Antara 9 Mimpi Nabi Muhammad S.A.W.




Baginda Rasulullah S.A.W. bersabda:

 "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam sebelum aku di-Israqkan". 

Antara 9 mimpi tersebut ialah:
1. Aku telah melihat salah seorang daripada kalangan umatku telah didatangi oleh malaikatul maut dengan keadaan yang amat menggerunkan yang datang untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh ketaatan dan kepatuhannya terhadap kedua-dua ibubapanya.

2. Aku telah melihat salah seorang daripada kalangan umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyeksakan, diselamatkan oleh berkat wuduknya yang sempurna.


3. Aku telah melihat salah seorang daripada kalangan umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis laknatullah, maka dia diselamatkan dengan berkat zikirnya yang tulus ikhlas kepada Allah S.W.T.


4. Aku telah melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahannam yang dimasukkan melalui mulut dan dikeluarkan rantai tersebut daripada duburnya oleh malaikat Ahzab, tetapi solatnya yang khusyu' dan tidak menunjuk-nunjuk telah melepaskannya daripada seksaan itu.


5. Aku telah melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga yang dihalang dia daripada meminumnya, ketika itu datanglah pahala puasanya yang ikhlas kerana Allah S.W.T. memberinya minum hingga dia berasa puas.


6. Aku telah melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan, setiap kali dia datang, dia akan diusir, maka menjelmalah mandi junubnya yang sempurna rukunnya sambil menghampiri kumpulanku seraya duduk di sebelahku.


7. Aku telah melihat salah seorang daripada umatku berada di dalam keadan gelap-gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri berada di dalam keadaan bingung, maka datanglahpahala haji dan umrahnya yang ikhlas kerana Allah S.W.T. lalu mengeluarkannya daripada kegelapan tersebut kepada tempat yang terang-benderang.


8. Aku telah melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya, maka menjelmalah sifat silaturrahimnya dan sifat tidak suka bermusuh-musuhan sesama umatku lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicaralah mereka dengannya.


9. Aku telah melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api daripada mukanya, maka segeralah menjelma pahala sedekahnya yang ikhlas kerana Allah S.W.T. lalu menabir muka dan kepalanya daripada bahaya api tersebut.


Semoga kita dapat sama-sama mengambil iktibar daripada pengetahuan ini. Wallahu'alam bissawabb.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Cerita Abu Umair..



Pada suatu hari, seorang anak kecil bernama Abu Umair, sedang bermain dengan burung kecil yang diberi nama Nughair. Nabi s.a.w setiap kali melihat Abu Umair, baginda bersabda, "Wahai Abu Umair, apa khabar Nughair?".

Hingga suatu hari, Nabi s.a.w melihat Abu Umair sedang menangis. Baginda lalu bertanya apa yang menyebabkannya menangis. Abu Umair menjawab bahawa Nughair telah meninggal.

Nabi s.a.w lalu membawanya bermain-main di jalan-jalan Madinah sehingga para sahabat melihat dan menanyakan apa yang membuat baginda berbuat demikian. Nabi s.a.wmenjawab, "Nughair telah meninggal dan aku ingin bermain dengan Abu Umair". Bukan itu sahaja, pada hari berikutnya, Nabi s.a.w datang ke rumah Abu Umair untuk menghiburnya.


1. Comelnya!~

2. Anas bin Malik barkata, "Aku belum pernah melihat orang yang paling menyayangi anak-anak daripada Rasulullah". SANGAT BETUL.

3. Lihat bagaimana Rasulullah mendidik anak kecil tersebut dengan memanggilnya dengan panggilan Abu Umair, supaya dapat membina sifat kematangan dan hak mempertahankan diri, maksudnya walaupun masih kecil, tapi Rasulullah memanggilnya dengan panggilan bagi orang dewasa, seperti Abu Bakar.

4. Rasulullah tidak pernah dapat merasai kasih-sayang seorang bapa, but still bagindalah manusia yang paling menyayangi kanak-kanak=)

5. Semakin aku mengenali Rasulullah, semakin mendalam rasa cinta dan rindu kepadanya. Jadi bacalah sirah ye, lepas tu baru boleh rasa^_^ Allahummasolli'ala Sayyidina Muhammad.

6. Bukti mencintai Rasulullah adalah mengamalkan sunnahnya kan?

7. Allah tak pernah mengecewakan. Sukanya!~ Manusia je yang selalu lupa T_T. Dan Dia sediakan Rasulnya untuk mejadi sebaik-baik contoh buat kita. Allahu Akbar!

Saya sangat suka cerita ni...... Kamu ?^_~

Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


"Rasa macam nak kahwin aje ? "..



Ku bertemu sang adam di simpang hidupku 
Mungkin akan ada cerita cinta 
Namun ada saja cobaan hidup 
seakan diri ini hina
Tuhan berikanlah aku cinta 
*

Cinta lagi.
Lagi-lagi cinta.
tak habis2 dengan cinta bukan...
tapi ia bukannya sebarang cinta....
api tetap cinta sejati tetap kepada Allah Swt & Rasulullah Saw. ..
Ramai yang mungkin bosan dengan topik cinta.
Namun bagi saya, cinta tidak akan mendatangkan kebosanan.


isu menikah sedang hangat diperkatakan sekarang? di setiap blog, pengisian, perbualan sehingga khidmat pesanan ringkas juga tidak ketinggalan. adakah sekarang ini musim menikah bagi para akhwat?

oh, tunggu dulu. ikhwah masih tidak mencukupi....

lambakan akhwat
adakah pernikahan merupakan satu angan-angan buat para akhwat? kerana sudah terbukti, ada akhwat masih tidak nikah-nikah lagi walaupun umur sudah mencecah 30 tahun kerana menunggu seorang ikhwah yang tidak kunjung tiba.
apakan daya, masih ramai lagi akhwat yg lebih tua dari ana belum nikah juga.. bagi ana
bukan urgent lagi untuk ana menikah.. melainkan ia adalah urgent untuk dakwah.. insyaAllah 
ana pun hairan juga, kenapa sekarang isu nak kahwin jd isu yg besar & sensitif..hingga menimbulkan banyak rumors & assumptions..bahaya betul..mohon dijauhkan.. 

peringatan buat semua akhawat - jangan fikir sangat ikhwah. kahwin je dengan bukan ikhwah jika redha dgn agama dia. insyaAllah, itu terbaik.. insyaallah we are strong enough with our tarbiyah, thus we can tarbiyah him later on~ hehe.. ;)


adakah penantian satu penyeksaan? atau penantian satu kesabaran?"

..dalam penyeksaan, ada nilai tarbiyah yang Allah suntik pada kita..itulah mutiara kesabaran..

nak menunggu dapat respond daripada resume yg telah dihantar = 1 kesabaran,

nak menunggu di ta'arufkan juga = 1 kesabaran,

nak menunggu hari pernikahan jua = 1 kesabaran..

betapa banyak pahala yg Allah mahu berikan pada hambaNya yg bersabar..

menanti lah, walaupun ianya menyeksakan..

wallahua'lam..

 

bersabarlah, waktu itu akan tiba....

seandainya kita tidak dapat suami di dunia ini, insyaAllah di akhirat sana ada ramai lagi 'bidadara' yang akan menunggu kita. yakinlah ukhti.


usah bersedih andai usiamu semakin lanjut. mana tahu, di sebalik itu, Allah mengurniakan hikmahnya, kamu ditakdirkan menikah dengan ikhwah yang lebih muda. terus bergembira dengan janji Allah..

AminYarabbal Alamin..




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


kepada murobbiyahku, maafkan ana.





murobbiah ibarat ibu kita. sanggupkah kita menyakitinya?

entry ini istimewa kepada murobbiyahku,

maafkan ana..

apabila menjadi seorang binaan yang degil dan tidak dengar kata murobbiahnya, ana jadi takut.
takut juga binaan melakukan hal yang sama pada ana.
dan memang pun mereka telah melakukan hal yang sama sepertimana saya melakukan hal yang sama.


Sesungguhnya
saat itu baru ana rasa, pedihnya hati.
begitu juga murobbiah ana merasa pedihnya hati atas tindakan ana.
pernahkah kita rasa bersalah atas tindakan kita yang tidak mengikut arahan?

kepada murobbiyahku, maafkan ana..

saat kata-kata yang keluar dari mulut kita;

" mahu keluar halaqah"
" mahu berhenti study"
" maaf, terpaksa balik rumah walaupun ada program"
" saya nak siapkan assignment"
" tak dapat hadir ke halaqah kerana ada exam dan study group"
" ana tidur waktu halaqah. tak pe ya"


itulah kepedihan murobbiyah kita. kesedihan melihat binaan-binaan mereka yang tetap tidak faham-faham setiap kali penekanan dan taujih dilakukan. kalaupun sudah faham, sering menjadikan hawa nafsu dan cinta pada dunia lebih utama dari cinta pada Allah, Rasul dan jihad.


murobbiah tidak akan menunjuk


ana tidak pasti. tapi, murobbiah tidak akan menunjuk reaksi marah atau tidak suka bilamana kita ada sahaja alasan yang nak diberikan.


kerana, memang begitu. seorang murobbiah tidak mahu menegur binaan nya secara direct didepan semua binaan yang lainnya.
maka, dipendam.
ditunggu.
apakah perlu dilakukan?


murobbiah takkan menangis dihadapan kita. malah, mukanya sentiasa ceria sahaja.
dibelakang kita, pasti air matanya sentiasa mengalir memikir masalah binaannya.
dimohon pada Allah saat semua manusia tidur lena.
menangis dan memohon binaannya itu bisa faham. bisa mengerti apa yang diperkatakannya dan mahu ditekankannya.
agar binaanya tiada alasan lagi untuk tidak berbuat.


didoakan binaannya setiap kali bangun malam.
disebut nama setiap binaannya satu persatu.. si fulan itu dan si fulan ini agar terus istiqamah dalam jalan dakwah dan tarbiyah dan terus melebar tsaqafahnya.


rasa kita memang sama..


sama tapi tak serupa.
pelbagai perasaan dan emosi.
sayu.
lelah.
sedih.
gembira.


bila mana kita berjaya membina binaan kita, orang semua akan nampak hasilnya.

pastinya, murobbiah kita akan sedikit kecewa kalau kita tidak hadiri sebarang program yang sememangnya khusus untuk kita atau kita sendiri tidak hadir tatkala program itu sepatutnya kita yang mengelolakannya.
tapi, perangai kita begitu. suka mengutamakan yang lain dari yang sepatutnya.


maka, bila kita sudah punyai binaan, rasakanlah kepedihan itu sendiri.
perangai mereka akan sebiji dengan perangai kita.
dan banyak kepedihan-kepedihan yang kita akan alami disebabkan sikap binaan pada kita dan komitmen mereka pada halaqah dan tarbiyah yang tidak menentu.
begitu juga kepedihan yang dialami oleh murobbiyah kita sendiri.


membina seseorang ibarat membina seorang anak.
ia bukan seperti membentuk tanah liat


tapi ingatlah. hanya kita sahaja tahu, bagaimana perangai ssebenar binaan kita sebelum mencapai hasilnya. perit juga...

nota hati...- kepada murobbiyahku, maafkan ana.

p/s: pesanan buat diri bila tak nak join halaqah..

Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


berapa ramai yang sanggup keluar syurga untuk tinggal di neraka? Wallahualam.


Sejak kebelakangan ini, terasa diri ini benar-benar lesu. Rasa tak bermaya, rasa nak berehat dengan sebenar-sebenarnya. Barangkali letih dengan jadual kelas yang agak 'packed' , barangkali juga kurang riadah.




Kemudian,kawan sekelas saya mengajak untuk berkelah di Lata Kinjang,Perak. Tawaran yang menarik bukan? Terutamanya untuk mereka yang sedang kelesuan dan keserabutan seperti saya...kehijauan alam dan deruan sungai yang memecah kesunyian..Subhanallah
Tetapi,saya menolak. Jiwa saya tidak terasa sedikit untuk pergi walaupun digoda dengan keseronokan dan keindahan yang dipromosikan oleh kawan-kawan. Saya mencari-cari punca kepada kelesuan ini. Tatkala mencari blog-blog yang sesuai untuk dibaca,saya terbaca artikel darilangitilahi.com/bahagian/himmah/ . Penulis berkongsi tentang keletihan yang juga dia alami. Mata saya terfokus kepada ayat yang ditekankan oleh beliau,


“ Sebuah kehidupan selalu diiringi dengan kesukaran, kesusahan dan bebanan. Matlamat tidak akan tercapai melainkan dengan usaha berterusan, perlukan usaha dan penat lelah.”


Saya teruskan pembacaan sehinggalah saya terbaca ayat yang diberikan oleh kawan penulis kepada penulis yang berbunyi,“ Sebenarnya yang mengalami keletihan dan kelesuan itu bukan fizikal kita, tetapi jiwa. Jiwa kita yang lesu dan kosong. Lantas ia memberikan kesan dan pengaruh kepada anggota yang lain ”.


Saya berfikir sejenak. Cuba meneliti diri. Mencari-cari kebenarannya pada diri ini. Para ulama turut menasihatkan kita untuk DUDUK BERIMAN WALAUPUN SESAAT.
Ya ALLAH,ampuni aku.....
Bagaikan tersedar dari mimpi,kini saya faham kenapa saya menjadi sebegini? dalam tempoh 2 minggu semester bermula,aku sudah mulai letih. apa puncanya?


saya fikir hubungan saya dengan ALLAH S.W.T. Ya,itulah puncanya.
kelesuan dalam meneruskan perjuangan Islam,
kelesuan dalam belajar dll.
Semua ini pasti ada kaitan dengan keadaan iman saya.

Adakah para muslimin yang berjuang menggali parit ketika Perang Khandak itu tidak letih mengali parit. Bahkan cuaca ketika itu tersangat lah sejuk dan bekalan makanan sangat terhad sehinggakan Rasulullah dan para sahabat terpaksa mengikat batu di perut mereka untuk menahan lapar.Apakah yang membuat mereka bertahan? Keimanan dan kecintaan mereka terhadap Allah,Rasul dan jihad.


Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri- isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah- rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehinggga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya) kerana Allah tidak akan memberi pertunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).
9:24


mutabaah saya menurun. Tadarus saya berkurang. Tidak lagi saya rasakan kekhusyukan dalam solat. Tiada lagi tangisan kecintaan dan ketakutan pada Sang Maha Pencipta dalam tahajudku. Wajarlah kehidupan saya kian hambar. Walaupun sentiasa ada teman di sisi, tapi jiwa saya kosong. Beberapa hari ini dilalui secara suatu rutin yang bosan. Muhasabah balik wahai empunya diri..


wajarlah ketika membuat pengisian ,dirasakan apa yang ingin disampaikan tidak sampai ke mata hati pendengar. aku lebih merindui saat pertama ditarbiyah, saat merasakn diri ini terlalu banyak melakukan maksiat dan hina di hadapan Allah. Kini?


Ya Allah ,apakah diri ini sudah menjadi sombong?adakah saya sudah merasakan diri ini terlalu baik sehingga kan mutabaah harian diremeh-remehkan. Bukan-kah TAKWA itu sebaik-baik bekalan?


"Hendaklah kamu menambah bekalan. Maka sesungguhnya sebaik-baik bekalan itu adalah sifat taqwa."
(Al Baqarah: 197)


Sekiranya saya berhenti di sini ,saya adalah manusia yang lemah,manusia yang tidak tahan dengan dugaan. Bukankah seseorang itu diuji Allah mengikut kesanggupannya?

Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


kalau diri lemah ,buat ape pun tetap tak guna



saya tidak nafikan, bagi insan yang bernama Arabikha Azlynn tidak sukar baginya untuk melakukan perubahan,
tapi sangat sukar baginya untuk mengekalkan perubahan itu.

hanya ada 2 jalan di atas muka bumi ini iaitu kebaikan dan kejahatan. Yang manakah yang anda akan pilih? 

pernahkah kita mencuba...??


PERANCANGAN ALLAH MAHA HEBAT


saya mudah terpengaruh dengan suasana sekeliling.
alhamdulillah Allah takdirkan ....
macam macam pengalaman dihadapi sepanjang proses pembaikan ini..
alhamdulillah...

sesetengah berkata dalam mana kita cuba membuat perubahan,semuanya bergantung pada diri.
kalau diri kuat,maka mudahlah anjakan paradigmanya
kalau diri lemah ,buat ape pun tetap tak guna

Saya tidak nafikan ketika mengambil keputusan untuk berubah, banyak lagi perkara jahil yang masih dilakukan..


*tidak menjaga ikhtilat
*tidak menjaga hati
*suka bershopping
*melakukan perkara lagha(tgk movie etc)
*tak mampu dinyatakan... T_T)
kesimpulannya, pemakaian saya langsung tak mencerminkan seorang muslimah sejati.


PAKAIAN TAKWA ITU LEBIH BAIK....


di situ wujudnya sistem halaqah untuk renew niat dan hati..




TARBIYAH ITU SUATU PROSES KEHIDUPAN


sesetengah orang,dakwah nya hanya berjalan ketika menjadi seorang student universiti
sesetengah orang,dakwahnya berjalan ketika menjadi BADA di sekolah
sesetengah orang, peluang dakwah terbuka cerah, tapi tak pernah make full use of it.
sesetengah orang,berubah kerana manusia




Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin ‘Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.(hadis pertama dalam hadis arbain)


"ILMU TANPA AMAL IBARAT POHON TANPA BUAH"


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Doa Siti Sarah..






what's on my mind???











A simple yet profound advice for single Muslim men. Single Muslim women can benefit from this advice too. 





Bismillah....

doa siti sarah :

اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ

Maksudnya : “Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada MU dan Rasul MU, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim." ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )
refer

amin ya rabbal alamin....

Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


kita semua adalah pencuri waktu.




“Ah, lambat lagi... Pasti aku kena marah teruk lepas ni.”

Selepas selesai memakai kasut, cepat-cepat aku menuruni tangga imarahku dan bergegas ke tempat yang kami janjikan. Dari jauh kelihatan Fateen dan Nadirah sedang menungguku. Muka mereka kelihatan masam.

Aku tersenyum pahit, “Habislah aku kali ni.”

***

Menjaga waktu. Sungguh. Aku bukan orang yang layak untuk membicarakan tajuk ini. Kerana aku orang Melayu dan orang Melayu itu sangat sinonim dengan frasa “Janji Melayu”. Kalau mereka berjanji pukul 8 pagi, belum tentu boleh nampak batang hidung mereka pada pukul 8.30 pagi. Oleh itu, aku ingin mengajak rakan-rakan, marilah kita tinggalkan sebentar ke‘Melayu’an itu dan berbalik kepada Islam.

Ketahuilah, Islam amat menekankan kepentingan menjaga waktu. Allah berfirman dalam Surah Al-‘Asr yang bermaksud,

"Demi masa. Sungguh, manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." (Al-'Asr)

Menjaga waktu ( حَرِيْصًا عَلىَ وَقْتِهِ ) juga termasuk dalam salah satu daripada 10 ciri individu Muslim atau juga dikenali sebagaiMuwasafat Tarbiyyah yang digariskan oleh Imam Hassan al-Banna.

Pepatah Arab juga ada menyebut,

“الوَقْتُ كَالسَّيْفِ إِذَا لَـمْ تَقْطَعْهُ قَطَعَك”
Waktu itu seperti pedang, jika kamu tidak memotongnya, maka ia akan memotongmu.

Jika mahu disenaraikan, sudah tentu banyak lagi bukti yang menunjukkan betapa Islam menuntut penganutnya untuk menjaga waktu. Tetapi mengapa kita sering terlupa untuk mengamalkannya dalam kehidupan seharian kita? Bukankah ilmu tanpa amal itu ibarat pohon tanpa buah? Tiada gunanya.

Bagiku, menjaga waktu itu terbahagi kepada dua, menepati waktu dan menggunakan waktu dengan sebaiknya. Izinkan aku membicarakan tentang menepati waktu terlebih dahulu.

Kalian sudah pasti akan marah jika aku labelkan kalian sebagai ‘pencuri’. Namun, sedar atau tidak, kita sebenarnya memang patut dilabelkan sebgai ‘pencuri’ jika kita tidak menepati waktu. Ya, “Pencuri Waktu”.

Sedarkah kalian, bagi orang yang sangat menjaga waktunya, kita sebenarnya telah mencuri waktu mereka jika kita sering lambat menghadiri temu janji yang telah ditetapkan? Bahkan, jika kita tidak menepati waktu, sesuatu program akan tergendala, mesyuarat akan ditunda, dan semua orang akan ternanti-nanti kehadiran kita. Mahukah kita menjadi salah seorang daripada “Pencuri Waktu” tersebut? Sudah tentu tidak.



Moga-moga dengan niat yang ikhlas untuk berubah disusuli dengan amal yang istiqamah, suatu hari nanti, frasa “Janji Melayu” itu akan luput ditelan zaman dan yang tinggal hanyalah “Muslim dan Mukmin yang menjaga waktunya”.

***

“Fatin, Nadirah, sorry ya. Saya janji, insyaAllah tak buat macam ni lagi.”




tolong jangan curi apa2 lagi dari saya!

tapi, curi hati takpe~ ^^ 



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Hadiah 5 A


Suatu hari selepas saya memberikan satu pengisian di dalam slot bersama remaja, datang seorang remaja darjah 6 duduk di tepi meja saya.
"Ustazah, doakan saya supaya dapat 5A dalam UPSR."
"Inshaallah, UPSR 5A."
Selepas saya berkata sedemikian, dia masih tidak berlalu pergi. Dia tetap duduk sahaja dekat dengan meja saya.
"Katanya lagi, "Ustazah, ini serius tahu!"
Saya senyum sembil berkata; "Ya, saya tahu. Memang UPSR 5A dari dahulu hingga sekarang. Atau sudah bukan 5A lagi sekarang?"
"Ustazah ini beriya-iya mahu doa, tetapi tidak pula bertanya siapa nama saya."
Saya mula merasakan anak ini serius dengan kata-katanya. Saya bertanyakan namanya. Setelah diberitahu nama, dia berkata lagi, "Ustazah mesti doakan saya dapat 5A ya."
"Boleh ustazah tahu, mengapa kamu bersungguh-sungguh mahu ustazah doakan?"
Dia menyambung lagi, "Ustazah, saya meminta untuk didoakan agar dapat 5A dalam UPSR kerana saya mahu menuntut hadiah daripada ibu saya. Ibu tidak tahu lagi, apa hadiah yang saya mahukan."
Dalam fikiran saya, tentulah hadiah yang dimahukan seperti Basikal, PS2, video game atau yang seumpama dengannya.
"Boleh kamu kongsi dengan ustazah dahulu, hadiah apakah yang kamu mahukan daripada ibu kamu sekiranya kamu mendapat 5A?"
"Ustazah, saya harus dapat 5A. Kerana sekiranya saya dapat 5A, saya mahu tuntut hadiah daripada ibu supaya dia menutup aurat dengan sempurna, memakai tudung."
Pada ketika itu juga, saya menadah tangan berdoa, "Wahai Allah, Engkau mendengar luahan hati anak ini. Sekiranya dengan 5A boleh menjadi penyebab ibunya mendapat hidayah-Mu, Engkau berikanlah 5A kepada anak ini wahai Allah." ~Ustazah Norhafizah Musa.

*Hidayah Allah tidak mengenal usia. Kadangkala, seorang anak mendapat hidayah terlebih dahulu daripada ibunya. Oleh kerana itu, mohonlah hidayah Allah dengan airmata bukan air liur. Jangan pernah berhenti berdoa sebelum hidayah Allah menghuni jiwa. Kasih Allah itu lebih luas daripada kesalahan dan kealpaan diri kita. Pengampunan Allah itu lebih besar daripada dosa yang pernah kita lakukan. Sungguh Allah itu dekat apabila kita berusaha mendekatkan diri kepada-Nya.

-SUMBER FB-


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


mmg best! kenapa? tak percaya? cubalah!



assalammualaikum...... afternoon readers....

Jom tajdid niat....everything must be lillahi ta'ala....

ALHAMDULILLAH..

Bangun pagi tangan kita masih sempurna.
semoga tangan kita hari ini berbuat kebaikan.

:)


pelik ke kalau saya ni serius??? emm....T_T


sape boleh buat saya gelak??? i need some laugh...

Allah itu mendengar segala apa yang ada di lubuk hati hamba-Nya...
kan..?

amin allahumma amin...


klu sahabat2 nak tahu... 

try klik kat sini  mmg best! kenapa? ta percaya? cubalah!

 pastu sahabat tekan SHARE dan akan appear kat wall
dan boleh la mula melukis...(ikut arahan)

=P

chumel kan...!! pastu kongsikanlah sikit dgn ana ape yg sahabat lukis2 tu..

cube dengan sungguh-sungguh oke... (^^V

JOm sungguh2 buat semua benda!
Kenapa?
Sbb Allah suka kalau kita buat kerja sungguh2! kan..

typo sekejap ana /saya.. 


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Keliru memilih cinta?




Keliru memilih cintamu?


Berdoalah: 

"Ya Allah, tutupkan perasaan aku terhadap dia yang tidak menghargai dengan sedaya usahaku sekalipun. Dan titipkan dan bukakanlah perasaan aku terhadap sidia yang tidak pernah jemu menunggu walaupun sedaya usaha aku menolaknya."


nota hati : 
kita tak perlu memilih cinta,bila kita pilih iman insya-Allah cinta,kasih,dihargai dan segla mcm prsaan yg baik akan Allah kurniakan..

Amin Ya Rabba'lalamin


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


just say NO or YES..




Easier said than done sometimes. But good advice nonetheless 


Why Complicated Life?


Missing somebody ?...... CALL

Wanna Meet Up ?.......INVITE

Wanna Be Understood ?....EXPLAIN

Dun Like Something ?...SAY IT

Like Something ?...TASTE IT

Want Something ?....ASK FOR IT

Love someone ?.....MEET HER WALI


Nobody will know whats going in your mind...

ONLY ALLAH KNOWS BETTER....




it better to express rather than to expect...

you already have the NO.take the risk of getting the YES..

we just have 1 life




keep it simple silly... :D


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


you're lazy don't say you're stupid




drpd pemerhatian yg dibuat ana  akan berusaha untuk :-

-menjadi seorang yg lebih rajin dan lebih perfectionist
-lebih produktif dlm semua aspek kehidupan
-luangkan masa di hujung minggu dgn aktiviti lebih berfaedah, jgn asyik tido je!!
berbukumuka ok kot naaa :P
-berubah menjadi seorang pelajar yg ekstrem belajar
-elakkan tido di meja study
-elakkan minum nescafe dgn bersungguh-sungguh
-bykkan tido petang :P
-menjaga pemakanan dan pergaulan
-lebih berani berterus terang 
-mencapai target 5 000 dlm bank
-disiplin dlm semua aspek kehidupan
-menjadi lebih selfish
-kurangkan bercakap
-lebih fokus dlm lecture
-meningkatkan keyakinan diri
-meningkatkan curiosity dlm diri secara melampau
-lebih menjaga kesihatan kidney dan elakkan msg dlm makanan
-menghilangkan pergantungan kepada duit mak ayah kepada zero drpd 50%
-ambik class arab amiyyah laaa
-lebih menjaga harta benda
-biasakan diri seorang diri


wish me luck!!


must go and study now!
:)
tataa..


* kesimpulannya, nk study tu niat kerana Allah,tajdid niat selalu!!!



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Ambidexterity...ape ni.?.ape ni..?






Ambidexterity...ape ni.?.ape ni..? 

apekah maksud perkataan tersebut?
maksudnya org yg bleh guna both appendages dia dgn ok, maksud sy even find work pon bleh jgk eg menulis, menjahit dan seumpamanya. bleh tgk sini lecturer kat depan sy sempat updated belog sambil fb..
sy tak paham apa  yg disampaikan... *saya akui IQ saya cukup rendah... ;)


saya mendpt inspirasi masa tgk cite new heart.cite korea menurut cite tu(tak influence sgt oke) utk jd surgeon yg berkualiti dan power, kita kena power guna our both hands! erm nk jd jgk mcm tu...
tapi malas kan... :P


saya seorang left-handed agak bersyukur sbnrnya sbb at least saya terbiasa jgk guna tgn kanan saya terutamanya masa nk makan :)) at least membantu la jgk nk jd ambidexterity(agak poyo)!!
kat sini ada cara2 nk jd ambidexterity!!



erm tak poyo ke impian nk jd surgeon?? ada la sket poyonya kan? but hey impian pon kena ada jgk, takkan forever nk jd resident doctor kot!! dan sy tak berhajat nk bukak klinik, sbb saya tak suka bisnes2 ni, makan gaji lg best rasanya!!! :D


tp saya tak laaa berhajat nk jd cardio-surgeon ke hape, general surgery pon kire boleh idup jgk ni. senang sket!


agak poyo post ni, tp tu laaa kan  meluahkan hasrat hati je!! :P

baeklah... saya tengah verangan je....  jd surgeon dalam cite tu... :)


p/s:doakan kejayaan bersama, dunia...terutamanya akhirat!!

jaga diri ..jaga hati ye...jaga amal sama.. 


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Sungguh Aku memang Tak tahu malu..


 10 Januari 2012 lepas merupakan hari Solat Hajat seluruh dunia untuk saudara kita di Syria...




doa buat mereka bukan sekadar pada hari semalam.
tetapi selama-lamanya selagi
kezaliman dan kekejaman itu ada.

Air mata yang merembes bersama perasaan yang dicengkam pedih. Sungguh ana tak tahu malu..Malu dan Takut untuk berjumpa Allah tanpa ada jawapan, telah apa yang dilakukan buat mereka di sana.


Takut-takut kelalaian, kemewahan dan kemaksiatan kita yang menjadi asbab mereka diuji sedemikian rupa.



" Kamu membunuh kaum yang rindukan syahid. "


Itulah mesej yang disampai oleh rakyat Syria pada pemerintah Bashar. Ia cuma disampaikan, ditulis di dinding. Mesej yang sangat jelas dan sangat sinis!



Buat Kamu Wahai Adik.


Wahai adikku,
Saban hari kutatapi
Pengkhabaran-pengkhabaran kamu
Dari bumi sana.



Ku cuba hemati
Dan ku cuba dalami
Pekikan-pekikan kamu
Yang ditoreh derita.



Ku cuba memahami
Dan ku cuba menangisi
Kepedihan yang mencengkam kamu
Saat melihat tubuh hancur
Abang-abang kamu
Ayah-ayah kamu
Ibu-ibu kamu
Kakak-kakak kamu
Yang dicampak di hadapan pintu.



Namun aneh.



Darah, air mata dan jeritan itu
Belum cukup kuat
Untuk aku tegar
Tersentak dari mimpi mewah.



Wahai adik,
Maafkan aku.
Maafkan aku.
Maafkan aku.

Selimutku masih tebal
Menyelesakan aku dari beku syita’ ini.
Tilamku masih empuk
Melenakan istirahat panjang tubuhku.
Makananku masih enak
Memenuhi rongga perutku
Siangku masih aman
Memudahkan rutian harianku.



Dan semua itu
Membuatkan kamu wahai adik
Hanya sipi-sipi dalam ingatanku.


Aku tahu aku kurang amal. 

Aku tahu aku lemah tidak berdaya.

Aku tahu aku bukan siapa-siapa di hadapan Tuhanku.

Dan kerana aku tahu semua itu, aku akan terus meminta-minta pada Tuhanku. 
hanya doa buat mu disana

Aku memang tak tahu malu.

Apakah aku perlu menunggu duniaku menjadi seperti duniamu,
Baru aku akan terjaga dan terbangun?

:'(

Allah ma3akum ya Suriyah.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


will you answer..??


Will You Answer?






Will You Answer the call?


T_T.


Just a picture may tells you thousand words.


Looking to the picture itself, even if you are willingly to answer the call,
you may not have enough battery to allow you, being the one who may be the ears for Syria cries.


It will cut the voices of begging your helps down.
Just let you listening only the half of the real dreadful story and soon will make you ignoring it
and to be worst, you'll turn and get a deep sleep back.


How to keep you away from the low batteries?
Do charge it and never forget to make sure they're maintained full.


But how?
by recharging your HDA.



T_T.


seriously, it smashed me down and made me realized how far I was to be the real muslim who cares of her brothers and sisters more than caring of herself...

.. please pray for them, Make du'a for them....

amin yarabbal alamin.... 


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


menu istimewa..



Ayam masak merah visa hati


bahan2:


ayam tesco
bawang merah
bawang putih
cili boh
sos cili dan tomato
kicap
air
garam
gula
minyak
pasport yg takde visa


methode:


1.panaskan kuali
2.masukkan minyak
3.tumiskan cili boh hingga masak dan masukkan bawang putih yg diketuk ketampi
4.masukkan bawang merah yg ditumbuk
5.masukkan ayam dan biarkan selama 10 minit
6.masukkan air jika kering utk mengelakkan ayam anda drpd hangus..membazir dan tak leh makan
7.masukkan sos cili dan tomato, garam dah gula sesuka hati anda
8.gunting pasport yg takde visa sebagai hiasan
9.hidangkan panas2 bersama nasik putih


p/s:jika flight anda dlm masa yg terdekat, hiasan boleh dilupakan kerana bahaya utk keluar dr msia tanpa pasport, walaubagaimanapun, pasport mengambil masa hanya 2 jam utk disiapkan, bukan 4 hari seperti visa!!!!

hiasan tidak dpt dibuat kerana tiada kekuatan
harap maklum!

SELAMAT BERBUKA PUASA 


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


"bang, jgn letak ajinomoto ye"...


kalau ada gambar knorr pasti sedap, akan ku letak bersebelahan dengan gambar ini.



Ana tak tahan MSG. jadi, that's why ana tak makan maggi. kalau beli perencah ana kena amik yg no msg added. dulu ana berhenti sbb tak elok utk otak. lama2 jadi badan mmg tak tahan...



satu hari ana pergi kedai makan, order mee hailam. "bang, jgn letak ajinomoto ye". langsung tak edible mee hailam tu. dahsyat sungguh.



it's not healthy. apelah kepuasan makan dalam penipuan.



maggi cukup rasa. atau knorr pasti sedap bagi ana, is kinda insulting the female nation. aishh, ingat ape... perempuan zaman sekarang tak reti masak sangat ke..? kalau ye pun, tunjuk la lelaki ke yang guna. logik la sket...aigooo.. :P

say NO to MSG...btw

Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


penolakan cinta itu jihad


Berjihadkah ana selama ini?



Hari kasih sayang ... valentine days..Benarkah ia hanya kasih sayang belaka ?

Al Baqarah 120 : “Sesungguhnya Yahudi dan Kristian tidak akan redho dengan kamu selama-lamanya sehinggalah kamu menurut cara hidup mereka. Katakanlah ‘sesungguhnya petunjuk ALLAH itulah petunjuk yang benar’. Dan sesungguhnya jika kamu memilih untuk mengikuti kemahuan Yahudi dan Kristian ini setelah datang kepada kamu ‘ilmu (Al Quran), maka ALLAH tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu”.

Masya allah....

Dari Kitab Akidah Islam. “Antara yang boleh menjejaskan Iman seorang Islam iaitu apabila meniru budayaYahudi dan Nasrani. Satu dari padanya iaitu menyambut ‘Hari Kekasih atau Valentine Day. Bukan budaya Islam, tiada Nas, tiada dalil, tiada fatwa, tiada pendapat Ulamak Ijmak dan kias.”
moga tidak tercampak jauh... ALLAH peliharalah hati ini.... klik kat sini jap

Segala-galanya bermula dengan cinta. Hanya sebuah cinta....!
nauzubillah....
“lambat lagi kot nak kawin, aku nak bercinta la” ana biasa sebut dan biasa dgr ayat ni, familiar sgt kot. Ana terpikir bbrp jam yg lalu pasal kenapa Allah tak takdirkan ana bercinta padahal ada laa bbrp kali dlm hidup ana  jatuh cinta. Biasa la cinta monyet kat sekolah dlu. Tp tak tau laa nk ckp nasib baek ke tak baek, ana tak pernah lg bercinta officially as a couple dgn mana-mana lelaki. Dan sbg ana skrg, ana patut ckp Alhamdulillah sbb ana tak bercinta walaupun satu masa dlu mungkin ana sedih sbb lelaki-lelaki itu tolak ana dan ana ada putuskan persahabatan dgn salah sorg dr mereka sbb tak boleh terima hakikat org tak sudi, sampai skrg... dan kebodohan ana jelas terasa apabila kehilangan seseorang yg benar-benar sayang ana.. klik di sini.. AL-FATIHAH... *senantiasa dalam doa..

Bodoh kan ana? Sejujurnya ana tak berapa nak percaya sgt kat lelaki walaupun hati ana senang terusik. Dah dah cerita lama kita lupakan...

Berbalik kepada tujuan asal ana menulis entri ni. Kenapa Allah tak izinkan ana bercinta? Sekarang  ana tgk sendiri advantage ketidak bercintaan ana dgn mana-mana lelaki. Terima kasih kerana menolak cinta saya, awak.  ana  tgk sendiri betapa terseksa kawan-kawan ana bermujahadah(berusaha) menolak perasaan cinta dan mencari jalan menghalalkan hubungan mereka tambah-tambah lg mak ayah yg mustahil nak paham. alhamdulillah abi  dan ummi  ana  paham yg bercinta sblm kawin tu haram,  Aplikasi ilmu sgt lah kurang dlm diri kita semua kan? tahu tak semestinya faham..kan..?Tgk laa diri kita semua masa waktu sekolah dlu, mcm mana? Tp Alhamdulillah ada antara kita Allah selamatkan, termasuk diri  ana jgk, better late than never, btol dak? Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah!

Tak kira ape yg terjadi, perasaan kita tak penting, yg penting kita selamat dr api neraka di akhirat kelak, tak kira laa hati siapa pun yg kita lukakan, yg penting kita selamat! Tu prinsip ana  sekarang, agak kejam, tp kita dlm hidup ni tak mampu puaskan hati semua org, btol tak?? Even hati kita pun tak pernah puas.

Jujurnya, sapa je dlm dunia ni tak nk bercinta, tak kira laa cinta couple or bercinta halal dlm erti kata laen, berkahwin. Sape je? Semua org nk ada org yg dia cinta kan? Tp tak semua benda dlm dunia ni kita boleh atur ikut kehendak hati kita.

ana nk bercakap pasal diri ana je laa, sbb ana takut melukakan perasaan sahabat-sahabat ana  andai diorang terajin nk baca entri ni. Kenapa  ana tak syorkan diri  ana bercinta dan tak berusaha langsung mencari bakal suami? Kawan-kawan ana selalu ckp, kau kena cari dari skrg, mmg kau nak kawin dlm 3 tahun lg, tp waktu perkenalan tu lama jgk. Ambik masa semua tu. Ape yg ada dlm minda ana satu, ummi abi ana suka ke ana asyik desak diorang ana nak kawin, like seriously telling them i want to marry. But honestly, I like joking with them about boys around me, tp semua tu dlm nada bergurau senda dan tiada langsung niat hakiki nak bernikah. Sbb tu  ana sgt anti berchatting dan tak pernah chatting even di FB chabox, nak reply email atau pm agak liat ..maaf! asbabnya sbb takut jd rapat dgn mana-mana kawan lelaki. ana paham benar ummi abi ana, no marriage masa blaja, it’s all about study and nothing more! ana  nak jgk jd anak solehah, dgr ckp abi dan ummi...alhamdulillah bertuah diri ana rasakan menjadi anak kepada abi dan ummi...yg sentiasa diterapkan dgn ajaran agama.  by the way tak penting perasaan  ana , yg penting Allah redha, abi dan ummi ana happy, tak terbeban.

Masalah skrg hanyalah diri ana dan hati ana, ana  pernah melalui saat-saat kena berusaha melawan perasaan suka or more likely to be said as cinta. Tp apelah kuasa ana nk memuaskan hati semua org padahal kat akhirat nanti ana yg kena masuk neraka kalau ana langgar larangan Allah. Takde org kot boleh tolong ana melainkan ana sorg je. I'm dare myself, stop everything. This is totally wrong!

When you can’t please everybody, just make Allah please.

dan semua ni hanya bermula selepas ana blaja di bumi anbia ini,3 tahun yg lepas..Insya allah ana akan kembali  mengenggam tanah di bumi anbia itu sekali lagi.. thanks Allah. Ana bersyukur!

p/s: sedih weh buat entri ni, teringat kat UMMI & ABI....*ini serius

Assalamualaikum..
bercakap tentang jihad nie..
Sebenarnya kalimah jihad ini,mempunyai makna yang mendalam..

umm...jika berbicara tentang jihad "CINTA"..ia boleh dikaitkan dengan jihad melawan hawa nafsu..yang mana memang susah untuk kita hindari...
Berusaha selagi mampu..

"Hidup ini indah jika segalanya kerana Allah,kesulitan dihadapi dengan Redha & Sabar kerana tahu,ada Rahmat disebalik dugaan..DIA tidak menciptakan sesuatu dengan sia-sia..DIA lah sebaik-baik tempat pengaduan.. "

"Utamakanlah Cinta Illahi...daripada cinta manusia..Necaya beruntunglah kehidupan didunia dan diakhiratmu"


"biar mimpi-mimpi kita sampai ke Bintang Syurga, biar harus menggapai Awan Dunia..."



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


wishlist beliau..


tahniah buat beliau kerana masih lg hidup dan masih lg dlm nikmat iman dan islam, insyaAllah sampai mati(bykkan baca al-kafirun supaya mati dlm iman). nampaknya sudah 22 tahun beliau hidup di atas muka bumi ini tp malangnya amalan beliau, sikit sgt! namun, beliau bersyukur atas nikmat yg diberikan oleh Allah terhadap beliau, , yg mana telah membuka mata beliau dgn seluasnya terhadap islam, agama beliau sendiri, alhamdulillah.


saya ada ambik gambar wish list beliau, tp beliau amat berharap semua org tidak menyampah dgn list tersebut, kerana itu cuma wish list, tak mestinya akan menjadi kenyataan, kata beliau!


itu sahaja, sekian terima kasih! :P





Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


bakal suami saya seorang pelajar Universiti Al Azhar!


Seorang budak lelaki kurang ilmu mencintai seorang gadis yang tinggi ilmunya yang merupakan anak imam masjid .....

Satu hari budak itu melamar gadis itu.
Kemudian gadis itu berkata,

"Dengar sini! Ilmu awak cuma setakat darjah enam ialah berbanding saya pelajar Univeristi Al Azhar.... ......sudah tentu bakal suami saya juga seorang pelajar Universiti Al Azhar!
... Macam mana saya nak terima awak?
Bagaimana awak boleh terfikir bahawa saya mahukan awak?
Saya tidak akan menyukai awak kerana saya adalah anak kepada imam masjid Kampung Pisang ...
Jadi, lupakan saya dan cari orang yang sama taraf dengan awak. "

Tetapi entah bagaimana budak lelaki itu tidak dapat melupakannya begitu mudah.

10 tahun kemudian.

Satu hari mereka bertembung di sebuah pusat tahfiz.
Gadis itu berkata,
"Assalamu'alaikum wbt! Awak! Apa khabar? Sekarang saya berkahwin.
Adakah awak tahu siapa suami saya?
Suami saya adalah lepasan Al Azhar
Awak boleh bayangkan? Dan dia juga sangat soleh. "

Mata lelaki itu dapat basah dengan air mata setelah mendengar kata-kata gadis itu.

Setelah beberapa minit suaminya datang sebelum gadis itu boleh mengatakan sesuatu kepada lelaki itu, suaminya mula berkata apabila melihat lelaki itu.

"Tuan Syeikh! Anta di sini? kenalkan isteri ana."
Kemudian dia berkata kepada isteri beliau,
"Ana amat terhutang budi kepada jasa tuan syeikh kerana banyak memberi dan mengajar ilmu agama kepada ana....Kalaulah tanpa tuan.....
Dan ingin tahu satu fakta? Tuan syeikh mencintai seorang gadis tetapi dia tidak dapat perempuan itu.
Itulah sebabnya mengapa dia masih belum berkahwin.

Sungguh bertuah gadis itu dihatinya, bukan?....

Moral dari cerita ini....
Hidup tidak begitu singkat.
Jadi, jangan berbangga dengan diri sendiri dan memperbodohkan orang lain.
Situasi boleh berubah dengan masa.
Setiap orang harus menghargai cinta..yang paling penting cinta Ilahi ... hargailah semoga kamu dicintai oleh semua ya .....

Jangan menyesal di kemudian hari.. jangan menghina orang lain kerana Allah sentiasa melindungi hamba2 yang disayangiNya iaitu wali2 Allah .... 

semoga menjadi iktibar kepada kita semua ....


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Analogi Serangan Pemikiran-


بسم الله الرحمن الرحيم
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Dulu-dulu, seorang guru saya pernah mengisahkan sebuah cerita. Bagi saya, cerita tersebut amat berguna dan pengajarannya sangat jelas. Rupa-rupanya, bukan kami (saya dan kawan-kawan) sahaja yang tahu cerita itu. Malah, kebanyakan rakan saya yang berlainan sekolah pun tahu tentangnya. Ingatkan limited edition. ;)


Kisah tersebut bermula begini..






Dalam satu kelas murid-murid sekolah rendah darjah 6, seorang guru masuk dan semua murid bangun memberikan penghormatan.


“Semua bangun.. Selamat pagi ustazah!” Arah seorang Ketua Darjah diikuti oleh murid-murid yang lain.


“Baik, semua duduk.” Arah guru tersebut, Puan Solehah. Puan Solehah juga dikenali sebagai Ustazah Solehah oleh para pelajarnya. Beliau mengajar subjek Pendidikan Islam. Antara semua guru yang lain, beliau merupakan guru yang paling disayangi oleh murid-murid. Setiap kali waktu beliau mengajar, murid-murid sentiasa ceria kerana cara pendekatan yang digunakan oleh beliau lain daripada yang lain.

“Baiklah murid-murid ustazah yang disayangi. Hari ini kita akan bermain satu permainan,” kata Ustazah Solehah. Mata murid-murid kelihatan berbinar-binar tanda keriangan.
“Semua sudah bersedia?”

“Sudah!” Semua sekali menjawab.

“Baiklah, kita mulakan. Di tangan kanan ustazah ada pen dan di tangan kiri pula ada marker. Setiap kali ustazah angkat tangan kanan sebut ‘pen’ dan setiap kali ustazah angkat tangan kiri sebut ‘marker’. Boleh?”

“Boleh!” Jawab mereka sambil memperbetulkan posisi duduk tanda sedia.

Permainan pun bermula. Ustazah Solehah mengangkat tangannya kiri dan kanan bergilir-gilir dan bingitlah kelas tersebut dengan bunyi ‘pen’ dan ‘marker’. Murid-murid kelihatan yakin sekali dan mereka dapat menyebut dengan baik, serentak, dan tepat.

“Bagus semua! Sekarang kita tukar pula. Setiap kali ustazah angkat tangan kanan yang ada pen sebut ‘marker’ dan setiap kali ustazah angkat marker sebut ‘pen’.”

Murid-murid kelihatan bingung dan risau. Permainan pun diteruskan.

Pada mulanya, mereka menghadapi masalah kerana pertukaran yang dilakukan. Mereka seringkali masih menyebut ‘pen’ untuk pen dan ‘marker’ untuk marker. Lama kelamaan, mereka menjadi terbiasa lantas dapat menyesuaikan diri dengan baik.

“Baiklah, bagus murid-murid. Sekarang ustazah mahu seorang untuk bangun dan menceritakan pengajaran daripada permainan kita tadi.”


Semua terdiam dan tunduk kerana takut dipanggil.

“Ahmad, kamu bangun dan ceritakan.” Tuju Ustazah Solehah kepada salah seorang muridnya.

Ahmad selaku ketua kelas pun bangun dengan bingung untuk memberikan komen.

“Err.. err.. Saya rasa permainan ini menguji otak kiri dan otak kanan lah ustazah..”

Murid-murid yang lain mengangguk tanda setuju dan kagum dengan pendapat yang diberikan.

“Bagus Ahmad, duduk.” Ustazah tersenyum sambil mengalihkan pandangannya kepada semua murid.

“Baiklah, biar ustazah ceritakan dengan jelas. Apa yang Ahmad katakan tadi juga betul tetapi bukan itu sebenarnya yang ingin ustazah gambarkan. Sebenarnya ini berkaitan dengan kehidupan kita sekarang. Ya! Kehidupan umat Islam. Kita tahu yang hak itu adalah hak dan yang batil itu tetap batil. Namun, sekarang kita diajar oleh barat dan sekutunya bahawa yang hak itu adalah batil dan yang batil itu adalah hak. Walaupun kita tidak dapat menerima pada mulanya, lama kelamaan kita akan menjadi terbiasa dan merasakan apa yang mereka hidangkan kepada kita itu betul belaka.” Terang Ustazah Solehah dengan panjang lebar.

Murid-murid mengangguk tanda faham akan penjelasan yang diberikan sekaligus mereka merasa betul apa yang dikatakan oleh Ustazah Solehah.

“Jadi kita harus berpegang teguh kepada kebenaran dan jangan sekali-kali menukarkannya dengan kebatilan...”



Pengajaran: Jangan tertipu dengan propaganda Yahudi dan Barat (serta sekutu-sekutu mereka)!!



--------------------------------


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


"teruk ke keadaan di Syria?".


Sungguh. Allah bersama kalian wahai saudara..!

"teruk ke keadaan di Syria?".


Diam. Dan saya tahu, pasti tiada pendedahan berita-berita darah saudara ini di Malaysia


Sekatan Sebaran Maklumat. 

Kisah Itu Berulang Dan Akankah Terus Berulang?

Allah ma3akum ya Suriyah...


Sepanjang mengikuti berita-berita dari saudara sana, sebak berganda saat melihat betapa mereka bersungguh-sungguh memecahkan sekatan sebaran maklumat yang dipenjarakan ke atas mereka dalam keadaan perlu merempuh peluru-peluru dan tangkapan ganas tentera thaghut yang zalim.


Segala gadget yang ada, handphone, camera dan segala dikeluarkan untuk menjadi bukti segala kekejaman. Terus diupload ke dalam youtube untuk dunia melihat dengan harapan bahawa akan ada tangan yang menghulurkan bantuan.

Tetapi pedih. Berapa kerat sangatlah yang mengambil tahu?

mereka pertaruhkan segala untuk sampaikan berita kepada saudara-saudara mereka, kerana kerajaan Assad menyekat dengan kekuatan kuku besinya. 
 

Bukan seorang dua jurukamera yang terbunuh ketika sedang merakamkan insiden-insiden keganasan pihak thaghut. Malah pada 27 November 2011 yang lalu, seorang jurukamera telah syahid kerana sharpshooter menembak tepat ke lensa kameranya sehingga menembus ke biji mata sekaliguskan otaknya berkecai.

Kisah-kisah berdarah ini saya tatapi semenjak dari kecil. Kisah Sabra Shatillah, kisah penyembelihan Kosovo dan Bosnia, kisah pencerobohan tanah suci Palestin, kisah Perang Salib, kisah Peperangan Dunia, kisah penjajahan kuasa-kuasa besar, kisah pemerintahan ideolistik Komunisime dan pelbagai.

Allahuakbar.


Hati Pecah Dan Jiwa Menangis.


Majoriti video-video yang diupload tidak sanggup saya tontoni. 

Sungguh. Saya mula menangis membaca kisah-kisah ini seawal usia 6 tahun dengan izin Allah. Mencari dan mengkaji kisah-kisah penderitaan saudara. Menyelak buku-buku tebal sejarah dan catatan peradaban dunia.


Dan usia saya kini 22 tahun. Tempoh 12 tahun telah berlalu. Sepanjang tempoh itulah hati terus pecah dan jiwa terus menangis.


Namun persoalannya, sampai bila saya hanya mampu menangis dan berdoa?


 Iman Itu Mahal.

Allah izin, semenjak kecil terdedah dengan amal Islami sehingga Alhamdulillah telah Allah tetapkan hati untuk berada sama di atas jalan ini.


Dan jujurnya, saat melihat dan memahami realiti apa yang berlaku dalam dunia hari ini, membuatkan semakin sedar, bahawa sebenarnya belum melangkah masuk pun lagi saya di atas amal Islami ini. Malah, takut-takut iman saya masih belum cukup sempurna kerana masih belum mampu untuk menjadi payung.


"Tidak sempurna iman seseorang selagi dia tidak mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri". -Hadis Muslim.


Tiada daya dan kekuatan melainkan ia datang dari Allah....

jika sekarang ini, kita mampu tersenyum dengan senyuman mereka atas kebebasan ini, sekarang, syria memerlukan doa kita.









Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.