Peringatan Tarikh Daftar BR1M 3.0 2014 Bagi Pemohon Baru.



BR1M 3.0

Lebih 70 peratus daripada 900,000 pemohon baharu yang layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M 3.0) pada 2014 masih belum mendaftar, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan.

"Saya menyeru mereka yang layak untuk segera mendaftar dan mengemas kini maklumat sebelum 31 Jan ini bagi memudahkan mereka untuk turut menerima perlindungan caruman takaful i-BR1M," katanya.

Berhubung caruman takaful i-BRIM, beliau berkata kerajaan sedang memperhalusi perlindungan insurans dengan Bank Negara Malaysia dan beberapa syarikat insurans untuk dimuktamadkan dalam masa terdekat.
Beliau meminta penerima BR1M 3.0 tidak melewat-lewatkan pendaftaran selain berharap agar kerajaan tidak melanjutkan tarikh pendaftaran itu.

"Sepatutnya rakyat telah belajar melalui BR1M 1.0 dan 2.0 dan tidak perlu memohon tarikh lanjutan kerana ini kali ketiga BR1M diagihkan," katanya dalam sidang media selepas melawat kaunter BR1M di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri, Cyberjaya pada Jumaat.

Ahmad berkata sekiranya penerima melewat-lewatkan proses pendaftaran kesannya kemungkinan perlindungan insurans i-BR1M tidak dapat diperoleh yang mana tempoh perlindungannya bermula 1 Januari hingga 31 Disember 2014.

Beliau berkata kerajaan menjangkakan untuk tahun ini 7.9 juta rakyat layak menerima BR1M 3.0 dengan peruntukan RM4.5 bilion berbanding RM3 bilion untuk BR1M 2.0.

"Jumlah 7.9 juta ini termasuk 6.8 juta penerima sedia ada dan 900,000 pemohon baharu serta 200,000 'buffer' bagi pemohon yang baru memasuki umur 21 tahun serta mereka yang mempunyai pendapatan RM4,000 ke bawah untuk tahun ini," katanya.

Namun, kata Ahmad, hanya 4.4 juta daripada 6.8 juta penerima sedia ada telah mengemas kini maklumat nombor akaun bank, manakala 2.4 juta lagi masih belum berbuat demikian.

"Sehubungan itu, saya memohon agar penerima BR1M dapat mengemas kini maklumat nombor akaun bank mereka bagi memudahkan urusan," katanya sambil menambah agihan pembayaran BR1M akan dibuat kepada mereka yang layak mulai Februari.

Melalui Bajet 2014 yang diumumkan Perdana Menteri pada Oktober lepas, isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah layak menerima BR1M RM650 dan caruman takaful i-BR1M RM50.

Isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,001 hingga RM4,000 turut layak menerima sejumlah RM450 serta caruman takaful RM50 dan bagi individu bujang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan bulanan tidak melebihi RM2,000 juga layak menerima RM300.- BERNAMA


klik sini BORANG ONLINE PERMOHONAN BR1M DAN KEMASKINI BR1M 2014
klik sini LINK PERMOHONAN BARU BR1M 3.0  DAN CARA KEMASKINI BR1M 2014 SECARA ONLINE

Sila hantar borang tersebut yang telah lengkap diisi bersama dokumen sokongan (jika berkenaan) ke cawangan LHDNM yang berdekatan sebelum 31 Januari 2014.

Jika tiada maklumat yang perlu dikemaskini, anda tidak perlu berbuat demikian.

Status kelayakan lulus BR1M 2014 hanya boleh disemak secara berperingkat mulai Februari 2014 dengan memaklumkan nama penuh dan nombor kad pengenalan pemohon.

Sebarang persoalan boleh menghubungi talian hotline 1-800-88-2716yang beroperasi dari jam 9 hingga 5 petang, Isnin hingga Jumaat.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Misteri Kematian Bayi Di Taska Terjawab.



Putrajaya - Misteri kematian bayi lelaki berusia empat bulan di sebuah taska di Desa Pinggiran Putra, kelmarin terjawab selepas hasil bedah siasat mendapati bayi berkenaan mengidap penyakit paru-paru berair.

Pengusaha taska yang hanya ingin dikenali sebagai Johan, 48, berkata, perkara itu dimaklumkan ibu bapa arwah Azeem Rifhan selepas mendapat laporan bedah siasat daripada hospital.

Keluarga arwah tidak menyedari arwah mengalami masalah berkenaan kerana dia seorang bayi yang aktif dan ceria.

Sehubungan itu, Johan meminta orang ramai berhenti menuding jari ke atas taska miliknya kerana kematian bayi itu tidak membabitkan sebarang unsur jenayah ataupun kecuaian pengasuh.

“Azeem Rifhan meninggal bukan disebabkan tersedak susu kerana doktor mendapati jumlah susu dikeluarkan dari badan mangsa hanya di dalam jumlah minima.

“Malah, saya sudah melawat ibu bapa mangsa ketika di hospital semalam (kelmarin), dan memohon maaf di atas apa yang berlaku, mereka tidak menyalahkan kami reda dengan kejadian menimpa anak sulung mereka dan menganggap itu ketentuan Allah,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Semalam Harian Metro, melaporkan Azeem Rifhan meninggal dunia secara misteri di sebuah taska di Desa Pinggiran Putra, dekat sini dan lebih menyayat hati kematiannya hanya disedari ibu bapa yang mengambilnya jam 2.15 petang, kelmarin.

Bayi itu dipercayai sudah sejuk dan kaku ketika diserahkan kepada ibunya, Rossmaine Sulaiman, 38, dan pengasuh mendakwa tidak tahu bagaimana kejadian itu berlaku kerana menyangka bayi itu nyenyak tidur.

Melihat keadaan anaknya yang sudah mengeras dan biru, Rossmaine terus membawanya ke Hospital Putrajaya (HPj) untuk rawatan lanjut, malangnya bayi itu gagal diselamatkan walaupun diberi bantuan pernafasan (CPR) lebih satu jam oleh doktor bertugas.

Ketika ditanya mengenai keadaan bayi sebelum kejadian itu berlaku, Johan berkata, pengasuh bertugas menjaga bayi itu mendapati bayi berkenaan sedang tidur dan membuatkan kematiannya tidak disedari.

“Melihatkan dia tidur nyenyak, siapa sangka akhirnya boleh berlaku perkara tidak diingini,” katanya. -Harian Metro

****

Tersedak susu boleh juga terjadi dalam keadaan dipanggil Gastroesophageal Reflux. Ada injap dipanggil Lower Esophageal Sphincter (LES) di antara esophagus dan perut. LES fungsinya menghalang makanan/cecair yang sudah masuk ke dalam perut, untuk tertolak balik ke atas, masuk semula ke esophagus. Bagi baby, otot LES ini masih lemah, maka sebahagian susu yg sudah masuk ke dalam perut, mungkin terlepas masuk semula ke esophagus. Dari esophagus, susu tersedak ini boleh naik ke atas, dan masuk ke trachea. Reflux mudah terjadi kalau baby menyusu dalam keadaan terlentang. Selain memastikan posisi baby masa menyusu, penggunaan susu yang lebih pekat boleh kurangkan insiden reflux. Reflux akan pulih dengan sendirinya bila baby makin membesar.

So, tips mengelakkan tersedak susu:


1. Jangan paksa , sumbat botol susu masa baby tengah melalak menangis. Sabar. Tunggu tangisan reda sedikit, baru bagi susu.


2. Elakkan posisi baby baring terlentang masa menyusu baby. Naikkan sikit bahagian kepala baby.


3. Kalau baby selalu sangat tersedak masa menyusu, bawa jumpa doktor, utk pemeriksaan lanjut..kot kot ada masalah reflux...or kadangkala masalah congenital seperti tracheo-esophageal fistula.


4. Make sure puting susu, sesuai dengan usia baby.


5. Biasakan diri, dan fahami pattern baby kita masa menyusu. Berapa ounce dan berapa lama masa diambil utk habiskan. Setiap baby berbeza kadar penyusuannya.


6. Amalan masyarakat kita menyendawakan / burp -kan baby, pun bagus dibuat...Sebab utk buat baby sendawa, memang kita kena hold baby in upright posture, selepas menyusu.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


SUARA HATI DR MAHATHIR : SAYA SEDIH..



SAYA sedih. Bukanlah saya berharap kerana kesedihan saya akan menarik simpati sesiapa. Hanya saya ingin menyatakan perasaan saya- perasaan apabila melihat kaum bangsa saya, orang Melayu, begitu sekali tidak tahu bersyukur, begitu sekali mudah lupa, begitu sekali mudah dipengaruhi dan diperalat oleh orang lain sehingga sanggup memburukkan bangsa sendiri.

Bagi generasi yang dilahirkan selepas merdeka tentulah mereka tidak merasai sendiri kehinaan yang dialami oleh orang Melayu semasa mereka dijajah dahulu. Tetapi takkanlah mereka tidak baca sejarah bangsa mereka.

Jika mereka sudah lupa, jika mereka tidak dapat memahami pahit maung, pedih perit bangsa yang dijajah, izinkan saya yang biasa dengan tiga penjajahan bercerita sedikit berkenaan orang Melayu semasa dijajah.

Rata-rata mereka miskin, tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak terdaya mempertahan negeri-negeri mereka. Mereka terpaksa bertuankan orang putih Inggeris yang mereka terima sebagai Tuan mereka di negeri mereka sendiri. Mereka bukan tuan rumah. Mereka sebenarnya hamba rumah yang diduduki orang lain.

Orang putih, secara terbuka menyatakan orang Melayu adalah bodoh dan malas, tidak mampu menyumbang apa-apa kepada pembangunan negeri-negeri mereka. Mereka hanya layak jadi pemandu kereta dan orderly atau budak pejabat atau kerani. Mereka dianggap tidak berkebolehan melaksanakan apa-apa kerja yang dipertanggungjawab kepada mereka. Orang asing dari India dan Cina perlu dibawa masuk untuk mengatasi masalah Melayu malas dan tidak cekap.

Datang Jepun. Orang Melayu hilang jawatan perkeranian dan jawatan-jawatan rendah yang lain. Mereka terpaksa jadi penjual pisang di tepi jalan – kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.

Jika tidak tunduk serendah mungkin apabila lalu di hadapan askar Jepun, mereka dipaksa tatang ketulan batu yang besar sehingga mereka pening dan jatuh. Mereka diarah panjat pohon kelapa untuk dapat buah kelapa bagi askar Jepun. Jika gagal mereka ditempeleng dan terbongkok-bongkok meminta maaf daripada askar Jepun.

Tanpa bertanya sedikitpun akan pandangan orang Melayu sebagai pemilik negeri-negeri Melayu, Jepun menghadiahkan empat buah negeri Melayu, iaitu Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Siam, kerana membalas budi Siam.

Di bawah pemerintahan Siam, orang Melayu diarah supaya menghormati lagu kebangsaan Siam dan bendera Siam. Saya lihat sendiri seorang orang tua Melayu yang tidak turun basikalnya semasa lagu kebangsaan Siam dimainkan, ditendang di kepala oleh askar Siam apabila lagu berhenti dan ia jatuh terlentang di atas jalan. Saya dan beberapa Melayu lain tidak berani menolong orang tua yang telah jatuh. Kami bangsa yang dijajah dan boleh ditendang oleh sesiapa yang menjajah bangsa kami. Jangan siapa tolong.

Kemudian, British kembali dan raja-raja Melayu diugut akan diturunkan dari takhta mereka jika tidak tandatangan perjanjian Mac Michael supaya negeri-negeri Melayu diserah secara langsung kepada British. Dan raja Melayu pun tandatangan dan diturunkan pangkat kepada kadi besar negeri mereka.

Cadangan Malayan Union British bertujuan menamatkan negeri-negeri Melayu sebagai Tanah Melayu, milik orang Melayu. Ia akan jadi milik siapa sahaja yang mendapat taraf rakyat Malayan Union milik British.

Dalam keadaan orang Melayu begitu miskin, daif dan tidak berilmu pengetahuan, tidak memiliki apa-apa kecekapan, tidak mempunyai senjata, tidak tahu berniaga, sudah tentu mereka akan menjadi kuli dan hamba kepada orang lain yang lebih pintar, lebih cekap dan lebih kaya daripada mereka. Sudah tentu tidak akan ada Tanah Melayu, tanah tumpah darahnya orang Melayu. Mereka akan jadi bangsa yang tidak bernegara, tidak bertanahair. Tidak ada masa depan bagi mereka.

Alhamdulillah. Di saat itu mereka tiba-tiba sedar. Berkat beberapa kerat di antara mereka yang terpelajar yang tahu akan malapetaka yang menanti bangsa mereka, mereka ketepikan sikap kenegerian mereka dan kesetiaan kepada raja masing-masing atau kepada keturunan mereka. Mereka bersatu dan bangun menentang rancangan Malayan Union British. Perpaduan Melayu yang tumpat ini, pendirian mereka yang tidak berbelah-bahagi berkenaan penolakan Malayan Union memaksa British gugurkan rancangan mereka dan kembalikan negeri-negeri Melayu bersama Pulau Pinang dan Melaka yang dimiliki British kepada orang Melayu. Maka terselamatlah orang Melayu dan negeri mereka.

Malangnya sekembalinya sahaja Semenanjung Tanah Melayu ke tangan orang Melayu, maka bermulalah rebutan untuk nikmat yang datang dengan pemerintahan sendiri, khususnya untuk menjadi ahli dalam dewan-dewan negeri dan dewan undangan Persekutuan. Keahlian ini menjanjikan pangkat, elaun dan lain-lain kemudahan.

Untuk bekerja sebagai budak pejabat memerlukan kelulusan tertentu. Tetapi untuk menjadi Yang Berhormat, menteri, bahkan Perdana Menteri tidak memerlukan apa-apa sijil atau kelulusan.

Yang kecewa, yang tidak dapat nikmat yang dikejar lupa akan nikmat perpaduan dan mereka tinggalkan UMNO untuk tubuh kesatuan mereka sendiri. Dengan ini mereka akan dapat dicalon oleh parti mereka untuk bertanding dalam pilihan raya yang akan datang.

Kumpulan pertama yang menubuh parti serpihan terdiri daripada ulama dalam UMNO yang kecewa kerana permintaan mereka supaya 10 daripada mereka dicalonkan oleh Tunku Abdul Rahman ditolak olehnya dan hanya satu sahaja yang diberi kepada kumpulan ini.

Tetapi Tuhan Maha Kaya. Rata-rata orang Melayu terus menyokong UMNO yang mana ini memberi kemenangan kepada UMNO dan rakan-rakannya. Demikianlah besarnya sokongan ini sehingga British terpaksa serah kuasa kepada Perikatan ciptaan UMNO. Jika Parti Islam mendapat lebih daripada satu kerusi, nescaya kemerdekaan tidak tercapai pada 1957.

Tanpa merampas hak orang lain, pemerintahan yang bertunggak kepada Melayu berjaya membangunkan negara dan memberi kepada bangsa Melayu dan bumiputera lain pelajaran, latihan dan peluang yang tidak pernah dinikmati oleh mereka semasa dijajah.

Berkat semua ini maka terpulihlah maruah bangsa Melayu. Alhamdulillah.

Ramalan bahawa pemerintahan yang dipimpin Melayu ini akan merampas hak dan harta kaum lain tidak menjadi kenyataan. Sebaliknya pimpinan yang diterajui Melayu berjaya memajukan negara sehingga dikagumi dunia.

Semua ini terang dan nyata. Dunia akui kebolehan orang Melayu yang memimpin Malaysia. Tetapi mereka belum sampai ke tahap bersaing dengan kaum lain terutama dalam bidang perniagaan dan perusahaan.

Malangnya kejayaan yang sedikit ini telah menjadikan mereka bongkak dan tamak. Rebutan kuasa antara mereka terus berlaku dan rebutan yang berpunca kepada ketamakan individu tertentu menyebabkan perpecahan dan serpihan daripada parti utama mereka.

Mereka yang kecewa kerana gagal merebut tempat menghasut ahli-ahli dan pemimpin kerdil untuk menyertai mereka, untuk menjayakan hasrat sempit mereka merebut kuasa, terutama untuk menjadi Perdana Menteri. Untuk ini mereka membohong, menyalahtafsir agama, menyokong orang lain yang tidak suka melihat orang Melayu meraih walaupun sedikit kekayaan, kedudukan dan nikmat yang terdapat di negara ini.

Hasilnya ialah perpaduan Melayu diganti dengan perpecahan. Orang Melayu yang dahulu digeruni oleh British kerana kukuhnya perpaduan mereka, sekarang berpecah kepada tiga kumpulan kecil yang terpaksa mengemis untuk mendapat sokongan orang lain termasuk mereka yang menentang segala usaha untuk mengimbangkan kedudukan orang Melayu dengan kaum-kaum lain.

Sokongan orang lain ini tidak diberi secara percuma. Jika mana-mana daripada parti Melayu ini memenangi pilihan raya dan mendirikan Kerajaan, tak dapat tidak Kerajaan ini akan terpaksa mengikuti telunjuk orang lain. Melayu tidak lagi akan menjadi tunggak kepada pemerintahan negara yang mereka rela berkongsi dengan orang lain. Mereka akan jadi puak minoriti dalam pakatan yang mereka sertai. Inilah yang akan terjadi hasil perpecahan orang Melayu.

Siapakah yang membawa malapetaka ini. Tak lain tak bukan malapetaka ini dibawa oleh orang Melayu sendiri – orang Melayu yang tamak, orang Melayu yang kurang pintar, orang Melayu yang mudah dipengaruhi nafsu, yang mudah dikuasai oleh perasaan benci apabila dihasut.

Orang Melayu sudah lupa akan betapa hinanya mereka semasa dijajah dahulu. Mereka tidak pun mengakui akan nikmat yang banyak yang dinikmati oleh mereka setelah merdeka dan mereka menerajui Kerajaan – Kerajaan Malaysia merdeka.

Oleh kerana lupa dan tidak bersyukur, mereka rela supaya perpaduan yang memberi kekuatan kepada mereka dimusnahkan. Mereka sanggup dipecah dan dipisah daripada kuasa yang sedikit yang ada pada mereka.

Sebab inilah yang saya sedih. Bangsa saya jelas tidak dapat menangani kejayaan. Bangsa saya mudah lupa. Bangsa saya tidak tahu bersyukur. Bangsa saya tidak tahu mengambil iktibar daripada nasib yang menimpa kaum sebangsa yang hari ini tinggal di wilayah yang dikuasai orang lain.

Jangan bersedih dan bersimpati dengan saya. Bersimpatilah dan bersedihlah dengan diri sendiri, dengan anak cucu yang akan alami masa depan yang gelap kerana kita tamak dan begitu benci kepada bangsa dan pemerintahan oleh kita sendiri.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20120923/re_01/Suara-hati-Dr-Mahathir#ixzz2pNz8ilTU


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


VIDEO NGERI LELAKI BUNUH DIRI DI TIMES SQUARE TERSEBAR .


Video yang baru tersebar di media sosial ini merupakan susulan kejadian bunuh diri seorang lelaki terjun dari tingkat 9 pusat membeli belah Times Square, Kuala lumpur. 

Video menunjukkan detik-detik lelaki itu terhempas ke lantai..





pernah terjadi kes yang sama  baca sini



Hargailah Nyawa Anda.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Siapa sangka, tepat 95 hari setelah mimpi itu, Allah benar-benar memanggil penyanyi ini.



Inna Lillahi wa inna ilaiih raaji'uun.Vokalis kumpulan nasyid Edcoustic Aden atau nama sebenarnya Kang Deden Supriadi yang berusia 34 tahun, menghembuskan nafas terakhir di Rumah Sakit Islam Bandung Jawa Barat pada 30 Disember 2013 ..

 Al-fatihah..

Siapa sangka, tepat 95 hari setelah mimpi itu, Allah benar-benar memanggil penyanyi ini.
Kematian merupakan rahsia Allah Subhanahu wa Ta'ala yang tak seorang pun dapat mengetahui dengan pasti bila datangnya. Namun, Aden telah meninggalkan karya dalam mewarnai dunia muzik
Indonesia dengan nasyidnya.

Twit Aden menceritakan mimpinya



Wahai pemilik nyawaku.. betapa lemah diriku ini.... berat ujian darimu.. ku pasrahkan semua... padamu...

Tuhan... kuatkan aku..
Lindungi ku dri putus asa..
Jika.. ku harus mati..
Pertemukan aku dengan Mu....

Kata kata cinta terucap indah mengalir berdzikir di kidung doaku..
Sakit yang ku rasa biar jadi penawar dosaku....
butir butir cinta air mataku...
Teringat semua yang kau beri untukku..
Ampuni hilaf dan salah..
Slama ini.. ya Ilahi..

Muhassabah cintaku..




Kerana hari esok pasti ada.Akan tetapi esok hari belum tentu kita masih ada.Ya Allah..Hidupkanlah kami dalam kebaikan.Dan matikanlah kami dalam kebaikan,Bimbinglah kami agar selalu berada dijalan_Mu.Aamiin Ya Rabbal 'Alamin


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Sambutan Tahun Baru 2014.


Najwa Latif merasa kecewa dengan tindakan peserta demontrasi menceroboh kawasan Sambutan Tahun Baru 2014 di Dataran Merdeka. Menurut Najwa mereka bukan sahaja bertindak liar malah beliau melihat ada yang meraba penonton wanita.

Beliau melahirkan kekesalan dalam entri terbaru twitternya.


Keadaan di Dataran Merdeka

IMG-20131231-WA0426





Esok kalau orang tanya umur berapa,
Jangan buat buat lupa nak tambah satu,
Esok kat akhirat kalau takut tak dapat jawab apa apa,
Marilah sama sama beramal dengan penuh jitu.

Masa akan terus berjalan,
dan kini 2000 empat belas menjelang,
Setiap hari kena hitung amalan,
Supaya jalan kedepan arah tak hilang.

Hari ini termenung fikirkan azam,
Dengan harapan hari esok biar dapat realitikan,
Buat apa yang di perintahkan Pemilik alam,
Yang dilarang Tuhan tinggal tinggalkan.

Selalu orang kata "diam tandanya setuju"
sebab tak setuju, mana boleh duduk diam.

kena TURUN :

Turun dari rumah pergi kerja/menuntut ilmu
Turun tangga nak pergi tingkat bawah
Turun ke dapur nak makan
Turun dari kenderaan masuk ofis/sekolah
Turun masjid/surau untuk solat jemaah
Turun dalam masyarakat sampaikan Islam.

Turun nyatakan hak dan kebenaran. Jangan diamkan kezaliman.
Tak nak guling guling pun, kotoq baju. heh.

15 juta untuk sambutan tahun baru dan rakyat menyambut tahun baru dengan kenaikan kos hidup dan disuruh keluar dari malaysia kalau tak suka.

ada lagi yang masih buta mata?
ke sebenarnya korang ni Allah dah butakan hati?

Selamat datang 2014. 

Moga yang berhimpun dengan niat ikhlas dikejutkan malaikat untuk subuh.

Nawaitu.

Wa Makaru Wa Makarallah Wallahu Khairul Maakireen.

And they plan and Allah plans....And Allah is THE BEST OF THE PLANNERS.
 Ameen.



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


TERKINI GAMBAR BANJIR DI BINTULU SARAWAK.


Menurut sumber rakan yang berada di sana, hujan turun tanpa henti selama kira-kira 20 jam. Banyak kawasan perumahan yang ditenggelami air sehingga paras pinggang ( jika dilihat di dalam gambar, paras air hampir mencecah ketinggian pagar rumah ) dan kelihatan banyak kenderaan yang tersadai dan habis tenggelam.
bagi penduduk di kawasan sekitar, sila berhati-hati.






















KUCHING: Keadaan hujan yang berterusan telah menyebabkan empat bahagian di Sarawak dilanda banjir hari ini.

Jurucakap Bilik Gerakan Bencana Negeri semasa dihubungi hari ini berkata, beberapa kawasan di Miri, Bintulu, Betong dan Sri Aman dinaiki air antara 0.5 meter dan satu meter.

Menurutnya dua buah keluarga juga telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Marudi, sebuah bandar di pedalaman di Miri.

Di bandar Bintulu pula, tujuh kawasan perumahan dinaiki air sehingga 0.5 meter namun jumlah penduduk yang terjejas dan perlu dipindahkan masih belum dapat dipastikan.

Lima buah penempatan yang terjejas di Sri Aman termasuk Rumah Panjang Lancaster King (lapan keluarga), Rumah Panjang Bujau (lapan keluarga), Rumah Ujang (tujuh keluarga), Kampung Sekait (lima keluarga) dan Kampung Melayu Baru (14 keluarga).
Satu-satunya penempatan di Betong yang dilaporkan dinaiki air ialah Kampung Lalang, Meludam; namun jumlah mangsa yang terjejas masih belum dapat dipastikan.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.