tanpa syarat??



sampai syurga..ya?

Apabila saya katakan: "Saya cintakan awak."
Itu maksudnya, saya mahu masuk syurga dengan awak.
Maka jika saya ada buat perkara yang menyebabkan kita masuk neraka,
itu tandanya, telah hilang cinta antara kita.

**********************************************************************************

Aku : saya tidak layak untuk awak.

Kau : Kenapa?

Aku : awak dari kalangan orang baik-baik, sedangkan saya…

Kau : saya dan Tuhan selalu memandangmu, apa lagi?

Aku : awak pintar, awak ada banyak peminat.

Kau : Peminat? saya tidak perlukan mereka, saya hanya perlu pendamping dan pembimbing untuk anak-anak saya kelak.

Aku : saya juga tidak dalam ilmu agama.

Kau : Kita boleh mendalaminya bersama-sama.

Aku : saya tidak cantik. Tidak seperti mereka…

Kau : Tuhan akan marah jika mendengar perkataan awak tadi, sebab itu saya memilih awak kerana awak tidak menggunakan kesempatan atas kecantikan awak.

Aku : awak ini kenapa? Sudah saya kata saya ini tidak layak, kita ibarat bumi dan langit. Terlalu banyak perbezaan.

Kau : Perbezaan membuat kita lengkap.

Aku : Awak terlalu sempurna.

Kau : Belum. Akan sempurna jika awak ada.

Aku : Cukup. Saya tidak mahu dengar lagi.

Kau : Seribu bunga tak mampu membuat awak berlembut juga?

Aku : Temuilah abi saya. Itu lebih berharga dari seribu bunga dan ungkapan cinta.

.
**********************************************************************************

“Jika datang kepada kamu seorang lelaki yang engkau redhai agamanya dan akhlaknya untuk meminang perempuan kamu maka nikahkanlah dia jika tidak kamu lakukan demikian maka akan timbullah fitnah dan kerosakan” (hadis riwayat Tirmidzi ).
.
Imam Thabrani meriwayatkan dari Anas bin Malik, bahawa Rasulullah bersabda:

“Barang siapa menikah wanita kerana kehormatannya (jawatan), maka Allah hanya akan menambah kehinaan; barang siapa menikah kerana hartanya, maka Allah tidak akan menambah kecuali kefakiran; barang siapa menikahi wanita kerana nasab (kemuliaan), maka Allah hanya akan menambah kerendahan. Dan barang siapa yang menikahi wanita kerana inigin menutupi (kehormatan) matanya, membentengi farji (kemaluan)nya, dan mempererat silaturrahim, maka Allah SWT akan memberi barakah-Nya kepada suami isteri tersebut”

**********************************************************************************

Dan semoga hati-hati kami ini..dengan segala rasa di dalamnya, berada dalam dalam redha dan kasihMU..


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


tercampak!


Akhir zaman...tempat yg Allah suka..muslimin semakin jadi tak suka...jangan sampai Allah tidak suka kita..lalu dicampakkan kita ke tempat yang kita tidak suka...



Hebat perancangan Allah..

ibarat DARAH yang mengalir dalam saluran2 darah yang telah Allah cipta dan susun dlm diri kita, patuh serta taat untuk melalui jalan2 yang telah disediakan.
Tetapi kadang kala berlaku juga sekatan2 (ujian) dalam saluran darah yang menyebabkan darah itu terpaksa terpesong sedikit dari jalan asalnya.
Ada yang akan kembali ke saluran yang benar. Ada juga yang terus sesat u drpd jalan y sepatutnya dan menyebabkan pelbagai masalah berlaku dlm dirinya. Malah juga memberi impak buruk kepada sel lain yang berada sekelilingnya.

Begitu juga manusia, Allah telah sediakan kita jalan menuju syurga buat kita. tetapi syaitan dan nafsu sentiasa untuk menghalang kita drpd trus melalui jalan yang mulia ini. Menyebabkan kadang2 kita terpesong dan ambil jalan y tidak sepatutnya.
Alhamdulillah ada yang sedar dan kembali kepada jalan y benar. Nauzubillah , ada juga yang semakin sesat dan jauh dr jalan yang sepatutnya.

samakan susunan Allah untuk kita dengan susunan Allah untuk darah. Semoga Allah berikan HidayahNYA kpd kita dan tidak palingkan kita dari jalan yang benar lagi mulia....



We are ONE!
Under 1 God, 1 Faith, 1 Ultimate destination~ Jannah!



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


semoga beginilah situasi ana setiap pagi dan selamanya...


 sungguh ana tidak dapat melelapkan mata untuk hari yg ketiga .....lepas qiam...ana tidur.....sambil kunci jam..

 ‘Kringg kringg’. Dengan mata yang masih diulit sisa-sisa mengantuk, ana melihat jam. Pukul 4 pagi. Terngiang-ngiang di telinga..surah al-Israa’ ayat 78,

“Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari dan hingga waktu gelap malam, dan sembahyang subuh, sesungguhnya sembahyang subuh itu disaksikan (oleh malaikat).”


Mengenangkan cintaku kepadaNya, ana bingkas bangun. Mengenepikan selimut seberat 8 kilogram, melawan kedinginan suhu udara...

 Dalam surah Ar-ra’d, Allah ta’ala berfirman:

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu yang mengubah nasib diri mereka sendiri ”.

  seperti diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan purnama. Baginda berkata, “Sungguh kamu akan melihat Allah, sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah.” (HR Bukhari dan Muslim).

Inilah ganjaran yang paling hebat yang mampu diperolehi oleh manusia iaitu mampu untuk melihat tuhan mereka di akhirat kelak. Dan antara caranya adalah dengan mengerjakan solat sebelum terbitnya matahari...

Setiap pagi kita berjuang untuk menjadi Tentera Salahuddin
p/s-sengaja bangun awal... fb sekejap..tulis blog.... dan bersedia menemuiNYA..  oke! jom solat....


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


boleh ta abi..?



*serahkan segala urusan kepada Allah taala*


--->a Doctor wanna be
"abi, humaira nk jd doktor...tp bukan doktor d hospital..tapi doktor di mne tmpat humaira berpijak..krn maira ingin membawa Islam...boleh ta..abi?"




Dai'e adalah seorang Doktor..
bukan kerana mempunyai pangkat PhD atau ijazah perubatan
tapi kerana daie adalah perawat
hati-hati gersang..
hati-hati luka..
hati-hati kosong..
dengan membawa kalimah Allah taala
dan risalah Rasulullah saw ..
supaya manusia mengenal Allah~ 



“Iman itu bukan sekadar bicara, bukan juga sekadar cita-cita, tetapi iman itu adalah apa yang tersemat di dalam hati, dan dibuktikan dengan amal.” -Tabi’in-


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Mampukah aku hadapinya?


melihat alam..melihat liku2 dlm perjuangan..

merasa keperitan..mlalui stp ujian..

myelesaikan permaslhn..

trun naik, jtuh bgun

mbuat kn kte mkin matang..

matng dlm bfikir..

matng dlm btindak..

biarlh plbgai ejekan n cemuhan..

biarlh plbgai pandangan org pd kita..

walau rasa malu dan kdang2 prit hati ini tuk mnerima..

tapi ingatlah...Allah beli jiwa2 org mukmin ini dgn syurga..

Ingtlah nkmat2 syurga yg Allah sebutkan..

mka lnyaplah segala kresahan, ksedihan, hlang luka dihati..

yang kdg2 kita sdiri ta sedar yg kite terluke..

tapi air mata ta henti mngalir..mnanggung kepedihan itu..

Ya Allah, berikn ana kkuatn tuk hdapi sgala ujianMu Ya Allah..

thabtkn ana dlm prjuangn ini..amiin


Maafkan, moga  dimaafkan ~di tulis dgn laju2.. terlampau byk shortcut~asiff

"bykkan memberi drp mengharap..biarlah kite ta dihrgai, asalkan kite menghargai orang len krn kelak ALLAH pasti menghargai kita." 


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Apa jawapan kita andai ditanya..??


Alhamdulillah,mlm tadi blaja sesuatu di masjid al-Malik Khalid ..

Penawar bg hati..membicarakan tentang anggota2 badan dan KULIT..~
n pagi tadi kuliah subuh kat surau..dengar dari dalam rumah (tidak pergi)

ni pasal SYAITAN TIDAK REHAT~




nak kongsi dgn sahabat di sini...



renung2kan n selamat beramal! :)*






Fakta:organ terbesar kita adalah KULIT



Allah berfirman:
" Dan mrk bkata kpd kulit mrk, "Mgapa kmu mjadi saksi terhadap kami?" (Kulit) mereka mjwb, "Yang mjadikn kami dpt bbicara adalah Allah, y juga mjadikn sgala sesuatu dpt berbicara, dan dialah y mciptakan kmu y pertama kali dan hny kpdNya kamu dkembalikan.." Fussilat:21(kalau nak pahala,pergi belek AQ baca ayat 22)

cuba bayangkn di akhirat nanti..
kulit di hujung jari kita akan mjadi saksi, ape yg kita taipkan di fb atau sms
kulit d sekitar mata kita yang mjd saksi, ape yang kita lihat..
kulit d sekitar telinga kita yang mjd saksi apa yang kita dengari

kulit di kaki kita mjadi saksi kemana kita mlangkah..
kulit di wajah kita mjadi saksi solekan kita y mbwa kpd tabarruj
kulit d mulut kita jua yang mjadi saksi setiap patah pkataan yang kluar
kulit di tubuh kita yang mjadi saksi pakaian apa yang kita kenakan, mnutup aurat atau tidak
kulit di tangan yang mjd saksi apa yang kita jamah sebagai santapan

dan hakikatnya, seluruh anggota badan kita menjadi saksi

(-_-) hati menangis, merintih.,terkenang dosa2 y disaksikan oleh kulit sahaja..
dan tiba2 terdngar laungn azan yang merdu di masjid al-Malik Khalid ..


syahdu.."alangkah indah kalau dilahirkan semula, suci dr dosa"

astaghfirullahalazim..jauhi kami dari berbuat maksiat pdMu Ya Allah

thanks ainul barakbah, sebab ajak ke masjid =,=


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


saya fikirkan Dia tak henti2.


Kehidupan yang terlampau meruncing membuatkan ana hilang ingatan masa kecil.. Bila ditanya tentang masa lampau,,  ana  akan terdiam berfikir,, apa yang  ana  pernah alami selama ni..?? Sampai nak makan rambutan dan lipat kertas menjadi bintang pun dah tak ingat caranya... 


Allah..... Adakah  ana  hidup selama ni??

"tak kut...anti kena kidnap ngan bunian kot sblum nie..."

..."
ana  pon dah lupa penah kena kidnap ke tak.. heee..."

Bila rasa malas, teringat tentang solat yg ditangguhkan itu seperti surat yg diposkan, ada posmen yg menghantar surat tu, ada waktu-waktunya.. Kalau pos lambat nanti surat tu tak sampai dan akan balik semula kepada kita..

Bila solat tak khusyuk, teringat tentang solat yang tidak diterima oleh Allah, yang dicampakan ke muka kita seperti kain buruk nanti.. 


Sia2 je kan..?

Kita tidaklah sebaik malaikat..kita tidaklah semulia Rasul..tapi seburuk2 kita pun jgn sampai ke tahap haiwan yg tidak mengenal Tuhan..jangan mempertikaikan peraturan Allah 
 .. Kita selalu menilai org lain, tetapi sangat sedikit menilai diri sendiri. Tiada siapa yg sempurna....

 Bukankah telah ada peringatan ttg ni? 
Dia sentiasa memerhatikan,... Tetapi kita yg tidak memikirkan. Kerana, telah dinyatakan, sangat sedikit hambaKu yang bersyukur! 


Bila cuba nak fokus, tapi tak boleh,

.. teringat surah Al-Mukminun ayat 1 dan 2 terutamanya..
..Naik balik semangat jihad dalam hati ni.. ^^

Ingat Amanah, Ingat syurga, Ingat Neraka...

p/s-Alhamdulillah thanks Allah, berjumpa dgn insan-insan hebat ini menerbangkan segala ke'stress'an dan kegalauan jiwa buat seketika.... amin..


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.