KAEDAH SOCKCS REMEDIES: GARLIC SOCKS MERAWAT SELSEMA / BATUK / DEMAM



Letakkan bawang putih pada stokin anak.

Cara untuk bayi atau anak kecil :
1. Pakaikan anak stoking berlubang besar sedikit sprt jenis berkait atau yg berlubang-lubang.

2. Ambil sehelai lagi stoking, masukkan bawang putih yg telah ditumbuk sedikit, tidak perlu lumat, untuk bayi ambil separuh bawang putih dahulu ditakuti kaki anak terlalu kepanasan (tujuan guna 2 stokin berlapis adalah bagi mengelakkan tapak kaki bayi kemerahan sbb kepanasan bawang putih).

Jika bayi tidak selesa, boleh gunakan shj minyak bawang putih yang telah dibuat sprt tips di atas, dan sapukan pada tapak kaki anak.
Cara buat minyak : Bakar seulas bawang putih tanpa buang kulit, lenyekkan pada minyak zaitun (boleh gunakan minyak masak biasa, minyak kelapa, atau minyak yang tiada bahan yang tidak semulajadi)

Untuk anak yg lebih dewasa :

Boleh guna sehelai stokin sahaja atau lekatkan sahaja bawang putih di tumit menggunakan handsaplast.

3. Biar anak tidur semalaman begitu. Selalunya, nafas anak juga akan berbau bawang putih apabila bangun tidur. Tujuannya supaya bawang putih itu menyerap dalam kulit sebagai antivirus .

Garlic enters your system and heads straight for the lungs. Garlic is amazing for the lungs. This is a great way to fight bacterial infections. It also enhances your immune system and fights viruses at the same time

*ONION SOCKS menggunakan kaedah atau cara yang sama seperti Garlic Socks.
*Penawar menggunakan bawang putih ini boleh digunakan untuk merawat apa sahaja penyakit disebabkan virus, bakteria atau fungus manakala bawang merah untuk penyakit disebabkan virus dan bakteria sahaja.


2. LEMON SOCKS MERAWAT DEMAM

Cara merendam stoking dengan jus lemon.

1. Perah jus lemon (lemon organik lebih bagus, jika tiada, guna sahaja lemon biasa) campurkan dalam semangkuk air suam.

2. Rendam stoking beberapa minit hingga benar2 menyerap jus tersebut.

3. Pakaikan pada anak stoking basah tersebut. Biar semalaman.

4. Rendam kembali stoking jika sudah kering ketika tidur dan pakaikan kembali pada kaki.

*Boleh juga gunakan kain dan celup pada jus lemon, kemudian bungkus kaki anak dengan kain tersebut dan pakaikan stoking yang kering pula (1 kain basah dengan jus lemon, lapis dengan 1 stoking kering)

Cara hirisan lemon :

1. Hiris lemon nipis-nipis.

2. Lekatkan pada tapak kaki guna hansaplast atau tak perlu lekat, terus balut dengan stoking.

3. Pakaikan stoking semalaman.

4. Tukar hirisan lemon jika lemon tersebut kering semasa tidur.

3. APPLE CIDER VINEGAR (ACV) / CUKA EPAL MERAWAT DEMAM

1. Ambil ACV kira-kira 2-3 sudu besar, campurkan dalam semangkuk air suam. Atau ikut kadar 1:1

2. Rendam stoking beberapa minit hingga benar2 menyerap jus tersebut.

3. Pakaikan pada anak stoking basah tersebut. Biar semalaman.

4. Rendam kembali stoking jika sudah kering ketika tidur dan pakaikan kembali pada kaki.

*Boleh juga gunakan kain dan celup pada ACV bercampur air suam tadi, kemudian bungkus kaki anak dengan kain tersebut dan pakaikan stoking yang kering pula (1 kain basah dengan ACVn, lapis dengan 1 stoking kering)

*Boleh juga menggunakan cuka kurma atau cuka putih biasa.

Bagaimana sifat asid lemon / acv membantu merawat demam atau menurunkan suhu demam panas?

Ini kerana sifat asid membantu menarik haba daripada kulit dan menarik haba keluar dari kepala dan bersurai ke seluruh badan. Apabila haba dapat bergerak ia menjadi satu alat aktif untuk melawan jangkitan.

Kenapa di kaki?

Kerana kaki kita mengandungi kepekatan yang lebih tinggi kelenjar peluh daripada seluruh badan kita, ia membantu dalam pembebasan haba.-Dr. Mehmet Oz, MD (http://www.sharecare.com/user/dr-mehmet-oz)

>>>Selain itu, boleh juga menggunakan PUTIH TELUR (bagi yang tidak alah pada telur, dan anda akan lihat putih telur seakan masak setelah menyerap haba daripada badan) .

>>>GEL LIDAH BUAYA / ALOE VERA fresh daripada daunnya juga boleh digunakan merawat demam dengan cara sapukan jel pada seluruh tapak kaki dan pakaikan stokin, oleskan lagi jel tersebut 2-3 kali diwaktu pesakit sedang tidur.



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Membaca artikel ini sungguh menakutkan!



Bukan je dah buat salah membunuh..merogol..pemikiran pun tahap sangat teruk..
Harap pemikiran begini tak wujud dikalangan lelaki yg sihat..orang 'sakit' akal je fikir mcm ni..
male dominance...dealing with domestic violence cases makes me feel like smacking all those sick men.
to my suprise, seorang pelajar PhD pernah cerita (lelaki), duduk serumah dengan postgrad dari negara lain (lelaki juga). dia seorang yg tidak `flush` toilet selepas menunaikan hajat. Dengan alasan, `ini kerja perempuan`. *nganga

*****
"Housework and housekeeping is for girls, not roaming in discos and bars at night doing wrong things, wearing wrong clothes. About 20% of girls are good," said the rapist.
Membaca artikel ini sungguh menakutkan! Begitu jelas rasa diri yang terlalu 'privileged' pada penjenayah-penjenayah ini ke atas wanita.
Adakah wajar untuk ahli masyarakat membenarkan lelaki memandang wanita sebagai kaum yang boleh di'dictate' sesuka hati?
Seperti contohnya adakah wajar jika rumah-rumah kita membiarkan lelaki-lelakinya makan dan boleh tinggalkan pinggan dan cawannya merata-rata kerana bagi mereka itu 'kerja' wanita untuk mengemaskannya?
atau, lelaki-lelakinya boleh menukar pakaian hanya dengan mencampakkan sahaja di lantai kerana itu 'kerja' wanita yang untuk mengutip, membasuh, menjemur, dan melipatnya?
atau, menyekat wanita daripada mengemukalan pendapatnya kerana ia dianggap mencabar kuasa para lelaki-lelaki ini di rumah mereka?
atau, membiarkan anak-anak lelaki bermain-main di luar di kala anak-anak perempuan dikerahkan menguruskan segala kerja-kerja rumahtangga yang sepatutnya dikongsi bersama?

Jika semua itu masih wajar; semoga kita terlindung daripada segala kebejatan ini!


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.