PRU - 13 VIDEO Panas! Suasana Hari Penamaan Calon di Tanah Merah.Penyokong Umno Tanah Merah Di Layan Macam Binatang.



Suasana hari penamaan calon di Tanah Merah...berebut air.. .rakyat tu manusia kenapa boleh dilakukan sebegini , kami rasa BN tak yakin menang di Tanah Merah sebab tu lah sanggup layan manusia mcm binatang, kerana mereka rasa yang datang tu mcm manapun tetap akan undi PAS… jadi kita harap PARTI lain tidak akan berbuat demikan. Kepada penyokong BN kalau dah tengok nie kita sama – sama fikir lah ya.

Ini pula kenyataan Datuk Harun Din… renungkan lah

Saya tahu Saluran TV di malaysia ini adalah milk kerajaan, tapi Kerajaan itu bermakna milik rakyat. Pada masa ini UMNO dan BARISAN NASIONAL telah menyalahgunakannya. Ini kerana mereka menggunakan sepenuhnya kemudahan milik rakyat ini bagi menyiarkan kisah-kisah parti politik mereka sedangkan Pakatan Rakyat hanya diberi 10 minit untuk menyiarkan Manifestonya. Hari ini saya menonton berita di TV, saya rasa muka DS Najib hampir 20 minit, Rosmah 10 minit, muka saya pun masuk juga, tapi 1 saat setengah sahaja. Mereka inibukan saja tidak bersikap adil tetapi juga salah laku dalam mentadbir harta milik rakyat. Adakah MEREKA ini yang kamu mahu undi?

Tuan Guru Dato' Dr Haron Din
Timbalan Mursyidul AM PAS Malaysia
Rumah Hj Salleh Junus, Kampung Surau Utan Haji
20/04/2103 11.00 malam







Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


VIDEO TERKINI (GAMBAR) PUNCA KEMALANGAN NGERI DI FEDERAL HIGHWAY.(18+)


JAM 4.00 PAGI

21/4/2013

Al-fatihah buat arwah


\


KEMALANGAN NGERI PENUNGGANG MOTORSIKAL DI FEDERAL HIGHWAY 21 APRIL 2013

Lebuhraya Perseketuan atau lebih dikenali mudah disebut sebagai Federal Highway merupakan sebuah lebuhraya yang terawal di bina di Malaysia.

Lebih kurang jam 4 pagi tadi (21 April 2013), kami dimaklumkan telah berlaku satu kemalangan maut yang melibatkan lebih daripada 12 orang. Menurut maklumat yang diterima, 7 maut dan selebihnya cedera (maklumat tidak rasmi).

Kemalangan ini melibatkan 5 motosikal dan 2 biji kereta. Kemalangan ini dikategorikan sebagai kemalangan ngeri kerana mayat kelihatan bergelimpangan di atas jalan dan ada antaranya yang putus tangan

putus kaki dan terputus dua. Menurut saksi, kemalangan ini berpunca dari pemandu sebuah Honda City yang mabuk dan menyondol beberapa orang penunggang motosikal yang didakwa berhenti di tepi highway ini secara berkumpulan

Takziah kepada Arwah dan Keluarga yang terlibat  Al-Fatihah

Sebahagian dari maklum balas saksi kejadian




untuk info lanjut di sini



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


NON -MUSLIM PAKAT-PAKAT LETAK LOGO PAS SEBAGAI PROFILE PIC DI FB.



"Yang merahmati akan dirahmati oleh Yang Maha Merahmati"

(mafhum hadith)

Ustaz Khairul Nizam (Al-Azhar) menjelaskan:

"..kita lawan UMNO ini atas dasar kasih sayang. Kita nak selamatkan saudara kita daripada terus melakukan kemaksiatan, agar sama-sama menegakkan syariat Allah. Walaupun kita dah kalah banyak kali, tapi kita tetap teruskan atas dasar kasih sayang...

...kalaupun kita tak menang namun kita telah menang di sisi Allah..."

(lebih kurang maksudnya)

*****

Tazkirah daripada Ustaz Hairul Nizam usai solat sunat hajat & munajat bersama PAS.
Sebuah peringatan yang baik.

Dalam musim pilihanraya dan zaman yang manusia cenderung pada provokasi dan caci maki, pejuang-pejuang agama Allah wajar melakukan apa yang mereka lakukan dengan penuh kasih sayang hatta dengan musuh sekalipun.

#muhasabah

Saya rasa ini facebook beliau yang di dalam gambar:https://www.facebook.com/alex.yongkang

Apa-apa pun, terharu saya tengok rakan-rakan non-muslim yang tidak lagi prejudis terhadap islam khususnya PAS (bila mereka pakat-pakat letak logo PAS sebagai profile pic).

Ya, PAS ialah parti islam. Bersama PAS bukan bermaksud non-muslim dipaksa masuk islam atau perlu menerima kepercayaan orang islam.

Begitu juga PAS yang bekerjasama dengan pelbagai kaum di Malaysia, bukan bermaksud PAS menggadaikan islam, malahan PAS sedang melaksanakan tuntutan dalam islam, untuk menumbangkan kezaliman, dan menegakkan keadilan kepada rakyat berbilang bangsa.

Selebihnya, biarlah gambar ini berbicara.

Akhirnya bertemu dengan facebook pemilik komen ini yang sebenar: https://www.facebook.com/alexysc

Beliau komen di post ini: https://www.facebook.com/nikaziz/posts/10151368611032592


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.