segmen : up kan follower bawah 700 by Zati'





segmen : up kan follower bawah 700 by Zati' 
tarikh tutup : apabila segmen ni di join lebih daripada 70 org =)
ajak blogger lain sama ya !!

my followers terkini -536-

katasayasambilSENYUM!!


nak join klik BANNER TUH,,, huuu


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


"Segmen: Bloglist With Yana"



join! klik banner...
tambah ukhwah sambil mengenal di antara satu dengan yang lain
kerana ALLAH....uhibbuka fillah!


diri saya..wajah saya..




jangan lupa join okeng!


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


... Oyasuminasai..




bismillahirrahmanirrahim...

... Sumimasen,,,  ehem ehem  blog ana berair muka baru lagi...
warna pink, pink, nampak menjurus kepada kematangan...?

ana matang ke..?? sudah tentu...warna bukan ukuran... huhu..

kalau ada masa ana akan edit lagi. link2 antum semua dah lesap...
hehe.. tak lesap pun sebenarnya...

cheesecake!~ di tengah kegembiraan berjaya menyiapkan hasil kajian.. tetiba printer habis dakwat...
masya Allah.... dan terpaksa la menebalkan muka minta orang lain printkan...
apa boleh buat...

tinggal lagi 56 hari ,
tu belum tolak tidur bla3 lagi... duh-ai...

selamat malam...
oyasumi nasai...


salam sayang,
Si Pipi Merah
1:51 AM

--------

saya putuskannya...

antum mesti rasa......

tunggulah sehingga pintu hati saya terbuka semula ye...

tunggulah...

Doakanlah



sebenarnya.. orang yang kita sayang itulah
orang yang susah sangat untuk kita sayangi...


Benarlah seperti apa yang dikatakan...  Allahurabbi


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


tengok Jalur Gemilang kan... rasa cam nak nangis!




bismillahirrahmanirrahim...

hmm....
semalam tengah kemas2...terjumpa kain warna merah putih,biru..kuning.jalu-jalur..

ohhh bendera malaysia..rupanya..

teringat kat arwah Abi...

bila time hari kemerdekaan...abi lah yang gantung kain ni besar-besar kt tingkap..

malam Merdeka tu abi lah yang paling seronok,,,

menantikan detik 12 malam,,

Abi.

kita angkat Jalur Gemilang yang kecik tu
tinggi-tinggi kan?
huhu~ masya allah..bestkan?huuu
secara fizikalnya, Malaysia sudah merdeka....
namun, benarkah Malaysia ini sudah merdeka sebenarnya?
kita yang masih dalam pelukan kegelapan
sedang setelah sekian lama daerah yang cerah tersedia
untuk kita... kita masih terduduk dihipnosis jajahan minda...
kaku....
(buat-buat faham kalau tak faham..)


"Humaira...cuba tengok.. perhati.... Jalur Gemilang tu...
tengok merah... terbayang darah... darah siapa ?"...soal Abi pada ana...

masih ingat lagi setiap bait kata dan nasihat serta islam amat diterapkan oleh Abi pada semua anak-anaknya...

Abi..

mereka adalah....

pahlawan & pejuang yang bermati-matian nak menentang penjajah... sedeyh~
tengok putih... cantik... melambangkan kesucian pengorbanan rakyat
Malaysia.. tak kotor walau barang secalit noda..
biru...
biru laut... kenapa melambangkan perpaduan...??
ana buat koklusi sendiri... mestilah.. banyak2 warna.. campur2..
jadi warna yang gelap... apatah lagi...
biru tu bukan warna laut yang bergelora....yang sungguh banyak dugaan..
dan kita sama-sama harunginya. betul tak ?
last sekali kuning.. lawa... terang warnanya..
warna kuning lambangkan kedudukan Raja... Yang Di Pertuan Agong..
kalaulah YDPA tak memerintah negara ni secara adil & saksama...
dengan luhur dan telus...
maka.... tak jadilah Malaysia negara yang gemilang, kan?

Malaysiaku Gemilang!

hari ni, saja nak timbulkan patriotisme..
tengok Jalur Gemilang kan... rasa cam nak nangis... rindu jiddan kat arwah Abi ! AL-FATIHAH...


*semalam dah la banyak konflik... kronik...
sume orang sedeyh~ tension juga rasanya..


Ya Allah.....
Allahuma aslih bainina.. wa allif baina qulubina.. wahdina subulas salam...
amiin...


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


THE HUNGARIAN SUICIDE SONG





It is said that you will commit suicide right after listening to the "overture to death". Hundreds of people (including the composer and his wife), commited suicide right after listening to this song, for some strange reason. It is said that you will hear a subliminal message deep in this song. This song, unlike the others, is the ORIGINAL. You can Google this if you like... 
-----------

banyak kali dah dengarr lagu ny...tapi tak mati2 pn.....ngarut je!!! auta semua fakta dan jangkaan mereka! nonsense!!!

Be careful with your knowledge, for it may be your ticket to Jannah or Jahannam. Be humble. Anyone can be knowledgeable. But very little can be modest. Remember, Iblis was not stupid. He was arrogant”.........

got it?

kbai


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


WAJAH TUAN GURU NIK AZIZ


BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM...



sejuk hati tgk wajah tuan guru nik aziz..
(^__^)..


semoga Allah terus panjangkan umur tok guru untuk terus mentadbir islam di bumi malaysia ni..



Ulamak yang kita sayangi.....



sangat ingin berhadapan menatap senyuman dr wajah ini ..


Inilah pilihan ku...


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Berapakah bayaran yang harus aku sediakan untuk masuk ke dalam Syurga?



Suatu hari Ibrahim bin Adham ingin membuang air kecil, lalu dia pun pergi ke tandas awam. Apabila dia ingin masuk ke dalam, seraya seorang lelaki menegurnya, “Wahai orang tua, bayarlah dulu sebelum masuk.”

Mendengarkan sapaan lelaki itu, air mata Ibrahim bin Adham pun bercucuran keluar dari matanya. Lelaki tadi terkejut dan berkata, “Wahai orang tua, andai kata kamu tiada wang untuk dibayar, masuklah secara percuma. Janganlah menangis kerana ini.”

Ibrahim bin Adham menjawab, “Wahai pemuda, aku menangis bukan kerana aku tiada duit tetapi aku terfikir jika tempat sejijik ini pun harus dibayar untuk dimasuki, bagaimana pula dengan syurga Allah? Berapakah bayaran yang harus aku sediakan untuk masuk ke dalamnya?”

--------------
When was the last time you cried?
Not because you felt sorry, heart-broken, or sad
but because you thought of your sins
and feared Allah subhanahu wa ta'Ala?.....

"Wheresoever you may be, death will overtake you even if you are in fortresses built up strong and high!" Quran 4:78.

"What will happen to me when I die?"......
*May Allah forgive me and show me the right way and make me stronger.....


“But they plan, and Allah plans.
And Allah is the best of planners.”
— Surah al-‘Anfal (8:30)


ehem..


" SEMOGA HARI YANG BERBAKI DIMANFAATKAN SEBAIKNYA "





Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


"jadilah matang sket.."




matang?



bismillahirrahmanirrahim...


alhamdulillah~
hari ni baik-baik saja...
cuma, gundah di hati belum jua reda..
mungkin dah kurang sikit kot..
lihatlah esok.. insha Allah lagi berkurangan rasanya..

ah~
hari ni tak semena-mena memikirkan isu kematangan. Matang ?
oh~ dulu ana amatlah benci perkataan itu.. MATANG...
especially dari darjah 6 sampai form 1. almost everyone saying I was immature.. saya tak matang.. sedeyh betul...

bayangkanlah....
orang selalu cakap..

"jadilah matang sket.."

"janganlah jadi cam bebudak.."

"janganlah jadi kanak-kanak ribena"

tak pasal-pasal ribena yang kena.. tak faham betul. nway, matang itu adalah isu ana pada masa lampau.. takpe lah... benda tu dah tersimpan di buku nostalgia kehidupan.. bila ingat balik..

nak ketawa! dah dulu memang jahil nak buat cam mana kan...
masa yang terus bejalan mengubah karakter diri ini.. personaliti...
alhamdulillah...

tapi tu tak bererti ana dah matang, ye..
kematangan adalah satu ciri yang bagi ana...
istimewa...

orang yang mature tak bermaksud orang itu serius je.. skema tahap paling teruk la..
sampai tak leh senyum..
tak... maturity is not that...
tak reti nak memperihalkannya sebab diri sendiri belum matang lagi......

tapi selalu kita dengar kan...
kehidupan itulah yang mematangkan diri kita..
apa yang kita lalui itu semualah yang akan membina peribadi kita... membentuk personaliti sendiri....
awak, hidup ni mesti pandai pilih haluan... ada dua je.. nak kesenangan yang abadi, ikutlah kebaikan walaupun kelak ada kepayahan yang merintangi... nak senang tapi tak abadi, ambil jalan pintas.. yang tak bawa bahagia... yang tak dapat bentuk personaliti yang sepatutnya...
last-last... apa pun tak dapat... senang kejap je... baiklah kita bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian, kan?

oh, ye! tadi belajar masak ikan masak asam pedas.. huuu
buat sensorang tu... huhu.. ummi ana tak bape sihat.. so, ana
ambil risiko nak wat lauk tu.. tak reti sangat memasak la katakan...
tapi tadi the results was not bad, though.
bila my bro suke, tu dah cukup baik! yelah, adik ana dia tu kan cerewet sket..
mentang2 la faveret die tom yam... selalu kalau pedas tak pedas tu die yang komen..
.. tapi gembira la ni, tadi die sedap je makan..
tak complaint pape pun.. huhuhu... - perasan sorang2 pulak :p -

moga esok membawa erti yang bermakna bagi diri ini
agar kan ku dapat terus mematangkan diri ini.... insha ALLAH....
ingat ye...


" Mihnah itu tarbiyah daripada Allah buat hambaNya yang terpilih"


Allahu a'lamu bissowab..


Dah asar.... apa yang penting? solatlah dulu..


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Segment : Team Follow Back by AmerCorner



 dah dua hari tak join segmen..
okeh..JOM JOIN! 
now
tekan banner 
dan join sebelum 30 jun 2012 !
bilangan follower sekarang >.< 454
jom join !
CONFEM serious follow back !
SALAM MAHABBAH!



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


SOLAT SELEPAS HAID.......



"adakah wajib bagi seorang wanita Islam menqhada'kan solat mereka yang ditinggalkan ketika haid?"

pastinya kita akan mendengar jawapan daripada kebanyakkan mereka mengatakan:
"alaa...itu soalan mudah jee..bila 'datang period' maka solat tuu tak perlu qadha, yang perlu qadha hanya puasa jee..itulah yang kami belajar sejak mula-mula 'bergelar wanita' dulu"

Jika dibuat pantauan nescaya jawapan seperti di ataslah yang akan kita jumpa... Sebenarnya TAK SEBEGITU MUDAH bagi seorang muslimah nak meninggalkan solat mereka walaupun dirinya didatangi haid!!! sekalipun. Hal ini boleh dirujuk di dalam kitab Ihya' Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam Al-Ghazali yang mashur.

Dalam BAB TIGA :

" Fi adab Mua'sharah Wama Yujzi Fi Dawamun Nikah..." perkara YANG KETUJUH disebut dengan jelas dalam kitab tersebut :

PERKARA YANG BERKAITAN DENGAN HAID: Penjelasan (bayan) terhadap solat yang perlu diqadha bagi perempuan yang didatangi haid :

1. Jika perempuan dalam keadaan haid mendapati darah haid itu berhenti (dengan melihatnya) sebelum masuknya waktu Maghrib, kira-kira sempat dia solat asar sebanyak satu rakaat, maka baginya wajib qadha solat zohor dan asar.

2. Jika perempuan mendapati darah haidnya kering sebelum masuknya waktu subuh, kira-kira sempat baginya solat Isya' sebanyak satu rakaat, maka wajib baginya qadha solat maghrib dan Isya'. " Dan hal ini (qadha solat yang ditinggalkan semasa haid) adalah sekurang-kurang perkara yang wajib diketahui oleh setiap wanita Islam" (Imam Al-Ghazali)

HURAIAN MASALAH :

1. Kenapa perlu diqadha solat Asar dan Zohor?
- Kerana perempuan itu hanya menyedari keringnya haid masih dalam waktu Asar, maka baginya wajib solat asar (selepas mandi hadas)

2. Kenapa pula solat Zohor juga perlu diqadha sama?
- Kerana di dalam hukum menjama' (menghimpun solat bagi orang musafir) solat Asar boleh dijama' dan diqosarkan bersama solat Zohor.
- Kerana kecuaian wanita itu sendiri (dari melihat haidnya kering atau tidak), boleh jadi haidnya sudah kering dalam waktu Zohor lagi, langkah Ihtiyat ( menjaga hukum) maka perempuan itu juga perlu mengqhada solat Zohor.

3. Dalam perkara solat subuh pun sama :
-perempuan itu hanya menyedari darah haidnya kering, sebelum masuk waktu subuh, kira-kira sempat solat Isyak satu rakaat (selepas mandi hadas) maka wajib baginya solat Isya' sebab darahnya kering masih dalam waktu Isya'.
-Solat Isya' juga boleh dijama' (bagi musafir) dengan solat Maghrib, maka baginya juga perlu diqadha solat maghrib.
-Di atas kecuainnya (tidak betul-betul melihat darahnya kering atau tidak dalam setiap waktu solat) maka boleh jadi darahnya sudah kering dalam waktu maghrib lagi (sebab proses keringnya darah itu berlaku secara perlahan-lahan, mungkin perempuan itu hanya menyedarinya dalam waktu subuh, hakikatnya proses pengeringan itu sudah lama berlaku)
-maka langkah ihtiyat (menjaga hukum) maka adalah bagi perempuan itu perlu di qadha juga solat maghribnya.

Sila rujuk : Kitab Ihya' Ulumuddin (Jilid ke 2) cetakan Darul Nahwan Nil / Darul Haram Lil Turath, Kaherah.


TOLONG SEBARKAN KEPADA ORANG LAIN DEMI SAHAM AKHIRAT ANDA


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


-SYRIA HARI INI-



Bismilillahirrahmanirrahim...

[Kirimkan doa qunut Nazilah buat saudara kita... ]

Allahurabbi....


Tika ingin menulis entry ini, air mata sedapa upaya dibendung. Sedih Ya Rabb... Melihat wajah bayi kecil di atas ini sudah cukup membuatkan ana sebak. Nama dia Sham, kanak-kanak termuda di Syria. Dia baru lahir 10 jam, dan dia syahid :'(

Ya Rabb....


Allah..Allah..Allah..



Sahabatku,


Tahukah kalian apa yang berlaku di Syria sekarang? Teruk sangat. Dahsyat sangat. Tentera Basyar Al-Asad telah menyembelih mereka. Kepala mereka diketuk hingga pecah. Demi Allah, ana melihat picture kanak-kanak itu.


Dah lama tak buka sangat FB...pagi ni.... bila buka Fb, macam-macam gambar keluar. ana tengok baby tu. Tahu tak kawan-kawan..baby tu kecil lagi. Comel. Dia berbalut dengan kain putih. Tapi.. kepala dia pecah. Tempurung keluar.ana tengok picture dia.. demi Allah ana tengok :'(


Kurang ajar Basyar! Kurang ajar kau Basyar!

Kawan-kawan, tahu tak. Tentera Basyar..mereka heret budak-budak perempuan. Mereka rogol budak-budak perempuan tu beramai-ramai. Diorang pukul budak perempuan itu sampai mati. Diorang ambik pisau, diorang kerat-kerat


Ya Allah.. sudah pasti ianya sangat sakit :'(
Lepas kerat diorang masukkan dalam plastik dan baling depan rumah. Di dada perempuan yang dibunuh diorang akan toreh dan tulis..


"Tiada Tuhan selain Basyar.."


Kurang ajar! Sungguh kurang ajar :'(


Kenapa dunia masih belum sedar semua ini. Kenapa wahai dunia? Kenapa!




*****
Duhai ayah..
Sabarlah...
Aku tahu..kamu sedih kehilangan anak kecil ini..
Tapi yakinlah duhai ayah..
Allah menjadi saksi semua ini..


Syurga janji-Nya..
Sabar duhai ayah..
Biarkan mereka pergi dengan tenang..
Doakan mereka bahagia di daerah sana..


Ya Rabb..
Muliakan anak kecil ini...
Sungguh, mereka syuhadak kecil..


Hancurkanlah Basyar dan sekutunya Ya Allah..
Tolong Ya Allah...


Aku pohon Ya Allah... :'(




Inilah bayi dan kanak-kanak yang terbunuh. Ini saja yang mampu ana letak, tak mampu untuk letak picture kanak-kanak yang kepalanya pecah. Sangat sayu :( Betul...sangat menyayat hati. Tolonglah sahabat-sahabat, cakna isu Syria..


Dunia,


Kenapa hari ini kita sibuk berpecah di pentas politik hingga kita abaikan isu ummah? Dunia, tolong bezakan.. politik dan juga isu ummah.. Kamu mahu berpecah di atas medan politik silakan, tapi jangan biarkan isu ummah, isu aqidah kita turut berpecah. Tolonglah jangan.


Kita alpa kawan-kawan. Kita tidak cakna. Kita fikir hidup kita. Kita bebas ke sana-sini. Kita buat maksiat. Kita buat dosa. Tapi kita lupa ada jasad yang tidak sempat berbuat semua itu, hidup mereka berjuang. Mereka tidak ada jalan lain, melainkan memilih jihad fisabilillah.


Bukalah mata kita melihat dunia...


Kita bergaduh di pentas politik,
Kita lupa pada nyawa-nyawa yang sedang bertebaran di bumi Syam dan Palestine..
Gerun aku lihat mereka menyembelih rakyat awam.

Mereka bukan bergaduh di medan politik,
Tetapi mereka bergaduh di pentas aqidah.

Laknatlah kamu untuk mengatakan
"Tiada Tuhan selain Basyar..."
Macam mana untuk katakan dia Tuhan,
Sedangkan dia lahir lambat dari pak cik-pak cik yang dia bunuh.
Bodoh!

Tapi sayang,
Kita alpa dan leka pada isu ini,
Isu aqidah, isu ummat yang teraniaya.

Pliss..bezakan politik dan aqidah,
Nak gaduh-gaduh politik..gaduhlah..
Tapi isu aqidah jom bersatu..

Buka mata kamu melihat dunia,
Jangan kecilkan skop Islam itu...

Allah.

Indahnya hidup mulia, mati sebagai syuhadak!





Lihatlah picture ini sahabat-sahabat :'( Lilhatlah...ini baru sedikit! Masih banyak lagi jiwa yang disembelih! Mahu ana tunjukkan? Mereka hilang kepala? Otak berkecai? Tolonglah.. mereka terseksa. Kerana perbezaan aqidah, kerana isu Ummah.


Tolonglah kita cakna..Tolonglah..





Jom sama-sama kita doakan Tentera Bebas Syria. Tentera Bebas Syria merupakan pasukan tentera yang terdiri daripada pimpinan dan juga tentera yang berpaling tadah daripada rejim Syria dan menyokong kebangkitan rakyat.
Sehingga kini, mereka merupakan tentera yang bertanggungjawab memelihara rakyat Syria daripada kekejaman rejim Basyar dan sekutunya. Mereka juga bertanggungjawab memelihara Syria daripada kerakusan rejim Basyar yang kelihatan semakin hari semakin kejam.

Walaupun Tentera Bebas Syria serba kekurangan dari sudut persenjataan, namun semangat jihad mereka jelas menggerunkan pihak rejim.

Teruskan berdoa untuk mereka agar doa kita menjadi pembantu kepada mereka berjihad dan berjuang menghadapi rejim Basyar yang begitu zalim.

Moga kemenangan menjadi milik rakyat Syria. Insya-Allah.

Note : Untuk lebih jelas sila muat turun doa ini dan sebarkan....

Semua boleh buka web ini untuk dapatkan maklumat mengenai Syria :

Please cakna!


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


gomenasai!!~



gomenasai!!~ NEW APPEARANCE! 
cantik tak? huuuu..

ana kene cepat ni so...
tak leh lawa2 sgt post ni...this is about the new appearance of my blog..
time kasih pade UKHTY sebab sudi merealisasikan hajat ana untuk dapatkan header baru,,
lawa.. lawa... teehhehee...
domo arigatou!!~
nway... I'm sooooo sorry coz' hari nie baru nak update...
ade problem sikit....gomenasai.... =\
[ line streamyx asyik disconecting ...la ni pun dok asyik disconect nak dekat 15 kali...] adehh!

jemput semua  terjah belog si dia nie... tuan belog yang baik hati.... 

apa dah jadi dengan streamyx?

harap2 sangat ..jgn pulak anggap ana saje tak nak bls ayat2 antunna kat shoutbox tu ye tapi ana teramatlah kecewa dengan line streamyx nie..!!~ dah lah tu berusaha sanggup..nak siapkan ntry appearrance baru ni..bayangkanlah berapa kali dah ana tekan...bila tetiba offline..
sangat menguji kesabaran ana...


oklah semue.... 
 jangan lupa berkunjung ke belog awak nie ye..
dan hari nie start KeM tAhfiZ!!~ 
alhamduliLLAH!!~
moga ALLAH permudahkan segalanya....
ameen......~

lotz of luv,
ana-si pipi merah


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


satu rahsia yang HARUS disebarkan...



tarjamah ila lughatul malayuwiyyah...

"hijabmu rahsia kecantikanmu...."


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


...kerana sehelai bulu mata...



Diceritakan di hari pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Dia dituduh bersalah kerana mensia-siakan hidupnya di dunia utk berbuat maksiat. Namun begitu dia berkeras membantah, "Tidak demi langit
dan bumi,sungguh tidak benar. saya tak pernah malakukan perkara itu..." "Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul2 telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa "

Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu merenung segenap penjuru ruangyg ada. Kemudian dia pun menyanggah, "mana saksi2 yg engkau maksudkan?
disini tiada sesiapa melainkan aku dan suaramu sahaja."
Jawab malaikat, "Inilah saksi-saksimu....." Tiba-tiba mata berbicara, "Saya yang memandang," disusuli dengan telinga, "Saya yg mendengar perkara itu" Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yg mencium" Bibir pun mengaku dengan slumbernye, "Saya yang merayu" Lidah menambah dengan berani, "Saya yang menjilat dan menghisap" Tangan tanpa malu meneruskan, "Saya yang meraba dan meramas"Kaki pula menyusul, "Saya yg berjalan dan berlari semasa itu"

"Nah kalau dibiarkan kesemua anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu," ujar malaikat. Orang tersebut tidak dapat membuka
sanggahnya lagi. Ia berputus asa dan amat berduka kerana sebentar lagi ia akan dihumban ke dalam neraka jahannam..

Padahal ia amat berharap agar segala perbuatan jahatnya dapat diselindungi. Tatkala dia sedang dilanda kesedihan, tiba-tiba terdengar satu suara yg amat lembut dari sehelai bulu mata berbunyi, " Saya pun ingin mengangkat sumpah untuk menjadi saksi dalam perkara ini." Malaikat menjawab dengan tenang, "Silakan wahai bulu mata"

"Terus terang sahaja, menjelang ajalnya pada satu malam yang hening, aku pernah dibasahi dengan juraian air mata penyesalan mengenangkan segala perbuatan keji yang telah dilakukan. Bukankah rasulnya telah berjanji, apabila ada seora ng hamba yang ingin bertaubat, walaupun sehelai bulu mata sahaja yg dibasahi dengan air mata, demikian itu diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka, saya sehelai bulu mata, berani tampil sebagai
saksi bahawa dia telah bertaubat sampai membasahi saya dengan air mata
penyesalan."

Dengan kesaksian bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan segera dihantar ke syurga:
"Lihatlah hamba Allah ini masuk syurga kerana pertolongan bulu mata.."

Masha-ALLAH...



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Segmen : Saya Nak Blogger Card.



" Segmen : Saya Nak Blogger Card " 

nak? join sambil klik banner tuh..

Nama : Si Pipi Merah

Description : http://ohgadisitu.blogspot.com

Doodle : *bebas*
Warna : *bebas
Background : *bebas*

Segmen berlangsung 4 Jun 2012 - 8 Jun 2012





Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


" Segmen Watermark by Raihan "



assalammualaikum... 
 " Segmen Watermark by Raihan "
nak join? klik banner...

jenis font-Odstemplik
url/perkataan - http://ohgadisitu.blogspot.com /Seindah Ciptaan Tuhan
Segmen berakhir 8 Jun 2012, jam 11 malam. 
Watermark akan mula diedarkan selepas tarikh tersebut. 
Jom join. 
Senang tak payah tag orang pon.



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


onegai-shimasu!~


Masaa'al Khair ...

senyum lah ye.. moga ceria sepanjang hari...

hmm.. berape kerat jelah yang baca blog ana ni kan?

so....

siape yang bace blog ni silelah laporkan diri...

onegai-shimasu!~

laporkanlah diri anda tak kire dgn cara ape pun...
nak lapor kat tempat comment ke, dalam tagboard ke...ape-ape jelah ye...
asalkan ana boleh tahu!~

so, janganlah segan2 nak tunjukkan diri.. peluang nak popular nih..
ceh! hehe...

sile tengok bawah.... hehe..


Hantaran Anak Saya RM1000 Sahaja ..

 

Mengenai perkahwinan, beliau menasihatkan pihak keluarga wanita mengenakan hantaran atau mas kahwin yang rendah serta berpatutan kepada pihak lelaki dan bukan membebankan mereka.

“Saya kahwin dulu hantaran RM100 sahaja untuk isteri saya. Malahan siapa nak kahwin anak saya, saya minta RM1,000 saja,” katanya.

Beliau berkata perkahwinan penting bagi mengelakkan gejala sosial buang anak dan zina dalam masyarakat...

cepat2lah apply ... moga najah belake.. kbai..


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


"Segmen : Saya Nak Banner"



"Segmen : Saya Nak Banner" 


ye,,nak lah.. voley??


klu nak klik2 kat banner tuh..


my details..
background- terpulang..aiman tak kesah..




perkataan :http://ohgadisitu.blogspot.com
warna perkataan :aiman tak kesah

syukran.. :)


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Jutawan, Pengasas Bank Al-Rajhi Yang Memilih Untuk ‘Miskin’


KISAH KEINSAFAN: Jutawan Arab, Pengasas Bank Al-Rajhi Yang Memilih Untuk 'Miskin'

tembus hati :)


Kata-kata Saidina Nabi Isa Alaihi Salam yang kita patut ambil iktibar "kebenaran yang engkau takut menyatakannya walaupun dalam kegelapan, engkau akan mendengar seruannya suatu hari nanti dengan suasana penuh cahaya. Dan iman yang engkau cuba sembunyikan diceruk-ceruk rumah, tidak syak lagi suatu hari nanti ia akan megah bergema di puncak bumbungnya."

Teruskan mujahadah, baik melawan nafsu dalam diri kita, mahupun kemungkaran di hadapan mata. Sudah ditentukan kemenangan buat mereka yang membawa agama Allah dengan ikhlas. 

Maka beruntunglah bagi orang-orang yang mengetahui hakikat kehidupan di dunia.

jemput baca kisah ini....sampai tembus hati ye...

-----------------

Jutawan Arab Saudi yang berjaya mengubah hidup beliau daripada seorang rakyat miskin hingga berjaya mengumpul kekayaan, Sulaiman Al-Rajhi, merupakan seorang dermawan yang terkenal di dunia.

Beliau adalah pengasas Bank Al-Rajhi, bank Islam terbesar di dunia, dan salah satu daripada syarikat terbesar di Arab Saudi.

Sehingga 2011, kekayaan beliau telah dianggarkan oleh majalah Forbes, bernilai sebanyak AS$ 7.7 bilion sekali gus disenaraikan sebagai orang ke-120 yang terkaya di dunia.

Yayasan Saar milik beliau adalah sebuah organisasi amal yang terkenal di negara tersebut.

Keluarga Al-Rajhi dianggap sebagai salah satu daripada keluarga kaya yang BUKAN daripada keluarga diraja, dan mereka adalah antara dermawan terkemuka di dunia.

Walaupun Al-Rajhi adalah seorang jutawan, tetapi beliau memilih untuk menjadi ‘miskin’ sehinggakan beliau tidak mempunyai sebarang wang dan juga saham yang dimiliki beliau sebelum ini.

Keadaan tersebut terjadi apabila beliau memindahkan kesemua aset yang dimiliki kepada anak-anak beliau dan mendermakan aset-aset yang selebihnya.
Bagi menghargai jasa beliau terhadap dunia Islam, termasuk mengasaskan bank Islam terbesar dunia dan juga segala usaha yang dijalankan untuk membasmi kemiskinan, Al-Rajhi telah dipilih untuk menerima Anugerah Antarabangsa Raja Faisal atas jasa beliau kepada Islam.

Dalam satu wawancara yang dibuat oleh Muhammad Al-Harbi dari Al-Eqtisadiah Business Daily, Al-Rajhi menceritakan tentang bagaimana beliau mampu meyakinkan ketua-ketua bank di dunia, termasuk Bank of England, hampir 30 tahun lalu, bahawa bayaran ‘faedah’ adalah sesuatu yang haram bagi kedua-dua agama iaitu Islam dan Kristian, dan bank secara Islam adalah penyelesaian yang terbaik bagi menaikkan taraf ekonomi dunia.


Kisah Al-Rajhi berkisarkan tentang bagaimana seseorang itu meraih kekayaan dari bawah.

Beliau terpaksa melalui kesusahan ketika beliau kecil sebelum menjadi kaya, dan kemudiannya meninggalkan segala harta yang ada setelah mengecapi kejayaan.

Al-Rajhi masih lagi aktif dalam bekerja walaupun usia beliau telah mencecah lebih daripada 80 tahun.

Beliau memulakan tugas harian sejurus selepas solat Subuh dan terus bekerja hingga selepas solat Isyak.

Beliau kini sedang memberikan tumpuan terhadap Yayasan SAAR, dengan berulang-alik di negara-negara Arab bagi menguruskan segala hal-hal yang berkaitan dengan yayasan tersebut.

Beliau sering membawa diari kecil untuk mencatatkan aktiviti harian beliau dan sentiasa memastikan tidak akan terlepas dari satu aktiviti pun.

Al-Rajhi juga merupakan seorang yang amat berjaya dalam apa jua bidang yang beliau ceburi.

Selain daripada mengusahakan bank Islam terbesar dunia, beliau juga telah mengasaskan ladang binatang ternakan yang terbesar di Timur Tengah.

Daripada segi perladangan, beliau telah menjalankan banyak eksperimen ternakan secara organik di negara-negara Arab, termasuk perladangan udang Al-Laith. Beliau juga turut mengasaskan perniagaan hartanah dan juga beberapa lagi pelaburan.

Temubual:

Sheikh Suleiman, adakah anda kini telah menjadi miskin semula?
Ya. Kini apa yang saya miliki hanyalah pakaian-pakaian saya. Saya telah membahagikan harta saya kepada anak-anak dan juga mendermakan selebihnya untuk menjalankan projek-projek amal. Ini bukanlah sesuatu yang aneh bagi saya. Kedudukan kewangan saya kini telah menjadi kosong sebanyak dua kali dalam hidup saya. Jadi, saya amat faham akan keadaan ini. Namun, kini perasaan itu dipenuhi dengan kegembiraan dan juga ketenangan. Sememangnya saya yang memilih untuk menjadi miskin.

Mengapa berbuat begitu?
Segala kekayaan dimiliki oleh Allah s.w.t, kita hanyalah ditugaskan untuk menjaga kekayaan tersebut. Ada beberapa sebab mengapa saya memilih untuk memilih jalan ini. Antara sebab-sebab utamanya adalah saya perlu menjaga sahabat-sahabat Islam dan juga anak-anak saya. Ia adalah antara perkara yang paling penting dalam hidup. Saya juga tidak suka untuk membuang masa di mahkamah hanya kerana ada antara mereka yang tidak bersetuju dengan jumlah harta yang diwariskan kepada mereka. Terdapat banyak contoh di mana anak-anak mula berpecah hanya kerana harta yang kemudiannya menghancurkan syarikat. Negara ini telah banyak kehilangan syarikat-syarikat besar kerana perbalahan harta yang boleh diselesaikan jika kita mencari jalan penyelesaian yang lebih berkesan. Selain daripada itu, setiap umat Islam perlu bersedekah sebagai bekalan pahala di akhirat kelak, Jadi, saya lebih suka jika anak-anak saya mencari kekayaan sendiri daripada bergantung dengan saya.

Adakah Sheikh mempunyai banyak masa terluang setelah membahagikan kesemua harta?
Seperti yang telah saya maklumkan tadi, saya masih lagi bekerja keras untuk mendapatkan lebih derma. Saya telah bekerjasama dengan pelbagai agensi bagi menjayakan projek ini. Secara kebiasaanya, umat Islam sering membahagikan satu per tiga ataupun suku daripada kekayaan mereka untuk bersedekah yang hanya akan diberikan setelah mereka meninggal dunia. Namun, bagi saya, saya mahu mula bersedekah ketika saya masih hidup. Jadi, saya telah membawa anak-anak saya ke Mekah pada hujung bulan Ramadhan dan memberitahu mereka idea saya. Mereka bersetuju terhadap idea tersebut. Saya telah meminta bantuan daripada agensi-agensi yang berkaitan untuk membahagikan kesemua harta saya termasuk saham dan juga hartanah kepada anak-anak dan juga untuk didermakan. Kesemua anak-anak saya berpuas hati terhadap inisiatif saya dan mereka kini sedang menguruskan segala harta yang saya berikan kepada mereka.

Berapa banyak harta yang dibahagikan kepada anak-anak dan juga untuk didermakan?
Beliau tergelak tanpa memberi sebarang jawapan.

Apakah perasaan Sheikh terhadap kesemua projek yang sedang dijalankan?
Saya ingin menegaskan bahawa terdapat beberapa faktor yang saya ambil sebelum melakukan sebarang pelaburan. Eksperimen yang saya lakukan terhadap pertukaran wang adalah salah satu daripada sebab mengapa saya mengasaskan bank. Ketiadaan bank Islam juga menjadi antara sebab mengapa saya mula mengasaskan Bank Al-Rajhi, yang kini merupakan bank Islam terbesar di dunia. Saya mulakan eksperimen saya dengan membuka pejabat di Britain dimana kami mula memperkenalkan sistem perbankan Islam ke peringkat yang lebih besar. Eksperimen tersebut kemudiannya mula berkembang dan ia mula mendapat sokongan daripada ulama-ulama Saudi pada ketika itu. Saya masih ingat lagi bagaimana permohonan saya untuk mendapatkan lesen untuk membuka bank tidak diterima pada mulanya. Ini adalah kerana pihak British tidak memahami apa-apa pun tentang sistem perbankan Islam. Saya kemudiannya pergi ke London dan berjumpa dengan Pengurus Bank of England dan dua daripada pegawai kanan beliau. Saya memberitahu mereka bahawa penggunaan faedah adalah haram bagi Islam dan juga Kristian dan kebanyakan daripada mereka sanggup menyimpan wang mereka di dalam kotak di rumah daripada menyimpan di dalam bank. Saya cuba untuk meyakinkan mereka bahawa (jika mereka mula membuka bank Islam) ini mampu menaikkan taraf ekonomi dunia. Mereka akhirnya bersetuju untuk mula membuka bank-bank Islam. Saya kemudiannya mula mengembara ke serata dunia di bahagian Timur dan Barat, dan berjumpa dengan ketua-ketua bank negara di beberapa buah negara dan memberitahu mereka bagaimana ciri-ciri yang terdapat dalam dunia ekonomi Islam. Kami mula bekerja dan mencapai kejayaan di negara-negara Arab dan melaksanakan perbankan Islam di London, saya kemudiannya berjumpa dengan Mufti Besar Sheikh Abdul Aziz bin Baz dan Sheikh Abdullah bin Humaid, dan memberitahu mereka tentang rancangan saya bahawa : ‘Kita mampu, dengan izin Allah, memajukan perbankan Islam. Mereka memuji saya atas inisiatif yang saya jalankan. Dari situlah kami mula mengusahakan Bank Al-Rajhi seperti mana yang anda dapat lihat hari ini. Bagi projek Ladang Ternakan Al-Watania pula, saya mula mendapat inspirasi untuk menjalankan projek tersebut apabila melawat ladang ternakan di luar negara. Saya dapati bahawa cara mereka menyembelih adalah salah. Saya kemudiannya mengambil keputusan untuk melabur dalam bidang ternakan atas nama Islam dan negara. Saya tetap menjalankan projek tersebut walaupun membuat pelaburan dalam industri ternakan adalah sesuatu yang agak berisiko pada masa tersebut. Kini, Al-Watania telah menjadi salah satu daripada projek mega di Saudi. Syarikat tersebut mendapat 40 peratus daripada saham di negara-negara Arab, dan ayam-ayam Al-Watania diberikan makanan yang cukup dan disembelih dengan cara yang halal menurut undang-undang syariah.

Walaupun dengan semua kekayaan yang dimiliki, mengapa syeikh tidak mempunyai satu pun kapal terbang sendiri?
Saya ada banyak kapal terbang, tetapi kesemuanya dimiliki oleh syarikat-syarikat penerbangan tertentu. Saya memilikinya setiap kali saya membayar tiket penerbangan untuk ke satu-satu destinasi (gurauan). Saya sering terbang dengan kadar kelas ekonomi kerana Allah tidak memberikan kita harta untuk ditunjuk-tunjuk.

Bagaimana pula dengan hobi syeikh?
Saya tidak mempunyai sebarang hobi yang khusus. Bagaimanapun, saya suka mengembara di padang pasir. Saya tidak pernah mengambil pakej percutian di negara-negara lain selain dari Saudi.

Ketepatan masa Al-Rajhi
Wawancara ini telah menunjukkan bagaimana disiplin Al-Rajhi dalam menepati masa. “Pada awal karier saya dalam industri, saya mempunyai beberapa perjumpaan dengan beberapa syarikat besar di Eropah. Saya masih ingat lagi kisah dimana saya terlambat selama beberapa minit dalam satu perjumpaan dengan salah seorang pegawai besar sebuah syarikat. Walaupun hanya beberapa minit, beliau tidak mahu meneruskan perjumpaan tersebut. Selepas kejadian tersebut, setelah projek kami mula berkembang, pegawai yang sama pula lambat untuk berjumpa dengan saya, jadi, saya pula yang tidak mahu meneruskan perjumpaan tersebut. Saya sering membawa kertas untuk menulis segala perjumpaan dan urusan dan sentiasa memastikan agar saya sering menepati masa walau apa pun.”
Al-Rajhi berkata lagi: Saya amat menepati segala perkara yang diterapkan dalam Islam sepanjang hidup saya. Saya pernah mendapat undangan daripada kerajaan Arab untuk menghadiri satu persidangan yang berkaitan dengan pelaburan. Kemudiannya, dalam persidangan yang sama, saya dijemput untuk mengambil bahagian dalam majlis makan malam mereka, saya dapati bahawa antara aktiviti yang dijalankan ketika majlis tersebut adalah bertentangan dengan ajaran Islam. Saya kemudiannya keluar dari majlis makan malam tersebut. Kemudian, Abdul Aziz Al-Ghorair dari UAE turut serta bersama saya. Tidak lama selepas itu, menteri yang bertanggungjawab terhadap persidangan tersebut datang kepada kami dan kami mula menerangkan kepada beliau bahawa aktiviti yang dijalankan di majlis tersebut adalah bertentangan dengan budaya Islam. Beliau kemudiannya berkata bahawa aktiviti-aktiviti di majlis tersebut akan dibatalkan. Apabila mereka membatalkan aktiviti tersebut, kami kembali menyertai majlis tersebut.

Penyelesaian Masalah
Al-Rajhi berkata: Pada satu masa, salah satu daripada kilang yang diuruskan oleh anak saya habis dijilat api. Apabila dia datang untuk memaklumkan perkara tersebut kepada saya, saya memberitahu: Sebut Alhamdulillah. Saya meminta anak saya supaya tidak membuat sebarang laporan tentang kerugian yang dialami bagi meminta pampasan daripada pihak berkuasa. Sebaliknya, pampasan yang diberikan oleh Allah adalah lebih penting bagi kita. Assam Al-Hodaithy, Pengurus Kewangan bagi syarikat Ternakan Al-Watania berkata: “Apabila kilang tersebut terbakar, kami telah membuat keputusan untuk tidak menyakiti hati Al-Rajhi dengan memberitahu beliau tentang apa yang terjadi. Kami kemudiannya berjumpa dengan beliau keesokan harinya dan memberitahu akan perkara yang terjadi, beliau mengarahkan kami untuk berpindah ke tempat lain dan membersihkan segala kerosakan sehingga semuanya dibaiki.” Perkara yang sama terjadi di satu lagi projek Al-Watania di Mesir. Syarikat tersebut kerugian kira-kira SR10 juta Pound Mesir. Apabila pegawai projek tersebut menghubungi Al-Rajhi untuk memberitahu perkara tersebut, beliau terkejut apabila Al-Rajhi menjawab dengan menyebut: “Alhamdulillah.” – Mynewshub.my


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


"SEGMEN: SAYA BLOGGER BAHARU FASA 4!"



tekan banner dan join!


nak tag semua yang baca entry nie..


join tau...



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


SEGMEN: BLOGLIST JUN INSAN BIASA.



sempat lagik!!??
alaaa bolehkan3.. kesian kite..
dah tag suruh akak join an..huuu
klik sebab join...
kbai (psst boleh ye?)
assalammualaikum..


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


segmen : "GA AmerCorner Free Domain and Aquapic Lomo. "



di tag oleh cik osem sally yatiey blogger retis..


syukran ..syukran..


Siapa2 yang nak domain sendiri tu.bolehlah Join reramai..
tekan banner yang classiiiik kat ataih..


MERIAH BETUL HADIAH!


org disana yg ditag






Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


"1st GiveAway by Nabila Medan"



join? klik banner


yang di tag

kbai


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


buat sadiqaati Loo Jo Yee...


Bismillahirrahmanirrahim....


Al-Kahfi : 23-24


[23] Dan janganlah engkau
berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): Bahawa aku akan
lakukan yang demikian itu, kemudian nanti. 


[24]
Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): Insya Allah dan
ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa dan katakanlah:
Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan
lebih terang dari ini.




Alhamdulillah....Allah Knows....
tahniah buat sadiqaati Loo Jo Yee..

semoga penghijrahanmu menjadi inspirasi kepada orang Islam & belum Islam yang lainnya
Amiin Yarabbal Alamin..

rase macam sebak la...
*mata dah berkaca-kaca*


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


segmen : Miss Jijie 1st Giveaway



join? klik banner


I'm#186 fellas


GA ini akan berlangsung dari 21 Mei 2012 hingga 29 Jun 2012.
Pengumuman pemenang 30 Jun 2012.


tag




okebai


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Sesegar Nailofar ..


Bismillahirahmaniirahim...


dengan mood yg separa ngantuk ni ana pun layan jek tulis blog ni sementara ingatan masih ada..

[novel ni ana jumpa masa mengemas rak buku tadi]

sinopsis


cuma ungkapan kebisuan yang melindungkan kalimah rahsia......
..

Sesegar Nailofar [ Zaid Akhtar ]
(Hadiah Utusan Novel Remaja 2000, Tempat Ketiga)



Mengisahkan kehidupan Iqbal di bumi Isra' yang menempuhi begitu banyak mihnah sebelum segalanya berakhir. Dengan sokongan padu Syahid, Hamizan, Icha & Wani, digagahi jua dirinya melayari kehidupan yang penuh menduga atma. 
Kasih yang disulami Nailofar akhirnya tersingkap jua. Nailofar, inspirasi yang cegar dalam hati. Abadi...

sekian...



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


segmen : 1st Giveaway by Syakilla Syed Alwi



join rerama eh! reramai...first giveaway dr tuan punya belog
klik banner yang tiut tu! JOIN


tag si comel dan sekiut alam maya




kbai


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Tajuk segmen : "Up Follower"



nak join klik banner okeng!
suke words 'support' tuh!
kbai..


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.