Di sebuah pekan kecil bernama Jilan, tinggal seorang pemuda bernama Abu Salleh, yang berasal dari keturunan Imam Hasan r.a.
Pada suatu hari ketika sedang leka bertafakur memikirkan kebesaran Allah SWT di tebing sebatang sungai, beliau ternampak gugusan buah epal yang dihanyutkan oleh arus sungai tersebut.
Kerana terlalu lapar, Abu Salleh terus mengambil sebiji epal untuk dimakan.
Menyedari keadaan dirinya yang sangat lapar kerana telah beberapa hari tidak menjamah makanan, tanpa berfikir panjang beliau pun mengambil sebiji epal dari sungai itu lalu dimakan.
Tiba-tiba timbullah rasa kesal dalam hatinya kerana menyedari bahawa beliau telah memakan epal tersebut tanpa izin tuannya.
Lalu Abu Salleh berjalan menyusur sungai tersebut hinggalah beliau ternampak sebatang pohon epal yang lebat buahnya dan batangnya berjuntaian di tepi sungai tersebut.
Yakinlah Abu Salleh bahawa inilah pohon yang dicari, maka beliau pun segera menemui pemilik pohon epal berkenaan.
Abu Salleh pun bertemu dengan pemilik epal itu dan memohon maaf.
Tatkala melihat Abu Salleh memohon maaf hanya kerana termakan sebiji epal yang dihanyutkan oleh arus sungai, yakinlah pemilik pohon tersebut bahawa Abu Salleh adalah seorang pemuda yang wara’.
Pemilik pohon itu sebenarnya adalah seorang wali yang amat disegani di kawasan itu. Dia juga berasal daripada keturunan Imam Husin r.a, dikenali sebagai Syeikh Abdullah.
Beliau tertarik pada keikhlasan dan ketaqwaan Abu Salleh lalu berhasrat utk mengujinya dengan mengenakan syarat agar Abu Salleh bekerja di ladangnya selama 12 tahun. Tanpa banyak soal Abu Salleh pun bersetuju dgn syarat tersebut.
Setelah tamat tempoh 12 tahun, sekali lagi Abu Salleh berjumpa dgn Syeikh Abdullah untuk memohon maaf atas peristiwa lalu. Kali ini Syeikh Abdullah bersetuju tetapi beliau mengenakan syarat baru kpd Abu Salleh.
Syeikh Abdullah bersedia memaafkan Abu Salleh seandainya beliau menikahi puterinya, seorang yang digambarkan sbg lumpuh, buta, tuli dan bisu.
Apabila memikirkan balasan yang bakal diterima di kemudian hari seandainya tidak memperoleh kemaafan daripada Syeikh Abdullah, Abu Salleh redha dan bersetuju untuk menikahi puteri Syeikh Abdullah.
Pada malam pernikahan tersebut, Abu Salleh masuk ke kamar tidur dan memberi salam kepada isterinya. Melihat seorang wanita yang cantik berada di dalam bilik itu, Abu Salleh pun segera beredar menuju ke tempat Syeikh Abdullah.
Abu Salleh menyangkakan ada wanita lain yang menceroboh masuk ke dalam kamar tidurnya dan Syeikh Abdullah lantas tersenyum dan berkata:
“Wahai Abu Salleh, memang itulah puteriku, Ummu Khair Fatimah. Ku katakan dia lumpuh kerana dia tidak pernah menjejakkan kakinya ke tempat maksiat, buta kerana tidak pernah melihat perkara haram, tuli kerana tidak pernah mendengar perkara khurafat dan bisu kerana tidak pernah menuturkan sesuatu yang sia-sia.”
Bersyukurlah Abu Salleh atas anugerah yang tak terhingga, hikmah daripada sifat sabar dan redha terhadap ujian Allah swt ke atas dirinya.
Hasil dari perkahwinan pasangan yang soleh ini lahirlah seorang wali Allah yang amat masyhur dari keturunan Rasulullah swt, yang bernama Syeikh Abdul Qadir Jailani.
Beliaulah Syeikh Abdul Kadir Jailani atau dikenali sebagai “Mahyuddin”.
Beliau amat dikenali dengan gelaran “Mahyuddin” bermaksud “Yang Menghidupkan Agama”.
Allahu a’lam bisshawab.
Syukran jiddan ..sudi baca entry nie