Untuk saudara di jalan Allah yang disayangi...
Hujan.... ya Allah damainya hujan......
“Syah, kau nak ke mana?”
“Aku nak keluar kejap.”
“Aik, baru masuk dah nak keluar. Minum dulu... Haha.. Awek pun ramai kat sini, tengok.”
“Kau ajak lah orang lain. Aku tunggu kat luar.”
“...”
+++
“Awak sihat hari ni?”
“Hmm. Complicated.”
“Kenapa?”
“Tak tahu.”
“Nak saya datang jumpa awak tak?”
“Tak perlu rasanya. Saya nak berseorangan.”
“...”
+++
“Hei, kenapa sedih semacam ni?”
“Ha? Mana ada. Biasa je.”
“Tak payah lah kau nak tipu aku. Aku dah cukup masak dah dengan perangai kawan aku ni.”
“Betul. Tak ada apa-apa.”
“Dia kalau kata ‘tak ada apa-apa’ ni, mesti ada apa-apa.”
+++
Diam. Berfikir. Itu sahaja yang aku mampu buat sejak beberapa hari yang lepas. Aku tidak tahu mengapa, tetapi itulah yang aku lakukan.
Dibesarkan dalam satu keluarga yang berada, ayahku pemilik syarikat yang sangat terkenal bukan setakat dalam negara, bahkan di luar negara. Ibuku juga sepertinya, cuma syarikat ibuku tidak sehebat ayahku. Aku satu-satunya anak mereka. Tetapi dibesarkan dengan kasih sayang harta dan duit. Agama? Ayah dan ibuku mengajarkan bahawa agama itu hanya untuk mereka yang lemah. Orang macam kami tidak memerlukan ia.
“Ayah cuti tak minggu ni?”
“Tak, kenapa?”
“Tak ada apa-apa, saja tanya.”
Itulah skema jawapan yang biasa ku dengar dari mulut ayahku, dan jua ibuku. Namun berbeza keadaannya jika aku bertanya kepada duit, nescaya dia akan selalu bersamaku. Jika aku bertanya kepada games, kawan-kawan, kekasih aku, mereka akan menjawab, ‘Kami sentiasa bersamamu’.”
Clubbing. Wanita. Games. Lepak. Merupakan rutin dan aku tidak akan dapat hidup tanpa mereka. Merekalah pencorak kehidupan aku. Namun, corak yang direka itu semakin memudar. Aku tidak tahu kenapa. Hambar.
+++
Tutup. Aku memasuki ke dalam rumah. Menuju ke ruang tamu. Dan melihat kedua orang tua ku sedang menunggu kepulangan ku. Muram. Itulah yang dapat ku baca dari wajah mereka.
“Apa yang kau buat selama ni di universiti?!”
“Belajar. Kenapa?”
“Belajar?! Belajar apa sampai gagal?! Apa yang buat kat sana?! Tak cukup kah apa yang dah aku bagi kat kau?!”
“Heh. Sejak bila ayah ambil berat tentang Syah?”
“Aku dah habis banyak duit untuk membesarkan kau, bagi kau makan, itu, ini, tapi, apa yang kau bagi kat aku?! kegagalan?!?”
“...”
“Iya, benar kata ayah kau. Inikah pembalasan yang kau berikan kepada kami yang telah memberikan kau kasih sayang selama ni?”
“Kasih sayang?”
“...”
“Haha! Kasih sayang? Apa yang ayah dan ibu tahu tentang kasih sayang?!”
“...”
Tamparan menghinggapi wajah.
Lari. Tangis. Aku menuju ke arah kereta yang diberikan ayah ku sebagai tanda ‘kasih sayang’nya pada aku, dan memecut laju. Tanpa arah. Tanpa tujuan. Sejauh mungkin.
+++
Angin meniupi wajahku. Ditemani alunan pecahan ombak. Dan aku berharap ia akan membawa pergi segala masalah. Bintang menyinar terang, menari di sekitar bulan. Renung. Aku melihat ke arah langit. Mencari sesuatu. Tetapi aku tidak tahu apakah itu.
Tiba-tiba, suara kanak-kanak kecil memecah deruan angin. Menjadikan ketenangan itu semakin indah. Mereka bergelak ketawa sambil berlari-lari. Ceria.
“Cuba adik tengok kat langit. Hebatkan bintang-bintang tu.”
“A’ah. Hebat. Tapi, Pencipta bintang itu mesti lagi hebat kan?”
“Yup. Cikgu cakap, Pencipta segala benda itu Allah. Jadi, Allah tu mesti sangat hebat.”
“Betul betul.”
Mereka pun terus berlari pergi. Tetapi, telah meninggalkan kepadaku sesuatu. Sesuatu yang membuatkan akal aku berfikir.
‘Apa yang mereka sedang bicarakan tadi? Allah? Pencipta? Hebat?’
+++
“Allahu Akbar, Allahu Akbar”
“Allahu Akbar, Allahu Akbar”
“Asyhadu alla ilaha illa Allah”
Dengar. Aku mendengar sesuatu yang sudah lama aku tidak mendengarnya. Bila kali terakhir. Entah.
‘Allah. Tu perkataan yang disebut budak-budak tadi.’
Aku terus mencari dari mana datangnya bunyi suara itu. Dan menemukan satu masjid. Usang. Tetapi ramai yang mengerumuninya.
Aku mendekat. Dan mendekat. Dan semakin aku merasakan sesuatu. Sesuatu yang aku pernah merasakannya dahulu. Namun aku tidak ingat di mana. Sesuatu yang sangat hebat. Tetapi aku tidak ingat di mana. Aku mula memasuki ke dalam masjid itu. Dan melihat beberapa lelaki sedang berdiri tegak. Hati ku berkata kepada diriku.
‘Apa yang mereka lakukan?’
Mereka tunduk. Mereka bersujud.
“Hey, tak solat sekali ke?”
“Ha? Solat? Apa tu?”
“..”
Seseorang menepuk bahuku dari belakang. Senyuman diberikan kepadaku, dan dia terus memasuki barisan tanpa menunggu aku berbicara kenapa. Dia melakukan hal yang sama dengan kumpulan manusia yang ada tadi.
‘Solat?’
+++
Tiba-tiba aku melihat manusia yang berbaris tadi mula bertebaran. Kaku. Aku tidak tahu apa yang mereka lakukan. Aku tidak tahu apa pula yang harus aku lakukan. Semua dari mereka bersalaman dengan aku. Pelik. Aku tidak mengenali mereka. Apakah mereka mengenaliku?
“Assalamualaikum.”
Ha? Aku disapa oleh pemuda tadi. Kelu.
“Err.. Wa. Wa.. Waa..”
Dia terus menyambung apa yang aku cuba katakan,
“Waalaikumussalam. Hehe.”
Aku cuba mengulanginya. Dan dia memandangku seperti menahan ketawa. Geram.
“Wasalam.”
+++
“Siapa nama kamu?”
“Panggil aku, Syah.”
“Syah dari mana?”
“Tak tahu. Aku cuma tahu, aku sedang mencari sesuatu.”
“Mencari apa?”
“Aku mencari sesuatu yang bernama Allah. Kamu kenal Allah?”
“Kamu tidak mengenalinya? Dahulu saya pun tidak mengenal Dia. Tetapi sekarang, Alhamdulillah, sedikit sebanyak saya tahu mengenai Dia.”
“Dia itu Pencipta dan Hebat?”
“Ya. Dia yang menciptakan segalanya. Dia menciptakan langit dan bumi, Dia menciptakan darat dan lautan, Dia menciptakan kita, dan Dia-lah jua yang telah menciptakan segala-galanya atas dasar kasih sayang yang juga Dia ciptakan. Yang membuatkan kita mampu untuk terus bernafas dan berbicara. Itu semua ketetapan dari Dia.”
“Kau sebut Dia menciptakan kasih sayang?”
“Ya. Segalanya.”
“Dari mana kau dapat semua ni?”
“Dari kata-kata Dia, yang dituliskan sejak 1400 tahun yang lalu. Di dalam ini.”
“Apa ini?”
“Al-Qur’an.”
“Boleh tengok?”
“Silakan.”
Al-Qur’an? Sebuah buku yang aku pernah melihatnya. Tetapi, memegangnya hampir tidak pernah. Inikan pula membaca. Lalu aku membukanya. Dan aku membaca terjemahannya. Kerana aku bukan sahaja tidak tahu bahasa Arab, bahkan membacanya sahaja aku tidak reti.
“Syah, mari kita duduk.”
“Baiklah.”
Aku terus mengamati kata-kata di dalam al-Qur’an itu.
“Cuba Syah buka surah al-Baqarah, surah ke-2, ayat ke-186.”
“Ha? Aku tak reti.”
“Mari saya ajarkan.”
“...”
“Cuba bacakan.”
“Yang arabnya? Aku tak reti”
“Bahasa Melayu nya sahaja.”
“Bacakan?”
“Ya.”
“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepada-Ku, agar mereka memperoleh kebenaran.”
[QS al-Baqarah, 2:186]
“Hmm. Apa yang kamu faham?”
“Err. Allah itu dekat?”
“Ya. Sangat dekat dengan kita.”
“Tapi, kalau Allah itu dekat. Kenapa aku tak pernah merasakan akan kehadiran-Nya?”
+++
“Sekarang saya mahu, Syah tahan nafas Syah. Jangan lepaskan sampai saya kata ‘lepas’.”
Aku menarik nafas panjang. Tahan.
....
Hatiku merintih,
‘Lamanya!!”
Wajah ku membiru. Mataku menghitam.
“Ok, lepaskan.”
“Haaah..”
“Apa perasaan Syah sekarang?”
“Apa?! Perasaan?! Ingat aku main-main ke?”
“Saya pun tak main-main. Cuba Syah lihat semula apa yang berlaku tadi.”
“...”
“Pernah tak Syah terfikir, siapa yang memberi Syah kehidupan?”
“Udara?”
”Siapa yang menciptakan udara?”
“...”
“Itu baru satu. Pernafasan. Belum kita cerita mengenai tentang mata. Kemudian telinga, kemudian lidah, kemudian tangan. Yang mana Allah telah berikan kita dengan kadar yang percuma. Dia memberikan kita terlalu banyak benda. Yang mana jika kita melihat kembali segala pemberian-Nya itu. Masya-Allah, terlalu banyak. Hinggakan dari sekecil-kecil penciptaan seperti stimulus dan dan sel, hinggalah kepada kemampuan akal kita untuk membezakan antara yang benar dengan yang silap. Itulah Allah. Dia sangat dekat dengan kita. Cuma kita sahaja yang kadang-kadang,bahkan hampir setiap saat tidak merasakan kehadiran Dia dalam hidup kita. Kenapa?”
“...”
“Kerana ada benda yang lebih dekat dengan hati kita berbanding Allah. Kerana itulah kita tidak dapat melihat betapa dekatnya Allah dengan kita. Cuba Syah lihat surah ke-50 ayat ke-16.”
“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya.”
[QS Qaf, 50:16]
+++
Perbicaraan dengan pemuda itu sungguh membuatkan aku rasa berbeza. Setiap kata yang dikeluarkan membuatkan aku kembali berfikir. Dan membuatkan aku terasa sangat hina.
“Tetapi, bukankah agama ini cuma hanya untuk mereka yang lemah? Untuk mereka yang memerlukan tempat bergantung. Diciptakan agama agar mereka terasa mereka berteman dikala susah, ada tempat merintih dan lain-lain? Tambahan, dunia sekarang maju, kerana tidak ada agama.”
“Syah, apa sebenarnya agama ini, Syah?”
“...”
“Agama tu berasal dari bahasa Sanskrit, bermaksud cara hidup. Atau dalam arabnya, Ad-Deen. Dan cara hidup kita itulah yang akan melambangkan apa sebenarnya akidah atau tuhan di dalam hati kita.”
“Erm.. Tak faham.”
“Jika Syah percaya akan wujudnya hantu, maka Syah akan takut untuk melalui lorong yang gelap. Kerana Syah percayakan hantu. Betulkan?”
“Ya.”
“Begitu juga keadaannya dengan Allah. Jika Syah percayakan Allah, pastinya Syah tidak akan pernah merasa tenang kepada benda lain selain Allah, kerana Allah-lah yang Maha Memberi ketenangan. Syah tidak akan pernah cuba mencari pertolongan selain daripada Allah, kerana Allah Maha Melindungi. Syah tidak akan pernah merindui sesuatupun selain Allah, kerana hanya Allah-lah yang Maha Mencntai, dan Syah tidak akan pernah cenderung ke arah benda-benda lain, selain daripada Allah. Kerana Allah telah bertapak atau merajai hati Syah. Maka setiap apa yang Syah mahu lakukan, pasti berpaksikan dia. Cuba Syah lihat dalam surah yang ke-4, ayat ke-28.”
“Allah hendak memberikan keringanan kepadamu, dan manusia dijadikan bersifat lemah.”
[QS an-Nisa, 4:29]
“Lemah?”
“Ya. Kita memang lemah. Hanya yang lemah, bergantung kepada yang kuat. Siapa yang kuat itu? Allah. Jadi, kita adalah insan-insan yang memerlukan agama. Agama yang diredhai Allah. Islam.”
Air mataku mula membasahi wajah.
“Teruknya aku...”
“Kamu tidaklah seteruk mana, seandainya kamu berbuat seperti apa yang Allah suruh di dalam al-Qur’an. Buka surah ke-3, ayat ke-139.”
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.”
[QS Ali ‘Imran, 3:139]
“Dunia ini memang sudah maju. Orang yang bercouple dikatakan maju. Orang yang mewah dikatakan maju. Tetapi secara hakikatnya mereka memang semakin maju. Tetapi maju ke arah neraka. Kerana mereka semakin jauh dari Allah.”
+++
Aku hanya mampu terdiam. Ya. Benar semua katanya.
Aku selama ini yang menjauh dari Dia. Kerana itu aku tidak merasakan akan kehadiran-Nya. Sedangkan Dia tetap bersabar, tetap menanti di sisi aku. Menebarkan segala kasih-Nya dari langit, untuk kehidupan aku di bumi.
Walaupun aku melakukan sesuatu yang tidak sesuai dengan kehendak-Nya, tapi Dia masih lagi beri aku peluang. Dan memberikan aku peluang. Untuk aku menilai, dan bermuhasabah siapa aku sebenarnya. Ya, dahulu aku merdeka. Tetapi sekarang aku sedar, bahawa aku hanya seorang hamba. Hamba yang lemah. Yang tidak pernah merdeka dari perjanjian dengan Tuhan. Allah. Aku ingin maju. Maju ke syurga.
Aku ingin bersama-Mu. Allah.
terima kasih, kerana jadi 'bahu' saya malam tadi...
Allah..Allah...