lautan DOSA......


assalammualaikum.......


pnah rase menyesal tak?
bile tak sempat menghargai,
dan tak sempat utk tunjuk yg kite menghargai
some people...
and they leave.
forever,
never to come back.

tau tak?
kalau lalu depan kubur orang Islam, bukan cakap
"Assalamu'alaykum ya ahlul-qubur.." je..
tau tak?
sebenarnya ade sambungannye...
"kau telah pergi dan kami akan menyusul..."

... rase nak nangis sgt.............
brape banyak lagi masa yg kite ade???
bukan utk buat kebaikan je...
tapi utk hapuskan segala dosa yang tak henti ditambah...

malam ini kita menangis merayu dan meminta keampunan
berikrar utk tak ulang semua kesilapan
tapi esok pagi...
kita bangun,
kita buat lagi dosa² yg sama....

keampunan yang sebenar adalah hanya utk mereka yang tidak melalukan kesilapan yang sama berkali-kali...
kan???

hmmmm......
ketakutkan yang tak dapat diperkatakan...no words to says...

ya Allah...
please not only show me the right path..
but also show me how to walk on the right path...


p/s-need more... Uphamol 650mg..




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


one fine day.......



...SOLAT....

"solat asar sama-sama, ok?"
angguk. "awak jadi imam?"
"awak nak jadi imam?" sedang menggalakkan.
"tak. kite tak pandai la" senyum.
"hoho... ade ke istilah tak pandai?" berdiri menghadap qiblat.
senyum. "em, kite berdiri kat belakang sikit kan?"
tersentak!
terus senyum, angguk. "yup, belakang sikit je"


waahhh!!!!
i really feel like crying at that very spot!
kalau boleh nak tanya sorang demi sorang dalam musolla tu
sape tak reti or jarang solat berjemaah...

memang perasan selama ni, tiap kali menjejakkan kaki dalam musolla E0 Kuliyyah  tu, dalam ramai-ramai sisters yang nak solat,
tak sampai 5 orang yg akan solat berjemaah.

kenapa?
1- memang tak dapat dengar if brothers pun tengah solat, and memang tak dapat nak intai pun dari divider yang ada antara tempat solat brothers n sisters. tapi brothers mmg solat berjemaah la...
2- sisters pun don't take any effort to perform congregational prayers. takde sape-sape ajak, semua solat sendiri. pastu takde sape-sape berani jadi imam jugak...

tapi tak sangka langsung akan muncul statement "kite berdiri kat belakang sikit kan" tu...

jadi macam mana???
nak biarkan?
oh no, no, certainly no...

sidang pembaca ada cadangan???



p/s-kasut tali2 kegemaran juga hilang....hari tu jugak...tp ta dikisahkan sangat..cume kejadian tadi masih buat 
diri ini tertanya2 sendiri.... tp la nie...dok teringat nak bgtau apa kt umie kasut ana hilang...nasib baik ada selipar hak milik musollah ..terima kasih..beri kebenaran ana pinjam sekejap...^^


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


reminder....


reminder....

diserang virus batuk & selsema sejak subuh  tadi...
dan sakit kepala utk minggu yg kedua...
o_O"
huu...
banyak nye dosa...

ya Allah...
mohon maghfirahMu...
dan nikmat kesihatan ...
semoga dapat menjadi hamba yg lebih bertaqwa..
Hmm...

In the Name of Allah, The Most Gracious, The Most Merciful...

sakit kepala yg sangat membosankan~~~

...
feel like sleeping the whole day
but my body n HEAD is tired of sleeping a lot...!!!
feel like doing some work on my laptop or reading
but my eyes get strained so quickly
my forehead throb n neck numb...


i need to exercise... i need to sweat...

uhh...
ya Allah...
please grant me patience...
please grant me strength...

AMIN YA RABBAL ALAMIN


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


bila diri disayangi~



Bila Diri Disayangi 

Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namaMu

Tiada batasan waktu
Tiada tempat Mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan
Kasih merubah takdir

( korus )
Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namaMu, terasa diriku
Kembali dipandu

Engkau pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan Engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang Mu
Ku berserah diri



assalammualaikum......tetiba nak buat satu entry tentang lagu2 80 an & 90 an...^^
masa balik dari class tertuned suria fm...diputarkan lagu nie....
..subhanallah...mendalam maksudnya...
pada pendapat ana  ramai yg ta mengerti maksud lagu ni kan..  
bagi yg merasai..pasti fhm maksud lirik2 lagu di atas..
tidak dinafikan lirik2 lagu di ats mempunyai makna yg mendalam..



lagu lagu 80an & 90an ni jika dihalusi liriknya mmg berunsurkan ketuhanan...

tapi jgn kita terlalu terbuai dgn lagu2 ni...

hiburan itu indah tp jgn smpi ia melalaikan....  

lagu ini mengambarkan wahdatul wujud..
segalaNya adalah Allah...
 





bezanya,ramai boleh menyanyi lagu ni tapi tidak memahami..
samalah seperti al-Quran,ramai yang reti baca dan tau terjemahan,,tapi adakah yang membaca
  memahami maksudnya?
     walhal ,itulah panduan yang ditinggalkan nabi muhammad pada kita untuk menjadi hamba-Nya seperti yang diwasiatkan baginda sebelum baginda wafat..


"Tidakkah kamu mahu berfikir?"
"sungguh,beruntunglah bagi mereka yang mau mengambil pelajaran."



amin yarabbal alamin..........



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Apa rasamu?






Apa rasamu hai gadis

bila ada teruna


memuji wajahmu cantik nan ayu

melirik senyum cuba menjaring

Nafsumu kata "oh.. cantiknya aku."

Akalmu kata "hmm kena jual mahal."

Ilmumu kata "dia cuma memuji, tak lebih dari itu."

Imanmu kata "aku menjadi fitnahkah?"

Oh gadis

dirimu memang hiasan dunia

tapi cantikmu bukan pameran

ayumu bukan murahan


Yang tertutup kan lebih baik

terlindung suci dari godaan


 

ANA dah baca banyak juga artikel dan buku ttg niqob. conclusion, tidaklah wajib pakai selagi tidak menjadi fitnah. ana  pernah bertanya seorang sahabat, fitnah tu bagaimana?


 Katanya, apabila kejahilan mengatasi kebenaran....

 Justeru.. pakai niqob untuk elak fitnahkah?? ya memang betul...



ana pernah tanya seorang syabab, cantik itu bagaimana? Katanya, cantik itu subjektif. Penilaiannya berbeza. -Justeru bagaimana mahu tahu andai kecantikan wanita itu manjadi fitnah yg mewajibkan pakai niqob?
 Katanya, terpulang pada wanita itu dan lelaki di sekitarnya. ....


teringat pesan ustaz syukri..." Neracanya ilmu dan iman, bukan nafsu dan akal...".. ana masih ingat lagi kata2 ini...
 
tetapi pada masa kini rata2 ana lihat....ada isteri pakai niqob sebab suami suruh. Ada akhawat pakai niqob sebab "ustaz" suruh. Ada anak pakai niqob sebab mak ayah suruh. Ada yang pakai niqob sebab keadaan mendesak. Ada yang pakai sebab takde sapa-sapa suruh, tapi kerana mencintai sunnah isteri-isteri nabi. (alhamdulillah) Yang tak pakai, sebab takde sapa-sapa suruh .... Atau nak pakai tapi terhalang....


wallahualam...


ANA berharap dan berdoa selalu semoga kita bisa istiqomah, sami’na wa atho’na, agar terhindar dari murka Allah… 


YA ALLAH... Aku iri dgn mereka. Muslimah yang tidak pernah menimbulkan fitnah wanita. Aku takut jika 
suatu saat, tanpa aku sedari aku dapat menimbulkan fitnah....


Bg ikhwan, Hati2 dgn Fitnah wanita. Dan bg akhwat bantulah para ikhwan agar tidak terjerumus dlm fitnah wanita.....


amin ya rabbal alamin............




p/s~ Ayat-ayat di atas tidak bermaksud untuk menyinggung perasaan sesiapa ya. Sebuah catatan untuk diri sendiri yang alpa ini.

Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


JIKA CINTA ITU DATANG BAWALAH IA KE SURGA







Jatuh yang tak mengundang orang simpati ialah jatuh cinta.CINTA adalah fitrah dan kurnia ILLAHI.Tidak ada siapapun yang dapat melarikan diri daripada mencintai dan dicintai.Namun demikian , puncak CINTA ada orang masuk syurga kerana CINTA dan ramai orang yang dihumban ke neraka gara-gara CINTA. Nauzubillah. CINTA yang bagaimana yang mampu membawa seseorang ke surga?
CINTA yang dialirkan oleh ALLAH ke dalam hati, itulah CINTA yang benar, suci lagi murni.CINTA yang bukan diukur ikut pandangan mata,tapi ikut pandangan ALLAH.Ia atas dasar ALLAH dan CINTA terjadi atas keredaan ALLAH.CINTA begini tiada batasannya.Tidak pula kenal jenis kelamin dan kedudukan.Dan CINTA ini lahir hasil dari CINTA kepada ALLAH jua.

CINTA KERANA ALLAH


NAK cite sikit kisah sejarah k CINTA Zulaikha terhadap Nabi Yusuf.Sewaktu Zulaikha dibelenggu oleh CINTA nafsu yang berkobar-kobar pada Nabi Yusuf , dia sanggup hendak menduakan suaminya yang bertugas sebagai seorang menteri....sungguh dashyat penangan CINTA ini bukan...?

Ketika Nabi Yusuf menolak keinginannya, Zulaikha menarik baju Nabi Yusuf hingga terkoyak. Akibat daripada peristiwa itu , Nabi Yusuf telah dimasukkan ke penjara. Tinggallah Zulaikha memendam rindu CINTANYA kepada Yusuf.

Penderitaan CINTA yang ditanggung oleh Zulaikha menyebabkan dia berubah daripada seorang perempuan yang cantik menjadi perempuan tua yang tidak cantik lagi. Matanya banyak menangis terkenangkan Yusuf, hartanya habis dibahagi-bahagikan kerana Yusuf. Sehingga datanglah belas kasihan daripada ALLAH terhadapnya. Lalu ALLAH mewahyukan agar Nabi Yusuf mengawini Zulaikha setelah ALLAH mengembalikan kesihatan dan kecantikannya.

sangat pelik , ketika Zulaikha mengenal ALLAH, datanglah CINTAnya pada ALLAH sehingga waktunya lebih banyak dihabiskan untuk bermunajat dengan ALLAH dalam ibadah dan zikir.

Begitulah betapa CINTA yang dulunya datang dari nafsu dapat dipadamkan setelah mengenal dan CINTA kepada ALLAH. CINTA ALLAH adalah CINTA taraf yang tinggi. Puncak CINTA ini ialah pertemuan yang indah dan penuh rindu di surga yang dipenuhi kenikmatan.

CINTA pada ALLAH akan lahir pada orang yang mengenal ALLAH. Kerana CINTA yang lahir ada penyebabnya. Jika wanita CINTA pada lelaki kerana kayanya, baiknya,tampan, dan sebagainya dan lelaki CINTA wanita kerana kecantikan, baik, lemah lembut dan sebagainya maka bagi mereka yang berakal akan merasa lebih patut dicurahkan rasa CINTA pada ALLAH kerana segala kenikmatan itu datangnya daripada ALLAH.

sahabat sahabiah sekalian, ALLAH yang menciptakan kita sebagai-NYA , kita diberikan berbagai-bagai nikmat seperti kesihatan yang baik , kegembiraan dan lain-lain. Baik kita ingat krpada-NYA ataupun ataupun tidak, kita tetap diberi-NYA nikmat-nikmat tersebut. Begitulah , kebaikan yang diberikan ALLAH kepada kita terlalu banyak sebagaimana firman-NYA, yang bererti:

"Kalau kamu hendak menghitung nikmat -nikmat ALLAH, niscaya tidak akan terhitung."


Ada orang mengatakan :"JIKA KAU BERIKAN HATIMU ATAUPUN CINTAMU PADA MANUSIA NESCAYA CINTAMU AKAN DIROBEK -ROBEKNYA. TAPI KALAU HATI YANG PECAH ITU DIBERIKAN KEPADA ALLAH NESCAYA AKAN DISATU-SATUKANNYA .ERTINYA CINTA DENGAN ALLAH PASTI TERBALAS. DAN ALLAH TIDAK MEMBIARKAN ORANG YANG DICINTAI-NYA MENDERITA DI AKHIRAT."

Jadi seorang yang bijak dan beradab dalam meletakkan kecintaan yang besar pada ALLAH, pada Rasulullah dan barulah kepada makhluk -makhluk lain di samping-NYA.Itulah konsep CINTA yang yang betul dan menguntungkan di dunia dan di akhirat. Itulah dia CINTA kita pada ALLAH SWT yang patut kita letakkan...


aminn ya rabbal alamin....



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


أجمل كلمات الدكتور سلمان العودة على الفيسبوك - منتدى قصة الإسلام


أجمل كلمات الدكتور سلمان العودة على الفيسبوك - منتدى قصة الإسلام

Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


untuk mereka yang pergi....AL-FATIHAH


assalammualaikum....sahabat dan sahabiah semua....tragedi  tanah runtuh Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat begitu meruntun segenap ruang hati ana....Inna lillahi wainna ilayhi raaji'unn.. al-Fatihah.. 


Wahai manusia, menangislah kerana takut pada siksa Allah. menangislah kerana haru akan luasnya nikmat yang Allah berikan kepada kita. menangislah melihat saudara kita yang bergelimang nestapa. menangislah kerana Allah. Menangislah,,, Menangislah,, Menangislah,,!!! Dan jika kita tak mampu menangis, maka menangislah. Menangis kerana hati kita telah begitu keras, telah membatu, telah kehilangan fitrahnya.







Gambar diambil beberapa hari sebelum kejadian.
sumber : rakan blogger

Salam takziah utk keluarga Allahyarham……..semoga Allah merahmati dan mereka diletakkan bersama para2 syuhada…...semoga tabah menghadapi ujian Allah S.W.T..
AL-FATIHAH...AL Fatihah……Amin..


anak-anak suci itu..
Merenung ke dalam matanya
Bening tiada berdosa
Wajah-wajahnya suci
Beriring sepi,
sesepi ibu dan ayah yang telah dulu pergi

Janji-Nya yang pasti telah datang
Mendahului harapan nan subur
Berkubur bersama sebuah tragedi

Wajah-wajah suci itu
Menusuk hati menusuk kalbu
Siapa memandang tumpahlah si air mata

Hakikatnya bagi mereka
Begitu damai dalam pergi
Sepi beriring lagi... al-fatihah.....

Tribute untuk mangsa tragedi tanah runtuh  Madrasah At-Taqwa, Hulu Langat... al-Fatihah



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


NUR KASIH the movie....


NUR KASIH THE MOVIE

‘Aku kembali kerana masih, mencari yang hakiki, sinar pasti, janji suci yang abadi…....’ 


ASSALAMMUALAIKUM....
mungkin rata-rata dah tengok filem ni kan....kata teman seusrah ana...
"hang patut tengok filem nie.......WAJIB.......!  " 
taksubnya ...kawan ana nie.....^^ senyum je...

ana tahu....memang hati nie nak g tengok...tetapi bagai dihalang2..
untuk ana menjejakkan kaki ke cinema...setelah 3 abad ta pegi...filem nie berjiwa islamik
dan pula ianya
cite dari kesinambungan  NUR KASIH...dari drama hingga ke filem...dan mungkin juge lokasi
pilihan penggambarannya di JORDAN...itu yg pasti...yang buatkan diri ini tanpa berfikir panjang nak sangat 
nonton filem ini....
drama NUR KASIH  seramai 19 juta penonton tu....walla...!  hebat.....


filem yang mendedahkan segala-galanya yang tersirat di dalam hati  Nur Kasih..
penangan pembawaan watak-watak Adam, Nur Amina dan Aidil oleh Remy Ishak, Tiz Zaqyah dan Fizz Fairuz benar-benar memberi impak  pada diri ana...walaupun ianya sekadar lakonan..
kerana bagi ana
 kesungguhan dan kecekalan tiga watak ini menghadapi cabaran kehidupan menjadi sumber inspirasi dan tauladan pada ana....indah sangat...

kekadang..terasa
apabila menonton drama NUR KASIH nie....membuat diri ini tertanya-tanya tentang..
kehidupan....dan renunglah dari mata hati...dan rasakan nikmat ujian yg allah berikan pada kita...

hehehe ana  baru tengok drama ..filem belum lagi.....:) terlebih suda pulak rasanya....

NANTIKAN...komen dari ana bila tonton filem nie nanti ya.....
(insya allah...)




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


yang lembut itu hati...


"Hati-hati dalam menjaga hati.... hati-hati di jalanraya kehidupan" ....




Bila dikenang-kenang memang payah kita dalam bab nak jaga hati ini. Hati yang berbolak-balik sering saja memberi alasan untuk kita tidak terus amalkan apa-apa yang baik. Contohnya dalam elok2 kita dapat luangkan masa mengimarahkan masjid untuk solat berjamaah dan menghadiri majlis ilmu misalnya, tiba2 je kekadang hati kita menjadi berat untuk terus istiqamah melakukannya.


Alasan yang biasa diberi ialah sibuk. Aduss...Sibuk benar bunyinya kita. Memang akan sibuk jadinya kalau kita tidak mampu mengurusi masa kita dengan baik. Contohnya macam kita menyumbatkan pakaian ke dalam beg dengan cara bergumpal2 tanpa dilipat terlebih dulu.... Bila dah begitu beg akan jadi penuh sampai tak boleh nak di zip kan pun beg tu. Apa kata kita keluarkan balik isi beg itu kemudian lipat elok2 pakaian tu sebelum dimasukkan balik ke dalam beg. Hah... kalau disusun pakaian tu secara berlipat kita akan dapati masih banyak lagi ruang kosong di dalam beg tersebut.
Itu perumpamaannya.....^^




hidup ini adalah medan ujian. Oleh itu kena betul2 kita awasi hati seiring berhadapan dengan ujian kehidupan. Hati terdiri dari 3 bahagian iaitu hati yang sejahtera, hati yang sakit dan hati yang mati. 
  • Hati yang sejahtera disebutkan sebagai hati yang bebas dari syirik, tidak ragu2 dan tiada bintik2 hitam yang boleh mengundang dosa.
  • Hati yang sakit adalah hati yang berpenyakit, pahit untuk lakukan ibadat, pahit untuk melakukan amalan yang berterusan. Perumpamaannya bagaikan orang yang sakit, kalau disuruh makan nasi beriani yang sedap sekalipun, tidak akan timbul rasa selera untuk memakannya. Tekak terasa sakit untuk menelan, lidah terasa pahit bila merasa hidangan.
  • Hati yang mati adalah hati yang tak rasa sedih bila terlepas buat benda2 baik, tak rasa menyesal bila buat benda yang tak baik.

Sama dalam hal bagaimana kita mengurusi masa kita. Jika kita bijak uruskan masa kita dengan baik, InsyaAllah segala2nya akan jadi lebih teratur. Hasilnya hidup kita akan jadi lebih bermakna bila kita dapat mengenalpasti arah-tuju kita yang sebenarnya dalam kehidupan ini. Moga sentiasa mendapat rahmat dan keampunan Allah...aminnn


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.