Terlajak perahu boleh diundur.
Kalau kita menjawab kritikan Dr Fadzilah Kamsah dengan menyebarkan gambar ahli keluarganya yang kurang sopan, tidakkan kita lupa bahawa Nabi Nuh juga mempunyai anak yang kufur. Begitu juga dengan isteri Nabi Luth.
Politik adalah tentang polisi dan visi. Bukan emosi.
Dari sudut negatifnya, ummah sudah kehilangan kepercayaan seorang tokoh yang dihormati untuk memberi pencerahan dan melakukan islah kepada ummah.
Cuma saya berharap betul jika Dr Juanda Jaya dan Dr Asri bertanding atas tiket PKR, bukan PAS. Kerana kita tahu PAS bermasalah seperti PAS parti ayatollah, erdogan vs ulama, labelisma dalam PAS dan segala macam masalah yang tak selesai. Kemasukan Dr Juanda dan Dr Asri dalam PKR mampu memastikan survival orang Islam dalam PAS.
Dunia ini demokrasi.
Namun kita masih ada Dr Abdul Basit Abdul Rahman, Dr Zaharuddin Abdul Rahman, Dr Zahazan, Dr Zulkifli al Bakri. Harap-harap mereka tidak masuk politik.
Foto Anak Fadzilah Kamsah Tersebar.
Jawapannya mudah. Iman tak dapat diwarisi..
Lahirnya kita ke dunia dengan keadaan masih bersih tanpa dosa serta noda. Selepas itu segalanya bergantung pada corak didikan yang diberi oleh ibu bapa. Mahu mencorak anak menjadi orang yang beriman, dari awallah mulanya."Bagaimana pula jika didikan agama yang diterap oleh ibu dan ayah cukup hebat. Tetapi akhirnya anak itu menjadi murtad, ada kes sebegini berlaku di Malaysia.
Ada silapnya. Di mana- mana sahaja. Mungkin ibu dan ayah sudah memberi didikan agama yang cukup hebat kepada si anak, tetapi apakah mereka hanya mengajar tetapi tidak mendidik? Pengaruh persekitaran, apakah sudah diajar kepada sang anak. Melatih anak untuk berfikir secara hak dan batil. Jika dikatakan memberi pendidikan agama yang cukup hebat itu dari segi anak sudah pandai menghafal 30 juzuk al-Quran, dihantar anak ke sekolah pondok dan sebagainya, diberi segala macam input agama, tetapi outputnya bagaimana pula? Adakah berhasil jika kita hanya mengajar tetapi tidak mendidik secara telus, benar dan ikhlas. Kadang-kadang yang berlaku juga adalah salah satu bentuk ujian Allah untuk ibu bapa.
Ujian Dari Allah
Sebagaimana Iman itu tidak dapat diwarisi, begitu juga apa yang berlaku pada zaman nabi-nabi. Mari kita renung sebentar kisah mengenai Nabi Nuh, berdakwah hampir seribu tahun namun hanya sedikit yang beriman. Lalu diturunkan Allah bencana berupa banjir besar yang memusnahkan kaumnya yang ingkar dan salah seorang daripada mereka adalah anaknya sendiri.
Makanya ini sudah menjadi petanda kepada kita untuk mengetahui bahawa Iman itu bukan warisan.
Namun, itu adalah suatu bentuk ujian untuk hamba-hamba-Nya yang beriman. Masyarakat yang memandang pula tidak harus menghukum sedemikian rupa.
Bila mana kita sibuk mempertikaikan orang lain salah itu dan salah ini, hakikatnya kita telah mengurangkan masa kita untuk melihat di mana salah diri sendiri. Lama kelamaan bimbang segala apa yang diri sendiri lakukan semuanya dianggap betul walau hakikatnya salah. Sementara semua yang orang lain lakukan, dianggap salah.. Kena berhati-hati dengan hati..
Namun kita masih ada Dr Abdul Basit Abdul Rahman, Dr Zaharuddin Abdul Rahman, Dr Zahazan, Dr Zulkifli al Bakri. Harap-harap mereka tidak masuk politik.
Siapalah yg memulakan edit dan share gambar keluarga Dato Dr. Fadzilah Kamsah tu. Dunia tanpa langit, menyesal sekarang pun dah beribu orang share dan tonton, payah nak hentikan penyebaran.
Kita (orang-orang menyokong PR) menentang UMNO dan BN bukan kerana dosa peribadi mereka. Mati la nak cari manusia yg bersih dari dosa baru boleh jadi pemimpin. Sia-sialah Allah hidupkan Iblis sampai kiamat. UMNO BN ditentang kerana mereka zalim pada hak rakyat, tak amanah pada kuasa. Bak kata Hilal Asyraf; paku benda ni dalam kepala.
sejujurnya saya masih ragu-ragu dengan gambar ini.
Mesejnya cukup mudah, jika ayah itu seorang yang beriman, belum tentu lagi anak-anaknya akan mewarisi apa yang dilakukan. Namun tidak mustahil berlaku jika si anak mendapat didikan yang betul daripada ayah dan ibunya.
Jawapannya mudah. Iman tak dapat diwarisi..
Lahirnya kita ke dunia dengan keadaan masih bersih tanpa dosa serta noda. Selepas itu segalanya bergantung pada corak didikan yang diberi oleh ibu bapa. Mahu mencorak anak menjadi orang yang beriman, dari awallah mulanya."Bagaimana pula jika didikan agama yang diterap oleh ibu dan ayah cukup hebat. Tetapi akhirnya anak itu menjadi murtad, ada kes sebegini berlaku di Malaysia.
Pernah dengar nama Nor Aishah Bokhari? Kisahnya di SINI
Malahan ada pula pelajar sekolah agama yang berzina hingga melahirkan anak luar nikah. Kemudian dibuang merata bayi tersebut.
Apa silapnya?"
Ada silapnya. Di mana- mana sahaja. Mungkin ibu dan ayah sudah memberi didikan agama yang cukup hebat kepada si anak, tetapi apakah mereka hanya mengajar tetapi tidak mendidik? Pengaruh persekitaran, apakah sudah diajar kepada sang anak. Melatih anak untuk berfikir secara hak dan batil. Jika dikatakan memberi pendidikan agama yang cukup hebat itu dari segi anak sudah pandai menghafal 30 juzuk al-Quran, dihantar anak ke sekolah pondok dan sebagainya, diberi segala macam input agama, tetapi outputnya bagaimana pula? Adakah berhasil jika kita hanya mengajar tetapi tidak mendidik secara telus, benar dan ikhlas. Kadang-kadang yang berlaku juga adalah salah satu bentuk ujian Allah untuk ibu bapa.
Ujian Dari Allah
Sebagaimana Iman itu tidak dapat diwarisi, begitu juga apa yang berlaku pada zaman nabi-nabi. Mari kita renung sebentar kisah mengenai Nabi Nuh, berdakwah hampir seribu tahun namun hanya sedikit yang beriman. Lalu diturunkan Allah bencana berupa banjir besar yang memusnahkan kaumnya yang ingkar dan salah seorang daripada mereka adalah anaknya sendiri.
(Mereka semua naik) dan bahtera itupun bergerak laju membawa mereka dalam ombak yang seperti gunung-ganang, dan (sebelum itu) Nabi Nuh memanggil anaknya, yang sedang berada di tempat yang terpisah daripadanya: "Wahai anakku, naiklah bersama-sama kami, dan janganlah engkau tinggal dengan orang-orang yang kafir". Anaknya menjawab: "Aku akan pergi berlindung ke sebuah gunung yang dapat menyelamatkan aku daripada ditenggelamkan oleh air". Nabi Nuh berkata: "Hari ini tidak ada sesuatupun yang akan dapat melindungi dari azab Allah, kecuali orang yang dikasihani oleh-Nya". Dan dengan serta-merta ombak itu pun memisahkan antara keduanya, lalu menjadilah ia (anak yang derhaka itu) dari orang-orang yang ditenggelamkan oleh taufan. [Surah Hud :Ayat 42-43]
Makanya ini sudah menjadi petanda kepada kita untuk mengetahui bahawa Iman itu bukan warisan.
Namun, itu adalah suatu bentuk ujian untuk hamba-hamba-Nya yang beriman. Masyarakat yang memandang pula tidak harus menghukum sedemikian rupa.
Mari berprasangka Buruk.
"Eh, ustaz ni cakap serupa tak 'bikin'. Dia duk berdakwah dekat kita, tengok anak-anaknya teruk juga."
suara-suara sumbang sebegini yang sering berprasangka sudah menjadi satu penyakit dalam diri masyarakat dewasa kini.
Apa salahnya kita bersangka baik dengan berkata sebegini..
"Kasihan juga ustaz tu, sering berdakwah kepada masyarakat lain, namun anak-anaknya pula sedemikian. Mungkin dia sudah mendidik dengan yang terbaik dan ini adalah salah satu bentuk ujian untuknya."
Ingat, tidak akan berubah nasib sesuatu kaum kalau bukan kita yang mengubahnya sendiri.
"Eh, ustaz ni cakap serupa tak 'bikin'. Dia duk berdakwah dekat kita, tengok anak-anaknya teruk juga."
suara-suara sumbang sebegini yang sering berprasangka sudah menjadi satu penyakit dalam diri masyarakat dewasa kini.
Apa salahnya kita bersangka baik dengan berkata sebegini..
"Kasihan juga ustaz tu, sering berdakwah kepada masyarakat lain, namun anak-anaknya pula sedemikian. Mungkin dia sudah mendidik dengan yang terbaik dan ini adalah salah satu bentuk ujian untuknya."
Ingat, tidak akan berubah nasib sesuatu kaum kalau bukan kita yang mengubahnya sendiri.
Allahu musta'aan
p/s- dari prof muhaya , Kalau kita degil dengan Allah takkan anak nak taat dengan kita??
ada sapa-sapa nak jelaskan?
Nabi Adam pun buat dosa sampai kena campak ke luar syurga. Anak Nabi Adam bunuh adik beradik sendiri. Nabi Musa pernah bunuh orang. Nabi Yunus lari dari dakwah. Apekejadah nak gelakkan dosa orang? Siyes tak paham *tarik tudung (sbb tarik rambut nanti org kata freehair)*
notakaki- Saya kagum dengan Dr Halimah Ali (Exco Selangor). Dr Halimah memang cemerlang dalam menjaga portfolio pendidikan. Bahkan Dr Halimah cemerlang mentarbiah anak-anaknya. Semoga Allah permudahkan urusannya.
Doakan anda dan saya menjadi anak yang soleh dan solehah.
Doakan anda dan saya menjadi anak yang soleh dan solehah.
ada sapa-sapa nak jelaskan?
Nabi Adam pun buat dosa sampai kena campak ke luar syurga. Anak Nabi Adam bunuh adik beradik sendiri. Nabi Musa pernah bunuh orang. Nabi Yunus lari dari dakwah. Apekejadah nak gelakkan dosa orang? Siyes tak paham *tarik tudung (sbb tarik rambut nanti org kata freehair)*
33 comments
pada pandangan saya, pesanan prof muhaya lebih sesuai digunakan untuk motivasi dan muhasabah diri, bukan untuk ditujukan pada orang lain.
:)
@nadz ruslanGood point. :)Jangan tegur orang, tegur diri dulu. Sibuk betulkan diri dulu.@prof Muhaya
hati kena kental,dunia sedang menyesakkan jiwa2 kaum muslimin.. Allahu yuabrik alaik
saya kenal anak lelaki tu. dia kahwin pada usia yang agak muda dan mungkin ada orang menyalahgunakan gambar dia dengan isteri. Wallahualam. Dalam hal macam ni, kita tak sepatutnya menyebarkan aib saudara kita meskipun ada bukti untuk sokong apa2 je yang kita jumpa. Akhirat nanti macam mana lah.
ujian..oh..ujian dunia
Jom Baca Entri Terkini Saya Di Sini
sweet awek yang dpan skali sebelah kiri tu..
anak dato yang tu mmg tak pakai tudung ke?..
pegang pada prinsip iman tak boleh diwarisi... tak semesti mak ayah ustaz ustazah, anak2 pun akan jadi ustaz ustazah...
tentang pesan prof muhaya tu kita tengok sebaliknya... semakin kita taat pada Allah, semakin kuat ujianNya pada kita... dan mungkin itu yg jadi pada Dato Dr Fadzilah Kamsah... anaknya adalah ujian untuknya...
semoga menjadi anak yang solehah... jadi isteri yang solehah bila lagi :)
Salam, tak baik membuka aib org ... Tak kirala dia siapa pun.... Setiap org ada benda salah dia buat... Termasuk diri kita..sepatutnya perkara macam ni tak perlu dihebohkan...sukakah kita kalau perkara salah yg kita buat menjadi bahan tayangan umum..pasti tidak suka... Maaf kalau tersinggung...
P/S mesej ni bukan mesej politik...
Prof Dr Muhaya pun ada pesan, kalau kita selalu tengok kesalahan org, kita xkan nmpk kesalahan kita dan bila kita kita tgok diri kita, kita xkn amek tahu pasal org lain. Konklusinya, kita baiki diri kita dlu sebelum nak nilai org lain.
Ada masanya kita tidak boleh menjadi neutral sepanjang masa kerana boleh terjatuh ke dalam lembah kemunafikan. Bila ada penentangan antara hak dan batil, adil dan zalim, maka kita harus menyatakan pendirian kita dan bertindak.
jemput baca sini.
dibenarkan membuka aib manusia pada 4 situasi.
Macam tu jugak paroknya Nabi nak didik umatnya utk solat. Even Nabi pun pernah cakap dgn sahabat, masih ada sisa jahiliah dlm diri (kes Bilal kena gelak sbb kulit hitam)
alahai..bnda cenggini pon nk d besar2 kan..
kalau semua org perfect je yg dpt tegur..mknanya xde sp la yg boleh menegur org lain..sbb xde manusia yg perfect..
Dik jgn terlalu taksub dlm pendirian politik.. Tp komited dlm pendirian kebenaran dan yg hak.. Kálau BN salah guna kuasa adakah krjn PR x salah guna kuasa? tp pertimbangn bukan terhad kepda itu.. Kebijaksanaan polisi, kemampuan memimpin dgn berkesan, tepat dlm buat keputusan, ketelusan dll ciri good governance tu yg perlu dimbil kira. Jgn terlalu benci dan jgn terlalu taksub
@open mind Keputusan PMR saya 8A, SPM 6A5B. Tapi saya tersemput-semput mengaji di universiti. Saya ada misi besar utk berperanan buat negara, nak buat research. Di UTHM saya jual buku, al quran, design t-shirt labuh untuk sara hidup. Sampai hari ni masih berhutang dengan Yayasan Pelajaran Johor. Di JUST saya jual rojak, tangguh semester utk jual roti dek nak bayar hutang kawan-kawan (sy pinjam duit utk yuran pengajian).
Tapi menteri saya khianat wang penternak lembu RM200 juta bagi famili. Bagi PSY RM2juta sebab menyanyi. Sabar?
Jika wang dijadi ukuran, sampai bila hati harus gusar, sampai bila nak leka, sampai bila harus marah, sampai bila rendah diri nak menundukan ego...bukankah hidup bermakna bersusah, satu ujian, keperitan satu ujian..mereka yg membinasakan diri sebab dunia bukan musuh tapi saudara yg perlu bimbingan. Allah, jika aku tak mampu nak hidup dlm pemberian rahmat mu, aku pohon jgn lah uji aku dgn rahmat mu itu, krn aku takut aku menjadi dlm klgn org yg tdk bersyukur
@Tanpa Namatakpe, masalah org lain lagi rumit. Nk masuk sekolah rendah menengah pun tak mampu.
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?
(dahmengantuksangatni)
Lebih baik miskin jika kaya jd bakhil, lebih baik mati jika miskin dengki.
Ulama kena masuk politik. Kalau bukan orang baik masuk nanti yang jahat pula ambil tempat. Sejarah ulama silam semua mereka terlibat dalam politik walaupun bukan secara langsung kerana dulu kita kena faham, pemerintahan beraja. Contohnya Imam Izz menyurud Zahir baybars menghabiskan hartanya dulu untuk biayai perang. Ibn Taimiyah meniupkan jihad di Syam. Imam Ibn Hazm sokong al-murabitun dan banyak lagi contoh.
Contoh yang paling dekat ialah kelantan. Walaupun dari awal sejarah lagi kelantan telah dikurniakan Allah dengan ulama-ulama yang ramai sepeti Tok Selehor, Tok Kenali, Tok Khurasan, Tuan Guru Abdul Rahman pondok sungai durian dan ramai lagi, namun maksiat tetap berleluasa semasa pemerintahan awal. Bacalah kisah pelayaran Abdullah tentang pelacur di sungai kelantan. Laga lembu, menora, wayang kulit tersebar dengan meluas yang mana amalan itu penuh dengan maksiat dan khurafat.
Tiba pula semasa UMNO memerintah, judi, panggung dan banyak lagi maksiat berleluasa. Untuk bukti tanyalah orang tua-tua yang sempat hidup semasa pemerintahan UMNO di kelantan.
Alhamdulillah setelah kepimpinan ulama yang mana orang baik masuk politik dan menang pilihanraya, banyak sudah berubah, maksiat berkurang dan memang jahu lebih islamik dari dulu. Ini menunjukkan perlunya kerajaan dibawah pimpinan orang baik-baik untuk mendapat masyarakat yang baik. Tidak dinafikan dakwah dan cara lain perlu juga. Tapi cara pemerintahanlah yang paling utama dan tidak mustahil banyak ulama kita seperti syeikh daud fatani banyak menasihati pemerintahan raja-raja melayu.
Salahuddin
bukankah doktor fadzilah minta turutkan / delete gambar2? sebab gambar keluarga tu ada yg x menutup aurat... semoga kita x menjadi antara yg menyebarkan aurat org lain terutama bg mereka yg dh bertaubat.
Dr Fadzilah Kamsah dah Jawab bahawa Gambar Anak die tuh SELEPAS DAH BERKAHWIN. n gamba x tutup AURAT tuh 7 TAHUN LALU.
INI LINK PENJELASAN BELIAU
http://goo.gl/UZoSL
mereka yg sering prasangka buruk dgn golongan pendakwah ni nyata tak kaji sirah nabi kita.. dgn apa yg berlaku pd keluarga Nabi Nuh, pakcik Rasulullah saw. bagaimana pula dgn mualaf, spt Ustaz Ridhuan Tee.. adakah dia pun x bleh pakai sbb ramai lagi saudara mara nya belum memeluk Islam... haihhh pening dgn masyarakat yg terlalu suke dengki dan bersangka buruk..
Bismillah.
Iman sma skali tdk boleh d warisi. Kta brbaik sangka. Tdk mgkn dr fadilah kamsah akn mbiarkan anaknya mcm tu. Pasti didikan telah d beri cuma bila anknya dewasa, dia mudah terikut dgn kwn. Bila dah mcm ni, nak salahkn ibu bapa xblh jga. Sb rmai ibu bapa yg soleh tp ada jga anak yg mcm ni. Dn bg sya, musibah @ ujian, smuanya menyuruh kita kmbali pd Allah. Kta tdk blh menuding jari pd stu pihak. Kdg2 ibu ayah nya soleh , anaknya jga soleh tp bila trpengaruh dgn kwn, smuanya blh brubah. Kta dokab yg trbaik ya rakan2 :)
Saya lihat ramai anak melayu tercicir bukan kerana malas tapi keadaan kewangan yang menghalang. Ini realiti kerana anak anak saya sudah 3 orang di universiti dan menceritakan keadaan rakan rakan yang struggle. Luahan pelajar tadi adalah realiti dan saya percaya dia redha kerana itu berusaha menampung pelajaran beliau. This is not an issue of not being thankful. Letakkan agama pada tempat yang benar.
@zalina abdul rahim :)
apabila kerajaan bertukar tangan,,dan ingatlah kamu bahawa ketika itu ada suatu penyesalan yang berlaku..di mana penghapusan orang islam di bumi akan lenyap dan di gantikan dengan kaum yang melaknat allah,,subhannallah.
@zalina abdul rahim
saya nk komen skit pasal reply dari zalina abdul rahim...
realiti yang mengatakan anak melayu tercicir kerana keadaan kewangan yang menghalang adalah satu pembohongan... kenapa saya berkata demikian?saya berasal dari keluarga yang ayah bekerja kampung dan ibu surirumah sepenuh masa.hidup susah..kami lima beradik mampu menghabiskan pengajian dengan cemerlang dengan hanya menggunakan duit biasiswa/pinjaman PTPTN shaja tanpa meminta kepada ibu bapa. saya lihat ramai rakan-rakan saya y tercicir bukan disebabkan oleh faktor kewangan tetapi disebabkan oleh pengaruh rakan sebaya dan terlepas dari kawalan keluarga . faktor kewangan dijadikan alasan kerana mereka tidak pandai menggunakan duit biasiswa/pinjaman dengan baik.baru dapat duit dah berjoli dengan hanphone baru, tukar gadget, tukar motor.adakah ini perlu?bila tiba hujung semester.mula laa makan pun bercatu...mmg tidak dinafikan ada y berasal dari keluarga miskin mcm kami. tp satu saja yang memberkatkan semua ini..tetapkan niat nk berjaya dunia dan akhirat.restu dan doa ibu bapa...
@Lynn si pipi merah
dikk..akak pun study di UTHM..tp masih boleh survive hanya dengan gunakan duit pinjaman tanpa mintak pada sesiapa pun hatta mak ayah.mahupun bberniaga@kerja part time..pokok pangkal niat di hati.
salam...sya study kat ma'ahad tahfiz.pada pandangan saya x smua org pkai tudung labuh perfect akidahnya...sowy saya harap x orang yg slah fhm..
Pakai tudung labuh bukan mnunjukkan dia alim atau bnyak ilmu... tp pakai tudung labuh itu sdiri adalah stu tuntutan dlm agama... krana ia dpt mnutup aurat dgn lbih sempurna yakni x menampakkan phiasan seorg wanita n juga btk bdan mereka... jd x perlulah adik tanpa nama yg blajar kt maahad nk kaitkn dgn tudung labuh... wallahua'lam
Mmkai Tudung labuh itu bukan menandakan seseorg itu alim ataupn x...tp ia adalah lbih kpd satu tuntutan dlm agama... sbb dgn mmkai tdung labuh itu dpt mnutup aurat seorg muslimah itu dgn lbih smpurna.. trutama phiasan wanita n btk badan... jd bila bila seorg muslimah itu tlh mnutup auratnye dgn smpurna. .. jgn la kita kondem mereka ttp jika akidah mereka mmg benar kurg sempurna... mka bntulah mereka pbetulkan akidh mereka.. tdk perlulah dikaitkan dgn pkaian mereka. . Wallahua'lam
JANGAN KITA CARI KESALAHAN orang lain
TETAPI
Kalau dah nampak MAKSIAT depan mata, KITA WAJIB tegur, sama ada dengan perbuatan, lisan atau HATI. Dan dengan hati itu SELEMAH2 iman. Pilih sendiri
"Man roaa minkum munkaran ....... "
:)
Bagi saye yg pakai tudung dan x pakai tudung sama je...dosa sendiri tanggung... apa yg terbaik untuk kita buat terus..tp jgn smpi diri kita yg merana Tue je....
Aku tak peduli dgn isu keluarga dia... Kita jgn jadi mcm umno!!! Jgn lupa perjuangan menegakkan agama Allah. Cara menyerang peribadi mcm tu bukan cara kita! Umno buat.
mcm tu biar mereka tanggung, kita jgn ikut dan jadi mcm mereka. Tuan Guru Nik Aziz pernah berpesan byk sebut Islam dr sebut parti. Maksudnya kita berjuang utk Islam, parti cuma wadah