"teruk ke keadaan di Syria?".
Diam. Dan saya tahu, pasti tiada pendedahan berita-berita darah saudara ini di Malaysia
Sekatan Sebaran Maklumat.
Kisah Itu Berulang Dan Akankah Terus Berulang?
Allah ma3akum ya Suriyah...
Sepanjang mengikuti berita-berita dari saudara sana, sebak berganda saat melihat betapa mereka bersungguh-sungguh memecahkan sekatan sebaran maklumat yang dipenjarakan ke atas mereka dalam keadaan perlu merempuh peluru-peluru dan tangkapan ganas tentera thaghut yang zalim.
Segala gadget yang ada, handphone, camera dan segala dikeluarkan untuk menjadi bukti segala kekejaman. Terus diupload ke dalam youtube untuk dunia melihat dengan harapan bahawa akan ada tangan yang menghulurkan bantuan.
Tetapi pedih. Berapa kerat sangatlah yang mengambil tahu?
mereka pertaruhkan segala untuk sampaikan berita kepada saudara-saudara mereka, kerana kerajaan Assad menyekat dengan kekuatan kuku besinya.
Bukan seorang dua jurukamera yang terbunuh ketika sedang merakamkan insiden-insiden keganasan pihak thaghut. Malah pada 27 November 2011 yang lalu, seorang jurukamera telah syahid kerana sharpshooter menembak tepat ke lensa kameranya sehingga menembus ke biji mata sekaliguskan otaknya berkecai.
Kisah-kisah berdarah ini saya tatapi semenjak dari kecil. Kisah Sabra Shatillah, kisah penyembelihan Kosovo dan Bosnia, kisah pencerobohan tanah suci Palestin, kisah Perang Salib, kisah Peperangan Dunia, kisah penjajahan kuasa-kuasa besar, kisah pemerintahan ideolistik Komunisime dan pelbagai.
Allahuakbar.
Hati Pecah Dan Jiwa Menangis.
Majoriti video-video yang diupload tidak sanggup saya tontoni.
Sungguh. Saya mula menangis membaca kisah-kisah ini seawal usia 6 tahun dengan izin Allah. Mencari dan mengkaji kisah-kisah penderitaan saudara. Menyelak buku-buku tebal sejarah dan catatan peradaban dunia.
Dan usia saya kini 22 tahun. Tempoh 12 tahun telah berlalu. Sepanjang tempoh itulah hati terus pecah dan jiwa terus menangis.
Namun persoalannya, sampai bila saya hanya mampu menangis dan berdoa?
Iman Itu Mahal.
Allah izin, semenjak kecil terdedah dengan amal Islami sehingga Alhamdulillah telah Allah tetapkan hati untuk berada sama di atas jalan ini.
Dan jujurnya, saat melihat dan memahami realiti apa yang berlaku dalam dunia hari ini, membuatkan semakin sedar, bahawa sebenarnya belum melangkah masuk pun lagi saya di atas amal Islami ini. Malah, takut-takut iman saya masih belum cukup sempurna kerana masih belum mampu untuk menjadi payung.
"Tidak sempurna iman seseorang selagi dia tidak mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri". -Hadis Muslim.
Tiada daya dan kekuatan melainkan ia datang dari Allah....
jika sekarang ini, kita mampu tersenyum dengan senyuman mereka atas kebebasan ini, sekarang, syria memerlukan doa kita.
4 comments
ya,, pihak tv 3 pun tunjuk yg elok2 saja tentang syria'.macamana nak sumbang wang ke syria melalui siapa ya.tengok muka basyar dah naik semacam. muka kejam.ayuh 16 mac ni kita demontrasi d kedutaan syiria.takbir
Assalammualaikum...(beristiqomah dengan perasaan ini iaitu (perasaan kasih dan tidak meredhai kesakitan yang dialami saudara kita) samalah kita sedang berjuang bersama mereka, doa kita untuk kesejahteraan mereka adalah senjata yang amat hebat jika dibanding dengan bom fosforus tentera2 thaghut itu. Kita tak dapat menghalang kematian mereka. Malah barangkali kematian mereka adalah rahmat buat mereka. mereka segera dapat berjumpa Rabbnya dengan darah syahid mereka (dengan izin allah). Anak-anak kecil dapat menunggu ibubapa mereka di pintu syurga dan menarik ibubapa mereka untuk masuk kesyurga bersama2 mereka.MashaAllah, rahmat buat mereka diakhirat, pengajaran buat kita di dunia ini.(beristiqomah dengan perasaan ini) bahawasanya Allah sentiasa memandang hati kita yang meronta-ronta untuk keluar berjuang. IY
Niat dan azam sudah ada. Hanya tinggal restu ibubapa dan kelengkapan saja, tentu anta semua sudah lama pergi berjuang...hehe
Allahhuakbar.. IY
tanpa nama..adalah 3 komen dr orang yang sama ye.. sekadar ingin tahu.. :)
"alkhairu mukhtarallah"- yang baik adalah pilihan Allah
dlm ma'thurat sdiri ada doa "Ya Allah, jgn kau biarkan kami menentukan nasib kami sdiri walaupun dlm kadar sekelip...." subhanallah... moga sampai syurga..insyaAllah moga sentiasa dlm lindungan Allah..moga ALLAH redha..
syukran 'tanpa nama' :)