ISU SYRIA..SIAPA PEDULI?


بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

tadi baru bincang berkenaan isu-isu semasa yang berlaku di Syria.

Semoga Allah mengampuni kita andai kerana dosa-dosa kita, saudara-saudara kita diuji sedemikian rupa...
amin ya rabbal alamin..

Jom cakna.! InsyaALLAH..
Semoga ALLAH memberkati usaha ini sebagai satu jalan untuk merintis kemenangan.. ameen.



Syria.

Orang kata, lepas Mesir dan Libya. Gilirannya pula. Tapi manusia merancang, ALLAH juga merancang dan perancangan ALLAH juga lah yang terbaik. ALLAH belum izinkan, bahkan ALLAH uji lagi hamba-hambaNYA, dan juga saudara-saudara kita disana.

Kekejaman rejim Basyar Al-Assad yang membunuh orang awam yang setakat ini sudah beratus-ratus ribu orang yang gugur syahid. Ada yang diseksa dengan kejam. Ada yang dibunuh anak-anak mereka dihadapan mata. Ada yang isterinya diperkosa. Ada yang disembelih dihadapan keluarga sendiri. Ada bayi yang disumbat kedalam ketuhar. Ada dibunuh kejam dan menyakitkan, tanpa mengira usia dan jantina.

Kanak-kanak, orang tua, remaja, perempuan, pemuda malah sesiapa sahaja yang tidak sehaluan dan menentang kerajaan akan dibunuh dan disiksa.

Hanya kerana mereka menuntut keadilan, dan ingin melepaskan diri dari penindasan pemimpin diktator yang kejam lagi zalim.

SubhanaALLAH.

Ya ALLAH... selamatkanlah saudara-saudara kami di Syria. Berikanlah mereka kemenangan.. amin.









Syria. Persengketaan mazhab Sunni-Syiah.


Sedikit info.( untuk bacaan lanjut klik sini )

~ Kerajaan Syria pimpinan Basyar Al-Assad dan orang yang sepertinya sekarang berpolitik ala Firaun seperti mana yang dilakukan oleh pemerintah Tunisia, Mesir, Yaman, dan Libya. Mereka mencuri harta-harta rakyat dan memakannya dengan cara yang haram, memenjarakan rakyat sendiri, membunuh para ulama, melakukan pembunuhan beramai-ramai, merogol dan mencabul kehormatan wanita-wanita, menghalang perempuan beriman daripada memakai hijab serta menindas orang yang lemah seperti orang tua dan kanak-kanak.


~ Komposisi rakyat Syria: 6% darinya adalah Syiah Alawiyah, 10% beragama Kristian dan 84% Muslim ASWJ. Iran mempertahankan tindakan ganas rejim Hafez dan Basyar yang membunuh rakyatnya sendiri, begitu juga Hizbullah di Lubnan yang menyokong tindakan Hafez yang merupakan Syiah Alawiyah. Beliau seterusnya menyebut sifat-sifat Syiah yang begitu membenci ASWJ, menghina Khulafa Ar-Rasyidin dan isteri-isteri Rasulullah s.a.w. Sehingga hari ini Iran dan Hizbullah di Lubnan yang berfahaman Syiah masih menyokong rejim Basyar di Syria.


~ Fakta kekejaman rejim Basyar terhadap revolusi di Syria sekarang menunjukkan kematian 8,500 orang penyokong revolusi, 39,000 orang cedera, sementara 19 doktor serta 40 orang pesakit sebuah hospital di Doma dibunuh dan 180,000 tahanan dalam penjara diseksa yang mana 413 orang darinya mati dalam tahanan.


~ Kekejaman rejim Basyar terserlah sehingga jika ada tentera rejim yang tidak mahu menembak ASWJ (ahlussunnah wal jamaah), mereka akan dipenjarakan dan dibunuh. Keadaan ini menyebabkan lebih 30,000 tentera Syria berpaling tadah meninggalkan rejim.




Imej mayat seorg pejuang di Syria saat ini...yg diseksa hingga mati oleh militia ganas Syiah HIZBOLLA dari Lubnan yg datang membantu rejim syiah Assad bersama2 tentera rejim ASSAD di SYRIA....dengan disiyat dan direntap kulit mukanya lalu dicungkil matanya....kemudian dipukul kepalanya hingga mati...


SubhanaALLAH..
Ya ALLAH.. berikanlah pertolongan dan kekuatan kepada pejuang-pejuang MU.
Ameen. 

Pandang kepada keupayaan kita.


Ana selalu bercita-cita untuk tumbangkan kezaliman. Dari isu Palestin hingga ke isu Syria. Kalau boleh, ana 
mahu mengangkat senjata bersama mujahid-mujahid dan melindungi saudara-mara seagama disana.


Sentiasa berangan sebegitu, kerana bagi ana mereka itu sebahagian dari diri ana juga. Kalau mereka terseksa, ana juga akan rasa terseksa juga. Mereka dizalimi,ana pun turut sama merasai kezaliman tersebut.


Namun., sesekali ana jadi buntu. 


"Apa yang perlu ana buat..?"


Nak angkat senjata bersama para mujahidin di medan jihad.? Sanggup.? Mungkin. Tapi mampukah..?


Nak pergi tolong mereka carikan tempat perlindungan dan siapkan bala tentera untuk melindungi mereka..?
Huh.. jauh betul.


Puas ana fikir.


Apa yang boleh ana buat agar dapat memberi kesan walau sedikit kepada para-para penzalim ini..? Biar 
dengan apa yang ana usahakan ini menyebabkan mereka ini tidak senang duduk. Hurm..


Kemudian ana kembali memandang kepada diri. Melihat apa keupayaan yang ada.



~ Ana ada kaki, tangan, sihat, dan hidup dengan selesa. AlhamduliLLAH.


~ Ana ada blog, yang ana boleh tulis di dalamnya apa sahaja yang ana mahukan.


~ Ana ada peluang untuk menuntut ilmu dan duduk dengan para ulama`,amilin dan muktabar.


~ Ana ada jemaah yang boleh ana berikan kesedaran agar dapat bergerak.


~ Ana ada ramai sahabat-sahabat yang sefikrah.


Itu keupayaan yang ana ada. Namun secara logiknya, ana lihat, ia tidak cukup untuk memberikan satu impak walau sedikit kepada musuh-musuh ISLAM dan para-para penzalim tersebut.


Ia membuatkan ana terus berfikir dan berfikir. 


Konklusi yang ana dapat ialah :


1) Perjuangan setiap orang itu berbeza. 



~ ALLAH tidak membebankan seseorang itu dengan bebanan yang tidak sanggup untuk dia bebani. Makin kuat iman seseorang makin kuat ALLAH mengujinya. Kita kena ingat., berjuang itu perlu, tapi mungkin definasi perjuangan itu berbeza bagi setiap orang. Mungkin ada yang ALLAH campakkannya dalam perjuangan menuntut ilmu, kerana itu yang mampu dia tanggung dan orang lain tidak mampu menanggungnnya. Mungkin juga, ALLAH campakkan seseorang itu ALLAH campakkan mereka ke medan jihad dan peperangan, kerana itu yang mampu mereka tanggung. Tapi, yang penting ialah, KITA ADA PERANAN DALAM PERJUANGAN MASING-MASING. Kekal lah bermujahadah dan bersungguh-sungguh dalam perjuangan.., sedarlah, ramai lagi yang lebih sukar perjuangannya daripada kita.!! 


2) ALLAH mahu kita bergerak. 



~ ALLAH beri 'signal' kepada orang mukmin supaya bergerak. Jangan terlalu berangan-angan panjang untuk berfoya-foya di dunia. Signal yang menyeru kita bergerak untuk menuju ILAHI dalam keadaan redha dan diredhai. ALLAH mahu kita berhenti dari bersuka-ria di dunia yang sementara, dan dipenuhi dengan masalah. ALLAH mahu lihat usaha kita. ALLAH mahu lihat kecaknaan kita. ALLAH mahu lihat sejauh mana pengorbanan kita. 


3) Kita ada peranan, mereka pun sama.


~ ALLAH menegur manusia yang semakin lupa peranan mereka. Teguran itu hanya akan diangkat bila orang yang ditegur itu mula sedar dan kembali mengingati apa peranannya. Kita pula bagaimana..? Memberi kesedaran kepada masyarakat itu peranan kita, jangan marahkan si penzalim jika mereka tidak menjalankan peranan mereka, kalau kita pun sama. Hakikatnya.., si penzalim itu perlu ada, kerana dia hadir sebagai peringatan buat kita yang lupa akan peranan sendiri. Ayuh kita laksanakan peranan kita, insyaALLAH, apabila kita sedar peranan kita, ALLAH akan kembali teguran, saat itu ISLAM mencapai kemenangan. 


4) Semua ini percaturan ALLAH.


~ Segala yang berlaku ini tmerupakan percaturan ALLAH. ALLAH tidak menzalimi hamba-NYA. Yakinlah ALLAH sentiasa memeliharanya. Yang perlu ada pada kita sekarang ialah percaya dan terus percaya dan jangan berputus asa. Semua percaturan ALLAH itu adalah yang terbaik buat hamba-NYA., Kalaupun gugur dalam perjuangan kerana disiksa.., nescaya kelak ALLAH akan balas dengan syurga yang penuh nikmat.


SubhanaALLAH.


Ya ALLAH.. masukkanlah kami kedalam golongan syahada` mu.. Ameen..



credit to akhy Naqiuddin AnsaruLLAH.
~ Al-Azhar, Kaherah ~


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


10 lelaki 'HENSEM' di hati saya...




Moga Allah memelihara saudara-saudara lelakiku ...




Saya suka bercerita dengan ummi dan abi.Semua perkara,termasuklah soal hati dan perasaan.Mungkin sebab itulah,ummi dan abi senang bercerita dengan saya.Kesimpulan yang boleh saya buat tentang hati seorang ibu,juga hati seorang bapa ialah,mereka menyimpan harapan yang amat tinggi terhadap anak-anak lelaki.Walaupun kadang-kadang mereka nampak di 'mata' kita melebihkan anak-anak perempuan.Kalau saya seorang ibu,saya juga mungkin begitu.Anak-anak lelaki merupakan pewaris keluarga.Mereka juga yang akan mengimamkan solat jenazah kita kelak.

Wahai anak-anak lelaki sekalian,ingatlah walau setinggi mana pangkat dan ilmumu,jangan kau lupa pada si ibu yang melahirkan mu. Jangan kau lupa pada si ayah yang bekerja keras menyara kamu.

Keutamaan dan perhatianmu tetap pada ibubapamu kemudian barulah isterimu ..


10 lelaki 'HENSEM' di hati saya...


Nombor 10 ; tidak cepat marah atau melenting...


sangat tidak dinafikan,tanpa muka yang kacak,mereka boleh nampak cool kacak bila tak marah... :P



Nombor 9 :yang memahami pasangan


memahami segala kekurangan yang ada, tidak cerewet 


Nombor 8 : Lelaki Yang pandai




jenis lelaki pandai;-

-pandai tapi sombong tahap gaban sey...

-pandai dan ramah berkongsi ilmu

watak CSI- Greg Sanders ..kerja lab dia buat dia nampak kacak siyesli.. 



Nombor 7 : Yang kelakar..

siyesly, beruntung siapa yang dapat bakal suami yang kelakar,sense ni jangan dibuat-buat bia spontan





Nombor 6 : Tidak merokok

seriously Guys, be healthy,dont smoke,and you will be at the TOP of the list!

insya allah....





Nombor 5 ;

mengutamakan keluarganya, menghormati orang tua, menghormati kita sebagai wanita, pandai mengambil hati orang tua, 





Nombor 4 ; lelaki yang tahan lasak

most lelaki ialah lasak.betol ke? dengan zaman FB macam ni ,ramai ke lelaki yg

mengisi masa lapang dia mendaki bukit or even paintball? ramai ta? sanggup 

tinggalkan laptop,ipad or whatsoever....




Nombor 3 : yang pemalu... :P mayunyeee...



Nombor 2 : yang pandai masak

lelaki yang pandai masak biasanya pembersih! tangan for sure mesti sentiasa bersih

kuku sentiasa pendek...





Yang Utama... yang sebenarnya... Dambaan lelaki Soleh tenang menanti...  :)




















masya allah jangan terpedaya ye..
Bila sebut lelaki hensem, semua anak gadis akan membayangkan seorang jejaka kacak ibarat artis Korea, pelakon Hollywood, pelakon Hindi, jejaka Arab dan sama waktu dengannya hehe. 'Lelaki paling hensem' sangat subjektif untuk dijelaskan. Betulkan?

Cuba kamu bayangkan kalau pandangan kita semuanya sama? Huru hara tak? hehe. Itu perlunya kadang-kadang pandangan kita ada perbezaannya sebab perbezaan itulah yang melengkapi kita dan buat kita saling memahami. Ada kaitan tak? Fikirlah sendiri (^___^).

definisi Lelaki Paling Hensem sangat simple. Paling utama, seorang yang taat kepada Allah swt. Cukuplah dia seorang yang mampu menjadi imam kepada keluarga, mampu menjadi qari kepada anak-anak, seorang anak yang taat dan berbakti kepada ibu bapa, mengutamakan keluarganya, menghormati orang tua, menghormati kita sebagai wanita, pandai mengambil hati orang tua, memberi ketenangan bila bersamanya, sentiasa mengingatkan solat 5 waktu, sentiasa memberi teguran positif, bertolak ansur, memahami segala kekurangan yang ada, tidak cerewet dan paling utama tidak cepat marah atau melenting. Semua pun akan cakap benda yang sama kan? Sebab memang secara fitrah setiap manusia mahu yang terbaik untuk diri masing-masing. Sebelum kita mahu yang terbaik, perbaiki terlebih dahulu diri kita juga. Sebagai peringatan diri sendiri khususnya yaaa hehe. 


Lagi extra bonus, lelaki paling hensem tu manis & ikhlas senyumannya. Dalam Islam telah pun memberi kita garis panduan untuk mencari calon isteri ada 4 ciri yang patut diutamakan iaitu pertama, agamanya, keturunannya, rupanya dan hartanya. Calon suami pun ada juga ciri-ciri yang patut diutamakan, pertama, agamanya, keluarganya, ada ciri kepimpinan, kewangannya (bukan bermakna materialistik yaaa, nafkah untuk keluarga) dan akhlaknya. Lelaki baik untuk perempuan baik dan sebaliknya. Faham tak maksud ayat tu? Mendalam sebenarnya maksud ayat tu. Rajin-rajinkanlah berfikir untuk masa depan (^__-) 

nota kaki- sile abaikan post n pic dr 10-2 di atas tu ye... *gediktahengat



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


love medik *oke Tipu..


pukul 9 am
berpagi Jumaat....
baju kurung pahang in purple
Arabikha azlynn binti Azmil


seorg budak medik pegi lecture. lecture anatomy. lecturer dh masuk laaa, start ngaja, prang3! byk giler facts! budak medik tu berusaha la nk fokus sebaik mungkin walaupon beliau menguap beberapa kali sbb tido terlebih jam. dgn otak beliau yg berapa tak mantap tu, beliau cuba la utk fokus dan duduk kat dpn supaya senang la beliau nk terima ilmu. di penghujung lecture, lecturer pon buat la quiz. utk pengukuhan. soalan simple. maka, terkial-kial la budak medik tersebut memikirkan jawapan. lg laa beliau terasa down melihat kawan-kawan beliau begitu pantas menjawab soalan di screen. beliau hanya mampu melihat jawapan yg keluar. erk =.='



baru 1 week semester bermula, beliau dan beberapa kawan beliau sudah sepakat nk stay back kat library. di library, beliau pon study la lecture tadi.


tiba-tiba beliau berkata pd kawannya, "wei X, kenapa ana ta sempat pon nk jawab soalan kat lecture td?? otak ana lembab sgt ke huh??"


"tak baek la ckp mcm tu. kau tau tak, aku pon senyap je td tau. tak pe la kita mcm ni, baru kita tahu bersyukur. kau tak nampak ke org2 yg bijak mcm mana? jauh dari Allah. kalo kita ada segala-galanya mmg susah kita nk bersyukur. btol tak Y??"



"btol."kata Y sambil mengangguk.


tiba-tiba, budak medik tersebut balik kepada realiti bahawasanya, betapa beruntungnya beliau menjadi org yg serba kekurangan.

*sabar itu lebih senang drpd bersyukur!

rahsia- bajet study, padahal tgk SNSD. pelajar zaman ini! *ada yang terase ta??





Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


kalam tentang dirimu wanita..


بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Rasulullah s.a.w. diutuskan untuk menyempurnakan akhlak dan mengangkat nilai wanita. 1400 tahun yang lampau telah bermula cahaya yang menyelamatkan wanita dari dihina dan dipijak rendah.

Namun yang menghairankan hari ini, saat kita meyangka bahawa kita telah melaksanakan Islam secara sempurna, sebenarnya masih ada jahiliyyah yang menyempitkan Islam itu sendiri sehingga timbul fitnah yang dahsyat buat Islam.

Wanita semakin tertindas dengan lapuk adat tradisi yang disangka hukum syara'. Yang berusaha menuntut hak, dilabelkan feminisme yang mendokong sekularisme.

Lupakah bahawa wanita ada kedudukan yang istimewa dalam Islam? 



--------------------------------


لو خلقت المرأة طائراً لكانت طاووساً
Jika diciptakan wanita (dalam kelompok) burung,
nescaya jadilah wanita itu burung merak


ولو خُلقت حيواناً لكانت غزالة
Dan jika diciptakan wanita (dalam kelompok) haiwan,
nescaya jadilah wanita itu rusa


ولو خُلقت حشرة لكانت فراشة
Dan jika diciptakan wanita (dalam kelompok) serangga,
nescaya jadilah wanita itu rama-rama


ولكـنـها خُـلـقـت بـشـراً
Namun diciptakannya (wanita) sebagai manusia


فأصبحت حبيبة وزوجة وأماً رائعة ،
Maka jadilah wanita tersebut sebagai seorang kekasih,
isteri, dan ibu yang hebat


وأجمل نعمة للرجل على وجه الأرض
Dan (wanita merupakan) nikmat paling cantik
bagi (semua) lelaki di atas muka bumi


فلو لم تكن المرأة شيء عظيم جداً
Maka seandainya wanita bukanlah merupakan
sesuatu yang sangat agung


لما جعلها اللّه حورية يُكافئ بها المؤمن
Nescaya Allah tidak akan menjadikannya sebagai bidadari
yang dihadiahkan kepada seorang mukmin (di syurga nanti)


p/s-
 Alhamdulillah. Boleh ikut? InshaAllah, cuba untuk ikut, cuba untuk buat dan cuba untuk istiqomah. Buat sikit-sikit dan istiqomah. (:



InshaAllah. Entri kali ni, sangatlah ringkas. Sekadar mahu ‘menghentak’ fikiran saya, kamu dan kita semua untuk berfikir dan ‘membasahkan’ hati-hati kita yang selalu sangat kering.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


stop saying 'malas laaaa'


as a Type A personality who is very vulnerable to atherosclerosis, lately i eat a lot of fish and take olive oil to keep my HDL at almost high level!!


;)


p/s: The theory describes a Type A individual as ambitious, aggressive, business-like, controlling, highlycompetitive, impatient, preoccupied with his or her status, time-conscious, and tightly-wound. People with Type A personalities are often high-achieving "workaholics" who multi-task, push themselves with deadlines, and hate both delays and ambivalence.

FEBRUARY REMINDER-

1)stop completely eating jajan, msg can effect your brain
2)stop using earphone, it reduce the sensitivity when using stethoscope
3)study at the hardest level :(
4)save more money, for anything
5)stop riding taxi for a near distance
6)be kind and mesra to everybody
7)become more open minded person
8)stop thinking about all those new world order whatsoever and do my part as hambaAllah
9)stop saying 'malas laaaa'

ps- gambar diatas sekadar perhiasan.. :p (the real i eat today for lunch hewhewhew)


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


ISLAM KITA DI MANA?



♥ keep on MUHASABAH,
♥ speed up MUJAHADAH,
♥ maximise on Astaghfirullah,

ISLAM is our way of life..in everywhere..mga kita dapt sama 2 teguh untuk mengamalkan dimana 2 sahaja... 

contoh situasi yg sering berlaku samada kite sedar atau tidak... 

 MASJID

"Tak elok bercakap hal dunia dalam rumah Allah. Kurang pahala nanti…"
"Tak payah lah bercakap hal agama dalam pejabat. Dalam masjid dah lah..."

 Adakah SEKADAR di masjid dan surau? Islam kita di mana?

EXAM NAK DEKAT

"Nak exam kenalah jaga solat, banyakkan berdoa, stop sekejap dating."
"Alah... Exam lambat lagi. Nanti-nantilah study, solat lambat pun takpe."

Adakah ikut MUSIM? Hamba Allah atau hamba exam? Islam kita di mana?

LAFAZ SAKINAH

"Masa akad nikah I nak pakai tudung. Lagipun akad nikah dalam masjidkan.."
"Untuk sanding, I nak baju design berbelah sini sikit, sini sikit. Sekali seumur hidupkan..."

 Adakah hanya ketika LAFAZ SAKINAH? Islam kita di mana?


Ambil yang kita suka, guna hanya di mana kita nak?
Atau mungkin Islam kita hanya dalam KAD PENGENALAN?

"Wahai orang-orang yang BERIMAN, MASUKLAH kamu ke dalam Islam KESELURUHAN, dan JANGANLAH kamu turuti langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu MUSUH yang NYATA bagimu."
-Al-Baqarah : 208-

..terKESAN .


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


"Kaki tak ada orang "ushar', so tak pakai stokin pun takpe.."


 

 DILEMA WANITA ISLAM HARI INI..

Bila cermin mata pecah,hidup jadi susah. Tapi bila hati itu musnah, hidup lebih parah...

"She COVERED and she looks BEAUTIFUL.."
"Dia pakai je tudung tapi STYLO pulak tu.."
"PERLU ke pakai LABUH-LABUH?"
"Kaki tak ada orang "ushar', so tak pakai stokin pun takpe.."
"Dah tutup KULIT ni, mana ada AURAT dah.."
"Nak jadi MUSLIMAH yang BERGAYA..tak boleh ke?"

>>> Nak jadi muslimah bergaya?? Bagaimana hendak TERANGKAN?
Al-Quran kan ada..:)

Firman Allah :
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang BERIMAN, supaya MELABUHKAN PAKAIANNYA bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai PEREMPUAN BAIK-BAIK) maka dengan itu mereka TIDAK DIGANGGU. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani."
-Al-Ahzab : 59-

"Barangsiapa yang memakai PAKAIAN yang menjolok mata, maka Allah s.w.t akan memberikan pakaian KEHINAAN di akhirat nanti.."
(H.R Ahmad, Abu Daud, An Nasa'i dan Ibn Majah)

ツ Kita berCANTIK-CANTIK di akhirat nanti yaa.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Women Are Like Mentimun, Men Are Like Durian


Women are like cucumbers. We get scratch when we are rolling in our own or being rolled. Yeah, if you are rolling, you've got scratched. Your skin is so just fragile. Isn't it?

Men, like a 'durian'. Bergolek tergolek tak tinggalkan kesan..

p/s : so, how we are girls? ^__^




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Wordless Wednesday #3






duit mengalir macam air


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


nape makcik cleaner marah-marah??



Saya suka menggunakan tandas yg selesa..bersih dan tidak berbau.. yang saya boleh menggunakan tanpa rasa seperti nak muntah, atau bimbang seluar atau kain saya akan direndam di dalamnya... 
oh my....mcm ayat budak darjah 6 :p .. 

i know the title kinda sounds silly. but it means a lot to me. ..

kita selalu nampak makcik-makcik cleaner dekat hospital.. universiti, pejabat, sekolah surau especially r&r kan.... Now yang saya nak cite tentang tandas hospital .. makcik cleaner selalu sangat bebel-bebel lepas melayu terkocoh-kocoh ambil wudu' di toilet. but since she's india.. n shes counter part myammar and vietnam biasanya kita pun buat muka tak faham dan buat bo-layan aje pada beliau. well, tahukah anda, apakah sebab-sebab insiden ini berlaku?


sebab lepas kita ambil wudu' tu, basah lenjun, banjir air bertakung di toilet-toilet tersebut. so here's the solution untuk mengelakkan makcik cleaner  mula rasa hot gilebabeng (what the words is tis :P) je bila nampak melayu menghampiri toilet menjelang waktu solat...


Wipe wipe and wipe.

Use the wiper! toilet  ni biasanya ada wiper di mana-mana. Carilah dalam toilet-toilet kecil tu insyaAllah ada. so... lepas dah kita basahkan lantainya itu, be kind enough to wipe it back. I sometimes wipe the toilet - yes, i meant the public toilet tu sebab the lantai is too soaked, and I don't like it. So, just because you're not a cleaner, doesn't mean you're not allowed to use it... 
teamworked sikit.. oke.. :) 
takpe makcik cleaner tak marah.. saya dah cube pun.... :)
lenkali for sure bile makcik cleaner nampak kita dia takkan buat muke hot dah...kan makcik... :)


Budi bahasa budaya kita.
Amalkanlah senyum / bagi salam dekat makcik cleaner. If not for her, and other responsible toilet user, we won't get to use the toilet dengan aman. Memanglah toilet di hospital tu tak setaraf toilet quensbaymall, ataupun hotel taraf 3 ,4 ,5 bintang but still, it would've gotten worse without makcik-makcik cleaner tu. Nak-nak lagi kalau dah merantau ke hospital-hospital lain, kadang-kadang nak solat menumpang-numpang locker room staff, lepas guna tu murahkanlah senyuman dan ucapan terima kasih. Kalau korang kena marah pun, throw that muka ketat away and give them a pleasant smile... senyum...smile.... ^__^ dgn penuh dedikasi....


I think dua tu je lah key point kepada isu ni. I know it seems silly and all, tapi makcik cleaner pun ada hati dan perasaan... Kan best kalau semua orang happy tengok para wanita tak tinggal solat dan pandai jaga kebersihan tandas selepas menggunakannya? sesungguhnya habit menjaga kebersihan tandas bermula dari rumah, dan habit berbahasa dengan makcik clenaer bermula dari sekolah rendah. masih belum terlambat, anda mampu mengubahnya!
hai makcik..hai makcik...  kami curik pic makcik !

Mari amalkan kerana Allah. InshaAllah. ^___________^


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


doc.. baiknya kamu...?


Ramainye manusia sakit hari nie... untung sebenarnya..kafarah .. :)

Rasulullah –Shallallaahu 'Alaihi Wa 'Ala Alihi WaSallam bersabda: "Tidaklah seorang muslim ditimpa rasa lelah, sakit, kegundahan, kesedihan, gangguan dan kesulitan, hingga duri yang mengenainya, kecuali Allah akan menghapuskan dosa-dosanya dengannya."

syukur ,alhamdulillah... :)

so, harini i went to see ENT specialist in Hospital Lam Wah EE..oleh kerana ramai sangat ummi ajak g minum..btw sempat pergi minum dulu pun tak bergerak-gerak jugak gilirannye...klu buat appointment pun look like a same..kena tunggu jugak.. the reason why I went to see the ENT specialist adelah ...ehee malu nak cite..rasenya korang ley agak kot kan..kan... haaa...

Masuk-masuk je, doc tu tgk je ummi, ummi senyum.

ummi : Actually doc... this is my daughter... I suruh dia masuk sendiri, dia nakkk jugak I ikut...
Doc : Oh? sudah besar pun mau mak masuk... malu la .. malu... kalau 22 bulan tak apelah, ni dah besar meh! 

(well, memang I insisted ummi came in with me, in case tak dilayan dgn bersungguh2 kan...)

ummi : Itulah, I dah cakap dah... *giggles*
Doc : Nemind - nemind (malaysian for never mind)... But mak don't say anything, let her tell her problem.

so, i told him my problem and he asks me about my phlegm. and I innocently told him, "Oh, saya mmg tak pandai buang kahak, "

Doc : Ha???? tak pandai buang kahak? ....blablabla.... history...history...history...
Doc : (looking at ummi) so mak, there's nothing much to worry about, mostly because of the stress and changes. very normal for sum people....very simple, tak payah jumpa doktor pun tak apa... ok mak? dah habis dah......


Outside while waiting for prescription


ummi : Tak payah jumpa doctor pun tak ape?? selamba je doc ni ye... next time kamu jangan cakap macam tu dekat orang... tak baik... mana tau orang datang dari jauh, penat-penat tunggu, dia kata tak payah pun tak apa... at least kita dapat explanation, kamu jumpa doctor kat klinik tu dia bukan tahu benda-benda, bukan bidang dia...


Masya allah... bila tulis ni baru la terasa ummi is also telling (selain daripada isu manners) and terbukti people don't have much confident in "doktor biasa". oh my...

semoga esok jadi hari yang lebih alive!

Amin Yarabbal Alamin..


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


belajar untuk sayang..



dari hari ke hari ana belajar untuk sayang..,
ianya bukannya diperolehi dgn mudah.... semudah abc?? tidak..
 *****************
Waktu kecil
dahulu kita ni pantang dimarah ummi.

Kalau dimarah sahaja, berjalan kita ke bilik sambil dihentak-hentak kaki ke bumi. Mahu saja bumi terkoyak memuntahkan isi tanahnya kerana hentakan yang terlalu kuat...
*mulalah ummi nak menjeling dan abi...urmm ta sempat nk tengok reaksi dia... :)
Laceration dalam bahasa forensiknya.

Di bilik, katil double decker pula ditendang-tendang dari bawah. Biar meletup-letup bilik... *ana ke nie..buwok betul pangai...
Tak cukup, maka diambil buku kanak-kanak, atau baju ke yg boleh diconteng2. Dihiasi pula dengan kata kesat.
masya allah....Sungguh luar biasa pemikiran anak ini... *tewoknye...huhuhu...

************************************************
Asrama Harian

 Tidak lagi dikawal ibu mahupun abi dan ummi just senang menghabiskan masa disini.

Apapun, waktu melawat adalah heaven bagi ana. Rasa seronok setiap kali dilawat. Entah mengapa, semangat yang luntur bagai dicas semula...sebabnya ummi bawak bekal yg sedap2... alhamdulillah....

Tetapi, budak kurang matang macam kita ini tetap buat hal. Pantang ditegur, muka selenga dijaja.

Hal yang begini memang amat mendukacitakan ummi. Manakan tidak, perjalanan ke madrasah ini bukan dekat. 2 marhalah kiranya jika pergi dan balik.

Maka di malam hari, berendam air matalah kita....
Mengenang fe'el sendiri yang entah apa-apa...... *oh maafkan anakanda!!


***************************************************
Asrama penuh

Mujur, keputusan kita baik. Maka kita berhijrah ke madrasah lain. Madrasah ini lebih hebat kurungannya.

Jika hampir musim imtihan, boleh jadi sebulan setengah kita tidak menjenguk rumah.

Tetapi abi dan ummi masih menziarah. Tidak pun alah pada jarak yang jauh.
Pada masa inilah kita belajar mencium pipi ayah dan bonda, melepas rindu..... * tis one is the tacing part siyesly...

Amalan yang tidak kita lupakan sehingga kini....
 **************************************************************

bulan jan 2010/11....
Lain orang lain jawapannya.

Jarak beribu batu, maka ana lebih kerap menggunakan sms untuk berhubung.
Di sinilah ana belajar menggunakan perkataan 'sayang'.
Perkataan yang ditulis untuk menggambarkan kerinduan.

Pelikkan. Dulunya lain.
Tiada lagi kata-kata kesat yang diconteng pada kertas.

Ana mula belajar adab dalam kata-kata dan muamalat dengan orang sekeliling.

Ana belajar untuk sayang. Ia tidak hadir dengan sendiri.
Sesuatu yang mengambil masa.

Moga rasa ini tidak terhenti bahkan makin bertambah hendaknya.....

seterusnya... 2012... 

Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


bile orang tak faham







ana cuba utk menjaga hati semua org skrg
tak nk org terasa
diam
susah
bila asyik kena hentam je
sabar
diam itu emas
wohaaaa, mungkin ana terlalu berterus-terang sblm ni
takpe
tak terlambat
better late than nothing


bestkan kalo ana ada otak yg bijak
ana tak akan menghadapi masalah walaupon kena memorize apa2 dlm masa yg pantas
ana cuba buat2ana tak kisah
tak kisah walaupon ana tak bijak dan ana kena struggle very hard
compare to anybody else
tp kadang2 tu
rasa sakit hati
bile org tak faham yg
tak semua org ada otak yg bijak mcm dia

maybe a quote like
everybody have their own ability
adalah quote yg nk menyedapkan hati org2 yg mcm ana
tp hakikatnya
hanya Allah yg tau!


note- fail exam final sem kau boleh repeat, dan bayar 100usdfail exam dlm kubur, kau nk buat pe??


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Ustaz, saya akan terus mendoakanmu...


 
yg membezakan kita hanya taqwa..


uhkty A- Ana tak sukalah Ustaz tu...

 Ana-Kenapa?


uhkty A -Yelah. Ramai orang nak datang ceramahnya sebab dia ceramah lawak. Buat orang gelak-gelak. 


 Ana-Jadi?


uhkty A - Alaa. Orang yang datang pergi ceramah dia bukannya sebab majlis ilmu sangat pun. Tapi, sebab dia. Sebab dia lawak. Kelakar.

Ana- Jadi???

uhkty A -Jadi? Jadi...rasanya macam takde manfaat pun. Macam kawan saya, dia pergi ceramahnya, gelak-gelak lepas tu bukannya jadi baik. Sama je..


Ana-  Jadi, salah ustaz tu lah?

uhkty A-  Ermm. Entah. Tapi, saya masih tak berkenan dengan dia. Sebab, dia buat ceramah kat masjid. Orang gelak-gelak satu masjid dah macam tak hormat masjid. Lepas tu, yang datang just gelak, bila balik entah diingat ke tidak apa yang dicakap.


Ana- Ohh. Sebab tu ke awak tak berkenan?

uhkty A-   Haah. Kita nak cari ilmu untuk ingatkan kita, bukan untuk gelak-gelak.

Ana- Maaflah kalau saya bagi pandangan ni tak menyelesakan awak.

 uhkty A-  Cakap je lah.

Ana- Kenapa kita nak tengok buruknya, sedang baiknya lagi banyak?

uhkty A-  Hmm.

Ana-  Kalau pun, awak kata, kawan awak tu tak berubah, sekurang-kurangnya, dia mendatangi masjid, dia mendatangi majlis ilmu. MashaAllah, itu sudah cukup baik. Lagi pula, yang menjadikan seseorang itu baik adalah Allah, bukan ustaz tu. Dan kenapa tidak, kita merisaukan orang yang masih tidak menjejaki masjid? Yang masih hanyut lupakan akhirat? Kenapa perlu kita membebankan kepala kita dengan orang yang sedang bergerak ke arah kebaikan? Sepatutnya, kita bimbangkan benda lain yang lebih parah.

Kawan saya sepi. Saya ibarat diberi peluang untuk terus bercakap.

Ana- Lawak yang diselitkan cuma pendekatan dakwah Ustaz tu. Dia bukan buat benda maksiat pun. Kenapa kita mahu risau? Lagipun, dalam ramai-ramai yang gelak, pasti ada yang sedang terasa dan hatinya merintih mendengar ceramah ustaz tu. Saya yakin, tak semua yang gelak. 


uhkty A-  Tapi, ikut majoriti semua gelak.


Ana- Itulah kita. Bila benda baik, kita hentam habis-habisan. Ada saja yang tak kena. Kenapa? Sebab, bisikan syaitan yang membenci majlis ilmu. Daripada risaukan orang lain, baik kita risaukan diri kita yang mungkin terpengaruh dengan bisikan Syaitan tu. Hmm, kan?


Kawan saya nampak cuak.

 Ana- Ingatlah, sebelum kita menghitung kesilapan orang lain, mari kita hitung beribu kesilapan kita. Bila kita sibuk muhasabah kesilapan kita, kita dah tak sempat nak tengok kesilapan orang lain.


  uhkty A-  Huh. Terkena saya.


Ana- Takde niat nak mengenakan. Saya juga mengingatkan diri saya. Saya tahu, jalan dakwah ini sukar, kerana manisnya Syurga itu.



Ibrahnya - Tengok salah kita, tengok salah kita, tengok KURANGNYA kita.....


note cinta- Allah...

Hati saya menangis. :')

Ustaz, saya akan terus mendoakanmu...



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


you've changed man!!




adakah Allah redha dgn perubahan diri kita??
atau tidakkah kita perlu berubah utk mendpt redhanya??
atau ape??
atau kita sbnrnya tak berusaha pon hendakkan keredhaanNya??

work for it humairah
hanya kita yg menzalimi diri kita sendiri
sbb Allah tak zalim
Allah maha penyayang!~

baru beli 2 buah buku..
duit abi.. :)
mmg ana akan mati kerajinan lah lps ni!!!
oh, agak imposible
wish me luck
>,<

note- nak jadi baek bukan senang,nak jadi jahat bukan susah...


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


masih tidak paham


i was reading an entry from a blog : sufi jundi and it is an interesting topic to share actually for those who smoke. i saw my friends smoke dan itu adalah sesuatu yg amat mengecewakan sbnrnya. but for those who already stop : keep it up! u can do it! nnt claim coffee rostery ngan ana yep.. ! :))


kat situ Yusuf Al-Qaradawi bg tiga hujah kenapa smoking haram.




HUJAH PERTAMA

Al-Imam Abu Muhammad bin Hazmin Az-Dhohiri telah berpegang dengan zahir dalil al-Quran dan sunnah, dengan itu, beliau mengharamkan apa jua benda yang dapat memudaratkan apabila memakannya, beliau mengambil dari hujjah : setiap perkara yang memudaratkan itu adalah haram, diambil dari sabda nabi SAW :

“Sesungguhnya Allah menulis ihsan (kebaikan) kepada semua benda”

Bagi siapa yang memudaratkan dirinya ataupun orang lain, maka tidak akan ditulis kebaikan padanya, barangsiapa yang tidak ditulis kebaikan padanya, dia telah berbeza dengan ketentuan Allah dalam menulis kebaikan dalam setiap perkara.

HUJAH KEDUA

Dalam menilai hukum ini, Kita boleh juga berhujahkan sabda Nabi SAW :

Tidak boleh membahayakan diri sendiri dan membahayakan orang lain

[Ibnu Majah : 2/784]

HUJAH KETIGA

Begitu juga dengan hujah Firman Allah Ta`ala :

Janganlah kamu membunuh dirimu sendiri [atau orang lain]. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu.

[an-Nisa`:29]

oleh itu, kepada semua berhentilah merokok sbb mmg takde benefit langsung. habes duit, lungs pon jd hitam, ada rezeki dapat kanser tu, kanser ni.



ana slalu buat ni, berkesan!




N.B: better late than never

Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


tuu..dia..


tido sampai pkol 11 mlm
bgn
dinner nasik ngan kari ikan
on9
study sambil on9
tertido atas buku
bgn, mandi
on9
study
makan
study
g library
blek
makan
on9

hidup mmg sgt 'bermakna' kan?


ada 'air' tumpah atas buku =P
note- belajar itu ibadah...

rasanya tu je la stakat ni, anything i will tell u in my next entry. byebye, selamat mlm semua! pagi daa..eh!

Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.