Gambar Suspek Curi Duit Di ATM RHB .Anda Kenal Dengan 2 Gadis Ini?



Akibat cuai ketika berurusan di ATM. Seorang wanita kerugian RM2000. Kejadian berlaku di RHB Festival City, Menurut mangsa dia memasukkan kad ATM di mesin RHB bertujuan untuk urusan pendaftaran no telefon. Setelah selesai, dia meneruskan urusan di ATM CIMB bersebelahannya tanpa mengeluarkan kad ATM di mesin RHB yang dia berurusan sebelum ini.

Dia yang cuai dan terlupa terus pergi setelah urusan selesai dengan meninggalkan kad yang masih di berada di dalam ATM RHB. Setelah balik ke pejabat, dia membuat semakan melalui RHB Internet Banking dan mendapati RM2000 ringgit telah dikeluarkan dari akaunnya.



Mangsa kemudian membuat laporan polis dan hasil semakan melalui CCTV mendapati 2 orang gadis mengambil kesempatan mengeluarkan duit melalu akaunnya di ATM tersebut.


facebook beliau

10/1/2014:- I went to RHB ATM at festival city to register my mobile no. resit keluar saye amik and continue to ATM CIMB sebelah ATM RHB tu without realizing my card is still in the RHB ATM. balik ofis, check RHB internet banking ade withdrawal from my account-RM2k. Baru sedar kad tinggal, buat report kat balai polis, then went back to Festival City and asked for the cctv recording. These two girls saw the opportunity and withdraw my money.siap sengih2 sambil withdraw my money. Haih..so careless you Nurul Ain! Ni peringatan untuk diri sendiri and all of you jugak.semoga ape yang jadi to me tak kena dekat orang lain. Has it been a nice and honest person yg gi kat atm tu, I might not hilang my money. Now in the process of dapatkan gambar from the camera at the ATM. Will upload the video bile ade mase. Thank you en Hubby for helping me throughout the process..
Be careful everybody!


Sesiapa yang mengenali suspek sila hubungi balai polis berhampiran..sila SHARE



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


4 comments

15 Januari 2014 pada 5:26 PTG

Allahurabbi mcm2 skang nih kan.

15 Januari 2014 pada 10:01 PTG

ada jugak org macam ni..ish3..kena lebih berhati2 lepas ni..

16 Januari 2014 pada 1:09 PG

zaman sekrg tak boleh nak percaya sgt dgn org yg nampak baik tapi hati tak tentu baik..so semua org kena berjaga2 jer larh..

17 Januari 2014 pada 3:03 PTG

yg sorang kena lebih berhati-hati dan berwaspada dan yg 2 org tu lagi kena lebih jujur..Org lain x nmpk..Allah nampak..dan skrg terpaksa tanggung malu bila satu dunia dha tgok...ermmm..:'(

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.