Sah!Himpunan Kebangkitan Rakyat Di Stadium Merdeka. Antara 27 Syarat dan Lokasi.


KUALA LUMPUR 10 Jan: Walaupun mendapat persetujuan polis untuk berhimpun secara aman, namun pelepasan oleh pihak bekuasa itu umpama wayang apabila penganjur Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) dikehendaki melalui 27 syarat ketat.
Menurut Pengarah HKR, Mohamad Sabu, syarat-syarat tersebut mengikut Seksyen 15(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736).

“Setelah berbincang dan berdialog dengan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad, mereka bersetuju untuk memberi kerjasama dengan kita untuk berhimpun secara aman.

“Diharapkan semua datang awal dan memberikan sokongan tanpa membuat kecoh kerana kita akan berkumpul secara aman,” kata Mohamad kepada media selepas pertemuan itu di IPD Dang Wangi petang tadi.


Berikut beberapa lokasi bersama senarai kumpulan mengikut laluan masing-masing yang ditetapkan.

Masjid Universiti Malaya Jalan Pantai
Adam Adli – mahasiswa
Safuan Anang – mahasiswa
Raja Iskandar – PAS
YB Nurul Izzah
YB Ng Swee Lim

Brickfields
Aruchelvam – PSM
Maria Chin Abdullah – Empower
Raja Ratnam – Warga Aman
Faizal – OKU
Zunar – seniman dan kartunis

KLCC (Anak & Royalti)
Mazlan Aliman – Anak
YB Hussam Musa
YB Teng Chang Kim

Jalan Sultan (Selamatkan Kampung Warisan)
Cikgu Ishak Surin – Muafakat
YB Tan Kok Way

Pasar Seni (Wanita)
YB Dr Siti Mariah
YB Teresa Kok
YB Elizabeth Wong

Dataran Merdeka (Kumpulan Hijau)
YB Ronnie Liu
Wong Tuck

Kelab Sultan Sulaiman
SAMM
Anak-anak muda
Chegu Bard

Masjid Negara
YB Azmin Ali
YB Mujahid Rawa
YB Khalid Samad
termasuk warga kota yang singgah beribadat

Antara syarat ketat yang ditetapkan polis adalah:


1. Penganjur dan peserta yang berada dalam himpunan itu tidak melakukan apa-apa perbuatan atau membuat apa-apa pernyataan yang berkecenderungan untuk mengembangkan perasaan jahat, perasaan tidak puas hati atau permusuhan di kalangan orang awam amnya atau membuat apa-apa yang akan menganggu ketenangan orang awam.

2. Penganjur hendaklah memastikan bahawa dia atau mana-mana orang lain yang berada di himpunan tidak melakukan apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang bertulis.

3. Penganjur hendaklah mematuhi tarikh, masa dan tempat perhimpunan sebagaimana yang telah ditetapkan, tarikh 12 Januari 2013, 2 petang hingga 5 petang di Stadium Merdeka.

4. Penganjur hendaklah menentukan tiada kanak-kanak di bawah umur 15 tahun ke tempat perhimpunan.

5. Penganjur hendaklah menentukan semua syarat-syarat dan semua sekatan perhimpunan dimaklumkan kepada semua peserta perhimpunan.

6. Penganjur hendaklah memastikan bilangan peserta perhimpunan yang masuk stadium tidak melebihi 30,000 orang sebagaimana mengikut terma yang ditetapkan oleh pemilik Stadium Merdeka.

7. Penganjur hendaklah mematuhi cara berhimpun yang ditetapkan di bawah Akta 736.

8. Penganjur hendaklah memastikan pembersihan semasa dan selepas perhimpunan atau menanggung kos pembersihan tempat perhimpunan.

9. Penganjur hendaklah memastikan perhimpunan itu tidak akan membahayakan kesihatan atau menyebabkan kerosakan kepada harta atau alam sekitar.

10. Penganjur dan peserta hendaklah bekerjasama dengan pihak berkuasa awam.


Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=42809


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


4 comments

10 Januari 2013 pada 10:31 PTG

cik lin p ka?
moga selamat pergi dan selamat balik insyaallah

10 Januari 2013 pada 11:08 PTG

patotlah ade annoucement kat u tadi

11 Januari 2013 pada 10:00 PG

Moga Allah memberkati dan melancarkan setiap perjalanan esok...

mudah2an tiada yang mem'provok' sesuatu yang boleh di lihat sbg orang yang menyertai tu salah dan sengaja untuk menghuru-harakan keadaan...

Ya Allah, lindungi kami semua untuk esok dan hari-hari seterusnya...

Jika kami di pihak yang benar,Kau tunjukkanlah...

Amin...

Cik Lin~ Take care~

12 Januari 2013 pada 1:43 PG

Gud luck untuk semua moga rahmat Allah memayungi korang.

Tentang "provok" tu tiada kepastian sebab tahu ajelah kepala otak mereka yang berhasad dengki tu spt sblm2 ni.

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.