GAMBAR : Banjir Kilat Di IOI Mall, Puchong.









Beribu-ribu pemandu telah terperangkap dalam kesesakan lalu lintas besar-besaran di sepanjang Lebuhraya Damansara-Puchong apabila banjir kilat terjejas jalan raya di hadapan IOI Mall petang tadi


Hujan yang berterusan yang bermula pada kira-kira 4:00 telah membanjiri tempat letak kereta dan bahagian-bahagian jalan di depan IOI Mall dalam kira-kira dua kaki air.


air banjir telah surut di sekitar 06:30 dan pembersihkan kerja di pusat membeli-belah sedang di jalankan.




Banjir Kilat Puchong




keluhan Mangsa Banjir

Banjir kilat yang melanda kawasan Puchong berhampiran kompleks pusat beli belah IOI Puchong kembali pulih sekitar jam 7 petang.

Kejadian tersebut mengejutkan penduduk setempat serta peniaga kerana tidak pernah sebarang kejadian banjir berlaku di kawasan berkenaan.

Banjir yang bermula pada jam 5 petang itu mengakibatkan beberapa buah kenderaan tenggelam dengan ketinggian air sedalam 1.5 meter.

Sementara itu, kawasan di dalam kompleks membeli belah itu turut terjejas dinaiki air .

Menurut seorang pengunjung pusat beli belah tersebut, Khairul Nizam, sejurus selesai urusan disana dia terkejut apabila mendapati keretanya ditenggelami air sehingga ke paras bumbung.

“Sehingga kini kereta saya masih tidak dapat dihidupkan berikutan telah dipenuhi air, oleh itu terpaksa saya mengupah orang untuk menarik kereta ini ke bengkel kereta berdekatan,” kata Nizam.

Seorang lagi pengunjung, Suzana Muhammad yang membawa seluruh ahli keluarganya ke pusat beli belah itu berasa kesal setelah tidak mampu menghantar kedua ibu bapanya pulang ke kampung berikutan kereta rosak.

“Susah la macam ini kerana saya tidak tahu apa yang rosak selain harus menunggu beberapa hari untuk kereta ini diperbaiki,” kata Suzana.

Menurut seorang kakitangan pusat beli belah berkenaan, Tam Sha Faa, pihak pusat beli belah, pihak IOI harus dipertanggungjawabkan atas segala kerugian dialami.

“Siapa yang nak bayar ganti rugi kereta ini, kita tengok apa yang management kata dalam perjumpaan esok pagi sebelum kami menyuarakan pendapat,” kata Sha Fan.

Banjir kilat itu turut mengakibatkan kesesakan lalulintas di kedua-dua arah iaitu ke Sunway, Subang Jaya dan Puchong Perdana.




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


1 comment

19 Februari 2013 pada 12:14 PTG

takziah pada yg terlibat..

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.