VIDEO Dan Catatan Mahasiswa Diserang Samseng Di Pekan.



Melayu sama melayu gaduh, ikan jaws tepuk tangan. Hujah dibayar darah. Melayu adalah Barbarian.


Pada 15 Februari 2013, sekitar jam 11 pagi, seramai 50 orang mahasiswa Gerakan Mahasiswa PRU 13 (GM13) menuju ke Sungai Miang, DUN Peramu Jaya untuk menjalankan aktiviti ziarah mesra bersama penduduk di sana dan aktiviti edaran Surat Harapan Mahasiswa. 

Namun, kami telah dihalang oleh penduduk kampung dengan sekatan jalan raya dan pihak kami tidak dibenarkan daripada memasuki kawasan Sungai Miang. Walaupun rundingan telah dibuat beberapa kali, namun mereka tetap berkeras untuk tidak membenarkan pihak kami daripada memasuki kawasan Sungai Miang. Oleh demikian, pihak kami akur dengan keputusan itu untuk beredar secara damai. 


Sekitar jam 2 petang selepas solat Jumaat, kami telah mengedarkan risalah kepada masyarakat di Masjid Ketapang, Masjid Kg Padang Polo dan Masjid Besar Pekan Lama. Kami dibahagikan


kepada tiga kumpulan untuk mengedar Surat Harapan Mahasiswa dan risalah mahasiswa ke tiga masjid tersebut.

Tiada sebarang provokasi dan kekacauan yang berlaku, 


malah masyarakat di masjid tersebut menerima dengan baik risalah yang kami edarkan dan mereka turut memberi kata-kata semangat kepada kami semua. Edaran risalah berjalan dengan lancar di semua masjid tersebut. 

Selepas itu, sekitar jam 3 petang, kami berkumpul berpusat di Masjid Besar Pekan Lama untuk terus menuju ke bangunan Mara,berhadapan dengan Pasar besar bandar Pekan. Kami dibahagikan kepada tiga kumpulan untuk mengedar risalah mahasiswa dan Surat Harapan Mahasiswa kepada penduduk setempat.

Salah satu kumpulan kami yang terdiri daripada Adam Adli, Mohd Bukhairy, Shukri Kamarudin dan beberapa yang lain telah ditahan oleh beberapa individu yang tidak dikenali yang dilihat datang dari Bangunan Umno bahagian Pekan dan salah seorang daripada mereka memakai baju yang tertera 'Pejabat Ahli Parlimen Pekan' dan berlogo 1Malaysia. 

Risalah kami telah dirampas, lalu mereka terus membakar risalah yang dirampas itu dan mereka meninggikan suara kepada kami. Mereka juga menarik serta mencekik Adam Adli secara kasar. kami tidak diberi ruang untuk menerangkan idea dan agenda kami, malah telefon bimbit dan kamera kami turut cuba dirampas ketika kami ingin merakamkan kejadian yang berlaku. Kami terus ditengking dan dihalau oleh mereka dengan kata-kata, “Jangan hina PM kami!!”

Kemudian kami semua berkumpul dihadapan bangunan kedai yang berdekatan dengan Pasar Besar Pekan. Dua orang mahasiswa iaitu Mohd Alif Asyraf dari UPSI dan Ahmad Saufi dari KUIS telah dirampas dompetnya. Mereka dengan jumlah hampir 100 orang telah mengepung, memaki dan menjerit di hadapan kami, mendesak kami untuk terus balik ke Kuala Lumpur dan mengeluarkan kata-kata kesat seperti “Ini tempat PM kami, kami akan jaga dan kawal tempat ini. Korang semua boleh berambus!”.

Selepas itu, beberapa orang mahasiswi, antaranya Fatehah Ahmad dari UPM dan Noor Afifah Jamaludin dari UM telah ditarik tudung dan baju mereka oleh samseng tersebut untuk merampas risalah yang ada pada tangan mereka. Kehadiran dua orang anggota polis, tidak mampu membuat apa-apa. Ekhsan Bukharee dari Unisel dan Sheikh Omar dari UniKL turut dikasari dengan ditumbuk di bahagian kepala dan di tendang di kaki oleh beberapa orang samseng yang dilihat datang secara berkumpulan dari Bangunan Umno Bahagian Pekan yang berada berhampiran dari tempat kejadian.

Salah seorang daripada mereka juga telah mengarahkan kami untuk membuka salah sebuah kereta siswa yang telah diekori mereka dan mereka telah merampas dua buah kotak risalah serta Surat Harapan Mahasiswa dan semua risalah serta surat tersebut telah dibakar oleh mereka.

Kami terus didesak untuk keluar dari Parlimen Pekan dan mereka terus nekad untuk mendesak kami keluar dari Pekan pada hari ini juga. “Aku tak nak tengok kau kat Pekan ni lagi, berambus bodoh!” kata salah seorang dari mereka. Selepas dikepung oleh samseng-samseng itu selama hampir dua jam, maka kami terus bergegas ke tempat penginapan sambil diekori oleh mereka. 

Sejurus tiba di tempat penginapan di Madrasah al Husna, Bandar Pekan, tempat penginapan kami terus dikepung oleh mereka dengan anggaran 10 buah kereta dan jalan keluar-masuk ke kawasan tersebut juga telah disekat dan mereka tetap menginginkan kami untuk keluar dari Pekan pada waktu itu juga.

Selepas kami melakukan perbincangan bersama masyarakat setempat yang banyak membantu kami selama kami berada di Pekan, kami mengambil keputusan untuk terus balik ke Kuala Lumpur kerana khuatirkan keselamatan siswa-siswa yang telah diserang oleh samseng selama empat hari berturut-turut selama kami berada di Parlimen Pekan dan mengambil langkah berjaga-jaga kerana khuatir sesuatu yang lebih buruk akan berlaku kerana samseng-samseng yang menyerang kami telah memberi amaran untuk melakukan sesuatu yang lebih buruk jika kami tidak keluar dari kawasan Parlimen Pekan.

Kami bertolak balik ke Kuala Lumpur dengan menaiki bas persiaran dan dua buah kereta mahasiswa sambil diiringi oleh dua buah kereta peronda polis dan hampir 10 buah kereta penduduk setempat pada sekitar jam 10 malam. sumber


Mana-mana negara yang paksa rakyat cinta padanya, bodoh. Mana-mana lelaki yang paksa orang perempuan cinta padanya, bodoh.
Hati tidak boleh dipaksa.  [Dr Asri]




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


2 comments

17 Februari 2013 pada 8:53 PG

t dia...no komen cz kite yg dh besaq ni pndai pikiq baik buruk betoi slh

19 Februari 2013 pada 1:25 PTG

xpelah.. kte berdoalah kpd Allah. Biar Allah yg tentukan. klau bnar PM kte skrg ddlm pmmpn yg bnar, mka kekalknlah kerajaannya. Jka DSAI dklngn org yg bnar, jdknlah dia pemerintah yg baru. Wallahualam..

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.