NON -MUSLIM PAKAT-PAKAT LETAK LOGO PAS SEBAGAI PROFILE PIC DI FB.



"Yang merahmati akan dirahmati oleh Yang Maha Merahmati"

(mafhum hadith)

Ustaz Khairul Nizam (Al-Azhar) menjelaskan:

"..kita lawan UMNO ini atas dasar kasih sayang. Kita nak selamatkan saudara kita daripada terus melakukan kemaksiatan, agar sama-sama menegakkan syariat Allah. Walaupun kita dah kalah banyak kali, tapi kita tetap teruskan atas dasar kasih sayang...

...kalaupun kita tak menang namun kita telah menang di sisi Allah..."

(lebih kurang maksudnya)

*****

Tazkirah daripada Ustaz Hairul Nizam usai solat sunat hajat & munajat bersama PAS.
Sebuah peringatan yang baik.

Dalam musim pilihanraya dan zaman yang manusia cenderung pada provokasi dan caci maki, pejuang-pejuang agama Allah wajar melakukan apa yang mereka lakukan dengan penuh kasih sayang hatta dengan musuh sekalipun.

#muhasabah

Saya rasa ini facebook beliau yang di dalam gambar:https://www.facebook.com/alex.yongkang

Apa-apa pun, terharu saya tengok rakan-rakan non-muslim yang tidak lagi prejudis terhadap islam khususnya PAS (bila mereka pakat-pakat letak logo PAS sebagai profile pic).

Ya, PAS ialah parti islam. Bersama PAS bukan bermaksud non-muslim dipaksa masuk islam atau perlu menerima kepercayaan orang islam.

Begitu juga PAS yang bekerjasama dengan pelbagai kaum di Malaysia, bukan bermaksud PAS menggadaikan islam, malahan PAS sedang melaksanakan tuntutan dalam islam, untuk menumbangkan kezaliman, dan menegakkan keadilan kepada rakyat berbilang bangsa.

Selebihnya, biarlah gambar ini berbicara.

Akhirnya bertemu dengan facebook pemilik komen ini yang sebenar: https://www.facebook.com/alexysc

Beliau komen di post ini: https://www.facebook.com/nikaziz/posts/10151368611032592


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.