Jangan Percaya Blog - 'Saya sihat', kata Najib.



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyangkal dakwaan kononnya beliau tidak sihat seperti yang dilaporkan dalam beberapa blog di Internet.

Semasa berucap pada pelancaran Bon dan Sukuk Yang Diniagakan (ETBS) di Bursa Malaysia di sini, Najib menegaskan bahawa beliau sihat dan meminta rakyat Malaysia supaya tidak mendengar khabar angin.

"Bursa Malaysia sihat, pasaran bon sihat, pasaran sukuk sihat dan saya juga sihat. Jadi tolong jangan percaya terhadap blog," katanya disambut dengan tepukan hadirin.

Spekulasi yang mendakwa perdana menteri diserang strok ringan hangat diperkatakan hujung minggu lepas.

Setiausaha akhbar perdana menteri Datuk Tengku Sharifuddin Tengku Ahmad dilaporkan berkata semalam bahawa perdana menteri sihat.

Najib hadir pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya pagi semalam.- Bernama

Notakaki- Ustazah Mahya pernah cakap pada saya, 'ana risau tengok orang cerdik, high achiever biasanya akan dirosakkan oleh keadaan dan masyarakat kerana gagal mengadaptasi diri dalam suasana dan kelompok.'

Ustazah memang benar.




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


2 comments

9 Januari 2013 9:05 PG

kesian PM... ade jgk msia yg suke nk sebar2 kabar angin nie kn...huhhh

10 Januari 2013 7:44 PG

Emmm, don't trust blog, sooooo don't read blog.
Betul ke Pokcik ni sihat? :)

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.