uhuk!...uhuk..!


Si A : Assalamualaikum
Si B : Waalaikumussalam,..eh..lama xnmpk hang.sihat? lama xnmpak hang..gi mana da..? uhuk!...uhuk..! (berdehem dengan kuat sekali)
Si A : Alhamdulillah,sihat.. sibuk sikit kebelekangan ni..ada banyak komitmen dan tanggungjawab perlu diselesaikan..
Si B : (berdehem dengan kuat beberapa kali) uhuk...uhuk..!
Si A : Teruk benor hang batuk ni..da makan ubat ke belum..?
Si B : Dah tadi...tapi mcm xde kesan sgt pon..
Si B : aku nak kasi satu tips kesihatan untuk kurangkan batuk ko ni,mahu x?
Si B : Leh gak..Cecite..
Si A :Ok..mula-mula kita cari longkang atau sungai yg berdekatan, kemudian campak RM5.00 kat dlm tu..buat tiap2 hari..
 Si B :eh, giler ke ni..dah buang tebiat? betul ke ko ni?..mcm ajaran sesat jer..buang2 duit pulak..mana ada org sanggup buang duit..buang 5 sen pun org tak sanggup, apalagi 5 ringgit..tak masuk akal langsung..
 Si A :cuba pulak pergi ke kedai dan beli rokok..dgn jumlah yg sama..RM5 sekotak..kemudian hisap rokok tu...mana lebih baik?
Si B : Hurm,entahla..
Si A :..buang RM5.00 dlm longkang..kita cuma rugi RM5.00, tapi kita tak rosakkan alam sekitar, kita tak bahayakan kesihatan kita, kita tak bahayakan kesihatan org lain, kita tak 'menyumbang' kpd yahudi.Kalau kita beli rokok..dah la tak dpt sebarang manfaat, tapi kita dah menempah mcm2 penyakit ke tubuh kita termasuk kanser, kita ragut hak org lain utk hirup udara yg sihat, kita cemarkan alam sekitar, kita 'derma' kpd pengeluar2 rokok yg guna duit tu utk bunuh sedara2 Islam kita....sakit batuk ko pun dapat dikurangkan..dan macam2 lagi..

Bijakkah kita kerana terpaksa 'membayar' utk mendapat semua itu sedangkan kita tak perlu bayar sesen pun untuk 'selamat' daripadanya..!
 Hentikanlah tabiat merokok...Anda mampu mengubahnya..! Jangan lengahkan diri untuk merubah! Ayuh,buang rokok yang anda ada dan campak ke longkang.! Perubahan di tangan anda..u make your choice.! :)



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


di fitnah...


Sesungguhnya ujian di sepanjang jalan dakwah kepada para pendakwah merupakan satu sunnatullah, ujian tersebut bukan bertujuan untuk menghina para pendakwah sebaliknya sebagai satu tapisan dan tarbiyyah daripada Allah SWT. Sesuai dengan firmannya di dalam al-Quran yang bermaksud:

"Alif lam mim. Adakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan saja untuk mengaku bahawa kami telah beriman dan sedangkan mereka tidak diuji lagi? Sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya dia mengetahui orang-orang dusta".- Al-Ankabut: 1-3


Di dalam satu hadis:

"Orang yang paling berat dicuba ialah para Nabi, kemudian yang paling baik selepasnya, kemudian orang yang paling baik selepas itu".


Di dalam satu hadis, Rasulullah SAW telah bersabda berkenaan dengan bentuk-bentuk ujian yang akan dihadapi di sepanjang jalan dakwah.

"Orang mu'min sentiasa di ambang 5 dugaan yang susah:


1. Mu'min yang dengki kepadanya

2. Munafiq yang benci kepadanya
3. Kafir yang memeranginya
4. Syaitan yang menyesatkannya
5. Nafsu yang sering bertarung untuk mengalahkannya

- Hadis ini telah ditakhrijkan oleh Abu Bakar Ibnu Lal dari hadis Anas dalam tajuk; "Akhlak Yang Luhur"


saya agak terkilan dengan tuduhan tersebut. Andainya saya salah, saya sedia bertaubat kepada Allah SWT dan sekiranya saya difitnah saya akan menuntutnya dihadapan Allah SWT pada hari kiamat kelak.

Sebagai seorang muslim, saya menganggap tuduhan ini sebagai satu ujian kepada saya/bentuk peringatan kepada saya agar saya sentiasa mengingati Allah SWT.. Semoga Allah SWT memberikan petunjuk kepada kita, Insyaallah.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


muhasabah~


Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada suatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri... (al-Rad: 11)

so, MOVE


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.