Ketua penerangannya Riduan Mohd Nor berkata, biarpun sedar berdepan resiko besar, namun kesediaannya itu sudah cukup menggambarkan keberanian berdepan pihak lawan secara berlapang dada.
"Berbeza dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang enggan berdebat dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim meskipun berkali-kali didesak oleh rakyat," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily hari ini.
Menurutnya lagi, kerajaan seharusnya menerima permintaan itu tanpa dolak dalih jika benar mahu penjelsan berhubung amanat itu yang kononnya mencetus polemik dan ‘perpecahan’ itu.
Kata Riduan, permintaan Presiden PAS untuk ‘on air’ di televisyen itu ada rasionalnya.
Ini kerana umum mengetahui media utama negara tidak pernah berpihak kepada pembangkang dan apa sahaja boleh terjadi sekiranya rakaman dibuat dengan pelbagai manipulasi dan suntingan.
Lebih-lebih lagi ujarnya ianya berlaku dalam suasana hampir dengan pilihanraya umum ke 13.
"Ada kebarangkalian keseluruhan ucapan Presiden PAS hanya tinggal beberapa minit sahaja selepas suntingan. Ini yang tidak diinginkan oleh Presiden PAS dan seluruh ahli PAS.
"Yang menghairankan, beliau diserang siang dan malam, kenapa kerajaan pula enggan membenarkan Presiden PAS itu tampil menjelaskan kenyataan beliau," soalnya.
Apakah selamanya politik itu kejam? Apakah selamanya dia datang untuk menghentam?
Saya rasa selagi mana tuan empunya diri tidak diberikan peluang untuk menerangkan hal sebenar, tak perlulah orang lain yang nak tolong menganalisiskan "Amanat Haji Hadi" tersebut...
Takut yang patutnya jelas menjadi lebih serabut...Takut yang patutnya jernih menjadi lebih keruh...
Takut lebih sudu dari kuah...
Just my two cents..Saya cukup tak suka if people jump into conclusion just based on assumptions.
Kalau kita nak hentam, biar ada ruang balas untuk pihak lawan. Barulah para penilai dapat membuat penilaian seimbang.
Bukankah Al Quran itu menggalakkan kita berhujah ?
Bukankah di Mahsyar kelak Allah tetap membuka ruang persaksian buat anggota badan umat manusia walaupun Allah itu telah ma'ruf sifat Yang Maha Adil-Nya?
Bukankah Ulul Albab itu sifatnya mendengar dari pelbagai sumber dan mengikut yang terbaik ?
Sokong Ayah Chik!
7 comments
kata nak buat debat aritu kt rtm..takdak pun..cakap lebih
senak pertu dok dengar isu amanat haji hadi kat dalam berita..asyik spin jer..kasi lah peluang kat orang tua tu berucap kan senang..
masalah ni mmg susah nk selesai..
sebenarnya, kena banyakkan sesi perdebatan saya rasa..
bn dah nak kalah so mcm2 lah korek cerita.
KLIK definisi malaysia dalam urban dictionary
mereka2 tu takut sebenarnya... takut terkelu lidah...
1 Malaysia... :)