WAN SAKINAH :SAYA MINTA MAAF.



Memang boleh berkahwin tanpa persetujuan istri pertama..tak perlu tunggu mahkamah untuk kahwin. Cukup syarat dan rukun nikah, perkahwinan itu sudah SAH. Islam ini mudah, jangan buat susah.Cuma bila disembunyikan, rasa sedih tu mesti la ada..saya sendiri terasa sedih.

Sebab adat melebihi agama. Bukannya rukun atau wajib mendapatkan kebenaran isteri untuk kahwin lagi satu. Cuma Malaysia terlampau pentingkan protokol yang menyusahkan. Banyak kes di Malaysia berlaku bila berkahwin dengan isteri no 2 tanpa kebenaran mahkamah dan di luar pengetahuan isteri pertama, isteri no 2 yang banyak terabai.

Siapa gerangan isteri baru Ashraf juga mula diketahui umum, Wan Sakinah yang berusia 29 tahun mula memdapat perhatian selepas isu berpoligami ini tersebar. Sakinah yang dihubungi untuk mendapat kenyataan walau bagaimanapun tidak dapat memberikan komen lanjut tentang kontroversi pernikahannya dengan Ashraf Muslim.

“Harap faham, saya tak boleh cakap apa apa pun. Minta maaf ya,” jawab Wan Sakinah tenang dan turut memberi jawapan sama ketika di’tanya kenapa tidak menemani Ashraf Muslim ke mahkamah semalam.


Desas desus yang didengar mengenai Ashraf Muslim akan berkahwin kali kedua akhirnya terjawab apabila selebriti itu sendiri mengaku telah bernikah di Thailand pada 7 Julai yang lepas.


Jika sebelum ini media melaporkan yang isteri pertama Ashraf, Noor Dayana redha jika suaminya mahu bekahwin lain, tetapi ternyata ianya tidak benar apabila bapa mertua Ashraf menyangkal dakwaan itu.

Daripada mula pun anak saya tidak rela atau redha. Apa yang dikata seperti dalam surat khabar yang anak saya redha, itu bukan dari anak saya. Itu satu penipuan yang besar. – Harian Metro 

Selain dari itu, Kosmo! Online pula melaporkan yang Hj Lokman kecewa kerana menantunya seolah-olah tidak sabar mahu menikahi wanita yang bernama Wan Sakinah Ahmad Saburi tanpa menunggu keputusan mahkamah berkenaan permohonan kebenaran poligami.
Kami sebenarnya menyesal kerana dia tidak maklumkan pada kami termasuk isterinya sendiri. Kalau mahkamah beri keizinan berpoligami, kami redha dan terima keputusan. Ini belum lagi mahkamah buat keputusan, dia telah bernikah di Thailand.
Untuk pengetahuan umum, Ashraf telah bernikah dengan isteri pertamanya pada 24 September 2011 di Makkah dan difahamkan masalah rumahtangga mereka berpunca kerana belum dikurniakan zuriat sepanjang dua tahun berkahwin.


foto perkahwinan Asraf & wan sakinah.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Tahniah Abby Abadi dia sebenarnya sudah 12 hari bergelar isteri.




Hari ini, terkuaklah kisah sebenar apabila Abby mengakui sendiri, dia sebenarnya sudah 12 hari bergelar isteri.
Dan lelaki baru dalam hidupnya tak lain tak bukan, pembantu tadbir butiknya sendiri yang diperkenalkan sebelum ini.
Apa pun, selamat berbahagia kami ucapkan pada Abby. Semoga perkahwinan kali ini dirahmati dan memberikan kebahagiaan sampai jannah buatnya.


SHAH ALAM – Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi hari ini telah mengesahkan bahawa beliau telah melangsungkan perkahwinan lebih seminggu lalu.

“Ya memang betul saya sudah berkahwin,” jawabnya ringkas ketika dihubungi Sinar Harian Online, 



Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga bersama pelakon, Norman Hakim pada 2002 tetapi bercerai pada 2008.

Mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Ketika diminta mengulas lanjut mengenai berita pernikahannya itu, Abby enggan mengulas lanjut.

“Pasal perkahwinan itu, saya tidak boleh ulas lanjut lagi.

“Nanti saya beritahu perkembangan kerana saya sedang memandu ke Kuala Besut,” katanya lagi.

Sementara itu, melalui laman mikro Twitternya, Abby berkata, beliau telah sah menjadi isteri.

“Dipendekkan cerita, sebenarnya sudah 12 hari dia sah menjadi suami saya.

“Maaf sebab maklumkan lambat,” katanya. – Sinar Harian Online



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


SAYA HINA AGAMA ISLAM VS BAK KUT TEH.





Bila ajak buat dakwah, semua senyap sepi. Its like, terpaksa korek lubang dalam dalam, barulah jumpa seorang yang willingly. Kena buat announcement, kena buat promosi, kena yakinkan dan sebagainya baru keluar tiga empat orang nak join.

Kita mahu berdakwah kepada orang lain terutamanya non-Muslim, tetapi apa yang kita mampu tawarkan?

1) Masa - kita selalu lambat hadir meeting/program. Bila kuliah selama 30 mnit, kita selalu lanjut sehingga 1 jam tanpa mengira orang lain ada program lain selepas itu.
2) Parking - kita parking kereta ikut suka saja terutama semasa solat terawih dan jumaat sehingga ambulans nak lalu pun susah.
3) Sampah - orang Islam suka buang sampah ikut-suka-hati tanpa peduli kebersihan awam.

UBAH atau REBAH.

But then, bila ada orang yang tidak faham dikatakan menghina Islam, tiba tiba ramai keluar tampil memberi pendapat dan hukuman.

Mana pulak datang yang ramai ramai ni?

Musykil.

"Oooo. Ramai rupanya umat Islam kat Malaysia ni." said my friend apabila membaca komen isu penghinaan tersebut.

Saya tak nak cerita lebih, tapi cukuplah saya datangkan satu hadis yang membuatkan saya sayu dan sedih apabila membuat perbandingan dengan apa yang melanda sekarang ni :

“Ketika kami berada di masjid bersama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, tiba-tiba datang seorang Arab Badwi lalu berdiri untuk kencing di masjid. Para sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mengertaknya, tetapi Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Janganlah kamu memutuskannya, biarkan dia selesai kencing terlebih dahulu.” Maka mereka (para sahabat) membiarkan orang tersebut sehingga dia selesai kencing. Setelah itu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun menasihatinya, “Sesungguhnya masjid ini tidak boleh digunakan untuk kencing dan kekotoran, masjid adalah tempat untuk zikir, solat, dan membaca al-Qur’an.” Atau sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang sesuai. Setelah itu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memerintahkan seseorang untuk mengambil satu baldi air dan menyiramnya.”

(Hadis Riwayat Muslim, 2/133, no. 429)

Knowlege is easy, acting upon it is wisdom.

Allah knows best.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Apa yang Awak nak Makan Ramadhan Ni.


"apa yang awak nak (makan) Ramadhan ni?".
"apa yang ayah awak janjikan (makanan) untuk Ramadhan ini?".

"ini adalah anak-anak syahid.."

='(

Enak kita berbuka meski ada hari kita rasa sudah terlalu remeh makanan yang tersedia. Namun mereka, sehingga perlu ulama' berfatwa membenarkan dimakan daging kucing sebagai juadah.

Allahumma ansoralIslamma wal Muslimiin wal Mujahidiin fi Suriyah.
HasbinaAllahuni'mal wakil ni'mal maulana wani'mal nasir.



notahati-  tiada istilah terlambat untuk berdoa dan mengambil tahu. kheir inshaAllah..



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Kerajaan hari ini mengumumkan pelancaran Program Felo Perdana yang melatih anak muda berkhidmat secara langsung dengan barisan menteri.


 Boleh rujuk http://www.perdanafellows.com/index.html


Ini adalah satu langkah yang sangat baik dalam melahirkan pelapis kepimpinan negara. Saya yakin ramai anak muda hari ini sudah lama menolak politik emosi. Sudah naik jemu melihat pekik sarkas di Parlimen, serta menteri cap ayam (eh?).

 Walaupun ia dilihat meniru program PAS, PKR dan DAP, yang lebih awal menubuhkan program Intership, tapi benda baik memang tak ada masalah untuk dicontohi.

 Boleh rujuk contoh milik PKR http://internkeadilan.org/.

Mudah-mudahan suatu hari nanti, kedua-dua pemimpin yang sah dipilih oleh rakyat diberikan hak dan layanan yang sama tidak kira dari blok kerajaan mahupun pembangkang. Yang mendapat manfaat adalah rakyat.


p/s- Apa-apa yang boleh menerbitkan maslahah buat rakyat, tak patut dibangkang.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.