan kematian akan kuteguk jua, kepada Allah aku akan menuju akhirnya, dan aku tak tahu adakah rohku akan menuju ke syurga maka seronoklah ia, atau ke neraka, maka diazablah ia.....

Kemudian beliau bersyair:

Dan dikala kerasnya kalbuku dan sempitnya jalan-jalan ku, aku menjadikan harapanku terhadap keampunanmu tangga(mencapaiMu)..

Sungguh besar dosa-dosaku, tetapi apabila aku bandingkan dengan keampunanMu wahai tuhanku adalah keampunanMu lebih agung..

Maka aku sentiasa adalah seorang pemohon ampun dari dosa dan noda selagi mana Engkau sentiasa memberi kemurahan dan keampunan sebagai kurniaan dan kemuliaan..

Sama-sama kita berusaha untuk menjadi seperti mereka. ^^ ♥


TAKBIR...



Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.
(A-li'Imraan 3:139)


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Debat Imam Muda & Ustazah Pilihan




untung dapat ikuti majlis ilmu ...



Musim ke-3 Liga Ilmu bakal menampilkan Imam-Imam Muda dan Ustazah-Ustazah Pilihan bersama Moderator, Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah..

AKAN DATANG di Astro Oasis (106)




Barisan Imam Muda (M1)



Imam Muda (M2)




Barisan Ustazah Pilihan (M1)

Ustaz Ridhuan Tee (Moderator)

nota kaki : Rancangan menarik di Astro Oasis.,,, nantikan,...


Orang yang mendapat kefahaman agama merupakan manusia2 terpilih yang Allah sayang dan kasih. Semoga kita tergolong sebagai manusia alim yang faham agama. Jadi tolonglah agama Allah. Walaupun kita ada beribu kitab tapi ilmu tidak boleh dibeli untuk masuk ke dalam dada. Ilmu mesti dituntut. Itu hak kita. Taqwa boleh dibeli? Tidak sama sekali. Kerana kasih sayang Allah, kita semua dapat hadir ke majlis ilmu. Maka istiqamahlah menuntut ilmu supaya dapat kenal dosa pahala, dapat kenal Allah. Semoga kita sama2 meneruskan pencarian ilmu walau dgn apa cara sekalipun...

Amin Yarabbal Alamin....


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


resepi jumaat- Cerealmylo cake..


Salam Jumm'ah, hari penuh barakah! 

Salamun'alaikum,
Semoga antunna sama-sama berusaha menjadi lebih baik dr semalam,

Be a good muslimah... 

Salam sayang dari ana... 

Katanya memasak itu susah; 
perlu memotong bawang, membasuh ayam, membilas beras, menumis & lain-lain. Ada yang lebih payah daripada itu walaupun hanya memerlukan secupak air untuk berwudhu' iaitu sembahyang 5 waktu...

*terkesan..

untuk abi dan ummi serta adik2...

kamu..

kamulah... jemput sekali.. 
rasa kek ni..

:')


Ini Bahan-bahannya


250 gram mentega


200 gram gula kastor


300 gram tepung naik sendiri


4 biji telur Gred A


4 sudu besar serbuk Milo


4 sudu besar Oat(dikisar halus)


1 sudu teh esen vanilla



*********


Cara membuatnya


Pukul mentega dan gula kastor sehingga kembang


Masukkan telur satu persatu dan pukul hingga sebati


Masukkan esen vanilla,kemudian tepung sedikit demi sedikit.Pukul lagi hingga sebati


Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.

Satu adunan dimasukkan serbuk Milo dan pukul sedikit hingga sebati


Satu lagi adunan dipukul dengan oat yang telah dikisar halus


Loyang digris sekeliling dan lapik baking paper


Tuang adunan secara berselang-seli atau mengikut kreativiti masing2


Bakar pada suhu 180'c,
api atas bawah,selama 40 minit atau sehingga masak
(bergantung pd kapasiti oven masing2) okeng!

selamat mencuba..

*psstt..untuk bakal mak/ayah mertua pun voley
sebab ada oat n tak manis sangat..

 okebai


tudiaaa!


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


perasaan tak mau makan nasi mai dah..


Assalammualaikum whb,
Moga Allah berkati setiap denyut nafas kita, insyaAllah.

breakfast pagi ni;
kentang &sosej Oregano.. homemade~

Elhamdulillah....
perasaan tak nak makan nasi dah datang balik. ,,teringin nak makan baked potatoes. btw ana tak makan kentang bakar, makan kentang dan sosej oregano pun jadi lah..nak try  served ngan baked beans and scramble egg. Alhamdulillah ..Orait gak tu..


Isk, asik ingat makan je nih..*resepi dr Damira
Bahan2nya: 

5 biji kentang dipotong wedges dan digoreng sehingga lembut
5 batang sosej digrill dalam microwave kemudian dipotong serong(boleh juga kalau digoreng)
1/2 cawan gajus digoreng sehingga kekuningan
1 labu bawang besar dihiris bulat
1/2 biji capsicum dipotong panjang atau 1 biji lada hijau dihiris
1 sdt lada hitam ditumbuk kasar (ana guna 1/4 st serbuk lada hitam)
1 sdt oregano
1 sdb butter
garam secukup rasa 

(Ana tambah 2 ulas bawang putih dicincang halus)

Caranya:
1. Cairkan butter.
2. Masukkan bawang putih dan digoreng hingga kekuningan3. Masukkan lada hitam dan oregano dan goreng sehingga naik bau.
4. Masukkan bawang besar dan capsicum/ lada hijau.
5. Masukkan kentang,sosej dan gajus dan balikkan dan kacau rata.
6. Masukkan garam secukup rasa


Dah dicuba, tapi ana tak masukkan gajus, tak masukkan capsicum sebab tak de dalam stok. Guna baby potatoes...dapatkan di TESCO *promote*...para Juri cakap.. Sedap. Next time boleh masak lagi. Gambar tak ambik...ta sempat.. *bayangkan sedapp ngat!

cakapdlmhati-tengahari  ingat nak bakaq kek...sebab ada orang nak mai... *insya allah 

okebai


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


My Life


key-to-heart.png 

Bismillah ArRahmaan ArRaheem,

Assalamu’alaykum warahmatullahi wabarakatuh,

Alhamdulillahi Rabbal ‘Alameen, all praises only to Allah swt for He The Best Planner after all. Alhamdulillah I’m going through these quite well I should say. And I still can breathe the warmth plus having lots of loving and caring people surrounds me which make me so much energy to experience my ‘busy’ life. Uhuk.

Am I that ‘busy’? Allah knows. He knows. Absolutely. Alhamdulillah these difficulties which I need to become accustomed will make me a better someone in future, insyaAllah. Ameen. Last night I didn’t attend one gathering. Sorry for the absence, I’m not the type who will tell when I’m sick or not. Teringat kata-kata sahabat, ‘If it doesn’t kill you, it will only make you stronger, and it makes you feel stronger!’ . Ya, terasa diri kuat dengan adanya pautan padaNya, tempat mengadu yang selalu mendengarkan segala rintihan saya. Makin diuji, makin rapat denganNya, insyaAllah.

My life as medical student mula dirasakan kehangatannya. Subjek yang diambil makin terasa levelnya meningkat. Earlier, the subjects like Basic Mechanism of Diseases and Basic Diagnostic & Theraphy. Now, its getting higher like Cardiovascular System, Musculoskeletal System and Endocrinology System. Even higher level, tougher and deeper but it surely gives more challenges and better experiences for us. For sure. Feel like the more I learn, the more I didn’t know; admit that, medical knowledge moves crucially fast. All these reflect back when I’m considering taking medical course as my main choice during applying for the scholarship last two years. Thinking of people whom I consulted about my future career and their answers towards my holistic (hmmm) questions. Yes, I know nothing that time and I’m so much wanted to know. It makes me smile . That’s relieved. Alhamdulillah no regret, Allah knows best for me.

Bersyukur dengan segala yang Allah kurniakan. Alhamdulillah, Allah sentiasa mempermudahkan jalan bila mana saya merasakan sukar. Keyakinan yang berpadu bertambah utuh dengan kebersamaan keluarga yang memahami dan people surrounds me either near or far yang memahami juga. Alhamdulillah. I have a lots of friends since primary, secondary or pre-uyang sama-sama ambil medical course. Jalan kita mungkin berbeza dan pengalaman kita juga mungkin tidak sama, tetapi insyaAllah menuju kepada destinasi yang sama, insyaAllah.

We’ve share the same dream since we declared to pursue into these, insyaAllah. Begitu banyak cerita di sini wahai sahabat, which I really want to tell you, really want to share with you, I want you to know, I want you to feel the way I feel because I know at your place there’s no situation like here [minor cases perhaps]. It might sound cruel or amazing for you, and you just couldn’t believe me, who cares when I’m the one facing them!

“Beautified is the life of This world for those who disbelieve, and they mock at those who believe. but those who obey Allâh’s orders and keep away from what He has forbidden, will be above them on the Day of Resurrection. and Allâh gives (of his Bounty, blessings, Favours, Honours, etc. on the Day of Resurrection) to whom He wills without limit.” (AlBaqarah: 212


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


KEZALIMAN BASHAR AL ASSAD PASTI AKAN TUMBANG





"Jika wajah saya tidak dikenali nescaya saya akan pergi membunuhnya (Basyar) dan sesiapa yang mampu membunuhnya maka bunuhlah dia dan aku bertanggungjawab terhadap darahnya." Dr. Sofwat Hijazi




Tiada makhluk Allah yang tidak akan mati, sama ada ia manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan dan sebagainya. Hebat macamana sekalipun manusia atau binatang, apabila sudah ajalnya ia tetap akan mati. Walaupun suatu ketika dahulu pernah diberi gelaran 'orang besi', 'haiwan paling berbisa', 'paling berbahaya', 'paling kuat di dunia' dan bermacam-macam gelaran lain, mati tetap akan menemuinya walau di mana dia berada, hatta di angkasa sekalipun. Tetapi makhluk bemama manusia sering lupa, semasa hidup di dunia apabila tidak menghubungkan diri dengan ilmu-ilmu agama serta akhlak yang mulia, pasti dia tidak akan merasakan bahawa terdapat satu kuasa yang lebih besar dari segala-galanya yang ada antara langit dan bumi, itulah kuasa Allah Taala, Tuhan semesta alam.

Sebagai Muslim yang sering menghubungkan dirinya dengan agama, kita sedar bahawa Allah Taala mencipta kita adalah untuk menguji kita siapakah di antara kita yang lebih baik amalannya di sisi-Nya. Dia tidak mencipta kita dengan sia-sia, ini ditegaskan Allah melalui firman-Nya dalam ayat 115 surah al-Mukminun :

"Maka adakah patut kamu menyangka bahawa Kami hanya menciptakan kamu (daripada tiadakepada ada) sahaja dengan tiada sebarang hikmat pada ciptaan itu? dan kamu (menyangka pula) tidak akan dikembalikan kepada kami?"

Ayat di atas jelas menunjukkan kepada kita, bahawa terdapat dua dimensi Allah memberitahu kepada kita, di mana pertamanya kita tidak dicipta dengan sia-sia dan kedua kita akan dikembalikan kepada-Nya pada suatu hari nanti yang dikenali dengan 'Hari Kiamat' atau 'Hari Akhirat' yang merupakan destinasi persinggahan terakhir bagi setiap makhluk ciptaan-Nya.

Persoalannya di sini, apakah persiapan atau bekalan yang telah kita persiapkan untuk menghadapi hari tersebut, yang telah digambarkan dalam al-Quran dengan pelbagai versi seksaan dan azab yang menunggu mangsanya yang datang kepadanya pada hari yang dijanjikan itu. Jika kita merupakan jenis manusia yang tunduk kepada intipati al-Quran dan hadis Nabi Muhammad S.A.W, insya- Allah kita akan selamat dan diselamatkan dengan syafaat Baginda S.A.W, tetapi sebaliknya jika kita adalah jenis manusia yang jahat, suka melawan Allah dan menyanggah ajaran Rasulullah, maka kita akan disisihkan daripada mendapat syafaat Baginda. Na'uzubiLlahi min zaalik

Al-Quran telah mendedahkan beberapa siri kejahatan manusia yang akhirnya mereka kecundang menyembah bumi dengan tidak membawa sebarang bekalan yang boleh membantu mereka terselamat daripada azab Allah Taala. Al-Quran telah mendedahkan individu-individu terbabit seperti Namrud, Firaun, Qarun, Haman, Abu Lahab, kaum Nabi Ibrahim, kaum Nabi Musa, kaum Nabi Lut dan sebagainya. Tetapi, apakah sebenarnya pengajaran yang Allah mahukan pemberitaannya disampaikan kepada kita sebagai umat Nabi Muhammad, iaitu umat Nabi terakhir yang tidak ada lagi Nabi selepas Baginda. la tidak lain ialah untuk menyedarkan supaya kita tidak berlengah dan bertangguh untuk membuat persiapaan bagi menghadapi hari yang penuh dengan muhasabah dan perhitungan.

Kesemua peringatan itu telah disampaikan oleh Baginda Rasulullah S.A.W melalui 'Nuzul al-Quran' sebagai mukjizat yang tidak ada taranya sampai hari kiamat, supaya tidak ada mana-mana manusia di kalangan umatnya yang mendakwa bahawa dia sama sekali tidak mengetahui terdapat peringatan itu dalam al-Quran. Kalaupun berlaku demikian, ia bukan salah al-Quran atau salah Nabi Muhammad, malah manusia perlu menyalahkan diri sendiri, kerana dia bukan hanya menetap di dunia ini pada satu waktu yang singkat, tetapi dia telah berada di dunia ini menjangkau lebih setengah abad atau lebih dari itu.

Adakah tidak kita menggunakan akal fikiran walau satu hari tentang keadaan mati, atau destinasi yang menanti di akhirat? Satu hari yang berjumlah 365 hari kiraan kalendar Masihi dan 355 hari kiraan kalendar Hijri dan dikalikan dengan 50 tahun hidup di dunia berjumlah 17,751 hari. Satu hari sahaja berfikir untuk memfokuskan nasib di akhirat. Kalau itupun tidak boleh dilakukan, ia menunjukkan bahawa hati manusia itu telah ditutup dengan tutupan Allah Taala.

Inilah yang telah berlangsung dalam sejarah kehidupan manusia di abad moden, kita sama-sama telah menyaksikan individu yang bernama Islam telah membunuh, memenjara, menyeksa saudaranya sendiri daripada kalangan umat Islam, bagaimana kesudahan golongan penyeksa di dunia, akhirnya mereka mati juga menghadapi Allah, sebelum datangnya kiamat, mereka terlebih dahulu diseksa oleh Allah dalam kubur masing-masing. Itulah yang telah berlaku kepada Jamal Abdul Nasir dan Anwar Saddat (mantan Presiden Mesir), Saddam Hussein (Iraq), Muammar Gaddafi (Libya), Habib Bourqiba dan Zein al-Abidin (Tunisia), Chadli Benjadid dan Abdelaziz Bouteflika (Algeria), Hafez al-Assad (Syria) dan anaknya yang masih hidup iaitu Basyar al-Assad.

Setelah kejatuhan Hosni Mubarak di Mesir, Zein al-Abidin di Tunisia, Muammar Gaddafi di Libya dan, Ali Abdullah Saleh di Yaman, boleh dikatakan kesemua negara terbabit jatuh di tangan rakyat masing-masing. Namun, apa yang berlaku di Syria amat berbeza dengan negara-negara yang telah disebutkan, tidak pernah pilihan raya diadakan kerana negara Syria dianggap sebagai warisan keturuan al-Assad, walaupun ia bukan negara monarki, namun secara automatik beralih daripada Hafez kepada anaknya Basyar.

Apa yang memilukan kita, rakyat Syria sama sekali tidak boleh bercakap mengenai kepincangan pemerintah mereka, para ulama diawasi malah ada yang ditangkap, disumbat dalam penjara serta dikenakan pelbagai seksaan untuk merencatkan fizikal mereka agar tidak boleh berfungsi untuk menyampaikan Islam kepada rakyat.

Pada Mei 2011, Basyar telah mengarahkan polis untuk menangkap sejumlah 28 murid sekolah yang dikenal pasti menconteng dinding awam yang tertera perkataan 'Rakyat mahu jatuhkan sistem pemerintahan Basyar', kesemua murid itu dimasukkan dalam penjara dan disoal-siasat siapakah ayah-ayah mereka. Tidak ada seorang pun daripada mereka yang mahu menjawab, ada di kalangan mereka dicabut kuku-kuku sebagai ugutan, ada yang mati kerana kekurangan darah, berita penangkapan dan kematian mereka dilaporkan dalam siaran berita televisyen. Laporan berita itu mendapat respons para ayah kepada murid-murid yang ditangkap, mereka meminta rejim Basyar supaya membebaskan anak-anak mereka tanpa syarat, tetapi pasukan polis dan tentera yang datang lengkap dengan senjata cuba membunuh mereka.

Kemudian polis mengemukakan tawaran untuk pembebasan dengan syarat anak-anak yang ditangkap ditukar ganti dengan anak-anak gadis mereka. Rakyat semakin marah dan hilang kawalan, lantaran itu polis terpaksa menembak mereka dan bermulalah episod pertembungan antara rakyat dan pasukan aparat reji Basyar di Syria. Kawasan penempatan rakyat yang majoritinya Ahlus Sunnah wal Jama'ah dibedil teruk sampai hari ini tanpa belas kasihan. Ini kerana Basyar yang menganut agama baharu 'Ba'ath' (sosialis) yang lebih mengutamakan material berbanding nasib umat Islam sendiri. Slogan Sunnah VS Syiah, Syiah VS Sunnah diapi-apikan, dan ia menjadi bonus buat Zionis Israel dan Amerika.

Oleh kerana kekejaman melampau Basyar itu, para ulama memberi respons dan menegaskan bahawa Basyar harus dibunuh, ia merupakan satu tugas fardhu 'ain atas setiap Muslim/ Muslimah. Malah pembunuhnya akan dibalas dengan syurga Allah pada hari akhirat kelak. Perkara ini telah dijelaskan oleh Setiausaha Agung Ikatan Ahlus Sunnah, Dr.Sofwat Hijazi memberikan fatwa supaya Basyar Al-Asad boleh dibunuh.

"Sesiapa yang berpeluang membunuh Basyar tetapi tidak membunuhnya maka dia berdosa".

Dr.Sofwat Hijazi yang juga Ketua Pemegang Amanah Revolusi Mesir itu turut berkata, "Sesiapa yang dapat membunuh Basyar maka dia akan memperolehi balasan syurga," katanya dalam pertemuan Khamis lalu anjuran Kesatuan Doktor-Doktor Perubatan dan Ikatan Ahlus Sunnah di bawah tajuk "Peranan Ummah dan Ulama Islam Dalam Membantu Syria dan Palestin".

Kata beliau lagi, "Jika wajah saya tidak dikenali nescaya saya akan pergi membunuhnya (Basyar) dan sesiapa yang mampu membunuhnya maka bunuhlah dia dan aku bertanggungjawab terhadap darahnya."

Sementara itu, seorang lagi ulama terkenal dari Mesir Dr.Jamal Abdus Sattar yang merupakan penyelaras bagi Kesatuan Pendakwah Mesir berpendapat bahawa, "Jenayah Basyar yang membunuh puluhan ribu rakyatnya tanpa membezakan antara lelaki atau orang tua atau kanak-kanak seperti yang dilakukan oleh Yahudi terhadap umat Islam di Palestin".

Jelas Abdul Sattar lagi, "Tidak perlu menghormati orang yang zalim walaupun dia mendakwa dirinya masih Islam".

Begitu juga pendangan mantan Mufti Mesir, Dr.Nasr Farid Washil yang menegaskan bahawa, "Bashar al-Assad adalah pembunuh dan harus dibunuh", katanya kepada akhbar milik Parti Kebebasan dan Keadilan (Hurriyyah wal'Adalah) yang merupakan sayap politik Ikhwanul Muslimin, pandangannya juga turut dipersetujui oleh Syeikh al-Azhar, Dr Ahmad at-Taiyib.




sumber: TARBAWI



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Setan Dok Tengah-Tengah...



IKHTILAT: antara punca terbesar kejatuhan ummah 
Dosa yang tidak disedari. 

Ana memang sukeee sangat nak cerita pasal ni...



ceghita...ok ceghita...

Sebab ape? Pening kepala ana tengok budak-budak
usm penang nie..


Ke hulu ke hilir macam adik-beradik.
Pergh. Agak-agak ar.
Ana dengan abang ana pun tak mesra gila camtu..



ehh? ana ada abang ke..? k fain ana anak sulong... abang sepupu..
boleh di kategori abang gak kan...apalagi yang sekufu..


Walaupun kitorang adik-beradik,sepupu-sepupu yang lain...tapi kitorang
tau jugak kontrol kemesraan di khalayak ramai...


 k faing...Poyo jek bunyi.


*enti jeles ke??


masya allah .. tak jeles pun...  cume enti fikir lah sendiri ye..


Inikan..makan sama-sama..bertepuk tampar lagi.
Tak tau nak kata apa la~


Kalau yang duduk berdua-dua tu,
cubalah renungkan hadis ni.

Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:
"Mana-mana lelaki tidak akan berdua-duaan (berkhalwat)
dengan perempuan,
melainkan pasti syaitan akan menjadi yang ketiga."
(at-Tirmidzi)




Aiseh. Dulu waktu sekolah rendah seronok ye
buat main dengan hadis ni. Sikit-sikit..


"Setan kat tengah! Setan kat tengah!"


Ana ingat lagi.


Buat kaum perempuan, kaum Hawa atau lebih tepat
akhawat...


Ingatlah bahawa anda adalah golongan yang bertuah
kerana darjat anda diangkat oleh Allah SWT.




Daripada Aisyah r.a, dari Nabi S.A.W baginda telah bersabda
yang maksudnya: ”Sesiapa yang diberati menanggung sesuatu
urusan menjaga dan memelihara anak-anak perempuan,
lalu ia menjaga dan memeliharanya dengan baik,
nescaya mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka."


(Bukhari, Muslim dan Tirmidzi)


Jadi tunjukkan lagak anda sebagai muslimah yang
tinggi harga diri.


Takkan suka-suka je layan lelaki yang takde kaitan
dengan hidup anda. Ajak makan? Ajak keluar?
Think by yourself.



Kalau anda tak layan, maka lelaki takkan bertindak.
Okeh?



Ana,antum dan antunna, semua nak redha ALLAH kan?
semua tak nak dosa kan?
kita sama2 jaga, moga Allah menjaga kita

maaf, kalau ada yang tidak di layan, kerana nak jaga diri ana dan enti.
okebai..


*sile campak ana ke dinding jika ana juga dok dalam situasi di atas.. 





Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


why not, kan?




Assalamu’alaykum wbt.

 Subhanallah.


Bagaimana hati mahu bahagia jika tidak berbaik sangka kepada Allah? Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. (al Baqarah 2:216)

Frazzled, I am. Nevertheless, Allah is always being there for me. Alhamdulillah, masih terpaut kekuatan dan ketenangan di hati dalam mendaki langit kehidupan serta bibir masih mampu terukir senyuman walau kadangkala bukan yang menggembirakan, aasifah sahabat yang dikasihi. Bukan niat di hati. Moga senyuman yang menggembirakan terus menghiasi hari-hari yang bakal mendatang, insyaAllah 

Being a good person (hence a good Muslim) is not a state of being but rather a process of becoming. That is so humane for a human being. We ain't angel.

Hai manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja dengan sungguh-sungguh menuju Tuhanmu, maka pasti kamu akan menemui-Nya. (84:6)

On another note, amanah terpikul di bahu menanti untuk dilaksanakan. All in one. Come in package which I dare not to ignore. Reflection, I necessitate. The key that opens the door to the mercy and blessing from Allah swt. Ya, muhasabah dalam mahabbah, bi iznillah, insyaAllah. I need to pick up the next pace immediately. Definitely, Allah knows best for me!.

If it’s not Divine Love, I can’t really see anything else that could be my driving force in life. Lillahi Ta’ala, ameen, insyaAllah.

“Ya Allah, kurniakanlah ke atas ku ketenangan, dan tetapkanlah pendirian ku bersama-sama pendukung-pendukung kebenaran, dan tabahkanlah hati ku dengan mengingati Engkau, dan kurniakanlah akan daku keredhaan dengan perkara yang Engkau redhai”

Syurga tu macam jauh tak tercapai, tetapi boleh cuba mungkin? why not, kan?
InsyaAllah, let’s give it a try!
Receive together, bi iznillah.

Smile, smile Allah sentiasa di sisi

Wallahu’alam.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


jiddiyah..



ighfirly ya Allah, Ana faqir ilayka ~ 


mafhum hadis : tidak beriman seseorang itu kalau tidak menyayangi saudaranya seperti dia menyayangi dirinya sendiri (betulkan saya kalau salah),

 wallahua'alam :) silakan untuk betulkan saya~ 

byk mafsadah dari maslahah..nak jadi wasatiyah dan memahamkan orang..sangat berhajat kepada kesabaran yg tinggi.

skip kuliah Dr Fatma today[lab histology] .. sorry Dr..

Ustazah Mahya..[kelas lughatiddhaadd] ...asiffah aidhan...


(ya, mmg ana tidur dlm kelas ustazah mahya secara kerap, tapi siyes ana suka sangat bahasa arab =)) cuma, bila dah asyik dengan bahasa arab ammi, lama2 jadi terabai pula bahasa arab fusha. rugi...rugi.... alhamdulillah sejak ada multaqa ilmi bahasa arab tu, ana kembali memupuk cinta terhadap lughatiddhaadd ini. 

memang sangat interesting bila dapat belajar balik semula bahasa arab macam dolu2.. my fav would be i3rab kot sebab mmg ada rasa thrill bila buat i3rab... dalam perancangan nak mintak nota2 ustazah azzyati untuk ulang kaji. 

ketahuilah bahasa arab itu super indah, dan sangat mengasyikkan. walaupun lagu2 dia mungkin tak kena pada selera sesetengah orang, tapi bait-bait katanya mmg puitis habis... memang terawang2 lah kan kalau tgk tu.. mungkin sbab bahasa tu sendiri mmg indah. lelaki arab agaknya mungkin tak perlu kerja keras sangat nak mengayat sebab the language is already sweet by itself.
hmm.. ok lah, sudah mau beradu dek headache yg melanda bagai nak rak.  




I am not feeling well...btw.. Exhausted. Can’t expose to the sunlight for a long time. At night, can’t sleep very well. Because of this unstable condition,

 i take (with suggestion…wanna guess who??) :


4000 mg of vitamin C per day (4 tablets of 1000mg)

5-6 tablets of spirulina per day (measurement ikut suka)

1 spoon of honey per day (i wish its manuka honey)

No tylenol or other medication from doctors (tanak makan)


I am not telling all the symptoms and signs for you to diagnose. I am still not a doctor yet. Do pray for me to get well soon. Ameen

Syukran.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


cardinal sign ..-cerghepen-


Dan tiba-tiba, pelupuk mata basah serta hangat..mengingati kenangan suatu ketika dulu.. 

“Hah! Termenung apa tu!” Humaira disentakkan oleh temannya, Amal.

“masya allah....masya allah...enti ni, terkejut ana, boleh kena heart attack ana!” Humaira mengurut dadanya.

“Alah.. maaflah enti… Tok! tok!Assalamualaikum” Amal tersengih sambil beri salam.

“Enti dah sampai ke negara Jepun ke tadi Humaira? Maaflah ganggu kembara angan-angan enti..kembara sorang-sorang ke?” Amal memang terkenal dengan sifat suka menyakat. Walaupun begitu Amal memang seorang yang sangat tajam pemerhatiannya.



Humaira sengih bersahaja sambil menjawab salam temannya itu..tidak mampu untuk berlawak jenaka sangat dirinya tidak ketentuan, namun sedaya upaya dihadiahkan senyuman untuk sahabatnya itu. 

Humaira kemudian bertanya, “Kaifa haluki ya ukhti? Kaifa imanuki ? 
(Apa khabar iman kamu?).

Amal senyum, “Alhamdulillah.. Alhamdulillah… selepas balik dari raudhah tamrin ni, rasa subur kembali kasih Ilahi.. rasa fresh, seolah2 apa yang dibincangkan tu macam terlepas pandang sebelum ni, wallahualam…” Humaira terdiam sejenak, cuba disembunyikan isi hatinya, “ Alhamdulillah, tanda Allah mengasihimu wahai sahabat.. ”

beruntungkan....

T__T

Hanya kalau teringat tentang 'itu' dan perkara yg berkaitan..sungguh, hati mudah sayu. Alhamdulillah 3la kulli hal.. 

Amal tersenyum, “Alhamdulillah, ada la rasa peningkatan di dalam amal ibadah, alhamdulillah sedikit sebanyak kembali mengenangkan kelahiran Baginda saw, perjuangan yang Baginda saw bawa, kefahaman Islam, indahnya jika Islam sebagai cara hidup dilaksanakan di dalam setiap aspek kehidupan. Rindu melihat Islam menjadi kebanggaan setiap insan. Rindu melihat akhlak muslim membajai setiap gerak kerja, rindu pada ukhwah islamiyyah ditunjangkan pada Allah..”



“Alhamdulillah..” Humaira berkata sambil membetulkan tudungnya. Dirasakan bayu yang bertandang lembut menyapa pipinya. Pepohon di hadapannya merendangkan dan teduhannya mendamaikan, menghiburkan hatinya. Laut yang terbentang dihadapannya sungguh mendamaikan jiwanya, membuktikan kebesaran Allah. Tenangnya hati. Indahnya. Subhanallah. Namun, hatinya tidak seindah itu…



“Enti, ana teringat yang ada hal ana nak tanyakan pada enti sejak minggu lepas lagi, nampaknya Cik Humaira kita ni memang busy betullah..susah betul nak jumpa enti..” Amal berseloroh.



“Aasifah ya Amal, ana bukan nak menghindarkan diri, enti ni pun satu, kan ada no. telefon ana, hantarla sms ke call ke, boleh juga ana luangkan masa untuk Cik Amal ni. Itulah, system endocrinology and metabolism ni banyak sikit kuliah dan problemnya, kena pulun banyak sikit. Ada apa yang ana boleh bantu enti?” Humaira membetulkan duduk, menghadap sahabatnya.



“Apa doa yang Rasulullah ajarkan pada Saidatina Aisyah, yang enti suka bacakan doa tu? ” Amal kelihatan bersungguh mahukan jawapannya.



“ Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni”

 (maknanya = Ya Allah, Kamulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosaku).” 

Humaira tidak menghampakan harapan sahabatnya.



Amal tersenyum simpul “Syukran jazilan ya ukhti…”



“Waeyakki ya ukhti..” Humaira pun turut tersenyum, cuba menyembunyikan keadaan hatinya. Seketika mendalami maksud doa yang diucapkan. Terasa kerdilnya diri, hati terus beristighfar, istighfar terus menerus. Hatinya terasa. Sikit kemerahan mukanya, seolah menahan sebak.



Amal sedikit menunduk, mukanya didekatkan, “ Enti, kenapa? Tell me what is going on?Sedihnya sahabat ana ni…” kelihatannya seperti memujuk.



Humaira melarikan pandangannya, “Hmm….agaknya hati ada cardinal sign macam rubor kot..”


Amal berkata lagi, “Hmm…Alhamdulillah.. Enti masih dapat rasakan sama ada hati enti baik ke tidak. Rasulullah saw pernah bersabda bahawa setiap amal itu ada masa semangat dan ada masa lemahnya. Barangsiapa pada masa lemahnya, dia masih tetap dalam sunnah (petunjukku), maka dia telah beruntung. Namun barangsiapa yang beralih kepada selain itu, dia telah celaka (HR Ahmad)”



“Iman kita memang ada yazid wa yankush. Tapi di saat down ni, sebenarnya Allah nak kasi clue kepada kita. Allah kasi hint sebagai tanda kasihNya Dia pada kita. Betapa sebenarnya seronok dan indah apabila iman kita berada dalam keadaan baik. Allah nak beritahu kita bila kita tengah down ni, bahawa Allah rindu dengar kita merintih dan mengadu kepadanya…. Allah suka dengar pengaduan kita padaNya, jadi Dia uji kita agar kita selalu mengadu padaNya. 

Sepertimana ada satu Hadith Qudsi, Allah berfirman “wahai malaikat, turunkanlah musibah ke atas hambaKu, kerana aku rindu mendengar dia merintih kepadaKu”



“You know what, my dear Humaira…Asalnya , kita tak perlu pun mengadu kat Allah dosa-dosa yang kita buat atau kejahilan yang kita buat.. Sebab Allah memang dah tahu pun. Tapi Allah suruh kita doa dan mengharap kepadaNya, supaya kita lebih akrab kepada Allah. Supaya kita lebih dekat dengan Allah, agar keyakinan kita bersatu dengan takdir dan redha Allah. Tumbuhkan keyakinan enti kepada Allah. Kita akan kuat menghadapi musibah segetir apapun, kalau kita segera kembali kepada Allah. Semakin cepat kembali pada Allah, akan semakin ringan kita rasa. Semakin utuh dalam yakin kepada Allah, akan semakin tenang hati kita..."

 Amal memegang tangan Humaira seolah menyalurkan semangatnya.



Humaira menyeka air mata. 

Hanya memandang Amal. Amal memahami apa yang dialami Humaira. Mereka bersama sejak di bumi asing ini lagi.. Ah! Akhirnya basah juga pelupuk kelopak matanya! Kali ini, hatinya merasakannya, benar-benar merasakan Allah Maha Penyayang, diturunkan hidayah, penenang dirinya melalui temannya ini. Ya, dia perlukan hidayah Allah, pimpinanNya dalam mengatur kehidupannya. Setiap saat, setiap ketika, dia perlukan Allah. Subhanallah, sungguh kerdilnya diri..hinanya mudah teralpa dengan nikmat dunia…ighfirly ya Allah, ighfirly ya Allah. Bertindan nikmat datang namun seringkali diri alpa dengan apa yang diberikan. Masakan Allah tidak tahu apa yang terbaik untuk hambaNya, segala aturanNya itulah yang terbaik.



Hatinya terusik, berbisik..“Semakin sayang Allah kepada kita, semakin di uji iman kita kepadaNya, namun diberikan sebaik-baik penawar iaitu ketenangan yang hakiki di hati..lembut hidayah menyapa..ighfirly ya Allah, ighfirly ya Allah…”





Dia sedar, telah lama dia cuba untuk mensebatikan jiwa dan raga untuk Allah. Tetap ikhlas beribadah kerana Allah. Pesona kebesaran Allah amat mempengaruhi gerak hati dan tubuhnya. Seperti dinyatakan dalam hadis qudsi bermaksud: “Jika aku mencintainya, Aku menjadi pendengarannya, untuknya ia mendengar dan Aku menjadi pandangannya untuk melihat dan Aku menjadi tangannya untuk memegang dan Aku menjadi kakinya untuk berjalan, maka apa-apa yang dia minta kepada-Ku nescaya Aku kabulkan permintaannya dan jika dia minta perlindungan daripada-Ku, maka Aku pasti akan lindungi dia.” (Hadis riwayat al-Bukhari)



“Ishbiri ya ukhti, Masakan Allah menguji tanpa sebabnya. Yakinlah bahawa segala sesuatu pasti ada hujungnya. Setiap ujian akan berakhir, tidak mungkin akan abadi sepanjang kita hidup. Allah SWT akan menguji manusia berepisod-episod. Dalam al Quran surah Al-Baqarah ayat 286 disebutkan, Allah tidak akan membebani hamba-Nya, melainkan sesuai dengan kemampuan hamba tersebut. Ingatlah akan janji Allah bahawa sesudah kesulitan pasti akan ada kemudahan; pasti bersama kesulitan itu akan ada kemudahan. Allah SWT berjanji akan membahagiakan orang-orang yang sabar, iaitu yang tatkala di timpa musibah, ia bulat kembali kepada Allah. Sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, iaitu mereka yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan, “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah, dan kepada-Nya kami akan kembali.” Amal meneruskan pujukannya.



Humaira mengangkat mukanya perlahan..menahan sendunya berbaki.



“Ana sayangkan enti, moga Allah hadirkan kekuatan, ketenangan dan kebahagian untuk kita menempuhi kehidupan di sini. Allah knows best for us kan?.. insyaAllah..i’ll be your side, selagi Allah izinkan ikatan hati kita kerana ukhwah fillah ini akan mekar… ana hanyalah wasilah dari Allah untuk enti, namun yang paling enti ialah enti sendiri. Hati perlu sentiasa dibajai dengan keimanan dan ketaqwaan padaNya, jangan pernah leka untuk sentiasa mendekatkan diri padaNya.. Dia sentiasa ada untuk tempat mengadu, Dia sentiasa ada untuk mendengar segalanya. Bukan sahaja untuk sentiasa mendekatkan diri dengan Allah, namun berusaha juga untuk sentiasa menjauhkan diri dari segala godaan syaitan laknatullah. Itu dua perkara yang penting dalam menjaga iman. Seperti menambahkan amalan pahala pada masa yang sama mengelakkan melakukan perkara yang membuahkan dosa.

Tabahkan hatimu sahabat, kuatkan hatimu ya ukhti, I know u’re tough person. Ana uhibbuki fillah abadan abada insyaAllah, jom usaha sama-sama! Ala..makin comel la nangis macam ni..” Amal sempat berjenaka.



Ianya membuahkan tawa, kerana manisnya sakeenah yang menyapa… ukhwah itu indah bila tunjangnya pada Yang Khaliq… Wa sadaqa man qaala (absence makes the heart grow fonder)..rindunya pada teman-teman seperjuangan, saujana di mata namun antum sentiasa dekat di hati..~

bila somebody terlalu sayang, dia akan unconciously or conciously jadi over protective terhadap yang dia sayang, sampai satu tahap, tanpa disedari, dia develop sense of selfishness and belonging, dia rasa hanya dia yang berhak ke atas org tu, orang lain tak boleh. tapi perasaan ni tak sihatkan?? ..sheikh yusuf al-qardawi ajar, "khairul umuur awsaatiha ertinya sebaik2 perkara pada yng sederhana". but then, kalau difikir-fikirkan, kalau kita sayang org tu, kita takkan kongkong org tu kan..:D ..

penyelesaiannya..mudah je..ikut kaedah syeikh yusuf al-qardawi ..khairul umuur awsaatiha yakni meletakkan diri kita dalam kasut org tu, kita sendiri tak suka kena kongkong...

Dan benarlah, bertafakur lebih baik daripada solat 1000 rakaat. Terasa qalbunya lebih ringan. Hidup hatinya. Hati yang hidup adalah hati yang subur dan bersedia untuk mendengar, melihat dan menerima kebenaran. Hati yang hidup begini mempunyai nur, tenaga dan kekuatan. Ia sentiasa tunduk dan patuh kepada Allah dengan penuh khusyuk, takwa serta kasih dan simpati kepada sesama makhluk. Mudah-mudahan langkahnya selepas ini mengharungi hidup di bumi asing ini, diberkati dan diredhai Allah senantiasa. Biar apapun yang mendatang, tetap tegar hatinya menempuh arus. 


Hati kecilnya berbisik, “Allah humma innaka ‘afuu ’un karimun tuhib bul ‘af wa fa’ fu ‘anni..ya Allah, tetapkanlah daku di sampingMU…”

Ana memang manusia biasa yang tak sempurna. Namun...di hatiku, insyaAllah, cinta untukmu luar biasa Ya Rasullullah...


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


kenapa semua ubat pahit...?





Assalammualaikum...


k fain...sebelum tidur kena makan ubat...
masya allah liatnya nak makan ubat nie..

terfikir-fikir if  saya seorang pharmacist,saya akan jual ubat2 bersama gula2...


-kenapa semua ubat pahit...?? bila pahit je ..ok itu adalah ubat... titik..!

buatlah perasa yang best2..
syrup??

oh tidak! syrup lg dok sedap XD
makan tablet/pil pun nak habis bergelas air..pastu cpt2 mkn gula2..takut ubat keluar balik :P


amik sugar coated tablet for vitamin je....

memang budok tu pelik..huhu
ade masaloh dengan taste bud kot :P
Die sokmo sakit,sebab tu kot Allah bagi die tak suke ubat.."baik untuk dia" :)


kata ummi... jgn salah kan ubat.salah kan org tu yg sbnrnye tak suke mkn ubat..

:D
ye la...sehat doh alhamdulillah,dok payoh mkn ubat doh :P [siyes tipu]


nota hati: Moga2 ada pharmacist yg baca okebai ..


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Kekasih Allah?kekasih Rasulullah? atau Kekasih Hati?.










1 2 3,,bilang nombor ini,

letakkan Allah Rasul Kekasih..dimana Allah di Mana Rasul Di Mana kekasih,dan tingkatnya adakah Allah nombor 1,,atau Rasul,atau kekasih?

kalau benar Allah no 1,mengapa perlu teringatkan kekasih berpanjangan?

kalau benar Rasul no2,mengapa tidak menyebut2kan nama baginda saw?

dan jika benar kekasih no3 di hati kalian,mengapa perlu rasa memerlukannya lebih kita rasa memerlukan iman?




^_^.




Allahurabb,jika Allah no 1,rasul no2 dan kekasih no 3,,pasti jiwa akan tenang,jika teringat pada kekasih,pasti akan menyebut2 Nama Allah,dan memuji-muji baginda saw,,rujuk diri kita...

apakah benar atau salah letaknya 3 kekasih itu pada hati,.Kekasih Allah?kekasih Rasulullah? atau Kekasih Hati?.



Pemilik Cintaku Setelah Allah Dan Rasul

Bersaksi cinta diatas cinta
dalam alunan tasbih ku ini
menerka hati yg tersembunyi
berteman di malam sunyi penuh doa'
sebut namamu terukir merdu
tertulis dalam sajadah cinta
tetapkan pilihan sebagai teman
kekal abadi hingga akhir zaman 





Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Tolong Sampaikan Sedekahku Ini Kepada Para Pelacur


Kisah Sheikh Badruddin Al-Hasani

Seorang ulama besar Hadis sedang asyik membacakan serta mensyarahkan maksud hadis kepada para muridnya.Tiba-tiba sang guru berhenti membacakan hadis dan bertanyakan sesuatu yang membuatkan semua murid terpinga-pinga.

“Muridku sekalian, aku punya hajat yang sangat besar.Adakah sesiapa yang mampu menunaikan hajatku ini?” Tanya sang murabbi pada seluruh muridnya.

Salah seorang murid kanan Syeikh menjawab dengan penuh adab, “ Hajat apakah wahai Tuan Guru? Khabarkanlah kepada kami,moga kami mampu untuk menunaikannya untuk Tuan Guru”.

Sang Guru menarik nafas dengan perlahan seraya berkata “ Aku punya sedikit harta yang ingin aku sedekahkan,adakah sesiapa yang ingin membantuku mengagihkan harta ini?”

“Kami bersedia membantumu wahai Tuan Guru untuk mengagihkan harta ini”jawab Murid tersebut dengan bersemangat.

“Bolehkah Tuan Guru perincikan kepada siapakah harta ini akan dibahagikan?”seorang murid yang lain bertanya dengan lebih lanjut.

“Hartaku ini akan aku sedekahkan kepada para pelacur yang berada di tempat sekian-sekian” Jawab Tuan Guru dengan tenang.

Keadaan menjadi bingit,masing-masing keliru dengan tujuan utama Tuan Guru yang terkenal alim dan soleh ini.

“Aku sudah mengagakkan bahawa kamu semua tentu tidak akan mampu untuk melaksanakan hajatku ini. Kalau begitu tidaklah mengapa. Biarlah aku sendiri yang pergi menyampaikannya.” Tuan Guru menjawab dengan tenang.

Para murid rasa bersalah di atas sikap yang mereka tunjukkan. Salah seorang murid kanan Tuan Guru menawarkan dirinya untuk menyampaikan harta tersebut. Mana mungkin dia boleh membiarkan Tuan Guru yang terkenal hebat dan wara’ ini dibiarkan masuk dan bertandang ke tempat hina seperti itu.

“Ketuklah setiap pintu rumah pelacuran tersebut dan ketika kamu menyampaikan sedekah ini katakan bahawa ini adalah sedekah daripadaku(Nama tuan guru) dan doakan aku semoga diberkati oleh Allah taala” Tuan Guru memberikan pesanan kepada muridnya tersebut.

Maka sang murid yang mulia ini terus memulakan tugasnya dengan penuh tanda tanya di dalam pemikirannya mengapakah Tuan Guru ingin benar memberikan sedekah kepada golongan hina ini.Namun arahan Tuan Guru perlu dilaksanakan.Sang murid menutup mukanya dan terus masuk ke kawasan pelacuran tersebut.

Beliau mengetuk setiap pintu rumah pelacuran di kawasan itu dan menyampaikan apa yang dipesan oleh Tuan Guru kepadanya.

“Assalamualaikum, maafkan saya mengganggu,saya adalah utusan daripada Tuan Guru fulan bin fulan ingin menyampaikan sedekah daripada beliau kepada kalian.Beliau berpesan agar mendoakan beliau semoga dirahmati oleh Allah taala”.

Terkejut para pelacur bila mendengar nama Tuan Guru yang alim dan wara tersebut sudi memberikan sedekah kepada mereka.Setelah selesai tugasnya, sang murid terus beredar daripada kawasan hitam tersebut sambil menghelakan nafasnya.

Masing-masing ternanti-nanti apakah yang akan berlaku selanjutnya setelah peristiwa tersebut.

Keesokkan paginya , sesuatu yang mengejutkan telah berlaku. Seluruh bumi Syria gempar apabila keseluruhan pelacur yang ada di kawasan tersebut telah beramai-ramai datang menunaikan solat Subuh di Masjid Tuan Guru. Mereka datang mendengar majlis pengajian daripada Tuan Guru dan bertaubat daripada segala dosa-dosa yang telah mereka lakukan.

Barulah semua murid faham mengapakah Tuan Guru benar-benar ingin menyampaikan sedekah tersebut kepada golongan pelacur berkenaan.

Ini merupakah karamah yang Allah taala kurniakan kepada Tuan Guru yang wara’ ini. Dakwahnya yang sangat lembut dan berkesan memberikan impak yang sangat besar kepada kehidupan pelacur-pelacur tersebut.


Tuan Guru yang saya maksudkan di sini ialah al-Alim al-Allamah Muhaddis al-Syam Sayyid Badruddin al-Hasani rahimahullahu taala. Beliau wafat pada 1354 Hijriyah. Beliau digelar “Khatimah al-Huffaz dan al-Muhaddissin” yang bermaksud penutup kepada para ulama Hadis yang terkemuka.Mula mengarang kitab ketika umurnya belum pun sampai 20 tahun.

Beliau mengajar di Masjid Umawi pelbagai bidang ilmu seperti Nahwu, Sarf, Balaghah, Mantiq, Fiqh dan lain-lain.Menurut Syeikh al-Allamah Mahmud Rashid al-Attar rahimahullah (wafat 1362 Hijriyah), Syeikh Badruddin al-Hasani juga mengajar kitab Tafsir Baidhawi tanpa melihat kepada kitab dan tanpa memegang apa-apa kertas pun ditangannya.Tafsir tersebut telah dihafalnya dan dikuasainya dengan begitu hebat.

Ketika umur Syeikh al-Allamah Badruddin al-Hasani mencapai 30 tahun beliau mula mengajar Sahih Bukhari di Masjid al-Sadat.Ini juga dilakukan tanpa melihat kitab sedikitpun.Beliau menghafal keseluruhan Sahih Bukhari di dalam dadanya.Menurut para ulama tidak pernah dilihat seseorang yang begitu alim menyampaikan pengajian dengan keseluruhan bidang ilmu seperti Syeikh Badruddin al-Hasani rahimahullah.Ketika mensyarahkan Sahih Bukhari , keseluruhan ilmu dibahaskannya termasuklah ilmu perubatan, hikmah-hikmah, falsafah dan lain-lain.

Antara kelebihan Syeikh Badruddin al-Hasani rahimahullah juga ialah, semuanya mampu untuk memahami apa yang disampaikannya,bukan hanya para ulama dan penuntut ilmu, malah para petani dan orang awam yang biasa juga mampu untuk memahami apa yang disampaikan oleh Syeikh al-Murabbi rahimahullah.Ini kerana keikhlasannya yang begitu tinggi ketika menyampaikan pengajian.Beliau juga digelar Qutb al-Zaman (Wali Allah yang menjadi paksi kepada seluruh para wali ketika itu)dan Mujaddid pada zaman tersebut.

Semoga Allah taala merahmatimu wahai Tuan Guru yang mulia.



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


::Akhlak Al-Imam Jalaluddin As-Suyuti Dan Balasan Menyakiti Ulama::







 
al'ulamaa u warisatul anbiyaaei ... Ulama Adalah Pewaris Nabi ...

Syekh Syu'aib, seorang Khatib Masjid Al-Azhar di zaman Imam As-Suyuti bercerita, ketika Imam Suyuti sedang sakit yang menyebabkan kewafatannya dia datang menjenguk Imam mujtahid ini. Ia mencium kakinya, lalu meminta supaya Imam Suyuthi berkenan memaafkan kesalahan orang-orang ahli fiqh yang pernah menyakitinya.

Dengan tenang Imam Suyuthi menjawab: "Wahai saudaraku… sebetulnya aku telah mengampuni mereka ketika pertama kali mereka menyakitiku. Aku menampakkkan kemarahanku pada mereka, lalu aku menulis bantahan untuk mereka. Semua itu aku lakukan supaya mereka tidak berani lagi menyakiti orang lain".

Mendengar kelapangan hati Imam Suyuti, Syekh Syuaib berkomentar: "Memang inilah yang sudah aku sangka dari kebaikan tuanku ".

Walaupun Imam Suyuti telah memaafkan mereka tapi mereka masih saja terkena bencana dari Allah SWT sebagai pelajaran bagi mereka sendiri dan orang lain.

Dalam hal ini Imam Al-Sya'roni bercerita : "Aku melihat salah seorang yang pernah memukul imam Suyuti dengan terompah(sandal dari kayu) walaupun sudah dicuba oleh Allah dengan kefakiran, dia masih sangat tamak dengan dunia. Setiap kali dia melihat orang yang membawa ayam, gula, madu, atau beras persis seperti orang gila dia selalu mengatakan : " Juallah barang ini padaku ! " . Setelah dia mengambil barang tadi seperti merampas dia pergi bersembunyi dan tidak mahu membayarnya.

Setiap kali ditagih untuk membayar, selalu saja ia mencari-cari alasan untuk menundanya. Sehingga si empunya barang bosan untuk menagihnya, maka si tamak ini akan memikul tanggungan dosa yang jauh lebih besar dan berat kelak di hari kiamat.. Dan ketika orang yang menyakiti imam kita ini meninggal tidak ada seorangpun yang mengirngi jenazahnya. Balasan bagi orang yang menyakiti pewaris-pewaris nabi kekasih Allah adalah berlaku di dunia lagi, apatah lagi di akhirat!

Semoga Allah memelihara kita dari menyakiti Ulama. Ameen..


 Antara Ulama Yaman  


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


今なにしてる?


今なにしてる?














そんなに感謝、あなたは多くが私を助けるため。

Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


PAS dituduh sesat.


 

tak baik tuduh2 org sesat.hidayah itu Hak Allah.bukan hak mulut kita.. ;(

Nabi ﷺ bersabda, "Aku melihat (dalam mimpi), dua orang laki-laki datang kepadaku." Kemudian Nabi menceritakan kisahnya (dengan mengatakan), "Mereka berkata, 'Seseorang itu, pipi yang kamu lihat yang terbelah jauhnya(dari mulut ke telinga) dia adalah pendusta dan dia biasa untuk berdusta kepada orang-orang akan menyebarkan mereka terletak pada kekuasaannya sampai mereka tersebar di seluruh dunia. Jadi dia akan dihukum seperti itu sehingga hari kiamat. "'
[Bukhari V7, H6096]
*********
Sumber : Harakah daily.. 

Datuk Ahmad Said Menteri Besar Terengganu telah membuat satu kesilapan besar apabila beliau bertindak menyambung lidah musuh-musuh Islam dan kuasa kuffar antarabangsa dengan melemparkan tuduhan kesat kepada PAS yang didakwa oleh beliau sebagai Parti Ajaran Sesat.

PAS sebagai sebuah Gerakan Islam di Malaysia kini mengalami nasib serupa dengan gerakan - gerakan Islam lain di seluruh dunia apabila dituduh dengan pelbagai tuduhan yang tidak masuk aqal seperti pengganas, komunis dan kini pembawa ajaran sesat.

Tidak hanya penjajah yang menuduh pejuang Islam dalam negara ini seperti Tuan Guru Hj Abdul Rahman Limbong sebagai pemberontak dan pengganas, kini Datuk Ahmad Said pula melangsungkan peranan penjajah untuk melabelkan pejuang dan jamaah yang memperjuangkan Islam dengan label yang jahat.

Umum mengetahui bahawa PAS adalah sebuah pergerakan Islam, didokong pula oleh para alim ulama' yang menyambung warisan perjuangan untuk mendaulatkan Islam di bumi bertuah ini.

Menuduh PAS sebagai Parti Ajaran Sesat adalah percubaan jahat yang dilakukan oleh Datuk Ahmad Said untuk menyamatarafkan PAS (sebagai sebuah parti yang sah dan perlembagaannya meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan) dengan pergerakan sesat yang dibawa oleh Ayah Pin.

Perkataan Datuk Ahmad Said sungguh buruk dan hasratnya kelihatan sungguh busuk. Bankrap modal politik serta tandus isu membuatkan Datuk Ahmad Said bertindak jahat dan tidak waras.

Beliau diberi masa selama 3 hari untuk menarik balik semua tuduhan liar dan tidak berasas yang dilemparkan kepada kami khasnya rakyat Terengganu.

Kegagalan Datuk Ahmad Said untuk menarik balik dan memohon maaf kepada PAS secara rasminya dalam masa 3 hari ini, maka saya akan berbincang dengan pihak tertinggi parti untuk mengambil tindakkan tegas.


**********


Banyak perkara yang kita harus pelajari, banyak di sekeliling tempat tidak memperdulikan dengan apa yang ada di sekeliling mereka, sedangkan mereka tidak tahu setiap apa yang mereka telah di perlihatkan dan di perdengarkan akan di pertanggungjawabkan di hari akhirat nanti.


Banyak perkara kita perlu belajar dalam seharian kita. Jangan pandang orang dari zahir dan batinnya tapi lihatlah sunnah akhlaqnya,,kenapa zahir dan batin di satukan? dan kenapa tidak di pandang sama sekali? Kerana zahir pandangan datang dari nafsu semata-mata dan batin itu Allah perlihatkan tetapi disuluh manusia bersangkaan buruk untuk menjadi riya' dan kesombongan dan itulah sejahat-jahat pandangan manusia, itu sebabnya lihatlah sunnah rasulillah yang dikurniakan akhlaq yang mulia untuk menjadi pedoman manusia.


Masya'Allah, bila banyak penceritaan(tidak bermanfaat) yang tidak seharusnya di dengari tiba saja mendengar walau ia tidak berniat serupa sahaja ia bersubahat. Bagaimana pula dengan orang yang suka menyebarkan cerita?
Mas'alah adalah mereka menyeritakan yang tidak bersumber, apatah lagi yang bersumberkan palsu.

Wallahu'alam bis shawab.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Ketika Tuhan melindungi aib kita..


tahu tak mengapa... ?

ZASSS!
 


To all my cantik sisters, in and out...

:) 

‎"Jgn jadi org yg pandai menasihat tetapi sendiri tidak pernah mengikuti nasihat sendiri... itu adalah mirip ciri-ciri munafik."

andai saya hanyut, nasihat dan tarik saya kembali ke jalan yang benar ya!

Ramai antara kita yg pernah memberi nasihat kepada kawan-kawan ketika kesusahan, menenangkan hati mereka dan sedekahkan mereka senyuman.

Namun, apabila kita ditimpa kesusahan, kita yg tukang memberi nasihat ini gagal menasihatkan diri kita, dan biasanya memerlukan pihak ketiga utk menyampaikan nasihat yg sama balik kpd kita.

Jika anda adalah salah seorg di atas, ini bermaksud kebanyakan nasihat yg dtg drpd anda, hanyalah dr mulut dan tidak dipraktikkan dalam kehidupan. Jiwa anda masih tidak selari dgn jasad kurniaan Allah, dan minda masih tidak dpt membezakan realiti dgn bisikan syaitan.

Khusus kpd remaja pemuda.... terutamanya yg masih sedang belajar...

Kemalasan utk berbuat sesuatu ialah pencuri masa manusia yg teragong. Yg menjadi mangsa kemalasan ialah minda kita - yg liar memikirkan benda silam, kini dan masa depan dgn penuh kesusahan, kebimbangan dan ketakutan.

Kemalasan juga adalah pintu kpd kemurungan dan kekecewaan krn minda sibuk melayan bisikan syaitan.

Jgn duduk tanpa melakukan sesuatu berfaedah.

Jika anda tiada kerja berfaedah waktu ini, bangun dan baca Quran, baca apa-apa buku, berzikir, menulis, membersihkan rumah dan buatlah apa shj yg boleh menjauhkan diri kita drpd termenung dan kebosanan.

SENYUM, dan buatlah kerja. Jgn dok melayan bisikan syaitan dlm khayalan krn malas.

Ingatlah pd Allah, sentiasa pastikan minda berada di 'masa kini', sekiranya ia melayang, cari sesuatu kerja berfaedah utk dilakukan. Dan SENYUM di mana-mana shj anda berada.

Sedikit petua utk dikongsikan bersama: Pandanglah cermin dan senyum pd diri sekali-sekala ketika minda melayang, inshaAllah minda akan kembali ke masa kini...




nak g klinik..tak bape sihat..

*banyak ngat dose nie...

okebai...


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


sian doktor...


ahaaaa, good point there! ^___^


ade sesape nak bg saya apple...setiap hari?

kbai.. 


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Tak Bawak Telekung Itu Bukan Alasan.




saya tak bawa telekung? itu bukan alasan..

masih ramai yg tak faham tentang konsep tutup aurat semasa solat sama juga dgn tutup aurat ketika d luar solat...

Kfain...
Apa yg sebenarnya dipakai oleh seorang wanita untuk solatnya, itulah gambaran pakaiannya semasa di luar solat..

mudahkan...
*tak semestinya telekung, diulangi tak semestinya telekung.. oke!

Islam itu tetap dan fleksibel. Tetap pada prinsip namun fleksibel pada pelaksanaan.


Eh, kalau macam tu mudahlah ye ustazah?

Meme laa!! :)


Aurat wanita di luar solat sama seperti aurat wanita di dalam solat. Apa yg perlu ditutup dengan rapi ketika dalam solat, begitulah juga di luar solat..

syarat sah solat ialah pakaian tersebut hendaklah bebas dari sebarang najis. Kotor tidak bermaksud ianya bernajis. Jadinya disini, seorang yang dalam keadaan berpeluh sesudah bersukan boleh menunaikan solat tanpa menukar pakaiannya.


Sebenarnya syarat dalam pakaian sembahyang adalah cukup dengan menutup aurat dan hendaklah pakaian itu bersih dari sebarang najis. Bukanlah telekung berwarna putih itu menjadi syarat sahnya sembahyang.

Andainya seorang wanita itu berpakaian baju kurung atau pakaian yang menepati syarat aurat, walaupun ianya berwarna warni, maka tetap sah solat mereka. Menurut Jumhur Ulama yang diwajibkan wanita dalam solat adalah memakai baju dan tudung kepala. Maka Ibnu Munzir berpendapat, “Jika kain yang dipakai cukup luas lalu ia menutupi kepalanya dengan kelebihan kain itu, maka ianya dibolehkan.

Aurat wanita ketika sembahyang sama sahaja seperti aurat wanita di luar sembahyang. Sepertimana batasan aurat wanita yang digunapakai oleh masyarakat di Malaysia dengan merujuk kepada pandangan Mazhab Syafie iaitu seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Berasaskan kepada pandangan ini, tidak semestinya telekung sahaja yang boleh dijadikan pakaian sembahyang. Baju kurung, jubah, blaus juga boleh dijadikan pakaian sembahyang walaupun ianya bukan berwarna putih.Ini juga bukan kempen menghapuskan pakaian yang indah ketika solat. Namun ini adalah kempen untuk memudahkan solat kepada setiap manusia.



"Kalau asyik solat je, bila masa nak bekerja?" Ujar si fulan yang jahil agama.

Realitinya, ramai yang bekerja sampai tiada masa untuk solat!! ..


Islam itu mudah. Ianya sesuai dalam kehidupan seharian umat. Allah lebih mengetahui perihal keadaan hamba-hambaNya. Islam tidak hanya meraikan kelompok manusia yang sentiasa berada dalam kelapangan. Ia juga meraikan umat yang sibuk dan penuh dengan tugasan harian. Sembahyanglah anda walau di mana anda berada.


Kbai..



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


3 Tahun Lagi...



year three to go...


InshaAllah three years to go before i can finally tell my mom, "Alhamdulillah, congratulations Ummi, Abi your daughter is finally a doctor".


setiap kali tengok seniors year six graduate, mesti akan rasa terinspired. not to mention the overwhelming emotion during convocation nanti. masing-masing semua rasa teruja, tak sabar nak graduate jugak. Ya Allah, permudahkanlah...




:-) jom kite same-same banyak-banyak berdoa dan melipatgandakan usaha selagi berbaki masa.

Guwe Bukanlah Pelajar Pintar
kbai...

Alexandria..
4:16 AM



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.