"Rasa macam nak kahwin aje ? "..



Ku bertemu sang adam di simpang hidupku 
Mungkin akan ada cerita cinta 
Namun ada saja cobaan hidup 
seakan diri ini hina
Tuhan berikanlah aku cinta 
*

Cinta lagi.
Lagi-lagi cinta.
tak habis2 dengan cinta bukan...
tapi ia bukannya sebarang cinta....
api tetap cinta sejati tetap kepada Allah Swt & Rasulullah Saw. ..
Ramai yang mungkin bosan dengan topik cinta.
Namun bagi saya, cinta tidak akan mendatangkan kebosanan.


isu menikah sedang hangat diperkatakan sekarang? di setiap blog, pengisian, perbualan sehingga khidmat pesanan ringkas juga tidak ketinggalan. adakah sekarang ini musim menikah bagi para akhwat?

oh, tunggu dulu. ikhwah masih tidak mencukupi....

lambakan akhwat
adakah pernikahan merupakan satu angan-angan buat para akhwat? kerana sudah terbukti, ada akhwat masih tidak nikah-nikah lagi walaupun umur sudah mencecah 30 tahun kerana menunggu seorang ikhwah yang tidak kunjung tiba.
apakan daya, masih ramai lagi akhwat yg lebih tua dari ana belum nikah juga.. bagi ana
bukan urgent lagi untuk ana menikah.. melainkan ia adalah urgent untuk dakwah.. insyaAllah 
ana pun hairan juga, kenapa sekarang isu nak kahwin jd isu yg besar & sensitif..hingga menimbulkan banyak rumors & assumptions..bahaya betul..mohon dijauhkan.. 

peringatan buat semua akhawat - jangan fikir sangat ikhwah. kahwin je dengan bukan ikhwah jika redha dgn agama dia. insyaAllah, itu terbaik.. insyaallah we are strong enough with our tarbiyah, thus we can tarbiyah him later on~ hehe.. ;)


adakah penantian satu penyeksaan? atau penantian satu kesabaran?"

..dalam penyeksaan, ada nilai tarbiyah yang Allah suntik pada kita..itulah mutiara kesabaran..

nak menunggu dapat respond daripada resume yg telah dihantar = 1 kesabaran,

nak menunggu di ta'arufkan juga = 1 kesabaran,

nak menunggu hari pernikahan jua = 1 kesabaran..

betapa banyak pahala yg Allah mahu berikan pada hambaNya yg bersabar..

menanti lah, walaupun ianya menyeksakan..

wallahua'lam..

 

bersabarlah, waktu itu akan tiba....

seandainya kita tidak dapat suami di dunia ini, insyaAllah di akhirat sana ada ramai lagi 'bidadara' yang akan menunggu kita. yakinlah ukhti.


usah bersedih andai usiamu semakin lanjut. mana tahu, di sebalik itu, Allah mengurniakan hikmahnya, kamu ditakdirkan menikah dengan ikhwah yang lebih muda. terus bergembira dengan janji Allah..

AminYarabbal Alamin..




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


8 comments

17 Februari 2012 pada 11:00 PTG

nadh nak jugak. ehehe. :D

19 Februari 2012 pada 12:13 PTG

Aminyarabbal Alamin....=) semoga kita dijodoh kan dengan orang yang baik2..insyaAlah =))

20 Februari 2012 pada 4:20 PTG

pernah terdengar quotes yg menyatakan lelaki soleh kahwinilah perempuan yang bukan solehah tetapi boleh dibentuk kerana sekeras-keras hati wanita akan cair dek kata nasihat suami..lagi2 suami yang soleh....semua kita, saya dan anda pasti mendambakan pemimpin yang sebaiknya untuk istana cinta rumah tangga kan?insyaAllah amin..

21 Februari 2012 pada 12:00 PG

alhamdulillah.... :)

27 Februari 2012 pada 2:22 PG

nadh.. spam msj :P

29 Mac 2012 pada 6:38 PTG

ana share cebisan ayat enti ya. :')

29 Mac 2012 pada 7:27 PTG

tafadhal2.... :)

26 Disember 2012 pada 6:34 PTG

penantian satu perjuangan katanya..

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.