post pasal cinta




korang mesti pelik dengar lagu cinta bagai kat sebelah tu kan.. just nak bagi korang menghayati bait-bait kata dalam entry aku pada petang yang suam-suam kuku ni.

di taip tatkala hujan oh ha! feeling bro.

ok faing!

Lamaaaa gila tak buat sebarang comments mengenai cinta. Hal ini disebabkan aku pernah buat post pasal cinta, lepas dikritik hebat oleh kawan sendiri. Dia kata aku macam desperate mengenai soal cinta. Betapa terpukulnya dengan kata kata kawan aku itu. But it's okay dah maafkan. Setahun yang lepas dah pun. Dalam pada itu, aku fikir fikir balik aku cuma melahirkan apa yang aku rasa, even semua orang berdoa dan berharap agar dipertemukan dengan cinta masing-masing kan? Beritahu dekat aku, siapa tak harap macam itu? So, aku tak adalah rasa macam desperate pun since semua orang pun ada harapan macam itu. Kan. Kan.


Dalam hati kita ini, tak boleh ada dua cinta. Hanya boleh ada satu cinta. Cinta kepada Dia. Bila terbit cinta kedua dalam hati selain Dia, cinta kepada Dia tak ada. Itu memang hukum dia kecuali cinta yang lahir kerana Dia. Itu Ustaz Pahrol cakap semalam, dalam Mukmin Professional dekat ikim semalam. Oleh itu, moleklah sekiranya, setiap orang termasuk diri saya sentiasa mengingatkan diri sendiri, apabila kita mula mencintai sesuatu atau seseorang, kembalilah kepadaNya. Jadikan cinta kita kepada seseorang itu, cinta kerana Allah dan berlandaskan syariat Islam. Saya selalu teringat ada talk kata, kalau dari mula sesuatu hubungan itu tak berkat, bagaimana perkahwinan nak berkat. Hal ini menyebabkan sayaa mengambil langkah lebih berhati hati dalam urusan mencintai seseorang, sebab bila dah cinta, semua benda yang dipandang haram berdosa semua dulu masa single, jadi tak apa sebab soal sayang. Urgh, takutnya. Tak mau! Nauzubillahiminzalik.


Setiap orang ada pandangan masing masing mengenai couple. Saya tak nak bagi ulasann lebih lebih, itu hak individu and saya mengambil sikap bersederhana saje. Sebab saya ini bukan orang yang berpengalaman dari segi soal couple. Tak pandai. Seriously. Takut nak cakap apa-apa. Sebab sendiri dah tak ingat apa perasaan bercinta and suke orang. Punya lamalahhh kan tak terlibat dengan kes suke dekat orang. Haha. Kalau suke sama suke, as long as pandai menjaga batasan syariat Islam, hati , perasaan and pandai bahagi masa nak belajar and bercinta, masa dengan keluarga, kawan kawan and paling utama, masa dengan Dia. Saya memang tabik springlah siapa yang mampu sebab saya tak pandai bahagi masaaa. And saya rasa saya macam tak cukup kuat untuk menjaga diri saya dari segi syariat Islam dan paling soal hati saya. Nanti masa and ruang hati untuk Dia macam mana? Masa untuk ummi adik-adik macam mana? Study?


Itulah kadang kadang sendiri wonder, aik macam mana ni, sampai bila nak pandai bahagi masa? Jauh di hati saya memohon and berdoa kepada Allah agar mempermudahkan dan meringankan soal jodoh. Berdoa agar dikurniakan the RIGHT guy at the RIGHT time. Tak couple sekarang does not mean tak akan dipertemukan jodoh kan nanti? Couple sekarang pun tak semestinya menjanjikan perkahwinan kan? Even orang yang dah berkahwin pun boleh cerai, inikan couple. So, insyaAllah, ya Allah, dengan ruang masa yang terhad ini, saya berdoa agar kami semua mampu berusaha memanfaatkan masa single untuk mencari cinta Dia dan menggunakan masa sebaik mungkin untuk keluarga, strive our best in studies, dan menghargai kawan-kawan, dan menjadi orang yang lebih baik kerana Allah. Masa tak akan berulang. Dengan umur yang meningkat, bila sampai masanya, kami memohon dipertemukan dengan jodoh yang terbaik buat diri kami pada masa yang terbaik. 


Amin ya Rabbal alameen. :)


Syukran jiddan ..sudi baca entry nie


8 comments

20 September 2012 pada 5:11 PTG

Ikutkan kebanyakan parents-parents kita pun berkenalan sekejap sahaja sebelum kahwin, tapi alhamdulillah berkat keredhaan Allah boleh je kekal bahagia smpai sekarang ^^

Jadi betul tu, tak semestinya tak couple tu tak boleh mendirikan rumahtangga nnti atau kata orang tak laku.. ^^
bila tiba masanya, InshaAllah kita pun bakal merasa juga..

20 September 2012 pada 5:27 PTG

@Everything's Everythings :) insya allah..

20 September 2012 pada 6:15 PTG

cinta ? no komen.. hik hik org paling malas bercinta :P

kalu entry pasal ngade2 bley tnya saya hahaha..

20 September 2012 pada 6:19 PTG

saya setuju.. bila kita dah terlalu sayangkan seseorang, kita boleh lupa tentang halal dan haram... sebab tu lah kita dilarang bercinta sebelum bernikah.. sebab kita ni hanya manusia biasa yang punya iman senipis kulit bawang.. saya akui. dua tahun saya berseorangan, tapi saya rasa lebih tenang dan gembira.. mungkin Dia nak tunjuk pada saya yang cinta Dia lebih agung daripada cinta manusia. apa2pun, saya doakan agar awak akan menjumpai seorang suami yang diutuskan olehNya untuk awak.. bercinta selepas kahwin mungkin lebih banyak manisnya..

20 September 2012 pada 6:26 PTG

@boni kacak cinta selepas nikah.. ohsem kan. ;) insya allah..

21 September 2012 pada 8:52 PG

wahhh..da berani nk buat entry psl ni hehhe xpe2 yg ptg meluahkan yg terpendm...bg sy, tipu la klu sy kte xprnh brcnta tp slma 2 thn menyingle ni hehhe sy dpt brfikr dgn lbh matang soal ni...jgn sesekali jauhkn diri dari ALLAH s.w.t sbb dia la menjodohkn kita, sntiasa lh mohon berkat dariNYA...sy pn tkt sbnrnya bla brcnta sblm khwn bnyk bnde yg mndorong kta ke jln yg hram...sbb tu sy menetpkn syart pd laki yg nk kt sy tuk dtg ke rumh n tnya mak bpa sy tuk merisik..klu dia xder niat nk khen ngan sy syxtrima cintanya...memang ramai yg cm tu tp suma hnya d mulut jd rmai la jgk sy rejek hhuuhu....


soal cinta ni xsush cuma yg mnyukrknnya adalh diri kita sndri...sbb tu lbh baik brcnta jarak jauh berbanding dekt sbb ia mlndungi kite lg kn huhu tp tu just my opinion la huhu

21 September 2012 pada 6:23 PTG

@♥♥szumika sakni♥♥ ni luahan perasaan ni :) sebab org xnmpak pdgn Allah. sama jugak org tak nmpak ganjaran Allah.tapi org nmpak gnjaran manusia dan dunia. Moga kita org yang tak buta mata hatinya kerana cinta manusia :)

22 September 2012 pada 1:05 PG

kerap jgak sy tgk kapel bertahun2 lama tapi x kawen2 jgak.. last2 putus.. so, rasa mcm useless.. skrg sy prefer klau ada yg sesuai nk trus nikah ^^

Catat Ulasan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Full Edit By Nabila Medan. All Right Reserved To Me.