suke bebel ta??


Salam Ramadhan ke 5 al-Mubarak..

Selamat mendidik sabar dan redha....

Syukur alhamdulillah. Dalam meniti perjuangan hidup, masih ada yang sudi untuk istiqamah berkongsi ilmu. Hampir saban hari sepanjang Ramadhan terisi dengan perkongsian hadis. Huraian hadis-hadis umum yang selalu diperdengarkan pada majlis-majlis ilmu. Namun, uniknya pada ana kerana masih ada sahabat yang sudi untuk berkongsi ilmu apatah lagi dengan ana yang dhaif ilmu. Sedikit sebanyak kami sama-sama belajar untuk saling tegur menegur dan mengingatkan apa yang terlupa. Al-islamu dinnun nasihah. Subhanallah...

kelmarin ana sengaja mencarik akal bermain teka teki dengan ahlul bait. "Kenapa perempuan suka membebel?" Dan bermacam-macam jawapan yang dapat dari abi wa umi wa akhun wa ukhtun. Akhirnya, ana dengan slumber dengan jawapan yang bukan hanya teori tapi beserta praktikalnya.

"Perempuan suka membebel sebab badannya penat sangat. Seharian buat itu dan ini, lagi-lagi worker wife. Stress dengan boss, office-mate then stuck with traffic jammed, balik rumah tgk macam kapal pecah! Sambung kemas rumah, masak, lipat baju. But husband as leader, balik rumah boleh goyang-goyang kaki. So, where is the mean by ERTI HIDUP PADA YANG MEMBERI? Sometimes, guys (kononnya) nak nampak cool. Hmmmm, apa kata kalau perempuan cool? ::) That’s why perempuan suka bebel. Dah la penat, stress pastu husband tak nak ringan-ringankan tulang. Kononnya dialah ketua keluarga, perlu diberi layanan sewajarnya. So, wife as what? Bukan ker Rasulullah sendiri pun membantu isteri-isterinya buat kerja rumah"? ;)

Daripada Abi Hurairah r.a.
Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w., lalu bertanyalah lelaki itu. "Wahai Rasulullah, siapakah yang berhak dikalangan manusia di jadikan sahabat yang paling baik?" Lalu Nabi s.a.w. menjawab "ummuka" dan bertanya lagi lelaki itu, "kemudian siapa?" Nabi s.a.w. menjawab "ummuka". Dan kali ke-3 lelaki itu bertanya lagi "kemudian siapa?" Lalu Nabi s.a.w tetap menjawab "ummuka". Lalu, lelaki itu bertanya lagi, "kemudian siapa?" Barulah Nabi s.a.w menjawab "summa abuka." [Muttafaqun ’alaih]

"Cuba kita tengok dan muhasabah hadis ni, kenapa Rasulullah ulang ummuka 3x kemudian baru abuka? Sebab ibu ni letih macammana pun, sakit macammana pun keutamaannya pada anak-anak dan suami. Bukan saja isteri solehah, malah yang perempuan kafir pun bila disemai rasa cinta pada anak-anak, subhanallah layanan mereka jauh lebih baik dari muslimah. Belajar sesuatu apabila memandang. Lihat dengan mata hati, berfikir dengan akal yang dipandukan iman pada Allah s.w.t.."..

p/s-  :)Yang baik dari Allah dan segala kelemahan datang dari diri hamba yang dhaif juga. Mohon ditegur agar dapat dibaiki kemudian hari.- (maaf pic (kartun) ta bape sesuai ... sekadar hiasan) :P

Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


al-insan fil ahsani taqwim. [At-Tiin : 4]


Terima Kasih Ummi ~

... al-insan fil ahsani taqwim. [At-Tiin : 4]
... manusia ialah sebaik-baik ciptaan....

YA ..Syurga itu di bawah tapak kaki ibu; HR Tirmizi... dan ana pohon ampun yang setinggi-tingginya. Memang sukar menerima keputusan ummi, tapi Allah jualah yang memberi ana kekuatan untuk menerimanya. Dengan rahmat Nya juga, ana rasakan keputusan ummi adalah keputusan yang bakal menjadikan ana bahagia di dunia moga di akhirat jua.ana lah insan yang paling bahagia saat ini. ;) Sungguh! Tiada yang diinginkan dari seorang IBU melainkan kebahagiaan dan yang terbaik buat anak-anak.

Terima kasih UMMI!

Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan (Al-Insyirah : 5)

Innallah hama’as sobirin (Allah bersama orang-orang yang sabar) Kadang-kadang tak sedar pun masa yang berlalu, sedar-sedar dah pagi... Ana bermuhasabah diri, kenapalah bukan syurga di bawah tapak kaki ayah? Iya... ana temui jawapannya dengan praktikal, bukan hanya teori! Syukur pada Nya yang mengiringi langkah ini dengan rahmat yang tak putus-putus.

Alhamdulillah, dengan kesempatan keadaan sekarang, ana kembali bertemankan kitabullah. Kembali menghafaz kalamullah, semuanya kerana UMMI...!

cian ummi, sabar jer la yep ada anak yang sokmo gile-gile macam ana. Sobrun jamil ya ummu Aiman, .. :)

Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


erti cinta..





Cinta... ♥

Jika cinta adalah kerinduan maka jadikanlah rindu ini dalam dzikir padaMU..

Jika cinta adalah perjuangan maka kobarkanlah semangat jihad didadaku..

Jika cinta adalah air mata maka jadikankah air mata taubat kapadaMU..


Jika cinta adalah hati maka letakkanlah bahagia itu disepanjang hayatku..

Aku sangat berminat pada alam... Bagiku, tanah air api dan angin semuanya bergabung diatas kesempurnaan ciptaan Tuhan utk hamba2Nya... Bersyukur diatas peluang yg Allah berikan utk menghirup udara dibumi ciptaanNya.. Moga aku tidak mudah lupa diri dan menghargai setiap pemberian dariMu Tuhan... Amin Ya Allah...




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


SakiT hAti, keCiL HatI, maKan HAti, buSuK hAti, Iri haTi






entry ini khas buat si pipi merah........ huk3..


WAHAI hati ....penyakit2 hati terkini.....


SakiT hAti, keCiL HatI, maKan HAti, buSuK hAti, Iri haTi adalah segala perkara yang tidak baik berkaitan dengan Hati.


KETAHUILAH...wahai si pipi merah....


Jangan biarkan ia terus membelenggu HATI kita kerana amatlah perlu kita membersihkan hati kita setiap masa, setiap detik kerana bukankah hati tempat jatuhnya pandangan Allah?


istigfar~~


Jagalah HATI...JAGAlah hati...JAgaLah HatI...JaGALAh hATI...JAGalaH HaTi...JaGALAh hatI.


pesan syeikhah....Hindarilah penyakit HATI yang mana bukan sahaja boleh mengotorkan HATI malahan mampu mengGELAP dan menGERASkan HATI!..


Beruntunglah orang yang mensucikan hatinya dan rugilah orang-orang yang mengotorinya. (Asy Syam: 9 - 10)


Sesungguhnya Allah Taala tidak memandang gambaran rupa kamu dan tidak kepada bangsa kamu dan tidak kepada harta benda kamu tapi Dia memandang hati kamu dan amalan-amalan kamu. (Riwayat At Tabrani)



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Ramadhan 2





2 days of ramadhan.. :D
Alhamdulillah.... we in the month of barakah !
Where it is in this month
"Somebody is leaving"
No shaitan no iblis
Just you and your desires alone
Let us pray to Allah
to give us the strength to maximise our ibadah in this month
to increase our good deeds
Where everything will be multiple by Allah SWT

"Ramadhan,
the blessed month has come to you,
wherein Allah turns towards you and sends down to you His special mercy,
forgives faults, accept prayers,
looks at your competitions for the greatest good and boasts to His angels about you.
So show your righteousness to Allah.
Verily the most pitiable and unfortunate
is the one who is deprived of Allah’s mercy this month"
(Tabarani)

Fasting does not give you excuse to be weak
Look at the companions during the Battle of Badr
Muslims were way stronger in Ramadhan
Free our heart from hatred
Free our soul from this dunya
Lets work for it together !
InshaAllah :)

may this Ramadhan be the best Ramadhan in our life
Amin.

p/s: *Reminder to myself before anyone else*



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Rasulullah this heart misses you :'(





It is when i heard the salawah before Tarawih
I started to cry
Allah has given me another chance
Ramadhan, alhamdulillah we meet again
I want this Ramadhan to be different
I want to reach all my targets for this Ramadhan
And hope everything becomes a habit even after Ramadhan
Its all about to change
Allah, please forgive me and accept my deeds
Everything i do, i do it for You
Lillahi
Amin Amin Amin

This reminds me of my brothers and my sisters in Palestine
How are they?
Hows your first day of Ramadhan going to be?
O Allah You're The Best and The Only Protector
Protect them from harm and give them your mercy
Amin YaRabbalalamin

Rasulullah this heart misses you :'(


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


RAMADHAN 1



salam ramadhan ....
alhamdulillah, hari pertama ramadhan...
sempat buat karipap hari nie...walau demam.... :)

kt luar hujan lebat....
igt jap lagi nak gik terawih kat surau tapi hujan lebat pula..
kalau lebat sgt agaknya terawih sensorg je la kat umah..

 harap2 hujan reda lepas berbuka nanti...mintak dipermudahkan perjalanan terawih malam ni. Aminn...

SELAMAT BERBUKA PUASA YE...DAN  SELAMAT MENUNAIKAN SOLAT TERAWIH....


Allahumma laka shumtu wa ‘ala rizqika afthortu (Ya Allah, kepada-Mu aku berpuasa dan kepada-Mu aku berbuka)

Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


^sabarlah hati...^






ingat...selagi ada Allah di hati, takkan ada durjana yang berani merobek hati, yang ada cuma godaan syaitan laknatullah...moga kita tdk bertemu di zaman Imam Mahdi kerna kita sendiri tahu dimana tahap diri kita... tenang lah adik dalam dakapan beribadah dipertiga malam..ingat, tiada sakit yang tiada penawar kecuali maut... sakit yang paling bermakna ialah bila kita berjuang fisabilillah..sakitnya begitu nikmat yang tak terhingga....


Imam Said bin Jubair berkata: “Jika seseorang tidak mahu mengajak kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran sehingga keadaan dirinya sempurna, maka tidak akan ada seorang pun yang akan mengajak kepada yang makruf dan mencegah kemungkaran.” Iman Malik amat bersetuju dengan kenyataan Imam Said bin Jubair ini dan sebagai tanda sokongannya, beliau menambah: “Dan siapakah antara kita yang lengkap dan sempurna?” 


Dalam riwayat lain oleh Imam Tarmizi, nabi bersabda: 

“Apabila manusia melihat kezaliman dilakukan oleh seorang yang zalim dan mereka tidak mencegahnya, tidak berapa lama lagi azab daripada Allah akan menimpa ke atas mereka semua.” 



# renung2kanla.. 

Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.