ISU MESIR: KATA USTAZ UMNO JANGAN JADI MACAM PEMBANGKANG DI MALAYSIA.




ustaz KJ kata cerita mesir ni sekadar sandiwara menipu dunia.

Bukankah dunia yang menipu kita?

aku bukan ahli agama, tapi aku manusia. 
Kami kongsi cinta yang sama.
Sebagai orang biasa-biasa, sebagai rakyat dan sebagai saudara, 
aku percaya mereka.

Ingat syahid tu boleh dibuat-buat ka?
Mana ada otot muka senyum ketawa bila Izrail cabut nyawa.


Moga Allah bagi hidayah.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


VIDEO TERKINI ISU SEMASA DI MESIR YANG TAK KELUAR DI TV.


Apa yang Morsi dah buat sebenarnya?

Gambar dari dia yang syahid: Mosa'ab Elshamy

Mereka semakin mengganas. seluruh mesir mereka bunuh. sekarang di tanta. maka bukti apakah lagi yang kamu mahu wahai dunia?

hasbunallah! hasbunallah!
cukuplah untuk kami Allah!

Allahumma asyhad! Allahumma asyhad!
(Allah. saksikanlah!)

rakyat tanta, adik adik PCT. jaga diri. keep safe. kalau nak keluar dari rumah, niat untuk jihad. alang alang mati, biar mati syahid!
kata seorang sahabat.. "Akak,nak mati syahid.tapi dengar tembakan pun dah nak nangis.
Tak kuat kan.kalau yang betul-betul depan mata,tak tau la apa perasaan.
tak berenti dengar tembakan dari tadi "

jawab saya, "Allahuakbar. lemahnya iman kita kan? saya pun sama. kita takut mati sebenarnya. Allah Allah. moga Allah bersama dan melindungi kalian. la hawla wa la quwwata illa billah".


Nak doa untuk diri pun dah rasa selfish. Saudara di mesir lebih perlu doa sekarang. Nak doa untuk diri sendiri macam mana, diorang tu tengah beri dada untuk di tembak. Depa tu dah mati dah. Hang faham dak? Mati!

Dan kita masih fikir tentang exam kita, tentang makan kita, tentang top up kita, tentang baju yang tak dapat dibasuh?politik?? Seriously? Mana hati manusia kau?


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


PHOTOS : BARAKALLAHULAKUMA FATIH SEFERAGIC ME AND THE WIFEY









Barokallahu lakuma wa baroka alaikuma wa jama'a bainakuma fi khaer .



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


VIDEO PENGAKUAN ISTERI: SUAMI PUKUL ISTERI DALAM LIF



Berang kerana anak-anak enggan mengikutnya keluar bersiar-siar, seorang suami sanggup melampiaskan kemarahan terhadap isterinya walaupun ketika berada di hospital.

Wanita yang teruk dibelasah dalam lif di sebuah hospital swasta di Bandar Perda di sini, berkata suami memintanya agar memberi kefahaman kepada anak-anak yang dia jarang pulang dan ingin membawa mereka keluar.

"Anak kedua merengek dan enggan mengikutnya. Mungkin ini membuatkan dia menjadi marah," ujar wanita yang memiliki tiga orang anak berusia antara empat hingga sembilan tahun, hasil perkongsian hidup selama 12 tahun dengan suaminya itu.




George Town, 15 Ogos - Penjawat awam yang dilihat melalui 
rakaman kamera litar tertutup (CCTV) membelasah isterinya di dalam lif di sebuah hospital swasta di Bukit Mertajam pada Isnin lepas menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan petang tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, SAC Mazlan Kesah berkata lelaki berusia 36 tahun itu menyerah diri pada pukul 4.45 petang.

"Saya dimaklumkan oleh IPD Kuantan, lelaki yang dikehendaki polis Pulau Pinang bagi membantu siasatan berhubung rakaman CCTV yang membelasah isterinya telah menyerah diri di sana.


"Kita akan bawa lelaki itu balik ke Pulau Pinang bagi mendapatkan perintah reman untuk siasatan berhubung kejadian itu," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata kes itu disiasat menurut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan polis percaya dengan penahanan lelaki itu, ia dapat menyelesaikan kes berkenaan dalam tempoh terdekat.

Rakaman CCTV yang dimuat naik dan disebarkan secara meluas dalam laman Facebook dan YouTube itu menunjukkan suspek menumbuk isterinya sehingga kepalanya terhantuk, memijak cermin mata isterinya yang terjatuh, menampar dan menendang mangsa beberapa kali.

Insiden itu turut diperhatikan dua anak kecil pasangan itu yang
masing-masing berusia empat dan lima tahun.- BERNAMA


notakaki- fitrah kecenderungan lelaki dan wanita itu tidak sama hanya kecuali apabila keduanya telah rosak, maka sifat kebinatangan akan tetap merajai tanpa mengira jantina.
apa-apa pun kembali kepada IMAN (keyakinan kepada Allah), TAUHID (mengesakan Allah) dan TAQWA (takut kepada Allah).


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Kisah Petang Raya Pertama dan Pergolakan Di Mesir.


Kisah petang Raya pertama,
tetiba Abaya hitam si P kotor sikit, ter"sapu" debu-debu jalan
Si Q menegur "P, baju belakang putih, kena debu.."

P cuba hilangkan kotoran di abaya hitamnya.
P yang memang suka bermadah ni berpujangga...

"Putih dan hitam saling melengkapi,
apa yang tak nampak pada putih, nampak pada hitam,
apa yang tak nampak pada hitam, nampak pada putih.."

Fuhh. Dalam maknanya

--------------------------------------------------------
Betul lah, kalau hati dah putih, atau agak-agak putih dalam melalui madrasah Ramadhan,
Pasti akan terasa "hitam" nya bila buat something wrong or something kurang di bulan syawal.

Contoh mudah:

Al-Quran sebulan terbiasa baca banyak,
bila sehari dua "busy" dengan Raya,
Terasa tak kosong? rasa bersalah tak?

Solat sunat kita terpelihara sebulan,
tetiba terabai sibuk dan penat 2, 3 hari.

Sebulan kita jaga pakaian dan kurangnya bicara kosong,
bagaimana bila hari raya tetiba banyak pula sia-sia dan dosa di lidah dan ucapan.

Kalau rasa salah, silap dan dosa, Alhamdulillah :')
Hati kita masih diberi hidayah olehnya,

Jom istiqamah,
istighfar lah, moga Allah ampunkan kekhilafan kita.
dari segi niat kita, bicara kita, perbuatan kita dll.

Astaghfirullahalazhim.

Ya Allah, ampunkalah dosa kami, dan bimbinglah kami Ya Allah.

*Jangan sampai sebulan terbiasa, takut nanti dah tak kenal hitam dan putihnya.
Alhamdulillah ada puasa enam kan, moga dapat menampung "cacat cela" amalan kita

*haish, bila lah nak start puasa,


make it viral. this is genocide.

malu rasa diri. fikir macam macam pasal Allah bila diuji. sedang saudara seislam di mesir ditimpa macam macam.

mari panjat doa seperti nabi zakaria. yang meminta perkara seakan mustahil bagi akal manusia. mahu anak, sedang diri sendiri sudah tua, isteri pula mandul.

tapi kata baginda, "Allah. aku belum pernah kecewa meminta denganMu." niatkanlah semuanya untuk redha Dia.

adik adik yang sedang down dengan result, marilah. mari panjat doa seperti nabi zakaria. tiada yang mustahil di sisi Allah. doakan sama untuk mesir. di situlah tempat kita mendapat ilmu, mengenal Allah.

wahai tuhan, yang memiliki kalimah kaf ha ya 'ain sad.
dengarkanlah.

Wahai RAJA hari pembalasan!

Cukuplah Engkau untuk kami harapkan membantu saudara kami di mesir sekarang. Hancur leburkan penentangMu hingga tiada sisa!

Allahuakbar!

Dengan ini, saya melancarkan kempen berpuasa sunat pada esok hari. Moga moga puasa itu menjadi asbab terimanya Allah dengan doa kita supaya mesir dipelihara.

Mari, sama sama kita.

Allahummansur ikhwanana fi misr!

Moga Allah menerima amalku dan amal kamu.
Dan Moga istiqamah.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


MAT LUTHFI LAWAT GEREJA DI PAGI RAYA.


Gambar yang dimuat naik oleh beliau, telah mencetuskan kontroversi sehingga ada yang menganggap ia satu perbuatan yang salah. Di samping itu juga, ada juga yang turut memberikan pendapat yang positif. Boleh lihat screen shot di bawah ini.


Gambar Mat Luthfi lawat gereja di pagi raya telah cetus kontroversi. Akibat daripada tindakan tersebut, ramai peminat yang memberi komen negatif dan ada juga yang menyokong tindakan Matluthfi dan mengatakan tindakan tersebut tidak salah. Menurut Matlufti, dia hanya melakukan site visit ke gereja tersebut untuk tugasan beliau. Selain itu dia juga dijemput untuk melakukan ceramah pada ahad nanti. Sebenarnya, menjejakkan kaki di gereja dan ada niat atau tujuan tertentu memang tidak salah namun jika mengikuti upacara keagamaan itu adalah salah. Apapun, memang terbaik Mathluthfi kerana dengan ayat ” We welcome Everbody. Doesn’t Matter Who You Are”. Menghormati antara agama lain adalah nilai paling penting dalam Islam.


Antara Komen Positif Dari Peminat



sumber: Facebook


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


INILAH WAJAH PENGURUS RESORT YANG DITAHAN POLIS MENGENAI ISU SURAU YANG DIJADIKAN TOKONG.




PEMILIK resort berbanju warna jingga (tengah) diiringi anggota polis ketika hadir ke mahkamah bagi mendapatkan perintah reman di Mahkamah Sesyen/Majistret Kota Tinggi bagi kes surau yang dijadikan tempat upacara keagamaan di surau Tanjung Sutera Resort, Kampung Sedili Besar, Kota Tinggi, hari ini.

Kejadian ini berlaku bukan dinegeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat...Sebab itu tiada demonstrasi keras dan ganas dari Pemuda UMNO, Perkasa dan JATI... malahan tiada repot polis dibuat pun dikhabarkan dari kelompok-kelompok ini.

sumber sini

SENAI - Polis Johor menahan pengurus pusat peranginan di Sedili Besar, Kota Tinggi kerana menyalahgunakan surau untuk kegunaan penganut agama lain.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, penahanan itu dibuat selepas pihaknya menerima laporan orang awam berhubung kejadian itu pada jam 3.25 petang, 10 Ogos lalu.

Menurutnya, pengurus pusat peranginan terbabit ditahan pada jam 2 petang semalam, bagi tujuan menyiasat kes yang telah dilakukan.

“Polis terima laporan orang awam mengenai satu kejadian sebuah surau disalahgunakan penganut agama lain.

“Surau tersebut dimiliki sebuah pusat peranginan milik pengusaha tempatan. Susulan laporan yang diterima, polis menubuhkan satu task force diketuai Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Ismail Yatim,” katanya dalam satu kenyataan, di sini semalam.

Mohd Mokhtar berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan mencemarkan tempat sembahyang dengan niat hendak mengaibkan agama mana-mana golongan.


“Siasatan akan dijalankan secara mendalam dan pihak polis menasihatkan orang ramai supaya bertenang dan menyerahkan kepada polis untuk meneruskan siasatan serta mengambil tindakan sewajarnya,” katanya.

sinar-


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


TENGOK LIVE STREAMING HUJAN METEOR.



klik sini













Firman Allah سبحانه وتعالى :

بِسْمِ اللَّـهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

وَالسَّمَاءِ ذَاتِ الْبُرُوجِ ﴿١﴾ وَالْيَوْمِ الْمَوْعُودِ ﴿٢﴾ وَشَاهِدٍ وَمَشْهُودٍ﴿٣

“Demi langit yang mempunyai tempat-tempat peredaran bintang-bintang; Dan hari (pembalasan) yang dijanjikan;  Dan makhluk-makhluk yang hadir menyaksikan hari itu, serta segala keadaan yang disaksikan.”
(Surah Al-Buruj 85: Ayat 1-3)
.
Tips Untuk Melihat Hujan Meteor


Di Malaysia, buruj Perseus tetap dapat dilihat jelas kerana berada di ketinggian serendah 35 darjah. Orang ramai boleh melihat fenomena ini apabila cuaca cerah, jauh dari pencemaran cahaya ke arah timur laut serta tidak terhalang oleh sebarang objek.

Waktu terbaik menyaksikan hujan meteor itu ialah selepas bulan terbenam bermula 11 malam. Antum tidak perlu menggunakan sebarang peralatan teleskop dan antum boleh mengarahkan pandangan ke timur laut pada waktu tersebut sehingga menjelang subuh.

.

Pegawai dari Planetarium Hayden New York, Joe Rao memberikan beberapa tips untuk menyaksikan fenomena angkasa yang indah ini:

1. Cari kawasan yang jauh dari bandar yang terang-benderang kerana di bawah cahaya lampu kota, kita hanya boleh menyaksikan meteor yang paling terang.

2. Waktu pemerhatiannya bermula pukul 11 malam, dengan kemuncak hujan meteor tersebut berlaku di antara jam 1 pagi sehingga menjelang subuh.

3. Pilih lokasi yang tidak mempunyai pandangan terhalang seperti tanah lapang dan di atas bumbung bangunan.

4. Duduk santai sambil mengarahkan pandangan ke selatan hingga ke timur laut.

5. Berdoa agar langit di lokasi antum cerah dan tidak mendung.


والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

(Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


GAMBAR PERKAHWINAN Ustaz Dr. Zaharuddin Abdul Rahman (UZAR) yang berkahwin dengan isteri keduanya.



Alhamdulillah. Barakallahu fik kepada Ustaz Dr. Zaharuddin Abdul Rahman (UZAR) yang berkahwin dengan isteri keduanya. UZAR berjaya mentarbiah isteri dan anak-anaknya, semoga dengan poligami ini, UZAR mampu menjadi role model suami mithali yang berpoligami. Selepas ini jumlah isteri-isteri UZAR boleh berjemaah dalam melakukan kerja dakwah dan tarbiah. Makmum UZAR sudah bertambah.


bila hari raya balik kampung asyik kena leter dan ceramah oleh pak cik mak cik sebab belum kahwin.

notasiku- Bujang adalah gaya hidup masa kini. betul ke?



1 syawal 1433H,

***

takbir raya bergema,
menandakan Syawal menjelma,
dan Ramadhan menutup tirai.

semoga bertemu lagi di tahun hadapan wahai Ramadhan inshaAllah.

dan semoga Allah terima amalan kita sepanjang bulan mulia inshaAllah.

(maaf lewat buat entry)

Di kesempatan ini saya ingin memohon kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang perkenalan. maafkan diri ini,andai ada hak-hak persahabatan yang belum tertunai,terlanjur atau terkasar bahasa,dalam sedar mahupun tak,gurauan yang tak terbatas atau terlepas pandang pada mana-mana mesej/komen yang tak terbalas. Semoga kita dapat melangkah ke bulan Syawal dengan tarbiyah Ramadhan yang mantap. InshaAllah,sama-sama terus memberi kebaikan dan saling mengingatkan.

kullu 'am wa antum bikhair.

Selamat hari raya aidilfitri! 
'Eid Mubarak,Taqabbalallahu minna wa minkum!

Maaf Zahir dan Batin
dari saya.




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.