Umat Islam Tak Membaca.



Panas.
Pedas.

Aku kena sound semalam dengan seorang alim ulama’ yang pakar dalam bidang dakwah. Direct je beliau sound aku. Sambil memegang sebuah buku yang ditulis oleh Pope berjudul Pope and The Dialogue, beliau berkata,” Kenapa kamu tak baca buku ini? Saya tau ada dua sebab, sebab pertama, harga buku ni, GBP 9.99. Mahal! Kertas dia pun macam nak terkoyak, paperback, tak sesuai dengan harga buku ni.”

 Aku pun pk la, betul gak tu, mahal gile. Baik buat makan duit tu.

Beliau pun berkata lagi depan aku, “Lagi satu sebab apa?”.

Aku diam terkelu, tak tau nak cakap apa. Beliau pun menjawab, “Sebab masyarakat Islam bukan masyarakat yang membaca! Kalau bagi buku ni free pun orang Islam takkan baca! Nak tanye sikit, apa wahyu yang pertama turun? Iqra! Bacalah. Tapi wahyu yang pertama ni pun umat Islam tak ikut, apatah lagi yang lain2?”

Aku terkelu terus.

Paap!.

Tepat mengena jantungku.

Allahyarham Sheikh Ahmed Deedat memang tajam pemikiran dia. Kata-kata dia memang kritis dan tepat. Beliau lah yang sound aku semalam masa tengok youtube.

Aku kena start membaca.

Seriously.

Ilmu itu penting.


اقْرَأْ بِاسْمِ رَبِّكَ الَّذِي خَلَقَ
Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk),
(Al-Alaq : 1)




Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


12 comments

19 September 2012 3:27 PTG

betul la tu...selalu jarang nk membaca...

tp kalo melepak tu...bersungguh sampai 24jam pon takpe...

harap2 Al-Quran tetap la dibaca kalau pun tak baca buku-buku lain...

19 September 2012 3:40 PTG

igtkan direct sound ... upa2nya youtube. wakaka

19 September 2012 3:42 PTG

@TanpaNamaDer kalau betul-betul untunglah. :)

19 September 2012 3:44 PTG

@Sally Samsaiman betul-betul sama macam saya lah.kalau dah baca tak ingat yang lain plak,

19 September 2012 3:48 PTG

sgt benar kata2nya itu. org Islam dan kaum melayu adalah golongan yg sedikit membaca. saya terkena tempias jugak. dulu zaman U rajin jugak membaca. now dh bekerja n beranak pinak, mmg x dan nk membaca. huhuhu

19 September 2012 4:01 PTG

memang tepat dushhhh ke jantung kita.tersentap ngan ayat-ayat tu kan.kita kena rajin membaca lepas ni.

19 September 2012 4:49 PTG

Fie suka membaca tapi jarang membaca buku ilmiah. Kalau kena macam nie memang tak tahu nak rasa lah.

19 September 2012 4:50 PTG

Hanya orang yang berilmu berupaya mentaati Allah dengan sebaik-baiknya. (Surah al-Fatir, Ayat 281)

19 September 2012 4:55 PTG

rajin-rajinlah membaca..
dari membacalah kita mendapat pengalaman tanpa mengalaminya..=)

19 September 2012 5:33 PTG

@Muhammad Firdaus Bin Kamarudin jazakallah khair akhi.

19 September 2012 5:33 PTG

@Herma Julianny insya allah..ilmu itu luas.

20 September 2012 6:00 PTG

betul sangat, (:

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.