Mak tidur dan jaga diri baik-baik. Abang Chik sayang mak itulah kata-kata akhir mangsa sebelum maut.



kemalangan
Kereta yang dinaiki empat sekeluarga remuk selepas diseret lebih 22 meter selepas merempuh lori tanpa muatan di Jalan Gerik – Kupang, kelmarin

kemalangan

kemalangan

kemalangan

GERIK – "Mak tidur dan jaga diri baik-baik. Abang Chik sayang mak," itulah kata-kata akhir mangsa kemalangan maut, Zulbasseri Sharif, 30, kepada ibunya, Che Nah Abu, 61, sebelum terlibat dalam kemalangan di Kilometer 18.2, Jalan Gerik – Kupang, kelmarin.

Zulbasseri bersama isteri, Wan Rozilawati Wan Omar, 25 dan bayi mereka, Siti Wafi Syuhana, lapan bulan maut di tempat kejadian apabila kereta yang mereka naiki bertembung dengan lori 25 tan tanpa muatan.

Kejadian pada kira-kira jam 1.30 petang itu turut menyebabkan anak sulung mereka, Siti Wafa Syuhada, 2 kini berada dalam keadaan koma akibat kecederaan parah di beberapa bahagian badan dan di tempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun
(HRPB).

Difahamkan, keluarga mangsa sedang dalam perjalanan ke rumah keluarga pihak isteri di Alor Buluh. Pasir Mas, Kelantan semasa kejadian berlaku.

Che Nah berkata, mangsa yang merupakan anak keempat daripada lima beradik merupakan seorang yang rajin membantu menyara keluarga dengan mengusahakan padi selepas suaminya (bapa mangsa) mengalami masalah penglihatan.

"Kelakuan dia pagi tadi (kelmarin) agak pelik apabila dia seolah-olah manja dengan saya dan memeluk saya serta bersalam beberapa kali sebelum memulakan perjalanan. Saya ingat itu perkara biasa kerana Abang Chik memang rapat dengan saya.

"Sebelum naik kereta, dia ada minta wang RM100 daripada saya untuk beli barang. Itulah kali terakhir saya jumpa Abang Chik sehinggalah dapat khabar mengenai kemalangan ini," ceritanya ketika ditemui di perkarangan Unit Forensik Hospital Gerik.

Che Nah turut memaklumkan gagal menghubungi Zulbasseri setelah merasa tidak senang hati dengan tingkat laku pelik mangsa dan hanya mendapat tahu berhubung kemalangan daripada salah seorang anak yang memberitahu kereta dinaiki mangsa berada di bawah lori.

Katanya, tiada apa yang dapat dikatakan saat menerima berita kemalangan yang meragut nyawa tiga beranak itu, namun dia reda dengan kejadian berkenaan.

Sementara itu, bapa Rozilawati, Wan Omar Wan Mohamad, 61 mengaku terkejut mendapat perkhabaran anaknya meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan bersama keluarganya.

"Mereka dalam perjalan pulang ke rumah pakcik. Tak sangka tak sempat jumpa mereka, terutama Wafa (Siti Wafa Syuhada) yang rapat dengan pakcik. Kalau balik kampung, dia suka naik motosikal jalan-jalan.

"Rozilawati memang rapat dengan tujuh adiknya yang lain, Kehilangan arwah amat dirasakan kerana dia anak yang baik," katanya.

Waris mangsa telah menuntut ketiga-tiga jenazah pada malam kelmarin dan dikebumikan di kampung asal Zulbasseri, iaitu di Bukit Besar, Yan, Kedah, semalam.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Susulan [ajaran sesat]Jutawan Wanita Malaysia Dan 95 Pengikutnya Ditangkap Di Mekah:Isteri Allahyarham Ashaari Muhammad, Hatijah Aam, yang ditahan di Makkah kelmarin kerana disyaki memimpin ajaran sesat dipercayai memiliki aset ratusan juta ringgit.




Antara ahli Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB) yang ditahan dalam serbuan pihak Imigresen Arab Saudi di chalet Nur Muhammad di Makkah, Arab Saudi, kelmarin.


Antara ahli Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB) yang ditahan dalam serbuan pihak Imigresen Arab Saudi di chalet Nur Muhammad di Makkah, Arab Saudi, kelmarin.Kuala Lumpur: Isteri Allahyarham Ashaari Muhammad, Hatijah Aam, yang ditahan di Makkah kelmarin kerana disyaki memimpin ajaran sesat dipercayai memiliki aset ratusan juta ringgit.

Hatijah bersama lima anaknya dan 84 rakyat Malaysia dan sembilan warga Indonesia ditahan dalam tiga operasi berasingan di Makkah kerana didakwa mengamalkan amalan meragukan, bidaah dan menjalankan aktiviti nasyid berunsur syirik.

Tinggal tanpa permit 



Mereka juga didakwa melakukan kesalahan mengikut Akta Imigresen Arab Saudi, tinggal tanpa permit.

Kelmarin media tempatan negara itu, SABQ melaporkan kumpulan itu dipercayai mempunyai kaitan dengan pergerakan Al-Arqam yang diharamkan di Malaysia sejak Disember 2006.

Wanita berusia 52 tahun itu dan anak-anaknya tinggal di banglo mewah milik mereka yang dinamakan Istana Rasulullah Saidi Abuyya (RSA), manakala pengikutnya tinggal di chalet Nur Muhammad dan Mat’am Asaari, juga di kawasan mewah di Makkah.

Tujuh pemimpin yang turut ditahan bersama Hatijah ialah Hasnan Abd Hamid, Abd Rahman Said, Abd Rahman Ahmad, Johari Murad, Azri Mohd Yunus, Dr Hamzah Osman dan Inamullah Asaari.
Menurut sumber, semua mereka ditahan di Pusat Tahanan Imigresen Jeddah, Arab Saudi bagi siasatan lanjut. Mengikut rekod, semua yang ditahan masuk ke Arab Saudi menggunakan pas lawatan sosial, yang sudah tamat tempoh. Bagaimanapun, pasport Hatijah masih aktif sehingga Oktober 2014.,” katanya ketika ditemui BH, di sini, semalam.

BH difahamkan, tangkapan yang diketuai Mejar Turkey bin Mohamad As-Sowat dengan Imigresen Arab Saudi itu hasil maklumat awam berhubung kegiatan Hatijah, yang dipercayai mempengaruhi jemaah Umrah dan Haji dari Malaysia supaya menetap dan bekerja untuknya di Makkah.

Sumber itu berkata, kumpulan Hatijah ini memperoleh keuntungan hasil pelbagai rangkaian perniagaan pelancongan, ternakan, restoran, industri makanan dan pelbagai rangkaian yang beroperasi di lebih 20 negara, termasuk Jerman, London, Australia, Indonesia, Thailand dan negara lain di seluruh dunia.

Kekal pengaruh, rahsia selamat

“Modus operandi kumpulan ini lebih bertujuan mengekalkan dan menguatkan pengaruh sesama ahli bagi memastikan rahsia kegiatan kumpulan mereka selamat,” katanya.

Selain itu, sumber berkata, di negara ini kumpulan itu mempunyai lebih 3,000 pengikut di tujuh lokasi, yang beribu pejabat di Makkah.

Tujuh lokasi itu dikenal pasti di Sungai Penchala, Bandar Country Homes, Selangor; Batu Hampar, Perak; Kampung Pilin, Negeri Sembilan; Kampung Pochan, Kedah; Rompin, Pahang dan Pasir Puteh, Kelantan.

Sementara itu, Timbalan Menteri Luar, A Kohilan Pillay mengesahkan penahanan terbabit, bagaimanapun berkata, jumlah sebenar penahanan dan pertuduhan hanya akan diketahui pada hari ini kerana semalam adalah cuti hujung minggu di Arab Saudi.

sumber sini dan sini


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


OPS DAULAT[GAMBAR]: MENGEJUTKAN!!! KISAH BENAR MENGENAI PENGGANAS SULU


Hasil siasatan ke atas anggota pengganas yang ditahan mendapati kesemua mereka sanggup berperang dengan pasukan keselamatan Malaysia kerana ia dianggap jihad kepada ketua kumpulan pengganas Sulu, Jamalul Kiram III.

Sumber itu menjelaskan, seorang tahanan pengganas yang berusia 25 tahun bertindak membunuh diri di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Tawau pada 15 Mac lalu didakwa bertindak demikian atas alasan sama iaitu jihad.

Mayat pengganas yang ditembak mati di Kampung Simunul, Semporna, Sabah 

“Kita telah menahan bapa si mati di balai yang sama dan dia tidak sedih dengan tindakan anaknya itu malah berbangga dan kematian anaknya itu selain membuatkan dia lebih kuat,” katanya.

Difahamkan, bapa si mati merupakan seorang berpangkat panglima dalam kumpulan pengganas tersebut dan ditugaskan melakukan keganasan di daerah ini bersama anaknya.

Punca kematian suspek yang ditahan di bawah Seksyen 130(c) Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama dengan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) tidak didedahkan.

Rata-rata pengganas Sulu yang ditahan oleh pasukan keselamatan sepanjang 25 hari Ops Daulat didapati tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah walaupun mereka mengakui beragama Islam.

Menurut sumber, perkara tersebut terbongkar apabila anggota keselamatan melakukan soal siasat terhadap pengganas-pengganas terbabit yang ditahan di daerah ini dan Lahad Datu sepanjang operasi itu.

“Soal siasat yang dijalankan mendapati rata-rata pengganas tersebut mengaku diri mereka beragama Islam.

“Bagaimanapun, apa yang mengejutkan, ada dalam kalangan mereka yang tidak tahu mengucap dua kalimah syahadah.

“Tindakan itu membayangkan seolah-olah mereka yang terlibat ini tidak mempunyai asas dalam ilmu agama Islam,” katanya lagi.

Selain itu, anggota kumpulan pengganas tersebut yang ditahan dan terbunuh juga didapati memakai tangkal pada anggota badan mereka yang dipercayai boleh menjadikan mereka kebal ketika berdepan dengan pihak keselamatan.

Sebahagian besar pengganas Sulu yang maut dan diberkas pihak berkuasa didapati memakai pelbagai tangkal yang tertulis ayat khurafat di leher, lengan, tangan dan pinggang masing-masing yang dikatakan boleh menjadikan mereka kebal.

Untuk rekod, setakat semalam, seramai 68 anggota pengganas Sulu terbunuh dalam Ops Daulat yang dilancarkan awal bulan ini manakala jumlah yang ditahan di bawah SOSMA ialah seramai 103 orang.
- SUMBER


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


UPDATED[LAHAD DATU] GAMBAR-GAMBAR EKSKLUSIF HANYA TINGGAL 10 YANG MENGGAMAL ILMU HITAM SAHAJA MASIH DIBURU.



LAHAD DATU, 29 Mac – Selepas 25 hari Operasi Daulat dilancarkan, pasukan keselamatan mengesahkan jumlah musuh kini kurang daripada 10 orang.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata angka itu mengambil kira jumlah musuh yang ditembak mati dan ditangkap berbanding bilangan musuh semasa mula bertapak di Kampung Tanduo, 12 Feb lepas iaitu kira-kira 200 orang.

“Saya tidak boleh mengatakan bahawa musuh tidak ada atau sebaliknya…kami yakin musuh memang ada tetapi jumlahnya amat berkurangan, mungkin kurang dari 10 orang,” katanya pada sidang akhbar di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.

Sepanjang insiden pencerobohan, pasukan keselamatan menembak mati 68 militan, manakala 121 individu ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) dan 443 ditahan atas pelbagai kesalahan lain.

Beliau berkata gerakan ofensif yang disusuli operasi menggeledah dan membersih sehingga kini berjaya membersihkan tiga dari lima kampung yang menjadi lokasi persembunyian dan pertempuran antara pasukan keselamatan dan kumpulan pengganas.
Hamza berkata selepas Kampung Tanduo, Kampung Tanjung Batu dan Kampung Labian dibersihkan, pasukan keselamatan kini memberi tumpuan kepada kawasan Tanjung Bilis dan Lok Buani.

Beliau berkata penduduk Kampung Tanjung Labian akan dibenar pulang selepas ketua-ketua keluarga dan ketua kampung dibawa melawat ke kediaman mereka bersama-sama pasukan penilaian esok.

Bagi penduduk Kampung Tanjung Batu, Hamza berkata seramai 20 hingga 25 penghuni yang rumah mereka tidak mengalami kerosakan teruk akan dibenar pulang ke rumah masing-masing esok, manakala pemilik yang rumahnya musnah dibenar untuk terus tinggal di pusat pemindahan sementara.

Beliau berkata sebagai langkah keselamatan, anggota keselamatan akan terus ditempatkan di kampung berkenaan untuk berkawal dan mendominasi kawasan itu.
“Selain itu kami juga akan melaksanakan khidmat kepolisan lain untuk memulihkan keyakinan penduduk apabila berada di kampung itu,” katanya.

– BERNAMA

Gambar Gambar Eksklusif #OpsDaulat #PrayForSabah








Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


VIDEO ZULKIFLI NOORDIN HINA AGAMA HINDU.


PKR mendesak naib presiden kumpulan pendesak Melayu PERKASA Zulkifli Noordin disiasat bawah Kanun Keseksaan kerana didakwa membuat kenyataan bersifat menghasut terhadap penganut Hindu.


Naib Presiden PKR N Surendran (kanan) berkata, kenyataan yang "menghina orang Hindu dan agama mereka" itu dikesan dalam video 5 minit di Youtube.

"Kata-kata yang diucapkan oleh Zulkifli Noordin antara serangan paling teruk pernah dibuat terhadap agama besar di negara ini," kata Surendran.

Beliau mendesak peguam negara dan ketua polis negara menyiasat Zulkifli yang juga anggota Parlimen bebas di Kulim-Bandar Baharu bawa Seksyen 298A Kanun Keseksaan.

Undang-undang itu memperuntukkan hukuman penjara antara dua hingga lima tahun atas kesalahan mencetuskan keadaan tidak harmoni.

Malaysiakini sedang cuba menghubungi Zulkifli bagi mendapatkan ulasannya berhubung dakwaan di atas.

Perbualan dengan penjual berhala

Dalam video itu Zulkifli kelihatan seperti menyampaikan ceramah agama di satu surau dan menceritakan perbualannya dengan seorang penjual berhala Hindu berhampiran Wisma Yakin, Kuala Lumpur.



Kedai berhala itu kata Zulkifli baru sahaja dilanda banjir dan berhala-berhala yang dijual turut rosak.

"(Saya tanya) Sama Tuhan pun kena ke? Tuhan pun kena, dia (penjual berhala) kata.

Apa macam Tuhan boleh kena? Itu Tuhan, patut dia Tuhan tahu (perkara yang berlaku).

"Apa pasal anne(abang) tak atur Tuhan anne (abang) depan kedai, kata 'woo! Air stop!' Pergi itu kedai mamak sana kasi banjir, ini Tuhan punya kedai. Apa pasal tak ada bikin itu macam? Tuhan patut tolong sama kita.

"Kalau Tuhan air pun tak boleh tahan, apa lagi dia nak bagi? Air pun tak boleh tahan ke? Tahanlah itu air.

"Dia kata apa dekat saya? Dia kata, "Heydey thambi (adik)! Mana boleh, itu batulah. Dia pun tahu, dia marah kita pula," kata Zulkifli dalam video itu

sumber

notakaki-Sebuah negara dibina oleh rakyatnya tanpa mengira bangsa dan agama. Setiap orang memerah keringat dan memeras otak untuk membangunkan negara. Tidak salah jika kita sama-sama bekerjasama dalam menentukan hala tuju negara ini. Jangan ada rasisma atas nama agama.

Di Malaysia, semuanya bergantung kepada budi bicara. Nak jadi menantu, hanya dengan budi bicara. Nak dapatkan projek lembu, hanya dengan budi bicara. Nak selesaikan kes Lahad Datu, hanya dengan budi bicara. Dan terbaru, nak jadi PM Malaysia, hanya dengan 7 kerusi, duduk semeja dan budi bicara. Mudah sungguh hidup. Tak perlu berjihad, berdakwah dan bersusah payah. Semuanya bergantung pada budi bicara dan duduk semeja.

Orang gila takkan mengaku dia gila, orang jahat takkan mengaku dia jahat. Orang baik takkan mengaku dia baik kerana dia tawadhuk. Orang yang berwibawa takkan mengaku dia berwibawa. Ayuh, undilah Pakatan Rakyat untuk dasar negara berkebajikan yang berwibawa.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


GAMBAR COMEL BAYI AYU RAUDHAH DAN ZAQUAN ADHA



GAMBAR ANAK AYU RAUDHAH DAN ZAQUAN ADHA!


Selain Irma Hasmie yang baru menimang cahaya mata sulungnya pagi tadi, pelakon Ayu Raudhah dan suaminya, pemain bola kebangsaan Zaquan Adha turut menerima khabar gembira apabila pasangan romantis itu telah dikurniakan putera sulung pada jam 2.17 petang tadi.

Khabar gembira itu dikongsi oleh Zaquan, 26, di laman Twitternya dengan menulis, “Alhamdullillah..isteri saya sudah selamat melahirkan putera sulung kami jam 2.17 petang tadi”.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


INSIDEN LAHAD DATU: [12 GAMBAR] PARA PENDUDUK BALIK MELIHAT KEADAAN RUMAH MEREKA YANG TERJEJAS TERUK AKIBAT PENCEROBOHAN DI LAHAD DATU.


Hari ini penduduk kampung yang terjejas akibat pencerobohan di Lahad Datu meninjau rumah mereka yang rata-rata rosak. 12 Foto dikongsi bersama pembaca sekitar lawatan yang dikawal oleh anggota polis dan tentera.













Situasi Lahad Datu: Penduduk titis air mata lihat kesan pertempuran


FOTO: Bernama


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


EKSKLUSIF (LAHAD DATU): JELINGAN MENAKUTKAN SI "SULU PARANG"


EKSKLUSIF : JELINGAN MENAKUTKAN SI "SULU PARANG"

Pagi Khamis, tiba-tiba dia didatangi seseorang dalam lingkungan 50-an yang dikenali sebagai Pak Cik Mingul yang mengajaknya bersarapan. Dari inap tempat dia tinggal, mereka berjalan ke kedai makan. Tiada bicara, hanya asap rokok dan keluhan dari Pak Cik Mingul yang kedengaran.


Hatinya berdebar-debar menantikan apakah rahsia yang akan terungkap.


"Kalau di sini, kita takut buat hal. Jangan terlanggar orang-orang dia. Teruk kita nanti. Mereka tinggal di persisiran pantai, telah lama berulang-alik ke Filipina. Hanya 1 jam. Macam-macam yang dibawa balik ke sini." Kata Pak Cik Mingul.


Perkampungan Sulu Parang di Filipina

"Penuh orang-orang dia di bandar ini. Jangan parking di tempat-tempat ketua mereka di depan kedai tertentu. Sukar untuk bersihkan semua sekali. Kalau dibersihkan, esok lusa datang lagi. Paling elok bina saja kompleks atau kem tentera di tapak kampung mereka. Mereka ramai..... perkampungan merekaada di hampir semua kawasan pantai seluruh negeri ini." katanya lagi.

Untuk makluman, Kampung Pengkalan dan Batu-Batu di Felda Sahabat ini merupakan kawasan penempatan Sulu dengan kapasiti 200 - 300 penghuni setiap satu.

Pelbagai etnik Sulu menetap di kampung-kampung ini termasuklah Sulu Parang yang dikatakan etnik paling ganas serta akan menuntut bela apabila etniknya diganggu.

- SUMBER


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


TERKINI (TAHNIAH) GAMBAR COMEL ANAK LELAKI SULUNG IRMA DAN REDZA.


Sebentar tadi, menerusi akaun Twitternya, suami Irma Hasmie iaitu Redza Syah telah berkongsi berita gembira mengenai kelahiran anak pertama mereka.
gambar anak irma hasie
Redza turut sama berkongsi gambar comel anak sulung mereka ini. Cute bebenor nie!! Namun tidak pula dimaklumkan jantina anak mereka ini secara rasmi tetapi kemungkinan besar lelaki berdasarkan penggunaan perkataan “he” di atas.
gambar anak irma hasie
sumber



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Isu daging 'Babi' di NSK tersebar : Pasaraya nafi dakwaan jual daging babi segar.


Pasaraya nafi dakwaan jual daging babi segar


SELAYANG - NSK Selayang menafikan ada daging khinzir dijual di premis berkenaan seperti mana dakwaan pemilik akaun sebuah laman sosial menerusi gambar yang sebarkan.

Wakil Bahagian Sumber Manusia NSK Selayang, Siti Afilah Che Min berkata, tiada daging babi segar dijual di premis berkenaan sebalik ia terdapat dalam produk tin sahaja.

Menurutnya, imej daging dalam troli yang dipaparkan dalam laman sosial terbabit adalah kambing sejuk beku dari New Zealand.

“Sejurus mendapat maklumat di laman sosial, semakan mendapati daging kambing itu disalut plastik sehingga dilihat seperti daging babi dan menimbulkan kekeliruan.

“Kita turut menerima banyak aduan berhubung perkara itu dan menegaskan NSK Selayang tidak menjual produk daging babi segar,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berharap penjelasan itu akan dapat menepis segala kekeliruan yang timbul sekali gus pengguna tidak ragu untuk terus membeli daging di NSK Selayang.

Difahamkan, gambar memaparkan imej dua ketulan daging didakwa babi mula tersebar di laman sosial, bermula semalam.

Sumber mendakwa, daging itu diletakkan dalam troli tanpa berbalut sementara menunggu untuk dipotong menjadi kepingan kecil.

Sumber berkenaan turut bimbang sekiranya daging babi itu dijadikan kepingan kecil menggunakan mesin pemotong sama dengan daging lain di pasaraya berkenaan.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


INSIDEN LAHAD DATU SEORANG PENGGANAS MATI DITEMBAK DI KAMPUNG SIMUNUL.




LAHAD DATU – Seorang anggota militan Sulu ditembak mati setelah lelaki itu menyerang seorang anggota keselamatan dengan barong (sejenis parang) ketika pemeriksaan di sebuah rumah di Kampung Simunul, Semporna, hari ini.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata anggota keselamatan itu ditetak lelaki berumur 60-an terbabit di depan dan belakang badannya ketika pasukan keselamatan menjalankan operasi bersepadu dan penggeledahan di kampung berkenaan pada 8.40 pagi.

“Walaupun ditetak, anggota pasukan keselamatan berjaya melepaskan tembakan. Tiada kecederaan serius dialami anggota kita.

“Siasatan mendapati lelaki itu merupakan pengawal dan pembantu kepada seorang penceroboh militan Sulu yang dikenali sebagai ‘Imam Tua’,” katanya pada sidang akhbat di Markas Operasi di Felda Sahabat 16, dekat sini hari ini.

Iman Tua adalah antara pengganas yang mati dalam pertempuran dengan pasukan keselamatan di perkampungan atas air itu 2 Mac lepas yang turut mengorbankan enam anggota polis.

Hamza berkata hasil pemeriksaan di rumah itu, pasukan keselamatan menahan dua wanita berusia 45 dan 30 tahun yang merupakan isteri dan anak perempuan penceroboh militan yang ditembak mati berkenaan.

Kedua-dua wanita yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri itu kini ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma), katanya.

Beliau berkata turut ditahan dalam operasi itu ialah empat lelaki. Kesemua mereka ditahan mengikut akta-akta lain.

Hamza berkata sehingga kini pasukan keselamatan menembak mati 68 musuh manakala 121 individu ditahan untuk siasatan di bawah Sosma dan 443 ditangkap mengikut akta-akta lain.

Sementara itu, Hamza berkata ketua kampung dan ketua-ketua keluarga Kampung Tanjung Batu akan dibawa masuk bersama kumpulan penilaian terdiri daripada pegawai daerah dan Majlis Keselamatan Negara ke kampung itu esok bagi membuat taksiran kerosakan harta benda sebelum penduduk yang mempunyai dokumen dibenar pulang Sabtu ini.

Bagi yang tiada dokumen, mereka akan diletakkan di satu kawasan sementara, katanya.- BERNAMA


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


VIDEO SEKS NURUL IZZAH.TUAN GURU NIK AZIZ,KHALID IBRAHIM & AZMIN ALI DIBONGKARKAN MENJELANG PRU KE 13?


Video Seks nurul izzah

video seks nurul izzah

Saya menentang pembikinan dan penyebaran video lucah ke atas Nurul Izzah (MP PKR Pantai Dalam) kerana saya adalah Muslim wibawa, bukan kerana saya penyokong Pakatan Rakyat. Jangan hanya sibuk menentang liberalisme, pluralisme, sekularisme saja.


berpolitiklah dengan cara yang bersih bukan sampai menjatuhkan maruah orang.....dunia..dunia...


cuba komen sikit apa dosanya menuduh, memfitnah dan menyebar tuduhan zina tanpa 4 orang saksi?

sebenarnya mereka  tahu bukannya tidak tahu tapi demi kepentingan, mereka sanggup mengatasi agama...itulah yang dinamakan sebagai politik kotor...terus terang cakap...lagi mereka membuat fitnah, maka semakin jelas keburukan yang dipaparkan....orang yang mmbuat fitnah..smpai mati tidak akan diterima saksi mereka....Ya Allah..jauhkanlah kita semua dari semua ini...kita bercakap sekarang bukan atas dasar tiket parti tapi atas dasar ORANG ISLAM.

Kemenangan di akhirat (al-fawz) adalah kemenangan yang sebenar. Berdasarkan firmanNya dalam Surah al-Saff ayat 10-12, kemenangan di akhirat itu meliputi empat perkara :

1. Mendapat jaminan keselamatan dari azab yang pedih di akhirat.
2. Mendapat keampunan dari Allah Taala di atas segala dosa yang telah dilakukan.
3. Dimasukkah ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai yang mengalir.
4. Mendapat tempat tinggal yang baik khusus di syurga yang bernama 'Adn.

Inilah motivasi yg menggerakkan jentera Islam, yg sukar difahami jentera lain. Menumpaskan kezaliman (BN) adalah satu perkara, tapi mencapai kemenangan adalah perkara lain.


"Kudrat wanita memang terbatas. Bukan sekadar tenaganya lemah. Semangatnya tinggi, tapi selalu kalah pada emosi. Bila satu benda gugat jiwanya, senang goyah, kesan pada hatinya parah, ambil masa untuk bangkit.

Sebab itu wanita mudah masuk syurga kalau dia beramal. Mungkin kerana Allah tahu keterbatasan wanita, tapi nak juga buat amal setanding lelaki. Setakat solat 5 waktu, puasa, jaga peribadi, pun dapat masuk syurga dgn memilih mana-mana pintu, apatah lagi yang gigih berjuang."

bukancintabiasa


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Mari menguji minda dan menduga akal.



1) YB SENATOR DATUK SERI PALANIVEL A/L K.GOVINDASAMY - Menteri di Jabatan Perdana Menteri
2) YB DATO' SRI PETER CHIN FAH KUI, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air
3) YB SENATOR TAN SRI DR. KOH TSU KOON, Menteri di Jabatan Perdana Menteri
4) YB TAN SRI BERNARD GILUK DOMPOK, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
5) YB DATUK SERI PANGLIMA DR. MAXIMUS JOHNITY ONGKILI, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi,
6) YB DATO SRI DOUGLAS UGGAH EMBAS, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar
7) YB DATO' SRI DR. NG YEN YEN, Menteri Pelancongan
8) YB DATO' SRI LIOW TIONG LAI, Menteri Kesihatan
9) YB DATUK SERI DR. S. SUBRAMANIAM, Menteri Sumber Manusia,
10) YB DATO' SERI KONG CHO HA, Menteri Pengangkutan,
11) YB DATO' SERI CHOR CHEE HEUNG, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Berdasarkan penyataan di atas, soalan saya ialah

1) Mengapakah tiada calon Melayu berwibawa untuk memegang jawatan menteri yang penting di atas? Adakah kerana BN (kerajaan) tiada calon Melayu berwibawa.
2) Adakah tarif bil air meningkat kerana Menteri Air adalah Cina?
3) Adakah kerana Melayu itu bodoh, tiada PhD, maka Dr. Maximus menjadi Menteri Sains?
4) Adakah harga minyak meningkat kerana Menteri Sumber Asli orang kafir?
5) Adakah Lorong Haji Taib terkenal sebagai tempat pelacuran kerana Menteri Pelancongan orang Cina?
6) Bagaimana para doktor Melayu mahu memberikan wala' kepada Menteri Kesihatan yang kafir?
7) Adakah saman AES dan tol dikenakan disebabkan Menteri Pengangkutan adalah Cina?
8) Adakah kerana Menteri Perumahan seorang Cina maka Melayu tidak mampu memiliki rumah mewah?

Kesimpulan : Adakah orang Melayu sangat lemah dan bodoh sehingga jawatan-jawatan penting sebegini diberikan oleh UMNO/BN kepada orang kafir.?



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Lepas Awal Ashaari Difitnah, Lelaki Ini Memfitnah Dato Siti Pula.


Lepas Awal Ashaari Difitnah, Lelaki Ini Memfitnah Dato Siti Pula.. APA KES??

MENSENSASIKAN CERITA YANG TIDAK BENAR TENTANG AWAL ASHAARI!

sumber dari Zamani84



Bila melihat printscreen di atas dari FUYOO MEDIA mengenai perkhabaran palsu yang disebarkan oleh seseorang yang bernama sufri55ahmad, Zam mencari si pemilik ini di Twitter. Namun apa yang Zam jumpa seterusnya lebih mengejutkan. Terkejut kerana ada lagi fitnah terbaru yang ditulis olehnya dan mendapat respon tidak senang hati dari pemilik akaun Twitter yang lain:



Tak pasal-pasal kali ini Dato Siti Nurhaliza pula yang terkena. Isk3.. Ape kes dia ni? Buat cerita yang tak benar & sebarkannya.

Adakah akaun twitter beliau telah di tweetjack oleh individu lain?


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


"Dalam kejadian pagi itu, musuh berada di sekeliling kami."- Komando ceritakan kembali semangat di Lahad Datu



Semangat bantu membantu di kalangan para pejuang negara ketika menghadapi serangan pengganas Sulu di Lahad Datu adalah tinggi.Mereka sentiasa bersedia untuk menolong rakan-rakan sepasukan yang menghadapi kesulitan ketika menentang musuh sehingga ada yang terkorban.

Semangat pengorbanan dan keberanian ini diceritakan tiga anggota pasukan Komando VAT69 yang tercedera semasa menentang musuh di Ladang Tandou.

Mereka ialah Koperal Azman Ampong, 39, Koperal Mohd Tarmizi Hashim, 32, dan Konstabel Mohammad Qaiyum Aiqal Zolkifli, 22, antara yang diraikan malam tadi pada majlis meraikan para wira polis peringkat negeri Perak yang menyertai Operasi Daulat.

Koperal Azman menceritakan mereka dibahagikan kepada empat kumpulan -- Alpha, Bravo, Charlie dan Delta untuk mengepung kawasan berkenaan bagi mengelak pengganas daripada menceroboh ke kawasan lain.

"Dalam kejadian pagi itu, musuh berada di sekeliling kami. Saya dan Tarmizi dari kumpulan Charlie manakala Qaiyum dari kumpulan Delta. Ikut perancangan asal, pasukan Bravo dan Charlie adalah unit gempur.

"Semasa serangan berlaku, mereka (pengganas) hanya nampak saya dan Tarmizi kerana kami berada di barisan hadapan yang jarak antara pokok kelapa sawit tempat kami berlindung dengan mereka yang berada di hadapan, hanya selang tiga pokok sahaja.

"Ketika saya dan Tarmizi berlindung di sebalik pokok yang sama, saya terkena tembakan pada bahagian kanan sementara Tarmizi pada bahagian kiri.

"Apabila tangan kiri Tarmizi mengenai tembakan, pelurunya pula telah habis dan dia tidak boleh menukar peluru. Dan semasa saya minta dia berundur ke belakang, saya terkena tembakan di bahagian belakang," katanya.

Azman berkata kemungkinan besar rakan mereka Allahyarham Zulkifli Mamat ditembak musuh ketika mahu mengambil alih tempat Tarmizi yang berundur ke belakang.

"Kemungkinan arwah nampak Tarmizi mahu keluar dan dia ingin ambil alih tempat Tarmizi kerana dia berada di bahagian belakang. Saya lihat dia terbaring menghadap saya dan keadaanya badannya terkeluar dari lindungan pokok ... seperti dia mahu menuju ke arah saya," katanya.

Mohd Tarmizi pula berkata beliau masih ada kekuatan selepas terkena tembakan.

"Saya masih teringat cara musuh serang dan tembak sebab jarak antara saya dengan musuh tidak jauh," katanya.

Bagi Mohammad Qaiyum, beliau yang berada dalam kumpulan Delta terkena tembakan curi ketika mahu membantu rakan-rakan dari pasukan lain.

"Kami berada dalam kumpulan berasingan dan mempunyai tugas masing-masing. Ketika kumpulan Bravo dan Charlie di serang, saya yang berdekatan dengan mereka datang membantu.

"Saya ditembak curi dan hampir terkorban. Saya terhutang budi dan nyawa kepada rakan yang selamatkan saya kerana mereka sanggup ke hadapan untuk keluarkan saya walaupun mereka tahu yang mereka juga berada dalam keadaan bahaya," katanya.

Kesemua mereka kini masih menerima rawatan susulan di Hospital Angkatan Tentera Lumut.

Pada majlis itu Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir turut menyampaikan sumbangan daripada kerajaan negeri sebanyak RM300,000 kepada Tabung Wira Operasi Daulat.

- Bernama


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


OPS DAULAT!!! RM50 Untuk Menjadi Tentera Sulu


Setiap keahlian dikenakan caj sebanyak RM50.

"Wang tersebut telah digunakan oleh orang kanan Jamalul Kiram III untuk membuat kad keahlian kesultanan diraja Sulu, walhal kos asal kad itu tidak sampai RM5.

KAD pengenalan pengganas Sulu milik Komander Habib Musa A. Abdullah yang mati ditembak pasukan keselamatan Malaysia pada 7 Mac lalu.

Jamalul Kiram III dan ketua gerombolan pengganas Sulu, Azzumuddie Kiram mengarahkan orang-orang kanan mereka ke Sabah untuk menawarkan keahlian sebagai askar pengganas Sulu kepada penduduk tempatan beberapa tahun sebelum pencerobohan berlaku.

Menurut sumber, borang keahlian tersebut telah diedar untuk diisi penduduk tempatan dan setiap ahli akan diberi sekeping kad sebagai bukti keahlian.

"Baki duit tersebut kemudiannya akan dihantar terus kepada Jamalul Kiram III sebagai perbelanjaan dia di Filipina," katanya semalam.

- KOSMO


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


OPS DAULAT : Kenali Penasihat Utama Kiram III


Sebelum terjadinya insiden pencerobohan bersenjata di Sabah oleh sekumpulan pengganas Sulu, rakyat Malaysia tidak pernah ambil tahu siapa Pastor 'Boy' Saycon kerana nama itu tidak pun wujud dalam kamus kehidupan rakyat negara ini.

Hanya sekarang baru kita ketahui nama Pastor 'Boy' Saycon itu rupanya milik seorang paderi Kristian warganegara Filipina yang juga adalah penasihat kepada Jamalul Kiram III sejak 12 tahun lalu khususnya melibatkan hubungan asing, ekonomi dan kebudayaan.


Malah paderi ini 'Boy' Saycon juga turut terlibat secara langsung selaku penasihat utama semasa Jamalul Kiram mengemukakan tuntutan ke atas Sabah melalui saluran pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) tidak berapa lama dulu.

Lelaki berbadan gempal bercermin mata dan berkulit putih itu juga dikenali sebagai political strategist dan masih memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung Majlis Untuk Hal-Ehwal Filipina (COPA).

Dalam pada itu, ramai rakyat Malaysia sebenarnya tertanya-tanya kenapa Jamalul Kiram sebagai seorang yang beragama Islam boleh mengambil seorang paderi sebagai penasihat?

Mungkinkah disebabkan kepandaiannya dalam bidang ekonomi dan mahir merencanakan hubungan dengan pihak luar untuk kepentingan Jamalul Kiram misalnya mendapatkan bantuan kewangan untuk pembelian senjata dan sebagainya?

Baru-baru ini Biro Penyiasatan Nasional Filipina (NBI) telah memulakan siasatan terhadap paderi terbabit bagi mengetahui sejauh mana keterlibatannya dengan perancangan Jamalul Kiram dalam menceroboh Sabah.

Sebagai penasihat tentu sahaja wujud peranannya, lagi pun paderi itu sendiri pernah mengakui telah menasihati Jamalul Kiram supaya membatalkan empat perancangan awal untuk menyerang Sabah oleh kumpulan pengganas Sulu yang di ketuai Agbimuddin Kiram, adik kepada Jamalul Kiram.

Salah satunya melibatkan perancangan serangan pada bulan Ogos 2012, iaitu selepas dua kali Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim bertemu dengan bekas pemimpin utama MNLF, Nur Misuari.

Jika sebelumnya paderi itu mengetahui butir-butir perancangan serangan, mustahil pencerobohan yang terjadi di Lahad Datu tempohari langsung tiada dalam pengetahuannya, bukan begitu?


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


GEMPAR!!! Satu Lagi TRAGEDI Menimpa Sabah Hari Ini


GEMPAR!!! Satu lagi peristiwa yang boleh BB katakan sebagai TRAGEDI menimpa Sabah hari ini.

Sebuah perkampungan tradisional di Kg. Numbak, Sepanggar yang mengandungi sekitar 400 buah rumah musnah dalam satu insiden kebakaran sekitar jam 8.00 malam tadi.


Menurut sumber BB yang merupakan salah satu daripada keluarga mangsa, kebakaran itu berlaku dengan terlalu cepat disebabkan faktor binaan rumah yang rapat serta diperbuat daripada kayu.

Ketika kejadian, semua penduduk bertempiaran lari khususnya ke atas sebuah bukit berdekatan tanpa sempat menyelamatkan barangan dan harta benda mereka. Mereka hanya tinggal sehelai sepinggang sahaja.

sumber

TRAGEDI!!! KEBAKARAN DI KG NUMBAK, MENGGATAL, SABAH

Berdasarkan maklumat Pusat Gerakan Operasi (PGO), Bomba dan Penyelamat, Kota Kinabalu, pihak bomba menerima panggilan pada 7.09 minit malam tadi satu kejadian kebakaran telah berlaku di kampung Numbak, Menggatal.

Sebanyak 3 jentera Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu bersama 18 anggota digegaskan ke tempat kejadian dan turut melibatkan bantuan 1 jentera dan 8 anggota dari Balai Bomba Lintas.

Operasi tersebut diketuai, Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Kota Kinabalu, Haji Hamsa Isnurdini.

Turut berada di lokasi kejadian Pengarah, Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sabah, Nordin Pauzi.

Operasi pemadaman dihentikan dan berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 11 malam tadi.

Jumlah kerugian dan punca kejadian masih dalam siasatan dan setakat ini tidak ada kemalangan jiwa dilaporkan.

Sementara itu, wakil rakyat Karambunai, Datuk Hajjah Jainab Datuk Seri Panglima Ahmad Ayid ketika dihubungi memberitahu pihaknya telah meminta pihak berkenaan agar para penduduk ditempatkan dibeberapa penempatan sementara yang telah dikenalpasti termasuklah SK. Kebagu dan Surau Kampung Selembangun.

Dalam pada itu, usaha memastikan penyaluran bantuan kebajikan seperti makanan, minuman, selimut, bantal dan tilam kepada mangsa kebakaran di kawasan terbabit juga sedang giat dilaksana melalui inisiatif wakil rakyat serta kerjasama para pemimpin masyarakat setempat.
- SUMBER


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.