Cinta Itu Apa?




قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ
ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ 

“Katakanlah: ‘Jika benar kamu mencintai Allah maka ikutilah aku, nescaya Allah mencintai kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu.’ Dan, Allah Maha Pengampun, Maha Mengasihani”
[QS Ali ‘Imran, 3:31]



Alhamdulillahirobbilalamin....


Bismillah...


Halaqah pada hari itu dimulakan dengan puji-pujian kepada Allah SWT kerana masih lagi memberikan ruang dan peluang bagi peribadi-peribadi yang mahu mengisi jiwa mereka untuk mengislahkan diri mereka dan mengislahkan diri orang lain untuk hadir bersama-sama dalam satu tautan kasih sayang kepada Allah, rasul dan jihad.


"Baiklah, hari ini ustazah nak bincang tentang satu benda jiwang. Apa makna cinta? Ustazah nak tanya pada seorang-seorang. Yang next itu bolehlah fikir-fikirkan apa jawapannya."


Keadaan mula hangat dengan gelak ketawa. Ada yang tersengih sendiri. Ada yang bertasbih "Subhanallah" sambil menggeleng-gelengkan kepalanya. Ada yang menepuk bahu ikhwah di sebelahnya. Senang cerita, macam-macamlah aksi yang kita dapat perhatikan. Ada juga yang minta izin,


" Ustazah  , saya nak ke tandas kejap."


Haha. Itulah mereka.


"Ok, kamu. Apa jawapannya? Kalau kita sebut sahaja cinta, apa benda pertama yang kamu akan fikirkan?" 
"Hmm.. Hmm.. Hmm.. Sayang?"

"err..er...urmm rindu..?"


Suara gelak ketawa mula terpacul daripada setiap yang ada.


"Wah. bagus-bagus.. Ok, kamu pula?" 
"Err.. Cinta itu buta.."

Suara-suara kekaguman mula kedengaran..


"Hmm.. Ok, kamu pula. Lastlah, banyak pula nak tanya pada semua. Hehe.."


Suara-suara kelegaan mula terdengar,


"Pada saya, cinta itu pengorbanan.."


Seperti biasa, semua mula buat bunyi kagum dan ketawa melihat satu sama lain.


"Hah. Kamu yang ke tandas, ingat boleh escapekah? Apa jawapan kamu?" 
"Err.. Tak terbayangkan.."


Hehe. Macam-macam deme ni kalau bab mengarut.


"Ok. soalan kedua. Agak-agak, kalau kita tanya pada budak kecil mengenai cinta, apa yang dia akan jawab?" 


Ada yang diam. Ada yang jawab, "Coklat kut." dan ada satu jawapan yang sangat ana tunggu iaitu,


"Rasa yang wujud antara lelaki dan perempuan." 

+++

Baiklah, itu mungkin jawapan daripada mereka. 
Sekarang, apa pula jawapan daripada kamu? Kamu yang sedang membaca....

 Apa jawapan kamu ye..?

“Dijadikan terasa indah dalam pandangan manusia cinta terhadap apa yang diinginkan, berupa perempuan-perempuan, anak-anak, harta benda yang bertumpuk dalam bentuk emas dan perak, kuda pilihan, haiwan ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik.” 
[QS Ali ‘Imran, 3:14] 



Wanita, harta, lepak, dan macam-macam lagi itu memang fitrah kita sebagai manusia. Tapi, kalau fitrah yang akhirnya membawa kita ke arah semakin jauh dari Allah itu bukanlah alasan untuk kita ‘halal’ bermaksiat kepada Allah. 


“Alah, standard lah couple, lumrah manusia untuk merasakan diri dicintai dan menicintai..” 


Haah. Betullah tu. Mencintai dan dicintai. Hidup bahagia di dunia sama-sama, pastu terjun dalam neraka sama-sama jugak Memang sehidup semati. 


Sama juga untuk kes yang lain macam tengok movie, tengok bola sampai lambatkan solat atau tidak solat langsung, kemudian buang duit bagi kat FAM dan RTM. Kononnya mahu dapatkan ketenangan atau release tension, tapi akhirnya semakin jauh dari Allah SWT. Inikah yang kita mahukan? Atau sebenarnya ada cadangan lain daripada Allah..


“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah hati menjadi tenteram.” 
[QS ar-Ra’d, 13:28] 


Kalau semakin kita mendengar nama Allah, semakin sesak nafas kita untuk lari, jiwa terasa semakin panas. Dengar pasal solat, berat hati kita untuk mengerjakannya. Dengar ada majlis ilmu atau halaqoh, mula dah berfikir-fikir alasan untuk lari daripadanya. Maka wahai yang sedang membaca, lebih baik kita buka mati, hati dan jiwa kita semula untuk berfikir. Inikah yang kita mahu persembahkan kepada Allah di akhirat kelak, atau ada benda lebih baik yang kita idamkan. 


+++ 


Kadang-kadang, kita akan menemui satu endpoint atau titik mati dalam kehidupan kita yang memaksa kita untuk memilih. Memilih untuk sama ada kita mahu menjadi lebih baik dan menuju yang terbaik, atau sebaliknya sebagai corak masa depan kita. 


Seperti Mus’ab bin Umair yang akhirnya memeluk Islam setelah merasakan kekayaan, wanita dan kemasyhuran itu seolah tiada nilai, dan dia kembali kepada Islam kerana Islamlah yang membuatkan dia bukan sahaja hidup tenang dengannya, bahkan dia syahid atau mati kerana Islam. Begitu juga dengan Hanzhalah anak kepada ketua munafikin pada zaman Rasulullah, dia syahid hanya kerana keinginan dia untuk menjadi lebih baik. Dan juga Ikrimah bin Abu Jahal, hanya kerana merasakan diri dia telah berdosa, bahkan pernah menduduki carta orang yang wajib dibunuh, tapi akhirnya dia tahu dia kena berubah, dan destinasi akhir dalam hidupnya adalah syahid. Masya-Allah! Itulah mereka. 


Tapi kita di mana? Hidup kita ini untuk apa? Dan jika kita mati nanti untuk apa?


"Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka)? Dan janganlah mereka (menjadi) seperti orang-orang yang telah menerima Kitab sebelum itu, kemudian mereka melalui masa yang panjang sehingga hati mereka menjadi keras, dan banyak di antara mereka menjadi orang-orang fasik." 
[QS Al-Hadid, 57:16]

Mudah. Jalan syurga atau jalan neraka. Mahu yang mana? Dan kalau sudah ada jawapannya itu, janganlah hanya lekat dimulut, tapi tidak lekat di hati. Kalau setakat cakap saja.. 

“Syurga!!!” 

Fikirlah semula apa sebenarnya tujuan kita hidup. Warna apa yang perlu kita corakkan. Dan cuba untuk berbuat sesuatu untuk melakukan perubahan, dengan tidak pernah sekali cuba untuk memberikan alasan. 


Mahu atau tidak mahu nak masuk syurga? 


Kalau jawapannya, 
“Ya.” 
Teruskan berusaha, dan jangan mengalah dan tawakkal serta yakin kepada Allah. Jika jawapannya, 


“Tidak.” 


Saya sudah menyampaikan, maka keputusan terletak di tangan anda. Allah SWT sendiri tidak memaksa manusia untuk beriman. Inikan saya yang hina lagi lemah ini. 



err..tolong doakan ye  untuk exam hari nie..
syukran.. 
kbai-


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.