Unggun BERSIH A.Samad Said



credit to Dzar Adullah Amir
Tajamnya gelombang warna kuning, tajam lagi lidah Pak Samad...

Di pihak sebelah sana,
polis ada, askar ada,
juga pancutan air bisa,
selain bom gas bahaya,
malah helikopter juga.
Di pihak sini pula
yang sedia ada hanyalah
jersi kuning serta doa...




serangkap Pantun dari ana...

Kalau padi katakan padi,
Tidaklah saya tertampi-tampi,
Demo BERSIH hari ini,
Tidak dapat saya hadiri....

Apa khabar Malaysia hari ini? Maafkan saya, Ana perlu berada di lab seawal pagi. . Semoga Tuhan memberkati perjuangan kalian dan pengajian ana...

Kesian Pak Samad (Dato' A. Samad Said), dalam usia setua itu masih dianggap ancaman. Tetapi kita ada bangsa materil yang akan lakukan apa sahaja demi kuasa.

Bukan sedikit suara-suara yang didengar mengatakan betapa Pak Samad seharusnya terus berkarya tanpa tunduk kepada meyentuh soal politik. Malah ada yang hingga mengatakan yang Pak Samad digunakan oleh pihak yang tidak menang-menang itu. Pak Samad pada pendapat mereka hanya perlu hanyutkan pembaca dengan cinta-lara atau momokkan mereka dengan hantu siang-malam. Kemudian tidur. Beliau sudah tua, perlu rehat, kata mereka - berjenaka.

Inilah penyakit negara ini. Siapa sahaja yang mengkritik adalah pembangkang. Sifir penduduk negara komunis. Langsung tidak boleh bersuara. Langsung tidak boleh mengkritik. Kita cuma perlu angguk setuju apa sahaja yang dilakukan oleh pemerintah tanpa perlu berfikir kerana berfikir adalah pembangkang, berfikir adalah kerja iblis. Lalu semua orang otomatis menjadi musuh negara sehingga mereka menyokong kerajaan. Sifir siapa yang mereka gunakan jika tidak sifir para diktator.




Puisi : A. Samad Said
Muzik : Az Samad


Unggun Bersih

Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!
Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.
Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.




Catatan usrah hujung minggu ~ Mari belajar bersyukur. Letakkan tangan pada dada dan kata, 'terima kasih Ya Allah kerana tidak mendatangkan sakit jantung kepada aku. Letakkan tangan di atas kepala dan kata, 'terima kasih Ya Allah kerana tidak memberi sakit barah otak kepada aku. Letakkan tangan pada kaki dan kata, 'terima kasih Ya Allah kerana tidak menjadikan aku tempang.'


Amin Yarabbal alamin...


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Petani kahwin dua wanita satu malam





SAMARRA, Iraq – Seorang petani berusia 22 tahun, Abdul Rahman Nayef al-Obeidi jatuh cinta dengan dua wanita.

Namun, daripada memilih salah seorang gadis itu untuk dijadikan isteri, dia melangsungkan perkahwinan dengan mereka pada hari yang sama di sebuah kampung di tengah Iraq.Majlis perkahwinan Abdul Rahman dan dua wanita yang merupakan sepupunya, Intidhar, 17, dan Suad, 22, berlangsung pada 6 April lalu.

Ia diadakan di rumah keluarga lelaki itu di kampung Al-Laqlaq, utara Tikrit.

Majlis itu dihadiri oleh keluarga kedua-dua pengantin wanita, saudara-mara dan rakan-rakannya yang terkejut dengan perkahwinan tersebut.

Abdul Rahman yang merupakan anak bongsu daripada lima beradik berkata, dia memberitahu ibu bapanya tentang niat untuk berkahwin dengan dua sepupunya dalam satu malam.

Ibu bapa lelaki itu bersetuju walaupun kebanyakan saudara-maranya menentang idea berkenaan.

“Saya mengambil masa kurang sebulan untuk membuat keputusan muktamad kerana dua keluarga itu ialah saudara-mara saya dan saya menyintai dua gadis tersebut,” katanya.

Langkah paling penting yang perlu dibuatnya adalah dengan berusaha memujuk dua wanita muda tersebut.

Intidhar berkata: “Abdul Rahman memberitahu, dia akan berkahwin dengan saya dan Suad dalam satu malam. Apakah yang anda mahu katakan?

“Saya memberitahunya, ia sesuatu yang baik jika anda melayan kami dengan adil.”

Agama Islam membenarkan lelaki berkahwin dengan empat wanita namun mensyaratkan isteri-isteri perlu dilayan dengan adil.

Suad berkata, dia terkejut apabila Abdul Rahman memberitahunya tentang hasratnya itu.

Namun, katanya, Abdul Rahman memujuknya supaya dia bersetuju.

Abang sulung pengantin lelaki itu, Salman berperanan sebagai orang tengah dengan berunding dengan dua keluarga gadis itu.

Dia kemudian berjaya menjadikan impian adiknya itu sebagai satu realiti.

Bapa Abdul Rahman, Nayef Hamid berkata, dia berasa bangga terhadap anaknya itu.

Dia merupakan satu-satunya anak lelaki yang berkahwin dengan dua wanita serentak.

Ibu Abdul Rahman, Rasmiya Mohammed mempunyai pendapat yang sama seperti suaminya dan dia tidak mahu anaknya berasa sedih kerana menyintai dua gadis.

Idea Abdul Rahman berkahwin dua itu disokong ramai lelaki yang memberi komen dalam laman Facebook mengenai gambar mereka manakala kaum wanita menentangnya.

“Lelaki ini seorang hero. Tiada seorang pun yang pernah melakukannya sebelum ini dan namanya patut dimasukkan dalam Guinness World Records,” komen Ali Bassi Abbar.

Namun, Sara Yasser memberikan komen dengan sinis.

“Kasihan lelaki itu, dia tidak mahu melukakan hati salah seorang daripada mereka. Dia seorang lelaki yang baik,” katanya.

Seorang lagi wanita, Sara Saad mengkritik dua pengantin baharu wanita tersebut dengan menyatakan bahawa setiap wanita yang bersetuju dengan perkahwinan itu adalah seperti tidak mempunyai perasaan dan maruah. – AFP

sumber:klik sini


"Apakah doa kamu?" 

"Semoga dikurnia suami soleh yang boleh membimbing saya dunia dan akhirat" 

"Apalah suamiku ini?" rungut si isteri. Dulu si gadis mahukan lelaki soleh, tetapi selepas dapat lelaki soleh yang kejutkan si isteri untuk solat tahajud, dia marah-marah pula.

Lelaki yang soleh amat taat kepada Allah. Islam mewajibkan wanita tutup aurat. Jadi suami yang soleh tidak akan benarkan isterinya keluar rumah atau mengenakan pakaian sesuka hati. Atau berhias dan bermekap tebal. Suami yang soleh akan memastikan si isteri tutup aurat. Tetapi ada isteri kurang senang dengan perkara begini. Bukankah dulu, anda berdoa untuk mendapat suami yang soleh, tetapi bila dimakbulkan anda bantah pula cakapnya!

Suami yang soleh tidak akan duduk di rumah sahaja - 'berada di bawah ketiak isteri sepanjang hari'. Ini kerana jihad fisabilillah adalah antara program lelaki soleh. Dia akan sentiasa keluar untuk berjuang. Sama juga dengan mencari rezeki halal, sehingga kadang-kadang balik lewat malam. Ini lagi tak disukai wanita. Jika dulu anda dambakan suami soleh, bila dah dapat, cara hidupnya pulak yang tak anda sukai.

Lelaki yang soleh juga akan menjadikan masjid sebagai 'rumah keduanya'. Ini pun ada wanita tak suka, asyik-asyik ke masjid aje, kata mereka.

Lelaki yang soleh amat taat kepada kedua ibubapanya. Malah, baktinya kepada ibubapanya melebihi kepada isteri. Ini menyebabkan sesetengah isteri amat cemburu. Dulu anda mahukan lelaki yang soleh (amat taat kepada ibunya), bila dah dapat, anda marah pula! Macamana doa anda dulu??

Lelaki yang soleh juga tidak hidup bermewah- mewah. Wangnya yang banyak dihabiskan dalam perjuangan. Dia pun takut terima rasuah dan segala macam duit haram. Jadi dia tak dapatlah beri barang-barang mewah seperti rumah besar, kereta besar dan rantai berjela kepada isteri dan keluarganya. Dalam perkara ini pun ada isteri yang tak gemar. Jika dulu doa mahukan suami soleh, tetapi sekarang tidak suka pula sikapnya. 

Lelaki yang soleh mahu menjauhkan diri daripada maksiat. Dia buat yang halal sahaja. Salah satu perkara yang halal ialah kahwin empat. Ini memang mana-mana perempuan pantang,
malah membenci suaminya kahwin lagi.

 Bukankah dulu anda mahukan lelaki yang soleh?


Demikian banyaknya perkara yang tidak disukai oleh isteri, walaupun doanya dulu mahu mendapat suami yang soleh. Berdasarkan kriteria yang dibincangkan di atas, jelaslah suami yang soleh tidak dapat memberikan sebahagian besar daripada kehendak duniawi si isteri. Si isteri tak perlulah mengeluh, sebaliknya bersyukur kerana doa untuk mendapatkan suami yang soleh, mungkin telah dimakbulkan Allah. Ingatlah, isteri- isteri Rasulullah s.a.w. sendiri pernah ditawarkan pilihan dunia (kesenangan) atau akhirat. Akhirnya mereka memilih akhirat.



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Cinta High Class... #2




Cinta High Class... #1

"assalammualaikum , sarah... "

"waalaikumussalam....

"maaf menganggu... ada orang nak cakap-cakap dgn kamu nie," kedengaran suara Ummu di hujung talian

"err...um...mu..kejap a..naaa

“Anti, maafkan ana atas kesilapan tadi… anti bayangkan ana melutut didepan anti dan pohon ampun pada anti. Ana betul-betul tak sengaja atas peristiwa tadi, ana tak sangka apa yang ana katakan menyakitkan hati anti, sungguh ana pohon ampun pada anti. Maafkan ana, anggaplah ana melutut di depan anti.”

Ana mencari kata-kata untuk meredakan gelombang yang melanda.

“Anta, siapalah ana untuk menghukum manusia? Sedangkan Allah bisa ampunkan hambaNya apatah lagi ana hanya hamba Allah yang hina disisiNya, hamba yang sering lalai dan leka dengan godaan dunia, astaghfirullah hal azim moga pintu taubat masih terbuka untuk kita sama-sama merenung kesilapan masing-masing, ana minta maaf seandainya kata-kata yang bakal ana ucapkan menyakitkan hati anta, sesungguhnya ana tidak suka anta bersikap begini.

Ar-Rijal itu diciptakan untuk menjadi pemimpin, bukan diciptakan al-Khaliq untuk dipimpin, maka untuk menjadi pemimpin yang berwibawa anta perlu ada sikap ego dalam kelembutan maksud ana bukanlah ego dengan kuasa yg cuma setitik tapi ego yang ana maksudkan ialah usah merendah diri dengan Hawa yang sememangnya dilahirkan untuk dipimpin dan bukannya memimpin.
Andai anta merendahkan martabat anta sebagai pemimpin didepan ana sebagai org yang dipimpin, maka usahlah anta pertikaikan andai suatu waktu nnt anta ‘dipijak’ oleh golongan yang lemah ini. Bukan maksud ana untuk menghina anta sebagai pemimpin yang berwibawa sesungguhnya ana kagum dengan sifat kepimpinan anta Cuma ana tidak senang malah berasa hina kerana Allah menciptakan kami (kaum Hawa) untuk dipimpin oleh kaum Adam bukannya supaya kaum Adam melutut didepan kami membuktikan rasa bersalah dan menghukum diri.

Sungguh, andai benar anta melakukan kesilapan, pohonlah ampun dari al-Khaliq. Ana hanya hambaNya yang mengharapkan keampunan dari Dia juga, maka kita renungi kesalahan masing-masing moga tidak mengulanginya lagi, insyaAllah. Ana pohon maaf andai kata-kata ana menyakitkan hati anta. Yang baik dari Allah dan segala kelemahan datang dari diri ana sendiri. Moga lembutnya kasih sayang Allah membuatkan kita hamba yang taat kepadaNya, insyaAllah.”

Diam seketika.

“Jadi, anti sudah maafkan ana?”

“Anta, tidak jelas lagikah apa yang telah ana ucapkan? Untuk apa ana berdendam dengan anta dengan perkara sekecil ini. Rugilah ana andai punya sifat dendam sedangkan an-Nisa’ itu diciptakan untuk menyenangkan hati ar-Rijal, bukanlah menyenangkan hingga terasa tiada batasan tapi menyenangkan segala urusan ar-Rijal untuk menjadi hamba yang taat. Supaya pertembungan antara ar-Rijal dan an-Nisa’ tidak dalam keadaan huru hara, sesuailah ar-Rijal diciptakan menjadi pemimpin dan an-Nisa’ diciptakan untuk dipimpin maka dititipkan dalam hati an-Nisa’ itu untuk menyenangkan pemimpinnya agar segala yang dipimpin membuahkan hasil yang lumayan.”

Dia masih cuba mengatakan sesuatu.

“Syukran ya anti kerana masih memaafkan ana. Sesungguhnya sifat lelaki itu boleh menjadi songsang kerana lembutnya godaan wanita. Tapi anti, perlukah ana untuk ego didepan anti? Tiada apa untuk ana banggakan didepan anti. Sesungguhnya sifat ego itu sifat mazmumah yang paling bahaya. Tidak takutkah anti andai keegoan merajai diri?

Ahh… bermulalah ‘peperangan’ disini.

“Anta, sudah ana jelaskan, ego itu perlu bertempat, bukan sesuka hati saja. Bukanlah ego yang ana maksudkan supaya anta boleh bangga dan riak dengan apa yg anta ada. Tapi kadang kala anta perlu ada sifat ego dan tegas supaya anta sebagai pemimpin tidak dihina oleh ana sebagai org yg dipimpin. Tidak jelas lagikah anta?”

Dia cuba untuk menguji lagi…




“ Anti meragui keikhlasan dan kejujuran ana terhadap anti ke? ”

gAAANGG!!

telefon dihempaskan....


Tidak sanggup ana memikirkannya. 

Tidak sanggup ana melihat kemesraan Raudhah, dan Muhammad. 

Berkahwinlah  tapi jangan berdampingan di hadapannya. Bermesralah tapi usah mempamerkan kemesraan itu.

di hatinya kini... Sarah yakin. Kala itu,Sarah pasti akan menangis. Kalau dulu, Sarah menangis dalam senyuman. Tapi kini, tangisannya berbunyi. Tangisannya meggugurkan air mata jatuh ke bumi...


bersambung~




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


entah apalah rasanya menjadi seorang lelaki...





menjadi kumbang...
entah di mana...
sisi kuatnya...




MOHD RAYQAL DASUKI.. BUAH HATI ANA..



"mana Rayqal?"


"ni ha dengan umairah. kak ju tengok dah macam gaya mak orang dah riba Rayqal."


erk~


boboboi yang keempat... (anak saudara)
hari tu semangat fikir nama best-best. akhirnya tak terpilih. cis. tak apa, ana simpan untuk nama anak sendiri. puas hati. (eh?)

gambar tu di usia sehari. ye, memang besar dan gemuk serta maskulin. merenung Rayqal ketika itu dengan satu persoalan. dah lama ana tertanya sebenarnya.

entah apalah rasanya menjadi seorang lelaki.


menjadi bunga...
entah juga di mana...
sisi tajamnya...


kamu yang membaca nie ...boleh tolong jawab ta??
itu saje sekian ..

kbai~


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


lacrimal gland






tiba-tiba teringat, menyelusuri tulisan Salim A. Fillah tempoh hari, ada satu bahagian (antara beribu-ribu bahagian) yang membuatkan mata ana kabur sebelum tulisan itu dihabiskan. penat la macam ni. lacrimal gland asyik nak terstimulate je.

diceritakan dari Rasulullah. tentang seorang hamba yang ingin bertaubat (kalau tak silap saya). lalu dengan segala kesungguhannya, dia bersiap sedia dengan bekalan segala. unta, makanan, minuman dan segala kelengkapan menuju ke sebuah negeri.

merentasi padang, gurun, bukit bukau (ada ke?). sehinggalah dia kepenatan dan berhenti untuk berehat lalu dia tertidur di bawah sepohon pokok. nak dijadikan cerita, apabila dia terjaga, dia mendapati unta dan segala bekalannya telah tiada!

gila meroyan dia mencari. berlari ke sana sini. sedang ketika itu dia ditengah-tengah padang pasir. sepertinya mustahil untuk untanya dicuri. kepenatan, hampir berputus asa dan memikirkan bagaimana dia mahu hidup di ketandusan padang pasir, dia akhirnya tertidur lagi, dalam setinggi tawakal.

apabila dia terjaga, dia terkejut melihat unta dan segala barangnya berada di depan mata. terloncat kegembiraan dia menjerit,

"Allahumma anta 3abdi, wa ana rabbuk!"
"Ya Allah, sesungguhnya Engkau hambaku dan aku TuhanMu!"

dahi ana berkerut ketika ini. tapi kalian tahu apa sambungannya?

diceritakan, Allah ketawa. lalu Dia mengampunkan segala dosa lelaki itu dan memasukkannya ke dalam syurga.




*****

Allah ketawa.
lalu Dia mengampunkan segala dosa lelaki itu.
dan memasukkannya ke dalam syurga.

ketika membaca pada rangkap ini mata ana kabur. (dan masih juga ketika ana menaip kembali). entah kenapa, ana terfikir. dalam episod kehidupan ana selama 22 tahun ini, pernah tak berlaku sesuatu yang 'mencuit hati' Allah ya.

ana ingin sekali, Dia 'ketawa' dengan gelagat ana.
supaya dengan itu Dia mengampuni dosa-dosa ana.
dan memasukkan ana ke dalam syurga.

ana ingin sekali buat Dia 'ketawa'. dan ingin sekali melihat Dia 'ketawa'.

.. simple-minded sungguh kamu. andailah syurga itu sesenang itu, kan. huh

cumanya, ana selalu percaya, syurga bukan milik orang yang beramal banyak. sebab kita tidak pernah tahu sejauh mana amal kita diterima. dan sejauh mana amal kita dikira.

syurga bukan milik orang baik-baik. sebab kita tidak pernah tahu, dalam kebaikan yang kita lakukan, mungkin ia tercatat sebagai kejahatan oleh cik 3atid.

syurga itu, boleh jadi milik kita. dan boleh jadi juga bukan milik kita.

kita tak pernah tahu.
kita tak pernah tahu.

cumanya juga, ana selalu yakin, syurga adalah milik orang yang selalu bersangka baik padaNya. sebab kita tahu, segala kebaikan yang kita lakukan, sekelip mata boleh menjadi debu yang bertaburan. hangus terbakar.

dan segala kejahatan yang kita lakukan, Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Menerima Taubat. dosa kita terampun belum sempat kita meminta. taubat kita diterima belum sempat kita bersungguh.

dan bersangka baik itu, selalu memacu kita ke arahNya. dalam keadaan cepat atau lambat. berlari atau merangkak.

bersangka baik itu, pada ana kekuatan yang memandu ke arah syurga. moga-moga.

kerana hadiah syurga itu, hanyalah semata dengan rahmatNya.
semata-mata.



ni lagi sentap. yang kalau dengar selalu buat mata ana kabur. setiap kali pulak tu. osem pulak bila adik  buat alarm tone. set jam pukul 2, 3 pagi, tapi tak pulak bangun! haih!

penat la kan kalau setiap kali bunyi, lacrimal gland ni asyik nak terstimulate je. hew..

tapi sebenarnya ana syukur. sekurangnya ana tahu, hati yang ana sangka selama ini dah mati, rupanya masih hidup bernafas.

sekurangnya ischemic, tak sampai tahap necrosis. dapat buang punca obstruction, enough blood supply, insyaAllah kembali sihat.

doakan ana kuat membuang puncanya.

semoga di celahan kesakitan itu, masih ada ruang untuk sensitif pada sentuhanNya.

3ala kulli hal, alhamdulillah~



Allahumma inna nasaluka ridhaaka wal jannah.
wa na3uzubika min sakhatika wannar~




sambut rinduku, Tuhan...
atas segala keredhaan...


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Cinta High Class...


 



‘Jodohku, aku tidak tahu dirimu siapa dan entah di mana. Aku cuma tahu engkau ada, di dunia atau di syurga. Akan kusimpan perasaan ajaib ini. Akan kuluapkan untukmu setelah akad menghalalkan kita.’ (Monolog Qani'ah Syumaila dalam novel Cinta High Class) 

*********
Adik: Ayah apa khabar?
Kakak: Macam tu la.. Dia takmau p spital jugak. Sakit tu dah kurang ckit tapi makan tak lalu g. ayah tak mau cakap ngan mu sebab setiap kali mu tepong ja suruh dia g spital.
Adik: Pelik la ayah tu. Nak anak dia jadi doktor tapi takot ngan doktor..
Kakak: haha


3 hari kemudian......
Adik: Assalamualaikum mak
Ayah :Waalaikumussalam...(ayah jawab)
Adik: hello ayah. dah sihat ka?
Ayah: Macam tu la..
Adik: Ayah kat mana ni?
Ayah:kat spital. Lam Wah EE.
Adik: spital??? (Alhamdulillah, akhirnya)


Syafakallah, ya abi..

...........................................................................................................................


Buku Seven Habits of Highly Effective People yang digenggam erat sudah terlepas dari tangan. Mata hampir-hampir terkatup. Mengantuknya, getus hati kecil Sarah. Jam di dinding menunjukkan pukul 8.00 pagi. Masih awal lagi. Sarah bangun merenggangkan lenguh-lenguh badan gara-gara sejam berteleku terperuk di satu sudut biliknya yang sempit itu. Buku diletakkan di atas meja jepun bersebelahan dengan katil. Matanya meliar sekitar bilik, kalau-kalau ada benda yang mencacatkan pandangan. Sarah pantang sekali kalau biliknya itu dibiar bersepah dan tidak berkemas.

Selesai membetulkan cadar yang sedikit comot, dia melangkah ke bilik air untuk berwuduk seterusnya solat Dhuha. Solat Dhuha menjadi antara amalan harian yang diamalkan oleh Sarah semenjak 2 tahun kebelakangan ini. Dia teringat pertemuannya dengan seorang wanita muda di stesen bas 2 tahun lalu.

"Adik ni nak ke mana?" tegur wanita muda disebelahnya yang sejak tadi memandangnya. Mungkin berminat dengan dia.

"erk, oh saya tengah tunggu kawan tapi dari tadi tak nampak batang hidungnya lagi." balas Sarah dalam keadaan agak terkejut dengan teguran wanita itu. Sejak tadi hanya benda-benda yang buruk sahaja muncul di fikirannya tentang wanita itu. Astaghfirullahal 'azim.
Teguran mesra wanita itu membawa kepada perbualan yang semakin rancak antara dia dan wanita itu.

"Akak, saya nak tanya sikit boleh?" tanya Sarah malu-malu.

" Ish kenapa pulak tak boleh tanya . Kalau akak boleh jawab, akak jawab. Kalau tak boleh jawab no komen akak jawab." jawab wanita itu dalam nada bergurau. Wanita itu tidak pernah tidak menitipkan senyuman di bibirnya setiap saat. Sarah terpesona dengan wajah yang sungguh ceria dan sentiasa dihiasi dengan senyuman manis. Alangkah bahagia seorang suami melihat wajah isterinya yang umpama sekuntum mawar mekar. Subhanallah.

" Tadi akak kata umur akak 35 tahun kan. Tapi muka akak nampak lagi muda daripada usia akak yang sebenar. Akak ada apa-apa rahsia ke untuk kekal awet muda. Kot-kot la ada makan supplement ke, apa ke?" Sarah lancar sekali melontarkan persoalan yang terbuku dalam hati sejak tadi lagi.

" Ye ke? Akak tak ada apa-apa rahsia la. Akak tak de la pulak ambik apa-apa supplement atau ubat-ubat tambahan. Ni semua kurniaan daripada Allah. Alhamdulillah." jawab wanita jujur.

" Betul akak tak ada apa-apa petua? MasyaALLAH. Subhanallah." Sarah kagum. Sungguh Allah itu Maha Hebat. Manusia dicipta dengan begitu sempurna. Allah berfirman dalan Surah At-Tin yang bermaksud,

"Sungguh Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya." (95:4)

" Cuma akak nasihatkan adik untuk istiqamah buat solat Dhuha. InsyaALLAH banyak fadilatnya, untuk murah rezeki, kesenangan hidup dan banyak lagi." balas wanita itu lagi.

Kringggg.Kringggg.Lamunan Sarah terhenti. Jam loceng di atas meja belajarnya berbunyi nyaring tanda sudah 10 minit berlalu. Sarah masih tercegat di depan bilik air. Sejuk pagi yang mencengkam hampir-hampir melumpuhkan niatnya untuk berwuduk. Tambahan pula, pemanas air sudah 2 minggu rosak dan masih belum sempat untuk dibaiki.

Sarah segera berwuduk dan menunaikan solat Dhuha. Usai solat, dia mencapai Al-Quran di rak buku dan terus membacanya sambil meneliti maksud ayat yang dibacanya. Surah Al-Kahfi menjadi pilihan Sarah bersempena dengan hari Jumaat yang penuh barakah itu. Surah Al-Kahfi antara sunnah yang Nabi Muhammad amalkan pada penghulu segala hari ( Sayyidul Ayyam) selain amalan-amalan yang lain.

Suara merdu Sarah mengalun ayat-ayat suci Al-Quran memecah kesunyian Beit Raudhatul Sakinah. 3 orang ahli rumah Sarah bermalam di rumah sahabat-sahabat yang lain. Kirah, junior yang satu-satunya tinggal bersama mereka pula masih berselimut di dalam bilik, masih penat gara-gara program batchnya yang habis lewat malam tadi.

Sedang Sarah menghabiskan ayat terakhir Surah Al-Kahfi, telefon bimbit Samsungnya berbunyi, tanda ada panggilan masuk. Nama Ummu Umair tertera di skrin telefonnya itu.
Tidak semena-mena jantung Sarah berdegup kencang.....

bersambung..............

cover photo Novel terbaru dari Blog Fatimah Syarha


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


''ANDAI HARI INI AKU DIMAKAMKAN"






''ANDAI HARI INI AKU DIMAKAMKAN"
( Renungan untukku ,untukmu dan untuk kita semua )

Hari ini ku mati,
Perlahan...
Tubuhku ditutup tanah.
Perlahan...
Semua pergi meninggalkanku...

Masih terdengar jelas langkah² terakhir mereka,
Aku sendirian,
Di tempat gelap yg tak pernah terbayang,
Sendiri,
Menunggu pertanyaan malaikat...

Belahan hati,
Belahan jiwa pun pergi.
Apa lagi sekedar kawan dekat atau orang lain.
Aku bukan siapa² lagi bagi mereka...

Sanak keluarga menangis,
Sangat pedih,
Aku pun demikian,
Tak kalah sedih...

Tetapi aku tetap sendiri,
Disini, menunggu perhitungan.
Menyesal sudah tak mungkin.
Tobat tak lagi dianggap,
Dan maaf pun tak bakal didengar,
Aku benar² harus sendiri...

Ya ALLAH ,,
Jika Engkau beri aku 1 lagi kesempatan,
Jika Engkau pinjamkan lagi beberapa hari milikMU,
Untuk aku perbaiki diriku,
Aku ingin memohon maaf pada mereka...

Yg selama ini telah merasakan zalimku,
Yg selama ini sengsara karena aku,
Tersakiti karena aku...

Aku akan kembalikan jika ada harta kotor ini yg telah kukumpulkan,
Yg bahkan kumakan,
Yaa ALLAH Beri lagi aku beberapa hari milik-Mu,
Untuk berbakti kepada ayah & ibu tercinta...

Teringat kata² kasar & keras yg menyakitkn hati mereka,
Maafkan aku ayah & ibu, mengapa tak kusadari betapa besar kasih sayangmu,

Beri juga ya ALLAH aku waktu untuk berkumpul dgn keluargaku,
Menyenangkan saudara²ku..
Untuk sungguh² beramal soleh.

Aku sungguh ingin bersujud dihadapan-Mu lebih lama lagi..
Begitu menyesal diri ini.
Kesenangan yg pernah kuraih dulu,
Tak ada artinya sama sekali...

Mengapa kusia²kan waktu hidup yg hanya sekali itu...?
Andai aku bisa putar ulang waktu itu...

Aku dimakamkan hari ini,
Dan ketika semua menjadi tak termaafkan,
Dan ketika semua menjadi terlambat,
Dan ketika aku harus sendiri...
Untuk waktu yg tak terbayangkan sampai yaumul hisab & dikumpulkan di Padang Masyar...

Ya RABB sampaikan salamku untuk sahabatku yang selalu mengingatkanku akan hari terakhirku didunia





Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


TULANG RUSUK TAKKAN TERTUKAR




“ana akan ta’aruf dengan ukhti beberapa tahun lagi, ketika ukhti sudah lulus”

“untuk apa antum katakan itu sekarang akhi?… Jika belum siap adalah jawabannya,lalu mengapa harus antum katakan rencana tersebut pada ana? Tak tahu kah antum,kalimat itu menggoyahkan kekukuhan iman yg susah payah ana bangun.”

Ketika antum mengatakan: “ana ingin jaga hati ana untuk ta’aruf dengan ukhti nanti”

“Lantas,apakah dengan antum berkata seperti itu,lalu cara antum yg sering menelefon ana itu tidak bererti mengotori hati?. Antum memang sudah seharusnya menjaga hati, hingga tiba saatnya nanti untuk antum berikan seutuhnya kepada wanita yg berhak.”

Ketika antum mengatakan: “hati hati, di sana..jaga diri baik baik..”

“Bukannya ana tidak suka di perhatikan dan di jaga,tapi cukuplah Allah yg akan menjaga ana..Bukankah Allah adalah sebaik-baik Pelindung?”

Ketika antum mengatakan: “ana harap ukhti tidak ta’aruf dengan orang lain sebelum ana”

ana tidak bisa menjanjikan apapun,kerana ana tidak tau apa yg akan terjadi nanti..

Sebuah ibrah,

Wahai akhwat,jika datang kepadamu laki-laki baik-baik yang melamarmu,maka boleh jadi dialah jodohmumu.

Wahai ikhwan,jika gadis pujaanmu telah dikhitbah laki-laki lain,maka ikhlaskanlah. Boleh jadi dia bukanlah bidadarimu.

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26) Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah laki-laki yang sholeh, jadilah wanita yang sholehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Aamiin.

Maka jika nantinya kita tidak berjodoh,mungkin ana tak cukup baik untukmu,pasti ada wanita lain yg lebih baik untukmu..Dan yakinlah,jika memang ana adalah pasangan dari tulang rusukmu,maka tanpa antum minta untuk tidak ta’aruf dgn orang lainpun,ana akan tetap menjadi pendampingmu...

kerana ana yakin TULANG RUSUK TAKKAN TERTUKAR..


********
DOA DALAM PENANTIAN

Ya Rabb...
Jauhkan lelah ini dari hatiku,
isi kembali hanya dengan kesabaran karena keyakinanku akan janji-Mu..
Jagalah Bunga ini agar tiada pernah layu menanti sang Kumbang..
Tetap terjaga indah dalam Kesucian hati dan jiwa..
Tetap tak tersentuh oleh sembarang kumbang yang tak halal baginya..

Andai ada cinta...
Ingin kubenamkan dihati, ku ingin mencintainya dalam diam tanpa harus ku umbar rasaku sebelum Engkau ikatkan hatiku dan hatinya dalam kesucian cinta-Mu..

Ya Rabb...
Tak kupinta dia untuk sempurna..
Tapi jadikan kami sempurna 'tuk saling mengisi kekurangan kami..
Tak kupinta dia datang dengan kesombongan atas apa yang diraihnya..
Tapi datangkan ia dengan ketulusan cinta hanya karena-Mu
Agar kudapatkan kebaikan dunia, Agama dan akhiratku..

Aamiin ya Rabbal'alamin..


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Tulang rusuk Adam yang hilang,biarlah dia yang mencarinya sendiri





Assalamu'alaikum..

Wanita solehah RELA stoking kakinya BASAH terkena air yang melimpah daripada TERKENA PERCIKKAN API NERAKA.Wanita solehah RELA berpanas memakai jubah MENUTUP segala aurat yg DIJAGA daripada berendam dalam LAUTAN NERAKA.Wanita solehah RELA rambutnya disimpan RAPI terpelihara & TUDUNG labuh ke bawah dada daripada DIGANTUNG rambutnya sehingga MENDIDIH OTAK derita.Wanita dicipta bukan utk dikagumi banyak lelaki,Tapi utk seorang lelaki bernama Suami.


Tulang rusuk Adam yang hilang,biarlah dia yang mencarinya sendiri.Hawa pula,TUNGGU & BERSABAR,tak perlulah kamu yang mencari Adam.Kerana kamu tetap Tulang Rusuknya yang Hilang,dia akan datang Mencari & Mengambilmu satu hari nanti.Apa yang boleh kamu usahakan Hawa ialah berDOA berusaha agar Adam yang datang itu adalah Adam yang berAGAMA,berAMAL dengan agamanya dan punya AKHLAK yang BAIK.Dengan kata lain dapat Membimbing kamu ke Jalan yang Lurus untuk ke Syurga-NYA.


bila yg dirindu belum merindukan maka kuserahkan rindu ini kepada-Mu sang Ilahi,bila yg dicinta belum juga mencintai maka ku titipkan cinta itu pada-Mu Sang Pemberi Cinta,bila yg dinanti belum ada disisi maka ku akan bersabar pada ketetapan-Mu Sang Ilahi.Engkau telah menetapkan segalanya sebelum bumi tercipta,maka ku akan bersabar n berikhtiar dalam kesendirian serta bertawakkal dlm penantian ini..


Apakah yang lebih bernilai dari REDHA ALLAH? dari RAHMAT ALLAH? dari KETENANGAN daripada ALLAH? dari perasaan KEINDAHAN hanya dengan 'BERSAMA' ALLAH?

Insya ALLAH, kamu, kita semua akan ketemu ‘keindahan’ itu…jika kerana ALLAH...percayalah…

Aamiin Ya Rabbal Alamin


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


10 perkara yang dikekalkan oleh Allah pada Kiamat







10 perkara yang dikekalkan oleh Allah pada Kiamat

Setiap jasad kita akan hancur luluh di perut bumi. Alam sarwa jagat ini akhirnya akan dimusnahkan oleh Allah apabila sampai masa dan ketikanya. Kehancuran alam semesta ini di namakan kiamat.

Namun begitu ada 10 kejadian Allah yang tidak akan di binasakan oleh Allah pada hari kiamat kelak

1-Roh - Manusia hidup kerana memiliki roh. Apabila roh ini keluar maka matilah jasad. Roh tidak akan binasa kerana ia akan disoal di hadapan Allah kelak.

2-Tulang sulbi manusia sebesar biji sawi. Ia akan terus kekal sehingga manusia di bangkitkan semula

3-Jenazah para nabi dan rasul-rasul tetap kekal dipelihara Allah

4-Jenazah para syuhada kekal keadaannya hingga hari kebangkitan

5-Kursiy

6-Loh Mahfuz

7-Qalam

8-Arasy

9-Syurga

10-Neraka



fikirkan..


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


10 Mayat Tetap Segar Bersemadi..










10 Mayat Tetap Segar Bersemadi..

Disebutkan oleh hadis Rasulullah SAW bahwa sepuluh orang yang mayat nya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam keadaan tubuh asal pada hari Qiamat :

1. Para Nabi-Nabi
2. Para Ahli Jihad Fi Sabilillah
3. Para Alim Ulama Menegakkan Kalimah Allah.
4. Para Syuhada sentiasa memperjuangkan Islam.
5. Para Penghafal Al Quran dan Beramal dengan Al-Quran.
6. Imam atau Pemimpin yang Adil dalam menegak Syariat Allah.
7. Tukang Azan yang tidak meminta habuan.
8. Wanita yang mati semasa melahirkan anak serta sentiasa TAAT pada perintah Allah.
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya kerana mempertahan Maruah dan Agama.
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman yang sentiasa menjaga hukum agama semasa hidup di atas dunia.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


SEGMEN : JOM TINGKATKAN FOLLOWER DAN TRAFIK BLOG




ASSALAMMUALAIKUM...

NAK JOIN ENTRY NIE..  terus ke link nie..

TARIKH LUPUT ADALAH besok 25 hb April.... 

JOM tambah ukhwah ..!

kbai


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Tolong saya Pilih Yang mana??





Situasi:

Anda ternampak seorang budak Tecik; lelaki yang terbaring
di tengah jalan sambil mengerang kesakitan. Tulang tangannya
patah akibat terlanggar tiang lampu jalan.

Apakah tindakan anda untuk menyelamatkan budak tersebut?


A. Heret budak tersebut ke balai polis berdekatan

B. Pinjamkan 10 sen kepada budak tersebut, suruh dia
pergi telefon ambulan datang ambik

C. Merakamkan insiden tersebut dengan kamera
handphone supaya dapat dihantar ke slot akhbar
seperti di NST

D. Menyedekahkan senyuman kepada budak tersebut
bagi membantu meringankan beban kesakitan
yang dihadapinya

Sila kemukakan jawapan anda dan berikan alasan untuk jawapan
tersebut.

Peringatan:

Dilarang memberikan pilihan jawapan tambahan sebegini;

E. Berdoa dan bertawakal

[Alasan: Mana boleh doa dan tawakal sebelum berusaha. Ini sikap
golongan pemalas. Ummat tak boleh maju kalau salah erti tawakal]

okeh!


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Ayah Pin kini lumpuh seluruh badan?







Ayah Pin kini lumpuh seluruh badan?

Berita terbaru yang ana terima yang di kirim dalam Dunia islam menegaskan bahawa kini ayah pin mengalami lumpuh seluruh badan dan terpaksa mendapat rawatan tradisional di Bachok, Kelantan untuk memulihkan kembali kesihatannya.

Ajaran Ayah Pin yang menggemparkan dunia Islam dengan mendakwa dia sebagai wakil Tuhan untuk semua agama telah berjaya mengumpul pengikut yang taasub padanya lebih kurang 3 ribu. Mungkin jika benar berita ini ia mungkin suatu kafarah dari Allah swt di atas kesesatannya.

Semoga Allah SWT memberi hidayah kepadanya dan kembali kepangkal jalan


( Ahli Sunnah Wal Jamaah ).


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Binalah 'couple' yang dihalalkan oleh Allah.





» Bicara itu mampu menggores luka,
❝..Bila menyindir penuh makna..❞
» Bicara itu mampu menjadi racun,
❝..Andai disalur menjadi fitnah..❞
» Bicara itu mampu menikam tajam, 
❝..Kala dihunus bersulam dendam..❞
-----------------------------


❝ Dan orang-orang yang menyakiti orang-orang mukmin dan mukminah tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka sesungguhnya mereka telah memikul kebohongan dan dosa yang nyata. ❞ - [Al Ahzab : 58]


isbir.
be patient.
Ya Allah, 
bersabarlah !


:: DIA Maha Mengetahui :: 






ketahuilah semua bahawa syariat islam itu indah jika diamalkan dengan ikhlas .


Dan sesungguhnya tiada cinta yang lebih indah melainkan cinta kita kepada Rabbul Izati.Dan ingatlah bahawa 'no couple untill akad'.


Binalah 'couple' yang dihalalkan oleh Allah. "


-----------------------------------------------


ツ theChoiceIsInYourHand.perlu-ke-couple?
takperlulah. ^___^




notakaki*tabaginofondituduhmunafik! 
Yang sesat ramai... yang mengaku benar juga ramai...Jadi? jagalah dirimu baik2... wahai muslimah:)


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Giveaway 1st Anniversary Blog Eyryn Bercerita & Jejari Bercherita.





maceh naa ana dah di tag oleh  CIK VIOLET


senarai cik /encik /puan/tuan penaja

DUNIA SEBENAR SHIDA - Blog & Fanpage

CERITA LADIES PURPLE - Blog

MACAM-MACAM ADA - Blog

FATMA FAZIRA - Blog & Photo, Photo

SHAWLSTOLOVE - Fanpage

B TO B COLLECTION - Blog & Fanpage

LOVEBAG LOVEBAG - Blog & Fanpage

DE CLOSETTE - Blog & Fanpage

GADIS LIMITED SHOPPE - Blog & Fanpage

BEADXELS LOVERS - Fanpage

HEALTHY BEAUTY - Blog & Fanpage (DIWAJIBKAN LETAK LINK SPONSOR INI DISIDEBAR)

DRESS YOUR AGE - Fanpage

IZARA FOREVER - Blog

NURUL'S BLOGSHOP - Blog & Fanpage

HEART INSPIRATION (BOUTIQUE) - Blog & Fanpage

WARDROBE COLLECTION - Fanpage

DORK DIARIES - Blog

MISS K COLLECTION SHOP - Fanpage

AZRIEY - Blog & Fanpage

MY LIFE ME - Blog & Fanpage

LADY ZAZA COLLECTION - Fanpage

MURAH-MURAH - Blog & Fanpage

SURAIYA - Blog & Twitter

AMIR - Fanpage & Fanpage

SYUHADA SALLEH - Blog & SINI & SINI

HARUNO HANA- Blog

NANA KIMIE - Blog

MEE - Blog & Fanpage

NURLISA AFHA - Blog

ERAH EMPUNYA STORY - Blog, Twitter, Twitter, Fanpage

AIMIE CHAN NAGA - Blog, Fanpage, Fanpage, SINI

CIK HONEYBEE - Blog & Fanpage


anda ana tag tahu...



okebai~


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Mati hidup Semula








Benarkah nabi Isa satu-satunya nabi yang boleh menghidupkan orang mati?

Jika kita tanyakan kepada penganut kristian apakah keistimewaan Isa (Jesus) sehinggakan mereka menolak kerasulan nabi Mohammad saw. Jawapan mereka mudah kerana Jesus dapat menghidupkan orang mati. Tidak ada yang dapat melakukannya melainkan Tuhan Allah) Justeru mereka meletakkan Nabi Isa itu adalah anak Allah.

Cuba kita rujuk Al-Quran di sana terdapat 3 orang lagi yang diberi keistimewaan oleh Allah boleh menghidupkan orang yang telah mati mereka ialah
1-Nabi Allah Ibrahim a.s
11-Nabi Musa a.s
111-Seorang pemuda yg tak disebutkan namanya

1-Nabi Ibrahim a.s
Ketika nabi Ibrahim berkata ' Wahai Tuhanku perlihatkanlah kpdku bagaimana Engkau menghidupkan orang yg telah mati? Allah berfirman "belum yakinkah kamu? Ibrahim menjawab "Aku telah meyakinkan akan tetapi agar hatiku tetap yakin. Allah berfirman "Ambillah empat ekor burung,lalu cincanglah semuanya olehmu. Lalu diletakkan di atas tiap-tiap satu bukit satu bahagian dari bahagian-bahagian itu. Kemudian serulah mereka...nescaya mereka akan datang kpdmu dengan segera. Dan...ketahuilah Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (mafhum Surah Al-Baqarah ayat 260

Jelasnya Nabi Ibrahim a.s berdoa pada Allah dan Allah memaqbulkan doa Nabi nya. sehingga burung yang sudah dicebiskan dagingnya boleh hidup kembali. Jadi yang menghidupkan dan mematikannya adalah Allah swt. Tetapi kenapa penganut kristian tidak menganggap Nabi Ibrahim sebagai Tuhan?

2-Nabi Musa
Allah bertfirman dalam surah Al-baqarah ayat 73 yang mafhumnya "Pukullah mayat itu dengan sebahagian anggota sapi betina..Demikianlah All;ah menghidupkan kembali orang-orang yg telah mati dan...memperlihatkan kepadamu tanda-tanda kekuasaan-Nya agar kamu mengerti

Sekali lagi kita boleh persoalkan kenapa kristian tidak memperakui bahawa Nabi Musa juga Tuhan kerana boleh menghidupkan orang mati sepertimana yg diperintahkan Allah sebagaimana Nabi Isa

3-Seorang pemuda yang tak disebut namanya dalam Al-Quran tetapi dalam riwayat menyebut pemuda itu adalah nabi Uzair

Dalam Surah Al-Baqarah ayat 259 mafhumnya 'Atau apakah orang yg melalui satu negeri yg temboknya telah roboh menutup atapnya. Dia berkata "bagaimana Allah menghidupkan kembali negeri ini setelah hancur? maka Allah memetikan orang itu seatus tahun kemudian menghidupkannya kembali lalu Allah bertanya 'berapa lamakah kamu tinggal di sini? Ia menjawap "Saya tinggal di sini selama sehari atau setengah hari" Allah berfirman "Sebenarnya kamu tinggalan di sini seratus tahun. lihatlah makanan dan minumanmu yg belum lagi berubah dan lihatlah kepada kaldai kamu. kami akan menjadikan kamu tanda kekuasaan kami bagi manusia dan lihatlah kepada tulang belulang keldai itu , kemudian kami menyusunnya kembali. kemudian kami membalutnya dgn daging 'maka tatkala telah nyata kpdnya, diapun berkata "saya yakin bahawa Allah Maha Berkuasa di atas segala sesuatu.

Ada segolongan ummat, yang berkata jika Nabi Isa itu "Tuhan" krn dia dapat bangkit hidup lagi setelah 3 hari meninggal, tapi jika kita perhatikan, pemuda ini pun dimatikan oleh Allah selama 100 tahun, tidak cuma 3 hari, lalu dibangkitkan lagi setelah 100 tahun.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Insan Mulia Yang Telah Mengislamkan 5 Juta Orang Penduduk Dunia..!









 





Insan Mulia Yang Telah Mengislamkan 5 Juta Orang Penduduk Dunia..!

Insan ini telah mengislamkan 5 juta orang di 40 buah negara dalam tempoh 30 tahun. Ianya bukan khayalan, sehingga sekarang beliau masih berdakwah di Jalan Allah SWT di Afrika.

Beliau adalah Dr.Abdul Rahman As-Samit, doktor dan pendakwah dari Kuwait, Pengarah Pusat Dakwah ( photo ). Beliau menghabiskan masa di benua Afrika untuk berdakwah bersama beliau ribuan pegawai dakwah bergerak cergas.

114 Juta Dolar diderma kepada Muslimin Holand.

Menghimpun derma sebanyak 41 Juta Dolar tetapi membelanjakan 300 Juta Dolar dalam perlaksanaan projek-projek dakwah.

Kejayaan yang telah Beliau bina:
~Melantik 3288 Pegawai Dakwah.
~Membina 12 Ribu Masjid.
~Memelihara 9500 orang anak yatim.
~Mengali perigi dan membina 2750 kemudahan air.
~160 Ribu tan makanan, ubat-ubatan dan pakaian
~51 Ribu juta buah Al-Quran telah didermakan.
~Membina 102 Pusat Islam.
~Mengadakan 1450 kursus untuk guru dan imam-imam.
~Menanggung yuran seramai 95 ribu pelajar Islam yang miskin.
~Membina 200 Pusat Kemahiran Untuk Wanita.

Apakah ada insan di Malaysia yang sanggup berdakwah di Jalan Allah SWT sebegini?

Mampukah mereka menangung perbelanjaan pendakwah seramai 3288 orang selama 30 tahun?

apa yang ada di Malaysia………………???

Masjid dan surau yang kosong….

Disco dan minuman syaitan bertaburan…

anak zina lahir setiap hari..

Bertaubatlah, wahai semua.. dosa yang anda lakukan tidak melemahkan Allah SWT untuk mengazab anda , walau sebanyak mana dosa pun.. Pasti Allah SWT mampu mengazabnya dengan setimpal serta tidak akan kurang walau dosa sebesar zarah pasti menerima balasannya. Allah SWT Maha Adil dalam semua perbuatanNya.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Bungkus Nasi Lemak Dengan Al Quran..








Kerja Jahat...Bungkus Nasi Lemak Dengan Al Quran..


Beginilah sikap jahilnya umat dinegara ini,sehingga sanggup menghina ayat-ayat
Allah dengan sebegini rupa..mengapakah mereka sejahil ini..???

Jawapannya pada sepotong hadis yang mafhumnya :.Rasulullah bersabda "Terdapat Dua golongan,sekiranya baik golongan ini maka baiklah ummah,sekiranya jahat dua golongan ini maka rosaklah ummah,iaitu Ulamak dan Umarak (Pemerintah)"


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


... Mak dan Abah doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat…..






Bersangka baiklah...

mungkin kebencian pada sesuatu boleh membawa kebaikan kepada dirimu..

Ketika saya menatap Al-Quran di malam yang hening saya melihat satu ayat al-Quran yang mafhumnya "....kamu membenci sesuatu perkara tetapi ia mendatangkan kebaikan kepada kamu...dan kamu menyukai sesuatu perkara tetapi akhirnya mendatangkan keburukan kepada kamu"

Termenung saya sambil bertafakur kerana ada benarnya ayat ini. Kita menyayangi dan menyukai pelajar yang baik...pandai..rajin dan sebaliknya tak suka serta benci dengan pelajar yang bodoh culas dan malas. Tetapi pengalaman saya melihat pelajar yang kita didik dengan kasih sayang inilah yang buat-buat tak kenal kita apabila mereka sudah dewasa berkerjaya dan sudah berjawatan tinggi.

Sedangkan pelajar yang asyik kena marah dengan kita kerana sering tak siapkan kerja sekolah itulah yg sering menegur sapa kita meskipun kita dah tak kenal mereka. Suatu ketika saya ke pasar minggu dan singgah untuk beli ikan basah. Tiba-tiba seorang anak muda menegur saya "Ustaz tak kenal saya ke..?saya murid ustaz..terimakasih kerana mengajar saya. Ustaz dah mai kat gerai saya ni..hari ini saya bagi free...tak payah bayar ... ustaz ambiklah mana ikan yg ustaz teringin" Terkedu juga saya dibuat,budak yang dulu sering kena marah dengan saya tetapi kini amat beradab dan menghormati bekas gurunya.

Dalam bab yg lain,mungkin juga berlaku pada anak-anak kita. Sewajarnya kita tidak pilih kasih kerana kisah yg saya paparkan dibawah mungkin boleh menyentuh hati kita setidak-tidak memberi sedikit keinsafan pada kita insyaallah.

Bukan dia membeza-bezakan anak-anaknya, tapi hati tuanya cepat benar panas bila berhadapan dengan Intan. Sikap degil dan tak mahu mendengar kata anaknya itu menyebabkan dia geram. Sudahlah malas belajar, tidak seperti Muaz Dan Balkis yang berjaya memiliki ijazah. Kalau ditegur sepatah, sepuluh patah tidak menjawab. Masih Pak Uwei ingat gara-gara sikap keras kepala Intan untuk bekerja kilang, mereka bertengkar besar tiga tahun lalu. Kini hubungan mereka seperti orang asing.

“Abah tak setuju kau nak kerja kilang kat KL TU. Abah mahu kau sambung belajar lagi.” Pak Uwei tidak bersetuju dengan niat Intan yang hendak bekerja kilang.

“Intan dah tak minat nak belajar lagi abah, biarlah Intan kerja kilang. Kerja kilang pun bukannya haram.” Bantah Intan menaikkan darah Pak Uwei.

“Aku suruh kau belajar kau tak nak, kau nak kerja kilang. Kau tak tengok berapa ramai anak gadis yang rosak akhlak kerja kilang duk kat KL jauh dari mak bapak, bolehlah buat apa yang kau sukakan. Kau nak bebas macam tu?”

“Itulah Abah, selalu nampak yang buruk aje. Bukan semua yang kerja kilang duk kat KL tu jahat Abah. Kerja apa Dan kat mana pun sama aje, pokok pangkalnya hati. Kalau nak buat jahat dalam rumah pun boleh Abah.” Intan Cuba membuat Abahnya faham.

“Kenapalah kau seorang in lain benar dari abang dari kakak kau. Cuba kau tengok Balkis Tu, tak pernah dia membantah cakap bukan macam kau in!”

“Intan memang tak sama dengan Kak Balkis, Abah. Intan suka berterus-terang, kalau tak kena Intan cakap depan-depan, bukan membebel kat belakang,” balas Intan selamba menyemarakkan bara dalam dada Abahnya.

“Anak tak mendengar kata, ikut suka kaulah. Kalau kau nak pergi, pergi….. Aku dah tak larat nak larang. Nak terlentang ke, telangkup ke, gasak kaulah.”

“Kau buat apa yang kau suka, aku tak nak ambil tahu lagi!” Sejak kejadian itu, Pak Uwei memang tidak mempedulikan langsung apa yang Intan nak buat. Namun begitu, Intan tetap pulang setiap kali cuti. Dia bersikap selamba biarpun abahnya tidak mempedulikannya.

Intan selalu menghulur duit, tapi hanya kepada maknya sahaja. Riang hati Pak Uwei bukan kepalang bila anak-anaknya pulang, tambahan pula dia sudah rindu dengan cucu-cucunya. Malam itu, selesai menikmati makan malam dan berjemaah sembahyang Isyak, mereka duduk berborak di ruang tamu.

“Sebenarnya ayah suruh kau orang balik ni ada hajat sikit,” Pak Uwei memulakan bicara. “Hajat apa pula Abah?” tanya Muaz yang duduk di sebelahnya.

“Abah dan Mak kau nak ke Mekah, nama dah ada dalam senarai. Memandangkan bahagian Mak kau masih belum cukup lagi, abah nak minta kau dan Balkis bantu sikit. Tak banyak, dua ribu seorang cukuplah,” Pak Uwei mengutarakan hasratnya.

“Boleh tu boleh Abah, tapi kena tunggu sebulan dua lagi. Az baru je keluarkan wang simpanan buat duit muka beli rumah. Sebulan dua lagi bolehlah Az ikhtiarkan,” ujar Muaz. “Tapi…… Pegawai Tabung Haji tu minta bayaran dibuat segera selewat-lewatnya minggu depan.”

“Kalau dalam seminggu dua ni Abah, memang rasanya tak dapat. Paling tidak pun cukup bulan ni. Nak cukupkan duit muka tu pun habis duit simpanan budak-budak ni Az keluarkan,” jawab Muaz serba salah.

“Kau beli rumah lagi, rumah yang ada tu kau nak buat apa?” tanya Pak Uwei melindungi kekecewaannya.

“Rumah baru tu besar sikit Abah. Selesalah buat kami sebab budak-budak tu pun dah besar, masing-masing nak bilik sendiri. Lagipun beli rumah tak rugi Abah, pelaburan masa depan juga,” sampuk Mira isteri Muaz.

Pak Uwei terdiam, harapannya kini cuma pada Balkis. “Kamu macam mana Kis, boleh tolong Abah? Nanti Abah bayarlah balik duit kamu tu bila ada rezeki berbuah durian kat dusun kita tu nanti,” Pak Uwei berpaling pada Balkis.

“Kis pun rasanya tak dapat nak tolong Abah. Kis baru aje keluarkan duit simpanan buat menambah modal perniagaan Abang Man. Tengah gawat ni faham ajelah…… ni tak lama lagi nak bersalin nak pakai duit lagi.” Hancur berderai rasa hati Pak Uwei mendengar jawapan Balkis.

“Man bukan tak nak tolong Abah. Kalau nak pinjam duit kad kredit boleh. Tapi yelah, kata orang kalau nak ke Mekah ni tak elok pakai duit pinjaman.”

“Betul kata Man tu Abah. Kalau nak ke Mekah mesti dengan kemampuan sendiri baru elok,” sokong Muaz. Kata-kata Azman dan Muaz bagaikan sembilu yang menikam dada Pak Uwei. Bila dia bertemu pandang dengan Intan, Pak Uwei terasa bagai ditertawakan oleh Intan bila kedua anak yang diharap-harapkan menghampakannya.

“Tak apalah kalau kau orang tak ada duit. Biarlah Abah kau pergi seorang dulu, nanti kalau ada rezeki, Mak pula pergi,” Mak Pah bersuara cuba meredakan keadaan.

“Kalau nak pergi sendiri dah lama saya pergi Pah. Tak payah saya tunggu lama-lama. Kalau Awak tak pergi, biarlah kita sama-sama tak pergi….. dah tak ada rezeki kita nak buat macam mana?” Pak Uwei bangun masuk ke bilik meninggalkan anak-anaknya dengan rasa kesal.

Intan tahu Abahnya benar-benar kecewa. Walaupun orang tua itu tidak menunjukkan rasa kecewanya, tapi Intan faham kecewa Abahnya teramat sangat kerana tidak menduga anak-anak yang selama ini disanjung akan mengecewakannya begitu.

“Anak awak tu tak balik ke?” tanya Pak Uwei pada Mak Pah bila Intan tidak turut serta balik bersama dengan abang dan kakaknya.

“Tak, katanya cuti sampai hari Rabu nanti,” balas Mak Pah sambil mencapai kain selendangnya.

“Nak ke mana pulak tu?” tanya Pak Uwei melihat Mak Pah bersiap-siap.

“Nak ke kedai Long Semah tu nak belikan anak saya kuih lepat ubi kegemarannya.” Sengaja Mak Pah menekan suara bila menyebutnya anaknya. Bukan sekali dua dia menegur sikap Pak Uwei yang gemar membeza-bezakan anak. Pagi Isnin itu selepas bersarapan, Intan bersiap-siap hendak keluar.

“Nak ke mana Intan pagi-pagi dah bersiap ni?”

“Intan ada hal sikit kat bandar mak. Intan pergi dulu ye.”

“Kalau nak ke bandar suruhlah Abah kau tu hantarkan,” suruh Mak Pah.

“Tak payah mak, Intan nak pergi banyak tempat ni. Nanti bising pula Abah tu. Intan pergi dulu.” Mak Pah menggeleng memerhatikan Intan berlalu. Kadangkala sedih hatinya melihat sikap suaminya yang keras hati membuat anaknya itu menyisihkan diri.

Ketika Intan pulang dari bandar tengah hari itu, mak dan abahnya sedang menikmati juadah tengah hari.

“Kau ni Tan buat benda apa lama benar kat bandar tu? Mari makan sama. Ni Abah kau ada beli ikan baung salai, mak masak lemak cili api.”

“Ingat lagi Abah lauk kegemaran Intan rupanya,” usik Intan tak bertangguh mencapai pinggan.

“Mak Bapak memang tak pernah lupakan anak-anak, cuma anak-anak aje yang lupakan mak bapak,” jawap Pak Uwei sinis. Intan tersenyum pahit. Selesai mengemas pinggan mangkuk, Intan menunaikan solat Zohor, kemudian dia mendapatkan mak dan abahnya yang sedang duduk di ruang tamu. Abahnya sedan membaca suratkhabar. Mak Pah pula melipat kain.

“Mak, Abah….. Intan ada hal sikit nak cakap ni….,” ujar Intan menghampiri mereka. Pak Uwei menurunkan suratkhabar yang dipegangnya., kemudian menanggalkan cermin mata yang digunakan untuk membaca.

“Apa hal….. kamu nak kahwin ke?” soal Pak Uwei merenung Intan. Tawa Intan meledak tiba-tiba mendengar soalan abahnya. Melihat Intan tergelak besar, Pak Uwei turut tertawa. Mak Pah pun tergelak sama, riang rasa hatinya melihat kemesraan yang hilang dulu mula menyatu.

“Abah ni…… ke situ pulak….”

“Habis tu?”

“Ini….. kad Tabung Haji Mak. Tadi Intan ambil dalam laci tu. Yang ini resit memasukkan duit ke akaun Mak. Semuanya Intan dah uruskan. Dan ini dua ribu untuk buat duit kocek Mak dan Abah. Yang dua ratus lagi ni untuk buat kenduri doa selamat sebelum berangkat nanti.” Intan memasukkan duit itu dalam genggaman Pak Uwei.

“Apa???” Pak Uwei terkejut. Matanya merenung Intan dan duit ditangannya bagai tidak percaya.

“Ini duit simpanan Intan sejak mula bekerja dulu. Duit hasil titik peluh Intan yang halal Abah, terimalah. Selama ini Intan banyak kali kecewakan Abah. Intan tak pernah dapat membahagiakan hati Abah. Selama ini pun Intan selalu sangat rasa kalah pada Abang Az dan Kak Balkis. Intan tak cantik dan baik macam Kak Balkis, apatah lagi bijak seperti mereka. Intan tahu Abah selalu kecewa dengan Intan. Hanya kali ini Intan dapat tunaikan hasrat Abah.”

“Dah banyak kali Abah tangguhkan hasrat nak naik haji. Dulu kerana Kak Balkis nak kahwin, lepas tu mak pulak tak sihat. Sekarang ni masa yang sesuai. Intan harap Abah sudi terima pemberian Intan,” tutur Intan perlahan memerhatikan air mata menuruni pipi abahnya yang sudah berkedut dimamah usia.

“Terima kasih Intan. Malu rasanya Abah nak ambil duit kamu…… dulu Abah selalu bangga dengan Balkis dan Muaz yang memegang jawatan tinggi, tapi akhirnya anak Abah yang kerja kilang yang membantu Abah,” luah Pak Uwei sambil mengesat air mata terharu atas keluhuran hati anak yang selama ini dimusuhinya.

“Sudahlah Abah. Yang lepas itu tak usahlah kita ungkit-ungkit lagi. Intan gembira Abah sudi terima pemberian Intan.”

“Pemberian kau ni terlalu terlerai bagi Abah dan Mak kau Intan….,” ujar Pak Uwei. Intan peluk abahnya erat.

“Hah……tulah, jangan suka memperkecil-kecilkan anak saya ni,” Mak Pah mengusik Pak Uwei sambil mengesat air mata penuh kesyukuran.

“Mak ni…..,” gelak Intan memandang abahnya yang tersengih. Masa yang ditunggu-tunggu tiba dalam keriuhan sanak saudara yang datang menziarahi Pak Uwei dan Mak Pah. Intan memerhati dengan perasaan gembira bercampur hiba.

“Semua dah siap ke Mak?” tanya Intan menjenguk ke bilik emaknya memerhatikan Mak Pah mengisi barang keperluan semasa di Mekah.

“Dah rasanya…… ada apa-apa yang Intan nak pesan Mak belikan di sana nanti?”

“Tak ada mak. Mak janganlah fikir soal apa yang nak dibeli Mak. Yang penting Mak dapat menunaikan ibadah dengan sempurna.”

“Hah! Awak dengan tu…. Kita ni nak pergi menunaikan ibadah, bukan nak membeli-belah,” tambah Pak Uwei yang turut mendengar perbualan dua beranak itu.

“Intan tak nak Mak dan Abah belikan satu apa pun dari sana. Hanya satu yang Intan mahu, doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat,” pesan Intan sambil memeluk emaknya. Mak Pah dan Pak Uwei berpandangan. Tiba-tiba sebak dengan permintaan Intan itu.

Hanya dua jam lagi kapal terbang akan mendarat di tanah air. Pak Uwei mengerling Mak Pah yang lena di sebelahnya. Dalam keriangan telah menunaikan ibadah haji tanpa sebarang kesulitan, terselit rasa tidak sedap di hati. Perasaan rindu pada anak-anak terutamanya Intan bagai menyentap tangkai hatinya. Pak Uwei terkenangkan mimpinya bertemu Intan di Tanah Suci. Intan tidak berkata sepatah pun, tapi bagai memberitahu yang dia akan pergi jauh.

“Kenapa resah aje ni Bang?” Mak Pah terjaga.

“Entahlah Pah, saya teringat sangat dengan Intan dan anak-anak kita.”

“Sabarlah, dah nak sampai dah ni,” pujuk Mak Pah. Dari jauh lagi Pak Uwei sudah melihat Muaz dan Azman menanti mereka.

“Mak….. Abah…..,” Muaz meraih emaknya dalam pelukan dan kemudian abahnya tanpa dapat menahan air mata menitis laju.

“Mana yang lain ni, kamu berdua aje?” Pak Uwei tertinjau-tinjau mencari wajah Intan.

“Mereka menanti di rumah, Abah,” beritahu Azman suami Balkis sambil mencium tangan Pak Uwei.

“Intan pun tak datang juga ke?” tanya Pak Uwei terasa hampa.

“Awak ni….. kan Man dah kata mereka menunggu di rumah.” Mak Pah menggeleng, dua tiga hari ni nama Intan tak terlepas dari mulut suaminya. Perjalanan tiga jam dari KLIA untuk sampai ke rumah terasa begitu lama oleh Pak Uwei. Mak Pah yang melihat kegelisahan suaminya turut berasa bagai ada yang tak kena.

“Dua tiga malam sebelum balik, Abah kau mengigau terjerit-jerit dia panggil nama Intan. Kalau Intan dengar cerita ni tentu dia gelihati.” cerita Mak Pah pada Muaz dan Azman. Muaz mengerling Azman yang sedang memandu.

“Tentulah Abah ingatkan Intan, sebab Intan yang bagi dia duit,” balas Muaz cuba bergurau walaupun terasa sayu.

“Tapi Abah rasa macam ada yang tak kena aje Az, dalam mimpi Abah tu, Abah nampak Intan macam nak beritahu dia nak pergi jauh. Tapi dia tak bercakap pun, hanya renung Abah. Intan tak ada cakap apa-apa dengan kau Az?”

“Err….. tak ada Abah. Kita berhenti minum dulu Abah, tentu Mak haus,” ajak Azman.

“Tak payah, dah dekat ni. Abah tak sabar nak balik,” tolak Pak Uwei. Azman dan Muaz hanya berpandangan. Sebaik turun dari kereta, Balkis meluru memeluk mereka dengan tangisan. Suara Pak Long Basri yang bertakbir menambah sayu. Semua yang ada menitiskan air mata.

“Mak dengan Abah sihat ke?” tanya Mira setelah bersalaman dengan ibubapa mentuanya.

“Sihat, cuma batuk-batuk aje sikit. Intan mana, dia tak balik ke?” Mak Pah mula berdebar bila Intan tidak kelihatan.

“Naik dulu Ngahnya…….,” suruh Long Semah.

“Intan mana?” Pak Uwei mula hilang sabar bila tak seorang pun memberitahu di mana Intan. Pantas dia memanjat tangga menuju ke bilik Intan. Matanya terpaku pada bekas baru yang terletak di sebelah katil yang bercadar kain batik lepas. Dadanya bergetar.

“Az….. mana Intan? Mana adik kau Az?” tanya Pak Uwei dengan suara yang menggeletar. Badannya terasa lemah, dia berpaut pada tepi pintu.

“Sabar Abah….,” Muaz menggosok belakang abahnya.

“Kenapa Az…….. kenapa?” Mak Pah menurunkan Syazwan, cucunya dari pangkuan dan melangkah laju ke bilik Intan.

“Mak…. Intan dah tak ada Mak,” Balkis tersedu memeluk emaknya yang terduduk lemah. Pak Uwei terkulai tak bermaya menerima berita itu. Mak Pah terus pengsan. Bila dia terjaga dia melihat anak menantu menglilinginya. Pak Uwei duduk di tepi kepalanya.

“Sabarlah Ngah, ini dugaan Allah pada kita. Intan pergi pun dalam keadaan tenang. Barangkali kerana hajatnya nak lihat kamu naik haji dah tertunai,” pujuk Long Semah yang masih belum pulang.

“Intan ada tinggalkan surat untuk kita. Dia memang dah tahu dia tak akan hidup lama. Rupa-rupanya dia menghidap barah otak. Dia minta maaf segala salah silap dan berpesan supaya kita jangan sedih atas pemergiannya. Dia minta kita doakan dia,” Pak Uwei menepuk lembut bahu Mak Pah yang tersedu.

“Bila dia meninggal? Siapa yang mengadap masa nazaknya?” tanya Mak Pah.

“Kami semua ada Mak. Dia begitu tabah menanti detik kematiannya Mak. Sebenarnya dia ajak kami balik ini, katanya nak kemaskan rumah. Mak dan Abah nak balik. Masa sampai tu dia sihat lagi, tiba-tiba malam Khamis tu lepas solat Isyak dia sakit kepala teruk sampai tak boleh bangun. Az nak hantar ke hospital, tapi katanya masa dia dah tiba. Masa tulah baru dia ceritakan sakitnya. Dia meninggal Subuh hari Jumaat Mak…….. tiga hari lepas. Dia pergi dalam keadaan yang cukup tenang mak,” cerita Muaz. Mak Pah menggenggam erat tangan suaminya, terkenangkan bagaimana Intan memeluk erat mereka sebelum melepaskan pemergian mereka.

Dan ketika itu bagai terdengar-dengar suara Intan berpesan, “Intan tak nak Mak dan Abah belikan satu apa pun dari sana. Hanya satu yang Intan mahu, Mak dan Abah doakan Intan bahagia di dunia dan akhirat…..”


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Berhati-hati dengan usia 40an...



 


Saya terbaca satu hadis yang terdapat dalam kitab 'Utruful Hadis' dimana Rasulullah saw mengingatkan umatnya supaya berwaspada dengan usia yang mencecah 40han. Kenapa begitu?

Seungguhnya usia 40han adalah usia penentu sama ada dia memilih jalan kebahagian atau kecelakaan. Nabi diangkat menjadi Rasulullah ketika usia begitu.Banyak orang berubah setelah mencapai usia begitu, daripada tak pernah ke mesjid mula berjinak dengan mesjid. Mula nak mendalami ilmu agama dan sebagainya

Tidak kurang juga terdapat yang perangainya lebih dahsyat.Umur dah 40han masih lagi gila berkareoke,perangai mengalahkan orang muda,besembang tak dak cerita lain pasal perempuan,pasal nak cari duit banyak-banyak dan macam-macam lagi karenah huduh mereka.Waktu maghrib orang ke mesjid untuk solat dia sebok mencuci kereta dengan seluar pendeknya.

Justeru.. kerana itulah kita diminta berikhtiar kerana kita diberi akal kerana kita sendiri tak tau Qada dan Qadar kita meskipun perkara itu telah ditetapkan oleh Allah. Jangan mudah menyalahkan Qada dan Qadar dengan berkata 'Aku jahat sebab Allah dah tentukan aku jadi jahat' Kenapa soal rezki kita tak berkata begitu..? Sebaliknya kita bertungkus lumus pagi petang siang malam mencari harta. Hidayah juga perlu dicari ia tidak akan datang dengan sendirinya.

Nabi sebut usia 40 bukannya apa, kerana ia menjadi titik tolak kepada perubahan dalam hidup. Kalau ia terus dengan kehidupan yang melalaikan dan memiliki tabiat tertentu yang tidak baik, maka lazimnya ia akan teruskan cara hidup yang demikian melainkan ia cepat sedar dan kembali ke pangkal jalan. Manakala bagi sesetengah lelaki pula, sekitar umur 40 ialah tempoh waktu ‘miang’ dan ‘darah muda’ kembali semula. Sejauhmanakah kebenarannya?

Bagi sesetengah orang perempuan, umur 40 adalah suatu yang menakutkan. Kata orang, perempuan kalau

umur 20 maknanya mengancam
umur 30 maknanya macam-macam
umur 40 maknanya diancam
umur 50 maknanya terancam
umur 60 maknanya dah tak boleh cam...



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.