KARPAL SINGH: Kafir sekalipun, dia dan kita, semua datang dari Allah.



Org2 Melayu yang memaki hamun atas pemergiannya, mungkin anda tidak pernah membaca contoh Nabi Muhammad s.a.w yang menghormati jenazah bani Yahudi. Adakah anda lebih hebat dan agung daripada Rasulullah yang mendapat petunjuk daripada Allah di gua hiraq? Adakah anda lebih agung daripada Pencipta sekalian manusia yang menentukan hidup dan mati setiap insan di dunia? Jika tidak apa2 perkataan baik atau salam takziah yang boleh diucapkan, lebih baik kita berdiam diri agar kata2 kesat itu tidak dibahaskan sebagai satu doa yang mendatangkan musibah kepada diri sendiri. Pendirian politik mungkin berbeza, pegangan agama mungkin berlainan tetapi apa yang saya tahu dalam islam ialah konsep keadilan dan nilai hormat menghormati itu ditekankan Allah dan dipegang oleh sekalian nabi Allah.

-copypaste komen dari facebook-






Photo: Siapalah yang UP Zul Kulim ni jadi pemimpin ya?

Sebenarnya ramai musang pulut dalam PR yang patut di hapuskan.

Sebab tu la macam2 hal dalam PR bergelora..

agaknya kalau pemimpin Umno yang tentang hudud meninggal, dorang keluar statement sama tak?


LAPORAN KEMALANGAN MAUT JALANRAYA

1. No Rpt:Trafik Kampar Rpt:
960/14
2. Tkh: 17/04/2014
3. Masa: 0110hrs
4. Lokasi: KM 306.1 Lebuh Raya Utara Selatan arah (Utara)
5. Sek APJ: Sek 41 (1) APJ 1987
6. Kend Terlibat:
K1: M/Mpv No.KS 9898
(Toyota Alphard)
K2: M/Lori No. WTL 9909 (Mitsubishi Canter - 5 tan)

7. Mangsa:
M1: Nama: Karpal Singh A/L Ram Singh (penumpang MPV/maut)
Kpt: 400628-07-5079
Umur:74thn
Alamat: No.144 A, Jalan Utama
10450, Georgetown,
Pulau Pinang
M2: Nama: dikenali sebagai Michael - pembantu peribadi (penumpang MPV/maut)
M3: Nama: (1) (P) Indonesia - pembantu rumah (penumpang/cedera parah) dirawat d Hospital Permaisuri Bainun Ipoh
Kpt: belum diperolehi
Umur: -
Alamat:-
M4: Nama: Ramkarpal Singh A/L Karpal Singh (penumpang MPV/tidak cedera)
Kpt: 760409-07-5211
Umur: 38thn
Alamat: 14-1-4 City Gardens Persiaran Raja
Chulan, 50200, W. P.

M5: Nama: C.Selvam. (pemandu MPV /tidak cedera)
Kpt: Warganegara India
Umur: 27thn
Alamat: -
M6: Nama: Abu Mansor bin Mohd (pemandu M/Lori/cedera)
Kpt: 690830-05-5 053
Umur: 45thn
Alamat: No 528 Blok B,
Flat Petaling Utama 13, 46000 Petaling Jaya,Selangor

M7: Nama: Nur Azlina Ahmad (penumpang M/Lori/tidak cedera)
Kpt: 910829-08-6356
Umur: 23thn
Alamat: No 17-12 Blok C
PPR Kota Damansara, Jalan Pekaka 8/1 Kota
Damansara 47810
Petaling Jaya,Selangor

M8: Nama: Nurieman Diana Qhaleesha binti
Abdullah
(penumpang M/Lori/tidak
cedera)
Kpt: 101230-10-2508
Umur: 4thn
Alamat: No 17-12 Blok C PPR Kota Damansara, Jalan Pekaka 8/1 Kota
Damansara 47810 Petaling Jaya, Selangor

8. Ringkasan/Siasatan Awal:

Pada 17/04/2014 jam lebih kurang 0110hrs satu kemalangan maut telah berlaku di KM306.1 Lebuh Raya Utara-Selatan (Hala Utara/Gua Tempurung) melibatkn sebuah M/MPV jenis Toyota Alphard dgn sebuah M/Lori jenis Mitsubishi Canter (5 tan/muatan simen,besi,mozek). Berpandukan siasatan awal mendapati M/MPV yang dipandu bersama 4 orang penumpang yang datang dari arah K/Lumpur menghala ke Ipoh apabila sampai ditempat kejadian telah hilang kawalan dan melanggar belakang sebelah kanan M/Lori di lorong kiri jalan yang menghala ke arah yang sama. Akibat kemalangan penumpang hadapan M/MPV (Ahli Parlimen Bukit Gelugor) dan Pembantu Peribadi beliau penumpang belakang belakang sebelah kiri telah meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang perempuan Indonesia dipercayai pembantu rumah mengalami kecederaan parah dan dirawat di Zon Merah HRPB, Ipoh.

Siasatan:
1) Keadaan jalan lurus / mendaki bukit
2) Cuaca baik / gelap tanpa lampu
3) Kerosakan M/MPV teruk dibahagian hadapan sebelah kiri manakala M/Lori rosak dibahagian belakang sebelah kanan.
4) Semakan keatas M/MPV mempunyai 29 rekod kesalahan lalulintas - pandu laju di bawah Seksyen 079 (2) APJ 1987 (15 saman belum jelas)

Peg Penyiasat:
ASP Abd Aziz Abd Rahman
KBKA/KTD
IPD Kampar

sumber

notakaki- Bangun subuh, dapat berita Karpal Singh. Hati automatik sebut, "inna lillahi wa inna ilaihi rajiun."

Kafir sekalipun, dia dan kita, semua datang dari Allah.
Dan pasti, akan kembali kepada Dia.

Ustaz ustazah, tolong betulkan kalau saya silap.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


PUNCA SEBENAR LELAKI LAPOR POLIS LAUNGAN AZAN DI MASJID TERLALU KUAT.


Rakyat Malaysia khususnya yang beragama Islam pasti terkejut dengan satu laporan polis yang tersebar baru-baru ini. Manakan tidak, jikalau si pembuat laporan adalah seorang non-muslim sudah tentu kita tidak terperanjat. Namun, kali ini adalah seorang lelaki melayu muslim.


Dan sudah tentu ramai yang marah akan tindakan lelaki itu. Namun agak menghairankan apabila gambar wajah lelaki itu seakan tidak melambangkan wataknya. Dengan ketayap yang sentiasa melekat di kepala dan perwatakan yang sederhana, sudah tentu ada perkara lain yang membuatkan beliau tampil membuat laporan polis itu.




Hari ini, satu artikel pencerahan ditulis oleh seorang penduduk di kawasan kejiranan masjid itu. Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Jemaah Masjid Perjiranan Pasir Gudang menerangkan punca sebenar kejadian itu berlaku. Jom baca penerangan beliau dibawah:

Assalamualaikum

Mungkin sebahagian dari saudara2ku telah mengetahui isu report polis yang dibuat oleh En Md Said ( yg tersebar di FB dan Wassup ) tentang Tarhim dan Azan yang terlalu kuat oleh Masjid Perjiranan 9. Taman Air Biru. Pasir Gudang sehari dua inikan?

Saya rasa terpanggil untuk menerangkan isu sebenarnya apa sebab perkara ini terjadi :

Beliau adalah seorang jemaah yang amat istiqamah solat berjemaah di Masjid itu. Sebelum ini beliau dan sebahagian dari jemaah masjid telah memaklumkan dengan AJK Masjid tentang bacaan Tarhim sebelum solat dan siri2 ceramah fardu ain yang pancarkan keluar masjid melalui 15 biji corong speker terlalu kuat sehingga terganggu anak-anak kecil yang hendak tidur, orang-orang tua yang sakit hendak berehat, anak-anak sekolah yang hendak ulangkaji pelajaran dan kaum-kaum ibu yang hendak solat.

Beliau bukan anti azan sebab sekuat manapun bacaan azan hanyalah sekitar 5minit sahaja, tetapi jika Tarhim dan siri2 ceramah sudah tentulah mengambil masa yang agak panjang terutamanya ceramah Haji yang adakalanya mencecah pukul 11malam.

Cuba kita bayangkan dengan jarak rumah kariah ada yang 10meter sahaja dari corong speker akan melalui perkara ini hari-hari......nak mengadu takut dikatakan Anti majlis ilmu....Anti Masjid....maka terpaksalah tanggung selamanya perkara ini biarpun Solat kaum ibu terganggu, anak2 kecil tak lena tidur, orang2 tua yang nak berehat, anak2 sekolah yang nak study dan lain2 lagi.

Perkara ini telah ditegur oleh Pengarah Jakim Dr Ismail Ibrahim dari tahun 2002 lagi tetapi masih ada lagi Masjid yang tak ambil kisah. Jika dulu kita dikampung-kampung jarak rumah yang agak jauh, pak bilal baca Tarhim kita seronok sebab didengari sayup-sayup aje, tapi tidak sama dengan suasana diTaman2.

Rasullah pun pernah menegur sahabatnya yang membaca Al Quran didalam masjid dengan suara yang kuat, apatah lagi jika siap guna 15 biji speker ? sudah pasti menganggu jemaah yang lain. Fikir-fikirkanlah

Jom Mengajiiii tak ngaji ceroiiiilah.

Mohon ampun dan maaf jika pencerahan yang
saya berikan ini ada menyentuh mana-mana pihak.

Wassalam.

Jemaah Masjid Perjiranan Pasir Gudang


Mungkin pencerahan ini masih tidak dapat diterima oleh sesetengah orang. Apapun, marilah kita bersangka baik terhadap pakcik Mohd Said.

NOTAKAKI- jangan kita menghukum terlalu cepat sebelum kita tahu puncanya...akhirnya yang menuduh yang berdosa...Rasulullah pun larang..mesti ada sebab Rasulullah larang...apakah ada lagi orang yang lebih mulia kata-katanya dari Rasulullah saw.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.