musabbabil asbab




Bismillah...

Catatan Jumaat 

 Kadang-kadang ana sendiri terkesima memikirkan betapa ramai antara kita yang inginkan kebaikan 
tetapi menolak kebenaran, menolak kejahatan tetapi merangkul kebatilan. Padahal kebenaran itulah sumber segala kebaikan dan kebatilan itulah penjana segala kejahatan.

Menundukkan pandangan itu tanda malu, memalingkan pandangan itu tanda sombong. 

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, (an Nur 24:31)

*********

Buat diri ku dan diri mu, kuaklah tirai hari ini dan ingatkan diri... aku adalah pelajar di universiti kehidupan ini. Hari ini Allah pasti mengajar ku melalui perlakuan-perlakuan manusia lain kepada ku. Dan aku mesti belajar dengan orang lain, kejadian, peristiwa itu – pahit atau manis.

Jika manis, Allah mengajarku erti syukur. Jika pahit, Allah mengajar ku erti sabar. Jika dikecewakan, aku sedang belajar hakikat tawakal. Bila cemas, Allah mengajar ku erti raja' (mengharap). Jika sedikit, Allah mengajar ku erti qanaah (berpada-pada). Ya Allah, lepaskan hati kami dari asbab-asbab ini, agar kami bebas dan tenang berpaut pada 'musabbabil asbab' (Penyebab segala sebab) – wajah MU ya Allah.

Pujuklah hati, katakan, didikan ini demi cinta-Nya jua.



How many times we please people than God? 

Walaupun ramai orang tahu, tetapi mereka perlu diingatkan. Tolong ingatkan ana juge.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.