kamu?



Dedikasi Buat kamu.. *seandainya kamu juga merasa..

Sentiasa Tahu. Sedar sentiasa.

Allah...

Ana yang menaip juga terasa.  Ana   yang berkongsi juga merasa. Terkadang,  Ana  juga tahu tapi buat-buat tidak mahu sedar. Atas alasan, selesa dalam keadaan yang sedia ada, tidak mahu beranjak dan tidak mahu berubah.

Selalu saja lemah. Kitalah. Degil. Tidak mahu berubah.

(Allah. Jangan emosi. Mari kembali tenang.)

kamu, inilah jalannya. Inilah hakikatnya.

Sesuatu yang indah, sesuatu yang nikmat, pastinya tidak akan mudah.

Begitu juga dengan hal ini. Berubah, berhijrah, melakukan kebaikan.

Ya. Mengorak langkah untuk melakukan kebaikan adalah sesuatu yang bukan mudah malah ia suatu perjuangan.

Memulakan saja sudah perit. Apatah lagi mahu berterusan. Berganda-ganda kesakitannya.

Tapi, ingatlah kamu, juga pasti teguran /peringatan buat diri sendiri..

Sungguh. Kenikmatan melakukan kebaikan tidaklah mampu diluahkan. Bilamana kita merasa nikmat melakukan kebaikan, InshaAllah, kita tidak akan mahu untuk berhenti.

Tatkala kita benar-benar ‘Sedar’ akan kelazatan melakukan kebaikan, melakukan apa saja yang Allah suruh, InshaAllah, pada masa itu, kita adalah orang yang sangat bahagia.

Allah. Melakukan kebaikan itu suatu yang membahagiakan jiwa. ce cube *Pejam mata dan rasa.*

Dan dengan syarat, kita kena sentiasa Tahu akan wajipnya kita dalam melakukan kebaikan dan kita kena Sedar sentiasa yang Allah bersama orang-orang yang melakukan kebaikan.

Sedar sentiasa yang melakukan kebaikan ini tiada hentinya.

Tiada noktahnya.

Allah.



Bersama merasa.

Hati 
Ana  dan kamu.

Mari kita satukan kerana Allah.

Mari rasa apa yang 
Ana   rasa.

Jangan berhenti merasa. (‘:



Andai saja mampu ku rayu, Aku mahu rayu ini,

“Ya Allah, gagahkanlah diriku dalam terus menerus melakukan kebaikan dan halangilah aku dalam melakukan kejahatan walau sekecil zarah dan marahilah aku jika aku berniat melakukan kemaksiatan.”



note hati kecil- class tarannum batal pulak...siyess mencikkk!!


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


sakit ni menyusahkan lah!



even sakit ana pun dah boleh buat mukacomel ala2 si chumel nie..
comel kan..??

Bismillah walhamdulillah…

Alhamdulillah.

Assalamualaikum,

Si Baik hati, si Comel, si Cantik, Si Hensem.

Semualah. (:

Alhamdulillah.

Hidup lagi ana hari ni.


Hihi. (:

Subhanallah.

semua comel-comel.

semua senyum-senyum baca entri ni yek.


Sihat vs Sakit

Apa khabar hari ini? Mm, maksud ana badan kalian, fizikal dan seumpamanya.. Sihat? Sakit? Demam? Atau merana?

Apapun, keadaan dan kondisi kalian, ucaplah syukur Alhamdulillah.

Bila dah mati je lah tak dapat ucap Alhamdulillah, kan? Oleh yang demikian, ucaplah Alhamdulillah sebanyak-banyaknya selagi ada daya dan upaya. Kenapa? Sebabnya, nak dibandingkan nikmat yang kita peroleh tersangat lah banyak, ucap Alhamdulillah banyak-banyak pun belum tentu dapat mengatasi betapa banyaknya nikmat yang kita kecapi. (:

Sakit?

Dalam setahun ni, berapa kali kalian sakit? Mesti boleh kira kan, takde lah sampai berpuluh-puluh kali. Lain lah kalau memang ada penyakit, tu bab lain. Ni cerita pasal orang yang memang tubuh badannya sihat walafiat..

Agak-agak berapa kali setahun?

Ada tak dalam 12 kali? 10 kali? 5 kali? 2 kali?

Atau sekali je?

Hmm. Sakit ni indah kan. Nikmat.

Mak aih, sakit ni menyusahkan lah! Menganggu la! (tu kata hati kotor cakap)

Ye ke? Mana satu nak ikut ni? Yg indah ke, Yg menyusahkan?

Ermmm… ce tanya hati. ce bukak mata hati.

Rasa-rasa yang mana satu?

Siapa yang sedar, inshaAllah memang akan sedar.

Siapa yang tak sedar, inshaAllah memang tak akan sedar.

Siapa yang agak-agak tersedar, inshaAllah akan cuba disedarkan.

Siapa yang enggan sedar, inshaAllah berkemungkinan boleh sedar.

-jawablah sendiri-

^__^



Ubat vs doa

Bila kita sakit atau demam, orang disekeliling kita selalunya akan kata,

“Dah makan ubat? Dah jumpa doktor?”

Hmm. Prihatin betul mereka pada kita kan. Tetapi, alangkah sedihnya bila pertanyaan itu yang mendahului berbanding soalan ini;

“Dah mengadu pada Allah? Dah doa pd Allah? ”

Kenapa?

Kenapa kita mendahulukan makhluk yang tidak mampu menyembuhkan itu?

Kenapa kita selalu terlepas pandang akan Allah yang Maha Menyembuhkan?

Kenapa???

Kenapa kita lebih mampu menggagahkan diri berjalan ke hospital, tunggu berjam-jam untuk berjumpa dengan doktor, tetapi kita tidak mampu untuk sekadar duduk di atas sejadah memohon kesembuhan dari PENCIPTA KITA SENDIRI!??

Pelik! Tapi itu lah hakikatnya!

Manusia zaman sekarang lebih mendahulukan makhluk berbanding penciptanya sendiri!

Ternyata kita langsung tidak kisah akan perasaan Allah!

Rasa MALU tak???

Allah. Lemahnya kami ya Allah!



nak kongsi cite sikit..ni dia 


Secebis kisah...
Pernah dengar kisah Nabi Musa as, pada saat Nabi Musa sedang mengalami kesakitan gigi? Jom, ambil hikmah dari secebis kisah ini.

Diceritakan bahawa Musa as. pernah mengeluh kepada Allah swt kerana menderita sakit gigi.

Maka Allah swt memerintahkan: “Ambillah rumput/daun orang itu dan letakkan pada gigi kamu!”

Lalu Musa a.s pun berbuat demikian, maka sakitnya pun sembuh.

Beberapa hari kemudian, sakit gigi yang dialami Musa a.s datang lagi. Maka Musa a.s pun mengambil kembali rumput yang pernah diambil dulu dan meletakkan pada giginya.

Hasilnya bukan bertambah sembuh, sebaliknya sakit giginya bertambah teruk dari biasa. Langsung dari itu Musa a.s pun mengadu kepada Allah swt dengan katanya, “ Wahai Tuhanku, bukankan engkau mengarahkan aku untuk berbuat demikian tetapi mengapa ianya tidak melegakan aku?”

Allah swt menjawab: “Wahai Musa, Akulah yang menyembuhkan dan Akulah yang menyihatkan. Aku yang memberi bencana dan akulah yang memberi manfaat. Kali pertama kamu datang kepadaKu dan mengharapkan pertolongan Aku, lalu Aku sembuhkan sakit kamu. Sekarang engkau menuju kepada rumput dan tidak menuju kepada-Ku.”

T__T

Allah.

Beginilah keadaan kita.. Kita lebih teruja mencari ubat-ubatan berbanding mencari Allah. Padahal, Allah lah yang memberi kesakitan dan Allah jualah yang memberi kesembuhan.

Malu lagi dan lagi. ):

Terasa? Kalian terasa?

Mari munajat pada Allah. Mari koreksi diri!



Allahuakbar.

Entri kali ini sekadar mahu menjentik hati ana yang sering lupa, hati sahabat2 yang mungkin juga lupa, hati-hati kita semua yang sering kali lupa.

Ingat, doa dan mengadu pada Allah dulu, baru usaha. Bukan usaha dulu, baru doa. Betulkan ya!

Kalau demam, syukur. Kalau sihat, syukur.

Jangan lupa Alhamdulillah.

Allah gemar kalau kita selalu memujiNya. (:

Terus dan terus memuji Allah!

Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


salam sayang malu-malu





Subhanallah.

aku menyintainya...

Subhanallah

aku menyayangi...

bukan saja2 sayang..

dan

bukan saja2 cinta..




ku tutup dan ku buka mata ku berkali-kali,

tidak cukup,

aku gosok mataku berkali-kali,

teruja aku,

uh. aku sudah di sini?



Alhamdulillah.

itu lah rahmat dari Allah,

tidak pernah aku berani untuk nafikan,

betapa semua itu atas kehendak dan kuasaNya Allah,

Ah. Siapa aku tanpa Allah?

pasti saja aku terkontang kanting tanpa bantuan Allah,

pasti saja jiwaku akan merana jika Allah tidak peduli akan ku.

Ahh. siapa saja aku?



Allahuakbar.

kini aku gembira sekali,

melihat apa yg ada di hadapanku,

melalui apa yg aku impi untuk aku lalui,

mendengar apa saja yang sering kali aku rindu utk aku dengari.

Oh. itu lah kerinduan yg dulu bersarang di hatiku,

kini sudah terlerai jua terbalas,

semuanya kerana besarnya kasih Allah,

pada aku hambaNya yg penuh dengan calitan dosa.



Allah,

betapa aku kini mahu khabarkan,

aku sangat gembira!

Syukur!

angin iskandariah in februari....


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


dia satu-satunya..




hembusan kasih dan cinta ini hanya untuk abi.

Abi, dia satu-satunya di hati ana!


Allah.

Baiknya abi…sayangnya abi …garangnya abi.. hehehe



dalam kelembutan dan kebaikan hati abi , ada juga yg MANTAP dari abi

Huh? MANTAP? apa yg mantap?

maksud ana, lebih kurang garanglah.. ye lah, abi zaman2 dulu, kalau tak garang tak sah.. kan?

sama lah juga abi . abi pun garang juga..

antara kisah kegarangan 
 abi , masa tu ana tak ingat ana umur berapa, tapi dah sekolah rendah la..

masa tu, ana baru balik sekolah.

ana balik rumah kawan baik ana..ingat ta perlu bagitahu nak pergi sekejap je..pastu kawan ana

janji nak hantar balik....rupa-rupanya abi dah tunggu ana kat sekolah..selalunya ana balik sendiri..

sebab rumah dekat dengan sekolah..pergi je abi hantar... malangyer hari tu kan...

ye tibe saja kat depan rumah...yesss abi dah tunggu...

ana masa tu tak nak masuk rumah, abi tengah marah dan ana bertenggek depan pintu rumah. Dengan baju yg kotor dan tak bertukar ana duduk depan pintu dgn mulut muncung sedepa...

wahh dah buat salah ..pun dok tunjuk hebat... alahai...

abi betul-betul marah masa tu. ummi dah pujuk suruh masuk, tapi ana degil! ana geleng kepala takut kena rotan.. *buatmukekesian....

Aissy. abi pun berang lah…dengan tidak semena-menanya, abi tarik dan heret ana masuk.

abi heret ana dan masukkan ana ke dalam tong drum yg berisi air yg penuh dgn jentik2..

abi humban dan celup ana masuk dlm air sampai ana meronta2 kelemasan.

Huh. agak-agak apa jadi?

Apa lagi… Meraunglah ana…

^-^ Huh. memang peristiwa ni sampai bila pun ana tak boleh lupa.

lepas dpd kejadian tu, ana dah tak berani nak merengek2..p mana kena bagitau sampai la nie...

paranoid..phobia.. heheehe..

apapun,

-MEMANG PADAN MUKA ANA-

^_^



kisah comelnya cinta

heh? comelnya tajuk..comelnya cinta? comel ke?

^-^ comel, comel..InshaAllah comel. Allah bagi kita rasa macam comel. hehe. ^^

ok. cinta apa yg comel?

mm, dalam byk2 kisah ana dan abi , ana suka dan rindu part bila ana tertidur dekat ruang tamu.

eh? part mana yg comel? ana tidur comel ka?

hehe. bukan-bukan

masa kecik2, mm..bukan kecik je, masa besar-besar pun, eh..besar-besar sampai umur 13 tahun ja kot,

ana selalu tertidur kt ruang tamu depan tv, atau pun kat mana2 lah..

hah, bila tertidur kat luar, abi selalu akan dukung dan angkat ana bawak masuk bilik.

^-^ suka-suka. ana suka kena dukung. sangat comel masa kecik-kecik dan besar-besar sikit.

tapi sekarang dah tak boleh dukung dah. nanti patah tulang empat kerat abi .

sahabat2 pun mesti ada kisah mcm ni kan? best tak kena dukung?

best kan? ^_^



hikmah cinta dari dia

itulah secebis dua kisah ana dgn dia satu-satunya di hati ana…

lelaki pertama yg bertakhta di hati ana,

lelaki pertama yg ana kenal dlm dunia ni…

apapun yg abi lakukan pd ana sejak kecil dulu, semuanya itu bersebab.

pukulan dari dia itu tanda besarnya cinta abi pd ana,

tengkingan dari dia itu tanda kuatnya cinta abi pd ana,

jelingan dari dia itu tanda mendalamnya cinta abi pd ana,

terlalu, terlalu byk hikmah cinta dari dia..

tak mampu untuk ana nukilkan di sini..

kerana dia lah ana kenal dunia,

dunia yang hanya sementara.



Pelihara dia

abi

untuk ke sekian kalinya,

dedikasi tulisan ini khas buat abi

dan juga untuk semua ayah-ayah yg hebat seperti abi ana

semoga abi terus tenang dan bahagia hidup di dunia dan akhirat.

Ya Allah, pelihara lah abi .. lindungilah dia ya Allah.

Berikanlah kekuatan kepada abi dlm menempuh dugaan yg Engkau berikan ya Allah.

Redhai dan berkatilah hidup abi dunia dan akhirat.

Tempatkanlah abi disyurga..bersama org2 yang beriman..
Amin Yarabbal alamin.....


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Bukan selalu aku begini...


Allahummaghfirlaha warhamha wa afiha wa fuanha,
ana uhibbuki umi...
sakit-sakit macam ni pun nak merajuk...
 Hebat sekali kalau aku merajuk...
dah 4 jam aku merajuk dengan ummi... mungkin sebab sakit ku ini..allah..
bukan salah ummi pun...aku yang tak nak ikut ...
hai..hai hati...hebatnya ...
Wajah berubah mencuka, senyuman mati tidak bernyawa.
Entah apa yang merasuk hati, hanya kerana seperkara yang membuakkan rasa kecil hatiku,
aku merajuk dengan ummi...

Ah. Kuat benar rasa sensitif ku.
Langsung tidak boleh tawar-menawar.
Aku merajuk tak mahu cakap.
Aku merajuk tunduk tanpa pandang muka ummi
Aku diam sejuta bahasa.
Allah. Kejamnya aku.
Teruknya aku.
Kotornya hatiku.
Aku membentak marah hatiku yang tengah merajuk.
Hai hati! Sombongnya engkau!

Melayan hati yang tidak mahu reda,
aku jadi muak.
ummi usaha memujuk dengan penuh hikmah.
Aku terasa pujukannya,
jauh di hati, aku terpujuk.
Tapi, hati masih juga enggan reda.
Lagi, aku marah hati lagi!

Dek kerana degilnya hati,
aku pantas meluru ke bilik air,
wudhu ku lengkapi dan aku bergegas mahu menghadap Ilahi,
mahu ku ceritakan pada Ilahi perihal si hati yang degil!
Biar hati kena hukum!

Selesai berdating, aku diam di tikar sejadah,
jauh aku renung dan aku fikir,
betapa ‘anak-anak’nya aku,
Eh, aku sengih sebentar.
Aduhai hati!

Sengih mati. Hati masih belum reda dengan kemerajukannya,
akhirnya ku putuskan untuk membaca lagi surat cinta yang masih belum habis aku baca.
Itu surat cintaku.
Surat cinta yang hari-hari aku baca dan aku fahami.

Tenggelam dengan keasyikan surat cinta,
aku baca ayat demi ayat,
aku baca dan aku baca,
sehingga aku meniti ke suatu ayat,
aku bungkam.
Mulutku terkunci.
Mataku bergenang.
Aku mahu menangis....

“Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ah” dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).”
“Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.”
Surah Al-Isra’ : ayat 23-24

Benar. Aku terkejut...
Allah sedang menegurku. Allah sedang memperingatkan aku.
Betapa aku salah dalam percaturan ini.
Dia ummi aku, aku tak layak untuk merajuk.
Menghitung kebaikan ummi sepanjang hayatku, pasti aku akan kesal dan tidak akan mahu merajuk lagi,
Ah. Siapa aku untuk merajuk?
Tak layak dan tak patut sama sekali.

Syukur.
Setelah membaca surat cinta itu, hatiku jadi tenang, reda dari merajuknya.
Ku temui ummi, ku tenung matanya...
ku peluk ummi erat2...
"ummi, humaira salah dan maira da buat silap...maafkan humaira ya..."...ummi senyum lalu pipi ku di cium.. "mcm budak-budak kan? " ummi sempat seloroh...
kata-kata ummi tenggelam dalam esakan ku..
Teresak aku menangis.
Allah. Terima kasih atas teguranMu. (

Aku terdiam.

Mengesat air mata yang masih bersisa.


nikmat manisnya rasa berTuhan adalah sesuatu yang sukar untuk ditafsir,
hanya mereka yang merasa akan faham,
kan?
Jangan berhenti membaca surat cinta dari Allah.
Ulang dan ulang selagi termampu!
okeh...isyak sudah.... jom semua...


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Peringatan itu bukan sekali, bahkan berkali-kali.





Hati,

kamu sakit lagi?

ya. kelihatan sakit.

sakit yg teramat?

tidak juga.

cuma, ianya agak membengkak.

perlu aku rawat?

ya. sangat perlu.

mari, mari aku baluti lukamu duhai hati.



Allah,

izinkan aku,

izinkan aku menangis.

boleh aku menangis dan merintih?

hati ku pedih ya Allah,

hati ku tercarik ya Allah,

hati ku membengkak ya Allah.



Allah,

hati ku mahu dirawat,

ku serahkan dia padamu ya Allah,

Kau rawatilah hatiku ini dgn kuasaMu ya Allah,

Kau belailah dia dengan janjiMu.



Allah,

terakhir kali aku pinta,

izinkan aku?

izinkan aku utk menangis?

buai aku dengan hangat cintaMu ya Allah..

‎(Tahu dan Sedar) 

Allah...

Namun, kesakitan yang Allah beri tidak pernah sia-sia. Allah mencipta setiap sesuatu itu penuh hikmah dan menyuruh hambaNya untuk berfikir.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Allah terlalu baik pada saya...


kafarah...


Sakit perut dan muntah-muntah.

Allahu Allah.

Berkali-kali begini.

Rasa nak muntah lagi tapi tak larat... :'(

Ya Allah.

 Hati membengkak lagi. 


 mencube untuk lupakan sekejap sakit...

Siapa yang diberi rasa oleh Allah saja yang akan faham. ...

Kuatlah wahai hati yang teruji.

"Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu."

Indah bukan janji Allah?

Nah. Apa lagi yang perlu dirimu sedihkan? di risaukan...

:')


Berat mana pun ujian hidup mu.

Bersyukurlah, kita masih punya nikmat terindah...


Bila kita ada Allah.

Jangan rasa terbeban. Ya. :)

Bila Allah kirimkan ujian,

bersabarlah.

Bila Allah hujankan dugaan,

bersabarlah.

Bila Allah ributkan kesakitan,

bersabarlah.

Tiada kata yang lebih bermakna berbanding 'sabar',

Ya. Bersabarlah hati. Allah sedang memandangmu, Allah sedang menumpahkan segala rasa sayangNya kepadamu.

Teruskan bersabar! Sesungguhnya, Allah bersama orang-orang yang sabar. :')


Jaga diri. Jaga Iman. Jaga amal.

Semoga hari esok ada lagi untuk ana. Bukan kerana 
ana  cintakan dunia.

Tapi, kerana banyak lagi tempelan dosa yang perlu ana kikis dan lopak-lopak amal yang perlu 
ana isi.

Ya Allah. Kasihani kami, kuatkan kami, redhai kami.....




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Muhammad Durrah


Masih kalian ingat kisah Muhammad Durrah?

Pada 30 September 2000, adik Muhammad al-Durrah dan bapanya, Jamal sedang berjalan di sebatang jalan di tebing Gaza, Palestin

Tiba-tiba mereka terperangkap di tengah-tengah pertempuran antara tentera Israel dan pihak berkuasa Palestin

Walaupun menjerit, merayu dan merintih agar dia dan anaknya tidak diapa-apakan, namun askar Israel tidak ambil peduli sebaliknya melepaskan tembakan bertalu-talu ke arah mereka anak beranak.

Keduanya-duanya syahid di situ juga.

Pada hari tersebut 4 syahid dan 100 yang lain cedera di Nablus, dan juga 167 orang cedera di kawasan Masjid Aqsa membantah Ariel Sharon masuk ke masjid.

Tidak lama kemudian Israel dengan angkuh mengeluarkan kenyataan…LELAKI ITU MENGGUNAKAN ANAK SEBAGAI PERISAINYA!

Setem ini dikeluarkan bagi memperingati peristiwa tersebut yang mana telah dikeluarkan oleh 7 buah negara Islam, Iran, Iraq, Jordan, Saudi, Tunisia, Yaman dan Maghribi.

Muhammad Durrah (1988–2000) — in Gaza, Palestine.



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


ini saya yang dulu... saya sangat kejam..masih nak sahabat dengan saya?




tahap kejelesan yang sangat tinggi...

Pada asalnya saya tidak mahu kongsikan perkara ini, namun saya sentiasa ingat pesanan Rasulullah bahawa "menyembunyikan ilmu" itu bukan akhlaknya.

. Saya takut anda dapat, saya tidak dapat huhu. Ok², saya tahu saya kejam...*kejam dengan perasaan sendiri*
 

okeh.. ceritanya begini....


dulu saya selalu akan fikir macamnie...


bile...
"Eh. Bestnya dia, dia rapat dengan lecturer, mesti dia dapat markah tinggi."

"Eh. Bestlah dia, dia rapat dengan orang terkenal, mesti senangla. Untunglaa.."

"Eh. Bestlah dia, dia anak orang kaya, mintak apa pun dapat."

"umangaihh kacaknya bf dia...untunglaaa.." <-- cubelah elakkan...

Semuanya mahu cemburu dan mahu merasa tidak ada apa-apa bila dibanding orang lain.

Sedarkah kita suatu hakikat?

Kita tidak perlu cemburu!?

Kerana apa?

Kerana kita ada Allah. Yang Maha Ada berbanding sesiapa pun. Yang Maha Kaya. Yang Maha Hebat. Yang Maha Berkuasa.

Jadi?

Jadi, dekatilah Allah, rapatlah dengan Allah, nescaya dirimu akan kaya!

Bilamana kamu melihat orang soleh yang beriman, orang semacam itulah yang patut dirimu cemburui!

Ini yang sepatutnya:

"Eh. Best sangatlah dia, dia rapat dengan Pencipta kita, mesti dia dapat Syurga Allah! Mesti Allah sayangkan dia!"


"Eh. aku nak cuba jadi macam dia...nak jadi solehah/soleh disayangi ALLAH dan RASUL...! "


Bagaimana?

Cukuplah Allah bagiku! :)

nota cinta - saya juge mempunyai seorang teman.. selain dari umi dan abi yg sentiasa  di hati saya.... teman saya ini juga yg banyak mendorong saya ...dia sentiasa dalam doa saya.. AL-FATIHAH ...


amalkan doa Sayyiduna Umar bin Khattab ini;

اللهم ارزقني شهادة في بلد رسولك، آمين

Ya Allah rezekikanlah kepadaku rezeki syahid di bumi Rasul-Mu, amin..


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.