GAMBAR : Pierre Andre selamat Bertunang dengan Nur Hidayah.




tunang pierre andre

TAHNIAH..

sumber di sini

tunang pierre andre

Semoga Allah hadiahkan yang terbaik. 


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


SCARRY TENGOK VIDEO NI..





Singapore Airlines sangat bertanggungjawab apabila berlaku kemalangan yang disebabkan kecuaian pilot mereka dan mengakibatkan kehancuran kapal terbang dan kematian 83 orang, mereka terus memecat pilot tersebut. Tindakan ini lebih dekat kepada Islam. Nabi SAW melarang Abu Dzar minta jawatan bukan sebab Abu Dzar tak cukup iman, tetapi sebab tak cukup kriteria.



Pilot ini hanya mempunyai satu mata saja, lagi satu mata cedera sewaktu Civil War di El Salvador. Kedua-dua enjin kapal terbang ini mati sewaktu di udara dan ia terpaksa mendarat secepat mungkin sebelum terhempas. Mulanya mereka hendak mendarat di atas air tetapi bertukar ke atas padang rumput milik NASA. Yang penting, jangan berputus asa. Nowhere To Land.

Yang menariknya, syarikat kapal terbang itu cakap, 'we have to thank God' disebabkan kapal terbang ini selamat.



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


MISTERI NAZMI FAIZ MANSOR.


Nazmi Faiz Mansor

TIDAK mendapat bayaran sewajarnya, terpaksa menumpang rumah rakan malah lebih mengejutkan mengisi perut dengan makanan mee segera. Itulah persoalan yang timbul ekoran kepulangan Nazmi Faiz Mansor secara tiba-tiba.

Sepanjang tujuh bulan berguru dengan kelab Portugal, Beira Mar, betul ke ini yang berlaku kepada Wonderkids Malaysia, Nazmi sehinggakan pemain berusia 19 tahun ini mengambil keputusan kembali ke Malaysia meneruskan karier bersama PKNS.

TANGGAPAN

Melihat situasi ini, timbul pelbagai tomahan dan tanggapan negatif terhadap pemain kelahiran Kuala Lumpur ini mengapa tidak menamatkan perguruan pada 2015. Namun bagi Nazmi keputusan berdiam diri menjadi pilihan selain menyifatkan tindakan diambil ini selepas mendapat pandangan dari bapanya Mansor Mustapha dan ejennya, Marco Guimaraes.

“Tidak menyesal, ini keputusan terbaik, Sekarang saya bebas daripada Beira Mar, dakwaan yang mengatakan saya diberi enam bulan untuk beraksi bersama Malaysia adalah tidak benar.

“Kini saya sah menjadi milik PKNS dan telah menandatangani kontrak selama 3 tahun. Jadi, saya akan buat terbaik serta membantu PKNS sekurang-kurangnya memperoleh satu trofi musim ini,” katanya.

TUNGGU

Bagi penyokong setia Semut Api melihat bintang "muda", Nazmi Faiz Mansor beraksi dalam perlawanan menentang Felda United 16 Februari tidak kesampaian apabila FAM menolak permohonan PKNS mendaftar pemain terbabit lebih awal.

FAM bertindak menolak permohonan tersebut berdasarkan peraturan semasa diguna pakai di mana setiap pasukan yang ingin mendaftar pemain baru perlu menunggu tempoh jendela perpindahan pada 8 hingga 22 April nanti.

AKUR

Sementara itu pengurus pasukan PKNS, Azmi Adnan menjelaskan pihaknya akur keputusan FAM yang menolak permohonan menggunakan khidmat Nazmi lebih awal.

“Kita mencuba sekiranya ada peluang namun kita akur dengan keputusan tersebut malah berterima kasih pada FAM yang berbincang segera menyelesaikan permohonan ini.

"Walaupun dia tidak dapat beraksi lebih awal namun Nazmi akan turun menjalani latihan bersama rakan sepasukan yang lain. Mungkin peluang ini akan digunakan jurulatih dan pemain serta rakan pasukan lain untuk mencari keserasian,”, katanya.

URUS

Azmi menjelaskan, memandangkan tempoh pendaftaran kali kedua akan dibuka April nanti, segala dokumen berkaitan Nazmi akan diuruskan pihaknya.

“Segala urusan dokumen dan perkara berkaitan pendaftaran pemain termasuklah Sijil Perpindahan Antarabangsa (ITC) Nazmi akan diserahkan kepada FAM mengikut tarih yang ditetapkan.

“Memiliki Nazmi sememangnya diimpikan setiap pasukan begitu juga PKNS, jadi kita harap kehadiran pemain ini akan menaikkan semangat rakan sepasukan dan penyokong setia Semut Api hadir ke stadium memberikan sokongan setiap kali PKNS beraksi,” katanya.


TERUSKAN

Namun walau apa tanggapan umum, Nazmi seharusnya melupakan perkara tersebut dan perlulah bangkit membuktikan ilmu yang dimilikinya ketika berguru di Portugal. Usah biarkan masalah peribadi menyebabkan kariernya musnah kerana perjalanan masih jauh dan bagi PKNS memiliki pemain ini umpama satu kejutan besar namun ia perlu dijelmakan dengan aksi di atas padang. Usah terlalu menekan Nazmi kerana semua pemain memerlukan masa.

Misteri Nazmi Faiz Mansor



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


GAMBAR Perkahwinan Hana Tajima.


Antara carian imej Hana Tajima di Google, yang paling mendapat rating tertinggi ialah Hana Tajima Wedding (Perkahwinan Hana Tajima). Namun tak dapat pastikan kesahihan tentang perkara ini, kerana hanya sebilangan kecil gambar Hana Tajima yang muncul di ruangan carian imej dalam busana pengantin, seperti gambar-gambar yang perolehi dibawah. Selain dari gambar-gambar ini, tiada gambar lain di Google Image. Atau mungkin, Hana Tajima hanya mengenakan busana ini untuk tujuan photoshoot. Apapun, bagi peminat Hana Tajima, gaya ini mungkin boleh dijadikan panduan untuk anda semasa majlis perkahwinan nanti :)






Barakallah hulakuma wabara 'alaikuma wajamaa bainahuma fil khair.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


ASTEROID PALING HAMPIR DENGAN BUMI PADA 15 FEBRUARI,2013


Laluan asteroid 2012 DA14 pada 15 Februari

Laluan asteroid 2012 DA14 pada 15 Februari


CAPE CANAVERAL – Sebutir asteroid sebesar kolam renang renang bersaiz Olimpik dijangka melintas berhampiran bumi minggu depan, lebih dekat berbanding laluan satelit televisyen.

Dikenali sebagai ‘2012 DA14’, kehadirannya disedari sekumpulan pengkaji astronomi di Sepanyol, tahun lalu.

Bagaimanapun, menurut NASA, tiada impak dengan bumi diramal berlaku.

Jaraknya dengan bumi pada 15 Februari nanti akan direkodkan pada 27,520 kilometer.

Ia bakal menjadikannya asteroid paling dekat dengan bumi sejak para saintis memantau senario berkenaan 15 tahun lalu.

2012 DA14

Jarak paling dekat itu akan dicatatkan pada hari berkenaan tepat pada jam 1924 GMT, bersamaan waktu siang di Amerika Syarikat dan malam di Eropah Timur, Asia dan Australia.

Pengkaji bintang seluruh dunia dijangka menantikan detik berkenaan dan bersedia dengan teleskop dan binokular masing-masing.

DA14 akan melintasi angkasa pada kelajuan 13 kilometer sejam.

Pada kelajuan itu, mana-mana objek serupa, sekiranya melanggar bumi akan mengakibatkan hentaman bersamaan 2.4 juta tan dinamit.

Kali terakhir, asteroid melanggar bumi adalah pada 1908 di Siberia yang memusnahkan 80 juta pokok dan kawasan seluas 2,150 kilometer persegi. – Reuters



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Pembangkang cemburu Psy hadir Rumah Terbuka BN kata Najib




KUALA LUMPUR- Pakatan Rakyat (PR) ‘cemburu’ dengan persetujuan penyanyi Korea Selatan, Psy untuk hadir membuat persembahan di majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Barisan Nasional memandangkan mereka juga berkeinginan sama namun tidak berjaya.

Demikian reaksi spontan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak kepada dakwaan PAS bahawa BN terdesak meraih undi daripada masyarakat Cina apabila menjemput Psy pada majlis berkenaan, Ahad ini.

“Dia (PR) bila kita buat dia cuba tuduh macam-macam, walhal dia nak jemput Psy tu pada satu majlis Pakatan Rakyat, tapi bila Psy hadir pada majlis kita, rosaklah program dia, dia tak dapat, dia kutuk la kita (BN),” kata Najib pada sidang akhbar selepas mesyuarat Majlis Tertinggi Umno hari ini.

Najib juga turut menyatakan bahawa beliau berasa pelik dengan kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang mendakwa kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini bersifat perkauman.

Muhyiddin sebelum ini dilaporkan menggunakan perkataan ‘tidak cerdik’ apabila menghentam kenyataan Lim Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP yang menghasut orang ramai hadir majlis Sambutan Tahun Baru Cina BN Pulau Pinang memakai baju merah, hijau dan kuning mewakili DAP, gerakan anti-Lynas dan Bersih.

Muhyiddin berkata bahawa acara yang akan menampilkan penyanyi sensasi YouTube terkenal dengan lagunya, Gangnam Style itu sepatutnya menjadi sambutan gembira untuk menggalakkan perpaduan.

“Kita pun pelik dengan reaksi Guan Eng, padahal perkara biasa kita buat. Bukan kita tak pernah buat program besar-besaran di Pulau Pinang. Malah kita (BN) bukan bersifat ‘racist’ (perkauman), kita nak raikan sambutan Tahun Baru Cina, yang sangat bermakna kepada orang Cina,” tambah Najib.

notakaki- muak dan mual 

okbai



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


VIDEO GANGNAM GAZA STYLE TONJOLKAN PENDERITAAN DI GAZA.


Gangnam Gaza Style

Gangnam Gaza Style

KUALA LUMPUR – Fenomena Gangnam Style penyanyi Korea Selatan, Psy telah merebak ke Gaza dengan sekumpulan anak muda rakyat Palestine merakamkan video Gangnam Gaza Style versi mereka dengan harapan untuk menonjolkan kesengsaraan mereka dalam gaya baru dan lucu.

Ia meniru Gangnam Style asal tetapi ia mempunyai mesej tersembunyi yang serius.

Versinya terdahulu telah dimuat naik di YouTube dan menarik perhatian, menghiburkan tetapi diselitkan kesusahan rakyat Palestin di Gaza termasuk pengangguran dang ketiadaan akses kepada sumber kewangan.

“Sekumpulan anak muda Palestin membuat video klip ini untuk mengenengahkan kesengsaraan di Gaza. Tiada siapa telah melakukannya sebelum ini. Kita berharap untuk memfokus kepada isu Gaza melalui cara mudah,” kata ketua kumpulan itu Muhammad Barajat kepada Televisyen Reuters, sesi latihan untuk satu lagi versi baru mereka.

“Mesejnya adalah tentang penderitaan, banduan, pengangguran, ketiadaan bekalan elektrik yang menimbulkan masalah kepada kami,” kata seorang lagi ahli kumpulan, Walid Afaghani.

Kumpulan itu sebelum menggunakan telefon bimbit untuk rakaman dan baru-baru ini telah mendapatkan kamera video kecil.

“Alat kami ringkas. Kami gunakan kamera telefon bimbit untuk rakaman. Kami juga lemah dalam mengedit dan mengarah video berkenaan. Alhamduliilah kami boleh menghantar mesej ke seluruh dunia melalui telefon bimbit,”katanya.

Pengangguran di Gaza dianggarkan oleh Bangsa-bangsa Bersatu mencecah lebih daripada 40 peratus dan pakar ekonomi tempatan mengaggarkannya pada hampir 60 peratus.

Israel mengenakan sekatan ke atas perdagangan di Gaza pada 2001 ekoran tercetusnya tunjuk perasaan Palestin dan memperketatkannya lagi pada 2007 selepas Hamas merampas kuasa di kawasan persisiran pantai bersebelahan Mesir yang juga menguatkuasakan sekatan.

Hamas yang memenangi pilihan raya Palestin pada 2006, tidak mempunyai hubungan selesa dengan Fatah yang disokong oleh pihak Barat mengakibatkan mereka berlawan dalam perang sivil singkat di Gaza setahun kemudian.



Tears of Gaza.
Air yang tidak berhenti mengalir.

Teringat kata-kata Saidina Umar alKhattab ketika awal memasuki bumi alQuds,"Jika ingin melihat kekuatan ummat Islam dalam sesuatu zaman, maka lihatlah di tangan siapa alQuds berada".


MasyaAllah 3alaikum..

T_T. terlalu mengagumi ..Semoga Allah hancurkn thaghut yg zalim itu dn mganjari mereka yg trbunuh dgn ganjaran syuhada'.. 

Allahumma ansorol Islamma wal Muslimiin..wal mujahidiin allaziina yujahiduna fi biladihim.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


VIDEO: LUAHAN PERASAAN SHILA UNTUK SEMUA.



Wajah Shila ketika meluahkan perasaan sedihnya di Youtube.


PETALING JAYA: Stesen radio Hot FM pada pagi Jumaat berjaya menyiarkan ke seluruh negara pendedahan terbaharu penyanyi Shila Amzah yang meluahkan rasa sedih terhadap masalah yang berlaku melibatkannya, keluarga serta kekasih, Sharnaaz Ahmad.

Rakaman itu dipetik daripada laman Youtube yang dimuat naik oleh Shila yang antara lain turut menyatakan rasa rindu terhadap ibu bapanya
.
"Saya memohon maaf terhadap apa yang telah terjadi beberapa minggu ini. Saya juga merindukan ibu dan ayah," katanya.

Dalam rakaman itu Shila turut menangis teresak-esak.



Difahamkan, Shila kini sedang bersendirian di sebuah tempat bagi mencari ketenangan tanpa keluarga mahupun Sharnaaz.
Konflik hubungan cinta pasangan artis itu timbul apabila hasrat Sharnaaz, 27, untuk memperisterikan Shila, 23, ditolak oleh ND Lala.
Lebih memburukkan keadaan apabila usaha Sharnaaz untuk mengendurkan ketegangan menemui jalan buntu apabila bapa Shila itu dikatakan mengelak untuk berkomunikasi dengan aktor tersebut.
Pada malam Selasa lalu, Shila telah menghantar surat terbuka kepada media bagi menjelaskan konflik tersebut.
Malah dia turut meluahkan perasaannya menerusi Twitter tidak mahu terlalu dikongkong lagi oleh keluarganya

Sumber mStar Online

p/s- I trust that everything happens for a reason, even if we are not wise enough to see it. 


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


PESAKIT SLE:Suami reda pemergian isteri yang baru seminggu dikahwini.


Shahrul Azmi

Genap seminggu usia perkahwinan, seorang suami terpaksa reda apabila isterinya yang mengidap penyakit SLE setahun lalu meninggal dunia, semalam.

Shahrul Azmi Jailan, 24, yang melangsungkan perkahwinan dengan Nor Farida Nor Azman, 24, Sabtu lalu menerima kenyataan bahawa isterinya kini sudah tiada.

“Malam semalam, arwah isteri berpesan kepada saya supaya jaga diri, jaga ibu dan ayah.

“Pada mulanya saya tidak mengesyaki apa-apa, sehinggalah pada jam 4.30 pagi semalam, arwah mengalami sesak nafas,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Balok Pine, di sini.

Shahrul berkata, melihat keadaan isterinya semakin teruk, dia ke hospital swasta sebelum dirujuk ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Bagaimana pun, arwah menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 6.30 pagi, semalam.

Bercerita mengenai penyakit arwah isteri, Shahrul berkata, dia yang mengenali arwah sejak tujuh tahun lalu mengetahui keadaan kesihatan isterinya.

“Arwah memberitahu saya mengenai penyakit yang dihidapinya selepas kami bertunang hujung tahun lalu.

“Ketika itu, saya menerimanya dengan hati terbuka dan tahu tentang risiko yang mungkin terjadi,” katanya.

Shahrul berkata, pemergian isterinya itu menyebabkan majlis sambut menantu yang dirancang Sabtu ini (esok) di Lanchang, Temerloh terpaksa ditukar kepada majlis tahlil.

“Apa pun, saya reda kerana dia sangat menderita dengan penyakit yang dialaminya, malah semasa majlis perkahwinan kami Sabtu lalu, keadaan arwah sangat lemah,” katanya yang masih bercuti.

Sementara bapa arwah, Nor Azman Hussain, 53, berkata, anak kedua daripada empat beradik itu dikesan mengidap penyakit SLE setahun lalu sebelum serius tiga bulan lepas.

Nor Azman berkata, keadaan arwah anaknya semakin teruk apabila mengalami demam panas dan sakit sendi sehingga tidak mampu bangun.

“Keadaan arwah bertambah teruk apabila penyakit itu menyerang buah pinggang, namun sebagai bapa, saya pasrah dengan takdir.

“Saya harap menantu saya kuat semangat menerima keadaan ini,” katanya.

Jenazah Nor Farida selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Balok selepas Zuhur.

sinar

Al-fatihah.

Apakah SLE? 

SLE atau nama panjangnya Systematic Lupus Erythematosus.
Ia terjadi akibat kecelaruan sistem ketahanan tubuh badan atau rangkaian sel dan organ yang bertindak melindungi tubuh daripada serangan benda asing. Sistem ketahanan tubuh badan akan menghasilkan antibodi apabila ia mengesan mikroorganisma kuman yang masuk ke dalam tubuh. Antibodi ini akan bertindak mempertahankan tubuh daripada serangan jangkitan kuman berkenaan. Bagi pesakit SLE antibodi yang dihasilkan untuk melindungi tubuh badan ini sebaliknya menyerang sel-sel tubuh sendiri. Mana-mana organ dalam tubuh pesakit boleh diserang, menyebabkan pesakit menunjukkan gejala yang berbeza-beza apabila melibatkan ke semua organ terutama sendi, buah pinggang, kulit, sistem darah dan sistem saraf.

Adakalanya doktor sukar mengesahkan penyakit ini kerana wujudnya unsur-unsur penyamaran. Misalnya salah satu siptomnya ialah sakit sendi sedangkan ada banyak lagi penyakit lain yang turut menyebabkan sakit sendi dan untuk mengesahkan pesakit ini, pesakit yang sudah menampakkan siptom perlu menjalani ujian darah antinuklear antibodi.
Pesakit SLE biasanya terdiri daripada wanita yang berumur 20 - 40 tahun. Mereka biasanya mengalami kesakitan sendi dan kulit namun masalah ginjal iaitu bengkak kaki sebab kehilangan protein melalui ginjal turut berlaku. Nisbah adalah 9 wanita kepada 1 lelaki dan lebih kurang 90% penghidap SLE adalah wanita. Ia mungkin ada kaitan dengan estrogen. Walaubagaimana pun, ia sukar disahkan dalam masa yang singkat, penyakit ini bukanlah penyakit keturunan kerana peratus kebarangkaliannya agak rendah dan penurunan penyakit SLE ini melalui ibu ke anak walaupun berlaku tetapi agak jarang.

Pesakit SLE dirawat dengan menggunakan ubat-ubatan yang boleh mengawal sistem imun badan. Kebanyakan ubat yang diberi adalah ubat stereoid yang bertindak mengawal SLE. Akan tetapi penggunaanya perlu dikawal kerana kesan-kesan sampingan yang tidak diingini terutama penggunaannya yang banyak dan lama. Pesakit juga akan dirawat dengan ubat-ubatan pengawalan sistem imun yang lain supaya dos steroid ini akan dapat dikurangkan. Proses kehamilan pesakit SLE hanya dibenarkan jika pesakit SLE dapat dikawal.

Antara gejala-gejala SLE
  • ruam pipi (malar rash)
  • ruam merah pada kulit (discoid rash)
  • peka terhadap cahaya (photosensitivity)
  • luka sekitar mulut (oral ulcers)
  • artitris (radang sendi)
  • radang pada selaput sereus (serositis)
  • kelainan pada ginjal (renal disorder)
  • kelainan fungsi saraf (neurologic disorder)
  • kelainan darah (hematologic disorder)
  • kelainan pasa sistem kekebalan tubuh (immunologic disorder)
kredit : kak Hadha.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Artikel ini pembohong.


Artikel ini pembohong. Perpaduan gagal bukan kerana orang Cina gagal bahasa Melayu. Perpaduan gagal kerana sikap skeptik bangsa Melayu yang menimbulkan kecelakaan kepada keharmonian negara. Terima kasih kerana menunjukkan kepada kami bahawa orang yang jadi professor pun tidak pandai. Gelaran yang dikuburkan.

azlan





Islam kata mencuri itu tidak baik.
Buddha kata mencuri itu tidak baik.
Hindu kata mencuri itu tidak baik.
Kristian kata mencuri itu tidak baik.

Kesimpulan : ini semua pluralisma agama.


lakum diinukum wa liya diin .. untuk kamu agama kamu dan untuk aku agamaku 
[AlKaafiruun:6].

notasiku- Mulai hari ini hingga selepas pilihan-raya, saya akan bersikap sarkastik sepanjang masa. Jadi, jangan jadi literal apabila membaca entry-entry yang berkenaan.



Kepada yang negatif-negatif fikirannya,
dan yang tak baik-baik, 
pergi main jauh-jauh.

jangan kacau saya. :)





Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


RAKAMAN GAMBAR YANG BUAT NAJIB DAN UMNO MENJADI PUCAT LESI!!!!



copy sepenuhnya dari blog ini


Pasti Najib Razak dan UMNO dan rakan karibnya semenjak Merdeka, MIC pucat lesi muka dan gelabah gundah gelana apabila melihat rakaman gambar ini.

Mau kan tidak.. masyarakat India terutamanya dari kaum wanita sudah mendakap perjuangan yang dibawa PAS walaupun difitnah dan ditohmah dengan cerita-cerita karut yang menakutkan.
Kalau rakaman gambar ini mau dijadikan kayu ukur sokongan masyarakat India kepada PAS, maka harapan PR mau merampas Putrajaya dari UMNO/BN pada PRU 13 nanti demi membela nasib rakyat dan masa depan anak cucu cicit kita, AMATLAH CERAH SEKALI...INS'YALLAH.
TSUNAMI PERUBAHAN SUDAH TIDAK MAMPU DIPERTAHANKAN LAGI OLEH UMNO...RATA-RATA RAKYAT MAU MEMBERIKAN PR PELUANG MEMERINTAH NEGARA UNTUK 5 TAHUN AKAN DATANG.

KALAU PEMERINTAHANYA BAIK MAKA DISAMBUNG KONTRAKNYA UNTUK LIMA TAHUN AKAN DATANG PADA PRU 14.

RAKYAT ADALAH TUAN DAN PARA PEMIMPIN POLITIK ADALAH KULI RAKYAT...MENGIKUT ISTILAH PRINSIP PERJUANGAN YANG DIBAWA OLEH PAKATAN RAKYAT...

BERLAINAN DENGAN UMNO/BN....DIA ADALAH TUAN BESAR SEDANGKAN RAKYAT ADALAH HAMBA ABDINYA.

notasiku- Tidak salah menukar kerajaan, yang salah ialah mengugut bahawa negara huru-hara dan berlaku Arab Spring apabila menukar kerajaan. Budak-budak pun faham.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


They say I'm a terrorist, An extremist. And you know what? I am.


"They say I'm a terrorist,
An extremist.
And you know what? I am.
I am a terrorist; I terrorize terror,
I kill injustice to make this world fairer.
I am an extremist; I am extremely kind.
So beware of my extreme benevolence, to all of mankind.
Yes, there are those who kill and bomb in my name,
But if I don't approve, then why am I to be blamed?
In every religion, you'll find those who abuse it,
Thinking they have a permit,
To do wrong.
A religion maybe perfect, but the followers may not be.
So when mine commit mistakes, don't blame it on me.
I give what I got, and what I got is good.
So if they do otherwise...they misunderstood. "


Let me, introduce myself.
My name, is Islam.
The root word of peace- salam,
Or even salema- meaning submission.
Which to a Muslim, is like his tuition.
It's his ticket in,
But before I begin,
Let me greet you, like I'm supposed to do,
So Assalamu alaikum, may peace be upon you!
You know? It's kinda' funny...
I'm accused of oppressing, when really I'm oppressed.
I've become on the list of things to detest.
I'm screamed in rage, in almost every protest,
& I've become the "red scare", a "threat to the west".
You see?
If you look at me, and all my obligations,
You'll see why I have such a great population,
It's cause there's the motivation,
And that sense of inspiration,
That keeps "Muslim" as their occupation.
To me, being a good Muslim means being a good person.
'cause I'll never ask you to kill or to slay,
Or to lie at least 5 times a day.
I'll never ask you steal, or to hate,
Or to swear or discriminate.
I actually tell you to smile to everyone you see,
Cause a smile's the best form of charity.
I tell you to not smoke and not to drink,
To stay clean and take showers so you simply don't stink.
I tell you to care for animals and treat them with care,
So yes, I'm against animal testing & abuse in case you weren't aware.
I tell you to treat those who treat you bitter...better.
I tell you not to be mad at someone for more than 3 days,
I tell you to respect women and lower your gaze.
I tell you that paradise lies under the feet of your mother,
I tell you to passionately love your significant other.
I tell you to never mistreat your wife!
I mean...if I tell you to care for animals, then what about the love of your life?
I tell you to be precious, and save yourself for the "one".
So you don't keep giving yourself away...till you're literally done.
I tell you to be moderate and that balance is key,
Just in the middle is the perfect place to be.
I tell you to excel in all that you do,
From that essay to that slam-dunk too!
I tell you to clear your ignorance and to never judge,
To love for your bro what you love for yourself; & to never hold a grudge.
I tell you how to be a good person. A person of peace, and a person of love.
-&
They say I'm a terrorist,
An extremist.
And you know what? I am.
I am a terrorist; I terrorize terror,
I kill injustice to make this world fairer.
I am an extremist; I am extremely kind.
So beware of my extreme benevolence, to all of mankind.
Yes, there are those who kill and bomb in my name,
But if I don't approve, then why am I to be blamed?
In every religion, you'll find those who abuse it,
Thinking they have a permit,
To do wrong.
A religion maybe perfect, but the followers may not be.
So when mine commit mistakes, don't blame it on me.
I give what I got, and what I got is good.
So if they do otherwise...they misunderstood.
& I'm not here to preach, I'm only here to teach.
I'm a professor in politics, economy and sociology.
In manners and etiquette, I got my PHD.
To all my teachings, I have two sources.
The book of God, and the words of the prophet are my resources.
I teach for free and to whoever desires to learn,
It's all for the sake of Allah, I ask for nothing in return.
& Listen,
I'm not here to convert, but just to clear misconceptions.
With the way I'm viewed and my common perception.
Because yes, it hurts when I'm literally abused,
By some, who do it for pleasure, just to be amused.
& By some, who just follow the "trend" cause they're clearly confused.
In a nutshell, my name is Islam,
And everything I do, goes back to Salam..peace.
& so as your prof, I need to make sure you pass this test called Life.

Thabit qulubana Ya Allah.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


BERBAHAGIA DENGAN UJIAN.


Photo

Dari mata yang berjuraian turunnya air dek terasa berat dengan ujian yang bertimpa-timpa, tiba-tiba boleh kering sekelip mata. Tenang setenangnya dengan senyuman yang terukir manis. Mengenangkan betapa besar kasih sayang Allah, betapa banyak nikmat yang Allah beri. Tak perlu diingat perit ujian. Ingati sentiasa indahnya nikmat. 

Ma shaa Allah. Subhanallah. Alhamdulillah.


Baiknya Allah Kita..

Ingat Allah, hati tenang. Senang bukan?





Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


GAMBAR PENYANYI PROGRAM REALITI DIREMAN TERSEBAR.



Sekeping gambar yang membantu anda semua yang ingin mengenal pasti penyanyi muda yang menjuarai  
sebuah program hiburan realiti popular sekitar 2010 anjuran sebuah stesen televisyen.

AMPANG JAYA – Polis semalam mendapat perintah mahkamah untuk menahan reman selama dua hari ke atas seorang penyanyi bagi membantu siasatan berhubung dakwaan merogol teman wanitanya di sebuah rumah di Ukay Perdana dekat sini Ahad lalu.

Artis lelaki berusia lingkungan 25 tahun yang pernah menjuarai sebuah program hiburan realiti popular sekitar 2010 anjuran sebuah stesen televisyen itu direman sehingga hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman penjara 20 tahun dan sebatan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jalaluddin berkata, tempoh dua hari itu akan digunakan sepenuhnya oleh polis bagi mendapatkan maklumat berkaitan kes tersebut.

“Kita telah mengambil keterangan daripada mangsa berusia lingkungan 20-an selepas menerima laporan tersebut. Soal siasat akan dilakukan terhadap teman lelakinya itu bagi membolehkan kita mendakwanya jika terdapat bukti yang mencukupi,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Semalam Kosmo! melaporkan polis menahan artis tersebut pada pukul 12 tengah hari di Taman Melati dekat sini kelmarin setelah teman wanitanya membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya berhubung kejadian tersebut.

Mangsa mendakwa kejadian itu berlaku pada pukul 12.40 tengah hari 31 Januari lalu ketika dia berada di rumah suspek. Ketika kejadian, ahli keluarga suspek tiada di rumah dan mangsa tidak melawan kerana bimbang akan dicederakan.

sumber kosmo.




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


AL-FATIHAH: Pelawak Yahya Sulong Meninggal Dunia.





PETALING JAYA: Pelawak Datuk Yahya Sulong, 85, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini kira-kira pukul 6.45 petang Rabu.

Berita itu disahkan sendiri oleh isteri Allahyarham iaitu Datin Alisah Ali, 64, ketika dihubungi mStar Online malam Rabu.

Alisah berkata, suaminya dimasukkan ke HKL kira-kira seminggu lalu akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk asma.

Yahya sebelum ini pernah beberapa kali dimasukkan ke hospital kerana penyakitnya itu termasuklah ke Unit Rawatan Rapi, Hospital Ampang selepas terjatuh di bilik air rumahnya di Bandar Baru Sentul. Sepanjang penglibatan Allahyarham dalam dunia seni, beliau banyak berlakon filem antaranya Abu Nawas, Gila-Gila, Putus Sudah Kasih Sayang, Da Di Du dan Prebet Lapok.

Yahya pernah berkahwin sebanyak empat kali dan mempunyai 11 orang anak, enam cucu dan dua cicit.

Selain terlibat dalam dunia seni, Yahya pernah bertugas dalam pasukan polis pada tahun 1948 bagi menentang komunis.

Jenazah Allahyarham di jadual dikebumikan di kampungnya di Teluk Intan, Perak pada malam Rabu.

sumber

Al-Fatihah.



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


UPDATED (SW1M) KS BAWANI BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP SHARIFAH kerana mendakwa dia membuat isyarat biadap.(middle finger)



KS Bawani membuat laporan polis semalam terhadap Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) presiden Sharifah Zohra Jabeen untuk mendakwa bahawa dia telah membuat isyarat biadap sebelum berjalan keluar dari sebuah forum di universiti berkenaan pada 4 Dis.

Sharifah is a liar,says Bawani.

KUALA LUMPUR: Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) chief Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin, who shot to notoriety last month over her verbal brawl with student KS Bawani, claims the latter made a rude gesture and this was videotaped.

“Bawani showed me the middle finger and walked out of the hall alone,” she told FMT last night.

“The students applauded me. What does this say?”

She said SW1M videotaped the entire session of the Dec 8 forum at Universiti Utara Malaysia (UUM) and was planning to release the recording soon.

Netizens have seen the portion of the session where Sharifah appears to be attacking Bawani instead of countering her argument for free education. The video was first uploaded to YouTube under the title “Forum Suara Mahasiswa Part 4”. It quickly went viral, especially on Facebook.

At the height of the controversy, the vast majority of netizens hailed Bawani as a hero and condemned Sharifah as a villain.

The video shows the SW1M chief speaking in a tone supportive of Barisan Nasional and its policies, but even establishment figures have been critical of her. Umno Youth leader Khairy Jamaluddin has tried to distance his party from her and the Deputy Minister of Higher Education, Saifuddin Abdullah, has described her demeanour as “condescending and patronising”.

Subsequently, Sharifah issued a statement saying she forgave Bawani and stressing that she was neither contemptuous of university students nor against their exercise of free speech. She also apologised to UUM.

‘I was calm’

Sharifah told FMT her critics failed to realize that she allowed Bawani to express herself even though it was not a question and answer session.


“Did I shout at her, or get physical with her? No, I didn’t. I only said ‘Listen, listen’ and ‘Let me speak’ several times. And yet she still went on and on even after I took away the microphone. She only stopped after the rest of the panelists told her that they had received the point that she had raised.

“People fail to see that I was calm when I tried to stop her from talking.”

According to Sharifah, the incident took place at about 2.30pm and the 2,000-odd students in the hall were hungry. Furthermore, a lucky draw session was due to start. The programme was scheduled to end at 3.30pm.

She said the students would probably have walked out of the hall if her behaviour had been as bad as her critics had alleged.

“Students these days are very vocal and they would have left the hall, but they did not.”

This is why we have SPCA

She compared Bawani unfavourably to two other students who raised questions during the session.

“The two other students asked three questions each and approached issues professionally, unlike Bawani,” she said.


Sharifah also explained her statement about animals having problems, a point that her critics have often raised in trying to ridicule her.

“Every single being made by God has problems,” she said. “I gave an analogy using animals. Of course, animals have problems. That is why you have the SPCA.”

On Bawani’s arguments in favour of free education, she said her answer lay in Bawani’s own statement.

“She quoted socialist countries like Cuba providing free education while failing in their economy. We do not want our country to fail economically. That is why we have a national higher education loan scheme where students pay 5% over a period of 30 years.”


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


TERKINI:Penulis Blog cerita Hantu Di UITM LENDU akan di panggil HEP.


Paparan imej yang didakwa berlaku di Uitm Lendu

Baca sini  Kejadian Sebenar Kes rasuk menjadi-jadi di UITM LENDU,MELAKA.

KUALA LUMPUR- Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Lendu, Melaka yang dikenali sebagai Ruzzana Aniza yang bertanggungjawab menulis cerita hantu di laman web blognya ‘theruzannapages.wordpress.com’ akan dipanggil oleh unit Hal Ehwal Pelajar (HEP) UiTM berkenaan.

Koordinator Unit Komunikasi Korporat UiTM Melaka, Muhammad Anwar Fahmi Abdullah berkata, pihak UiTM akan memanggil Ruzanna dalam masa terdekat berhubung penulisannya itu, selepas selesai mesyuarat hari ini.

“Kita (UiTM) akan panggil dia untuk penerangan selanjutnya dan bukan tindakan tatatertib. Dalam minggu ni kita akan panggil. Kita akan beri nasihat dan ingatkan supaya pelajar lain lebih berhati-hati, apabila buat kenyataan di media baru seperti ini. Ia akan timbulkan fobia dan kurang senang kepada orang lain, juga kepada ibu bapa dan media.” kata Anwar ketika dihubungi ABN News.

Menurut Anwar, pihak UiTM Melaka menganggap kes ini sebagai kes remeh, malah terpencil dan dianggap telah pun selesai, manakala tiada arahan dikenakan kepada Ruzanna untuk memadam blog kepunyaannya.

Tambah Anwar, pada Sabtu lalu juga, Majlis Perwakilan Pelajar dan Kolej turut dipanggil pihak pentadbiran UiTM bagi membantu memberi penjelasan sama kepada semua pelajar UiTM sama ada di Kolej mahupun yang tinggal di luar.

“MPP, JPK telah diminta bersama membantu kepada penerangan lebih jelas. Mereka juga dimaklumkan kampus berada dalam keadaan terkawal, dan ini bukan isu sebenar yang perlu ditakuti kerana setakat ini semua orang masih selamat,” katanya.

Semalam, satu kenyataan akhbar telah dikeluarkan oleh pihak UiTM yang menyebut tentang kesan Psikologi terhadap gangguan histeria dan lemah semangat pelajar, berpunca daripada ketidakmampuan mereka menyesuaikan diri dengan persekitaran kampus.

“Histeria ni dari 10 tahun dulu dah pernah berlaku dan ia berlaku di mana-mana, bukan sahaja di UiTM ini. Biasa nya ia berlaku berikutan daripada gangguan dan tekanan perasaan serta lambakan tugasan kuliah serta kejadian “putus cinta” turut mendorong kepada gangguan sedemikian berlaku dengan mudah terhadap pelajar yang lemah semangat,” katanya.

Tambah Anwar bagi laporan kejadian pukau pula, kononnya pelajar kehilangan wang ringgit, maruah, harga diri tidak boleh dibuktikan dan kes berkaitan tidak tulen, kerana belum ada kes kejadian serius seperti kematian berlaku di peringkat kampus.

Namun sebagai langkah menanganinya pihak pengurusan UiTM, menubuhkan CITU (Pusat Islam), Klinik UiTM Melaka, Unit Polis Bantuan, dan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) bagi memantau pelajar di kolej.



Sementara itu, Ruzanna dalam satu ‘entry’ terbarunya bertarikh 19 Januari 2013, ada menyebut bahawa kejadian, ‘rasuk’ , ‘pukau’, yang dimaksudkan di dalam blognya sebelum ini ada khabar angin dan cerita yang didengar adalah palsu datang dari pihak lain.

Malah Ruzanna sendiri tidak menyangka, ‘entry’ beliau telah tersebar luas melalui media baru seperti Twitter, Blog dan Facebook sehinggakan menimbulkan kebimbangan kepada pelajar baru di UiTM berkenaan dan ibu bapa mereka.



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Tajuk Utama (the news headlines) yang memang Kelakar!



Indah khabar daripada rupa...pok jib pandai promo,tapi ana tak tekesan pun,mungkin ana yang 'buta hati'...baru terhibur dengan iklan 'sayangi selangor,yakini BN'

notasiku- Jarang orang kurang siuman akan mengaku: "Hai, saya orang gila"


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


TERKINI! Lepas website JAWI .website gomen pulak kena Hack!


sumber gugel.


Jika sebelum ini Noob Bloggers ohsem dari blog ohsem buasirotak  melaporkan dalam blognya bahawa laman WEB JAWI  kena hack , kali ini laman Web Gomen pula kena hack.

Laman  ini  boleh diakses melalui http://bpap.mpc.gov.my/

Dideface (merubah halaman muka web) pada laman utama , Antara nota yang ditinggalkan ialah :



hackers baik ni. siap tinggal nota luahan hati sebagai rakyat malaysia.

ok gud nite ppl.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


AL-FATIHAH - Along Spoon dibunuh ketika zaman popularnya.


Al-fatihah.

Pada 25 Disember 1999 ,  satu berita yang mengejutkan tersebar tentang kehilangan penyanyi muda berbakat ini. akhirnya kehilangan tersebut berakhir dengan penemuan rangka manusia dipercayai milik Along yang diikat dalam guni di kilometer 28, Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, jelebu.

 Lihat kronologi di bawah..


Pembunuh menyerah diri selepas membunuhnya dan menunjukkan tempat dimana dia membuang mayat Along.

Seorang anggota polis, Lans Koperal Mohamed Ya’cob Demyati tetap menjalani hukuman mati selepas gagal dalam rayuan terakhirnya di Mahkamah Persekutuan bagi mengetepikan sabitan dan hukuman mati kerana membunuh penyanyi kumpulan Spoon, 11 tahun lalu.

Ketua Hakim Negara Tun Zaki Azmi yang mengetuai panel tiga hakim sebulat suara mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Seremban yang mendapati Mohamed Ya’cob bersalah terhadap tuduhan membunuh Sabi’ul Malik Shafiee atau lebih dikenali sebagai Along dan menjatuhkan hukuman mati terhadapnya.



Keratan Akhbar kes ini.

PUTRAJAYA 29 Julai - Mahkamah Rayuan diberitahu, Lans Koperal Mohamed Ya'cob Demyati memang berniat membunuh penyanyi kumpulan Spoon, Sabi'ul Malik Shafiee atau Along berdasarkan penemuan rangka mangsa di kawasan sunyi, walaupun tiada saksi yang melihat pembunuhan tersebut.

Timbalan Pendakwa Raya, Awang Armadajaya Awang Mahmud berhujah, keterangan yang dikemukakan pada perbicaraan lalu menunjukkan anggota polis tersebut berniat menyembunyikan kematian Along daripada pengetahuan umum ekoran rangkanya dijumpai di kawasan yang tidak didiami orang.

Along yang popular dengan lagu `Rindu Serindu-Rindunya' dilaporkan hilang pada 25 Disember 1999 dan polis kemudian menjumpai rangka manusia dipercayai penyanyi itu, yang diikat dalam guni di lereng bukit di Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, Jelebu, Negeri Sembilan pada 6 Januari 2000.

``Perayu berniat melakukan pembunuhan kejam menggunakan kepakarannya sebagai anggota terlatih dalam Unit Tindakan Khas (UTK) dan dia cukup mahir dengan selok belok hutan selain menyedari mangsa tidak akan mampu hidup lama tanpa makanan,'' ujarnya.

Awang Armadajaya ketika berhujah turut meminta mahkamah meneliti kesanggupan Mohamed Ya'cob menunjukkan kepada polis tempat mayat Along dibuang sedangkan akal manusia tidak akan mampu mengetahui lokasi kawasan tersebut.

Sehubungan itu katanya, Mahkamah Tinggi Seremban betul ketika mensabitkan perayu dan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadapnya pada 10 April 2002.

Mohamed Ya'cob dari cawangan pengawal pengiring Ibupejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, berasal dari Taman Keramat Wangsa, Kuala Lumpur, dituduh membunuh Sabi'ul Malik, 19, di tepi jalan di Kilometer 28, Jalan Kuala Klawang-Genting Peras pada 1 pagi, 26 Disember 1999.


Panel tiga hakim diketuai oleh Datin Paduka Zaleha Zahari bersama Datuk Wan Adnan Muhamad dan Datuk Ahmad Maarop yang mendengar rayuan tersebut menetapkan 4 Ogos ini bagi mendengar hujahan semula peguam Markhan Singh yang mewakili perayu. - Utusan Meloya

Semoga rohnya ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Amin!


sekadar pengkongsian.






Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


BN STYLE- LIVE di Penang, PSY Datang Malaysia (Oppa Gangnam Style).




“Oppa Gangnam Style” PSY datang ke Malaysia : Bohonglah untuk kami mengatakan tidak pernah menonton video Youtube Gangnam Style oleh PSY, sensasi dari Korea Selatan ini. Ya….memang itu rezekinya.

Popular di seluruh pelusuk dunia dalam sekelip mata dengan hanya satu lagu sahaja. Tetapi…andaikata PSY mahu membuat konsert di Malaysia, dan antara anak kami kononnya beriya-iya mahu menonton persembahan kudanya itu…..adakah kami perlu menurutinya?

Tidak perlu sama sekali. Ini kerana :


PSY sudah boleh dikatakan seorang penyanyi yang bertaraf superstar, artis sedang popular, jadi bolehlah “demand” lebih untuk membuat persembahan. Kalau setakat ada modal ratus-ratus ribu, nasihat kami simpan sahaja duit modal tersebut buat pergi haji. Kalau juta…..mungkin pihak pengurusan PSY boleh pertimbangkan
Daripada bayar mahal-mahal kepadanya, baik kami gunakan duit tersebut untuk perkara yang lebih berfaedah dan membawa kebaikan termasuklah untuk makan pakai keluarga ataupun pergi bercuti.
Kalau dah tidak tahu mahu buat apa dengan lebihan duit tersebut, ada baiknya sedekah kepada golongan yang lebih memerlukan.

Mungkin….lain orang lain caranya. Mungkin ada kalangan yang merasakan apabila menonton persembahan PSY Gangnam Style di Malaysia ini akan terus hilang masalah. Mungkin?


Terbaru, Barisan Nasional Pulau Pinang akan membawakan khas penyanyi PSY Gangnam Style ke Pulau Pinang sempena sambutan Tahun Baru Cina pada 11 Februari 2013 di hadapan 60,000 tetamu yang hadir dalam majlis tersebut termasuklah Perdana Menteri Malaysia.

Butiran Persembahan PSY Gangnam Style LIVE di Penang, Malaysia

  1. Acara : Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Barisan Nasional (BN)
  2. Tarikh : 11 Februari 2013
  3. Masa : 10 pagi hingga 1 petang
  4. Lokasi : Sekolah Tinggi Han Chiang, Penang, Malaysia
  5. Jumlah kehadiran : Dijangka 60,000
  6. Tetamu Kehormat : Datuk Seri Najib Razak (Perdana Menteri Malaysia)
Live PSY Concert Malaysia PSY Datang Malaysia (Oppa Gangnam Style). LIVE di Penang (Kos RM2.3 Juta). Undi BN Bakal Bertambah?

Kos Persembahan LIVE PSY di Pulau Pinang Malaysia?

Sebenarnya perancangan membawa masuk PSY Gangnam Style ke Malaysia telah dirancang sejak bulan 10 lagi. Jikalau sebelum ini, konsert K POP semasa berlangsung Hari Belia, sekitar RM2.04 juta telah dibelanjakan bagi membawa masuk artis dan kumpulan Korea ke Malaysia. Dan….pasti ramai yang tertanya-tanya berapa pula kos keseluruhan bagi persembahan PSY GangNam Style ini di Penang, Malaysia kali ini?
  • Sekitar USD 750 ribu (RM2.3 juta)
  • Satu lagu sahaja
  • 60 minit sahaja

Walaubagaimanapun, kenyataan terkini yang kami petik daripada The Malaysia Insider pihak Barisan Nasional Penang mengatakan kehadiran Park Jae-Sang (PSY Gangnam Style) ini telah diatur dan ditaja oleh Ultimate Mega, syarikat yang menguruskan acara kali ini.

Ehem …. RM2.3 juta ditaja. Baik benar budi pihak pengurusan syarikat Ultimate Mega sehingga sanggup menaja berjuta-juta semata-mata membawa masuk penyanyi PSY Gangnam Style ke Malaysia yang hanya menyanyi satu lagu untuk persembahan ringkas selama 1 jam?

P/S : Adakah selepas berakhirnya persembahan PSY di Malaysia, sokongan rakyat Cina di Pulau Pinang amnya, rakyat Penang umumnya akan beralih kepada Barisan Nasional? Apa pendapat anda?

sumber sepenuhnya dari sini

Jenayah yang memusnahkan manusia ialah pembodohan. Terima kasih kerajaan UMNO/BN kerana membazir dan memperbodohkan manusia. Semoga Allah menjatuhkan kerajaan zalim dan bodoh ini.

Malaysia still my home!







Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


LIVE: Jelajah Merdeka Rakyat KAMPUNG RIM, JASIN


Sumber LivesStream





Gambar Ribuan Rakyat Cinta Agama Di Majlis UAI Stadium Darul Makmur










syahirul.com


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Wartawan Malaysia mati terkena tembakan di Baakleen, Lebanon.



Seorang rakyat Malaysia, yang berkhidmat sebagai penerbit Al-Jazeera Online, mati terkena tembakan, dipercayai secara tidak sengaja, di Lubnan kira-kira jam 2.30 pagi waktu tempatan (8.30 pagi waktu Malaysia) semalam.

Laporan The Star Online menyebut bahawa ketika kejadian, Claudia Theophilus, 42, berada di Baakleen, bersama dua rakannya.

Mendiang berkhidmat dengan Al-Jazeera yang berpangkalan di Doha, Qatar sejak November 2006. Sebelum itu, beliau pernah bekerja denganMalaysiakini dan akhbarThe Sun.

Baakleen terletak kira-kira 45 kilometer ke tenggara Beirut.

Menurut laporan itu, salah seorang daripada dua rakannya yang berada bersama Claudia ketika kejadian melaporkan kepada Kedutaan Malaysia di Beirut mengenai kejadian itu.

Polis tempatan dilaporkan telah menahan kedua-dua rakan itu.

Siasatan awal menunjukkan mendiang tertembak secara tidak sengaja.

Laporan itu juga menyebut mendiang dan dua rakannya bermain menggunakan raifal dan salah seorang telah melepaskan tembakan secara tidak sengaja.

Malah menurut beberapa laporan, Claudia terkena tembakan ketika beliau dan dua rakannya sedang 'bermain' dengan beberapa laras senapang sebelum senjata itu tiba-tiba meletup.

Duta Malaysia ke Lubnan, Ilango Karuppanan mengesahkan mangsa mati disebabkan tembakan tetapi maklumat sebenar kejadian masih kabur.

Mendiang dikatakan berada di Lubnan sejak 28 Januari lalu untuk mengunjungi rakannya.

Ilango dipetik Bernama berkata, menurut laporan awal polis, tiada elemen jenayah dalam kejadian yang menimpa Claudia.

"Sebaliknya, ia berlaku secara tidak sengaja yang mana dia (Claudia) terkena tembakan dari satu senjata api," katanya.

Beliau berkata, mayat Claudia akan dibawa pulang selepas segala urusan forensik dan bedah siasat selesai dijalankan.

Menurutnya, Claudia berkunjung ke Baakleen bersama dua rakannya yang merupakan rakyat Lubnan.



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Asal Bukak Kelab malam Je Orang Label Jahat.



klik sini  Awie Wings Dan kelab Hiburan.

Anak muda dirosakkan dengan maksiat. Artis juga yang mendapat nama. Maksiat punca orang Islam jauh daripada Islam. Jangan hanya lihat politik saja. Berbilang parti bukan bermakna perpecahan.

****

“Apa salah saya buka club? Hanya kerana saya seorang artis? Kalau macam itu, pergi tanya Tan Sri Jojo — kenapa dia bukak Hard Rock (Cafe), Saloma (Bistro), Concord. Untuk sembahyang ke?” 

Awie turut meminta sesiapa yang mempertikai tindakan beliau untuk membuka kelab malam ini untuk berhenti bercakap dan bukan mereka yang memberi rezeki kepada beliau. 

“Mereka tidak suap mulut saya dengan nasi — so better stop this stupid question,” tambah Awie yang jelas kesal dengan isu ini.


PETALING JAYA: Ketika tindakan penyanyi dan pelakon Awie membuka kelab malam di Ipoh, Perak dipertikaikan segelintir pihak, vokalis kumpulan Wings itu sebenarnya sudah merancang untuk memperluaskan lagi perniagaannya dengan membuka tiga lagi cawangan baharu.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 45, berkata, dia tidak akan mengendahkan kritikan orang sebaliknya mahu mengembangkan kelab malam berkenaan yang dikenali sebagai Malai Rock Station Bistro masing-masing di Kuala Lumpur, Johor dan Kuantan, Pahang tidak lama lagi.

“Jangan melihat perniagaan kelab itu daripada pandangan yang cetek. Ia adalah sebuah perniagaan dan saya telah melabur ratusan ribu untuknya.

“Malah saya juga merancang untuk kembangkan lagi perniagaan itu pada tahun ini selepas mendapat respons baik daripada pengunjung di Ipoh,” katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Rabu.

Tindakan penyanyi rock terkenal tanah air, Awie, menubuhkan perniagaan kelab malam yang beroperasi di Ipoh, Perak, mendapat reaksi negatif dalam kalangan peminatnya.

Ramai yang mempersoalkan penglibatan Awie dalam bidang tersebut kerana bertentangan dengan hukum agama. Tampil membela diri, Awie berkata, masyarakat harus bersikap lebih terbuka dengan perniagaannya itu sementelah dia melabur wang yang banyak untuk bisnes tersebut.

Kritikan itu juga tidak menghalang vokalis kumpulan Wings itu mengembangkan lagi kelab malamnya itu, Malai Rock Station, di Kuala Lumpur, Pahang dan Johor.

Menurut Awie, perniagaan tersebut bukanlah perkara baru dan ramai orang Melayu sudah berkecimpung.

“Saya bergiat dalam bidang hiburan dan tidak tahu cabang perniagaan lain melainkan cabang ini sahaja (membuka kelab malam). Takkan saya hendak jual nasi lemak yang saya tidak tahu caranya?

“Jadi apa salahnya saya jalankan perniagaan berasaskan hiburan? Jangan persoalkan mengenai hukum hakam hanya kerana saya seorang artis?” jelasnya dalam nada kesal.


Inilah bistro milik Awie yang terletak di Ipoh. Gambar petikan beritasemasa.com.


Tambahnya, perniagaan pusat hiburan bukanlah sesuatu yang baharu dan sudah ramai ahli perniagaan Melayu lain turut menjalankan perniagaan berasaskan hiburan seperti itu.

“Teruk sangat ke buka kelab malam? Apabila saya yang buka, semua mempertikaikan saya? Sedangkan benda ini bukannya baharu.

“Di luar sana, lebih ramai orang Melayu yang berniaga kelab, hotel dan pusat hiburan lain tetapi kenapa tidak dipertikaikan?

“Saya hanya berniaga bagi meneruskan kelangsungan hidup dan mencari rezeki untuk diri dan keluarga, apakah itu salah?” soalnya yang berharap isu ini tidak diperbesarkan lagi.



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.