Seorang kanak-kanak Tidur Di Sebelah Kubur Kedua Ibubapanya Di Dakwa berlaku di Syria,Adalah Palsu.



gambar yang menjadi Viral di laman-laman sosial



kubur ini bukan kubur yang sebenar.sebaliknya ianya hanya longgokan batu sahaja.
dan kanak-kanak di dalam gambar adalah anak saudara Otaibi.



seorang jurugambar terkejut apabila gambarnya dimanipulasi untuk propaganda pihak lain dan disebarkan di media sosial.

gambar yang menyayat hati ini menunjukkan seorang kanak-kanak tidur di sebelah kubur kedua ibubapanya di dakwa ianya berlaku di Syria,dan telah menjadi viral di facebook dan laman-laman sosial yang lain sejak beberapa hari lalu.

namun jurugambar , Abdul Aziz Al-Otaibi mendedahkan bahawa gambar itu miliknya dan bukannya berlaku di syria melalui blognya.

"saya benar-benar terkejut dan marah bagaimana gambar saya dimanipulasi.gambat ini langsung tiada kena mengena dengan Syria" kata Otaibi.

notakaki- I shared this pic too sbb dramatic effect bila tengok. Boleh je add yang caption that this is not the real pic but it may depcits real or similar situation in syria.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Gambar Suspek Curi Duit Di ATM RHB .Anda Kenal Dengan 2 Gadis Ini?



Akibat cuai ketika berurusan di ATM. Seorang wanita kerugian RM2000. Kejadian berlaku di RHB Festival City, Menurut mangsa dia memasukkan kad ATM di mesin RHB bertujuan untuk urusan pendaftaran no telefon. Setelah selesai, dia meneruskan urusan di ATM CIMB bersebelahannya tanpa mengeluarkan kad ATM di mesin RHB yang dia berurusan sebelum ini.

Dia yang cuai dan terlupa terus pergi setelah urusan selesai dengan meninggalkan kad yang masih di berada di dalam ATM RHB. Setelah balik ke pejabat, dia membuat semakan melalui RHB Internet Banking dan mendapati RM2000 ringgit telah dikeluarkan dari akaunnya.



Mangsa kemudian membuat laporan polis dan hasil semakan melalui CCTV mendapati 2 orang gadis mengambil kesempatan mengeluarkan duit melalu akaunnya di ATM tersebut.


facebook beliau

10/1/2014:- I went to RHB ATM at festival city to register my mobile no. resit keluar saye amik and continue to ATM CIMB sebelah ATM RHB tu without realizing my card is still in the RHB ATM. balik ofis, check RHB internet banking ade withdrawal from my account-RM2k. Baru sedar kad tinggal, buat report kat balai polis, then went back to Festival City and asked for the cctv recording. These two girls saw the opportunity and withdraw my money.siap sengih2 sambil withdraw my money. Haih..so careless you Nurul Ain! Ni peringatan untuk diri sendiri and all of you jugak.semoga ape yang jadi to me tak kena dekat orang lain. Has it been a nice and honest person yg gi kat atm tu, I might not hilang my money. Now in the process of dapatkan gambar from the camera at the ATM. Will upload the video bile ade mase. Thank you en Hubby for helping me throughout the process..
Be careful everybody!


Sesiapa yang mengenali suspek sila hubungi balai polis berhampiran..sila SHARE



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Bagaimana Mengelak Makan dan Minum Di Kedai Guna Pelaris.




SOALAN :

Salam. Nak tanya…makanan yang dijual kat kedai yng guna pelaris tu ‘kotor’ ke?..kena elakkan makan kat situ ke?..macam mana nak tahu dia guna pelaris dan macam mana nak elakkan termakan kat kedai yg ada guna pelaris ye?..Tima kasih..^^

JAWAPAN :

Waalaikumussalam. Yang pertama… bergantung kepada jenis pelarisnya. Jika pelarisnya berupa ayat-ayat Quran dan doa-doa yang selaras dengan Islam, tak jadi masalah. Kalau pelarisnya berupa cara/benda yang bertentangan dengan agama, salahlah. ‘Kotor’lah dari sudut agamanya.

Kalau pelarisnya berupa benda-benda yang busuk, najis, menjijikkan… jelaslah kotornya. Tapi biasanya pabila disebut ‘pelaris’ ni, banyak yang ‘kotor’ dan kotor.

Sebaik-baiknya, elakkanlah makan minum di kedai-kedai yang sebegitu. Tapi masalahnya, kita pun tak tahu kedai tu berpelaris ke tidak. Kita tak boleh nak hukum sebarangan berdasarkan khabar-khabar angin.

Saya tak ada petua/ilmu untuk mengetahui sesebuah kedai tu berpelaris ke tidak. Tapi kaedah-kaedah sampingan tu adalah.

1. Kita tengok orang-orang soleh/ulama tak pergi makan pun kat kedai tu.Padahal orang biasa cukup ramai setiap hari.

2. Tuan dan pekerja kedai-kedai yg berpelaris ni BIASANYA tak menutup aurat dengan sempurna. Dan tak hirau waktu solat.

Nak elak termakan tu susah jugak, sebab kita tak tahu sesebuah kedai tu benar-benar berpelaris ke tidak. Jadi… walau di mana pun kita makan, bacalah sekurang-kurangnya Bismillah dan Bismillahillazhi layadhurru ma’asmihi syaiunfil ardi wa la fissama i wa huawassami’ul alim (3X lagi bagus).

Kalau nak panjang sikit, baca

 Bismillah 5. 

1, Bismillahirrahmanirrahim. 
2. Bismillahissyafi. 
3. Bismillahilkafi.
4. Bismillahil mu’afi 
5. Bismillahillazhi la yadurru ma’asmihi syaiun filardhi wala fissama i wa huawassami’ul ‘alim. 

InsyaAllah tak ada mudarat kepada kita.

Untuk minta Tuhan lorongkan kita ke kedai-kedai yg tidak berpelaris, dalam doa harian baca camni ” Ya Allah, Engkau kurniakanlah kepada aku gerak yang baik.” InsyaAllah hati kita kurang teringin hendak singgah di kedai-kedai yang berpelaris.

Sekadar itu sahaja yang dapat saya kongsikan. Moga bermanfaat.

Sumber: Abu Zulfiqar


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.