Allah tidak menciptakan lelaki untuk menjadi Tuhan kepada wanita.




Teringat antara faktor negara arab kurang laporan rogol adalah kerana, realiti masyarakat yang melihat mangsa rogol yang selayaknya dihukum dan dibunuh.

Dan rupa-rupanya realiti itu bukan hanya berlaku di negara-negara terbabit tetapi juga di tempat lain.

 Baca sini


Sedangkan tidaklah Allah menciptakan lelaki untuk menjadi Tuhan kepada wanita.


"menjadi Tuhan kepada wanita" ??? eish ma3naha??

kenapa saya mengatakan begitu?

Ini jawapan saya.

Setiap kali perbincangan tentang wanita dalam Islam, antara dalil yang selalu diguna pakai oleh kaum adam ialah hadis,

"Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: Jika aku hendak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang tentulah aku perintahkan isteri supaya sujud kepada suaminya."

seolah-olah kemuliaan itu cuma milik lelaki, dan wanita cuma perlu tunduk mengikut.

sedangkan tanggungjawab melindungi itu tidaklah pula diguna pakai.


Rape.

The Last Men's Weapon?

Baca sini


Notakaki- isu ini selalu buat saya emosional. huhu. kene tarik nafas panjang + istighfar utk melawan ke-emosional-an itu.

sekian.




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Aktivis LGBT membuka masjid gay di Paris.





Umat Islam di Eropah dikejutkan dengan pengumuman pembukaan masjid mesra LGBT yang pertama di Eropah pada bulan November 2012 di timur Bandaraya Paris. Berita ini tentunya mengejutkan dan menguji kesabaran umat Islam yang menolak perhubungan seks sesama jenis.


Buat masa ini, masjid yang baru ditubuhkan itu menggunakan sebuah bilik kecil di dalam rumah sami Buddha turut mengalu-alukan umat Islam lelaki dan wanita, transgender dan transeksual untuk beribadah bersama-sama.

Pengasasnya adalah seorang aktivis gay Perancis berketurunan Algeria Ludovic-Mohamed Zahed yang telah berkahwin dengan pasangan gaynya daripada Afrika yang bernama Qiam ad-Din.

Mereka juga akan menggalakkan wanita untuk memimpin solat Jumaat serta memecahkan beberapa amalan yang lain seperti pernikahan pasangan gay dan lesbian, pengurusan jenazah gay dan lain-lain lagi.

"Ia adalah sebuah masjid yang inklusif. Sebuah masjid di mana orang ramai boleh datang kerana mereka," kata Zahed, 35.

Ironinya, Zahed dan teman seperjuangannya telah bersedia untuk berhadapan dengan para pemimpin agama dan juga kementerian undang-undang kerajaan Perancis.

Kepada masyarakat di Malaysia, anda tidak boleh duduk selesa kerana aktivis LGBT yang kuat disokong oleh beberapa NGO tempatan dan antarabangsa seperti HRW telah pun membuat permohonan supaya pengamal LGBT tidak dianak-tirikan dan diberikan kebebasan di Malaysia termasuk mengiktiraf perkahwinan sesama jenis di kalangan mereka.

Kepada aktivis LGBT :

Semoga kalian semua diberikan petunjuk oleh Allah swt dan berusaha untuk kembali ke pangkal jalan.


Baca lagi :

1-http://www.bbc.co.uk/news/world-europe-20547335

2-http://thestar.com.my/news/story.asp?file=%2F2012%2F11%2F30%2Fworldupdates%2F2012-11-29T162119Z_1_BRE8AS0VO_RTROPTT_0_UK-FRANCE-GAYMOSQUE&sec=worldupdates

3-http://www.theblaze.com/stories/secretive-gay-mosque-set-to-open-in-paris/




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Susulan Kes Pergaduhan di Sg Petani. Ketua Polis Kedah Beri Peringatan.


KENYATAAN MEDIA INSIDEN KEKECOHAN DI SUNGAI PETANI:

Khabar angin mengenai berlakunya rusuhan dan kematian 3 lelaki seperti yang disebarkan di blog dan media sosial adalah TIDAK BENAR. 

Orang ramai dinasihatkan tidak mudah percaya dengan khabar angin dan sentiasa mendapatkan kesahihan sesuatu kejadian terlebih dahulu. Keadaan semasa di Sungai Petani adalah tenang dan terkawal.

klik imej.


Peringatan dari Ketua Polis Kedah : 'Jangan mempercayai berita palsu melalui telefon bimbit, Blog dan Facebook'

SUNGAI PETANI – Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang bertindak menyebar khabar angin kononnya Kuala Muda dikenakan perintah berkurung akibat rusuhan kaum sepertimana yang disebar menerusi laman sosial dan khidmat pesanan ringkas (SMS).

Timbalan Ketua Polis Kedah, Datuk Abdul Ghafar Rajab menafikan perkara tersebut dan menegaskan, polis akan menjalankan siasatan terhadap pihak yang menyebarkannya kerana tindakan itu satu kesalahan.

“Sehingga kini, hasil siasatan dan risikan polis mendapati insiden awal pagi 16 Disember di Flat Paya Nahu, Sungai Petani itu tiada kaitan dengan (dakwaan) kebencian kaum Melayu ke atas kaum India dan begitu juga sebaliknya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan sidang media di ibu pejabat Polis Kuala Muda malam tadi.

“Kalau dilihat melalui siasatan, ia berpunca daripada kes nak lumba motor, masing-masing nak tunjuk hebat. Bila tak puas hati panggil kawan-kawan dan tercetuskan kejadian itu.

“Saya juga telah berjumpa dengan ketua kaum Melayu dan India pada hari sama jam 3 petang dan merayu mereka memberi penerangan jelas kepada masyarakat supaya jangan bertindak balas, jangan menyebar berita palsu dan jangan menghasut melakukan pergaduhan lebih besar,” katanya.

Menurutnya, kesemua ketua kaum memahami dan berjanji akan memaklumkan kepada anak buah agar tidak bertindak di luar batas undang-undang.

Berhubung insiden itu, katanya, 13 suspek telah ditahan reman dan lima yang tercedera telah menerima rawatan di hospital di mana empat daripadanya sudah dibenarkan pulang.

Bagaimanapun, katanya, beberapa insiden yang berlaku selepas itu tiada kaitan dengan insiden pertama dan berlaku secara kebetulan.

“Kita merujuk kepada khabar angin ada pergaduhan di Taman Bandar Baru, Sungai Lalang, kes bakar masjid, rusuhan kaum, darurat dan semuanya dikatakan berpunca daripada kes pertama adalah fitnah semata-mata.

“Polis akan terus memantau dan menghantar lebih ramai anggota selain mengadakan sekatan jalan raya bertujuan meredakan keadaan bukannya disebabkan ada rusuhan,” katanya.

Berhubung seorang pegawai polis yang dibelasah katanya, pegawai berkenaan sedang bercuti kerana ingin berkahwin, berkunjung ke sebuah kedai.

“Berdasarkan siasatan, berlaku salah faham antara pegawai tersebut dengan seorang lelaki India yang mencetuskan pergaduhan.

“Tetapi, ia tiada kaitan dengan isu perkauman dan berlaku secara kebetulan bukannya disebabkan insiden pertama,” katanya.

Beliau bagaimanapun meminta penduduk Kuala Muda khususnya Sungai Petani bertenang dan jangan mempercayai berita palsu yang tersebar melalui Facebook, Twitter atau SMS kerana bimbang ada pihak akan terpengaruh yang mendorong kepada perkara tidak sihat.

Menurutnya, polis sendiri menerima banyak panggilan telefon berikutan tersebarnya khabar angin mengatakan berlaku rusuhan antara kaum Melayu dan India di daerah Kuala Muda.

Sehingga kini (sehingga sidang media dilakukan), Kuala Muda masih dalam keadaan aman dan tenteram dan tiada sebarang kematian dilaporkan berhubung isu berkenaan.

sumber





P/S : Dinasihatkan kepada pihak-pihak tertentu janganlah tokok tambah cerita...isunya gaduh pasal kehilangan motor jer....gaduh genster-genster jer...budak-budak liar...



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


21.12.2012 hari Jumaat. Oh! Bukan Hari Kiamat yang sibuk diperkatakan oleh banyak orang.




Bismillah.

Hati saya tergerak kerana menbaca entry Buasirotak dan komen-komen di situ. Teori menyatakan bumi akan di hentam planet Nibiru dan menyangkal kehebatan dan kekuasaan Allah yang merajai hari pembalasan.

Sungguh. Dasar musuh Islam meracuni minda ummah.


Bermula dengan angka 2012.

Apakah pernah Allah membicarakan akan waktu hari kebangkitan itu? Sedangkan Rasullullah s.a.w. sendiripun tidak pernah dikhabarkan tentangnya. Dan ketika kaum Quraisy sibuk mengejek apabila Rasullullah tidak dapat menjawab pertanyaan mereka tentang bilakah datangnya hari kiamat itu, lalu Allah turunkan pujukan dari langit mengatakan bahawa, "tugas kamu hanya menyampaikan wahyu. Urusan bila datangnya hari kiamat adalah di tanganKu.."

Sungguh. Perhatikan sekeliling anda dan ambil pedulilah. Kerana isu ini adalah isu akidah.


TETAPI KITA BINCANG SOAL AKIDAH. KITA BINCANG TENTANG RANCANGAN LICIK KUFFAR YANG BENCI KEPADA ISLAM. KITA BINCANG TENTANG KEANGKUHAN DAN KEBIADAPAN MEREKA YANG CUBA MELAWAN KUASA ALLAH.

KITA BINCANG TENTANG ITU.

ketahuilah bahawa..

KITA TIDAK PERNAH BERSENDIRIAN..

ALLAH BERADA HAMPIR..
KETAHUILAH,

ANTARA 7 GOLONGAN YANG BAKAL DINAUNGI SYAFA'AT

BUKANKAH ITU BERITA GEMBIRA WAHAI HATI?


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Untuk orang yang comel baca.


Jom r pakat jadi comel belake. :D

Awok comel, sy comel, kite comel
make ore akan napok lah Islam hok kite bowok ni comel.

Kate sayang Rasulullah, kalu sayang, meh r wat nape Baginda suruh.

ke guane?

Dok dak comel sorang, nok comel same2, ramai2 ;)

Ade sahabat tanye,agama tu nape?
Rasulullah saw jawab
"Husnu Al Khuluq"
(akhlak yang baik) 

Pe'e comel lah senang citer.

*maaf,tiada translation. ^_^



awok yang baca ni comel dok??


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Saya ramai kawan India tapi tidak tahu hendak menceritakan Islam : Kenapa?


Jom dengar dan belajar di mana kesilapan kita dalam berdakwah kepada warga India beragama Hindu di Malaysia hinggakan mereka tidak faham malah membenci kepada Islam.

- Di mana kesilapan kita?

- Apa yang menakutkan mereka?

- Apa yang KITA takut?

- Di mana kuncinya untuk membuka hati sanubari mereka untuk nampak kebenaran Islam?

- Apakah mereka pun ada perencanaan mereka tersendiri? Nak tahu?

- Mungkinkah makin ramai kaum India akan memeluk Islam selepas ini?

- Bagaimana dan bila?




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


STATUS TERKINI KES PERGADUHAN DI SG PETANI.



'Rusuhan kaum' di Sungai Petani? dapat tahu dari sumber fb , ALHAMDULILLAH , maklumat terbaru keadaan dah pulih seperti biasa.



cerita tentang kejadian hanyalah kerana pergaduhan kecil disebabkan kes pencurian motor. 

Kejadian pergaduhan teruk di antara puak pelampau Extreme India dari Geng Kongsi 35 & Melayu Islam kita yang ditetak dengan parang , dibelasah dengan kayu besbol dan di campak ke dalam longkang sehingga membabitkan orang-orang yang tiada kaitan bermula di Paya Nahu seterusnya melarat ke Tmn Ria Jaya.. apabila motosikal di bakar di depan masjid , seterusnya melarat ke Tmn Keladi & terkini jam 3 petang tadi di Bandar Sg Lalang , Sg Petani Kedah ..

Jangan percaya cerita-cerita yang tidak sahih.

Sebarang pertanyaan berkaitan situasi semasa di Sg.Petani sila hubungi HEA IPD Kuala Muda,Kedah Insp Farhana bt Hj Ishak,Sjn Muhyizan Muhyi, Kpl Amanorashid Ibrahim,Konst. Mohd Safaruddin Helmi Sulong di talian 04-4299222.


Jangan terpengaruh sebarang khabar angin. Sila dapatkan sumber sahih dari pihak PDRM.




ok peace malaysia! sekian. 


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Izaad Amir, Gitaris Kumpulan Estrella Telah Kembali Ke Rahmatullah (Takziah)






Takziah diucapkan buat keluarga Allahyarham Izaad Amir atau lebih mesra disapa sebagai Mad daripada kumpulan Estrella kerana telah kembali ke rahmatullah pagi tadi.

Berita yang sungguh mengejutkan ini telah dikongsikan oleh beberapa teman rapat Allahyarham dilaman Twitter masing-masing di mana menurut Liyana Fizi, Allahyarham dikatakan telah terlibat dengan sebuah kemalangan di Johor Bharu.


Dalam pada itu, Yuna dan AG COCO turut mengucapkan takziah atas kepergian seorang ahli muzik yang berbakat dalam industri seni tanah air ini.





Notakaki- Dalam kehidupan ini, kita bakal melalui dengan banyak ketidak-pastian,Yang disangka hidup tiba-tiba mati, yang disangkakan jodoh boleh pergi..

AL-FATIHAH.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Encik Tersisih, Encik Cukup Makan & Encik Kejayaan.


Ada 3 orang kawan, Encik Tersisih, Encik Cukup Makan & Encik Kejayaan. Seolahnya mereka terasa sudah dikalahkan oleh takdir yang mereka cipta sendiri. Inilah nasib buruk yang menimpa mereka:

Encik Tersisih "Sudah berkali-kali aku gagal, cukuplah setakat ini saja usahaku. Tuhan sudah tetapkan takdirku begini"

Encik Cukup Makan "Ini pun sudah memadai, apa yang aku ada sudah cukup baik walaupun susah, buat apa nak berubah kalau tak mampu?"

Encik Kejayaan "Lupakan saja kegagalan yang lalu, kali ini aku mesti terus mencuba sampai berjaya"

Tidak ada bezanya situasi yang berlaku kepada mereka melainkan SIKAP mereka dalam melalui situasi.

"Bukan gemuklah, tapi tumbesaran badan yang positif tau!" ... "Mana ada gemuk, seluar je yang semakin kecil"

Bukan senang nak akui kelemahan diri.

sungguh sejujurnya anda yang mana?



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Boleh Saya Ta'aruf?




kenape kamu senyap? Saya ingin kenal dengan kamu dengan lebih dkt boleh? Tanpa izin kamu saya tidak akan memaksa...

urm, ok ana faham tidak mengapa, assalamualaikum..


setengah jam kemudian.


taaruf..? atau...yg bagaimana...waalaikumussalam....


ingatkan bz tak nak reply,urm ta'aruf...^__^


kamu?


saya..


boleh sy ta'aruf?


boleh....asalkan kita pandai menjaga hati.....



saya ingin mintak maaf pada kamu,saya suka dan minat kamu, saya tidak tahu kenape,tapi saya berdoa agar perasaan itu tidak menjadi, saya rasa jauh gan kamu, saya mempunyai kekurgn dan saya tidak mampu berk0ngsi dgn kamu, saya sedang istkharh meminta jalan yg benar dan ketetapan hati dalam mengenal kamu, , jika ianya tiada jawapan,saya akan lupakan kamu dari kehidupan. saya tidak mampu melayan perasaan ini, saya cuba istiqfar..tp makin sukar, maaf atas luahan hati ini,saya tidak sempurna,dan trggu gan em0si saya, mungkn awk sudah dmiliki, so sy brdoa dari jauh untk kamu, assalamualaikum..

saya tidak mampu brkawan dengan perasaan, mungkn saya tidak boleh menjadi pendaie yg baik kelak, insya-Allah, menjauhkan diri lebih baik untk mencegahnya,,dan saya akan brdoa untk kamu..
waalaikumussalam.

disepanjg perkenalan dan persahbtn ini sy akan istikharah...jwpn mgkn dah ada,tp saya masih berdoa untk kmu, mungkn sy tidak sekufu dgn kamu... dan saya akui itu...


....... Diam .....




kamu? kenape tak reply? Urm..



*Tidak akan terbentuk bangunan yang kukuh jika asasnya dari bahan yang rapuh.

Jika ditanya, adakah saya pernah jatuh hati?

Jujur, saya akan menjawab, ya.

Tidak Malu Mengaku Cinta

Cinta itu tidak salah. Tetapi ketika masyarakat sedang tenggelam. Masih ada waktukah untuk kita berfikir tentang itu? Ingat, selagi belum tiba masanya, fokuskan diri untuk DnT. (Dakwah n Tarbiyah)

*peringatan untuk diri sendiri sepenuhnya.

Aku yang juga manusia.

nota kaki:
-teringat setiap kali ditanya tentang bagaimana menjaga hati agar tidak mudah jatuh sebelum tiba masanya, saya secara peribadi meletak 2 perkara.

Pertama, letakkan syarat-syarat sebelum hati berpaut. Syarat itu bukanlah cuma sekadar 'soleh', 'beriman' dan lain-lain yang subjektif tetapi letakkan syarat yang berbentuk teknikal.

Contoh: lebih berusia beberapa tahun, bukan dalam bidang tertentu, bukan dari negeri tertentu, bukan dari keluarga tertentu, bukan mempunyai ciri-ciri tertentu, bersedia hanya apabila usia melepasi tahun tertentu dan lain-lain.
Kesannya, anda akan dipanggil alien kerana tidak mempunyai perasaan kepada sesiapa yang anda berurusan iAllah. =)

Kedua, gariskan beberapa prinsip dalam perhubungan walaupun anda belum punya perasaan pada sesiapa. Dan peganglah prinsip itu ketat-ketat lantaran yang mampu melaksanakan keberhasilan prinsip tersebut hanya kita. Dan cuma kita.

2 perkara ini sangat penting untuk mengelakkan diri dari terjebak dalam cinta Islamik yang semakin merebak. Dan pastilah perkara paling terpenting ialah berdoa kepada Allah agar memelihara hati kita selagi belum tiba waktunya rasa itu menjadi pahala buat kita.

-Juga teringat setiap kali ditanya pengalaman dalam fatrah pertunangan, bagaimana mengawal perasaan apatah lagi Allah izin peluang terbuka untuk selalu berurusan kerja, jawapannya cuma satu yang diulang,

"Letakkan Allah yang paling atas. Meskipun ada kelonggaran tetapi benteng dalam hati tetap perlu dibina. Kerana berbalik kepada prinsip awal dan pertama iaitu letakkan Allah yang paling atas.

Dan tanamkan dalam-dalam, bahawa fatrah ini cuma untuk membina jambatan hati dan cukuplah usaha dan perhubungan sekadar selayak untuk membina jambatan itu. Kerana kita perlu sedar, mencintai tunang masih belum memberi pahala kepada kita."

Semoga Allah istiqamahkan saya dengan prinsip ini iAllah.

Dan saya terfikir, bagaimana pula bagi mereka yang sudah terbiasa menyerahkan cinta sebelum itu?

Allahua'lam.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Pihak Tv3 Memohon maaf Tentang Isu Laporan Palsu Video Lakonan Pelesit jalanan





tak habis-habis TV3

Syabas diucapkan kepada majalah 3 dan TV3 kerana Bertindak dengan betul,Kerana telah mengeluarkan Kenyataan Memohon Maaf kepada penonton Malaysia berkaitan Isu Lakonan Aksi Pelesit jalanan oleh Penunggang Superbike dalam majalah 3 Minggu lalu,,

Kenyataan ini disiarkan sejurus sebelum bermulanya siaran Majalah tiga Sebentar tadi,,..

Apa yang disebutkan adalah..


Pihak TV3 memohon maaf kerana tidak memuatkan kenyataan "Ini Bukan Aksi Sebenar". Sewaktu paparan visual segmen berkenaan disiarkan,

TV3 juga ingin menjelaskan bahawa wartawan yang berkenaan,Mazidul Akmal SIdik, Sama sekali tidak bermaksud untuk menyinggung perasaan mana-mana pihak apabila membuat komentar mengenai kelajuan kedua-dua penunggang motosikal terbabit
apa yang diharapkan adalah semua pihak akan berpuas hati dengan kenyataan Permohonan Maaf dari TV3 sebentar tadi ..

via

sekian.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.