Video menunjukkan sekelompok penentang berusaha untuk menunjukkan protes ke atas presiden, tetapi dibalas oleh tepukan sokongan jemaah solat yang lain dengan laungan Mursi.



Mursi! Mursi! Mursi!

Di Masjid fath, selepas solat Jumaat asalnya penentang Mursi ingin mengajak semua melaungkan slogan menentang Perlembagaan baru, kemudian para jemaah yang lain bertepuk tangan tanda penghargaan.

Kemudian para jemaah lain melaungkan sokongan mereka kepada Dr Muhammad Mursi secara spontan respon kepada sekumpulan penentang tadi.

Video yang sangat mahal  dan so cute!

MasyaAllah 3alaikum jami3an..

Video menunjukkan sekelompok penentang berusaha untuk menunjukkan protes ke atas presiden, tetapi dibalas oleh tepukan sokongan jemaah solat yang lain dengan laungan Mursi.

Israel pasti gembira dengan masalah dalaman Mesir, ia mengalihkan perhatian rakyat Mesir daripada isu Palestin.
now i realise.. bijak israel ni. tp perancangan Allah itu lg cantik.. moga hati2 umat islam disatukan.. moga islam terus kuat..aamiin!


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Inilah contoh Menteri yang gentleman.


Inilah contoh Menteri yang gentleman dari seberang sana. Bertanggungjawab setelah melakukan kesalahan. Kalau di Malaysia, berpuluh-puluh kes rasuah pun masih jadi menteri, ketua menteri, menteri besar dan perdana menteri. Buruknya perangai.

 Oh! malaysiaku.

Suspek kes rasuah, menteri Indonesia letak jawatan.
Menteri Belia dan Sukan Indonesia Andi Mallarangeng yang menjadi suspek kes rasuah projek pembinaan pusat pendidikan dan latihan sukan serta sekolah sukan di Bukit Hambalang, Bogor, Jawa Barat, meletakkan jawatan daripada kabinet semalam.


foto


Andi mengumumkan perletakan jawatannya itu pada sidang akhbar di pejabatnya di Jakarta Jumaat pagi selepas menyerahkan surat pengunduran dirinya itu kepada Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono di pejabat Presiden.

Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah (KPK) Indonesia, yang telah menetapkan Andi sebagai suspek kes rasuah projek bernilai lebih satu trilion rupiah itu, telah pada semalam memohon kepada Jabatan Imigresen Indonesia supaya menghalang beliau dan dua lagi yang terbabit dalam kes sama, daripada melakukan perjalanan ke luar negeri.

Andi merupakan orang pertama di Indonesia sebagai penyandang menteri kabinet yang ditetapkan sebagai suspek dalam kes rasuah. Kes-kes sebelum ini hanya melibatkan tokoh-tokoh tidak lagi menyandang jawatan menteri.

Presiden Susilo dalam kenyataan kepada media tengah semalam mengesahkan pengunduran diri Andi dari kabinet dan tugas menteri itu akan dijalankan Menteri Penyelaras Kesejahteraan Rakyat, Agung Laksono.

Susilo menghargai keputusan Andi mengundurkan diri ketika menghadapi masalah undang-undang kerana jika beliau tidak berbuat demikian, urusan kerja kabinet akan terganggu.

Selain jawatan kabinet, Andi turut meletakkan jawatan sebagai Setiausaha Lembaga Penyelia Parti Demokrat serta Setiausaha Majlis Tertinggi Parti Demokrat, iaitu parti politik yang diketuai Presiden Susilo sendiri.

Nama Andi sering dikaitkan dalam kes projek Hambalang itu sejak bekas Bendahari Agung Parti Demokrat M. Nazaruddin menyebut bahawa beliau dan Ketua Umum Parti Demokrat Anas Urbaningrum telah menerima sejumlah wang daripada projek itu.

Suruhanjaya Pembanterasan Rasuah Indonesia menemui beberapa kejanggalan dalam projek itu apabila nilai projek itu meningkat dengan begitu besar berbanding kos asalnya ketika ia mula dibangunkan pada masa Menteri Belia dan Sukan sebelumnya, Adhyaksa Dault.

Setelah Andi mengambil alih jawatan Menteri Belia dan Sukan, pelan projek itu mengalami perubahan dan kos projek yang pada asalnya berjumlah Rp125 bilion telah meningkat menjadi Rp1.17 trilion (AS$265 juta).

- Bernama


sumber


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Blogger Aliaa Magda Elmahdy dari Mesir ini terus menjadi sebutan.


 Kehilangan Dara satu Kebanggaan Baginya

Sejak bergambar bogel dalam internet, nama bloger dari Mesir yang juga bekas penuntut universiti berusia 20 tahun, Aliaa Magda Elmahdy terus menjadi sebutan bukan sahaja di Asia Barat malah hingga ke peringkat antarabangsa yang terkejut dengan keberaniannya berbuat demikian.Selain menerima kecaman dan makian, twitter milik gadis berkenaan telah dikunjungi lebih sejuta kali sementara jumlah pengikutnya pula meningkat dengan mendadak dari hanya beberapa ratus kepada 14,000 orang.

Tindakan beraninya yang tidak bermaruah itu terutama bagi gadis yang dibesarkan di sebuah negara konservatif Islam turut mendapat liputan media antarabangsa.Aliaa yang menyifatkan dirinya sebagai tidak beragama, telah menetap bersama teman lelakinya, Kareem Amer sejak lima bulan lalu.

Kareem, pada 2006 telah dipenjarakan selama 4 tahun kerana mengkritik Islam dan memfitnah bekas Presiden Hosni Mubarak.Dalam temubualnya dengan CNN, Aliaa memaklumkan dia bersetuju bergambar bogel dan memuatnaik dalam twitternya kerana dia tidak mahu menjadi seorang wanita dalam masyarakat yang disifatkannya hanya menjadikan wanita sebagai objek seks semata-mata.“Ia adalah satu ekspresi terhadap diri saya. Saya berbogel kerana ini dilihat dari sudut yang berbeza dan saya juga sukakan seni dan saya juga bukan orang yang percaya bahawa kita perlu berkahwin semata-mata untuk mendapat anak,” katanya.

Ditanya bagaimana perasaan kedua-dua ibu bapanya yang beragama Islam mengenai penampilan bogel dan menetap bersama teman lelaki tanpa berkahwin, Aliaa berkata, kali terakhir dia bercakap dengan mereka ialah 24 hari lalu.

“Mereka ingin menyokong saya namun mereka menuduh Kareem telah memanupulasi saya sedangkan dialah yang memberikan sokongan padu. Saya berhenti daripada Univerisiti Amerika di Kaherah selepas ibu bapa saya berusaha mengawal hidup saya dengan mengancam tidak akan membayar yuran universiti,” katanya.

Dia juga mendakwa bapanya sentiasa benci melihat cara dia berpakaian selama ini.Ketika ditanya sama ada dia mengamalkan seks yang selamat, Aliaa tanpa malu dan segan menyatakan dia tidak mengambil sebarang pil kerana dia anti pengguguran.

Malah dia dengan bangga menyatakan kehilangan dara ketika berusia 18 tahun dengan lelaki yang dicintainya yang 40 tahun lebih tua daripadanya.Aliaa yang menerima ugutan sejak menyiarkan gambar yang tidak bermaruah itu berkata, dia tidak takut dan sanggup hidup dalam bahaya.

Photo: Blogger Bangga Kehilangan Dara

Sejak bergambar bogel dalam internet, nama bloger dari Mesir yang juga bekas penuntut universiti berusia 20 tahun, Aliaa Magda Elmahdy terus menjadi sebutan bukan sahaja di Asia Barat malah hingga ke peringkat antarabangsa yang terkejut dengan keberaniannya berbuat demikian.Selain menerima kecaman dan makian, twitter milik gadis berkenaan telah dikunjungi lebih sejuta kali sementara jumlah pengikutnya pula meningkat dengan mendadak dari hanya beberapa ratus kepada 14,000 orang.

Tindakan beraninya yang tidak bermaruah itu terutama bagi gadis yang dibesarkan di sebuah negara konservatif Islam turut mendapat liputan media antarabangsa.Aliaa yang menyifatkan dirinya sebagai tidak beragama, telah menetap bersama teman lelakinya, Kareem Amer sejak lima bulan lalu.

Kareem, pada 2006 telah dipenjarakan selama 4 tahun kerana mengkritik Islam dan memfitnah bekas Presiden Hosni Mubarak.Dalam temubualnya dengan CNN, Aliaa memaklumkan dia bersetuju bergambar bogel dan memuatnaik dalam twitternya kerana dia tidak mahu menjadi seorang wanita dalam masyarakat yang disifatkannya hanya menjadikan wanita sebagai objek seks semata-mata.“Ia adalah satu ekspresi terhadap diri saya. Saya berbogel kerana ini dilihat dari sudut yang berbeza dan saya juga sukakan seni dan saya juga bukan orang yang percaya bahawa kita perlu berkahwin semata-mata untuk mendapat anak,” katanya.

Ditanya bagaimana perasaan kedua-dua ibu bapanya yang beragama Islam mengenai penampilan bogel dan menetap bersama teman lelaki tanpa berkahwin, Aliaa berkata, kali terakhir dia bercakap dengan mereka ialah 24 hari lalu.

“Mereka ingin menyokong saya namun mereka menuduh Kareem telah memanupulasi saya sedangkan dialah yang memberikan sokongan padu. Saya berhenti daripada Univerisiti Amerika di Kaherah selepas ibu bapa saya berusaha mengawal hidup saya dengan mengancam tidak akan membayar yuran universiti,” katanya.

Dia juga mendakwa bapanya sentiasa benci melihat cara dia berpakaian selama ini.Ketika ditanya sama ada dia mengamalkan seks yang selamat, Aliaa tanpa malu dan segan menyatakan dia tidak mengambil sebarang pil kerana dia anti pengguguran.

Malah dia dengan bangga menyatakan kehilangan dara ketika berusia 18 tahun dengan lelaki yang dicintainya yang 40 tahun lebih tua daripadanya.Aliaa yang menerima ugutan sejak menyiarkan gambar yang tidak bermaruah itu berkata, dia tidak takut dan sanggup hidup dalam bahaya. – paapaada.blogspot

Orang yang jahil tidaklah bodoh, kadangkala mereka dikalangan berpendidikan tinggi. Mereka bijak-pandai cuma jahil bila tiada ugama.

Tuhan menegur seorang hamba dengan ujian atau kesakitan, sedarkah kita?

Ternyata, untuk menentukan baik dan buruk bukan tugas manusia sepenuhnya. Selagi ada nafsu, manusia mesti menjadikan Al-Quran sebagai rujukan dan kayu ukurnya.

Jika tidak;

Judi akan jadi halal bila ada lesen,
Ceramah ugama boleh jadi haram tanpa permit dan tauliah,
Kaum sejenis itu baik atas nama hak asasi manusia,
Babi boleh jadi 'halal' atas nama kesihatan.

Halal dan haram itu adalah piawaian Allah taala, bukan rekaan manusia!

Kita tidak menjadi bodoh jika sekadar melakukan kesilapan, Tetapi layak untuk itu kalau kesilapannya dibangga-banggakan, Lebih daripada itu kalau sombong dan tak mahu bertaubat, aduhai..

 menyifatkan dirinya sebagai tidak beragama

Kerana dibesarkan di sebuah negara konservatif Islam dia mendapat kecaman hebat dan liputan meluas dari pihak media.
Tidak, Arab bukanlah gambaran Islam yang sebenar, tetapi gambaran Islam yang sebenar adalah sesiapa sahaja yang beramal dan faham apa yang mereka amal dari ajaran Islam.

Sebab itulah Islam ni turun kat arab, sebenarnya itu adalah rangka memberitahu manusia sedunia bahawa bangsa arab adalah manusia yang keras hati dan degil. Apa yang dilarang, itu yang dia buat. So, perlu khabarkan pada masyarakat, bahawa bangsa Arab bukanlah duta-duta  kecil Islam, tetapi duta-duta kecil Islam adalah sesiapa sahaja yang melaksanakan Islam sesuai dengan petunjuk al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w.

Arab kan bangsa ia tidak merujuk kepada agama seseorang dalam Islam, semua bangsa ada.

notahati- Nabi saya berbangsa Arab, kita beragama Islam cuma berbangsa Melayu, Kalaupun berlainan bangsa, Agama tetap ada memberi sejahtera, Apalah ada pada bangsa, kalau agama pun bercelaru?


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


“Mereka tak tahu aku Islam, mereka ingat aku Kristian”


Meneliti Surah Nuh di Jumaat penuh barakah

Membandingkan usia sendiri  dengan usia 950 tahun dakwah Nabi Nuh

Allahurabbi, hebatnya perjuangan,pengorbanan, pergantungan pada Allah taala dalam diri seorang Nabi Ulul Azmi.

Kita di mana?

Tercampak dengan kata-kata ini:


"Wahai orang-orang yang lemah semangat, sesungguhnya di jalan ini Nuh menjadi tua, dijalan ini zakaria di gergaji,Muhammad pula diseksa, dan anda pula inginkan Islam datang dgn mudah di bawah kakimu?"
-Ibn Qayyim Al Jauziyyah-

T.T Allahuakbar


Moga Allah tunjukkan kita jalan yang lurus..

Ingat saya dalam doa ye.

Artikel di bawah ini saya copy sepenuhnya dari blog  Ustaz Amin. dan saya merasakan artikel ini sangat menarik untuk dikongsikan bersama. 

selamat membaca.


“Agenda Kristian Untuk Malaysia Terbongkar Di Jerusalem..”



Kembara Universiti Kehidupan Ke 10 ke al-Aqsa bermula dari 26 November hingga 3 Disember 2012.

Seperti biasa, hari pertama kami sampai ke Jerusalem, kami akan masuk ke dalam hotel, berehat sebentar dan kami akan terus ke masjid al-Aqsa untuk mendirikan solat Maghrib dan Isyak di al-Aqsa.

Pulang waktu Isyak, kami akan makan malam di kafe hotel.

Mahmood, pemandu pelancong yang biasa dengan saya mencuit bahu saya dan mengajak saya ke satu sudut.

“Muhammad, mari sini” katanya.

“Kenapa?” tanya saya agak kehairanan kenana wajahnya agak serius, nada suaranya, agak perlahan seolah-olah ada rahsia yang ingin dibisikan pada saya.

“Tinggal bersama kamu di hotel ini satu rombongan dari Malaysia” terang Mahmood.

“Oh ye ke!” saya agak gembira mendengar berita itu.

“Tapi mereka rombongan Kristian” kata Mahmood lagi.

“Ye ke, ah, di sinikan banyak tempat penting buat Kristian, tentu mereka nak ziarah” kata saya.

“Sepanjang perjalanan dari border Jordan-Israel, mereka memang mengutuk Islam dan sangat tidak puas hati dengan orang Islam di Malaysia, mereka memang anti Islam” Mahmood Menambah.

“Mereka tak tahu aku Islam, mereka ingat aku Kristian” Mahmood semakin rancak berbual dengan saya di satu sudut di bahagian tangga.

“Memang bukan Islam di mana-mana pun tak suka Islam” kata saya tenang.

“Tak, mereka ini lain, mereka memang anti Islam di Malaysia” terang Mahmood bersungguh-sungguh.

Perbualan malam pertama itu habis dengan rasa tidak puas hati Mahmood terhadap rombongan Kristian dari Malaysia ini.

Selama berhari-hari kami di hotel yang sama, berselisih di dewan makan, memang rombongan ini tidak menegur kami sedangkan mereka dari Malaysia, duduk di Malaysia.

Tidak ada sepatah pun bahasa Melayu yang keluar dari mulut mereka sedangkan kami saling mengetahui, sama-sama dari Malaysia.

Ada juga kami ingin menegur siapa, tetapi tidak di jawab atau jawapan yang sangat dingin.

Saya tidak tahu, apakah tujuan mereka datang, sama ada untuk lawatan atau ada apa-apa persidangan Kristian yang mereka hadiri.

Saya tidak mengambil perhatian apa yang berlalu walaupun pada tiap-tiap malam, Mahmood akan menceritakan pada saya mengenai ketidak puasan hati mereka pada Islam di Malaysia.

Mahmood memarahi saya…

“Apa dah jadi pada kamu orang Islam di Malaysia hingga hilang sensitviti dalam mempertahankan hak kamu?”

Apa yang mampu saya jawab hanyalah…

“berpecah, dan ramai yang berpecah…”

Jawapan yang sangat tidak bersemangat dan seolah-oleh maksudnya, “apa nak jadi, jadilah…”

Ya, kurang rasa sensitiviti….

Allah ingin menunjukkan pada saya sesuatu terhadap jawapan di atas……

1 Disember 2012 jam 8.30 pagi, hari terakhir kami di Palestin…

Biasanya hari terakhir saya akan membawa jemaah semua ke Mount Of Olive (Jabal Zaitun), Pemandangan al-Aqsa dari atas bukit ini terlalu cantik terutama pada waktu pagi, ketika memancarnya cahaya matahari dari arah timur, ia menyerlahkan lagi warna emas Dome Of Rock.

Bas yang kami naiki pada pagi ini adalah bas yang dinaiki oleh rombongan Kristian dari Malaysia sehari sebelumnya.

Seorang jemaah menghampiri saya dengan membawa beberapa helaian kertas yang terdapat di dalam bas ini.

Saya menatap kertas yang diberikan pada saya. Mata saya tertumpu pada tulisannya dan ia menjadikan jantung saya berdegup kencang, mungkin seperti degupan jantung Mahmood sejak seminggu lalu.

Tulisan itu berbunyi..

Decree For Malaysia

“We decree and declare that Malaysia will be a “Rainbow Nation” in seding missonaries to bring the gospel to the surrounding nations as well as be the gateway to open its doors to outside missionaries to preach the gospel here..”

Ini agenda Kristian di Malaysia, inilah yang cuba Mahmood ceritakan pada saya sejak semingga lalu.

Ketika di Malaysia, saya selalu mendengar tentang agenda pendakyah Kristian, dan setiap kali berita itu keluar saya cuba untuk tidak mempercayainya kerana masih bersangka baik pada mereka.

Lebih-lebih lagi, ada sahaja golongan ahli politik yang memberikan komen popular yang menafikan fakta ini.

Kalau ada orang yang cuba bawa fakta ini, orang itu akan dicap sebagai penipu dan pembohong.

Hal ini menjadikan ramai orang Islam kita merasa berada di zon selesa kerana mempercayai ahli politik yang punyai kepentingan.

Bagi pendakyah pula, mereka memang berada di zon paling bagus kerana usaha dan perancangan mereka di nafikan sendiri oleh orang Islam. Mereka boleh buat apa sahaja kerana orang Islam sangat tidak sensitif, malahan ada yang membela perbuatan mereka.

Ada beberapa perkara yang saya ingin tekankan:-

1. Bagi pendakyah Kristian, jangan pandang rendah kemampuan pendakwah Islam yang tidak berkepentingan di Malaysia. Kami para pendakwah dan orang-orang yang ikhlas akan tetap mempertahankan kedaulatan Islam di Malaysia sama ada menang atau kami mati di dalam usaha ini.

2. Malaysia bukan milik orang politik yang ada kepentingan yang menyokong tindakan kamu kerana harapkan sokongan, Malaysia di dokong oleh ramai pejuang agama Islam, bangsa muslim dan tanah air umat Islam. Kalau orang politik sibuk dengan perpecahan mereka, maka perjuangan itu tetap dibahu oleh umat Islam dari bidang lain.

3. Bagi umat Islam di Malaysia, ini bukan gimik popular, saya bukan ahli politik yang inginkan popular, Biarkan ahli politik bergaduh sesama mereka, yang boleh kita damaikan, kita damaikan atau sedarkan dengan apa cara sekalipun. Perpecahan ini satu yang sangat merugikan. Orang Kristian berbincang hingga ke luar negara merancang untuk mengkristiankan Malaysia, kita hanya menafikan dan hilang sensitiviti.

4. Bagi sahabat-sahabat dari Jabatan Agama Islam, anjurkanlah banyak program-program untuk menjaga dan mengawal umat Islam di Malaysia, bahagian zakat jangan berbangga dengan jumlah kutipan, tetapi usahakan untuk kepentingan umat Islam melalui lapan asnaf seperti yang disebut dalam al-Quran.

5. Bagi semua penguatkuasa agama. Jangan percaya dengan zon selesa yang dibisikkan dan penafian yang dicanangkan oleh orang berkepentingan. Jalankan pemantauan dan penguatkuasaan menurut enakmen yang telah diputuskan.

6. Bagi orang kaya, tolong infak harta untuk menganjurkan program-program keagamaan, semoga Allah sentiasa bersama anda sekelian.

7. Bagi sekelian yang membaca, kita umat Islam terlau beriya-iya ingin menjaga hati orang bukan Islam, adakah orang bukan Islam menghormati dan menjaga sensitiviti kita? Jalankanlah tugasan masing-masing di dalam ruang lingkup kemampuan anda semua, semoga Allah membantu usaha kita.

Semoga pendedahan ini memberi inspirasi pada saya untuk terus membahu Islam, yang ingin bersama mari, yang mahu mencebek dan tidak percaya silakan, yang mahu berfikir, renungkan dan yang mahu mendokan, doakan semua umat Islam di Malaysia agar terpelihara dari agenda global orang kafir.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Kenapa ke Gaza perlu belanja RM7,500.00? kan lebih baik sedekah je.



Ada yg bertanya kenapa perlu bayar rm7500. Kan lebih baik sedekah jer. Ini jawapan saya sendiri, pandangan saya yg tak seberapa:-

1) biarlah kita bayar sendiri jika ingin berjihad. Walhal kalau bercuti ke luar negara lebih dpd 7500 kita peruntuk & belanjakan. Jgn diminta NGO yg bayar. Nauzubillah.

2) bantuan utk Palestin bukan sekadar dgn wang ringgit. Tekanan politik antarabangsa adalah salah sa
tu caranya. Biar Israel tahu penuh satu kapal terbang kami datang. Kami adalah suara rakyat Malaysia. The more the louder. Any political science student/graduate can explain further. Please. Silakan perjelaskan dgn terminologi anda. Cth mesir, tunisia, libya. Same concept. Cuma di dlm.konteks ini, ianya kebangkitan suara dunia.

3) terlalu ramai yg pohon hendak pergi. Termasuk pakar spt doktor dll. They have the money. I know some of the participants even donated further, more & beyond rm7500. Allahuakbar.

4) rm7500 termasuk penerbangan, pengangkutan darat, makan& minum & penginapan hotel. Ya kami tidur hotel! Jgn ada yg gatal nak cakap lebih baik tidur dlm khemah. Inilah waktunya hotel hotel di ghaza beroperasi. Sewaktu lawatan bulan April lepas, hanya kami sahaja menghuni. Selepas kami pulang hotel itu kembali ditutup, tidak berpenghuni, sepi berdebu. Tersenyum Israel bila Palestin tiada cara membangunkan ekonomi. Kenapa negara spt Perancis, England, Australia bahkan Malaysia dll (termasuklah negeri melaka) sibuk berbelanja sakan utk mempromosikan negara masing masing? This is a no brainer. Takpelah saya jawab juga. Sebab, pelancongan adalah kaedah menjana ekonomi negara. Ghaza terletak di tepi pantai. Cukup indah. Buka tingkap hotel kami boleh melihat ombak ombak kecil yg menghempas pantai. Orangnya lembut dan baik lebih lebih lagi terhadap org Malaysia. Mereka bukan sahaja sayang malah cintakan kita. Antara bantuan yg tercepat tiba selalunya dari Malaysia. Juadahnya sedap & enak. Bagaikan masakan ibu. Bayangkan majoriti rakyat di sana menghafal al quran. Sungguh berkat masakan air tangan mereka. Jadi yg ke sana, belanjalah sebanyak mungkin. Jgn mintak kurangkan harga. Bayar jer. Gunakan dobi mereka, cuci, seterika. Tutup jer mata. Beli & bawa balik bakhlava/hallawiat mereka. The best in the world. Im NOT kidding. Terbaek. Lets get their economy going & moving. InsyaAllah kita jadi sebuah bata kecil yg menyumbang memesatkan ekonomi negara Palestin.

5) nothing beats the 'human touch'. Saya tak sabar nak bersalaman, berpelukan dgn saudara (saudari) di Palestin. Saya nak katakan sendiri yg orang Malaysia tidak akan biarkan mereka melawan musuh gergasi berseorangan. Walaupun kami kecil (org malaysia kan comel sizenyer cthnya Heliza helmi yg super cute & super bersemangat) tapi InsyaAllah kami bagaikan burung ababil.

GHAZA AKU DATANG. TAKBIR ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR! ALLAHUAKBAR!

sumber

notahati- Mari menjadi burung kecil yang memadamkan api Nabi Ibrahim walaupun ia mustahil untuk dipadamkan!


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


VIDEO - Pesan Ruqaya, gadis 8 tahun, kepada umat Muslim Syria dan seluruh dunia.



 Dia baru berusia 8 tahun, menyampaikan ceramah di Konferensi Khilafah di Sydney, Australia,  pada 16 September 2012. Tema pada konferensi tersebut adalah tentang revolusi di Timur Tengah dan Afrika Utara, yang berkaitan dengan masa depan Dunia Islam. Ruqaya, mewakili anak-anak Muslim di Sydney, menyampaikan beberapa pesan untuk kaum Muslimin di seluruh dunia, khususnya kepada Muslim di Suriah, berkaitan perang yang sedang terjadi di Suriah.

Berikut terjemahannya:

Assalamu'alaykum warahmatullahi wabarakatuhu

Bissmillahirrahmarirrahiim

Alhamdulillahirobbilalamiin

Saudara-saudariku se-Islam,

Karena dunia (musuh) bersatu melawan orang-orang mukmin di Suriah, berusaha membahayakan mereka dan membajak revolusi kami yang ikhlas dan diberkahi. Anak-anak di Sydney ingin menyampaikan pesan harapan dan dukungan kepada kaum Muslimin di negeri Syam. Terutama kepada anak-anak dan para ibu. Dengan ini, saya ingin menyampaikan tiga pesan:

Pesan pertama saya adalah untuk kaum Muslimin di Suriah:

Saudara dan saudariku se-Islam, revolusi ini telah menunjukkan bahwa umat ini masih hidup dan baik-baik saja. Perasaannya untuk Islam, cintanya untuk Jihad, dia (umat) melepaskan dirinya sendiri dari ketakutan yang dia rasakan, dan dia merindukan untuk sekali lagi hidup di bawah bendera Laa ilaha illallah Muhammad Rasulullah.

Wahai Ahlu Syam (penduduk Syam), kalian tetap dalam doa kami, pertahanan kami dan hati kami. Ketika kalian menangis, kami menangis. Ketika kami tahu mereka bersedih, kami bersedih, dan ketika syuhada gugur, kami juga tersungkur jatuh dalam sujud kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala, memohon kepada-Nya untuk memberikan kemenangan dan mengembalikan milik kalian.

Jadi, kami mohon untuk tetap bersabar dan tabah di atas kebenaran. Kemenangan telah dijanjikan. Dan setiap orang yang sadar bisa melihat bahwa kemenangan ini akan segera datang,insya Allah. Karena Suriah adalah tanah yang diberkahi dan orang-orangnya adalah orang-orang yang diberkahi.

Sebagaimana Nabi hallallahu 'alaihi wa salam bersabda:

"Keberuntungan (dan surga) untuk negeri Syam." Maka kami bertanya, "Kenapa begitu wahai Rasulullah?" Beliau menjawab, "Karena malaikat-malaikat Ar-Rahman membentangkan sayap-sayapnya untuk menaungi negeri Syam.." (HR. Ahmad, Ibnu Hibban, Ibnu Abi Syaibah, Ath-Thabarani, Yusuf bin Sufyan Al-Fasawi, Al-Hakim dan Al-Baihaqi)

Pesan kedua saya kepada seluruh umat Muslim

Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

"Dan jika mereka meminta pertolongan kepada kalian dalam urusan pembelaan agama, maka kalian wajib menolong mereka." (QS. Al-Anfal [8]: 72)

Anak-anak sekecil seperti diriku bisa ditemukan di jalan-jalan, bergabung dalam revolusi ini, mengambil resiko dalam hidup mereka untuk membawakan makanan, air dan obat-obatan kepada anggota keluarga mereka yang terluka. Sebagian dari mereka tidak pernah kembali kepada ibu-ibu mereka, tetapi gugur bertemu dengan Allah Subhanahu wa Ta'ala.

Para wanita dan anak-anak terpaksa bergabung dalam pertempuran ini karena tidak ada yang melindungi umat ini, tidak ada yang menjaga mereka, tidak ada yang mengorganisir upaya tersebut, tidak ada pasukan yang membela mereka dan tidak ada yang mempersatukan mereka.

Nabi Shalallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

"Imam (khalifah) adalah sebuah perisai, (mush-musuh Islam) diperangi dari belakang perisai itu dan perisai itu untuk berlindung (dari serangan musuh)." (HR. Bukhari dan Muslim)

Siapa yang akan mengusahakan perisai tersebut? Jika umat tidak tahu atau tidak ada orang yang tahu di mana (perisai itu –red). Jadi, kaum Muslimin di manapun mereka tinggal, harus bergabung dalam upaya untuk mengembalikan perisai itu, Khalifah, perisai yang akan melindungi laki-laki, perempuan, dan anak-anak ketika mereka dalam bahaya.

Pesan ketiga saya adalah untuk para hadirin di depan saya:

Kalian semua telah melihat video-video yang terjadi di Suriah. Orangtua saya memiliki sebagian besar untuk melihat sebagian dari video-video itu. Tetapi diketahui bahwa di sana banyak terjadi yang lebih buruk. Bagaimana bisa kita menerima ini terjadi terhadap saudara dan saudari kita? Bagaimana bisa kita menerima ini terjadi terhadap anak-anak kita, ibu-ibu kita, dan ayah-ayah kita?

Nabi Shalallahu 'alaihi wasallam bersabda:

"Seorang muslim adalah saudara bagi muslim lainnya. Ia tidak akan menzaliminya dan tidak akan menyerahkannya (kepada musuh)." (HR. Bukhari dan Muslim)

Walaupun kita berdoa dan memberikan semua sumbangan, tetapi ini semua tidak menyelesaikan masalah.

Tidakkah kita lupa bahwa nadi kita berdenyut dari satu jantung. Kita bernafas dari paru-paru yang sama, air mata kita keluar dari mata yang sama, dan darah kita mengalir dalam pembuluh darah yang sama.

Jadi, hari ini adalah hari penting, setelah kita selesai dari konferensi ini, berjanjilah kepada Allah bahwa kita akan berjuang bersama mereka yang sedang berjuang untuk menerapkan Islam. Tidak ada yang terlalu muda (untuk berjuang -red). Kita ingat pada seorang pemuda hebat, sahabat Nabi Shalallahu 'alaihi wa sallam, seperti 'Ali radhiallahu 'anhu yang menerima Islam pada usia 10 tahun. Atau Usamah bi Zaid radhiallahu 'anhu yang memimpin pasukan Islam pada usia 17 tahun. Jadi kita harus bekerja keras untuk mencapai kemenangan ini.

Cukuplah generasi kalian dan generasi orangtua kalian tumbuh dalam ketiadaan Khilafah. Jangan biarkan generasiku ditambahkan pada daftar ini.

Kita berdoa kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala untuk membimbing dan melindungi saudara dan saudari kita di Suriah. Kita berdoa kepada Allah semoga Dia memberikan mereka kemenangan secepatnya dan menolong anak-anak yatim kita dan para janda. Kita berdoa kepada AllahSubahanahu wa Ta'ala menerima mereka yang telah meninggal sebagai syuhada di dalam Jannah yang tertinggi, dan akhirnya kita berdoa kepada Allah untuk menegakkan perisai yang akan melindungi milik mereka, ibu-ibu mereka, tanah mereka dan agama ini.

Wassalamu'alaykum warahmatullahi wabarakatuhu



****
Menitik air mata dan membunga rasa apabila mendengar suara lantang seorang anak kecil. Terlalu jauh diri ini berbanding kemuliaan mujahadahnya. Terlalu sangat jauh!

nota kaki:

-apabila menghayati kisah-kisah mereka, terasa diri cuma mampu melihat jauh sahaja, lantaran masih terlalu pudar dan rapuh apa yang ada pada diri berbanding mereka.

T.T

-terus doakan untuk saudara kita di Syria, Palestin, Rohingya dan di seluruh dunia.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Nama saya adalah Ela. Saya berusia tujuh belas tahun. Saya bukan Muslim,




I went to the mall, and a little girl called me a terrorist. 

My name is Ela. I am seventeen years old. I am not Muslim, but my friend told me about her friend being discriminated against for wearing a hijab. So I decided to see the discrimination firsthand to get a better understanding of what Muslim women go through. 

My friend and I pinned scarves around our heads, and then we went to the mall. Normally, vendors try to get us to buy things and ask us to sample a snack. Clerks usually ask us if we need help, tell us about sales, and smile at us. Not today. People, including vendors, clerks, and other shoppers, wouldn’t look at us. They didn’t talk to us. They acted like we didn’t exist. They didn’t want to be caught staring at us, so they didn’t look at all.

And then, in one store, a girl (who looked about four years old) asked her mom if my friend and I were terrorists. She wasn’t trying to be mean or anything. I don’t even think she could have grasped the idea of prejudice. However, her mother’s response is one I can never forgive or forget. The mother hushed her child, glared at me, and then took her daughter by the hand and led her out of the store.

All that because I put a scarf on my head. Just like that, a mother taught her little girl that being Muslim was evil. It didn’t matter that I was a nice person. All that mattered was that I looked different. That little girl may grow up and teach her children the same thing.

This experiment gave me a huge wakeup call. It lasted for only a few hours, so I can’t even begin to imagine how much prejudice Muslim girls go through every day. It reminded me of something that many people know but rarely remember: the women in hijabs are people, just like all those women out there who aren’t Muslim.

People of Tumblr, please help me spread this message. Treat Muslims, Jews, Christians, Buddhists, Hindus, Pagans, Taoists, etc., exactly the way you want to be treated, regardless of what they’re wearing or not wearing, no exceptions. Reblog this. Tell your friends. I don’t know that the world will ever totally wipe out prejudice, but we can try, one blog at a time.

via tumbler

Just a scarf makes things different! 




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Dengar, faham & nilai. Bukan dengar, tak faham & tibai.


Saya tidak pasti, bagaimanakah golongan agamawan, akademik & idealisme menyantuni method dalam berhujah. Samada mereka mencari hujah untuk membenarkan pedapat mereka ataupun membenarkan hujah melalui pendapat?
islam.jpg

Perkongsian dari DrMAZA

Tidak boleh sewenangnya-wenangnya mengklasifikasikan individu dengan sandaran pluralisme agama. Islam tidak akan duduk sekata dengan mana-mana agama lain, jauh sekali untuk setaraf. Harus difahami, ada sebahagian agama (kepercayaan) yang sama prinsipnya dengan Islam, tetapi tidak bermakna mereka setaraf dengan Islam. Mereka cuma seia dan sama dalam sebahagian prinsip tetapi tidak pada status & pengiktirafan.

Dari sudut prinsip, barangkali matlamatnya seiring,
Dari sudut kedudukan & status heirarki, Islam tetap teratas.

Berpendapat agama lain mempunyai matlamat yang sama dengan Islam bukan bermakna menyema-ratakan kedudukan Islam dengan mana-mana agama lain, tetapi agama lain yang mempunyai dasar yang sama dengan Islam dalam sebahagian juzu kecil.

Ibarat sebuah kereta mewah (Islam) dan kereta buruk yang membawa barangan. Walaupun barang yang dibawa adalah sama tetapi kereta yang membawanya tidaklah setaraf. Kereta mewah pasti lebih menjamin keselamatan barang yang dibawa manakala kereta buruk berhadapan dengan risiko untuk rosak.

Pluralisme tetap fahaman & ideologi yang salah lagi sesat, tetapi menggelarkan sesama muslim dengan gelaran itu hanya kerana tersalah tafsir ucapannya adalah tidak beradab sama sekali.

Dengar, faham & nilai. Bukan dengar, tak faham & tibai.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


AES: Saya tidak puas hati disaman



saya tak suka AES.

notakaki- mujurlah saya muslimah rempit beretika.

okbai.



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Super Duper Giveaway 2012




Super Duper Giveaway 2012

klik banner dan join.

Semoga murah rezeki  Cikgu Aniq!




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Kisah Sebenar Tentang Bumi Bergelap 3 Hari adalah Palsu.


Sebelum ni mungkin ramai yang ada terbaca tentang penyebaran artikel/laporan berkaitan Bumi Akan Bergelap Pada 23, 24 dan 25 Disember 2012 di blog-blog dan di laman sosial.




Antara isi kandungan laporan tersebut adalah seperti ini:-


Pihak NASA menjangkakan akan berlaku fenomena bumi akan gelap selama 3 hari iaitu bermula pada 23, 24 dan 25 Disember 2012. Apakah ini satu bencana atau anugerah? Entah benar atau ke tidak hanyalah jangkaan manusia sahaja.


Para Saintis NASA menjangkakan perubahan alam semesta dengan kegelapan penuh pada bumi selama 3 hari bermula pada 23 Disember 2012 bukanlah akan berakhirnya usia dunia, tapi ini adalah “Penyejajaran Alam Semesta“, di mana matahari dan bumi akan berada pada satu garis lurus untuk pertama kalinya. Bumi akan bertukar tempat dari dimensi ke 3 ke dimensi 0, lalu bertukar lagi ke dimensi ke 4.

Semasa proses pertukaran ini, seluruh alam akan menghadapi perubahan besar, dan kita akan melihat dunia yang baru (Dark of the Earth). Dunia gelap tanpa sinar, tanpa cahaya matahari.
———————————————————————————————————

Ramai yang tak percaya dan ramai juga yang rasa khuatir dan bimbang dengan penyebaran artikel sebegini, tapi jangan bimbang kerana laporan/artikel tentang bumi ini akan bergelap selama 3 hari adalah berita palsu.

Agensi Angkasa Negara (Angkasa) menafikan laporan blog dan artikel yang mendakwabumi akan bergelap selama tiga hari mulai 23 Disember berikutan kedudukan bumi, matahari dan pusat Galaksi (Bima Sakti) akan berada pada kedudukan selari.

Di samping itu, laporan itu mendakwa, kedudukan awan-awan debu gelap atau Dark Dust Clouds berhampiran dengan Galaksi boleh menghalang penduduk dunia daripada melihat sebahagian daripada Galaksi, menurut kenyataan akhbar agensi itu.

Menurut kenyataan itu, berikutan senario tersebut, ada yang berpendapat bila bumi, matahari dan pusat galaksi selari (sejajaran) maka akan berlaku penumpuan daya gravity daripada bumi, matahari dan pusat galaksi sehingga boleh mengakibatkan kemusnahan alam semesta.

Selain itu mereka turut mendakwa bila bumi, matahari dan pusat galaksi selari, di mana terdapat awan-awan debu gelap berhampiran pusat galaksi maka bumi akan bergelap.

Angkasa berkata semua andaian itu adalah tidak benar kerana pusat galaksi terlalu jauh dari bumi dan matahari iaitu 165 quadrillion batu, jadi kesan tarikan gravity adalah terlalu kecil.

“Awan-awan debu gelap menghalang penglihatan kita ke arah pusat Galaksi bukannya menghalang matahari daripada dilihat dari bumi,” menurut agensi itu. — BERNAMA

Wallahualam.

sekadar pengkongsian.



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Gambar Otak Einstein.


Gambar otak saintis terkenal dunia, mendiang Albert Einstein disiarkan oleh pihak Muzium Kebangsaan Kesihatan dan Perubatan di Silver Spring, Maryland.




Ia merupakan gambar otak Einstein yang dirakamkan selepas beliau meninggal dunia pada tahun 1955.

Beliau meninggal dunia di Princeton, New Jersey, Amerika Syarikat (AS) semasa berumur 76 tahun.


Selepas kematiannya, waris saintis itu membenarkan otaknya dikeluarkan untuk tujuan kajian.

Einstein merupakan seorang pakar fizik terkenal di dunia menerusi teori relativiti Einstein. 


Menurut artikel dalam jurnal Brain, permukaan visual korteks otak Einstein mempunyai lipatan tebal.

Beliau dilahirkan di Jerman tetapi kemudian menetap di AS.



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


The Brothers that Clean Masjid Al-Haraam.




.. May Allah Reward Them!



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Selepas Pierre Andre Kini Shamsul Azahar Aliddin berhijrah.




Penghijrahan yang mengembirakan ramai orang insyaallah.





gambar ini dirakamkan di Safwah Tower Mekah bersama dengan Yang di Pertua PAS Selayang, Hj Zaidi Talib.

Alhamdulillah..



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Cerita ustazah Siti Khadijah (seorang muallaf).



Bismillah. Alhamdulillah

Diharapkan orang yang sedang membaca ini is in the best of iman and health. Aku membawa diri sekejap setelah diri ini cuba untuk memahami keadaan diri yang terasa lemah dan mencari kekuatan bila ditimpa sedikit ujian. Itulah, aku sedaya upaya cuba berhati hati dalam melontarkan pemikiran dalam blog sebab takut takut kalau kalau apa yang dilontarkan dekat sini menjadi hujah yang akan dikembalikan kepada diri aku sendiri macam boomerang, bila aku sendiri tidak mencuba sedaya upaya bermujahadah dalam mengamalkannya.


Tapi itulah manusiakan? Tidak sempurna. Aku sangat berharap aku tidak mengkritik atau menuding jari kepada orang lain sewenang wenangnya, sebab aku risau sekiranya diri ini lebih berhak menerima kritikan itu daripada orang yang dikritik. Sebab kalau bukan aku di sini, aku di sana. Kalau bukan dia, aku kan? So, in short, tak payah bajet bagus. Habis cerita.Cuit, kalau aku nak cerita suatu kisah boleh tak? Kisah ini aku dengar daripada Ustazah Siti khadijah (seorang muallaf). Cerita aku rasa sweet sangat. Terlalu sweet. So, saja nak share.


Ada seorang sahabat ini bernama Uthman bin Talha, keluarganya adalah kabilah yang memegang kunci Kaabah. Sebelum dia memeluk Islam, dia pernah bertemu dengan Rasulullah SAW dihadapan Kaabah, di mana dia enggan memberikan kunci kepada Rasulullah SAW ketika baginda hendak membuka pintu Kaabah. Rasullullah SAW berkata bahawa suatu hari nanti pasti kunci ini akan berada pada tangan baginda. Uthman bin Talha berkata, sekiranya kunci ini berada di tangan baginda pada hari itu, dia akan ditelan oleh bumi.


Ketika pembukaan Kota Makkah, Rasulullah SAW berdiri di hadapan Kaabah dan meminta Uthman bin Talha untuk mengambil kunci pintu Kaabah daripada keluarganya, iaitu maknya. He went to see his mum and both of them wondered what is going to happen considering on what he said to Rasulullah SAW before. Obviously, he took some time and felt very worried, did not know what to do. So, Rasulullah SAW sent Saidina Umar Al Khattab to get the key from him.


So, now back to Kaabah. Everyone was there including Uthman bin Talha and Saidina Umar Al-Khattab. Everyone was waiting patiently, menanti apa kah yang akan dilakukan oleh Rasulullah SAW kepada Uthman bin Talha, lebih lebih lagi apabila kunci itu sudah berada di tangan baginda. Uthman bin Talha hanya tunduk, tidak berani langsung untuk mengangkat mukanya memandang Rasululullah SAW. Rasulullah SAW memanggilnya dan berkata,


" Uthman, ambillah kunci ini kerana keluargamu lagi berhak ke atasnya, sesiapa yang merampas kunci ini adalah pemberontak.."

Ya Allah rasa macam. Betapa indahnya akhlak Rasulullah SAW yang begitu pemaaf dan benar benar memiliki jiwa pendidik. Kita rasa nyaman, aman and tenangkan kan? I feel so touched when I heard
this story for the first time. Rasulullah SAW langsung tak memulangkan paku buah keras *pepatah
melayu*, apatah lagi menghina or mencaci. Bak kata, Ustazah Siti Khadijah  akhlak yang baik bukan sahaja dapat dilihat, malah dapat dirasai. Macam cerita Rasulullah, kita tak nampak pun, tapi dengar saja dah rasa cukup cair dengan akhlaknya.


Minta maaf sangat sekiranya kisah di atas tak begitu tepat penggunaan kata-kata atau kronologi cerita dia and mixture of English and Malay sebab I just type on what I remembered based on what Ustazah Siti Khadijah bercerita.

Lesson learned, marilah belajar menjadi pemaaf walaupun susah. Adil adalah
apabila kita perlakukan seseorang sebagaimana dia perlakukan kita tetapi ihsan adalah apabila kita melakukan seseorang lebih baik daripada perlakuannya kepada kita.

Jom try buat baik dekat orang walaupun dia buat buruk dekat kita. Perlahan-perlahan. Bismillah.




Okay, take care., doakan rakyat Palestin. Jangan pernah berhenti kerana janji Allah itu benar. Yakinlah. InsyaAllah. :)

Wassalam.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Video : Basyar telah mati?



Basyar telah mati?

anyone can please proof it???



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.