Gambar terkini Kanak-kanak 4 tahun derita kanser mata




Hulurkan bantuan anda kepada Nik Zuraidah Nik Yali (ibu Muhammad Azim), akaun Maybank 153029208754. Atau boleh sahaja telefon wartawan Sinar Harian Kelantan (Azman Skuad Kuala Krai) - 019 939 1097

Keadaan mata kiri Muhammad Azim ketika berada di rumahnya sebelum dibawa ke Hospital Kuala Krai dan dipindahkan ke HUSM Kubang Kerian.

Gambar terkini keadaan bonjolan pada mata Muhammad Azim ketika menerima rawatan di HUSM Kubang Kerian.

Tuan Guru mengunjungi Muhammad Azim, 4 tahun yang terlantar di HUSM Kubang Kerian akibat kanser mata. Kisah Muhammad Aziz disiarkan di dalam akhbar Sinar Harian pada 22 Februari 2013 yang lalu. Semoga Allah SWT mengurniakan kesejahteraan dan kesembuhan kepada anak kecil ini...


KUALA KRAI - Seorang kanak-kanak penghidap kanser mata berusia empat tahun dari Kampung Keroh, dekat sini, terlantar di hospital sejak awal bulan ini selepas keadaan penyakitnya itu bertambah teruk.

Kanak-kanak malang itu, Muhammad Azim dibawa ke Hospital Kuala Krai pada 3 Februari lalu sebelum dipindahkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, dekat Kota Bharu, kerana berlaku pendarahan.

Ibunya, Nik Zuraidah Nik Yali, 39, berkata, sejak dikesan mula tumbuh pada pertengahan 2011, bonjolan kecil di kelopak mata kiri anaknya itu seolah-olah ‘hidup’ apabila semakin hari semakin membesar.

“Sejak disahkan menghidap Retinoblastoma atau sejenis kanser mata kanak-kanak, sudah banyak kali anak saya menjalani pembedahan dan kimoterapi tetapi keadaannya tidak banyak berubah.

“Kami hantar dia ke HKK baru-baru ini untuk buang ulat dalam bonjol tetapi masa dibersihkan, ada pendarahan dan terpaksa dipindahkan ke HUSM Kubang Kerian sehingga hari ini,” katanya, semalam.
Nik Zuraidah berkata, sejak Muhammad Azim berada di HUSM, dia dan suami, Nor Hazri Ahmad, 40, terpaksa bergilir-gilir menjaganya menyebabkan salah seorang daripada mereka terpaksa meninggalkan kerja.

“Kami terpaksa bergilir-gilir kerja sebab nak jaga dia. Saya kerja seminggu, kemudian cuti untuk jaga anak di hospital dan suami pula kerja seminggu.
“Saya tak tahu sampai bila kami kena bergilir-gilir begini kerana kali terakhir anak saya masuk wad, ambil masa tiga bulan baru dibenarkan keluar sedangkan kami berdua hanya kerja kilang papan,” katanya.

Katanya, dengan pendapatan tidak menentu suami yang hanya dibayar gaji mengikut hari bekerja manakala pendapatannya pula sekitar RM500, keadaan itu amat membebankan mereka sekeluarga.

“Kami kena belanja tidak kurang RM150 seminggu sejak Muhammad Azim dimasukkan ke HUSM dan pada masa sama, ada dua lagi anak kami di rumah masih bersekolah dan perlu ditanggung,” katanya.

Menurutnya, walaupun dia ada menerima RM300 sebulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), bantuan itu hanya cukup untuk menampung perbelanjaan harian.

Sementara itu, Nik Zuraidah merayu agar permohonannya untuk mendapatkan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) bagi meringankan beban kewangannya diberi pertimbangan sewajarnya pihak berkenaan.

“Saya hantar sendiri permohonan ke Balai Islam Lundang pada Julai tahun lalu tetapi sampai sekarang masih tidak ada jawapan. Kalau dapat wang zakat Maik, boleh ringankan beban belanja kami di hospital,” katanya.
sinar/-

notahati-  If to be a surgeon, means to have;" Lion heart, Eagle eyes and Lady fingers "

Then to study surgery, one must have;
" Lion heart in tough daily-rounds, Einstein mind in tremendous imaginations and Owl eyes in finishing exam materials "

Nevertheless, seeing all those dreadful tumors, crush injuries, bloody operations and people striving and struggling to live, really make SURGERY not only a nightmare rotation, but to teach us to appreciate the greatest creation of human being by The Almighty Lord {95:4}.

Thank you Allah.

MARI BERDOA.

Kuatkan adik ini wahai Pemilik alam. sembuhkanlah dia dengan kesembuhan yang tidak mendatangkan mudarat.

Semoga adik kuat dan dikuatkan Allah insyaAllah. Tidak dilupa buat keluarganya, yakin, bahawa Allah sentiasa bersama kalian. Pintu doa dan pengharapan saat ini terbuka luas. seluas-luasnya.

Amiin yarabbal alamin.


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


9 comments

23 Februari 2013 pada 11:53 PTG

Betul tu.. semoga Allah memberi kekuatan kepada Puan Zuraida. Aminn.

24 Februari 2013 pada 12:50 PG

subahanallah...

24 Februari 2013 pada 1:31 PG

Kesian tengok..semoga pasangan ini tabah menghadapi dugaan dan di permudahkan urusannya..Semoga kanak itu sihat seperti biasa..AMIN~

24 Februari 2013 pada 1:48 PG

setiap manusia tidak akan pernah lari dari dugaan dan ketetapan dari yang maha esa...semoga Puan Zuraida kekal tabah menghadapi dugaan besar ini, dan semoga mata adik Azim beransur pulih...

24 Februari 2013 pada 7:03 PG

kesiannya.. semoga ada jalan untuk mereka.. :"(

Tanpa Nama
24 Februari 2013 pada 5:43 PTG

MasyaAllah :( kesiannya . Kecik2 dah bermacam dugaan . semoga dia sihat2 erghh sebak

25 Februari 2013 pada 10:25 PG

Blogwalking sini n follow u!
Semoga adik ni diberi kesihatan semula, Aamiin.

Jemput la ke http://masamanispedas.blogspot.com untuk + kengkawan. (^__^)

25 Februari 2013 pada 10:27 PG

Blogwalking n follow sini..
Semoga adik ni diberi kesihatan semula, Aamiin.

Jemputla ke http://masamanispedas.blogspot.com untuk + kawan. (^__^)

9 Ogos 2014 pada 12:16 PTG

Semoga adik tabah dan cepat sembuh

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.