barakallahulakuma... pic suweet nie share dari
-S Y U K R A N-
Jaga batas-batas hubungan sebelum kahwin agar Allah jaga hubungan erat suami isteri selepas kahwin...
وَمِنْ آيَاتِهِ أَنْ خَلَقَ لَكُمْ مِنْ أَنْفُسِكُمْ أَزْوَاجًا لِتَسْكُنُوا إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُمْ مَوَدَّةً وَرَحْمَةً ۚ إِنَّ فِي ذَٰلِكَ لَآيَاتٍ لِقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu pasangan-pasangan dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”
[QS ar-Ruum, 30:21]
*********
cakap-cakap ikhwan..
“sufian, pada pendapat kau, siapa budak perempuan dalam course kita yang sesuai untuk dijadikan pasangan?”
“Untuk bawa ke syurga atau neraka destinasi akhirnya?”
“Syurga lah.”
***
cakap-cakap akhwat..
“Saya nak tanya pendapat ukhtilah. Apa yang di maksudkan dengan wanita solehah dan apa pula maksud lelaki yang soleh. Saya kelirulah.. Dan, bagaimana kita sebagai insan yang lemah ini untuk pulih daripada kekecewaan yang kita hadapi... Maaf lah. Banyak sangat soalan yang saya kemukakan.”
***
Fenomena Cinta?
Sejak kebelakangan ini, terlalu banyak persoalan mengenai cinta yang ditanyakan pada diri ini. Secara serius atau tidak. Macam-macam karenah, macam-macam ragam. Tetapi, secara konklusinya, ianya tetap berbalik ke arah satu destinasi. Iaitu destinasi cinta...
“Dijadikan indah pada manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas dan perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia; dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga).”
[QS Ali ‘Imran, 3:14]
Sememangnya begitulah Allah ciptakan manusia. Penuh dengan keinginan atau bahasa islamiknya, hawa nafsu. Tetapi, adakah ituboleh dijadikan alasan di hadapan Allah kelak untuk kita membenarkan perbuatan itu
(hawa nafsu)?
“Alah ustazah, biasalah, remaja. Penuh dengan gelora cinta”
“Cinta kan fitrah manusia, takkan nak halang lak?”
Ya. Dengan manusia mungkin kita boleh berdalih, bahkan berdebat untuk membetulkan pendapat masing-masing. Kerana apabila kita bersekongkol dalam hal-hal yang maksiat, maka syaitan akan sentiasa mengilhami kita dengan pelbagai bentuk alasan untuk membenarkan perbuatan salah kita. Seperti dialog-dialog di atas.
Siapa syaitan itu?
“Dan demikian Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, iaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dari jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah untuk menipu (manusia). Jikalau Tuhanmu menghendaki, nescaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dengan apa yang mereka ada-adakan.”
[QS Al-An’am, 6:112]
Ha! Maksudnya di sini, syaitan-syaitan ini bukan setakat yang kita bayangkan iaitu yang wujud dalam entiti yang kita tidak nampak. Bahkan entiti yang kita nampak dan selalu bergaul denan kita sehari-hari, iaitu mungkin kawan-kawan kita, persekitaran dan lain-lain yang mana kerjanya sama sahaja dengan kerja syaitan. Iaitu membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah untuk menipu (manusia).
Ada sesuatu yg aneh tentang zina. Tuhan bukan saja melarang berzina, malah mendekati zina pun dilarang. Ini kerana zina tidak berlaku secara tiba-tiba. Ia didahului oleh mukadimah-mukadimahnya seperti pandangan mata dan kata-kata.
Promosi Cinta
Media merupakan satu medium yang sangat bernilai dan berkuasa dalam membentuk corak pemikiran atau mindset masyarakat. TV, surat khabar, majalah, buku-buku atau novel dan lain-lain. Kenapa saya cakap begitu?
Cuba kita lihat di TV. Banyak tak cerita tentang cinta? Huh, sangat banyak!
Maka mari kita lihat tugas-tugas syaitan pengikut iblis ini,
“Iblis berkata: Wahai Tuhanku, oleh sebab engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali hamba-hamba Engkau yang ikhlas di antara mereka”
[QS al-Hijr, 15:39-40]
Itulah tugas iblis, disambung oleh para syaitan baik dari jenis manusia atau jin. Membuat kita memandang indah perbuatan maksiat itu. Jelas Allah pesan dalam surah al-Isra’, 17 ayat ke-32;
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji (lucah). Dan suatu jalan yang buruk”
[QS al-Isra’, 17:32]
Inikah cinta yang diajarkan oleh Allah dan Rasul-Nya? Atau ini semua hanya nafsu semata-mata, yang bernaungkan nama cinta. Untuk menutup kekejian yang sebenar. Na’uzubillah min zalik.
Fitrah Cinta
Cinta itu adalah sesuatu yang membawa ke syurga.
Maka jika bukan syurga yang menjadi destinasi akhirnya, maka itu bukanlah cinta.
Islam hadir bukanlah untuk mengharamkan cinta. Kerana islam itu fitrah, dan cinta itu fitrah.
Hadirnya islam adalah untuk mengawal satu perasaan yang sangat suci ini, agar ianya tidak tercemar dengan jalur-jalur kehitaman nafsu.
Diharamkan zina, dihalalkan nikah.
“Dan nikahkanlah orang-orang yang bujang di antara kamu, dan orang-orang yang layak (bernikah) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan mampukan mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas lagi Maha Mengetahui.”
[QS an-Nuur, 24:32]
Cuma mungkin salah satu musibah yang kita hadapi sekarang ini ialah,
“Apabila zina lebih mudah daripada nikah”
Buat mereka yang merasa ingin bercinta
Jika ingin bercinta itu bermaksud ingin bernikah, maka teruskan, jangan pandang ke belakang. =)
Tetapi, jika bercouple atau lain-lain, maka lupakanlah. Ingin bercinta ini bermakna ingin membawa diri kita da diri pasangan kita ke syurga. Maka, adakah anda sudah bersedia untuk itu? Anda yakinlah dengan firman Allah,
“Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki yang keji untuk wanita-wanita yang keji, dan wanita-wanita yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan laki-laki yang baik untuk wanita-wanita yang baik. Mereka itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka. Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia.”
[QS an-Nuur, 24:26]
Maka, jika kita mahukan pasangan yang mentarbiyah dirinya dengan al-Qur’an, menjaga hubungan dengan Allah dan manusia, mantap dari segi dakwah dan ibadah. Maka kita kenalah jadi seperti itu dulu.
Bagi mereka yang tidak pernah merasa ingin bercinta
Salurkanlah cinta anda kepada Allah. Kerana seseorang itu akan bersama dengan apa yang dincintainya di akhirat nanti. Jika maksiat yang dicintainya, maka dia akan bersama dengan maksiat. Jika Allah adalah yang dicintainya, maka Allah-lah bersama dengannya kelak di akhirat. Insya-Allah.
Mahalnya Cinta
“Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu pasangan-pasangan dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antara kamu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”
[QS ar-Ruum, 30:21]
Susunan yang telah ditetapkan oleh Allah itu sangat jelas di mana dia akan berkan kita pasangan dahulu, kemudian rasa cenderung, tenteram, kasih dan sayang.
Bukan seperti kebanyakan manusia pada hari ini, mencari sayang, kasih, tenteram, cenderung dan kemudiannya baru pasangan.
Indahnya Cinta
Allah akan berikan kita pasangan, bila tiba saat yang di mana kita benar-benar memerlukannya. Bukan di saat kita menghendakinya.
Maka, bersiaplah untuk bercinta dengan manusia dengan percintaan dengan Allah SWT.
Mantapkan akhiratmu, mantapkan duniamu.
Paksikan cintamu, atas dasar keimanan kepada Pemilik Cinta Yang Satu....
Menundukkan pandangan itu tanda malu,
memalingkan pandangan itu tanda sombong.
Katakanlah kepada wanita yang beriman:
"Hendaklah mereka menahan pandangannya, (an Nur 24:31)
AMIN YARABBAL ALAMIN...
2 comments
kalau boleh nk yg mcm ni.....
insya allah... doa lebat2 ye..moga segalanya dipermudahkan Allah buat kita..
amin..
:)