Yakinlah dengan pilihan kita..
“ Kak, maaflah dengan keputusan ini. Saya mahu keluar halaqah!”
“ Erk, kenapa Ain? Bukankah Ain konsisten hadir ke halaqah?”
“ Saya dapat tahu bahawa halaqah yang saya ikut ini sesat kak. Saya rasa tidak selamat hendak mengikutinya.”
“ Siapa pula yang beritahu? Selama ini apa yang Ain belajar ada sesatkah? Akak tidak pernah rujuk buku-buku yang sesat. Semunya dirujuk daripada Al-quran dan Hadith .”
“ Mereka tidak cakap akak sesat. Tapi, mereka kata ketua akak yang sesat!”
“ Astaghfirullah. Ini fitnah Ain.”
Biar orang menuduh kita sesat atau apa sahaja. Asalkan kita yakin dengan jemaah yang telah kita pilih.
Usah berundur ke belakang hanya setelah mendengar kata-kata berbau sinis daripada mulut-mulut yang tidak pernah berpuas hati dan dengki.
Ingatlah, selagi mana apa yang telah diajarkan berpandukan Al-quran, Hadith dan buku-buku agama karya ustaz atau orang yang boleh dipercayai, maka, kita tidak perlu ragu-ragu.
Ragu-ragu akan adalah kunci untuk berpaling ke belakang.
Apa yang telah berlaku adalah satu ujian. Adakah kita mahu melemparkan kembali hidayah yang telah diberikan oleh Allah setelah baru satu ujian yang telah kita lalui. Ingatlah, ujian di depan akan terus datang dan sentiasa menghampiri.
Jika hanya dengan ujian ini kita sudah hancur lebur, bagaimana pula dengan ujian hebat akan datang?
Semoga terus istiqamah.
fikirlah dan buatlah keputusan dengan yakin
p/s: Buatlah tuduhan sehingga anda semua penat. Kami tetap tidak akan goyah dengan apa yang kami lakukan dan kami akan tetap meneruskan perjuangan ini.......
Syukran jiddan ..sudi baca entry nie