penolakan cinta itu jihad


Berjihadkah ana selama ini?



Hari kasih sayang ... valentine days..Benarkah ia hanya kasih sayang belaka ?

Al Baqarah 120 : “Sesungguhnya Yahudi dan Kristian tidak akan redho dengan kamu selama-lamanya sehinggalah kamu menurut cara hidup mereka. Katakanlah ‘sesungguhnya petunjuk ALLAH itulah petunjuk yang benar’. Dan sesungguhnya jika kamu memilih untuk mengikuti kemahuan Yahudi dan Kristian ini setelah datang kepada kamu ‘ilmu (Al Quran), maka ALLAH tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu”.

Masya allah....

Dari Kitab Akidah Islam. “Antara yang boleh menjejaskan Iman seorang Islam iaitu apabila meniru budayaYahudi dan Nasrani. Satu dari padanya iaitu menyambut ‘Hari Kekasih atau Valentine Day. Bukan budaya Islam, tiada Nas, tiada dalil, tiada fatwa, tiada pendapat Ulamak Ijmak dan kias.”
moga tidak tercampak jauh... ALLAH peliharalah hati ini.... klik kat sini jap

Segala-galanya bermula dengan cinta. Hanya sebuah cinta....!
nauzubillah....
“lambat lagi kot nak kawin, aku nak bercinta la” ana biasa sebut dan biasa dgr ayat ni, familiar sgt kot. Ana terpikir bbrp jam yg lalu pasal kenapa Allah tak takdirkan ana bercinta padahal ada laa bbrp kali dlm hidup ana  jatuh cinta. Biasa la cinta monyet kat sekolah dlu. Tp tak tau laa nk ckp nasib baek ke tak baek, ana tak pernah lg bercinta officially as a couple dgn mana-mana lelaki. Dan sbg ana skrg, ana patut ckp Alhamdulillah sbb ana tak bercinta walaupun satu masa dlu mungkin ana sedih sbb lelaki-lelaki itu tolak ana dan ana ada putuskan persahabatan dgn salah sorg dr mereka sbb tak boleh terima hakikat org tak sudi, sampai skrg... dan kebodohan ana jelas terasa apabila kehilangan seseorang yg benar-benar sayang ana.. klik di sini.. AL-FATIHAH... *senantiasa dalam doa..

Bodoh kan ana? Sejujurnya ana tak berapa nak percaya sgt kat lelaki walaupun hati ana senang terusik. Dah dah cerita lama kita lupakan...

Berbalik kepada tujuan asal ana menulis entri ni. Kenapa Allah tak izinkan ana bercinta? Sekarang  ana tgk sendiri advantage ketidak bercintaan ana dgn mana-mana lelaki. Terima kasih kerana menolak cinta saya, awak.  ana  tgk sendiri betapa terseksa kawan-kawan ana bermujahadah(berusaha) menolak perasaan cinta dan mencari jalan menghalalkan hubungan mereka tambah-tambah lg mak ayah yg mustahil nak paham. alhamdulillah abi  dan ummi  ana  paham yg bercinta sblm kawin tu haram,  Aplikasi ilmu sgt lah kurang dlm diri kita semua kan? tahu tak semestinya faham..kan..?Tgk laa diri kita semua masa waktu sekolah dlu, mcm mana? Tp Alhamdulillah ada antara kita Allah selamatkan, termasuk diri  ana jgk, better late than never, btol dak? Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah!

Tak kira ape yg terjadi, perasaan kita tak penting, yg penting kita selamat dr api neraka di akhirat kelak, tak kira laa hati siapa pun yg kita lukakan, yg penting kita selamat! Tu prinsip ana  sekarang, agak kejam, tp kita dlm hidup ni tak mampu puaskan hati semua org, btol tak?? Even hati kita pun tak pernah puas.

Jujurnya, sapa je dlm dunia ni tak nk bercinta, tak kira laa cinta couple or bercinta halal dlm erti kata laen, berkahwin. Sape je? Semua org nk ada org yg dia cinta kan? Tp tak semua benda dlm dunia ni kita boleh atur ikut kehendak hati kita.

ana nk bercakap pasal diri ana je laa, sbb ana takut melukakan perasaan sahabat-sahabat ana  andai diorang terajin nk baca entri ni. Kenapa  ana tak syorkan diri  ana bercinta dan tak berusaha langsung mencari bakal suami? Kawan-kawan ana selalu ckp, kau kena cari dari skrg, mmg kau nak kawin dlm 3 tahun lg, tp waktu perkenalan tu lama jgk. Ambik masa semua tu. Ape yg ada dlm minda ana satu, ummi abi ana suka ke ana asyik desak diorang ana nak kawin, like seriously telling them i want to marry. But honestly, I like joking with them about boys around me, tp semua tu dlm nada bergurau senda dan tiada langsung niat hakiki nak bernikah. Sbb tu  ana sgt anti berchatting dan tak pernah chatting even di FB chabox, nak reply email atau pm agak liat ..maaf! asbabnya sbb takut jd rapat dgn mana-mana kawan lelaki. ana paham benar ummi abi ana, no marriage masa blaja, it’s all about study and nothing more! ana  nak jgk jd anak solehah, dgr ckp abi dan ummi...alhamdulillah bertuah diri ana rasakan menjadi anak kepada abi dan ummi...yg sentiasa diterapkan dgn ajaran agama.  by the way tak penting perasaan  ana , yg penting Allah redha, abi dan ummi ana happy, tak terbeban.

Masalah skrg hanyalah diri ana dan hati ana, ana  pernah melalui saat-saat kena berusaha melawan perasaan suka or more likely to be said as cinta. Tp apelah kuasa ana nk memuaskan hati semua org padahal kat akhirat nanti ana yg kena masuk neraka kalau ana langgar larangan Allah. Takde org kot boleh tolong ana melainkan ana sorg je. I'm dare myself, stop everything. This is totally wrong!

When you can’t please everybody, just make Allah please.

dan semua ni hanya bermula selepas ana blaja di bumi anbia ini,3 tahun yg lepas..Insya allah ana akan kembali  mengenggam tanah di bumi anbia itu sekali lagi.. thanks Allah. Ana bersyukur!

p/s: sedih weh buat entri ni, teringat kat UMMI & ABI....*ini serius

Assalamualaikum..
bercakap tentang jihad nie..
Sebenarnya kalimah jihad ini,mempunyai makna yang mendalam..

umm...jika berbicara tentang jihad "CINTA"..ia boleh dikaitkan dengan jihad melawan hawa nafsu..yang mana memang susah untuk kita hindari...
Berusaha selagi mampu..

"Hidup ini indah jika segalanya kerana Allah,kesulitan dihadapi dengan Redha & Sabar kerana tahu,ada Rahmat disebalik dugaan..DIA tidak menciptakan sesuatu dengan sia-sia..DIA lah sebaik-baik tempat pengaduan.. "

"Utamakanlah Cinta Illahi...daripada cinta manusia..Necaya beruntunglah kehidupan didunia dan diakhiratmu"


"biar mimpi-mimpi kita sampai ke Bintang Syurga, biar harus menggapai Awan Dunia..."



Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.